Tuesday, 27 October 2015

SENJATA MELAYU DAN PENJAGAANNYA


Senjata-senjata Tradisional Melayu                                                                                                                                                                                  
Keris
     





























Bahagian-Bahagian Keris 

 Keris Jalak Betina
Keris Jalak Betina
Keris ini tiada mempunyai lok. Ulu dan sampirnya diperbuat daripada kayu biasa. Pendongkoknya diperbuat daripada perak. Sarungnya daripada kayu hutan dan buntutnya daripada gading.
Panjang hulu ke mata - 46cm
Panjang sarung - 37cm



Keris Jalak Jantan


Keris Jalak Jantan

Keris ini tiada mempunyai lok. Ulu dan sampirnya diperbuat daripada kayu biasa. Pendongkoknya daripada perak. Sarungnya daripada kayu hutan dan buntutnya daripada gading.

Panjang hulu ke mata - 34cm
Panjang sarung - 28.5cm



 Keris Panjang Sumatera


Keris Panjang Sumatera

Hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu. Pada sarungnya disimpai dengan perak.

Panjang hulu ke mata - 52.5cm
Panjang sarung - 49cm



 Keris Bali


Keris Bali

Hulunya diperbuat daripada gading dan sarungnya diperbuat daripada kayu yang diukir berbentuk kepala perahu yang mempunyai muka naga dibahagian sampirnya.


 Keris Semenanjung

Keris Semenanjung

Sebilah keris yang berhulu dan bersarungkan kayu. Ekor lipasnya juga diperbuat daripada kayu. Keris ini mempunyai mata lebar lurus.

Panjang - 53cm



Keris Bugis


Keris Bugis
Mempunyai bentuk seakan sama dengan bentuk Keris Semenanjung. Mempunyai ukiran pada hulu dan sarung yang diperbuat daripada gading.

Ukuran panjang - 41.5cm


 Keris Kepicit Berlok


Keris Kepicit Berlok

Keris yang hulu dan sarung diperbuat daripada kayu. Hulunya berukiran burung kakak tua dan pada matanya terdapat ukiran tulisan bertulis Allah dan Muhammad.
 

Badik 





Badik
Mempunyai mata yang berpamor. Hulu bengkok ke bawah yang diperbuat daripada kayu. Sarungnya juga diperbuat daripada kayu dengan bersimpaikan perak.

Hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu. Dibahagian pangkal hulu dan sarung mempunyai simpai gading. Dibahagian bawah pula terdapat ukiran berbentuk seekor naga.

Panjang hulu ke mata - 30cm
Panjang sarung - 26cm

Beladau

Beladau
Hulunya diperbuat daripada kayu. Matanya melengkung berbentuk seakan-akan susuh ayam.

Panjang hulu ke mata - 21cm
Panjang sarung - 18cm




 Lawi Ayam




Lawi Ayam

Hulunya diperbuat daripada kayu dan mempunyai satu lubang pada hujungnya untuk dimasukan jari. Matanya berbentuk melengkung seperti susuh ayam. 

Berhulu kayu dengan ukiran berbentuk mata dan buah kana. Sarungnya juga diperbuat daripada kayu dan bersimpai tembaga putih.

Panjang hulu ke mata - 23.5cm
Panjang sarung - 20.5cm





 Pisau Sonak Udang

Pisau Sonak Udang

Senjata ini juga dikenali dengan nama Pisau Jawi. Bersarung dan berhulu kayu dan disimpai dengan perak. Dibahagian muka hulunya tertera nama Sultan Abdul Hamid (Almarhum).

Panjang hulu ke mata - 33cm
Panjang sarung - 27cm

Tumbok Lada 



Tumbok Lada

Tumbuk Lada ini adalah buatan Aceh yang juga dikenali sebagai Ranang Mayang Mengurai. Hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu kekuningan. Simpainya diperbuat daripada perak dan diukir bunga telipok diatasnya.

Panjang hulu ke mata - 23cm
Panjang sarung - 19cm



Tumbuk Lada Burung Serindik

Hulunya diperbuat daripada tanduk dan berbentuk kepala burung. Sarungnya pula diperbuat daripada kayu dan tanduk. Matanya berbentuk alor sungai dan di pangkal matanya berlekuk sedikit.

