Friday, 11 August 2017

NOTHING TO HIDE 2.0 DAH BERMULA



Foto Abu Ibrohim Jdt.

Hujan pagi tidak banyak yang boleh dilakukan, sejak dua menjak ni, penulis dah lama jugak orang rumah gantung periuk. Pagi....apalah yang nak dimakan sangat...orang tua katakan...

Selepas subuh tadi ada sedikit artikal yang perlu disemak sebelum di postkan. Kawan-kawan dari Pemandu Teksi minta masuk dalam Group mereka dan minta "MENULIS" la konon....., penulis ni bukanlah pandai sangat tapi dah kawan-kawan paksa....penulis jengah-jengah la juga FB dia orang......

Dalam pada itu dah ada ISU Geng e - hailing tunjuk video KELUHAN DAN RINTIHAN mengenai kedua-dua service ni.....ngko orang carilah sendiri komen penulis dalam FB pemandu teksi tu.....malas nak huraikan disini.

Tetibe pulak timbul GAMBO di atas tu.....hehehehe...kelakolah UAI dan USMN. Nampak macam Bangla sesat pun ada......hehehehe....jangan marah ustaz...melawok jer.

Lepas tu jumpa la pulak "NOTHING TO HIDE" yang dulu ni riuh katanya PM tak turun kerana "TAKUT" kepada Orang Tua yang baling gelas tak pecah tu. Penulis mula menjelajah setiap ruang yang memberi sedikit idea untuk penulis sentuh hari ini.

Bagi penulis "NOTHING TO HIDE 2" dah bermula walaupun tarikhnya elum sampai lagi. Sekarang ni "PERSIDANGAN UMNO BAHAGIAN" sedang galak di adakan. Maka teringatlah penulis kepada sindiran Orang Tua-tua jika kita nak GALAK LEBIH....katanya bagaikan "Kambing Mintak Hari". Penulis sampai sekarang tidak faham apa maksudnya. Tapi bila penulis tanya kepada yang lebih memahami dan mereka tunjukkan 

"Tuuuuuu" katanya sambil di tunjukan Kambing yang "menjuihkan' bibirnya sebelum mengawan......adoyai.....nak tunjuk gambo takdelah pulak....

Ceritanya mudah sahaja, bila dah ada dalam kumpulan maka masing-masing nak MENUNJUK lah siapa yang lebih "HANDSOME".....ada yang datang dengan gayanya, ada yang meninggikan suaranya....ada yang dengan kelakarnya....tak kurang juga yang datang auranya....maka berhujah sakanlah bila di beri Peluang Di Atas Pentas.

 Dan tak kurang pula yang nak menunjukkan HERO nya pada yang nak menentukan SIAPA PALING SETIA dan dah tentu mendapat tempat untuk BERTANDING.....nak jadi calon....tak faham jugak?

Maka Mesyuarat Bahagian yang sepatutnya menjadi pentas MENYENANGKAN RAKYAT dengan cadangan atau penyelesai keatas masalah rakyat akhirnya menjadi Medan Tempur membelasah Orang Tua yang mereka sanjung suatu waktu dulu...sehingga tiada lagi Belas Kasihan. Mencerca....mengugut...menghina....menginaya....menyusah....dan sehingga MEMALUKAN Negarawan yang di sanjung mereka dan dunia itu. Apa kesudahannya?

Jom kita terokai dan fikirkan.....masih relevankah mereka ini memimpin UMNO dan Negara?


Foto Amal Amall.

Mulut Zahid lebih laju daripada otaknya – Kadir Jasin

oleh A Kadir Jasin

Orang kuat Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican kata, berita kononnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berjumpa Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk tagih simpati adalah pembohongan terbaharu.
Alasan Reezal bahawa dakwaan Dr Mahathir itu bohong ialah kerana dia (Reezal) bersama Datuk Nur Jazlan Mohamed Rahmat pernah dipanggil oleh Zahid untuk menyatakan sokongan sepenuhnya kepada presiden parti.

Ada dua isu di sini. Satu, Reezal kata Dr Mahathir bohong dan dua, tajuk berita surat khabar yang kata tidak ada pertemuan di antara Dr Mahathir dan Zahid.

Isu ini bukanlah susah sangat untuk disahkan. Kalau Dr Mahathir bohong, Zahid boleh buktikan dengan menyiarkan rakaman yang kononnya dia buat semasa pertemuan dengan bekas perdana menteri itu.

Zahid kata dia ada buat rakaman. Biasalah. Timbalan perdana menteri merangkap menteri dalam negeri tentu ada macam-macam kemudahan untuk intip dan rakam peristiwa sulit sama ada yang babitkan kegiatan beliau atau kegiatan orang lain, khususnya musuh politik beliau.

Tapi berkenaan tajuk berita yang menafikan pertemuan di antara Zahid dengan Dr Mahathir, saya keliru sikit sebab Zahid sendiri mengaku jumpa Dr Mahathir dan siap buat rakaman.
Bukan itu saja, Zahid berkata dia berjumpa Dr Mahathir 10 hari selepas dilantik menjadi TPM dan dengan izin restu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sendiri.
Tapi semestinyalah dia menafikan yang tujuan pertemuan itu ada kena mengena dengan rancangan menjatuhkan Najib.

Reezal budak kanyir (hanyir) ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri. Tapi dia dewasa dan menceburi politik pada zaman Dr Mahathir. Namun itu tidak menghalangnya membuat tuduhan terhadap Dr Mahathir.

Mengutuk dan menghina 

Dr Mahathir kini modal utama ketua-ketua Umno. Tujuan mereka bukan lagi untuk meyakinkan rakyat jelata tetapi bagi melegakan hati Najib agar mereka terus diberikan dedak dan restu.

Tapi kita pun tahu Reezal dan Nur Jazlan adalah antara Ahli Parlimen Umno yang paling kritikal terhadap Najib apabila skandal 1MDB terbongkar. Bagaimana pun, mereka berubah menjadi penyokong tegar Najib apabila diberikan dedak melalui pelantikan sebagai timbalan menteri.

Saya yakin, kalau bukan Najib sendiri, penasihat Najib tahu bahawa Reezal dan Nur Jazlan tidak sukakan beliau dan mungkin terlibat dengan rancangan menjatuhkan beliau.
Jawapan Najib the King of Cash mudah saja – bagi mereka jawatan lebih tinggi.
Saya pun tidak salahkan mereka kalau mereka nampak macam orang mabuk todi. Memang pening dengan cerita Najib dan Zahid ni!

