Saturday, 30 January 2016

KU NANAN TELAH MEROSAKAN STRUKTUR PENGURUSAN UMNO




KU NANAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN



Oleh J Aslan

Ketika pembukaan mesyuarat Umno Lembah Pantai 2 Ogos lalu, setiausaha agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan berkata yang Umno menjadi lemah akibat ahli-ahlinya yang suka membuat fitnah.


“Umno lemah hari ini, kenapa? Kerana ahli sendiri. Kita ada kira-kira 30 peratus ahli yang suka adu domba, buat finah dan terpengaruh dengan cerita pembangkang. Inilah masalah Umno,” katanya seperti dipetik.

Tetapi Tengku Adnan, kenyataan anda terlalu jauh dengan kebenaran. Tolong jangan salahkan akar umbi Umno. Mereka sudah cukup menderita. Umno lemah bukan kerana ahli yang suka memfitnah pemimpin. Umno lemah kerana ramai dalam parti itu yang korup dan sudah tiada integriti dan kebertanggungjawaban.

Dengan menyalahkan ahli akar umbi ke atas krisis kepimpinan parti, Tengku Adnan seolah-olah cuba mengelak perkara yang jelas kepada semua. Sama seperti pemimpin Umno lain seperti Abdul Rahman Dahlan, Nazri Aziz dan menteri yang baru dilantik Azalina Othman Said, Tengku Adnan memilih untuk buat tak nampak gajah di depan mata.

Memang perlu banyak keberanian untuk menghadapi dengan krisis secara berdepan dan menanganinya. Kebenaran akan ditegakkan jua. Inilah apa yang dilakukan bekas timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin. Sebagai ‘habuannya’, Muhyiddin disingkirkan daripada Kabinet dengan cara yang bacul. Naib presiden Umno Shafie Apdal juga tersingkir atas sebab yang sama.

Kedua-duanya mahu mengetahui kebenaran di sebalik wang RM2.6 bilion, yang kini sudah sah disalurkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

Pemimpin Umno patut meninggalkan retorik dan menegakkan kebenaran dan keadilan. Dengan cara ini, mereka pasti akan lebih dihormati dan Umno akan lebih kuat. Jadi Ku Nan, tolonglah berhenti menyalahkan akar umbi Umno di atas krisis kepimpinan yang dihadapi.

Percubaan untuk menyatakan yang wang itu disimpan bagi pihak Umno juga tidak memadai. Wang yang disimpan atas amanah perlu mematuhi Akta Pemegang Amanah 1949. Adakah ia dilakukan dengan persetujuan Majlis Tertinggi? Jika ya, mengapa Muhyiddin yang masih merupakan timbalan presiden Umno tidak tahu? Mengapa Shafie Apdal tidak tahu?

Pemimpin Umno juga sering berubah nada dalam skandal RM2.6 bilion ini. Kini dikatakan pula bahawa wang tersebut adalah “derma” politik, daripada penyokong Umno. Tetapi mengapa tidak beritahu begitu dari awal?

Tolonglah Ku Nan. Bijak pandai ada berkata, apabila anda tidak dapat pertahankan apa yang memang tidak dapat dipertahankan, berkatalah benar walaupun sukar. Jadi Ku Nan, tidak perlulah beri syarahan bodoh anda kepada akar umbi Umno. 

Akhir sekali, tolong juga ingat bahawa Umno ini dilihat sebagai benteng kepada sistem politik negara. Barisan Nasional juga diselubungi ketidaktentuan akibat krisis kepimpinan Umno.

Inilah masanya untuk pemimpin Umno dan BN mula bercakap secara rasional dan mengambil jalan sederhana. Walaupun seakan sudah lambat. Inilah masa terbaik bagi Umno untuk membetulkan kesalahan, seterusnya menjadi lebih baik dan kuat.

Berbanding menafikan apa yang benar, mengakulah kesalahan anda. Angkat pemimpin baru yang bertanggungjawab dan jujur. Satukan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, dan pulihkan semula ekonomi negara.- See more at: http://bm.theantdaily.comf 

CUBA JELEN LIDAH HANG AKU NAK TENGOK



Dalam puak Najib ini ada dua kumpulan haramjadah...
.

satu puak haramjadah kata mesyuarat MT tidak bincang isu Mukhriz ..

Satu puak haramjadah lagi kata, dibincangkan dan Muhyiddin sendiri tidak bantah petanda kembali menyokong Najib.

Mana satu puak haramjadah ni yang betul...

Jawapan admin..

Pertama...beristighfar
Itu yang mereka tempah ..padan kot

Kedua..
Dua dua puak tu sama betul..
spin dan putar..tak ada bezanya

Ketiga .
Terdesak nak heret nama Muhyiddin sokong Najib tu apasal pulak... Muhyiddin sendiri pun dah tahu "game"nya..takkan nak buang masa.
Sebelum ni pun Muhyuddin dah buat press statement supaya Mukhriz dikekalkan hinggu PRU ..

