Saturday, 5 March 2016

TIDAK SEMUA TINDAKAN TUN M BETUL BELAKA




OLAK LEMPIT, Sabtu 25 Jamadiawal 1437 - "MELAYU"......suhu ketika ini cukup panas dengan Fonomina Alnino dan dalam masa yang sama, suhu POLITIK juga bertambah panas dengan KOS SARAHIDUP yang tinggi dan penambahan yang amat ketara dengan KEMISKINAN BANDAR ketika Pejabat Zakat Negeri menyimpan BERBILLION RINGGIT duit zakat. 

Dikala Sultan dan Raja-Raja Melayu bertahta di Singgahsana dengan Kuasa yang semakin terhakis, Baginda Tuanku terus tidak mencampuri Urusan Politik sedangkan Kuasa Politik itu menentukan Kuasa Melayu dan Daulat Di Raja. Demokrasi telah melenyapkan KUASA MELAYU dan ISLAM. 

Tunjukan kepada Penulis mana satu Negara di dunia ini yang dapat menjalankan PENTADBIRAN PENUH mengikut ISLAM hasil dari Perjuangan Demokrasi?

Kini perkara yang sama sedang berlaku di Tanah Melayu. Dari AHLISUNNAHWALJAAAH telah berpecah kepada UMNO kepada PAS kepada PKR dan Kerjasama dengan DAP.
  
Dari UMNO menjadi PAS kita tinggal separuh kekuatan dan mereka ini terus kekal didalam PAS. Bila di tubuhkan PKR kita semakin sedikit jadinya, juga separuh lagi KEKAL di dalam PKR. Selepas itu kersama PAS dan DAP sehingga tertubuhnya PAN dan separuh dari Ahli PAS kekal dengan DAP dan PAN semestinyalah sebahagian dari DAP. Dan Melayu yang menjadi DAP bukanlah sedikit jumlahnya. 

Kini DEKLARASI RAKYAT pula. Juga ini akan meninggalkan kesan yang mendalam keatas Kuasa Politik dan Ketuanan Melayu. Percayalah.....KUASA POLITI MELAYU dan ISLAM semakin mengecil dan Cina akan menggunakan Kumpulan-kumpulan Kecil Melayu ini untuk mebentuk Kuasa Politik Baharu seperti BN dan DAP menjadi KEPALANYA........seperti Singapura.....mereka akan menggunakan Kuasa Politik yang ada di ketika itu untuk MEMBAWA MASUK CINA DARI TANAH BESAR untuk menjadi Warga Negara dan ini menjadikan mereka Kuasa Mejoriti. Adakah di ketika itu Sultan Masih Bertahta di Singgahsana sedangkan Kuasa Mejoriti boleh menggubal PERLEMBAGAAN Malaysia?

UMNO Telah Gagal Perjuang Agenda Melayu


PEJUANG YANG AMUKANMELAYU FAHAMI SEBAGAI SE ORANG ANAK MELAYU: 1 - Berjuang Untuk Ugamanya - Jika Ugamanya Di Hina Dan Di Zalimi 2 - Berjuang Untuk Bangsanya - Jika Bangsanya Miskin Dan Di Tindas 3 - Berjuang Untuk Membebas Tanah Airnya - Jika Negara Di Tawan atau Di Jajah Pilih, mana satu yang sedang di perjuangkan oleh Pemimpin Islamelayu sekarang ini?

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
PEJUANG YANG AMUKANMELAYU FAHAMI SEBAGAI SE ORANG ANAK MELAYU: 1 - Berjuang Untuk Ugamanya - Jika Ugamanya Di Hina Dan Di Zalimi 2 - Berjuang Untuk Bangsanya - Jika Bangsanya Miskin Dan Di Tindas 3 - Berjuang Untuk Membebas Tanah Airnya - Jika Negara Di Tawan atau Di Jajah Pilih, mana satu yang sedang di perjuangkan oleh Pemimpin Islamelayu sekarang ini?

