Monday, 29 February 2016

UMNO MENJADI BADUT SELEPAS 70 TAHUN




NAJIB HEBAT

"Yang terbabit dalam skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion bukan saya, tetapi Najib. Yang menerima RM42 juta duit SRC International bukan saya, tetapi Najib. Yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan berhadapan dengan risiko pendakwaan jenayah bukan saya, tetapi Najib. Yang ditolak oleh sebahagian besar rakyat bukan saya, tetapi Najib. Yang menjadi punca segala masalah UMNO hari ini bukan saya, tetapi Najib. Peliknya, yang digantung adalah saya", - Tan Sri My.
 

Mahathir isytihar keluar Umno lagi

Dikemaskini
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengisytiharkan keluar Umno buat kali kedua sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata membuat keputusan itu kerana Umno bukan lagi Umno dan hanya menjadi parti untuk mempertahankan Najib sebagai presidennya.
“Saya tidak boleh jadi anggota untuk parti sebegini,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau pada 19 Mei 2008 pernah melakukan tindakan sama sebagai tanda protes kepada pentadbiran perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Mahathir menyertai Umno semula pada 2009 selepas Abdullah berundur.
Reuters melaporkan beliau sebagai berkata tidak akan membentuk sebuah parti baru mahupun menyertai mana-mana parti.



28 Feb 2016 - Artis Fahmi Reza telah di panggil polis kerana "LUKISAN NAJIB MENJADI BADUT" dan ia membawa karikatur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas dipanggil polis berhubung karya seni yang sama yang diedarkan dalam talian.
Beliau bergambar dengannya di hadapan media di luar ibu pejabat polis itu petang ini sebelum memberi keterangan kepada polis selama 90 minit.
Beliau kemudian muncul dari balai polis meluahkan rasa terkejut apabila tidak ditahan kerana aksi itu.

Fahmi berkata semasa soal siasat, anggota polis meminta beliau memberikan nama pengguna dan kata laluan untuk akaun media sosial termasuk Facebook, Twitter dan Instagram.

Bagaimanapun, artis itu berkata beliau enggan menyerahkan butiran itu walaupun telah menjawab semua soalan lain dan mengakui menjadi orang yang melukis dan memuatnaik karikatur itu. Beberapa minggu yang sudah, Kak Fidah telah mengumpamakan Pemakan-pemakan dedak ini seperti Burung Unta yang menyembunyikan kepadalanya di dalam pasir sedang "PUNGKOQNYA" terdedah di luar.......

"USAH Jadi Burung Unta Yang Sembunyi Kepala Dalam Pasir" Kata Rafidah Kepada Sharizat Dan Ahmad Bashah..


Mungkin beliau menganggap 'pemakan-pemakan dedak' dari kem Najib yang menyerangnya sehari dua yang lalu tak faham Bahasa Inggeris.. lalu posting yang ditulisnya dalam Bahasa Inggeris diulang siarnya dalam bahasa Malaysia pula..

Shahrizat Jumaat lalu telah menegur dan mengingatkan Rafidah bahawa semasa beliau memegang jawatan sebagai Ketua Wanita Umno, Rafidah sering mengingatkan akan kepentingan untuk setia kepada pemimpin-pemimpin parti dan negara.
Bagaimanapun Rafidah memberitahu Shahrizat bahawa kesetiaan hanya boleh diberikan kepada parti dan negara, dan tidak akan ditawarkan secara membabi buta kepada pemimpin yang tidak layak.. dia maksudkan Najib kot sebagai pemimpin yang tak layak tu..

“I CAN DIFFERENTIATE BETWEEN LOYALTY TO PARTY AND NATION.....AND “LOYALTY ( blind?) TO INDIVIDUALS...NO MATTER WHO. NO ONE should ASK for ‘support’ for leaders as INDIVIDUALS...Ask people to support the PARTY.

Semalam pulak MB Kedah yang baru dilantik dilaporkan meminta Rafidah berhenti mengeluarkan kenyataan yang dianggapnya sebagai meracuni minda rakyat mengenai UMNO.

Dalam ucapannya yang disiarkan oleh agensi berita nasional Bernama, Ahmad Bashah menegaskan bahawa krisis kepimpinan Kedah telah diselesaikan dan pelantikannya menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk jawatan menteri besar itu telah dilakukan secara sah.

Oleh itu beliau berkata Rafidah perlu berhenti mempersoalkan isu ini kerana ianya telah "diselesaikan secara sah".

Rafidah hari ini menyiarkan semula posting dalam Facebook miliknya dalam Bahasa Malaysia..