Panjang hulu ke mata - 32.5cm
Panjang sarung - 28cm



Tumbuk Lada

Ini juga Tumbuk Lada, ianya seakan-akan keris kecil Semenanjung. Hulu, sarung dan simpainya diperbuat daripada kayu. Hujungnya diperbuat daripada gading.

Panjang hulu ke mata - 27cm
Panjang sarung - 24cm

Wali Jantan

Wali Jantan

Hulunya diperbuat daripada tanduk. Simpai sarung dibahagian hujungnya diperbuat daripada gading. Terdapat ukiran dibahagian sarung dan hujungnya.

Panjang hulu ke mata - 26.5cm
Panjang sarung - 21cm



Wali Betina


Wali Betina

Hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu. Simpai sarung dibahagian hujungnya diperbuat daripada gading ataupun tanduk.

Panjang hulu ke mata - 26cm
Panjang sarung - 23cm


Cenangkas




Cenangkas
Sebilah senjata yang mempunyai bentuk seakan-akan parang. Hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu. Senjata ini bukannya senjata penikam tetapi fungsinya ialah sebagai senjata pemangkas.

Panjang hulu ke mata - 65cm

Gedubang Aceh



Gedubang Aceh

Sebilah senjata tajam yang juga dipanggil Gedubang Aceh. Senjata ini berbentuk seperti pedang. Hulunya diperbuat daripada tembaga dan sarungnya daripada kayu.

Panjang hulu ke mata - 63cm
Panjang sarung - 49.8cm

Golok Perak



Golok Perak

Hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu biasa. Terdapat juga ukiran dibahagian hulunya.

Panjang hulu ke mata - 29cm
Panjang sarung - 22cm



Kapak Kecil



Kapak Kecil

Hulunya diperbuat daripada kayu dan matanya seperti kapak biasa cuma bezanya pada saiz.

Panjang mata - 8.5cm
Panjang hulu - 17.5cm

Kelewang



Kelewang

Hulunya dibentuk dan diukir daripada kayu. Dibahagian belakangnya dibentuk melengkung sedikit dan berjambul dibahagian tengah. Dibahagian hadapannya berbentuk tirus dan tajam.

Panjang hulu ke mata - 50cm
Panjang hulu - 17cm
Lebar - 5cm


Parang Candong



Parang Candong

Hulunya diperbuat daripada kayu dan bersimpai perak atau tembaga dibahagian kepala. Matanya berbentuk melencong dan terdapat ukiran di atasnya.

Panjang hulu ke mata - 61cm


Parang Lading  

Parang Lading

Hulunya diperbuat daripada kayu dan tidak mempunyai sarung. Merupakan satu senjata yang hanya terdapat di Negeri Kedah. Ianya juga merupakan senjata rasmi Seni Silat Cekak. Parang Lading ini telah digunakan oleh Penghulu Kanan Kerajaan sejak pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin.

Pedang 


Pedang

Sebilah senjata yang berhulu perak, bersarung kayu bersimpai perak. Mempunyai ukiran bunga telipok pada hampir keselurunannya, juga mempunyai lambang Negeri Kedah pada simpai di tengah-tengah sarungnya.

Panjang hulu ke mata - 67cm
Panjang sarung - 61cm

Kuasa Gajah



Kuasa Gajah

Ianya diperbuat daripada kayu yang keras dan kuat. Dibahagian kepalanya dipasang besi berbentuk bengkok. Dibahagian batang dibuat sampai daripada tembaga putih. Dibahagian hujungnya pula dibuat simpai besi yang berbentuk tajam.

Panjang - 93.5cm
Lilitan - 9.2cm
Cacuk - 18.5c

Tombak


Mata Tombak


Tombak

Sebilah senjata berbatang dan bermata tajam dihujungnya. Batangnya diperbuat daripada kayu dan bersimpai dengan rotan. Senjata ini selalu digunakan oleh pengawal-pengawal istana di zaman dahulu.

Panjang mata - 34cm
Panjang hulu - 186.5


Perisai 




Perisai

Merupakan senjata untuk mempertahankan diri daripada senjata tajam. Ianya selalunya diperbuat daripada rotan. Berbentuk bulat.

Ukuran - 46cm

Melayu Melanggir Keris & Senjata Pada Awal Muharram.


Melangir Keris dan Senjata

Istiadat Melangir Keris dan Senjata

Mata bilah keris disediakan bersama batang pisang.
Mata bilah keris disediakan bersama batang pisang.