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
PEJUANG YANG AMUKANMELAYU FAHAMI SEBAGAI SE ORANG ANAK MELAYU: 1 - Berjuang Untuk Ugamanya - Jika Ugamanya Di Hina Dan Di Zalimi 2 - Berjuang Untuk Bangsanya - Jika Bangsanya Miskin Dan Di Tindas 3 - Berjuang Untuk Membebas Tanah Airnya - Jika Negara Di Tawan atau Di Jajah Pilih, mana satu yang sedang di perjuangkan oleh Pemimpin Islamelayu sekarang ini?

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
PEJUANGAN YANG AMUKANMelayu FAHAMI SEBAGAI SE ORANG ANAK MELAYU: 

1 - Berjuang Untuk Ugamanya - Jika Ugamanya Di Hina Dan Di Zalimi 
2 - Berjuang Untuk Bangsanya - Jika Bangsanya Miskin Dan Di Tindas 
3 - Berjuang Untuk Membebas Tanah Airnya - Jika Negara Di Tawan atau Di Jajah.

Pilih, mana satu yang sedang di perjuangkan oleh Pemimpin Islamelayu UMNO sekarang ini?

UMNO mahu meresahkan dan menggemparkan orang Melayu, UMNO akan membawa isu kononnya Melayu, institusi Raja-Raja dan agama Islam sedang terancam dan sememangnya pun dah terancam.

umno2Pemimpin-pemimpin UMNO akan membawa isu kononnya Melayu, institusi Raja-Raja dan agama Islam sedang terancam.

“UMNO akan mencipta musuh-musuh baru untuk diperangi, kemudian menaikkan suhu dan darah orang Melayu dan dalam masa yang sama maka akan lahirlah Pahlawan-pahlawan Keybord dan berebut-rebut membuat tulisan dan catatan di FB yang berapi-api.

Penulis berpendapat dah lama bahawanya UMNO ini hidup di atas pembohongan dan bukan lagi berprinsipkan perjuangan dan untuk menutup kegagalan dan menyembunyikan hipokrasinya, UMNO harus terus berbohong kepada ahli-ahlinya dan orang-orang Melayu. UMNO akan terus membohongi rakyat dengan cerita agenda UMNO untuk Melayu, agenda UMNO untuk negara, agama dan bangsa disabotaj oleh bangsa lain. Pensabotaj ialah musuh UMNO dan pada masa yang sama, musuh Melayu dan yang terbaru Zahid mengatakan ada agenda untuk menggulingkan Kerajaan.

“Jika sudah memerintah sejak 1955 sampai sekarang, UMNO (masih) gagal menjaga Melayu dan Melayu masih terancam, apa alasan untuk kita kekalkan UMNO sebagai penjaga orang Melayu?”.

Bahawanya kepentingan orang Melayu tidak semesti nya dicapai melalui jenama UMNO. Rasullullah tidak berjuang atas UMNO atau PAS manakan mungkin jika dengan DAP. Kita perlu mencari wadah lain untuk Orang Islamelayu terus terselamat di Bumi Melayu ini.

“Kita tidak perlu lagi dengan cara UMNO menyambung hayat politik nya – membohongi ahlinya dan membohongi bangsa Melayu,”. Sampai bila kita perlu Berjuang Mempertahankan HAK kita di Tanah Air kita?

Setelah selalu di selimuti dengan pembohongan demi pembohongan, para Kepimpinan Melayu UMNO akan lupa tujuan asal penubuhan UMNO itu sendiri. Lupa untuk menilai sejauh mana pendapatan orang Melayu telah meningkat, lupa menilai penyeimbangan agihan pendapatan dikalangan orang Melayu, lupa menilai isu tanah rezab Melayu yang makin berkurangan, lupa menilai kekurangan perumahan untuk orang Melayu, lupa menilai kelemahan orang Melayu dalam perniagaan dan lupa menilai prestasi pemimpin-pemimpin UMNO didalam pemerintahan. Yang mereka ingat adalah bagaimana untuk menghimpunkan HARTA untuk 7 keturunan.


Ada pemimpin UMNO yang mahu menjadi jaguh dan mencari isu untuk pablisiti murahan, mengisytihar diri sanggup mempertahankan maruah Bangsa Melayu hingga ketetesan darah yang terakhir. Menghunus keris dan berhimpun di jalanan......tapi apa hasilnya?

