Tuesday, 8 August 2017

UMNO - PUSAKA ORANG MELAYU YANG DI NODAI



Bukan kerana PAP kuat, tapi kerana UMNO mendustai Amanat Raja-Raja Melayu

KESIAN BANGSAKU.....
Baru jer Tanah Melayu Merdeka.....Pemikiran belum pun lagi Merdeka sepenuhnya, DAH NAK KENA JAJAH BALEK......Kesian Bangsaku.....setiap kali MERDEKA kita akan HILANG separuh dari diri kita......Bangsa kita, Maruah, Harta dan Tanah Air kita.

ASAS PERJUANGAN IALAH.......
Agama, Bangsa Dan Tanah Air. 

Sejauh mana kita Mempertahankan Agama
Apa yang telah kita lakukan terhadap MARUAH BANGSA
Berapa banyak Tanah Melayu yang telah hilang dan yang berbaki......

Tepuk dada tanyalah Iman.....kembalilah kepada Fakta, buatlah Home Work, kajian isu semasa dan rajin-rajinlah membuka lembaran sejarah....tak salah menyokong Najib dan tak salah juga menyokong Tun M, tapi ingat, kita boleh membawa Kuda ke Sungai tapi kita tidak boleh memaksa Kuda yang kita tunggangi itu menundukkan kepalanya meminum air dihadapannya.......

Kenapa Marahkan Tun M kenapa Tidak UMNO?

Assalamualaikum ahli UMNO yang saya hormati,

Jom sembang kosong dan sambil santai-santai dalam suasana dingin gerimis pagi ini. Tadi pagi pergi sarapan di kedai kawan dekat Rancangan Tanah Belia Bukit Changgang. Sedap nasi lemak lauk sambal kerang....asalnya sebuah Kedai Rancangan Luar Bandar.....kosong dan tidak terurus di Bawah selian Majlis Daerah Kuala Langat. 

Dari berniaga Pasar Malam dan mencuba nasib berurusan dengan Majlis dan Kadar Sewanya hanyalah RM 35.00 sebulan. Ini DASAR KERAJAAN terdahulu. Jangan duk perasan lebih.....
Dengan sedikit duit Pasar Malam dan ganjaran pencen.....Kedai ini diubah suai sekadarnya sahaja. Sekarang ada 30 jenis lauk setiap hari. Dan kedai sebelah pun kini dimiliki oelh anaknya pula yang baru berhenti dari Malaysia Airport.

Kami sama-sama merantau dari Kedah setelah Kerajaan memutuskan Projek KILA perlu dibuat untuk MELAWAN KEMELESETAN EKONOMI ketika itu (1997-98).  Kami menjadi korban kepada kemajuan Negara. Memang susah kami diwaktu itu. Tapi itulah PENGORBANAN kami kepada Negara. Ada kawan-kawan yang seminggu tinggal di Masjid Bukit Changgang kerana waktu itu rumah sewa pun tiada di kawasan ini.

Projek KLIA banyak mengubah Structure kehidupan Kuala Langat, Sepang dan Nilai N.9. Alhamdulillah. Semua yang berhijrah pada waktu itu kini semuanya banyak yang berjaya. Walaupun bukannya jutawan tetapi kami dapat merasai nikmat pembangunan KLIA ini bersama orang tempatan. Siapa dapat nafikannya?.

USAHA - Kembalilah kepada fitrah.....Rasulullah kata jangan berhutang. Bila berhutang.....siang gelisah dan malam menjadi takut. Kejayaan yang kami nikmati hari ini adalah dengan suntikan semangat dan kita berhak untuk BERLAINAN PENDAPAT tapi.....berusaha untuk BERJAYA tanpa MENADAH TANGAN kepada Kerajaan itu lebih manis. 

Penulis bukan Ahli Politik dan tidak memihak kepada sesiapa....tapi penulis sentiasa menbuat kajian keatas Kejayaan Pemerintah sejak dari mula merdeka. Pemerintah yang Kurang Baik akan memastikan Rakyat sentiasa di Bantu Kewangannya supaya ia kelihatan Amat Baik dan Prihatin, tapi  Pemerintah yang bijak dan baik pula akan MEMASTIKAN rakyatnya sentiasa BERUSAHA dengan "GALAKAN" dari kerajaan untuk BERJAYA. Ianya adalah dua perkara yang berbeza. Pilihan di tangan anda. Kami telah membuktikannya....BERUSAHA dengan sedikit GALAKAN dari Kerajaan itu adalah KUNCI KEJAYAAN yang berbanjangan. Alhamdulillah.....

