Wednesday, 23 March 2016

"Art of war" VS Money Is KING



Najib: Islam tidak ajar taksub pemimpin hingga berbalah.

OLAK LEMPIT: Selasa 13 JamadilAkhir 1437, Syok baca ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyarakan agar umat Islam di negara ini berlapang dada dalam menangani perbezaan pendapat. Orang yang Berhati Besaq seperti PM memang kena pada tempatnya memberi ucapan seperti ini.
Menurutnya, janganlah kerana perkara yang kecil, titik bengit, khilafiah mahupun terlalu taksub kepada pemimpin atau kumpulan sehingga mendorong kepada permusuhan.

“Ia, sekaligus mendorong kepada permusuhan, kebencian dan menaruh prasangka serta label yang tidak sepatutnya daripada seorang muslim kepada saudara muslim yang lain,” ujarnya sewaktu berucap merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-59 di Perbadanan Putrajaya, hari ini.

Ujar Najib lagi, Islam juga membenarkan umatnya berbeza pendapat dan menyuarakan pandangan, namun ia haruslah dilakukan dengan beradab.

“Dalam erti kata lain, Islam membenarkan kita berbeza pendapat, menyuarakan pandangan dan juga bantahan, tetapi harus ada adabnya serta mesti konsisten khususnya dalam perkara sesama Islam,” jelas beliau lagi.

Mengulas lanjut, Najib turut memberitahu bahawa Islam mengajar umatnya untuk mencapai sesuatu perkara menggunakan kaedah yang murni dan betul.

“Misalnya, kalau kita mempunyai sesuatu objektif atau tujuan yang baik, tetapi kalau kita bersekongkol, bersubahat dengan orang yang anti Islam, tak senang dengan Islam, maknanya ada yang tidak betul dan ditegah oleh agama. Hal ini kerana, kesudahannya akan menghancurkan Islam itu sendiri,” kata beliau lagi. – petikan ini di ambil dari Bernama.

Malaysia sebenarnya amat bertuah kerana mempunyai seorang PM yang sering memikirkan tentang Kebajikan Rakyat dan PM pula bertuah kerana mempunyai seorang Isteri yang bertindak sebagai TPM tidak resmi yang sentiasa peka dengan Kerjaya Suaminya. 

Kata Isteri PM, beliau pernah bertanya kepada Datuk Seri Najib Razak kenapa mahu melaksanakan GST, kerana ia boleh mengundangkan kemarahan rakyat.
Namun jelas suaminya, keputusan untuk melaksanakan cukai tersebut adalah bersebab dan demi kebaikan rakyat dan negara.

"(Perdana menteri) buat sesuatu itu kerana ada sebab ... nasib baik kita ada GST, dengan harga minyak jatuh, dan (kalau) kita tak ada GST lagi susah.

"Saya pernah tanya kenapa buat GST... orang marah. Dia (Najib) kata 'I want to be a responsible leader to my people and country. I do not want to be a populist leader' (Saya mahu menjadi pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat dan negara saya. Saya tidak mahu menjadi pemimpin populis)," katanya dipetik Bernama dalam temu bual menerusi program bual bicara 'Langit Biru' terbitan Bernama Radio dan Biro Tatanegara di Wisma Bernama, semalam.

Rosmah berkata demikian sebagai memberi contoh antara usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang sentiasa memikirkan kaedah terbaik untuk membantu rakyat ketika ditanya bagaimana presiden UMNO itu menzahirkan semangat patriotismenya.

Jelas Rosmah, Perdana Menteri sentiasa berhempas pulas untuk membangunkan negara dan beliau tidak pernah berhenti berfikir tentang apa lagi yang mahu dilakukan supaya rakyat dapat hidup lebih aman dan mendapat rezeki yang lebih.

"Bagaimana untuk menarik lebih ramai pelabur datang, (beliau) sentiasa memikirkan kebaikan dan kesenangan rakyat," katanya lagi.


Bila di tengok dengan sambutan program PM, ianya masih hangat dan beribu-ribu "LEMON" yang datang. Money Is King, mungkin dapat dalam RM 50 ke 200 inggit sorang. Itu pun kalu tak di songlap oleh Penganjur Perhimpunan. Dalam sambutan yang amat meriah itu bagaikan satu pesta. Apakah ini PESTA Trengganu akan berpindah tangan? Nampaknya MB Trengganu "Berani Kerana Benar". Mari kita lihat siapa yang kena  Checkmate........

Usul undi tak percaya: Mat Said terima padah ... kerusi dun kini 16-16..!!



ahmadRAZIF,matsaid

Kerajaan Terengganu menghentikan menyalurkan peruntukan DUN Kijal kepada Ahmad dan dana itu diambil alih Pejabat Menteri Besar.

PETALING JAYA: Kerajaan Terengganu menghentikan penyaluran dana kepada ADUN Kijal yang juga bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.


Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, tindakan itu dianggap langkah tepat berikutan tindakan Ahmad yang dilihat tidak membawa imej sebagai wakil rakyat kerajaan kerana tindakannya mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap beliau pada sidang DUN baru-baru ini.