“Pemimpin UMNO akan BERKOKOK mempertahankan Presidennya dan mengeluarkan kenyataan demi kenyataan mencabar mereka yang menggugat Bangsa Melayu. Yang tergugat sebetulnya ialah UMNO, bukan orang Melayu.”
UMNO yang sudah berusia hampir 70 tahun dan memerintah Malaysia selama 60 tahun, dan jelas UMNO telah gagal untuk menebus bangsa Melayu. Penulis juga hairan kenapa UMNO maseh tertanya-tanya “apa lagi Cina mau, apa lagi India mau” walhal sudah memerintah sekian lama. Jangan lihat apa yang kita ada dan bandingkan dengan zaman pra Merdeka, tapi lihat apa yang Bangsa kita ada jika di bandingkan dengan Bangsa yang di beri kerakyatan selepas Merdeka?

“Maksud nya, sekian lama, UMNO tersangat bebal masih tak tahu apa yang Orang Melayu telah hilang dan apa yang rakyat mahu?”

Orang Melayu berkeadaan seperti sekarang kerana politik. Orang Melayu mundur dalam pelbagai cabang hidup kerana yang pegang kuasa itu menjadikan mereka demikian. Yang pegang kuasa dan yang menjadikan mereka demikian ialah UMNO.


“Dasar sosial mencetuskan perkelahian dan syak wasangka; dasar ekonomi menyebabkan jurang pendapatan melebar, dasar ekonomi juga menyebabkan Melayu terpilih bertambah kaya; dasar mengenai agama menyebabkan golongan ekstrim yang tidak dipilih rakyat meletakkan agenda melampau keatas negara.”

UMNO dan koalisinya hanya mendapat 47% dari sokongan undi popular bermakna lebih ramai orang Melayu mengundi PKR, PAS bahkan DAP daripada mengundi UMNO. Ini pada PRU yang lepas tapi untuk PRU yang akan datang ni berdoalah kita supaya Islam akan terus berkuasa.

“Bagi penulis Ini parti yang tidak sedar diri. Kalau kita jumlahkah kesemua  kerusi yang UMNO menang dan kirakan pengundinya, hasilnya lebih rendah dari jumlah undi yang di perolehi oleh pembangkang. UMNO menang hanya kerana persempadanan semula dan taburan pengundi yang tidak adil. Itu sahaja yang menyelamatkan UMNO,”. Biarlah kita berbicara tentang kenyataan walau pun sakit tapi itulah hakikatnya.

“Kita tahu sebab apa UMNO mesti lakukan segala pembohongan ini. Ianya untuk menutup KEGAGALAN mereka Membela Bangsa Melayu, Agama Islam, Tanah Air dan Sultan.”

Fikirkanlah.

Respon dari PMO & Tiada agenda bebaskan Anwar dalam deklarasi dilancar Dr Mahathir‎.

Sabtu, 5 Mac 2016

Respon dari PMO...

Boleh tukar PM, tapi melalui pilihan raya – PMO

 | March 4, 2016
PETALING JAYA: Angkatan anti-Najib disaran supaya menggunakan saluran pilihan raya untuk menukar pemerintah, menurut Pejabat Perdana Menteri.

Dalam satu kenyataan yang diterima FMT, jurucakapnya berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik melalui pilihan raya – satu-satunya mekanisma peralihan kuasa yang sah, demokratik dan memenuhi kehendak rakyat.

“Hari ini, Tun Mahathir dan bekas seteru beliau telah menunjukkan sejauh mana opporunisme dan terdesaknya mereka.


“Sekiranya tun Mahathir mahu menukar kerajaan, beliau perlulah mengikut proses demokrasi dan menunggu pilihan raya akan datang, selaras dengan undang-undang Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan.”

Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan itu menyusuli pengisytiharaan Deklarasi Rakyat yang menyaksikan Tun Mahathir, pemberontak UMNO dan pimpinan pembangkang, dan wakil-wakil persatuan mencatu tenaga mendesak Najib meletak jawatan.

