Monday, 1 February 2016

KEMAROK NAK JADI MB - ADAKAH MUKHRIZ AKAN DI PECAT DARI UMNO?






Tuanku-Abdul-Halim-mukhriz

ALOR SETAR: Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Kedah yang baharu bagi mengantikan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir dijangka akan diadakan esok.
Angkat Sumpah tersebut dikatakan akan diadaka  sejurus selepas Majlis menghadap ADUN Barisan Nasional (BN) bersama-sama ahli-ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada jam 2 petang di Wisma Darul Aman.
 

Antara Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang akan hadir ialah Tunku Temenggong Kedah, Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Laksamana Kedah, Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah, dan Tunku Panglima Besar Kedah, Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.


Pada Majlis itu nanti, setiap ADUN Kedah akan mengadap Ahli Jemaah Pemangku Kedah bagi menyatakan pendirian mereka terhadap krisis pentadbiran yang sedang melanda ketika ini.


Sementara itu, ADUN Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin ketika dihubungi SuaraTV turut mengesahkan mengenai perjumpaan itu.
“Ya, kami semua telah diminta untuk hadir bagi mengadap Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah esok petang.

“Saya juga difahamkan kami akan mengadap seorang demi seorang untuk menyatakan pendirian sama ada menyokong atau menolak perlantikan Menteri Besar yang baru” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas sebarang spekulasi berhubung majlis angkat sumpah yang dikatakan akan diadakan sejurus selepas itu.

“Saya tidak pasti mengenai majlis angkat sumpah” ujarnya ringkas.

Spekulasi berhubung perlantikan menteri besar hangat diperkatakan selepas semua ADUN BN diminta hadir untuk mengadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah.


Sekiranya majoriti ADUN BN bersetuju menolak Mukhriz sebagai menteri besar dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah berpuas hati dengan pengakuan tersebut maka satu majlis angkat sumpah bakal diadakan dalam masa terdekat.
Difahamkan pada ketika ini majoriti Adun BN Kedah sedang mengadakan satu perjumpaan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam satu perjumpaan tertutup di Putrajaya. – SuaraTV

Istana Kedah Bersiap Anjur Majlis Angkat Sumpah

By editor January 25, 2016
ahmad bashah

Alor Setar – Istana Anak Bukit dilaporkan sedang melakukan persiapan untuk majlis angkat sumpah bagi melantik Menteri Besar Kedah yang baharu. Tinjauan SuaraTV melalui sebuah laman Facebook KekalNajib, majlis angkat sumpah tersebut akan diadakan dalam masa terdekat ini. 

“Persiapan majlis angkat sumpah” ujar laman Facebook tersebut yang turut memuatnaik gambar susunan kerusi di dalam sebuah istana.


SuaraTV bagaimana pun gagal untuk mendapatkan sebarang pengesahan dari Istana Anak Bukit berhubung laporan tersebut. Portal proUmno myKMu sebelum ini melaporkan negeri Jelapang padi itu bakal mendapat Menteri Besar Ke-12 selewat-lewatnya Rabu ini apabila 20 daripada 21 Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (Adun), Barisan Nasional (BN) bersetuju untuk menggantikan Mukhriz. 

Menurut sumber portal tersebut, kesemua mereka telah menyatakan taat setia kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selaku Presiden UMNO. Mereka juga dikatakan bersedia menghadap DYMM Tuanku Sultan Kedah sekiranya dipanggil untuk menyatakan sokongan mereka terhadap keputusan tersebut.
– SuaraTV

Istana Kedah Murka , Segera Mohon Ampun Pada Institusi DiRaja Kedah 

Posted by airil 




KENYATAAN AKHBAR



KENYATAAN AKHBAR

Di saat rakyat Negeri Kedah Darul Aman sedang bergembira meraikan Ulangtahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah yang ke-88, sekumpulan pemimpin UMNO negeri ini telah bertindak mendesak saya berundur dari jawatan Menteri Besar.

Tindakan 12 Ketua Bahagian dan dua Timbalan Ketua Bahagian mengheret sama ketua-ketua sayap dan pemimpin muda dalam UMNO mengadakan sidang media di Alor Setar pada 20 Januari 2016 lalu adalah tidak bertanggungjawab.