Merujuk kepada pusat rujukan persuratan Melayu secara atas talian, "langir" dapat ditakrifkan sebagai limau nipis dan sebagainya yang digunakan utk mencuci rambut (badan, keris dll). Berlangir menggunakan langir untuk tujuan mencuci rambut dan sebagainya, melangir membersihkan rambut (badan dll) dgn langir, melangiri iaitu mengenakan langir pada seseorang oleh beberapa orang atau ramai orang; melangir banyak kali; Melangir keris dan senjata adalah istiadat yang ke 6 daripada 7 peringkat istiadat melangir. 

Bilah senjata akan direndam dalam rendaman air mawar 7 kembang. Bilah senjata kemudiannya akan dikeringkan dengan kain 3 warna. Setelah itu, bilah akan disapu dengan minyak langir (campuran 7 jenis minyak bunga ramuan Guru Mulia).


Ramai yang berhujah, dan mengaitkan amalan mandi keris dari sudut mistik,amalan ini sangat kompleks dan tentunya melibatkan penelitian dan pengamatan bahan oleh pahlawan terdahulu sehingga mereka menemui bahan yang sesuai untuk 'menjaga' sesuatu yang berharga bagi mereka.Antara bahan-bahan yang digunakan untuk mandi keris ialah Air Limau *Secara logiknya Keris dijaga dengan membersihkannya dengan limau kerana asid di dalam jus limau dapat membuang karat

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Ramai yang berhujah, dan mengaitkan amalan mandi keris dari sudut mistik,amalan ini sangat kompleks dan tentunya melibatkan penelitian dan pengamatan bahan oleh pahlawan terdahulu sehingga mereka menemui bahan yang sesuai untuk 'menjaga' sesuatu yang berharga bagi mereka.Antara bahan-bahan yang digunakan untuk mandi keris ialah Air Limau *Secara logiknya Keris dijaga dengan membersihkannya dengan limau kerana asid di dalam jus limau dapat membuang karat

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzul
Ramai yang berhujah, dan mengaitkan amalan mandi keris dari sudut mistik,amalan ini sangat kompleks dan tentunya melibatkan penelitian dan pengamatan bahan oleh pahlawan terdahulu sehingga mereka menemui bahan yang sesuai untuk 'menjaga' sesuatu yang berharga bagi mereka.Antara bahan-bahan yang digunakan untuk mandi keris ialah Air Limau *Secara logiknya Keris dijaga dengan membersihkannya dengan limau kerana asid di dalam jus limau dapat membuang karat.
 

 Fasa berikutnya, bilah akan dikeringkan sekali lagi dengan kain 3 warna, sebelum diperasapkan dengan kemenyan.



Cuci keris pada awal muharram simboliknya macam buat azam tahun baru.detail tak ingat

Bulan Muharram adalah bulan BERHENTI perang dan di waktu inilah Para-Pahlawan berhenti rehat dan mengambil kesempatan di bulan ini untuk cuci senjata

Ramai yang tidak tahu perkara ini dan yang tahu pula akan merahsiakan perkara ini. Hanya mereka yang mengenal diri sahaja yang  terus mengamalkan tradisi ini kerana Bangsa Melayu berkait rapat dengan Agama Islam.



Lihat mereka yang berhujah keatas perkara ini:
 

Panglima_Melayu_Jati

1. sebelum bulan Ramadhan.
2. awal Muharram
3. Maulud Nabi
4. Setiap hari khamis

Ini mana yang saya dengar & ambil tahu..

Tp cara sy senang jer, petua ni dari seorang yg pakar dlm menjaga keris yg berkhadam @ jin...

1. cuci keris @ barang2 antik bila hati rasa nak cuci

2. jgn perasap dengan kemenyan jika tiada 'alamat' buruk @ mimpi
    suruh asapkan barang2 berkenaan

3. jangan amalkan perasap keris selalu, sebab kemenyan adalah makan
   jin @ khadam, dikhuatirkan daripada keris tu kosong, tetiba ada
   penghuni.. tak pun khuatir lau dah ada khadam tu nak 'makan' selalu..
   (sapa yg penat?.. kita jugak..)

4. tidak semestinya cuci pada hari khamis

klu dah cuci tetap berkarat macam mana ?
Betul tu... kena tengok karatnya tahap mana? Kalau teruk kena rendam utk cuci lagi lama dlm beberapa hari bukan sehari aje spt menggunakan rendaman air kelapa campur perahan limau nipis ataupun kaedah2 lain tetapi waspada jangan menggunakan bahan yg boleh merosakkan bilah.