Ini Jawapan Mengapa Singapura Dikeluarkan Dari Malaysia!! Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil secara perseorangan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau di London pada tahun 1965. Ketika itu Tunku Abdul Rahman bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik di London.Tunku yang sedang kesakitan ketika itu, memberi arahan kepada timbalan beliau Tun Abdul Razak, untuk bertindak menyingkirkan Singapura daripada gugusan Malaysia. Abdullah Komunis berlagak lebih mengada-ngada apabila mendakwa Tun Razak (yang ketika itu menggunakan khidmat Dollah Komunis sebagai Setiausaha politik) telah membacakan sebahagian surat Tunku itu kepada Dollah Komunis sehinggakan Dollah Komunis merayu kepada Tun Razak supaya memujuk Tunku menimbang semula tindakannya. Kalaupun Tunku ada menulis surat semacam itu, tentulah penulisannya itu dibuat selepas berlaku peristiwa itu, kerana Tun Razak menerima arahan itu secara peribadi daripada Tunku yang ketika itu sedang berehat di 'London Clinic' di London. Keputusan menyingkir Singapura telah dilaksanakan pada Mei 1965, gara-gara tekanan yang menghantui Tunku disebabkan karenah perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang sedang mencuba ketika itu agar PAP menggantikan MCA sebagai parti sekutu Perikatan. Tunku tidak mahu melayan karenah Lee agar PAP menjadi parti utama orang Cina. Sewaktu itu Lee berlagak terlebih-lebih dalam merangka satu rencana membuat draf bagaimana Singapura patut keluar daripada Malaysia seandainya usaha beliau itu ditolak. Lee menjangkakan para menteri kabinet Malaysia dapat dipujuk menyebelahi karenahnya. dan parti PAP pimpinannya enggan bertolak ansur dengan kerajaan Malaysia pimpinan Tunku Abdul Rahman. Apabila Lee mengunjukkan draf rencana penarikan Singapura kepada Tunku, beliau telah menandatanganinya dan meminta Lee mendapatkan tandatangan anggota kabinet beliau untuk menyatakan persetujuan yang sama. Tunku telah bertolak ke London pada bulan Jun. Beliau telah diserang penyakit kayap dan telah dimasukkan ke London Clinic. Ketika itu PBB sedang bersidang dan Tun Dr. Ismail yang bakal menjadi timbalan perdana menteri telah menjadi ketua delegasi Malaysia. Tunku telah meminta Duta Malaysia di Belanda Datuk (gelaran beliau ketika itu) Philip Kuok datang ke London dan kemudiannya terbang ke New York membawa pesan kepada Tun Ismail agar singgah di London dalam perjalanannya pulang ke Malaysia. Tunku mahukan Tun Razak terbang ke London secepat mungkin. Tunku telah mengarahkan Tun Ismail terus pergi ke Singapura dan mendesak Mr. Lee menyerahkan dokumen persetujuan ahli kabinet Singapura mengenai perpisahan itu. Oleh kerana tidak ada sebarang dokumen rasmi mengenai perkara itu, adalah serba mungkin Dollah Komunis merujuk kepada satu surat yang ditulis pada tarikh yang lebih lewat pada kejadian itu -- selepas berlakunya satu perpisahan yang tidak dapat dielakkan. Ketika itu, segalanya sudah terlambat. Lagipun, apabila Tunku sudah membuat keputusannya, tidak mungkin di merobah pemikiran mengenai tindakannya. Mr. Lee terjebak dalam satu perangkap bikinannya sendiri. Dia bergegas menelefon Ketua Setiausaha Kementerian Luar ketika itu yang akhirnya menjadi menteri luar Malaysia, Tan Sri Ghazali Shafie untuk campur tangan sambil menyebut dia tidak mengingini perpisahan dan Tunku dikatakannya tersilap tafsiran apa yang dimaksudkannya. Usaha Lee tidak berbaloi. Beliau tidak mahu mempercayai sesiapa kerana memikirkan perkara itu akan reda juga akhirnya. Apabila terserlah kemudiannya pada akhir Julai 1965 bahawa Tunku tidak mahu merobah pendiriannya, seperti pesanan Tun yang amat jelas mengenainya, barulah Mr. Lee mengumumkan perkara itu kepada ahli kabinetnya. Lee tidak mahu berpisah daripada Malaysia tetapi dia sudah tidak ada pilihan lain. Tetapi bukan semua anggota kabinet beliau sanggup menurunkan tandatangan mereka. Yang enggan ialah Timbalan Perdana Menteri, Dr. Toh Chin Chye dan Menteri Luar Mr. S. Rajaratnam. Dalam usaha terakhirnya Dr. Toh telah menulis sepucuk surat kepada Tunku dan berusaha bersemuka dengan Tunku untuk mengelakkan perpisahan itu. Tunku sanggup merobah pendirian hanya kalau Mr. Lee sanggup melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Sejurus pulang kembali, Dr. Toh mendapati Mr. Rajaratnam sudahpun menurunkan tandatangannya kerana tidak mahu berdegil bersendirian dalam hal itu. Demikianlah yang diceritakan oleh Rajaratnam ketika saya menemui beliau seperti biasa di Institute of Southeast Asia Studies yang terletak dalam kampus Universiti Kebangsaan Singapura. Ketika itu Rajaratnam adalah seorang fellow kanan tetap pada tahun 1980-an. Kerana itu apabila keadaan genting datang meruncing, tidak ada orang lain di rantau ini yang dapat menandingi Tunku dalam menentukan tindakan kerasnya. Kalau ada sesiapa yang memang digusari oleh Tunku, orang itu ialah Sukarno seperti yang terserlah ketika bermulanya proses konfrontasi yang mengganyang Malaysia. Tunku berjaya menguasai keadaan dan melemahkan Mr. Lee dalam urusan hubungan Malaysia-Singapura. Tidak ada alasan yang lain lagi. Dalam memoir Mr. Lee dia ada a menyebut akan keperkasaan Tunku sebagai kelemahannya juga dan dia mengakui fenomena itu walaupun sudah jauh terlambat tempohnya. Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan. Lee Kuan Yewmempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab. Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay". Tunku dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'. Sebaliknya, Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian Malay" dan mendapat sambutan banyak parti di Semenanjung Malaysia, Sabah danSarawak, kecuali MCA. Gagasan Lee Kuan Yew meliputi Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Sebelum 1963, PAP hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan bertanding di Semenanjung Malaysia sahaja. Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak Perikatan bertanding di Singapura, namun UMNO kalah teruk. Tan Siew Sin merupakan Presiden MCA dan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu. Pada 1964, Lee Kuan Yew mengarahkan PAP bertanding dalam pilihan raya kebangsaan di Semenanjung Malaysia bagi menentang MCA. UMNO mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang Melayu. Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada autoriti dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian. Sebaliknya Lee Kuan Yew berjanji akan memperbaiki kehidupan orang Melayu melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan. Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan. Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964, kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura. Tatkala itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura . Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos pula, sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera. Kejadian ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dashyat lagi. Oleh sebab inilah Tunku memisahkan Singapura & Malaysia kerana pergolakan yang berlaku dan kerana itu jugalah, Lee Kuan Yew Pernah menangis Di hadapan Puteri Elizaberth, atas kebijaksanaan Tunku, Lee Kuan Yew Hampir sedikit lagi akan dapat Malaysia.. Tetapi hairan Hari ini kita melihat Puak2 Melayu Pakatan Rakyat Menuding Jari dengan menuduh Tunku Sengaja menyerahkan Singapura kepada Parti PAP yang di naungi kaum cina. Apakah mereka sudah buta hati tidak tahu sejarah?? Benarlah kata Pepatah.. Jika mahu merosakkan Tanaman, Racunlah Akarnya.. Jika Mahu Merosakkan Bangsa, Racunilah Sejarah Mereka.. sumber Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
'Tun Mahathir bukan perosak Melayu, tetapi Umno'