DEKLARASI KETUANAN CINA



Mendahului lebih 50 orang warganegara menandatangani deklarasi itu ialah Tun Dr Mahathir Mohamad.

Yang lain termasuklah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tun Ling Liong Sik, Tan Sri Sanusi Junid, Mukhriz Mahathir, Lim Kit Siang, Azmin Mohd Ali, Mohamad Sabu, Mustafa Ali, Muhammad Muhd Taib, Theresa Kok, Husam Musa, Ambiga Sreenavasan, Maria Chin Abdullah, Rafizi Ramli, Abdul Aziz Yassin dan Mahfuz Omar.

Raja Kamarul Bahrain, Fauzi Abdul Rahman, Mujahid Yusof Rawa, Lajim Hj Ukin, Khairuddin Abu Hassan, Tamrin Ghafar, Hamidah Osman, Dr Syed Azman Syed Nawawi, Salahuddin Ayub, Anthony Loke, Tian Chua, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Anina Saadudin, Cynthia Gabriel, Hasanuddin Mohd Yunus, Mohd Zahid Mat Arip, Abdullah Sani Abdul Hamid, Hishamudin Rais, Wan Abu Bakar Wan Mohamed, Amirudin Sham, Elizabeth Wong, Shamsul Iskandar dan Afif Bahardin. (Senarai ini belum lengkap
)


DEKLARASI ANTI NAJIB


Dr Mahathir memimpin deklarasi Anti Najib Selamtkan Malaysia.
Tepat jam 3:45 petang tadi satu deklarasi bernama Anti Najib untuk selamatkan Malaysia telah dimasyurkan oleh Dr Mahathir Mohamad dalam satu majlis berserta dengan sidang akhbar yang diikuti di seluruh dunia memenerusi streamyx. Majlis itu berlangsung di rumah Kelab Alumni Universiti Malaysia (UM).

Deklarasi itu mempunyai 37 perkara yang mendedahkan perilaku Najib Razak yang didakwa menyebabkan negara dalam keadaan lemah dan goyah dalam bidang ekonomi, politik dan menjadikan rakyat Malaysia resah dengan berbagai tindak tanduknya terutamanya membabitkan skandal kewangan yang bersakala besar.

Deklarasi itu dibuat dan akan dipadukan pelaksanaan oleh rakyat dalam satu himpunan dijangka pada 27 Mac ini di tempat yang belum ditetapkan. Ironisnya ketika deklarasi ini diistyharkan Najib dan isterinya Rosmah Mansor berada di luar negara.

 
1.       Kami, warga Malaysia seperti nama-nama berikut ingin menyatakan kebimbangan kami terhadap keadaan politik, ekonomi dan sosial dalam negara.



2.       Kami ingin menarik perhatian rakyat Malaysia terhadap kerosakan yang telah dilakukan kepada negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak.



3.       Di bawah pentadbirannya negara jatuh tersenarai sebagai salah satu daripada 10 negara yang paling banyak mengamalkan rasuah mengikut laporan Ernst and Young Asia Pacific Fraud Survey Report Series 2013.Malaysia juga telah jatuh empat anak tangga Indeks Persepsi Rasuah 2015, dari 50 ke 54.



4.       Ini adalah kerana dianya percaya yang wang tunai boleh mempastikan kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dia percaya bahawa duit adalah segala-galanya-“Cash is King”.



5.           Peruntukan kepada semua Kementerian dan institusi awam termasuk universiti telah dikurangkan kerana ketandusan kewangan. Walaupun telah diperuntukkan, tidak ada sumber kewangan.



6.       Pada tahun 2009, beliau telah menubuhkan satu Dana Kekayaan Negara (Sovereign Wealth Fund) bertujuan untuk menjana pendapatan bagi Kerajaan.

7.       Dia menubuhkan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kemudiannya dibebani hutang sebanyak RM42 bilion yang tidak dapat ditanggung. Ianya tidak lagi menjadi Dana Kekayaan.Sebaliknya Dana Hutang Negara.