Baca ni..


INILAH TERJEMAHAN POSTING FB SAYA TEMPOH HARI...YANG DIKATAKAN "meracuni fikiran rakyat" itu... BACALAH DENGAN HATI TERBUKA..
WOW...MACAM 2 DAH BERLAKU..
Kotak Pandora sekarang terbuka luas...
Siapa yang akan tahu apa yang akan keluar..
...perkara2 baru yang menakutkan ?
...apa cerita2 baru pula?

EPISOD BARU DAH MULA..

BETUL APA SAYA DAH KATAKAN...Ianya bukan kes mudah "buka dan tutup"..
Alaahai...
Drama sekarang mempunyai peserta2 antarabangsa..
Dari Malaysia..ke Amerika..ke Switzerland..dan sekarang Timur Tengah pula..
Mungkin ada penulis yang sedang memikirkan skrip yang sesuai untuk filem...terutama kalau ada lagi pendedahan dan kemajuan..

Alahaai...

Dan saya seorang warga negara yang merasa RISAU...saperti ramai yang lain..telah di sarankan untuk seolah2 berhenti bercakap..olih seorang penggeleng kepala..yang mendesak kita semua mesti "taat setia kapada pemimpin"...

Silalah terus menggeleng kepala...kerana saya akan terus bercakap..

UNTUK PENJELASAN...

SAYA ADALAH AHLI UMNO YANG SETIA...AHLI SELAMA 50 TAHUN..DAN AKAN MATI SEBAGAI AHLI UMNO.. SAYA WARGA MALAYSIA...JANGAN SESIAPA PERTIKAIKAN !

SAYA DAPAT BEZAKAN ANTARA TAAT SETIA KAPADA PARTI DAN NEGARA ...
DENGAN " Taat setia ( cara membuta tuli ?) ..KAPADA INDIVIDU2....TIDAK KIRA SIAPA....

INDIVIDU2 TIDAK PENTING..
LAGIPUN INDIVIDU2 AKAN MATI..
....SAPERTI SAYA JUGA AKAN MATI..
...INDIVIDU2 DATANG DAN PERGI..

TETAPI PARTI..DAN NEGARA ..TIDAK BOLIH DIKOMPROMI..

PARTI PERNAH DI BATALKAN PENDAFTARANNYA..DAN DI HARAMKAN ..DALAM TAHUN 1987...AKIBAT DARIPADA PEREBUTAN KUASA DAN JAWATAN.. Orang2 yang menggeleng kepala itu mungkin TELAH LUPA TITIK HITAM SEJARAH PARTI.

JANGANLAH SESIAPA MEMINTA untuk "diberi sokongan "kapada INDIVIDU2..MINTALAH SUPAYA DISOKONG PARTI...DAN NEGARA..

PARTI DAN NEGARA TIDAH WAJAR menjadi sasaran apa2 tindakan dan lakuan sesiapa jua di kedudukan kepimpinan...tidak kira DI PERINGKAT MANA...

Sudah terdapat retak2 dalam Parti.
...Dan keresahan berterusan dilalangan rakyat Malaysia...

....TOLONGLAH LIHAT REALITINYA...
...TOLONGLAH HENTIKAN MENGELAK DARI MENERIMA KEADAAN SEBENAR...
....TOLONGLAH JANGAN BERMAIN POLITIK BERPUAK2

DUNIA MELIHAT KAPADA PEMIMPIN2 KITA DAN MEMBUAT KESIMPULAN MASING2...

USAHLAH saperti burung unta yang menyembunyi kepala mereka dalam pasir..tetapi seluruh badan dapat lihat semua orang...

...TOLONGLAH DENGAR APA YANG BERLAKU DIAKAR UMBI...
.....TOLONGLAH BERHENTI MENDENGAR CERITA2 HALWA TELINGA...TERUTAMA DARI MEREKA YANG BERKEPENTINGAN...
...TOLONG SENTIASA INGAT BAHAWA...DUA ( ATAU TIGA , ATAU EMPAT, ATAU LIMA ) KESILAPAN ..TIDAK AKAN MENJADIKAN SATU YANG BETUL...

Tolonglah tidak mengelirukan lagi..

Kita SEMUA BERSAMA2 MERASAKAN KESAN2 DARI ISU2 YANG TELAH UJUD..

ITULAH SEBABNYA SAYA SAYA MENYATAKAN APA YANG SAYA FIKIRKAN...
PERKARA SAPERTI SEKARANG BELIM PERNAH BERLAKU...

SAYA SAYANG PADA UMNO..

SAYA SAYANG PADA MALAYSIA..