Lepas dah cuci bersih2 keringkan dan sapu minyak cendana atau bahan wangi yg lain sptnya supaya bukan sahaja mengharumkan bilah keris tetapi juga dapat menahan proses karat drp cepat berlaku selagi lapisan minyaknya masih ada. 
Keris2 pusaka (yg telah ada pengisian) mesti dibuat begini at least setahun sekali. Memang kekadang ada isyaratnya tapi malas nak cerita sini. Kalau tak berani jgn simpan barang2 pusaka begini sebab ada sesetengahnya memang garang sikit terutamanya keris jenis semata2 utk tempur sahaja.

beddezeuk

 
Kita sebagai penyimpan keris pusaka haruslah tahu adat tatatertib pusaka begini sepertimana mengikut ilmunya. Ramai yg tak tahu cakap pandai selalu jatuh hukum. Tidak akan jatuh syirik selagi kita tahu iktiqad tauhid kita kpd Allah s.w.t. Kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Kita tahu kedudukan kita dan tahu menggunakannya tak salah selagi tahu batas2nya. Kena ada sedikit sebanyak kefahaman dlm ilmu agama. Hamba mengikut tuan bukan sebaliknya

Originally posted by: TokEngkuHitam


Setahu saya, adat mencuci keris mengikut adat Nabi Muhammad SAW untuk azam tahun baru. Rasulullah pada awal Muharram mencuci tasbih Baginda. Simboliknya mencuci Roh kita agar bersih menempuh tahun baru. Bagi keris yang dicuci dan berkhadam simboliknya agar rumah yang dihuni bersih dan persediaan dalam menempuh tahun baru. Disamping dapat merawat tubuh fizikal dan tubuh halus penghuninya

Dalam Keilmuan Gayong, selain mengajar pesilat kaedah berpencak menggunakan keris, pesilat-pesilat juga ditunjukkan cara bagaimana untuk MEMANDIKAN KERIS. 

 Gosokkan limau nipis pada mata bilah keris bagi membuang karat peringkat kedua.

Mandi Keris juga merujuk kepada kaedah untuk melindungi BESI pada Keris agar sentiasa bersih dan tiada berkarat. Ini kerana KARAT adalah MUSUH UTAMA bagi senjata yang berunsurkan BESI! Terdapat pelbagai kaedah memandikan keris mengikut Keilmuan Ilmu masing-masing.Lain Guru lainlah juga tatacaranya. Kali ini, penulis ingin kongsikan kaedah mandi keris mengikut apa yang telah diperturunkan oleh Arwah Mahaguru buat Ayahanda Amin Hamzah. 

Perkongsian ilmu ini telah berlangsung di gelanggang SMK Pangkal Meleret, Machang Kelantan pada tahun 2008. Bahan Asas yang diperlukan adalah; 

1. Nenas (Boleh juga gunakan batang pisang jika karatnya terlalu banyak). 
2. Limau Nipis 7 biji 
3. Kemenyan. 
4. Berteh. 
5. Air Kelapa. 
6. Air Bunga. 
7. Buluh. 

Tikamkan mata bilah keris pada batang pisang bagi membuang karat peringkat pertama.
Tikamkan mata bilah keris pada batang pisang bagi membuang karat peringkat pertama.

Kaedah mandi yang diperturunkan oleh Arwah Mahaguru mempunyai beberapa syarat. Antaranya; 

1. Pilihan Hari. 
2. Jenis dan Fungsi Keris - berbeza fungsi keris maka terdapat sedikit perbezaan kaedah mandinya. Contohnya; Keris untuk bertarung, Keris Adat, Keris Kuasa dsb nya. 
3. Membaca Wirid dan mantera supaya menambah bisa dan mampu membatalkan ilmu hitam jika ia digunakan utk menikam musuh. 
4. Tempoh masa merendam Keris dalam Buluh. 
5. Perasap kemenyan supaya ianya sukar untuk berkarat dan memberikan bau harum pada bilah keris. 
6. Bilangan bunga dan warnanya. Terdapat satu bunga yang WAJIB ada sebagai syarat utama. 
7. Kekerapan untuk memandikan Keris.

Air kelapa tua digunakan bagi merendam mata bilah keris.
Air kelapa tua digunakan bagi merendam mata bilah keris.