8.          1MDB telah meminjam RM20 bilion untuk membeli tiga janakuasa elektrik pada harga yang RM12.1 bilion,melebihi harga pasaran. Walaupun diberi kontrak untuk membina janakuasa baru selain lanjutan bagi konsesi yang hampir tamat, syarikat-syarikat janakuasa 1MDB ini telah dijual pada harga  RM9.83 bilion dengan kerugian berjumlah RM2.27 bilion.



9. 1MDB juga telah melabur atau meminjamkan sebanyak US$1.83 bilion kepada Petrosaudi International (PSI) Limited diantara 2009 dan 2011 di dalam projek-projek dan aset yang tidak wujud. Bank Negara Malaysia telah meminta supaya 1MDB membawa pulang semula wang tersebut ke Malaysia kerana kebenaran yang diberi untuk pelaburan berdasarkan kepada maklumat yang tidak tepat. Daripada jumlah ini, sebanyak US$1.45 bilion telah secara langsung atau tidak langsung disalurkan kepada syarikat Good Star Limited dan lain-lain syarikat dibawah penguasaan Low Taek Jho.



10. Untuk menutup kehilangan wang tersebut, 1MDB telah melupuskan pelaburan dan pinjaman ke PSI untuk US$2.318 bilion, dengan mendakwa yang ianya telah membuat keuntungan sebanyak US$488 juta. Bagaimanapun, tidak ada sesen pun daripada jumlah ini yang dipulangkan ke Malaysia. Sebaliknya 1MDB mendakwa yang wang tersebut telah dilabur di dalam dana di Kepulauan Caymans, yang kemudiannya telah di bongkar sebagai sebuah firma pengurusan pelaburan tidak berlesen. KPMG telah disingkir sebagai juruaudit 1MDB kerana enggan mengesahkan nilai pelaburan dana Caymans yang penuh misteri.



11.          1MDB mendakwa juga yang pelaburan di Kepulauan Caymans ini telah pun ditebus sepenuhnya. Sebanyak US$1.22 bilion telah dilaporkan ditebus pada 5hb November 2014, tetapi telah digunakan pada hari yang sama untuk membayar ganti rugi kepada Aabar Investments PJS. Ini merupakan gantirugi kerana menamatkan opsyen yang diberi kepada Aabar untuk membeli 49 peratus saham di dalam syarikat-syarikat janakuasa 1MDB. Ini merupakan satu penipuan kerana, syarikat induk Aabar,  International Petroleum Investment Corporation (IPIC), tidak pun menyebut tentang penerimaan pembayaran tersebut di dalam akaunnya yang diaudit dan tersiar di London Stock Exchange. Sebaliknya akaun IPIC menyebut bahawa 1MDB terhutang sejumlah US$481 juta kepadanya kerana penamatan opsyen tersebut.



12.          1MDB juga telah mengambil hutang berjumlah US$975 juta daripada konsortium Deutsche-Bank pada bulan September 2014, untuk tujuan yang sama iaitu membayar ganti rugi kepada Aabar. Akhbar the Wall Street Journal membongkar bahawa wang tersebut telah digunakan untuk membayar pihak lain di British Virgin Islands yang mempunyai nama yang lebih kurang sama iaitu, “Aabar Investment PJS Limited”, yang dimiliki oleh pihak yang tidak ada kena mengena dengan IPIC. Penipuan licik ini telah berjaya memperdayakan juruaudit 1MDB, Deloitte Malaysia yang mempercayai bahawa bayaran telahpun diterima Aabar kepunyaan IPIC.



13.          1MDB mengumumkan bahawa ia telah membuat tebusan kedua dan terakhir berjumlah RM1.1 bilion daripada pelaburan di kepulauan Cayman pada bulan Januari 2015. Pada mulanya Perdana Menteri memaklumkan kepada Parlimen bahawa jumlah tersebut telah dimasukkan ke dalam Bank BSI di Singapura.Dua bulan kemudian, pada bulan Mei 2015, dia memberitahu Parlimen bahawa, ianya bukanlah di dalam bentuk wang tunai, tetapi aset.Kemudian, dijelaskan pula yang aset-aset ini merupakan “unit” yang bermakna bahawa ianya tidakpun ditebus.Ini membuktikan yang 1MDB dan Perdana Menteri telah berulang-kali menipu rakyat Malaysia.Ianya juga bermakna bahawa wang yang dilaburkan di dalam Petrosaudi yang kemudiannya dilabur semula di Kepulauan Caymans, masih lagi hilang dan tidak dapat diperakukan.