SAYA SENTIADA BERDOA SEMOGA YANG MAHA ESA MENYELAMATKAN NEGARA INI...DAN SUPAYA DAPAT DIWARISI SECARA TIDAK JEJAS....OLIH GENERASI2 AKAN DATANG..

( Fikirkanlah....adakah semua yang datang dari hati yang risau ini..adalah "meracuni fikiran rakyat?" Atau sebenarnya luahan sentimen yang sangat ingin melihat perpaduan dalam parti...dan kepimpinan yang tidak terus dibelenggu masaalah?)
Allah swt Maha Mengtahui..
YANG BENAR TETAP BENAR...

Tapi Kak Pidah kena tahu.. depa ni burung unta yang makan dedak.. pasai tu la setia membabi buta saja kat tuan dia yang dok tabur dedak tu......dan kini semuanya dah kembali normal......

Lagi Jutaan Sokongan Beralih Kepada UMNO & NAJIB selepas Mohyiddin di singkir dari Tim Presiden.


 
Dalam tempoh 24 jam penggantungan Muhyiddin.. UMNO dan Barisan Nasional telah berjaya memperolehi sokongan yang jitu dan padu..! Kalau macam tu patut dah lama gantung Muhyiddin..!
UMNO akan menang besar di PRU KE 14 nanti.....bersedialah dengan Tsunamy Orang Melayu pula......hehehehehe....

Dalam pada itu, penulis veteran bertanyakan kepada Ku nan,


oleh Aspan Alias
Saya ingin bertanya kepada Setiauaha Agong UMNO T Adnan, apa yang telah dirosakkan oleh Muhyiddin terhadap UMNO sehinggakan beliau menggertak untuk membuang Muhyiddin dari menjadi ahli parti?

T Adnan telah memberi amaran terhadap Muhyiddin yang Ketua UMNO Bahagian Pagoh itu boleh dipecat keahliannya jika beliau terus merosakkan UMNO. Saya hendak bertanya kepada Adnan apa yang telah Muhyiddin lakukan sehinggakan UMNO boleh rosak kerananya?

Bagi ramai orang Najib lah yang telah merosakkan UMNO sehinggakan UMNO sudah hilang rupa bentuknya.


Najib telah menjadikan UMNO itu sebagai kelab eksekutif yang di anggotai oleh ‘the rich and the famous’ yang tidak mengendahkan parti dan disebaliknya menjadi Maharaja yang tidak boleh ditegur dan diberikan pandangan yang berbeza.

Najib telah menghancurkan UMNO sehinggakan yang kuat menyalak mempertahankan UMNO itu hanyalah dari kalangan individu yang berkepentingan peribadi.

Diantaranya ada yang mahu mengambil kesempatan untuk menjadi Perdana Menteri secara ‘express’ dan ada yang mahu menjadi kaya raya sebagai balasan kerana menyokong Najib.

Seluruh anggota UMNO diminta menyokong individu bernama Najib dan bukannya menyokong dan membina kembali UMNO yang sudah punah ranah oleh kerana permainan kotor politik pemimpin yang berjiwa fakir seperti Najib dan konconya.

tengku adnan-biodata
Sangat menghairankan tindakan Muhyiddin yang tidak selesa dengan tindakan rakus Presiden partinya itu sememangnya timbul secara natural jika beliau sudah tahu apa sebenarnya yang dilakukan oleh Presiden parti dan setelah menerima ‘briefings’ dari pihak yang berwajib seperti Bank Negara, AG Gani dan SPRM.

Kenapa pula yang ingin melihat perkara buruk itu dihentikan menjadi mangsa pemimpin dan parti buas dan mahu memecat keahliannya pula. Siapa sebenarnya T Adnan ini?
Dia masih seorang ‘novis’ politik tetapi oleh kerana pandai memainkan peranan dan mengampu dan sebagainya beliau diberikan jawatan yang beliau jadikan sebagai modal untuk berniaga.

Tetapi jika hendak pecat keahliannya bolehlah dilakukan tetapi ia pasti memberikan imbasan yang UMNO dan pimpinan peringkat tertinggi itu semuanya tidak mempunyai jiwa, manusia yang terdidik. Ia hanya menunjukkan yang mereka merupakan dari gulungan ‘poorly bred’ yang sekarang menguasai kuasa yang disalahgunakan.

Elok pemimpin palsu seperti T. Adnan ini belajar untuk berfikir sejenak untuk kebaikan diri nya sendiri. Kata ulamak yang muktabar dan agama kita, ‘berfikir sejenak itu lebih baik dari beramal sepanjang malam’.