Kalau Najib kuat spin, Zahid lagi hebat putar-belit – sampai dia sendiri pening dan orang ramai susah nak bezakan yang mana satu cerita dogeng dan yang mana satu berita benar.
Macam putar-belit dia mengenai nama dan keturunan Dr Mahathir. Dia terlupa bahawa selain Jawa, Minang, Bugis dan Aceh, ramai dalam Umno adalah India Muslim. Reezal adalah salah seorang daripadanya.

Jadi apabila muncul dakwaan kononnya dia dilahirkan di Indonesia, banyak orang percaya. Saya tanya Setiausaha Akhbar beliau, Datuk Ibrahim (Tiger) Yahaya, melalui Facebook.
Dia kata palsu. Saya kata, pamerkan sijil kelahiran Zahid sebagai bukti. Saya tak pasti kalau sudah dipamerkan atau belum.

Menarik juga episod bodoh ini. 
Zahid hina keturunan Dr Mahathir tetapi akhirnya dia sendiri terpaksa sumpah “Wallahi, wabillahi, watallahi” kerana takut Najib tak percaya kepada dia lagi.

Dalam tampalan Facebook, Zahid berkata: “Wallahi, wabillahi, watallahi selagi saya diberi kepercayaan saya akan membantu yang amat berhormat presiden parti yang juga perdana menteri Malaysia. Saya akan terjemahkan kewalakan, ketaatsetiaan dan kerja keras untuk Datuk Seri Najib Abdul Razak, Insha Allah.”

Kalau dia tak buat macam budak jahat yang lastik sarang tabuan dengan mempersendakan nama dan keturunan Dr Mahathir, dia tidak akan dibelasah begitu teruk dan hina sekali. Tapi nampaknya mulut Zahid lebih laju daripada otaknya.

Yang tersenyum lebar adalah musuh-musuh politik beliau dalam Umno. Rasanya mereka sedang mengasapkan keris untuk menikam beliau dari belakang.

Ingatlah, Najib sendiri berkata keris sudah diasah dan memerintahkan askar siber Umno supaya attack, attack, attack. Silap-silap Zahid yang jadi sasaran serangan mereka.

DATUK A KADIR JASIN adalah bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press. Tulisan ini dimuatkan kali pertama dalam blognya yang merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Malaysian Review.



 

Tun M terperangkap politik kebencian

Khamis, 10 Ogos 2017

PASIR PUTEH: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad terperangkap dalam politik kebencian yang dimainkan pakatan pembangkang.
Katanya, sebagai bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Dr Mahathir harus sedar politik sedemikian amat berbahaya dan sangat tidak sesuai diamalkan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.




ANGGOTA Majlis Tertinggi UMNO merangkap Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita dan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh di Dewan Utmaniyah Kampung Pauh Lima. - Foto BERNAMA

Beliau berkata, pakatan pembangkang sentiasa menanam sentimen rakyat bahawa semua yang dibuat kerajaan untuk pembangunan dan kemakmuran negara adalah tidak betul.

"Jadi saya kira parti politik pembangkang harus profesional dan tidak wajar sama sekali menanam politik kebencian.
"Pada saya, Tun Dr Mahahtir juga adalah salah seorang ahli politik yang termasuk dalam politik kebencian ini di mana semua yang membabitkan UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menimbulkan kebencian dalam dirinya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita dan Pemuda UMNO bahagian Pasir Puteh, di Kompleks UMNO Uthmaniyah, Kampung Pulau Lima, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Wanita UMNO bahagian, Zurina Ripin dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian, Mohamad Yusri Ismail. Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, sudah sampai masanya rakyat menilai pendirian parti pembangkang dan membuat pilihan yang baik untuk memaju serta memakmurkan negara.

SEMUA SUDAH SELESAI, APA LAGI KITA MAHU?



13 JULAI 2017

Menyedari bahawa rakyat mengharapkan perubahan politik negara ke arah pemerintahan yang lebih demokratik, adil dan sejahtera serta sebuah kerajaan yang komited untuk melaksanakan reformasi institusi, menjalankan tadbirurus yang baik dan mengutamakan kebajikan rakyat; dan

Menginsafi bahawa Malaysia di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional sedang berada di dalam keadaan krisis yang tenat, terpalit dengan skandal rasuah dan salah guna kuasa yang amat luar biasa, dan rakyat menanggung beban;

Maka, Pakatan Harapan mengambil tanggungjawab untuk membela rakyat dan membina semula negara yang dirosakkan oleh pentadbiran Dato Sri Najib Tun Razak. Melalui kesatuan politik di antara KEADILAN, DAP, AMANAH dan PPBM, kami akan menggembleng seluruh kekuatan rakyat untuk memenangi pilihanraya umum ke-14 dan membentuk kerajaan.

Oleh yang demikian, Pakatan Harapan mendokong matlamat-matlamat berikut:

1) Menurunkan kerajaan pimpinan kleptokrat yang diketuai oleh Dato Seri Najib Tun Razak;

2) Memulihkan kedaulatan dan keluhuran undang-undang seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia;

3) Membatalkan dan memperbetulkan semua tindakan yang melanggar undang-undang dan menggadaikan kepentingan rakyat di bawah pentadbiran Dato’ Seri Najib termasuk mendapatkan kembali wang rakyat yang hilang melalui skandal besar seperti 1MDB;

4) Membebaskan semua tahanan politik dan menggugurkan semua dakwaan politik;

5) Reformasi undang-undang dan institusi yang telah disalahgunakan terutamanya berhubung kuasa Perdana Menteri; dan

6) Menghadkan penggal perkhidmatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja.

Sejurus mendapat mandat rakyat dalam PRU-14, dalam tempoh 100 hari pertama setelah membentuk kerajaan, Pakatan Harapan komited untuk melaksanakan perkara-perkara berikut:

• Menghapuskan GST;

• Menstabilkan harga petrol;

• Memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat;

• Memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh;

• Memerangi rasuah hingga ke akar umbi;

• Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja Skandal 1MDB; dan

• Memulihkan FELDA.


Pakatan Harapan memberi komitmen bahawa proses memohon pengampunan dan pembebasan Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan dimulakan dalam tempoh seminggu selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan.

Permohonan yang dikemukakan mengikut proses undang-undang ini, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, akan membolehkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim kembali mengambil bahagian semula dalam politik negara sepenuhnya.

Jika dulu ketika bersama dalam kerajaan, mereka melakukannya untuk memaju dan membina negara, kini gandingan itu muncul kembali untuk menumpaskan kleptoktasi dan menyelamatkan negara.

Jika mahu GST dihapuskan dan harga petrol yang lebih stabil, pilih dan undilah Pakatan Harapan. Sebaliknya kalau mahu GST terus mencengkam dan kenaikan petrol yang sentiasa membebankan, kekalkanlah Najib, UMNO dan BN.