Memetik laporan Sinar Harian, Ahmad Razif berkata, semua dana untuk DUN Kijal akan diuruskan olehnya sendiri di bawah Pejabat Menteri Besar.


“Kita hentikan untuk diuruskan oleh ADUN kawasan itu sahaja tetapi bajet untuk Kijal (DUN) masih berjalan macam biasa tapi diuruskan di bawah Pejabat Menteri Besar.


“Kita melihat bahawa apa tindakan yang ditunjukkan tidak mencerminkan kepada wakil rakyat kerajaan maka kerana itu saya sebagai pemimpin kerajaan sekarang, akan mengambil alih (dana),” katanya kepada pemberita pada Majlis Kesyukuran di Hentian Bas MBKT di Kuala Terengganu, pada Ahad.
 

Ditanya tindakan kerajaan negeri itu seolah-olah memperlakukan Ahmad seperti kawasan pembangkang, Ahmad Razif menyerahkan persepsi itu dinilai oleh umum termasuk Ahmad.

“Itu terpulang kepada dia (Ahmad),” jawabnya ringkas.


Kemungkinan Ahmad akan berpaling tadah dan boleh menyebabkan kedudukan kerusi BN dan pembangkang seri, Ahmad Razif berkata, ia tidak menjejaskan kerajaan yang dipimpinnya sekarang.

Krisis Terengganu: Sejarah Perak mungkin berulang?



BN dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi DUN Terengganu.

Susulan tekanan yang di berikan MB Trengganu kepada Datuk Seri Ahmad Said sebenarnya MB Trengganu ni masih "MENTAH" dalam sepak terajang politik. Dengan "BEBAI" Mantan MB itu, tak mustahil beliau akan sekali lagi keluar dari parti UMNO, dan mengistiharkan menjadi calon bebas. Jika ini berlaku, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi daripada 32 kerusi DUN Terengganu di mana PAS menguasai 14 kerusi DUN manakala PKR pula satu kerusi.

Perkara tersebut sebenarnya tidak jauh dari apa yang berlaku situasi seperti ini di Perak yang membabitkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS dan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dari BN untuk merebut kerusi MB Perak mungkin bakal berlaku di Terengganu.

Jika Md. Said buat perangai dan keluar UMNO dan terdapat pula USUL undi tidak percaya yand dibuat di dalam Dewan, antara pilihan yang ada adalah bubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya negeri jika tiada yang menjadi KATAK. Kita tungguuuuuu................


Dalam pada itu, sekonyong-konyong, Tun M pula menambah luka yang ada. Di samannya Najib pulakkkkk......


Awat laaaa Hang KETEGAQ sangat

Dr M heret Najib ke mahkamah, tuntut ganti rugi RM2.6b





by Hafiz Yatim


Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain hari ini memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah-laku tort misfeasance dalam jawatan awam. Saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Selain Mahathir, plaintif lain adalah bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin dan bekas Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Najib adalah defendan tunggal dalam tuntutan itu.
Ketiga-tiga plaintif adalah sebahagian daripada gerakan Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri.

Mereka memohon perintah mahkamah untuk mengisytiharkan Najib melakukan tort misfeasans dalam jawatan awam dan tort kemungkiran fidusiari dengan menyalah-gunakan kedudukannya.

Menurut mereka, Najib sebagai perdana menteri, pengerusi BN, presiden Umno dengan niat jahat dan mala fide menghalang, mencampuri, menindas dan menyalah pintas pelbagai siasatan dan inkuiri berhubung skandal 1MDB berserta kemasukan dana dalam anggaran USD700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadi banknya.

Mereka juga memohon perisytiharan yang sama di mana Najib menyalah-gunakan kedudukan beliau untuk mengambil tindakan terhadap Anina dan Khairuddin.

Mereka juga menuntut RM2.6 bilion sebagai ganti rugi teladan dan ganti rugi berpanjangan sebanyak RM42 juta. Kata Tun Musa, Najib hanya mampu bertahan hingga PRU Ke 14. Sebelum atau selepas PRU? Jika selepas PRU jika kalah, banyak yang akan TERBONGKAR dan penulis kira banyak yang akan berjiran dengan Anuar di Sg. Buluh.

 

 


Dalam pada itu Ku Li pula menyatakan, sebagai rakyat Malaysia....dan pembayar cukai, kita jugak boleh menyaman PM, Menteri dan Kakitangan Kerajaan yang menyalahgunakan kuasa dan ianya boleh mendatangkan mudhorat kepada Rakyat dan Negara.

Ku Li: Tun M memang ada hak saman Najib


Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyaman Datuk Ser Najib Tun Razak.

Katanya, sesiapa sahaja yang membayar cukai dan rakyat negara ini boleh menyaman menteri atau pegawai kerajaan kerana mereka juga ada 'local standi'.




PENJELASAN DARI TUN MUSA HITAM, SESUATU YANG TERBAIK UNTUK KITA SEMUA.


Tun Dr Mahathir Mohamad genap 90 tahun pada 10 Julai dan hadiah hari jadi paling bermakna buatnya adalah “pengiktirafan” daripada bekas orang nombor duanya, Tun Musa Hitam.