14.          Seorang bekas naib ketua bahagian UMNO Batu Kawan telah membuat laporan polis berkenaan kehilangan sejumlah wang yang besar oleh 1MDB. Tiada sebarang siasatan dilakukan polis.Sebaliknya pengadu telah disoal-siasat polis, ditahan dan didakwa dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kerana mensabotaj ekonomi negara. Peguam beliau juga ditahan dan didakwa dibawah Akta yang sama. Ini menakutkan sesiapa sahaja yang ingin melapor pada Polis berkenaan dengan 1MDB.



15.          Akhbar Wall Street Journal melaporkan yang Najib mempunyai US$681 juta Dolar di dalam akaun peribadinya di Ambank.



16. Najib pada mulanya menafikannya, tetapi kemudian mengakui bahawa dianya mempunyai sejumlah wang yang banyak di dalam akaun peribadinya. Dia mendakwa menerima derma dari seorang Arab, kemudian ianya menjadi derma untuknya memenangi Pilihanraya Umum ke-13; kemudian pula menyatakan ianya adalah kerana dedikasi beliau menentang keganasan.Dia kemudiannya mendakwa menerima duit berkenaan daripada seorang Putera Raja Arab Saudi, dan kemudian daripada Raja Arab Saudi yang telah mangkat.



17.          Kemudian seorang Menteri Arab Saudi menyatakan bahawa tidak terdapat apa-apa rekod berkenaan sebarang hadiah daripada Arab Saudi. Beliau mencadangkan bahawa wang tersebut mungkin merupakan peaburan.Tetapi jumlahnya kecil.



18.     Najib menyatakan hasrat untuk menyaman Wall Street Journal di mahamah. Tetapi dia tidak berbuat apa-apa.Sebaliknya dia meminta peguamnya bertanya kepada Wall Street Journal kenapa akhbar itu menyiarkan laporan tersebut.



19.          Hingga ke hari ini WSJ berterusan mengeluarkan laporan demi laporan dengan fakta terperinci berkenaan dengan duit sejumlah US$681 juta yang terdapat di dalam akaun peribadinya.  Dianya masih tidak mengambil tindakan saman terhadap WSJ, sesuatu yang boleh dilakukan di negara di mana WSJ diterbitkan.



20.          Khuatir dan syak dengan jumlah wang banyak dalam akaun peribadi Najib, satu pasukan petugas ditubuhkan di Malaysia untuk menyiasat sumber wang tersebut. Empat institusi Kerajaan terlibat, Polis DiRaja Malaysia, Peguam Negara, Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.



21.          Belumpun pasukan petugas berjaya selesaikan penugasan mereka, Peguam Negara, di singkir oleh Najib atas alasan beliau sakit dan tidak mampu meneruskan tugasannya. Secara terang Najib telah memberi gambaran yang tidak benar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan Tuanku bagi menggantikan Peguam Negara.Jawankuasa Kira-Kira Wang Negara dilumpuhkan apabila pengerusi serta beberapa ahlinya dipindahkan oleh Najib bagi menghalang penyiasatan keatas 1MDB.Pengerusi baru, kenalan Najib dilantik dan beliau secara spontan menyatakan yang Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan.



22. Najib  kemudian melantik Peguam Negara baru. Peguam Negara baru menolak cadanganBank Negara untuk tindakan diambil sambil mendakwa yang tidak ada apa-apa di dalam laporan tersebut yang menunjukkan bahawa Najib melakukan kesalahan.



23.          Rayuan Bank Negara tidak diendahkan.

24.          Peguam Negara yang baru juga menolak lagi satu laporan daripada SPRM.Kandungan laporan tidak didedahkan dan ancaman dibuat terhadap pendedahan laporan tersebut.



25. Peguam Negara baru juga tanpa penjelasan yang munasabah menolak cadangan dari dua institusi yang mempunyai kuasa dan kepakaran dalam bidang mereka.