Jika mahu skandal 1MDB dapat dirungkai dan wang berbilion yang hilang dikembalikan, penyelesaiannya adalah Pakatan Harapan. Kalau mahu kemungkinan wang negara terus hilang lagi dan lagi serta tiada apa-apa tindakan dilakukan, pilihlah lagi UMNO dan BN.

Malah, enam matlamat Pakatan Harapan yang digariskan bersama adalah tanda-tanda dan iltizam ke arah reformasi dan bermulanya tiupan angin harapan yang memberi kebaikan kepada seluruh rakyat jelata sebaik UMNO dan BN dapat ditumbangkan.

Akhirnya, kitalah yang harus pintar membuat pilihan. Jika sepanjang 22 tahun berkuasa dulu, Tun Mahathir beberapa kali bertindak bijak dan menakjubkan dalam menyelamatkan negara, sudah tentu kita sebagai rakyat yang waras lebih meyakini beliau mampu melakukan sekali lagi kali ini bersama gandingan yang mantap dalam kepimpinan Pakatan Harapan.

Dibandingkan dengan Najib yang hanya tahu menjual, menjual dan menjual, kekalnya beliau berkuasa lagi tentu saja lebih menakutkan kita dan generasi yang seterusnya.

Maka, kepada pengundi yang bakal membuat pilihan, setelah terbentuknya barisan kepimpinan yang terbaik, logo yang menarik dan komitmen 100 hari yang seharusnya membuatkan kita lebih celik - apa lagi yang kita mahu dalam meyakini dan menuju perubahan yang akan menjadi kenyataan nanti?


Mahathir: Pakatan Harapan still waiting for update from ROS

Published on: 10-08-17 7:12 PM

There have been no updates from the Registrar of Societies (ROS) regarding the Pakatan Harapan's application to register as a coalition.

Coalition chairperson Dr Mahathir Mohamad said they had sent in the new logo as requested and he hoped the ROS would act swiftly on their application because elections could be called at any time.

Tak mustahil Dr Mahathir jadi orang buangan jika kalah PRU14 – Nur Jazlan

by Elzan Adam

 2017-07-31
KUALA LUMPUR – Pengerusi Harapan tidak mustahil akan jadi orang buangan sekiranya gabungan itu gagal menang besar pada PRU14 nanti.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, bekas perdana menteri itu yang diharapkan menjadi tunjang untuk menarik pengundi terutamanya golongan veteran pastinya bakal menjadi antara orang yang akan dipersalahkan berikutan kegagalan Harapan.

Menurutnya, Bersatu yang menjadi ahli paling muda dalam Harapan cukup mudah untuk diperkotak-katikkan oleh rakan parti lebih senior seperti DAP dan PKR.

“Tun M akan dijadikan kambing hitam dalam Harapan oleh tiga rakan parti atas kegagalan rampas kuasa dari BN pada PRU nanti.
“Ini kerana pastinya parti lebih dominan dan senior seperti DAP atau PKR tidak mahu pikul beban kekalahan itu sehingga mereka mencari orang lain (Tun M) untuk dipersalahkan,” katanya lapor Sinar Harian.

Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, dendam PKR pada Tun M berikutan pemecatan dan episod memenjarakan ketua mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim pastinya tak pernah terpadam.

“Malahan Pakatan Harapan sendiri sudah menampak belang apabila mahu lakukan siasatan ke atas Tun M jika mereka menang PRU14 nanti,” katanya.

Menurutnya, Bersatu pula terlalu muda dan lemah untuk dijadikan benteng mempertahankan Tun M nanti.

“Jika semua situasi itu berlaku, sejarah gemilang Tun M selama 22 tahun pasti akan tercalar dan diperlekehkan bila menjadi kambing hitam dalam Harapan nanti.
“Tun M sepatutnya sudah berehat, biarkan anak beliau yang meneruskan perjuangan dalam politik,” katanya. – MDN

NO MERCY

Image result for Tun M - tak lama lagi saya akan pergi


Jika sesiapa Rakyat Malaysia yg mempunyai maklumat(sahih) berkenaan rajah dibawah dan mempunyai niat utk MEMBANTU SPRM, sila nyatakan RUMUSAN DETAILASI seperti berikut:-
1-NAMA SYARIKAT
2-JENIS INDUSTRI
3-TAHUN MULA PERNIAGAAN
4-INITIAL CAPITAL
5-RETURN/SALES/LOSS (min 5 tahun sebelum)
6-SHARE HOLDER
7-KRONI@PROXY BERKAITAN SYARIKAT
8-SYARIKAT YANG BERSAING DGN SYARIKAT HAK MILIK KERAJAAN (eg.Petronas dll)

Semoga MALAYSIA jgn terlepas pandang, tun dr mahathir al iskandar kutty perlu dinobat manusia/family paling BERJAYA didunia masakini.

Ini adalah hasil KETELUSAN/TIADA SALAH GUNA KUASA/TIADA PENYELEWENGAN semasa tun dr mahathir al iskandar kutty menjadi perdana menteri malaysia selama 22 tahun.

Marilah kita sama2 membantu SPRM utk menobatkan tun dr mahathir al iskandar kutty sebagai manusia paling BERJAYA didunia masakini.
Foto Wanyusri Wanjusoh.
Depa dah buat Ghofla dahhhh.....


PENGHINAAN SERBUAN LHDN TERHADAP ANAK MAHATHIR TIMBULKANSIMPATI NATIZEN

Mahathir sebelum ini merungut, rakan-rakan rapatnya termasuklah rakan kongsinya telah didatangi oleh LHDN menuntut bayaran cukai yang tidak dijelaskan atau dilarikan selama ini. Bagi Mahathir, LHDN dan Kerajaan telah bertindak kejam kerana menuntut ratusan juta ringgit bahkan berbilion-bilion ringgit daripada rakan-rakannya itu.

Kekayaan luar biasa dan pantas yang dimiliki oleh anak-anaknya sudah lama diperkatakan. Bukan semenjak dari tahun 2014 ketika Mahathir mula-mula tidak berpuas hati kerana Najib enggan mengikut kehendaknya, bahkan lebih awal lagi pada tahun 2008. Manakala pembahagian wang negara di kalangan kroni-kroninya pula telah mula diperkatakan dari tahun 1984, ketika Dasar Penswastaan Negara yang diperkenalkan oleh Mahathir memperlihatkan kerakusan kroni-kroni Mahathir membalun harta negara semahu-mahunya atas nama pembangunan.

Rompakan-rompakan menggunakan lunas undang-undang itu akhirnya hanya mampu menjadi cerita-cerita mulut dan undang-undang tidak boleh dikuatkuasakan, terutama sekali apabila Mahathir menjadi God-Father selama 22 tahun yang semua keputusan adalah milik mutlaknya.