Beliau patut berfikir samada beliau mempunyai moral jika terus terusan menjadi ‘tentera upahan’ kepada pemimpin yang zalim dan tidak memahami yang diri nya sudah dibenci rakyat seluruhnya.

T Adnan ini seperti ‘anak muda julung berkeris’. Anak muda yang julung berkeris selalunya batang pisang pun hendak disanggahnya. Jangan berpencak dengan orang yang sudah tidak mempunyai senjata.

Jika sesiapa yang mempunyai sifat malu ia tidak akan bercakap yang ‘decorum’ seperti T Adnan ini. Kenapa sanggup menjadi ‘conduit’ kepada pemimpin yang sah tidak jujur dan tidak boleh dipercayai ramai? Jika tidak merasa malu kepada orang lain, cuba-cuba lah berusaha untuk merasa malu terhadap diri sendiri.

Itu sahaja pandangan saya terhadap saudara saya T Adnan ini. Kenapa hendak bersama dengan Presiden parti saudara yang dicemuh oleh rakyat dimana-mana kita pergi. T Adnan tidak ubah seperti ‘orang ambil upah untuk menebas belukar’ lagak nya. Tentunya upahnya mahal. Maklumlah, tuan tanah nya Najib yang kaya raya itu. – Sumber Aspan Alias



Mahathir Nak Demo?.. Sekarang Dia Baling Batu Dekat Gelas Pun Gelas Tidak Pecah.. Kata Nazri



Apakah ini contoh terbaik yang ditunjukkan oleh seorang yang bergelar menteri kanan dalam kabinet Najib Razak?
Menunjukkan isyarat tidak senonoh kepada jurugambar yang merakamkan gambarnya di parrlimen sempena persidangan angkat sumpah ahli-ahli parlimen dan melantik Speaker Dewan Rakyat yang baru. 
Tun Dr Mahathir Mohamad mahu hadir dalam himpunan 27 Mac ini bagi menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya kerana malu dan dendam kerana anaknya digugurkan sebagai menteri besar Kedah.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz mendakwa tindakan Mahathir itu hanya ingin membangkitkan kemarahan rakyat kerana tiada bantahan mana-mana pihak mengenai pemecatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Kamu kena ingat, Mahathir ini pendendam. Dia malu anak dia tak sampai sepenggal hilang jawatan menteri besar. Itu memalukan keluarga dia dan tidak ada sesiapa nak demo (bantah).

“Jadi (dia) turut demo untuk balas dendam pada Najib.

“Pada saya (Mahathir) hanya nak buat orang marah,” katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini dan sebuah lagi portal di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam.

Dr Mahathir sebelum ini berkata beliau tiada pilihan lain selain turun berhimpun pada 27 Mac ini kerana saluran lain bagi menyuarakan bantahan terhadap kerajaan sudah disekat.

Perkara tersebut memaksanya menyertai perhimpunan yang tidak dipersetujui dan ditentangnya semasa menjadi perdana menteri. Mengulas lanjut, Nazri berkata, ketika Dr Mahathir menjawat jawatan perdana menteri, beliau menghalang mana-mana pihak untuk berdemonstrasi.

'Pergilah, asal ikut peraturan'

Bagaimanapun, kini Dr Mahathir mungkin mengakui bahawa beliau telah membuat satu kesilapan yang besar menyebabkan beliau bertindak sebaliknya.

“Waktu dia jadi perdana menteri, dia tak bagi demo. Tetapi sekarang dia nampak dia buat silap besar (dengan berdemonstrasi).

“Sekarang dia nak baling batu dekat gelas pun gelas tidak pecah,” kata Nazri, menyindir bekas perdana menteri keempat yang sudah berusia 90 tahun.

Nazri bagaimanapun tidak menghalang Dr Mahathir untuk turun pada perhimpunan berkenaan asalkan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

“Pergilah, asalkan ikut peraturan.

“Saya yang buat undang-undang kerana saya menteri pada waktu itu,” kata bekas menteri undang-undang itu.

Beliau meramalkan demonstrasi itu tidak berjaya.

Himpunan pada penghujung bulan depan itu dianjurkan oleh bekas menteri Umno Datuk Zaid Ibrahim. Ia dirancang secara tertutup dan mensasarkan penyertaan 1,000 anggota.

Maklumat lanjut belum didedahkan setakat ini.

Mahathir sebelum ini telah membuat kejutan dengan hadir ke perhimpunan BERSIH tahun lalu bagi mendesak pengunduran Najib lapor MalaysiaKini

Wartawan Kanan Tak Mahu Jadi Dungu Melulu..!