26.          Penolakanini juga menghalang perkara tersebut dibawa ke mahkamah di mana semua bukti dapat diketengahkan dan dibicarakan. Dengan ini Peguam Negara memain peranan sebagai pendakwa dan juga hakim. Proses undang-undang terhalang.



27.          Timbalan Perdana Menteri yang disingkir kemudian mendedahkan yang Peguam Negara yang lama telah menunjuk bukti kesalahan yang dilakukan Najib bersangkutan skandal-skandal tersebut. Di masa yang sama, beberapa agensi Kerajaan asing, iaitu Switzerland, Singapura, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Britain, telah memulakan siasatan ke atas 1MDB.



28. Akhbar di Malaysia ditapis menyebabkan rakyat lebih bergantung kepada laporan media asing.Tetapi apabila rakyat berbincang atau menulis berdasarkan laporan media asing, Kerajaan menerusi Ketua Polis Negara menjemput sesiapa sahaja untuk membuat laporan polis agar polis dapat menjalankan soal siasat terhadap orang itu.



29.     Ini bercanggah dengan kegagalan polis menyiasat laporan polis yang dibuat terhadap Najib, Jho Low dan laporan Bank Negara dan SPRM kepada Peguam Negara. Peguam Negara juga mengugut untuk jatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan rotan terhadap sesiapa yang bertindak membocor maklumat Kerajaan. Ini bermakna yang kesalahan jenayah di dalam pentadbiran Kerajaanpunakandilindung daripada pengetahuan awam.



30.          Peguam Negara mengumumkan bahawa sebahagian daripada sejumlah RM2.6 bilion (sebanyak RM2.3 bilion) telah dipulangkan kepada Arab Saudi. Selain daripada kenyataan ini tiada bukti lain yang dikemukakan.



31.          Rakyat juga semakin menderita.

32.     GST yang dikenakan Najib, kenaikan kadar tol lebuhraya, kesemuanya mengakibatkan kenaikan kos sara hidup, memaksa perniagaan ditutup, menyebabkan industri kepunyaan asing menghentikan operasi dan berpindah kepada negara lain.Ini mengakibatkan peningkatan kadar pengangguran. 



33.          Walaupun rakyat membantah, Najib tetap menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) Amerika yang mengikis hak kita untuk membuat dasar dan undang-undang yang sesuai bagi negara kita.



34.     Hari ini imej Malaysiaamat buruk sekali. Selain diklasifikasikan antara 10 negara terburuk mengamalkan rasuah, Malaysia juga dianggap tidak demokratik.Hak kebebasan bersuara juga kebebasan akhbar terhalang, dan rakyat hidup dalam ketakutan ditangkap dan ditahan.Akta MajlisKeselamatan Negara digubal untuk memberikan Perdana Menteri dan bukan Yang di-Pertuan Agong kuasa mengisytiharkan sesuatu kawasan itu sebagai kawasan keselamatan dimana sesiapa sahaja boleh ditangkap dan ditahan tanpa bicara dan didakwa dibawah prosidur yang melanggar batas keadilan yang diterima.



35. Sebaliknya pula jika berlaku kesilapan dalam penggunaan Akta ini oleh pegawai Kerajaan, atau di mana terdapat salahguna kuasa, rakyat tidak boleh mengambil apa bentuk tidakan terhadap mereka. Whistleblowers, atau pemberi maklumat, diganggu dan dihukum, dan bukannya diberi perlindungan.Undang-undang lain digunakan yang menyekat kebebasan bersuara menegur salahlaku. Hak asasi yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak lagi membawa apa-apa makna.