Nampaknya mereka masih kemaruk untuk Muhyiddin sokong



Ku Nan BERI AMARAN kepada MUHYIDDIN 

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran kepada Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tidak melampaui batasan ketika berucap pada perhimpunan di Kampung Baru, Kuala Lumpur malam ini atau bakal berdepan tindakan disiplin.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Nan berkata, parti itu tiada halangan dan menyerahkan keputusan kepada Muhyiddin jika beliau ingin membuat ucapan sebelum Perhimpunan Agung Umno 2015 yang akan bermula esok malam.
“Saya tak tahu tentang ini cerita, nak bagi ‘speech’ (ucapan), terpulang pada dia.

FITNAH - Ketua UMNO cawangan nafi tuduhan Ku Nan


 | November 25, 2015 

Walaupun tidak puas hati dengan Presiden parti, ketua-ketua UMNO cawangan tidak sanggup membuat kecoh pada PAU.

Rushdan-Mohamed_Tengku-Adnan_umno_600
Add caption
KUALA LUMPUR: Dakwaan ketua-ketua UMNO cawangan akan membuat rusuhan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang dijadualkan pada 8 hingga 12 Disember adalah fitnah dan pembohongan besar.

Ketua Cawangan Rista Villa Perdana, Rushdan Mohamed berkata demikian bagi mengulas kenyataan Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mendakwa terdapat 100 ketua cawangan diupah untuk mengganggu PAU nanti.


“Dakwaan Ku Nan (Tengku Adnan) bahawa ketua-ketua cawangan akan buat kecoh di PAU itu fitnah yang amat jahat dari Ku Nan.

“Apa motif dan faedahnya kita nak buat kacau, tak perlu.. sebab yang hadir itu semua kawan-kawan kami semua.

“Kenapa kita nak buat sesuatu, yang boleh memudaratkan.. Tidak ada faedah kami nak buat kecoh kat sana,” katanya kepada FMT.

Memetik laporan Sinar Harian, Ku Nan berkata 100 ketua cawangan diupah untuk mengganggu PAU untuk mendesak Presiden berundur.


Ku Nan berkata mereka dibayar dengan duit dan diupah untu membuat kecoh di PAU.

Mengulas lanjut, Rushdan berkata ketua-ketua cawangan tentunya tidak akan melakukan perkara yang boleh memburukkan parti mereka sendiri.

Katanya, mereka hanya ingin mendesak supaya Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berundur.


“Kami ketua-ketua cawangan tidak akan melakukan perbuatan seperti itu (buat rusuhan di PAU)… tak wajar.

“Cukuplah, kami melakukan sidang media dan menyatakan secara terbuka bahawa kami tak sokong lagi kepimpinan Najib..Itu sudah cukup,” katanya.

Rushdan turut berkata sekiranya ada pihak yang membuat rusuhan di PAU nanti, mungkin daripada pihak yang telah diupah.


“Kami difahamkan mungkin ada pihak lain yang diupah sebenarnya.. sebab ada kemungkinan ada kumpulan lain yang selama ini telah buat kecoh dalam beberapa perhimpunan.

“Kami tak perlu layan (dakwaan Ku Nan), kalau ada kami harap pihak polis akan ambil tindakan tegas kepada pihak yang membuat kekacauan itu…Tangkap dan dakwa (mereka) yang melakukan perbuatan sebegitu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Cawangan SUA Betong Bahagian Teluk Kemang, Ramli Awang turut menafikan dakwaan Ku Nan itu.


Katanya, dia hanya meminta supaya Najib berundur dan ingin pemilihan UMNO yang dijadual berlangsung pada Perhimpunan Agung parti tahun depan diteruskan dan bukan ditangguhkan.

“Kita bukan nak gaduh dengan UMNO..kami nak Najib letak jawatan (sebagai Presiden), itu saja.

“Kita juga mahu pemilihan UMNO pada 2016 diteruskan…tak nak tangguh.

“PRU14 makin lama makin dekat, buat apa nak tangguh.. Bagi ahli sendiri pilih sapa yang layak jadi Presiden, Timbalan Presiden dan dalam jawatan lain,” katanya.
FMT 

Tujuh Pemimpin UMNO Dipantau, Mungkin Dikenakan Tindakan Disiplin - Ku Nan

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
KUALA LUMPUR - Umno sedang memantau tujuh pemimpinnya yang mungkin berdepan tindakan disiplin, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Bagaimanapun, beliau tidak menamakan ketujuh-tujuh pemimpin yang sedang dipantau itu.