Kini keadaan sudah mulai berubah. Tatkala Mahathir menyalak tentang bakhilnya Najib untuk meneruskan dasar-dasarnya menyalurkan kemewahan dan wang negara kepada kroni-kroninya, LHDN pula bertindak dengan menguatkuasakan undang-undang berkaitan cukai. Mahathir tidak disentuh tetapi tiga orang anak lelakinya dan syarikat mereka telah diserbu oleh LHDN.

LHDN telah menyerbu pejabat Kencana Capital Sdn. Bhd milik Mokhzani Mahathir pada 8 Ogos. Pada hari yang sama, OPCOM Holdings Berhad milik Mukhriz Mahathir dan Crescent Capital Sdn. Bhd. milik Mirzan Mahathir turut diserbu.

Yang masih terselamat hanyalah Marina Mahathir.
Sebelum ini, salah seorang rakan kongsi utama Mahathir, Lee Kim Yew telah menulis surat memohon bantuan Mahathir pada Mei lalu mendakwa dia telah disiasat di bawah undang-undang jenayah menyebabkan dia terpaksa mencairkan aset-asetnya bagi menyelesaikan pembayaran cukai pendapatannya.

Mahathir naik angin dan menyelar LHDN kerana mengambil tindakan terhadap Lee dan berkata, tindakan LHDN itu menunjukkan bagaimana kerajaan Malaysia, Perdana Menteri dan kakitangan awam sudah keterlaluan

Antara sebab utama Mahathir mahu menggulingkan Najib dan UMNO adalah kerana kepentingan dan keuntungan kroni serta proksinya telah dicantas dan diganggu oleh kerajaan.

Mahathir pernah mengadu memohon simpati daripada para penyokongnya, kawan-kawannya tentang ramai kawan-kawannya yang 'diganggu' oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri. (LHDN)

Bagi Mahathir, kawan-kawannya tidak boleh disentuh dan diganggu langsung. Mereka adalah kelompok istimewa yang bukan sahaja mendapat pelbagai keistimewaan yang tidak dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia malahan rakyat Malaysia perlu menanggung dan memastikan mereka sentiasa untung besar.

Foto ANTI Semua Salah UMNO - ASSU.

Mengapa LHDN hanya sasar keluarga Dr Mahathir, soal ahli Parlimen pembangkang



Mengapa LHDN hanya sasar keluarga Dr Mahathir, soal ahli Parlimen pembangkang
Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri yang menyerbu pejabat tiga anak Dr Mahathir Mohamad termasuk Mokhzani. – Gambar Facebook, 10 Ogos, 2017.



AHLI Parlimen pembangkang hari ini mempersoalkan tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dilihat mensasarkan anak-anak Dr Mahathir Mohamad melalui serbuan di syarikat mereka tetapi melepaskan keluarga bekas perdana menteri dan menteri Kabinet lain.

Persoalan disuarakan Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah ini susulan laporan yang menyatakan LHDN menyerbu pejabat Mokhzani, Mirzan dan Mukhriz beberapa hari lalu.

"Kenapa sekarang? Kenapa hanya keluarga Dr Mahathir?" Soal ahli Parlimen Amanah itu dalam satu kenyataan.
"Serbuan LHDN di pejabat Mokhzani menjadi topik hangat kerana ia kelihatan mencurigakan. Beliau sudah lama berkecimpung dalam perniagaan. Mengapa baru sekarang LHDN mahu memeriksa beliau?
"Betulkan ia hanya kebetulan adik beradik Mokhzani, Mukhriz dan Mirzan juga disiasat dan pejabat mereka diserbu?"

Raja Bahrin juga bertanya sama ada serbuan itu adalah tindak balas terhadap serangan tanpa henti Dr Mahathir terhadap pentadbiran tuduhan rasuah dan kleptokrasi terhadap Najib Razak.

Ahli Parlimen itu menggesa LHDN bersikap adil, dan menambah tidak ada siasatan diketahui terhadap mantan perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi, menantunya Khairy Jamaluddin atau anak lelaki Abdullah, yang juga terlibat dalam perniagaan.

"Adakah ini kerana Khairy kini menteri Kabinet?
"Dan bagaimana pula dengan Reza Aziz, anak tiri Perdana Menteri Najib Razak yang namanya menjadi terkenal di peringkat antarabangsa atas dakwaan terlibat dengan Jho Low dalam skandal 1MDB.
"LHDN perlu menyiasat kesemua mereka untuk menunjukkan ia tidak mengamalkan pendakwaan selektif," katanya.

Dilaporkan pada hari yang sama pejabat Kencana Capital Sdn Bhd milik Mokhzani diserbu, pejabat dua adik beradiknya juga menjadi sasaran.

Dilaporkan LHDN menyerbu Opcom Holdings Berhad dan Crescent Capital Sdn Bhd, di mana Mokhzani disenaraikan sebagai pengerusi dan ketua eksekutifnya. Mukhriz disebut sebagai pemegang saham utama syarikat.

Anak lelaki sulung Dr Mahathir, Mirzan disenaraikan sebagai ketua eksekutif Crescent Capital, sebuah syarikat pelaburan dan penasihat kewangan.

Para pemimpin Umno, termasuk naib presidennya, Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Majlis Tertinggi Nazri Aziz, baru-baru ini menggesa agar kekayaan keluarga Dr Mahathir disiasat.
Dr Mahathir, sebelum ini mendakwa kawan-kawannya dan mereka yang mempunyai hubungan dengannya diganggu oleh kerajaan, termasuk melalui tindakan LHDN.

Seorang daripada rakannya adalah ahli perniagaan Lee Kim Yew, yang mendakwa sedang disiasat di bawah undang-undang jenayah dan bukannya undang-undang sivil. – 10 Ogos, 2017.


Serbuan LHDN bukan kebetulan, kata Marina Mahathir



Image result for tun m menangis
Marina Mahathir mengesahkan selain Kencana Capital Sdn Bhd, Lembaga Hasil Dalam Negeri turut menyerbu Opcom Holdings Berhad dan Crescent Capital Sdn Bhd.


MARINA Mahathir hari ini mempersoalkan pihak berkuasa percukaian Malaysia mengenai “rutin” siasatan dan serbuan ke atas syarikat tiga abangnya, mengatakan tiada notis awal diberikan untuk bertindak sedemikian.

Mereka ialah anak bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang kini menjadi pengkritik paling lantang kerajaan pimpinan Najib.

"Tiga-tiga sekali pada hari yang sama? Tak mungkin kebetulan," kata Marina kepada The Malaysian Insight.
"Dan mengapa tanpa memberi apa-apa notis?" soalnya.