Baca dan fahamkan...


Biar derhaka daripada setia melulu



Keyakinan  saya terhadap  krisis ketelusan   UMNO kini semakin memuncak apabila sesuatu keputusan besar mengenai parti  mendapat persetujuan "sebulat suara"  daripada kepimpina tertinggi.  Saya fikir hampir semua pemimpin UMNO khususnya yang menduduki kerusi Majlis Tertinggi tidak memahami implikasi  keputusan "sebulat suara"  yang mereka buat.

Saya ada juga membaca buku-buku tentang politik dan kepimpinan.  Daripada pembacaan itu sebahagian besarnya menekankan debat sebagai satu kaedah untuk mendapat keputusan yang terbaik.  Keputusan yang dibuat secara "sebulat suara"  memperlihatkan sesebuah organisasi itu bukan sahaja tidak demokratik malah  menghampiri ciri-ciri diktator.

Saya menyokong tradisi debat yang subur dalam politik  di Amerika Syarikat.  Melalui debat rakyat dapat melihat ketokohan atau  kemuflisan pemikiran seseorang pemimpin.  Tetapi di negara kita  debat diberikan  gambaran negatif, padahal  mereka sebenarnya yang takut berdebat.

Oleh yang demikian saya yakin sebahagian besar pemimpin UMNO  memilih  "sokong"  membuta tuli kepada pemimpin utama kerana menjaga kepentingan lain.  Sikap "membuta tuli" inilah yang   akhirnya terhasil  semua keputusan yang dibuat  adalah "sebulat suara."

Saya sangat hairan kerana sesetengah pemimpin UMNO  dengan bangga menjaja bahawa keputusan menggantung  Muhyiddin Yassin daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO  dibuat secara "sebulat suara."   Maknanya tidak ada hujah  daripada ahli Majlis Tertinggi  selepas   Nazri Aziz mencadangkan Muhyiddin digantung atau dipecat daripada UMNO.

Organisasi apakah ini?   Khabarnya umur sudah dekat 70 tahun tetapi  mahu terus hidup  dengan dokongan  ahli-ahli  yang "setia melulu".   Malah berbangga dengan penerapan ciri-ciri  diktator  kerana semua keputusan dibuat secara "sebulat suara."

Jadi tidak hairanlah kalau esoknya di media  penuh dengan kenyataan pemimpin-pemimpin UMNO  memuji tindakan menggantung  Muhyiddin.  Saya yang  tidak arif berpolitik ini  tertanya-tanya  apakah mereka ini dipilih oleh rakyat hanya untuk mengangguk seperti ayam yang menjadi pemakan dedak?

Percayalah UMNO  bukan sahaja tidak akan ke mana-mana malah akan pupus kalau  pemakan dedak terus diberi peluang bersarang dalam parti ini.  Sekarang ini siapa lagi yang hendak percaya bahawa  hanya UMNO yang menjadi dahan untuk orang Melayu kalau di dalamnya penuh dengan pemakan dedak?

Saya fikir UMNO kena kembali kepada teras iaitu memperjuangkan kebenaran.  Jangan  memperjuangkan  setia membuta tuli kepada parti sedangkan ada sesetengah keputusan yang dibuat melanggar prinsip kebenaran.  Dalam konteks ini saya sangat setuju dengan Muhyiddin  di mana tindakannya dilihat tidak setia kepada parti (sebenarnya kepada Perdana Menteri sahaja)  tetapi memperjuangkan kebenaran.
Saya tidak kata yang dibangkitkan oleh Muhyiddin itu suatu yang benar. Tetapi kalau yang dikatakan Muhyiddin tidak benar, apa yang benarnya?  Pemimpin UMNO pemakan dedak tidak berupaya membuktikan Muhyiddin tidak benar.  Saya akan setuju dengan pemakan dedak kalau berjaya membuktikan  kenyataan Muhyiddin tidak benar.

Saya tidak menyertai pihak lain  yang terus menyorong UMNO  tenggelam ke dalam longkang di sebalik tulisan-tulisan mereka yang meminta semua orang setia kepada kepimpinan UMNO.  Bagi saya ini bukan hendak menyelamat UMNO tetapi melongkangkan UMNO.  Bagi saya lebih baik menjadi pembelot atau penderhaka  daripada menjadi penyokong  setia tetapi  dungu  yang membawa  UMNO ke lembah kehancuran. - KU SEMAN
AMUKANMelayu - Apakah benar "PAKU TERAKHIR" telah di ketuk pada KERANA UMNO?