Malah sebilangan yang hadir pada sidang media tersebut telah maklum kepada saya bahawa mereka tidak mengetahui terlebih dahulu tujuan dan intipati kenyataan yang dibuat. Saya percaya desakan mereka tidak mewakili suara majoriti ahli UMNO dan yang lebih penting lagi, kehendak rakyat Negeri Kedah.

Perbuatan kumpulan ini telah mencemar pelbagai acara sambutan Ulangtahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah.

Selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan Menteri Besar, saya telah menerima khabar sesungguhnya Duli Tuanku Sultan dan Yang Teramat Mulia Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah tersinggung dengan perbuatan kumpulan tersebut.

Yang lebih dikesali apabila tindakan itu disertai beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang sudah berikrar taat setia kepada Raja Pemerintah ketika mengangkat sumpah jawatan masing-masing.

Turut mendukacitakan, rentetan dari sidang media tersebut, enam daripada sembilan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tidak menghadiri Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Kedah pada hari Rabu, 27 Januari 2016 yang lalu. Ini jelas sekali menyalahi peraturan pelantikan mereka sebagai Penjawat Awam dan ingkar dengan sumpah jawatan yang diangkat di hadapan Raja Pemerintah, seperti yang termaktub di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.

Sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, keengganan menghadiri Mesyuarat EXCO menjejaskan proses pentadbiran dan perancangan yang telah diatur oleh Kerajaan Negeri dalam melaksanakan program dan aktiviti pembangunan untuk rakyat di negeri ini. Saya dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah dan Yang Teramat Mulia Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan turut murka dengan keingkaran Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berkenaan.

Selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, saya dengan rasa rendah diri memohon ampun kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah dan Yang Teramat Mulia Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah di atas perbuatan segelintir ahli UMNO yang telah mencemari kemuliaan Duli Tuanku Sultan dan kemeriahan majlis sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah.

Saya mendesak agar kesemua 14 Ketua UMNO Bahagian yang terlibat secara langsung mahupun tidak dengan sidang media pada 20 Januari 2016 lalu, dan enam orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang tidak hadir Mesyuarat EXCO pada 27 Januari 2016 segera memohon maaf secara rasmi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah dan Yang Teramat Mulia Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Sehingga kemelut ini selesai, semestinya setiap Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Udangan Negeri melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Raja Pemerintah dan rakyat baginda, seperti yang termaktub di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah.

DATO’ SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR

Menteri Besar Kedah Darul Aman

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah

Dikeluarkan di Alor Setar, Kedah bertarikh 31 Januari 2016

Surat terbuka Orang Kedah kepada YAB DS @NajibRazak PM Malaysia


Assalammualaikum.. Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, moga Dato Seri sihat dan meneruskan usaha membawa negara kita kearah yang lebih maju, bukan saja segi ekonomi bahkan sosialnya.
Tujuan saya menulis surat terbuka ini adalah untuk meluahkan rasa hati seorang rakyat terhadap pergolakan politik di Kedah sekarang. Bukan niat untuk mencampuri urusan politik negara atau negeri tapi, hanya ini medium untuk saya luahkan rasa hati.

Dato Seri, tahu tak bahawa, rakyat Malaysia termasuk Kedah sedang mengalami tekanan ekonomi dengan kenaikan harga barang yang semakin tinggi. Kehidupan yang semakin terhimpit malah ada yang mula tertekan dengan cara hidup sekarang.

Tapi apabila isu penukaran YAB Menteri Besar Kedah muncul. Ianya telah tengelamkan berapa isu utama yang lain, rasanya Dato Seri sendiri pun tahu. Malah rakyat juga seakan terlupa akan masalah ekonomi yang melanda diri dan negara. Ini kerana rakyat Kedah hatta Malaysia memandang penukaran Dato Seri Mukhriz Mahathir sebagai MB Kedah adalah satu isu besar yang tak patut berlaku.