"Kami sedang memantau tujuh pemimpin. Jika perlu, tindakan disiplin akan diambil terhadap mereka," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Umno akan mengambil tindakan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletak jawatan.

"Itu pendapat beliau sendiri.

"Baru-baru ini, saya lihat di pelbagai laman web bahawa beliau (Dr Mahathir) mula menyerang saya. Saya hanya mahu melakukan tanggungjawab saya sebagai Setiausaha Agung Umno," kata Tengku Adnan.

Tengku Adnan juga meminta media supaya berhenti melaga-lagakan pemimpin lama dan pemimpin baharu.

"Cukup-cukuplah. Jangan laga-lagakan pemimpin lama dan pemimpin baharu," katanya.

Beliau berkata masalah yang dihadapi pada pentadbiran kerajaan pada hari ini harus ditangani oleh pemimpin sedia ada.

"Kami tidak memerlukan campur tangan pemimpin lama untuk selesaikan masalah kami, kami tahu bagaimana untuk menyelesaikannya.

"Sama seperti Tun (Dr Mahathir), penggalnya sudah berakhir, cukup-cukuplah," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata peguam Umno akan menghantar surat balas kepada Pengerusi Akademi Belia Datuk Saifuddin Abdullah yang juga anggota Umno dalam masa terdekat bagi menjawab persoalan bekas Anggota Majlis Tertinggi Umno itu mengenai surat tunjuk sebab yang dihantar kepadanya pada 28 September lalu.

Surat tunjuk sebab itu dihantar oleh Tengku Adnan berkenaan kehadiran Saifuddin di majlis pelancaran gabungan baharu parti pembangkang, Pakatan Harapan, pada 22 September lalu.

Terdahulu, Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, diiringi timbalannya, Datuk Dr Loga Bala Mohan, dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin, menghadiri majlis pelancaran dan sesi pengundian Projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan di Residensi Kepongmas di sini.

Projek fasa pertama yang dibangunkan oleh Syarikat Sinerjuta Sdn Bhd di Kepong itu menawarkan 1,514 unit rumah mampu milik berharga RM188,000 hingga RM198,000 dengan keluasan 800 kaki persegi, dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air dan satu tempat letak kereta.
 

Ku Nan, SHUT THAT GAP !

Tuesday, December 8, 2015


Antara pemimpin Umno yang paling banyak bercakap akhir2 ini adalah Setiausaha Agung Umno, iaitu Yang Mulia Tengku Adnan Tengku Mansor.
Yang mula kata tidak akan ada media masa PAU hari tu , dia lah....
Semalam yang sound Timbalan Presiden supaya Don't Cross The Line , dia lah ....
Hari ini orang yang sama sound lagi - Mungkin ( Timbalan Presiden ) gila kuasa. - Mkini.
Rupanya ramai juga ahli Umno yang berbulu dengan Yang Mulia Tengku Adnan ni dek keceluparan mulutnya. Hari ini Datuk Seri Shafie Apdal sudah sound dia balik -
"Beliau (Muhyiddin) timbalan presiden, anda (Tengku Adnan) setiausaha agung.
"Beliau diundi, anda dilantik... jangan hanya minta dihormati, kenalah (juga) hormati orang lain," - Mkini.
Adeeeh .......
Ni ada satu lagi komen dari seorang pemimpin Umno yang amat disegani di Johor, iaitu Yang Mulia Tengku Putra Jumat ADUN Kempas.
Status FB beliau yang bertarikh 3 Disember lalu memang pedas dan tajam ! Saya terjemahkan lebihkurang -
Boleh tak Setiausaha Agong tolong diam sehingga satu keputusan resmi dibuat oleh Majlis Tertinggi Umno ? Pandangan anda yang tidak bernilai ( insignificant )  itu tidak penting dan mungkin saja disalah tafsir sebagai mewakili parti.
Tugas anda hanya merekod minit mesyuarat dan sampaikan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Tertinggi. Contohnya kenyataan yang Media DiHalang ( Untuk Pau ), ia hanya memberi gambaran Umno itu sering berubah2 pendirian ( flip flop ) sedangkan keputusan Majlis adalah sebaliknya.

KU NAN GAGAL


Khamis, 15 Mei 2014


Tadi Sangkakala ada menulis tentang Tok Ali atau YB Datuk Seri Ali Rustam yang dikatakan akan menggantikan tempat Setiausaha Agung UMNO.


Disini Sangkakala nak buat sambungan apabila ada dikalangan rakan rakan yang bertanya, kenapa perlu di tukar Setiausaha Agung UMNO yang sedia ada sekarang.

Dalam beberapa artikel yang lepas, Sangkakala juga ada menulis tentang Setiausaha Agung UMNO yang ada sekatang ni tentang beberapa kemelut yang melanda.