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan individu yang merosakkan fikiran orang Melayu walaupun didakwa bukan daripada keturunan bangsa itu.
Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi mendakwa, sebaliknya dasar Umno yang membela Melayu tertentu dan menzalimi bangsa berkenaan kerana beraliran politik dengannya adalah punca kepada kerosakan tersebut.

“Walaupun Mahathir telah meninggalkan Umno, Melayu tetap rosak jika meneruskan agenda-agenda yang salah dan bercanggah dengan Islam. Pas tidak menentang individu tetapi sebuah parti yang mahukan perubahan dasar dan polisi untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

“Justeru, kami menyeru kepada bangsa Melayu supaya kembali kepada Islam sebagai penyelesaian. Bukan penyelesaian cara Umno yang menggula-gulakan bangsa Melayu dengan janji-janji manis kebendaan setiap kali tibanya musim pilihan raya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kemuliaan orang Melayu adalah dengan agama Islam dan bukannya dengan zat bangsanya.

“Inilah beza perjuangan berasaskan Islam dan perjuangan berasaskan perkauman sempit. Umno yang memperjuangkan kebangsaan Melayu hanya pada kulitnya sahaja, bukan pada roh serta jati dirinya".

“Di mana kedudukan tulisan jawi menjadi jati diri kepada bahasa Melayu dimansuhkan oleh bangsanya sendiri. Di manakah kedudukan tanah rizab Melayu setelah ia digadaikan oleh bangsa sendiri. Di manakan kedudukan politik Melayu Islam setelah pemimpin-pemimpinnya hanya mementingkan kroni dan orang sekelilingnya?” soalnya.

Menurutnya, pemimpin Umno sendiri mengakui wujud penyakit rasuah kronik dalam Umno namun dan dalam masa sama menyebarkan kepada bangsa Melayu demi kepentingan sokongan.

“Kita tidak perlu menuding jari terhadap orang lain dengan alasan aku lebih Melayu daripadanya. Selagi kita tidak meletakkan Islam sebagai jalan penyelesaian terhadap masalah-masalah yang berlaku dalam negara pada hari ini,” katanya.

Beliau turut menyatakan, Pas bukan sebuah parti perkauman sebaliknya meletakkan kaum di tempat yang adil.