Mungkin dari pandangan mata Dato Seri PM, Dato Seri Mukhriz ini tidaklah sehebat mana. Tak penting pun dalam organisasi UMNO. Kemungkinan juga disebabkan Ayahanda beliau yang sering mengkritik pentadbiran Dato Seri, menyebabkan beliau sendiri telah diCOP sebagai api dalam sekam.
Sebenarnya pada pandangan rakyat, Dato Mukhriz adalah HERO, beliau hanya menyuarakan pendapat hatinya mengenai isu-isu semasa yang menghimpit rakyat Kedah. Sebagai seorang MB, sudah tentu beliau mahu menjaga negeri dan rakyatnya ditahap yang terbaik.

Mengenai krisis politik pula, sepatutnya Dato Seri PM boleh menarik nafas lega apabila di Kedah ada seorang pemimpin yang mampu menjanjikan kemenangan pada BN untuk PRU 14 ini. BN Kedah mampu menang, cuma perlu membuat beberapa penambahbaikan saja. Bukan mudah nak cari pemimpin BN yang disayangi rakyatnya buat masa sekarang.

Jikalau Dato Mukhriz mempunyai masalah. Seharusnya beliau terlebih dahulu dipanggil mengadap Dato Seri bertanyakan masalah dan selesaikan secara dalaman. Ketua Bahagian, ketua sayap dan adun yang melakukan sidang media tempohari, saya percaya mereka amat setia dengan Dato Seri, biar apa pun keputusan Dato, mereka tetap akan mengikut arahan.

Jadi adalah lebih baik Dato Seri PM, cuba menyelesaikan masalah ini dengan baik dari dalam. Panggil MB, KB dan semua individu didalam UMNO Kedah untuk berbincang dan cari penyelesaian. Pemimpin yang berjiwa besar seperti Dato Seri PM, seharusnya mampu menguruskan perkara ini, dan saya percaya Dato mampu lakukan.

Masa ini juga Dato Seri boleh membuktikan bahawa Dato Seri mampu mengawal masalah dalaman didalam parti sendiri. Malah kelihatan hebat dimata rakyat apabila bertindak demikian. Jika Dato Mukhriz menjadi hero dimata rakyat, Dato Seri pula menjadi hero kepada beliau, memaaf dan menyelamatkan keadaan dari menjadi lebih keruh lagi.

Ini boleh membuatkan imej Dato Seri melonjak naik ketahap tertinggi, kerana berjaya memaaf dan menyelamatkan orang yang pernah menegur pentadbiran Dato.

Saya juga percaya orang Kedah dan rakyat Malaysia akan melupakan isu nasional yang lain jika Dato Seri boleh berlapang dada dan menjadi penyelamat kepada hero rakyat yang teraniaya.

Namun semua kebaikan yang saya nyatakan diatas boleh hilang serta-merta, apabila Dato Seri cuba untuk mengugurkan juga Dato Mukhriz sebagai MB Kedah. Ini kerana buat masa sekarang rakyat Malaysia melihat Dato Mukhriz sebagai insan yang teraniaya, dan dibelot oleh rakan-rakannya sendiri. Sepatutnya Dato Seri boleh menjadi hero menyelamatkan keadaan dan bukan menjadi sebaliknya yang lebih memburukkan lagi.

Tindakan gugur tersebut boleh membuktikan (pada pandangan rakyat) bahawa Dato Seri lah yang merancang semua ini dan tidak mungkin rakyat Malaysia akan memaafkan tindakan tersebut, kerana isu simpati ternyata boleh membuatkan orang terlupa akan perkara baik yang lain.

Sesungguhnya rakyat sedang memerhati apa saja tindakan Dato Seri, malah menilai kembali mandat yang pernah mereka berikan. Terpulang pada Dato Seri, samaada mahu menjadikan keadaan lebih baik, atau lebih buruk dari sekarang.

Kerana Dato Seri perlu tahu, sebagai ahli UMNO, saya juga hampir hilang keyakinan terhadap parti, apabila melihat YAB MB kami dibelot dan dianiaya sedemikian rupa. Jika beliau Menteri Besar pun boleh diperlakukan sebegitu, apa sangatlah kami rakyat bawahan ini.

Jadi kini terpulang pada kebijaksanaan Dato Seri untuk menjadi hero pada rakyat, atau menjadi individu yang melawan kehendak rakyat.

Tapi dihati kecil saya menyatakan Dato Seri Najib sebenarnya boleh menjadi penyelamat..percayalah.