Rendamkan mata bilah keris di dalam ruas buluh berisi air kelapa tua.
Rendamkan mata bilah keris di dalam ruas buluh berisi air kelapa tua.

Awal Muharram kembali lagi. Rasanya baru sahaja aku sambut tahun Hijrah 1432 yang lalu, kini dah masuk tahun 1433 pula. Cepat betul masa berlalu. Setiap tahun bila tibanya Awal Muharram ini, sambutan Maal Hijrah akan diadakan di merata-rata dunia termasuk di Malaysia sendiri. Dan setiap tahun itu jugalah aku akan sibuk dengan istiadat mandi keris pada setiap bilah yang ada dalam simpanan aku..
 
Bila kita bercakap soal mandi keris pada masyarakat umum, ramai yang mempersoalkan relevannya istiadat itu pada masa kini. Malahan tidak kurang ramai juga yang mengaitkan amalan mandi keris itu merupakan satu perbuatan khurafat, syiriq dan menyekutukan Allah SWT. Ada juga cakap-cakap yang mengatakan bahawa amalan ini bersangkutan pada kuasa-mistikal-ghaib  pada keris-keris tersebut..

Seperti biasa aku hanya tersenyum sinis bila mendengar kata-kata yang sedemikian. Pada aku, sesuatu urusan itu mudahnya dilihat begini – Kalau kita melakukan dengan cara memuja jin dan sebagainya (cara-cara yang terlarang), maka dengan itu kita telah berdosa besar dengan menyekutukan Maha Pencipta. Dosa itu digelar syiriq dan merupakan dosa yang tidak akan diampunkan Allah SWT. 

Sediakan limau nipis yang dibelah bagi memudahkan proses mencuci.
Sediakan limau nipis yang dibelah bagi memudahkan proses mencuci.
Gosokkan limau nipis pada mata bilah keris bagi membuang karat peringkat kedua.


Nauzubillah Minzalik! Akan tetapi, kalau cara yang kita gunakan itu tidak melibatkan penggunaan, pemujaan semangat, jin dan sebagainya, dan selagi kita tidak melanggar hukum syarak dan duduk dalam landasan serta aturan yang betul, Inshaallah.. Kita selamat di jalan Allah.

Lumrahnya kita sebagai manusia ini terlalu mudah menghukum seseorang atau sesuatu perkara tanpa kita mengenal dengan pasti tentang apa yang diperkatakan, diperlakukan dan urusan-urusan yang dijalankan oleh seseorang yang lain itu. 

Begitu ceteknya dan jumudnya pemikiran kita sehingga terus jatuh hukum mengatakan bahawa perbuatan ini syiriq.. Berdosa.. Pakai jin dan sebagainya.. Aku tak nafikan memang terdapat orang-orang yang menggunakan khadam atau jin dalam istiadat mandi keris mereka, tetapi di sini lah relevannya penulisan ini untuk mengajak pembaca melihat dari sudut yang lain pula serta lebih luas skopnya tentang istiadat mandi keris yang langsung tidak perlu penggunaan khadam atau jin..

Ramai yang mempersoalkan mengapa istiadat mandi keris dilakukan pada Awal Muharram (Maal Hijrah) setiap tahun? Di sini aku ingin berkongsi satu jawaban mudah.. Istiadat mandi keris dilakukan setahun sekali pada setiap Awal Muharram dari 1 sehingga 10 haribulan adalah kerana bulan Muharram ini adalah bulan yang diharamkan berperang oleh Allah SWT.. 

Mudah! Dari sinilah datangnya adat yang diwarisi turun temurun oleh bangsa Melayu dan orang Islam kerana hanya pada bulan ini sahaja (dalam kalendar Hijrah), para pahlawan, tentera, pendekar, panglima yang terdahulu tidak berperang, bertarung dan sebagainya. 

Bulan Muharram ini juga para pahlawan dan pendekar tadi itu semua mengisi masa mereka dengan berkhalwat, bertasbih kepada Allah, mengabdi diri pada Al Khaliq.. Itu sahaja. Keris yang sudah terbiar tersimpan (atau mungkin digunakan) selama setahun, pastinya sudah kotor dan berkarat.. Bisanya juga sudah mulai hilang.. 

Maka dalam kesempatan setahun sekali inilah diambil bagi mencuci, membersihkan dan memberi bisa semula pada mata bilah keris..
Bulan Muharram ini di gelar Rasulullah SAW dalam hadisnya sebagai ‘Syahrullah’ – Iaitu ‘Bulan Allah’. 