“Dalam konteks Malaysia, bangsa Melayu Islam mestilah memegang tampuk pemerintahan kerana itulah keadilannya. Negara Jepun yang paling maju meletakkan bangsa Jepun sebagai ketua negara bukannya bangsa Inggeris. Negara Jerman paling terkedepan di benua Eropah meletakkan bangsa Jerman sebagai ketua negara bukannya bangsa Perancis,” katanya.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

JOM MENGENANG SEJARAH BANGSA

Tahukah kalian, pada 11 Oktober 1945, Harold Mac Michael mendarat diam-diam di Pelabuhan Klang, Selangor. Dia yang sedang bertugas di Palestin, dihantar ke Tanah Melayu dibantu penterjemah Alec Newbolt dengan satu misi untuk merampas pemerintahan Tanah Melayu ini menjadi "Malayan Union". Di antara intipati Malayan Union berbunyi,


"...Segala harta benda kepunyaan negeri hendaklah diserahkan kepada kerajaan Malayan Union...".

Dato' Onn Jaafar ketika itu bekerja sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat dan memimpin Persatuan Melayu Semenanjung Johor dengan pemimpin-pemimpin di seluruh Tanah Melayu seperti ZABA, Tunku Abdul Rahman(Kedah), Panglima Bukit Gantang(Perak), Yunus Hamidi (Pengarang akhbar Majlis), Kamarudin Hj. Idris (Bendahari) bersama-sama dengan Dato' Onn Jaafar mengadakan Kongres dan menubuhkan UMNO yang kita orang Melayu warisi dan nikmati hasilnya di kala ini.

Pada tahun 1950, Kerajaan Penjajah British akan membuat Undang-Undang Kerakyatan di mana Dato' Onn Jaafar adalah wakil UMNO di dalam Majlis Mesyuarat (seperti Parlimen hari ini). Dato Onn Jaafar mahukan supaya suatu Undang-Undang Kerakyatan yang jelas kepada Rakyat Raja-Raja Melayu, 

1 - Rakyat Negeri-Negeri Melayu,
2 - Rakyat Persekutuan Tanah Melayu
3 - Rakyat British.


Pesanan dan ucapan pertama Dato' Onn Jaafar 71 tahun dahulu,

"Kepercayaan tuan-tuan ialah suatu benda yang tidak dapat saya lafazkan dengan lidah...Adapun maksud dan tujuan itu ialah keyakinan di hati kita bahawa nasib bangsa kita itu hanyalah dapat diperkekalkan dengan kesatuan hati di antara kita...Tunjukkanlah bahawa kita sebenar-benarnya keturunan datuk-nenek kita yang menghadap merbahaya dengan bersatu hati" (1 Mac 1946).

RAJUK DAN BERKECIL HATI

Pada pemilihan UMNO 1951-1952, Dato Onn Jaafar meminta supaya dicari orang lain yang boleh menggantikannya untuk memimpin UMNO. Marilah kita lihat beberapa intipati ucapan terakhir Dato Onn Jaafar,

"Saya juga telah dituduh berkehendak dengan sebab mengambil satu langkah kepada satu langkah berkehendak mengambil atau mencari faedah bagi diri saya sendiri atau kesenangan saya sendiri. Maka tuduhan ini juga saya sifatkan dengan sekeji-kejinya...oleh kerana saya sendiri tidak dapat hendak menerima syarat-syarat yang didatangkan oleh DYMM Sultan Johor ke atas saya menyekat pekerjaan dan perjalanan saya semasa menjadi YDP UMNO ini maka saya telah meletakkan jawatan Menteri Besar itu. Adakah langkahan semacam itu, langkahan seorang yang semata-mata mengejar kepada kesenangan atau yang semata-mata berkehendak mencari kebesaran dirinya" (teks penuh dalam simpanan http://www.al-azharrisiddiq.com).

KERANA MALAYAN UNION MELAYU BERSATU

Berita Penyerahan Negeri-Negeri Melayu oleh Raja-Raja kepada Kuasa Inggeris telah membangkitkan rasa marah Orang Melayu. Berita itu disampaikan oleh pembesar-pembesar Melayu yang telah menjadi saksi di upacara tandatangan 'Kertas Penyerahan Kuasa' di antara Raja mereka dan Sir Harold MacMicheal.

'Kertas Putih' yang dibentangkan di Dewan Parlimen British pada 22 januari 1946, telah menggariskan rang undang-undang Perlembagaan Malayan Union, yang akan dikuatkuasa kelak. Untuk pengetahuan rakyat umum, 'Kertas Putih' itu telah kemudiannya disiarkan oleh Pentadbiran Tentera British (BMA) di Tanah Melayu.

Apabila orang Melayu menyedari tentang rancangan Inggeris itu, maka mereka merasa marah dan kecewa terhadap Inggeris yang dianggap sebagai sahabat dan "penyokong pagar" menjaga dan memelihara kepentingan orang Melayu tapi kini mengkhianati Raja dan Orang Melayu.

"Sokong telah membawa rebah". Bagi mereka, Inggeris telah mengkhianati kepercayaan orang Melayu. Rakyat juga berasa kecewa dengan sikap kejujuran dan keikhlasan Raja-Raja Melayu, yang dianggap sebagai 'Payung Ketuanan Bangsa'; di bawah mereka, rakyat tumpang bernaung telah digunakan British. Sifat KEJUJURAN ORANG MELAYU dan Rajanya telah digunakan dan di menupulasi oleh Inggeris dan Raja-Raja kurang cermat dan dengan mudahnya telah diperdaya oleh Inggeris.