- Suara Rakyat Kedah -
‪#‎SelamatkanKedah‬ Posted in:


Saturday, November 7, 2015


[TEKANAN AGAR MUKHRIZ LETAK JAWATAN MB TIDAK MENJADI] Zahid Hamidi dan Hishamuddin KE KEDAH Hari Ini, Mukhriz ENGGAN UNDUR


ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir masih berteka-teki mengenai kesediaannya melepaskan jawatan yang disandang sejak 2013. 

Perkara itu mula menjadi viral di laman Facebook selepas beliau menghadiri perjumpaan tertutup bersama pimpinan Umno Kedah dan Umno Pusat di Dewan Seri Mentalon, di sini, hari ini. 

Mukhriz dalam kenyataan terkini menyifatkan bahawa sokongan rakyat perlu diutamakan. 

“Apa sekalipun keputusan pucuk kepimpinan, saya sendiri termasuk semua kepimpinan juga lebih mengutamakan apa kehendak rakyat. 

“Ini kerana kita tahu rakyat yang menentukan menang atau tidak dalam PRU14 nanti,” katanya kepada media, hari ini.

Turut hadir ialah Naib Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Viral yang dimuatnaik oleh pemilik akaun Edisi Siasat menyebut “Alhamdulillah YAB DS MM sedia berundur sebagai MB Kedah demi kelangsungan Umno”. 

Mengulas mengenai perjumpaan itu, Mukhriz menyatakan sokongan penuh terhadap apa sekali pun keputusan yang dibuat oleh kepimpinan peringkat pusat.

“Dalam Bajet 2016 pun ada beberapa perkara yang disebut dan Kedah sangat terhutang budi atas kesungguhan kerajaan membantu kita untuk meyakinkan rakyat.

“Inilah manfaat yang rakyat boleh rasai apabila ada kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang datang dari parti yang sama,” katanya.

Pada masa sama, beliau mengakui bahawa Kedah amat menagih perhatian kerajaan pusat kerana ia merupakan sebuah negeri yang kecil dan kurang dari segi pendapatan. 

“Saya seronok apabila Timbalan Perdana Menteri datang ke Kedah dan menunjukkan komitmen serta memberi aspirasi untuk kami mempertahankan Kedah,” katanya.

Sementara itu, Hishammuddin turut mengambil kesempatan memperjelaskan situasi yang berlaku terhadap Mukhriz seperti yang diviralkan di laman Facebook. 

“Kita yang memikul amanah dan tanggungjawab mesti bersedia pada bila-bila masa untuk mengundur diri apabila amanah dan tanggungjawab itu tidak dapat dilaksanakan.

“Tetapi seandainya apa yang kita buat ini mesti berkisar kepada keputusan parti dan tidak bercanggah dengan apa yang diuar-uarkan di media sosial,” katanya.

Menurutnya, Umno mempunyai cara sendiri untuk menentukan arah tuju parti dan disiplin ahli. 

“Sebab itu saya menyokong penuh apa yang dinyatakan Mukhriz. Itu pandangan saya secara peribadi.

“Itu adalah amanah yang kita pikul. Jika perlu untuk kepentingan parti, maka kita undur. Tiada apa yang pelik dalam kenyataan Mukhriz itu,” katanya.

-Sinar Harian

Thursday, September 3, 2015


[MB KEDAH DIPECAT DARI UMNO?] Datuk Seri Komen Mukhriz...Belum Terima Apa-Apa Notis


Ini apa yang tersebar melalui WhatsApp hari ini, kononnya tujuh orang Pemimpin UMNO akan dipecat dalam Mesyuarat MT UMNO pada 9 September ini.. antaranya ialah MB Kedah, Mukhriz Mahathir..

Mesy MT 9/9 ni, 7 pemimpin Umno akan dipecat..


Khabarnya besuk akan pecat Mukriz sebagai MB.. 5hb umum MB baru dan 9/9 pecat keahlian...