Marina mengesahkan selain Kencana Capital Sdn Bhd, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) turut menyerbu Opcom Holdings Berhad dan Crescent Capital Sdn Bhd.
Opcom merupakan sebuah syarikat dipengerusikan Mokhzani yang ditubuhkan pada November 1994 dan terlibat dalam pendawaian fiber optik.

Mukhriz yang kini merupakan timbalan presiden Bersatu merupakan salah seorang pemegang sahamnya.

Sementara seorang lagi anak lelaki Dr Mahathir, Mirzan merupakan ketua pegawai eksekutif Crescent Capital, sebuah syarikat pelaburan dan perunding kewangan.
Seorang sumber memberitahu The Malaysian Insight, LHDN menyerbu pejabat Kencana pada Selasa dan merampas 11 fail daripada syarikat itu.

Ketika serbuan dilakukan, Mokhzani berada di luar negara akan tetapi kini sudah pulang ke Malaysia. Sumber berkata, syarikat itu selama ini menggunakan khidmat juruaudit terkemuka PricewaterhouseCoopers (PwC).

"Mereka membayar cukai setiap tahun selama ini.
"Bagaimanapun, mereka tetap akan bekerjasama dengan pihak berkuasa," kata sumber yang mengetahui operasi syarikat itu dengan syarat tidak dinamakan.

Sumber berkata, mereka percaya serbuan dilakukan LHDN ini bermotifkan politik kerana Dr Mahathir kini menentang pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak. – 10 Ogos, 2017.

Serbulah lebih kerap, kata Mahathir

Anne Muhammad


Lakukan lebih banyak serbuan - itu kata Tun Dr Mahathir mengulas tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat syarikat anaknya kelmarin.
Kata bekas perdana menteri itu, pihak berkuasa seperti LHDN dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dialu-alukan membuat siasatan.

"Saya fikir kita patut adakan serbuan lebih kerap kerana kita juga perlu serbu (Datuk Seri) Najib (Razak), keluarganya, isterinya, anak lelakinya, anak tirinya - semua mereka perlu diserbu.

"Seluruh dunia menyebut tentang Najib tapi (di sini) tak ada serbuan," katanya kepada wartawan dalam sidang media Majlis Pimpinan Pakatan Harapan di parlimen hari ini.
Bekas perdana menteri itu diminta media mengulas mengenai serbuan agensi kerajaan terhadap syarikat anaknya sejak beberapa hari lalu.

Tindakan itu - walaupun perkara yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa negara ini - didakwa mempunyai motif tertentu kerana status Dr Mahathir sebagai seorang daripada pemimpin utama pembangkang.

Ia juga dipertikaikan kerana dibuat beberapa hari selepas pemimpin kerajaan menggesa pihak berkuasa menyiasat kekayaan keluarga Dr Mahathir.
Antara syarikat yang disasarkan LHDN setakat ini ialah Crescent Capital Sdn Bhd yang diketuai Mirzan Mahathir.

Jurucakap syarikat itu mendakwa ada antara lapan hingga 10 orang menyerbu pejabat mereka dan beberapa fail diambil pada Selasa lalu.Opcom Holdings Bhd yang diasaskan oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut tidak terlepas daripada siasatan.
Syarikat gentian optik itu diketuai adik Mukhriz, Datuk Mokhzani.

Guna nama orang lain
Sumber yang rapat dengan kem Mahathir pula memberitahu Malaysiakini semalam, Kencana Capital Sdn Bhd, sebuah firma modal teroka yang dimiliki oleh Mokhzani, turut diserbu pada Selasa lalu.

Bagaimana Malaysiakini tidak dapat mengesahkan maklumat itu secara bebas.
Dr Mahathir yang kini menjadi pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata rakyat patut tahu lebih banyak maklumat mengenai kekayaan sesetengah menteri.

Katanya, beliau sendiri pernah menyatakan maklumat mengenai harta didakwanya dimiliki Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini. Sekarang, katanya, salah seorang Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga menyarankan pihak berkuasa menyiasat beliau.

"Jadi saya cadangkan kita juga patut serbu Hishammuddin, kerana kita tahu gaya hidup orang seperti mereka perlu diteliti.

"(Serbuan) juga perlu diperluaskan kepada adik-beradik tokoh itu sebab kadang-kadang mereka menggunakan nama mereka," katanya.

Dr Mahathir yang terkenal dengan komen sinisnya menambah beliau bersikap terbuka untuk disiasat mana-mana agensi penguat kuasa di negara ini.

"Mereka dipersilakan meneliti semua dokumen saya, SPRM juga," katanya.

Mukhriz sudah jangka
Ditanya mengenai pendirian anggota lain HARAPAN, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu, berkata mereka berkongsi pendirian dengan Dr Mahathir.
Untuk rekod pada Mei lalu lagi Dr Mahathir mendakwa LHDN menjadikan rakan-rakannya sebagai sasaran siasatan.

Walaupun beliau tidak mendedahkan sebarang nama, perniagaan yang dimiliki oleh dua sekutu Mahathir - Tan Sri Lee Kim Yew dan Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar - dilaporkan mempunyai masalah berhubung pencukaian.

Mahathir juga mendakwa bahawa penderma atau penyumbang kepada HARAPAN menjadi sasaran secara tidak adil oleh pihak berkuasa.

Perkembangan itu berlaku ketika pemerhati berpendapat parlimen mungkin akan dibubarkan tidak lama lagi bagi membolehkan pilihan raya umum ke-14 diadakan.
Malaysiakini telah cuba menghubungi LHDN mengenai laporan itu dan sedang menunggu maklum balas mereka.

Sementara Mukhriz yang juga anak kelima Dr Mahathir berata beliau memang menjangkakan perkara itu akan berlaku.

“Cadangan (serbuan dibuat) mungkin sejak seminggu lalu, kami dah jangka dan ia akan diteruskan, (siasatan ini) tidak akan dihentikan sebab ia adalah bermotifkan politik," katanya.

Mukhriz yang kini dipilih sebagai timbalan presiden BERSATU bagaimanapun berkata, beliau akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada LHDN.

"Saya rasa mereka menjalankan kerja secara profesional (selepas mendapat) arahan (pihak atasan)," katanya.

DENDAM MELAYU MEMBAWA KEMATI?

Foto Abdul Halim.