Rasulullah bersabda : “Puasa yang paling utama setelah Ramadan adalah puasa di bulan Allah, Muharram. Sedangkan solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam”. (HR. Muslim, Abu Daud, Tarmizi, Nasai’ dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah dengan status hadis marfu’)

Dari Nukman bin Saad dari Ali bin Abi Thalib, : Telah bertanya kepada beliau seorang lelaki. Katanya, “Apakah bulan yang engkau suruh aku berpuasa selepas bulan Ramadan?”, Maka jawab Ali, “Aku tidak pernah mendengar seseorang bertanya mengenai perkara ini melainkan seorang lelaki yang aku telah dengar bagaimana dia bertanya kepada Rasululullah SAW sedangkan aku duduk disampingnya. 

Maka katanya; Wahai Rasulullah, apakah bulan yang engkau suruh aku berpuasa selepas bulan Ramadan?”. Jawab Nabi SAW, “Sekiranya engkau berpuasa selepas bulan Ramadan maka berpuasalah pada bulan Muharram maka sesungguhnya ia merupakan bulan Allah padanya Allah telah mengampunkan dosa keatas kaum dan akan mengampun dosa keatas kamu.” (HR. Tirmidzi dengan status hadis hasan gharib)

Jadi di sinilah timbulnya kemuliaan atau keutamaan yang dikaitkan dari sudut penjagaan keris atau senjata lain pada bulan Muharram. Berikut di bawah ini pula aku sertakan ayatul Al Quran mengenai status perang / membunuh dalam bulan Haram di sisi Allah SWT:

Mereka bertanya tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah: “Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar. Namun menghalang (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidil Haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) dari pada membunuh. (QS AL-Baqarah (2) :217)
Nah..! Itu sebab-sebab pertama mengapa istiadat mandi keris itu dilakukan pada Awal Muharram. Adakah ianya menimbulkan syiriq atau menyekutukan Allah SWT? Aku akan huraikan lagi seterusnya.. Bila kita bercakap soal bisa keris pula, ramai yang beranggapan bahawasanya keris itu mempunyai khadam yang boleh menimbulkan bisa pada mata bilah besi tersebut.. 

Pada pandangan aku ini ternyata salah kerana apa dayanya seekor atau beribu-ribu ekor khadam jin yang duduk pada melebihi kuasanya mereka itu dari Allah Taala..? jawabannya mudah – TIDAK ADA! Yang berkuasa ke atas segala sesuatu hanyalah Allah SWT maka itu kita harus menyandarkan harapan dan segalanya hanya pada Allah..! Jangan menyekutukanNya..! 

Mari kita lihat ayat dibawah ini yang di petik dari Surah Al Hadid (Surah besi) yang diturunkan Allah sewaktu perang Uhud:

Sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul-Rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka al-Kitab dan Mizan (keadilan, keseimbangan, keselarasan, kesepadanan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia (supaya mereka mempergunakan besi itu), dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)-Nya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” (al-Hadid 57: 25).
Nah..! Jawaban kedua dari mana datangnya kekuatan pada besi.. Tidak lain dan tidak bukan hanya dari Allah Taala semata-mata. Jadi apa relevannya lagi memasukkan khadam atau jin pada mana-mana besi untuk dibuat senjata? Pada aku TIDAK ADA kerana aku hanya menyandarkan segala sesuatu pada Allah semata-mata! Mungkin pada sesetengah manusia yang inginkan keris yang sakti-hebat sehingga boleh terbang sendiri dan sebagainya memerlukan khadam dan aku hanya mampu menasihati untuk menghentikan serta meninggalkan amalan tersebut kerana itu jelas bertentangan dengan Hukum Syarak dan berdosa besar! 

Nak buat apa ada keris terbang sekali pun kalau yang terbang itu tak boleh dihantar terus ke bumi Jerusalem bagi menyelamatkan Muslim Palestin..? Tak guna pun.. kah kah kah..!