Dato aziz sheikh fadzir d laporkan akan dipecat kerana didapati membocorkan maklumat 1mdb dan didapati menaja beberapa org untuk menghentam najib,


1. TS Muhyiddin

2. DS Shafiee Afdal
3. DS Mukhriz Mahathir
4. DS Aziz Sheikh Fadzir - MP & KB Umno Kulim/Bandar Baru 
5. DS Ahmad Said - ex MB Tganu 
6. Dato Hamidah Osman 
7. Datuk Jumat Idris, MP & KB Umno Sepanggar,Sabah

Berikut adalah jawapan dari Mukhriz dilaporkan oleh Malaysiakini

Mengulas perkara itu, Mukhriz Mahathir ketika ditemui pemberita hari ini berkata beliau tidak menerima apa-apa notis berhubung perkara itu.
Mukhriz berkata beliau tidak menganggapnya sebagai maklumat yang sah melainkan jika ia diterima dari Umno pusat.
"Senarai ini macam-macam... tetapi selagi benda itu tak jadi kenyataan, saya tidak boleh bagi respon.
"Saya sendiri ada tengok macam-macam dihantar melalui WhatsApp dan sebagainya, tetapi setakat ini belum ada apa-apa kenyataan daripada mana-mana pihak khususnya pimpinan Umno pusat.
"Jadi saya tak boleh nak terima lagi komen kononnya maklumat dan berita itu telah disahkan," katanya kepada pemberita di Kedah.
Sementara itu, naib presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata dakwaan tersebut hanyalah satu khabar angin yang tidak berasas.
Katana beliau sendiri tidak tahu menahu jika mesyuarat tersebut sememangnya akan membincangkan perkara itu.

"Jika ada pihak tertentu yang mahu terus percaya khabar angin berkenaan, terpulanglah tapi saya sendiri pun masih tidak tahu apa agenda mesyuarat itu nanti," katanya seperti dipetik dalam laporan Berita Harian Online


Siapakah Yang Akan Menerajui Kedah Selepas Mukhriz?
By Samurai Biru January 27, 2016

download (1)


Kemelut politik yang melanda negeri Kedah membawa kepada ketidak tentuan nasib Menteri Besarnya kini, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir. Ramai yang menjangkakan, hayat Mukhriz di arena politik Kedah bakal berakhir selewat-lewatnya penghujung bulan ini.

Dalam pada itu, ramai yang tertanya-tanya, siapakah pengganti bagi Mukhriz yang dipersetujui oleh Kebawah Duli Tuanku Sultan Kedah, Almutassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Al-Haj Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan turut dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin UMNO Kedah yang merupakan tunggak kepada kerajaan Kedah hari ini.



Tiga nama disebut-sebut sebagai pengganti paling ideal untuk menerajui negeri Kedah untuk beberapa tahun yang akan datang sebelum munculnya Pilihanraya Umum ke 14. Mereka adalah Adun Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, ADUN Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin dan ADUN Bukit Kayu Hitam, Datuk Haji Ahmad Zaini Zapar.

Namun begitu, antara ketiga-tiga calon ini, Datuk Ahmad Bashah dan Datuk Ahmad Lebai Sudin disebut-sebut sebagai calon paling popular untuk menerajui negeri Kedah. Siapakah mereka dan apakah kelebihan mereka?

Datuk Ahmad Bashah

Datuk Ahmad Bashah dilahirkan pada 10 Oktober 1950. Beliau yang merupakan Timbalan Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) juga merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah sehingga kini. Sebagai orang lama dalam politik, beliau sememangnya dikenali oleh rakyat Kedah sebagai seorang yang sentiasa ada didalam negeri.


images (2)
Siapa dapat menyangkal hasil usaha beliau bersama-sama Datuk Ahmad Lebai Sudin merangka strategi terbaik merampas semula negeri Kedah pada Pilihanraya Umum ke 13 lalu. Disaat ramai menjangkakan beliau akan mendiami Sri Mentalon, kejutan berlaku apabila Datuk Seri Mukhriz, yang pada masa itu bukan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri meraih jawatan berkenaan sehingga menimbulkan banyak tandatanya.

Namun, atas semangat setiakawan politik, Datuk Ahmad Bashah merelakan Mukhriz meraih jawatan berkenaan sementelah menghormati bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed. Pada ketika itu, terdapat sumber mengatakan, atas permintaan Tun M maka Datuk Seri Mohd Najib memberikan laluan “khas” kepada Mukhriz untuk mendiami Sri Mentalon.