Rancangan British yang diumumkan melalui 'Kertas Putih' telah juga menggariskan rangka Perlembagaan Malayan Union yang akan dikuatkuasakan kelak.

1 - Malayan Union telah mengancam kedaulatan raja-raja Melayu. 
2 - Kuasa raja-raja Melayu dikurangkan dan pentadbiran diambil alih oleh Gabenor yang mempunyai kuasa veto. 
3 - Raja-Raja kehilangan kuasa, orang Melayu bimbang tentang masa hadapan untuk menghadapi persaingan daripada kaum bukan Melayu. 
4 - Gabenor Malayan Union akan menjadi Pengerusi Majlis Islam dan ini menjatuhkan maruah dan kesucian agama Islam kerana orang bukan Islam menjadi Pengerusi Majlis "Jawatankuasa Islam dan Adat Resam Melayu",
5 - Orang Melayu bimbang sultan akan kehilangan kuasa politik dan hak keistimewaan.

6 - Tamadun Melayu, yang telah dibina sebegitu lama dengan corak pemerintahan beraja, serta kedudukan Bahasa Melayu akan tergugat.

Di bawah pemerintahan Malayan Union kelak, hak-hak keistimewaan orang Melayu, seperti peruntukan tanah simpanan Melayu (Malay Reserve Land) dan jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan, yang biasanya disandang oleh orang Melayu, akan dihakis. Orang melayu akan dipaksa bertanding sama rata dengan bangsa-bangsa pendatang untuk merebut segala kemudahan dan peluang dalam semua bidang perusahaan, perniagaan dan pekerjaan.

Orang Melayu membantah dan menentang dengan sekeras-kerasnya rancangan yang membelakangkan kepentingan mereka itu. Mereka menganggap rancangan Inggeris itu adalah cabaran yang menyinggung maruah, martabat dan kedaulatan Bangsa dan Negeri Melayu. Orang Melayu berazam akan menentang berhabis-habisan, sehingga rancangan Inggeris itu dimusnahkan.


Pemimpin-pemimpin Melayu di seluruh Semenanjung telah menghimpunkan beribu-ribu rakyat dan menubuhkan bermacam jenis dan bentuk pertubuhan, pergerakan, kesatuan, persatuan, perikatan, persekutuan; kesemuanya dengan tujuan menyatupadukan umat bangsa untuk bertindak.

Pemimpin-pemimpin Melayu sedar akan kelemahan Bangsanya. Di bawah Kerajaan Malayan Union nanti, kedudukan orang Melayu akan menjadi lebih buruk lagi jika dipaksa bertanding sama rata dengan bangsa-bangsa pendatang. Pemimpin-pemimpin Melayu sedar bahawa orang Melayu telah jauh ketinggalan dalam semua bidang perusahaan dan pelajaran. Orang Melayu akan pupus dan akan ditenggelamkan oleh kaum-kaum pendatang, seperti apa yang terjadi kepada kaum 'Red Indian' di Amerika Syarikat.

Orang Melayu tidak rela melihat Sultan mereka dilucutkan kuasa politik. Kehilangan kuasa sultan akan menyebabkan status Tanah Melayu menjadi Tanah Jajahan British. Hal ini, telah menimbulkan semangat nasionalisme yang membara dikalangan orang Melayu.



Faktor Pemberian Kerakyatan Kepada Pendatang.
Prinsip kerakyatan berdasarkan jus soli telah menebalkan perasaan kebencian orang Melayu kepada kaum lain. Syarat kerakyatan yang longgar membolehkan orang bukan Melayu mendapat hak yang sama dengan orang Melayu.
1 - Orang Melayu meragui kesetiaan orang Cina dan orang India. 
2 - Jika orang bukan Melayu mendapat hak yang sama dengan orang Melayu ini menyebabkan hak istimewa dan kedudukan politik orang Melayu akan tergugat. 
3 - Situasi ini amat berbahaya untuk kedudukan politik, ekonomi dan masa hadapan orang Melayu amat bahaya.

PENIPUAN DAN PAKSAAN

Cara tipu helah Mac Michael medapatkan tandatangan sultan menimbulkan kemarahan Orang Melayu. Mac Michael dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan sultan. 
1 - Beliau mendapatkan persetujuan sultan Melayu dengan paksaan. 
2 - Beliau mengugut akan melucutkan jawatan sultan kerana telah bersubahat dengan Jepun. 
3 - Mac Michael tidak memberi masa dan peluang kepada sultan-sultan untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri dan pembesar masing-masing. 
4 - Orang Melayu marah kerana Mac Michael tidak menerangkan kepada sultan-sultan tentang syarat-syarat gagasan Malayan Union secara terperinci sebelum sultan menandatangani perjanjian tersebut. 
5 - Pemimpin-pemimpin pula marah dan berasa terhina dengan keangkuhan British yang tidak mempedulikan kepentingan orang Melayu. Mereka menganggap tindakan British sebagai tidak berpelembagaan dan tidak demokratik.