Tak dinafikan juga, ada pula jenis-jenis jin yang sanggup menghamba diri dengan sendirinya duduk pada mana-mana bilah keris atau senjata lain bagi mencari tuan baru. Nasihat aku, jangan layan khadam tu.. Buat tak tahu. Tak perlu nak perasapkan keris tu dengan kemenyan dan sebagainya atas tujuan nak bagi makan Khadam ataupun jin (kecuali bagi tujuan pengeringan dan mewangikan – 

Ini pendapat peribadi aku tetapi tidak perlu kerana kita kini ada alternatif kepada cara lama untuk mengeringkan keris). Buat apa nak bagi jin tu makan free..? Tak ada hasil pun..! Oleh itu, buat tak tahu saja lah dan berdoa pada Allah SWT agar makhluk itu segera meninggalkan besi tersebut.. Inshaallah!

Baiklah.. Kita cuba tinggalkan perdebatan mengenai isu-isu dan pandangan khalayak tentang Istiadat Mandi Keris dan kaitannya dengan penggunaan khadam dan jin, segalanya dah aku terangkan. Seterusnya aku ingin sampaikan satu lagi pengetahuan secara percuma bagi yang berminat untuk mengetahui cara-cara ‘memandikan’ keris. Selama berpuluh tahun aku terlibat secara langsung dalam dunia persilatan dan perkerisan, aku telah jumpa ramai yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk mandikan keris. 

Tidak dinafikan terdapat pelbagai cara. Kalau di Tanah Melayu ini sahaja sudah banyak cara dilakukan, apatah pula kalau di Indonesia.. Sememangnya banyak!

Di sini aku akan tunjukkan salah satu cara tradisi oleh masyarakat Melayu lama yang dikenali dengan nama ‘Sintuk Limau’. Bahan-bahan yang perlu disediakan adalah dari jenis yang mudah didapati dan tidak langsung melanggar hukum Syarak agama Islam.

  1. Sediakan bilah keris yang ingin dicuci.
  2. Sediakan batang pisang yang segar berukuran 3 hingga 4 kaki panjang.
  3. Beberapa biji limau nipis.
  4. Air kelapa tua / Cuka makanan (bagi memberi ketahanan pada besi sekaligus membuang karat). Ini juga akan bertindak sebagai penebat besi dari karat.
  5. Seruas buluh yang berukuran sama panjang dengan mata bilah keris yang ingin dicuci.
  6. Air mawar (Bagi mewangikan bilah) ATAU seeloknya Minyak Atar (Unsur minyak bagi memberi ketahanan pada besi. Jenis atar bagi mewangikan).
  7. Proses pengeringan bilah dari air. Jangan dilap atau sapu dengan kain kerana itu bukan adat dan adapnya ‘berkeris’. (Dahulukala orang Melayu menggunakan asap kemenyan yang secara perlahan-lahan akan mengeringkan air pada bilah).
Apabila bilah keris sudah tersedia, tikamkan mata serta bilah keris itu tadi pada batang pisang beberapa kali bagi membuang karat peringkat pertama. Setelah keris itu basah dari hasil batang pisang tersebut, kita masuk ke peringkat kedua dengan menggosok mata bilah dengan limau nipis sehingga hilang karat tersebut. Dari sini, bilah keris akan kelihatan putih berseri-seri dan adakalanya binaan pamor juga akan hilang dari bilah keris. 

Tetapi jangan risau, pamor yang indah itu akan kembali semula. Kemudian, pecahkan sebiji kelapa tua dan masukkan airnya (atau cuka makanan) di dalam ruas buluh yang tersedia tadi (yang sama panjangnya dengan mata bilah keris) dan rendam. Seeloknya, biarkan ianya semalaman bagi mendapatkan hasil. 

Kebiasaan yang aku lakukan ialah rendaman 3 hari 3 malam.. Selepas proses merendam bilahnya, keluarkan bilah keris itu dari ruas buluh, basuhkan dengan air mawar (atau air rendaman beras) bagi mencuci sisa karat yang masih berbaki. 

Jika ingin mewangikan bilah keris itu pula, maka sapukan dengan minyak atar dan yang sebaik-baik minyak bagi tujuan ini adalah minyak Zafaron, minyak Misik, minyak Gaharu, minyak Cendana atau kalau ada kenalan dari Indonesia, cuba dapatkan ‘Warangan’. dengan penyapuan minyak tersebut, bilah keris akan kembali menjadi hitam dan pamor akan kembali kelihatan. Akhir sekali, proses pengeringan mata bilah tersebut..

 Wallahua'lam.


AMUKANMelayu - Kermbar MELAYU itu adalah AL-QURAN, SILAT dan KERIS.