Datuk Ahmad Lebai Sudin

Bagi Datuk Ahmad Lebai Sudin pula, beliau dikenali sebagai seorang yang amat merendah diri dan jarang diberikan liputan media. Dilahirkan pada 11 November 1958 di Pokok Sena, beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera Kepujian Kelas Kedua (Bhg Tinggi) dalam Sosiologi dan Antropologi dari Universiti Malaya.


images (3)

Seperti yang diterangkan sebentar tadi, beliau dan Datuk Ahmad Bashah adalah arkitek utama terhadap kejayaan UMNO dan Barisan Nasional dalam merampas semula Kedah dari PAS. Sikap beliau yang sentiasa merendah diri dan amat low profile ini sebenarnya dilihat seperti ular menyusur akar. Kepetahan beliau dalam berucap dan menarik perhatian rakyat Kedah terutamanya DUN yang diwakilinya menyerlahkan kredibiliti yang ada pada beliau.

Mudah didekati, mudah berinteraksi dan tidak menyombong diri dikatakan punca beliau amat disenangi oleh ramai pihak dan menerusi beberapa soal selidik yang dilakukan, beliau menduduki tempat pertama untuk dipilih sebagai Menteri Besar Kedah selain daripada Datuk Ahmad Bashah.

Namun, siapa sahaja yang dipilih oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan kepimpinan UMNO pusat nanti, mereka pastinya akan berkhidmat untuk rakyat Kedah lebih kerap berbanding sebelum ini. Ini kerana, kedua-dua calon ini banyak meluangkan masa mereka di Kedah berbanding berada diluar kawasan dan ini nyata memberikan kelebihan kepada mereka untuk menerajui negeri Kedah dengan lebih berkesan.


Perdana Menteri Menghadap Agong Di Istana Negara

By editor January 27, 2016.

image



Benarkah Perdana Menteri mengadap Agong pagi ini membawa senarai nama menteri besar baru Kedah? Dalam suasana yang kelihatan agak tegang dalam iklim politik Kedah, hari ini media dikejutkan dengan kehadiran kenderaan rasmi Perdana Menteri memasuki perkarangan Istana Negara untuk mengadap Yang DiPertuan Agong Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.


Apakah ini satu petunjuk terbaru berhubung isu pertukaran Menteri Besar Kedah yang sedang hangat diperkatakan?


Mukhriz berhadapan dengan krisis ketidak percayaan terhadap kepimpinan beliau yang menyebabkan hampir 100% pemimpin UMNO di pelbagai peringkat meminta Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO supaya bertindak segera untuk menyelesaikan kemelut UMNO Kedah ini.


Fokus utama mereka adalah untuk memenangkan Barisan Nasional pada PRU14 yang akan datang. Kemunculan Perdana Menteri ke Istana pagi ini sememangnya menguatkan lagi spekulasi pertukaran Menteri Besar di Kedah - PRU14.tv


[RAKYAT KEDAH DITIPU PRU13] PAS: Najib HANYA perguna Mukhriz untuk tawan Kedah



ALOR SETAR: PAS mendakwa Datuk Seri Mukhriz Mahathir hanya diperguna oleh Datuk Seri Najib Razak untuk merampas balik Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata demikian apabila mengulas tindakan 14 Ketua Bahagian UMNO Kedah yang secara tiba-tiba membuat keputusan mendesak Mukhriz berundur.

“Mukhriz ini saya lihat seperti titi oleh kerajaan BN dan UMNO.


“Apabila BN sudah dapat seberang menggunakan titi itu, mereka buang titi itu. Itu yang saya lihat situasi Mukhriz masa ini,” katanya kepada FMT.

Katanya, PAS tidak terkejut dengan kemelut yang sedang berlaku dalam UMNO di Kedah.

Katanya, ia disebabkan acuan UMNO yang sebegitu telah meresap ke dalam jiwa ahli-ahlinya.

“Saya tidak terkejut kerana kita tahu acuan UMNO dari atas telah meresap ke dalam ahli-ahli mereka. Jadi berlakulah polemik seperti ini,”  - FMT




AMUKANMelayu


Lompat si katak lompat,
Lompat tinggi-tinggi,
Apa yang hangpa dapat,
Duk kemarok nak jadi MB?