PH berikrar pulangkan wang 1MDB kepada rakyat jika menang PRU14


SEGALA hartanah mewah, berlian merah jambu, kapal layar – semua ini dan banyak lagi, dibeli dengan wang yang didakwa dicuri daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan dijual dan wang itu dikembalikan kepada rakyat sekiranya Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
.
Ini merupakan janji yang akan dikotakan pemimpin PH dalam kempen yang dilancarkan mereka bagi menerangkan kepada orang ramai berhubung skandal berbilion ringgit syarikat beban hutang itu.
.
Kenyataan itu disuarakan Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Faiz Fadzil dan Ahli Parlimen DAP Kasthuri Patto dalam ceramah "Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi" di Kepala Batas, Pulau Pinang malam tadi.
.
"Rantainya akan dilelong dan dijual," kata Faiz.
.
Kasthoori pula menyeru agar skandal 1MDB itu perlu disebarkan dan membuat pilihan yang betul ketika pilihan raya nanti.
.
"Anda perlu tahu skandal ini (1MDB) kerana wang ini sekiranya ia dapat dipulihkan ia akan dikembalikan kepada rakyat.
.
"Ini bukan duit dia. Ia (rantai) akan dilelong dan duit yang diterima dapat dikembalikan kepada rakyat," kata Kasthoori.
.
Sebelum ini, saman Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat yang terkini menyatakan bagaimana Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, membeli rantai leher berlian merah jambu 22 karat menggunakan wang daripada 1MDB untuk isteri "Malaysian Official No. 1” (MO1).
.
MO1 sebelum ini dikenal pasti sebagai Najib Razak oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Rahman Dahlan.
.
DoJ memohon untuk menyita, antara lain, kapal layar Equanimity milik Jho Low, bernilai AS$165 juta dan hak filem "Dumb and Dumber To" dihasilkan Red Granite, sebuah syarikat penerbitan dimiliki bersama oleh Riza Aziz, anak tiri Najib.
Susulan saman itu bulan lalu, beberapa personaliti terkenal yang dinamakan dalam tuntutan itu – didakwa menerima hadiah dibeli hasil penyelewengan daripada syarikat pelaburan negara berkenaan, memulangkan semula hadiah kepada DoJ.
.
Faiz berkata nama Malaysia sudah tercemar atas skandal tersebut dengan pelbagai negara antarabangsa melakukan penyiasatan terhadap penyelewengan wang berbilion ringgit oleh 1MDB.
.
"Kalau kita rasa ditindas sebagai rakyat, kita harus bangkit lawan Najib  dan Rosmah (Mansor). Kita harus bangun. Kita rakyat yang ada maruah," katanya.
.
Najib berdepan tekanan berhubung skandal 1MDB selepas DoJ memfailkan saman ketiga untuk mengembalikan aset bernilai berbilion ringgit yang didakwa dicuri daripada syarikat pelaburan itu.
.
Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari pula menginatkan pada kira-kira 200 hadirin yang hadir yang negara kini sedang dimalukan di peringkat antarabangsa dengan gelaran negara kleptokrasi.
.
"Reputasi negara kita juga menurun. Khususnya tahun kebelakangan ini sejak akhir-akhir ini kita terkenal di sleuruh dunia sebagai negara kleptokrasi.
.
"Sebenarnya perkataan itu merupakan pemerintahan penyamun, bukan pemerintahan demokrasi di mana pemerintahan oleh rakyat sebab rakyat yang memilih.
.
"Kleptokrasi menggambarkan keadaan sebuah negara, wang rakyat, dan sumber asli diselewengkan untuk memperkayakan atas keuntungan diri sendiri," katanya.
.
Antara panel pemimpin PH yang hadir merupakan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Yaakob Osman dan Setiausaha Publisiti Nasional DAP Tony Pua. – 7 Julai, 2017.


Cuba ligat kemana arah anak Melayu yang mereka nak bawa dan bandingkan dengan pemuda Cina......pernahkah mereka memikirkan hal ini?

MELAYU

Anak anak Bangsa melayu hari ini begitu leka dan khayal.Yang Dewasanya leka mencari rezki, sibuk menunding jari,sibuk dengan macam-macam sibuk.
Yang Mudanya leka berpoya-poya,sibuk dengan merempit, sibuk membuang bayi, khayal dengan dadah, berbondon-bondon mengisi ruang kosong Pusat Pemulihan.

  • Setiap hari kedengaran anak MELAYU merempit,
  • Setiap hari kedengaran anak MELAYU buang bayi,
  • Setiap hari kedengaran anak MELAYU ditangkap hisap dadah
  • Setiap hari kedengaran anak MELAYU melepak
  • Setiap hari kedengaran anak MELAYU takde duit
  • Setiap hari kedengaran anak MELAYU menganggur.
  • Setiap hari kedengaran anak MELAYU yg tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi.

CINA

Amat jarang kedengaran anak Cina membuang masa, gagal dalam persekolahan, terus bekerja dalam bidang kemahiran samaada sebagai pekerja pembinaan @ pekerja kemahiran @ perladangan @ mula berniaga secara kecil-kecilan.

  • Tiada kedengaran anak cina merempit,
  • Tiada kedengaran anak cina buang bayi,
  • Tiada kedengaran anak cina ditangkap hisap dadah
  • Tiada kedengaran anak cina melepak
  • Tiada kedengaran anak cina takde duit
  • Tiada kedengaran anak cina menganggur.
  • Tiada kedengaran anak cina yg tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi.

Adik beradik Najib sangkal kekayaan Najib diwarisi dari bapanya..

Wednesday, February 25, 2015

Keluarga Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein hari ini menolak cakap-cakap tentang peninggalan harta perdana menteri kedua Malaysia itu dengan mengatakan Allahyarham seorang yang berjimat dan berintegriti.

Kenyataan dikeluarkan beberapa hari selepas laporan The New York Times memetik kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri yang mengatakan kekayaan Datuk Seri Najib Razak datang daripada peninggalan keluarganya, selepas laporan mengatakan anak tirinya membeli hartanah mewah di New York, Amerika Syarikat (AS).

"Kami amat bimbang yang laporan berita dan tulisan mengenai spekulasi tentang butir-butir harta peninggalan yang ditinggalkan arwah ayah kami, Tun Abdul Razak," kata keluarganya dalam kenyataan yang ditandatangani anak- anak bekas perdana menteri itu – Datuk Johari, Datuk Nizam, Datuk Nazim dan Datuk Seri Nazir.

Najib merupakan anak sulung kepada Razak.

"Kami ingin menyatakan secara rasmi yang Tun Abdul Razak seorang yang berprinsip, dikenali ramai dengan sikap berjimat dan integritinya, dan mana-mana kenyataan yang mencadangkan sebaliknya adalah palsu dan menyalahi memori dan khidmatnya serta pengorbanannya kepada negara.

"Kami akan hadapi sesiapa sahaja akan cuba mencemarkan memorinya, apa pun motif di sebaliknya.