Penentangan telah dilakukan oleh orang Melayu. Penentangan telah dilakukan melalui akhbar oleh pemimpin-pemimpin untuk menyeru bangsa Melayu untuk menubuhkan Barisan Bersatu menentang Malayan Union. Akhbar-akhbar Melayu seperti Warta Negara dan Utusan Melayu telah memuatkan rencana yang mengingatkan orang Melayu tentang bahaya Malayan Union. Desakan akhbar telah menyebabkan pemimpin pertubuhan bersatu padu dan menyuarakan tentangan terhadap Malayan Union.

Penentangan juga dilakukan dengan tunjuk perasaan. Antara tunjuk perasaan yang telah diadakan ialah pada 15 Disember 1945, satu demontrasi telah diadakan oleh Persatuan Melayu Kelantan semasa kedatangan Mac Michael tiba di istana Sultan Kelantan. Pada 19 Januari, Persatuan Melayu Kedah mengadakan demonstrasi di Alor Setar dan disertai kira-kira 50 000 orang. Pada 1 Februari 1946, Persatuan Melayu Kelantan sekali lagi mengadakan tunjuk perasaan di Kota Bharu. Pada 10 Februari 1946, satu lagi tunjuk perasaan disertai oleh 15 000 orang Melayu termasuk wanita diadakan di Johor.

Dato’ Onn b. Ja’afar dan Persatuan Melayu Selangor telah berusaha mengadakan Kongres Melayu Se-Malaya. Pada 29 dan 30 Mac 1946, Kongres Melayu Se-Malaya telah mengadakan mesyuarat tergempar dan beberapa persetujuan telah dicapai. Antaranya ialah, orang Melayu mesti bersatu padu menentang Malayan Union, Raja-raja Melayu, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan orang Melayu akan memulaukan upacara pengisytiharan Malayan Union dan Kongres sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan parti politik yang kuat untuk menentang Malayan Union. Akhir sekali, Kongres mahu kerajaan British menarik balik Malayan Unuion dan mengekalkan Tanah Melayu seperti sebelum tahun 1941.

Berlaku juga penentangan daripada bekas-bekas pegawai-pegawai British seperti Frank Swettenham,George Maxwell, Ronald Bradell, Cecil Clementi dan R.O. Winstedt. Mereka bersimpati dengan nasib orang Melayu apabila Malayan Union dilaksanakan. Mereka telah menulis dalam akhbar Times menyatakan kekesalan mereka terhadap pengenalan Malayan Union yang tidak sesuai untuk Tanah Melayu.

Secara keseluruhannya, sebab-sebab orang Melayu menentang Malayan Union adalah kerana KEBIJAKSANAAN PEMIMPIN MELAYU ketika itu dan mereka BERTANGGUNG JAWAB kepada Kedaulatan Raja-Raja Melayu dan Hak Keistimewaan Orang Melayu. Oleh itu, berlakunya penentangan daripada pemimpin-pemimpin Melayu yang membela KETUANAN Orang Melayu. Banyak persatuan-persatuan berjuang bersama. Akhirnya, Malayan Union tidak dilaksanakan dan kerajaan British telah memperkenalkan Persekutuan Tanah Melayu 1948.


UNTUK mengukur ke­­kuatan jati diri sesebuah bangsa, sejarah asal usul bangsa itu perlu dilihat kembali.



Kekuatan Amerika Syarikat misalnya diukur sejak zaman Presiden Abraham Lincoln (1861-1865) sehingga ke hari ini yang menjangkau 150 tahun. Dalam pengamatan ramai, bangsa Amerika dianggap memiliki jati diri bangsa yang cukup hebat selain British.

Meneliti jati diri bangsa di ta­nah air tercinta ini, Melaka boleh diambil iktibar. Tetapi bukankah Melaka suatu ciptaan penjajah? 


Diimbau sejarah, Melaka bukanlah sebuah negeri seperti hari ini. Persempadanan Melaka pada abad ke-14 dan 15 tidak terjangkau. Sempadannya merentasi Siam dan Riau yang dipanggil Empayar Kesultanan Melayu Melaka.


Disebabkan kehebatan orang Melayu yang menguruskan sebuah empayar yang begitu besar, ia dicemburui oleh barat yang melihatnya ‘berbahaya’ kerana begitu seiring dengan perkembang­an Islam.


Siapa yang menguruskan pe­­­labuhan Melaka ketika itu? Pelabuhannya yang cukup hebat dikendalikan pihak pengurusan terdiri daripada cerdik pandai Melayu. Siapa yang membina bandar Kesultanan Melayu Melaka de­ngan seni binanya yang menarik dan istananya yang memukau. Pastinya orang Melayu.


Jelas, orang Melayu terbukti cukup hebat. Disebabkan kehebatan itulah maka keagungan itu dipecah-belah dan diracik-racik oleh penjajah sehingga membunuh kedaulatan Ke­sultanan Melayu Melaka. Akibatnya Melaka tidak beraja sehingga hari ini.