36.     Oleh kerana sebab-sebab ini, kami rakyat Malaysia seperti yang tertera bersetuju dan menyokong;



a) penyingkiran Dato’ Sri Najib Tun Razak sebagaiPerdana Menteri Malaysia menerusi saluran yang amandan mengikut undang-undang yang dibenarkan.



b) Penyingkiran semua mereka yang bersekongkol dengannya



c) Pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian baru yang jelas melanggar hak asasi yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan polisi terpilih dan



d) pemulihan integriti insititusi yang telah dilemahkan, seperti polis, SPRM, Bank Negara dan PAC


35. Kami menyeru kepada semuarakyat Malaysia, tidak mengira kaum, ugama, politik, kepercayaan atau parti, tua atau muda, marilah bersama-sama kami selamatkan Malaysia daripada Kerajaan yang dipimpin Dato Seri Najib untuk membuka jalan kepada mereformasikan institusi demi proses demokrasi dan memulihkan prinsip pengasingan kuasa diantara eksekutif, legislatif dan kehakiman yang akan memastikan kebebasan, kredibiliti, profesionalisme serta integrity institusi-institusi nasional.

 

TUN MAHATHIR!!! JASA DIA BESAR KEPADA ORANG MELAYU!!!!


 


Jasa Tun mahathir cukup besar kepada negara ini sepanjang 22 tahun pentadbiran beliau selaku Perdana Menteri.. Dia telah melayan semua bangsa dengan layanan yang sama. Tidak timbul soal diskriminasi kaum. Ekuiti orang Melayu lebih kurang 20% dan ekuiti orang Cina dan lain lain bangsa pula sebanyak 80%
  
Projek projek mega diberikan kepada Vincent Tan, YTL, Ananda Krishna, Eric Chua dll.  Adilnya Mahathir.......

Walau pun begitu tidak dinafikan ramai orang melayu berjaya didalam perniagaan dan bergelar billioner sewaktu 22 tahun pentadbiran Maharhir...

Contohnya, Mokhzani Mahathir dan Mirzan Mahathir. Kita kena berbangga itukan bangsa kita juga. Lagi pun mereka naik tanpa tongkat dan bermula dari bawah.. .


Orang melayu sebenarnya cukup istimewa pada Mahathir. Mereka dijaga rapi oleh negara atas nama bumiputra.

Boleh beli ASB dan boleh beli ASN.


Malangnya kini taraf bumiputra itu pun sudah mula dipersoalkan oleh DAP. Rakan baru Tun Mahathir..
Apa pun untuk orang melayu tetap ada, Mahathir tidak pernah lupa. Mahathir bena menara petronas, daya bumi, KL Sepang, KLIA dan banyak lagi bangunan tinggi dan projek mega untuk orang melayu bangga banggakan. Walau pun ramai orang melayu tidak pernah sampai untuk melihatnya.

Besarnya jasa Tun Mahathir kepada bangsanya Melayu...
(jika Mahathir melayu)


Satu satunya kuasa yang kita ada ialah kuasa politik, itu pun kita perlu serahkan pada DAP dan barua baruanya.. Itu kehendak negarawan ulung kita Tun Mahathir kerana cukup marah dengan Najib yang tidak mahu mendengar kata katanya.


Sebelum ini Pak Lah mantan Perdana Menteri juga mengalami keadaan sama apabila Pak Lah tidak mengenang budi dan tidak mahu membina jambatan bengkok yang Mahathir mahu. Tanpa jambatan bengkok yang Mahathir mahu masa depan orang melayu gelap. Orang melayu tidak boleh hidup.. Akan kebulur jadinya.


Kita tidak boleh menentang Tun Mahathir dan kita perlu terus akur padanya kerana jasanya besar... Jasanya membina bangunan bangunan tinggi pencakar langit untuk orang melayu lihat cukup banyak.. orang melayu kena berbangga.

Lagi pun Mahathir selalu sebut. Melayu mudah lupa..Mahathir buatlah apa saja.. melayu akan terima dan lupa dan lupa dan lupa..

Hakikatnya jika Mahathir mahu tumbangkan Najib atas apa saja alasan, Mengapa berpakat dengan DAP?

Bukan ini caranya.

Cara ini mahu tumbangkan UMNO dan Barisan Nasional. Cara ini mahu tamatkan kuasa Melayu di Malaysia..

 



Ayuh kita jadikan generasi Melayu akan datang seperti Islam Rohingya Myanmar yang terpaksa meninggalkan negara tercinta kerana kehilangan kuasa dan pembelaan .....
- FB ROZMI MOKHTAR 




AMUKANMelayu - Melayu semakin "MELAYU" di tampukuasa.