Tapi apa yang pasti, Tengku Adnan sebenarnya gagal menjalankan tugas sebagai Setiausaha Agung UMNO dalam menyelesaikan badai yang melanda di Terengganu.



Memang benar, sekarang ni YB Datuk Seri Ahmad Said yang merupakan bekas Menteri Besar telah bertindak untuk menyertai semula UMNO dan melupakan hasrat untuk menjadi calon bebas.

Jika diikuti rentetan kejadian, Mat Said dikatakan telah memberitahu bahawa beliau akan melangsungkan majlis perkahwinan anaknya di Kemaman dan beliau juga mengatakan bahawa pwrkara ini telah dimaklumkan kepada YAB Perdana Menteri.

Tapi dalam masa yang sama, Perdana Menteri mengatakan bahawa beliau tidak tahu akan majlis yang diadakan pada 17 Mei nanti dan Perdana Menteri mengandaikan bahawa majlis yang diadakan pada 10 Mei lalu telah selesai.

Dan dengan kekeliruan itu juga, maka kekeliruan dan salah faham telah berlaku hingga membuatkan Mat Said bertindak keluar dari UMNO dan menjadi ADUN bebas.

Tetapi setelah Perdana Menteri mendapat tahu kedudukan yang sebenar, maka kemelut yang melanda di negeri Penyu ini dapat diatasi dengan begitu baik dan pwnih sifat kekeluargaan.

Tapi persoalannya disini, kenapa perkara ini tidak diselesaikan oleh orang yang diwakilkan oleh Perdana Menteri untuk menyelesaikan perkara tersebut?

Siapa yang diarahkan oleh Perdana Menteri bagi menyelesaikan kemelut Tetengganu?

Setahu Sangkakala, Setiausaha Agung dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia telah dikerahkan untuk pergi mencari jalan penyelesaian, tapi apa yang berlaku, Mat Said bertindak keluar parti sejurus Menteri Besar Terengganu yang baru mengangkat sumpah jawatan beliau dihadapan Sultan.

Satu lagi persoalan yang bermain di kepala Sangkalala ialah, apakah benar bahawa Perdana Menteri yang mengeluarkan kenyataan bahawa majlis perkahwinan anak Mat Said adalah masalah peribadi beliau?

Pada jangkaan Sangkakala, takkan sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib akan mengeluarkan kenyataan sedemikian terhadap seorang pemimpin sebuah negeri.

Jadi disini Sangkakala merasakan bahawa Ku Nan GAGAL melaksanakan apa yang diarahkan oleh Perdana Menteri iaitu menyelesaikan permasalahan.

Jadi adalah lebih baik jika Ku Nan melepaskan jawatan tersebut dan ada juga bagusnya jika Tok Ali pula mengambil alih jawatan Setiausaha Agung UMNO yang baru.

Tok Ali pun bukan orang baru dalam politik dan Sangkakala yakin Tok Ali mampu untuk membawa pembaharuan dalam pentadbiran UMNO Malaysia

GAMBAR:- Bangalo Tengku Adnan Terbakar. Setiausaha Agong UMNO. Rumah Nyaris Nyaris Hancur



Oleh : HHalem 
 



Allhamdulillah Semua Selamat !! 

Setiausaha Agung UMNO nyaris kecelakaan dalam kebakaran di rumah. 



Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor merasa cukup bernasib baik.Jika tidak kerana anak lelakinya tersedar ada kebakaran di rumah mereka jam 5.30 pagi Ahad beliau dan keluarganya pasti ditimpa musibah. 

Kebakaran yang berlaku dengan cepat itu telah memusnahkan sebahagian besar rumahnya yang terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur khususnya di bahagian atas. 

Tengku Adnan yang ditemui Agendadaily jam 8.30 pagi ketika menantikan pihak bomba sedang memeriksa kesan kebakaran yang teruk itu memberitahu semasa kejadian beliau tertidur di biliknya selepas mengikuti keputusan pilihanraya Singapura di televisyen. 

Katanya tiba-tiba anak lelakinya mengetuk pintu memberitahu ada kebakaran. Mereka sekeluarga segera lari keluar dari rumah. 

Tiak lama kemudian beberapa kereta bomba telah berkejar ke rumahnya untuk berusaha memadam kebakaran. 

“Saya rasa sungguh nasib baik. Kalau anak saya tidak sedar entahlah,” katanya. 

Tengku Adnan kata sepatutnya pagi ini beliau dijadual hadir di satu majlis di Putrajaya.- 
Sumber Agendadaily... 8/5/2011
AMUKANMelayu - Banyak lagi KEROSAKAN yang telah di lakukan oleh Ku Nanan, di sebabkan banyak KEJADIAN ANEH yang berlaku maka tiada FOKOS kepada PRESTASI Ku Nanan yang terlepas pandang oleh Presiden UMNO.