Rekod sejarah penjajahan selama 446 tahun dari 1511 hingga 1957 membuktikan pihak penjajah yang bersilih ganti begitu mencemburui kehebatan Melayu. Tanpa kelibat penjajah hari ini, apakah Kedaulatan Bangsa di BENA atau di HANCURKAN oleh UMNO? Apakah Melayu yang MEMBANGKANG yang menghancur-lumatkan Peradaban Bangsa­nya sendiri?

 Orang Melayu pada zaman Empayar Melaka merupakan bangsa yang hebat.
“Kalau orang muda kaji kekuatan bangsa terdahulu, penulis yakin mereka bukan manusia yang buta sejarah. Mereka tidak akan menjadi manusia li­beral yang tak ambil kisah keadaan sekeliling…mereka bersyukur dan cukup dengan apa yang ada, tapi mereka tidak terima apa yang nampak. Anak muda melayu kini adalah mereka yang berilmu. tapi mereka sejak dari awal lagi sudah diajar "MENERIMA". Penulis ada pengalaman itu. Jika kita tidak menerima atau sudah TERBIASA untuk MEMBERI bila di minta kita akan menjadi kuat dan berusaha. Begitu jugalah dengan perjuangan.

“Orang yang hendak mewarisi perjuangan hendaklah mewarisi sejarahnya, barulah mereka faham. Mana boleh nak mewarisi UMNO tapi tak tahu macam mana perjuangan UMNO sehingga hari ini,” 

Bagaimana hati tak terluka, pagaimana perasaan tidak terguris....mulut yang mencanangkan UMNO itu adalah WADAH PERJUANGAN MELAYU tapi mereka yang menodainya. Sering terdengar kini, "KITA MEMILIKI 3.5 JUTA AHLI.....kita mempunyai keahlian yang teramai dalam sejarah politik dunia"...inilah dendangan UMNO kini.

UMNO kini menjadi milik KUMPULAN TERTENTU dan ada masanya ia menjadi PEMILIKAN INDIVIDU dan ianya bukan lagi HAK ORANG MELAYU.




“UMNO dipelopori pada peringkat awalnya daripada aspirasi beberapa Pemimpin Melayu dan Penyusunan Perjuangan berteraskan Agama, Bangsa dan Tanah Air dengan Pengorbanan demi pengorbanan semula dari presiden UMNO pertama, kemudian presiden UMNO kedua dan terus menerajui kemerdekaan dan menguruskan Tanah Me­layu untuk orang Melayu. 

Pada waktu merdeka itulah diberi syarat kepada kaum Cina dan India untuk menjadi warganegara, dengan meletakkan Kesetia Kepada Duli Tuanku.....kemudian ianya sedikit demi sedikit Pemimpin Politik mengetengahkan diri sendiri dan menyisihkan Tuanku perlahan-lahan sehinggalah Tuanku hanya menjadi "Tukang Endos”apa yang di luluskan di Parlimet.


“Pe­ngurusan Tanah Me­layu yang diterima oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman dalam membentuk sebuah kerajaan yang ada di dalamnya pelbagai bangsa tanpa mengetepikan hak kaum-kaum lain itu kini menjadi semakin longgar dengan beberapa Akta yang di mansuh dan Ketaatan kepada KDYMM Tuanku seperti sudah tiada lagi. Tuanku dimaki hamun, Islam dicerca, Bangsa Melayu di hina, Bahasa Melayu di rojakkan dan Bahasa dan tulisan asing menghiasi papan-papan iklan di sepenuh bandar dan pekan, sehinggakan sukar untuk memastikan kita dinegara mana.

Hak orang Melayu ini diberikan sebagai satu kelebihan yang perlu dilindungi di bawah naungan sebuah parti Perikatan dulu, kini di pertikaikan dan diugut jika kita membela Melayu, kita dikatakan RESIS......”

Dalam aspek itu, Presi­den UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meletakkan asas perjuangan itu di bawah pentadbirannya bagi memastikan UMNO terus menaungi orang Melayu pada 70 tahun akan datang.
Gagasan Najib yang baharu, Transformasi Nasional 2050 (TN50) merupakan gagasan yang cukup besar bersesuaian dengan zaman yang sudah berubah daripada 71 tahun terdahulu. Perdana Menteri menerusi daya kepimpinannya memikirkan cabaran getir di era dunia digital dari dunia konvensional orang naik basikal yang tiada kemudahan.