"Kami juga ingin menambah yang seluruh keluarga kami sebulat suara dalam isu ini," tambah mereka dalam kenyataan 3 perenggan dikirim kepada The Malaysian Insider malam ini.

Artikel The New York Times bertarikh 8 Februari tentang kekayaan ahli perniagaan Low Taek Jho dan peranannya sebagai pelabur bagi pelbagai pihak, termasuk Riza Aziz, anak tiri kepada Najib.

Low membeli apartmen mewah di New York berharga US$33.5 juta (RM122 juta) dan rumah di Beverly Hills bernilai sekurang-kurangnya US$17.5 juta dalam bentuk wang tunai, bagi pihak Riza, lapor akhbar AS itu.

Laporan itu juga mengatakan Najib diserang teruk dengan berita tentang isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang berbelanja boros membeli barang kemas dan beg tangan berjenama.

Laporan itu berkata Najib "yang berpendapatan lebih kurang $100,000 (RM360,000) sebagai perdana menteri, diserang hebat oleh media tentang laporan perbelanjaan mewah isterinya."

Ia juga menimbulkan gambar Rosmah menggunakan 9 beg tangan Birkin yang berbeza, yang selalunya bernilai antara US$9,000 dan US$150,000 setiap satu.

Isu harta peninggalan keluarga Najib mula timbul apabila akhbar itu yang menunjukkan invois serta dokumen lain sebagai bukti pembayaran untuk barang kemas Rosmah dan meminta jawapan dari Pejabat Perdana Menteri.

Laporan itu memetik Pejabat Perdana Menteri berkata: "Wang yang dihabiskan dalam pelancongan, pembelian barang kemas, dan kandungan peti besi mana-mana pun semuanya tidak luar biasa bagi seseorang dengan kedudukan perdana menteri dengan tanggungjawab dan aset warisan keluarga."

Artikel tersebut menyebabkan ahli Parlimen DAP Tony Pua mempersoalkan punca kekayaan Najib, kerana ayahnya terkenal dengan sifat berjimatnya.

Pua mendesak perdana menteri mengisytiharkan asetnya serta menjelaskan perbelanjaan keluarganya dengan barangan dan hartanah mewah dan menambah Presiden AS juga terpaksa mengisytiharkan aset serta perbelanjaan keluarganya setiap tahun di bawah undang-undang negara polis dunia itu lapor
The Malaysian Insider

Rumah anak Rosmah, Riza Aziz RM58 juta di Beverly Hills Meletop!

Amerika Beverly Hills: Riza Shahriz Abdul Aziz, anak kepada isteri perdana menteri Rosmah Mansor, didakwa memiliki sebuah lagi harta tanah mewah. Gambar hiasan kolam renang yang dikaitkan dengan renovasi banglow yg sedang aktif dilakukan menurut Sarawak Report yg sebelum ini mendedahkan pembelian kondo mewah Riza anak Rosmah Mansor di New York dan juga filem The Wolf of Wall Street yg didakwa berunsur lucah [klik baca].

Sarawak Report mendakwa, rumah agam 11,500 kaki persegi di West Hollywood dijual padanya dengan harga AS$17.5 juta ((RM58.21 juta) pada September 2010 lapor Malaysikini sumber Sarawak Report

Laman pembocor maklumat itu melaporkan, pihaknya sudah melawat tapak rumah Riza Aziz itu dan mendapati kediaman asal diruntuhkan dan dibina baru, lengkap dengan kolam renang “sangat luas” di laman depan.

“Orang dalaman yang dipercayai mengesahkan bahawa pembinaan semula itu melibatkan kos lebih beberapa juta lebih daripada harga asal yang diminta, menjadikan kos harta tanah itu menghampiri harga harta tanah Riza sebelum ini AS$33.5 yang kami dedahkan dibeli di New York pada 2012.”

Laporan itu menyebut ia didaftarkan atas nama syarikat 912 North Hillcrest Road (BH) LLC di Delaware.

Riza Aziz’s Secret Beverly Hills Mansion HOLLYWOOD EXCLUSIVE Huge open plan property How it was advertised – a huge open plan property Instant movie mogul, Red Granite’s Riza Aziz, has purchased a secret Hollywood mansion in the most expensive part of Beverly Hills overlooking LA. Sarawak Report has established that 36 year old Mr Aziz, who earlier spent some three years working in London for HSBC, purchased 912 N Hillcrest Road for $17.5million in September 2010. The property sprawls over 11,500 square feet and has 5 bedrooms and 10 bathrooms. It looks out over an enormous swimming pool and views of West Hollywood. It is is flanked by gracious avenues and neighbouring vast residences, mostly belonging to big names in the movie business.

Riza Aziz’s Secret Beverly Hills Mansion HOLLYWOOD EXCLUSIVE
Huge open plan property
How it was advertised – a huge open plan property
Instant movie mogul, Red Granite’s Riza Aziz, has purchased a secret Hollywood mansion in the most expensive part of Beverly Hills overlooking LA.
Sarawak Report has established that 36 year old Mr Aziz, who earlier spent some three years working in London for HSBC, purchased 912 N Hillcrest Road for $17.5million in September 2010.
The property sprawls over 11,500 square feet and has 5 bedrooms and 10 bathrooms. It looks out over an enormous swimming pool and views of West Hollywood.
It is is flanked by gracious avenues and neighbouring vast residences, mostly belonging to big names in the movie business. Credit pictures article Sarawak Report

Bila Mahathir ucap selamat pada Anwar, apakah ini "Ucapan Selamat Tinggal" kepada kita semua.


Mungkin ia satu daripada ucapan selamat paling bermakna buat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. Meraikan hari lahir ke-70 hari ini, Anwar menerima ucapan daripada bekas mentornya yang sempat menjadi musuh ketat selama beberapa tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Melalui rakaman selama kira-kira lapan saat itu, Dr Mahathir - yang ketika itu berada dalam lif yang sesak - berkata: Selamat hari jadi Anwar. I hope you will [....] many returns for the day."

Rakaman itu diserahkan kepada Malaysiakini oleh seorang pembantu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Terdahulu Dr Mahathir menghadiri mesyuarat - dan mengadakan sidang media - bersama pemimpin utama parti pembangkang yang bergabung dalam Pakatan Harapan di parlimen pagi tadi.

Sebelum itu Anwar yang pernah menjadi timbalan perdana menteri semasa era pentadbiran Dr Mahathir disambut penyokongnya dengan kek serta kain pemidang ketika beliau tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Anwar berada di situ untuk memberi keterangan sebagai saksi dalam kes saman fitnah anaknya, Nurul Izzah Anwar, terhadap Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, serta Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Dr Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab membawa Anwar - ketika itu menjadi tokoh lantang terhadap kerajaan - menyertai Umno pada 1982.