Bercakap kepada The Malaysian Insider dalam satu wawancara eksklusif, Musa mengakui Dr Mahathir mutakhir ini menyuarakan isu-isu yang relevan dengan orang ramai.

“Beliau bersuara tepat pada masanya. Beliau menjadi hero popular dalam sekelip mata kerana menjuarai isu popular yang menyentuh hati nurani begitu ramai orang.

“Daripada segi ini, beliau melakukan sesuatu yang bagus buat negara tetapi ia juga selari dengan personalitinya,”
kata Musa di Kuala Lumpur sewaktu diminta mengulas kritikan demi kritikan yang dilancarkan bekas bosnya itu terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Membuka rahsia lama, menurut Musa beliau percaya tindakan Dr Mahathir itu dilakukan mengambil pedoman dari kitab strategi klasik perang Cina, “Art of War” karya Sun Tzu.

Art of war

Art of War adalah manual taktik perang berusia lebih 2,000 tahun yang diamalkan bukan sahaja dalam peperangan tetapi juga dalam perniagaan dan pembangunan diri.

“Dr Mahathir ini bersaing untuk menang. Guru Dr Mahathir adalah Sun Tzu (menerusi buku) Art of War.

“Semua kami dalam Kabinet, dalam mesyuarat pertama kami itu antara buku pertama yang diberikannya.

“Setiap tindakan yang dilaksanakannya jika anda perhatikan adalah berdasarkan buku itu,” kata Musa dipercayai merujuk kepada strategi kelapan dalam buku itu – yang merujuk kepada kebolehan mengubah tindak balas kepada keadaan yang sentiasa berubah.

Musa menjadi timbalan perdana menteri kepada Dr Mahathir dari 1981 sehingga 1986.

Beliau meletak jawatan pada 1986 kerana “perbezaan yang tidak dapat diselaraskan” dengan Dr Mahathir.

Musa kemudian bersara daripada politik selepas tewas kepada Tun Ghafar Baba yang menjadi regu Dr Mahathir dalam “Team A” pada pemilihan Umno tahun 1987.

Musa pada masa itu menjadi regu Tengku Razaleigh Hamzah dalam “Team B” dan cuba mempertahankan jawatan timbalan presiden Umno selepas meletak jawatan sebagai timbalan perdana menteri.

Kritik kerajaan seumur hidup

Bercakap lanjut, Musa menghuraikan dengan lebih lanjut “personaliti” Dr Mahathir berdasarkan penilaiannya.

“Dr Mahathir adalah pengkritik seumur hidup mana-mana kerajaan – ia tidak terhad kepada kerajaan yang menurut acuan beliau sahaja.

“(Oleh kerana) saya rasa dia ada sense of humor yang baik, saya anggap Dr Mahathir ini ‘Mr Terminator’ politik.

“Dia tamatkan begitu banyak perdana menteri dalam negara kita dengan jayanya, seperti dalam filem Terminator,” katanya sambil ketawa kecil.

Menurut Musa lagi, tekanan yang sedang diberikan Dr Mahathir kepada Najib adalah percubaannya untuk “menamatkan” perdana menteri ketiga selepas Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Abdullah Badawi.

“Ini adalah perdana menteri ketiga yang disasarkannya dan saya rasa beliau akan berjaya walau apa cara sekali pun,” katanya.

Tunku Abdul Rahman terpaksa meletak jawatan sebagai presiden Umno pada Jun 1971.

Peletakan jawatannya pada masa itu dikatakan salah satunya berpunca daripada tekanan Dr Mahathir dan Musa sendiri yang dianggap “Kaum Muda” dalam Umno pada masa itu.

Abdullah pula memberi laluan kepada Najib pada Perhimpunan Agung Umno 2009 selepas hilang majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum 2008.

Pentadbiran Abdullah pada masa itu turut dikritik teruk Dr Mahathir yang sebelum itu melantiknya sebagai penggantinya pada tahun 2003.

Najib kekal sampai PRU14

Bercakap lanjut, Musa berkata beliau pernah berkongsi pandangannya dengan Najib tentang cara menangani Dr Mahathir yang kurang senang dengannya sejak mula menjadi perdana menteri pada 2009.

“Saya dah pesan pada Najib berulang kali yang dia akan bermasalah dengan Dr Mahathir kerana dia (Dr Mahathir) sudah kurang senang dengan banyak perkara.

“Satu-satunya cara buat Najib dalam mencegah perkara ini adalah melaksanakan perkara menurut caranya sendiri, tegas dan tekal, rasional dalam kerajaan.

“Malangnya beliau nampaknya tidak cenderung ke arah itu,” katanya.

Justeru, Musa meramalkan Najib akan hanya bertahan sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 apabila mengambil kira kritikan berterusan Dr Mahathir terhadapnya.

“Najib akan kekal sebagai presiden parti paling lama sehingga pilihan raya umum akan datang (kira-kira) 2 tahun lagi,” katanya. – TMI




 AMUKANMelayu - Anak kecil main api..........bumi di pijak milik orang..... nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda.....akibat SENGKETA SESAMALAH KITA.........