Selama bertahun-tahun kedua-dua mereka mempunyai hubungan istimewa dan sangat akrab sehinggalah timbul isu salah laku dan tuduhan liwat yang dikaitkan dengan Anwar.
Beliau kemudian dipecat daripada jawatannya atas tuduhan salah laku.

Hubungan mereka kekal tegang dan keruh selama hampir 20 tahun. Bagaimanapun, perkembangan semasa politik yang menyaksikan isu 1MDB disuarakan pelbagai pihak dari dalam dan luar kerajaan akhirnya membawa kedua-dua tokoh terbabit kembali seiringan.
Dr Mahathir dan Anwar juga bersemuka untuk kali pertama sejak 1998 apabila kedua-duanya berada di mahkamah pada 5 September tahun lalu.

KESI"F"UAN DAN THE LAGEND

UMNO Jasin mahu jawatan Tun M di Proton ditamatkan

Oleh Fairuz Zaidan
fairuzaidan@bh.com.m
 Image result for Tun M - tak lama lagi saya akan pergi

JASIN: UMNO Bahagian Jasin mahu khidmat Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Proton Holdings Bhd serta beberapa agensi berkaitan kerajaan (GLC) yang lain turut ditamatkan seperti jawatannya sebagai Penasihat Petronas. 

Ketuanya yang juga Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah, berkata bahagian itu turut sebulat suara menggesa mana-mana pihak yang mencemar kedudukan Presiden UMNO supaya dipecat terus daripada parti. 

"Kita sayang Tun Dr Mahathir, namun tindakan tegas perlu diambil kerana beliau sanggup bekerjasama dengan pembangkang semata-mata mahu menggulingkan Presiden UMNO," katanya dalam ucapan aluan persidangan berkelompok cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bahagian Jasin 2016, di sini hari ini.

Persidangan dirasmikan oleh Pengerusi UMNO Melaka yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron. 

Sementara itu, Idris turut menyokong usul UMNO Bahagian Jasin dan mahu ia diikuti cawangan dan bahagian lain di negeri ini.

"Dalam UMNO tidak boleh ada rasa ragu-ragu kepada parti, mahupun ragu-ragu kepada presiden parti. Jika perasaan itu ada, bolehlah tinggalkan parti. Kita mahu satu semangat perjuangan, apabila berdepan musuh mesti semua bersatu hati, bersatu fikiran dan bersatu tindakan," katanya.

Tun M ditamatkan sebagai penasihat Petronas

11 Mac 2016

Image result for Tun M - tak lama lagi saya akan pergi


 

KUALA LUMPUR - Kabinet hari ini bersetuju sebulat suara menamatkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, kabinet berpendapat oleh kerana Dr Mahathir tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada, beliau sewajarnya tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan kerajaan.

"Kabinet hari ini telah membincangkan tindakan-tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, khususnya dalam melancarkan Deklarasi Rakyat bersama pemimpin pembangkang pada minggu lepas.

"Deklarasi tersebut bertujuan menjatuhkan kerajaan menerusi satu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara," kata kenyataan itu.
Dr Mahathir dilantik sebagai penasihat Petronas susulan persaraannya sebagai perdana menteri pada 2003.

Beliau juga merupakan Pengerusi Proton Holdings sejak Jun 2014. - Bernama

Tamat khidmat pengiring bermotosikal polis Tun Mahathir, Zahid serah kepada KPN

Image result for Tun M - tak lama lagi saya akan pergi 




KUCHING: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar akan mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan kononnya khidmat pengiring bermotosikal polis ke atas mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah dihentikan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau menyerahkan perkara tersebut kepada Khalid kerana isu tersebut berkaitan operasi dan bukan dasar Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Saya telah menyerahkan perkara ini kepada Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara untuk mengeluarkan kenyataan.

"Ini kerana dalam operasi pihak polis, saya lazimnya tidak terlibat dalam soal operasi, saya hanya melibatkan soal dasar sahaja," katanya kepada Astro AWANI selepas temubual eksklusif Analisis AWANI Khas di sini hari ini.
Sebelum ini, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan dengan menyifatkan tindakan menghentikan pengiring bermotosikal polis ke atas Dr Mahathir merupakan tindakan tepat.

Ujar Mohamed Nazri, ia sepatutnya telah lama dilakukan kerana katanya selama ini Dr Mahathir sendiri yang memilih untuk membahayakan dirinya dengan pergi ke pelbagai tempat bercakap dan berucap perkara yang mengguris hati pihak tertentu.

Sebuah portal berita tempatan melaporkan baru-baru ini bahawa polis tidak lagi menyediakan perkhidmatan dua pengiring ke atas Dr Mahathir berkuatkuasa 28 April lalu.

Pembantu Rumah Dan Orang Gaji Mahathir Pun Najib Pecat? 

Tuesday, November 1, 2016


Selepas beberapa keistimewaan yang diberikan ditarik balik sebelum ini, kini giliran pembantu rumah dan orang gaji bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula ditamatkan kontrak oleh kerajaan.

Tindakan terbaharu dipercayai kerana serangan berterusan oleh Dr Mahathir yang mengecam dan menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai perasuah dan mencuri duit negara dengan terpalitnya skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pembantu rumah dan orang gaji tersebut sudah berkhidmat dengan Dr Mahathir selama 35 tahun ditamatkan khidmat mereka bermula hari ini.

Perkara tersebut dikongsi dalam beberapa laman Facebook peminat Dr Mahathir.

“Selepas berkhidmat 35 tahun dengan keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini, tukang masak dan pembantu rumah Tun M antara mereka yang telah ditamatkan perkhidmatan dan kontrak oleh kerajaan. Terima kasih kerana menjaga kami sekeluarga. Jangan lupakan kami ya.”

Tindakan ini bukan kali pertama dilakukan oleh pentadbiran Najib yang tidak senang duduk dengan Dr Mahathir, malah sebelum ini kenderaan pengiring Dr Mahathir juga ditarik balik dan jet peribadi juga ditarik balik.

Berbeza dengan layanan kepada bekas perdana menteri terdahulu, semua keistimewaan ditarik balik daripada Dr Mahathir.

Tindakan tersebut hanya dikenakan kepada Dr Mahathir tapi tidak pula kepada seorang lagi bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang masih lagi menikmati layanan keistimewaan daripada kerajaan.

Tun Abdullah tidak termasuk dalam menyerang Najib, sebaliknya memberikan sokongan terbuka kepada Putrajaya walaupun dikaitkan dengan kehilangan berbilion wang negara.


 AMUKANMelayu - Tidak pernah ujud lagi SIFU yang KESIPUAN, mungkin ini yang pertama....