Foto Kak Yah Sandy Hill.
Katanya tak cukup korum....tapi mungkin juga baru nak muta mesyuarat.
“Untuk meletakkan asas masa depan, Datuk Seri Najib mereali­sasikan impiannya dengan membina sebuah mercu tanda baharu iaitu Pusat Dagangan Dunia KL Putra.
“Menara 70 tingkat ini merupakan satu mercu tanda berpandang­an jauh ke hadapan seperti mana terbinanya Menara Dato’ Onn 36 tahun lalu (1981),” 
Mercu tanda itu yang akan melibatkan kerja-kerja fizikal pembinaannya pada 11 Mei nanti melambangkan segala titik perubahan hidup masyarakat Malaysia dalam tempoh 71 tahun ini - yang menikmati manfaat peme­rin­tahan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO.
“Perjuangan UMNO yang telah berkongsi bersama rakan-rakan komponennya menghasilkan sebuah negara yang cukup dibanggakan oleh rakyatnya,” kata beliau.
Roh perjuangan UMNO mes­ti diterapkan pada setiap generasi supaya inspirasi perjuangan itu seiring dengan perjuangan yang bermula pada tahun 1946 parti itu ditubuhkan dan perlu di­ingatkan pada Pejuangan Orang Muda ba­hawa setiap pemimpin yang ada di atas pentas perjuangan UMNO hari ini merupakan pemim­pin yang telah diasuh melalui kilang-kilang perjuangan sejak zaman muda mereka.
“Ini kerana zaman yang membentuk pemimpin ini adalah zaman di mana mereka belajar mengenal erti perjuangan sebuah bangsa dan membina sebuah Tamaddun Bangsa. Perjuangan sebuah bangsa adalah perjuangan untuk orang Melayu dengan membina Malaysia yang di dalamnya ada kepelbagaian bangsa.
“Yakni membina bersama Malaysia tanpa mengetepikan hak lain-lain kaum sekali gus memperjuangkan hak bangsa Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan,”  
Tapi apakah dengan kemunculan satu semangat kekuatan Melayu diterajui UMNO berusia 71 tahun ini dapat di KEKALKAN sedangkan kita KEHILANGAN Singapura dan selepas itu Pulau Batu Puteh, tanpa MENGHUNUSKAN SENJATA atau memuntahkan sebiji peluru pun kepada PAP.........mana ASAS PERJUANGAN KITA dan anak jantankah kita?

Kegagalan Umno yang jadikan Melayu ‘pengemis’, 

Semasa masih di dalam UMNO, Tun M pernah menyuarakan yang KEGAGALAN UMNO akan menjadikan Melayu PENGEMIS di bumi sendiri....pembangkang amat takut dengan STRATEGI Tun M ini......


Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menafikan orang Melayu di negara ini terpaksa mengemis demi kuasa politik, sebaliknya menegaskan kenyataan yang dikeluarkan bekas Perdana Menteri itu di tujukan kepada UMNO

Ahli Parlimen PR berpendapat, pengemis yang dimaksudkan Dr Mahathir adalah parti Melayu Umno, dan bukannya komuniti Melayu di negara ini seperti didakwa.
“Umno sebenarnya yang jadi pengemis terdesak, bukan orang Melayu,” kata Pembantu Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Zairil Khir Johari (gambar) dalam kenyataannya hari ini.

zairil khir

“Saya amat sedih dengan hakikat seorang pemimpin terhormat seperti Dr Mahathir mampu merendahkan diri sehingga menggambarkan senario yang bukan sahaja mustahil tetapi juga tidak lebih daripada satu muslihat tipu daya,” kata ahli Parlimen Bukit Bendera itu lagi.
Dr Mahathir semalam dilaporkan berkata, komuniti Melayu yang membentuk sejumlah 60% daripada keseluruhan populasi di negara ini seharusnya mempunyai kuasa politik untuk memerintah, namun kuasa itu katanya kini semakin lemah.

“Sekarang Umno, PKR, dan PAS terpaksa merayu kepada DAP untuk menang pilihan raya. Apabila kita menjadi pengemis, kita tidak lagi ada kuasa,” katanya ketika berucap di Program Kepimpinan Belia di Kuala Lumpur.

Beliau turut memberi amaran, walaupun Malaysia mencapai status negara maju, Melayu akan terus ketinggalan dan itulah nasib bangsa tersebut hari ini. Zairil berkata, dominasi Melayu dalam setiap aspek masyarakat Malaysia sebenarnya berada di kemuncak terutamanya dari aspek politik apabila setiap jawatan penting kerajaan, daripada perdana menteri kerajaan Persekutuan dan 12 daripada 13 menteri besar negeri dipegang oleh orang Melayu.

“Dominasi Melayu juga sangat jelas dalam institusi-institusi negara seperti badan kehakiman, pasukan polis, perkhidmatan awam dan tentera. Jika itu tidak mencukupi, Melayu juga membentuk majoriti penduduk Malaysia, selain mencatatkan kadar kesuburan yang satu setengah kali lebih daripada orang Cina. Ini bermakna orang Cina dan kaum-kaum lain semakin mengecil dari segi populasi penduduk,” katanya.

Tambahnya lagi, meskipun pemilikan ekuiti Melayu pada tahun-tahun awal Dasar Ekonomi Baru mungkin dalam digit tunggal, pemilikan ini berkembang dengan pesat sejak beberapa dekad lalu.

Menurut Bank Pembangunan Asia, ekuiti yang dimiliki syarikat berkaitan kerajaan (GLC) daripada permodalan pasaran Bursa Malaysia dan penanda aras pasaran Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) masing-masing berada pada kadar 36 % dan 54 %.

“Ini bermakna sebahagian besar ekonomi negara kita dikuasai oleh GLC yang secara umumnya dikuasai oleh orang Melayu.”
“Dan jika semua di atas tidak mencukupi, kedudukan istimewa Melayu juga termaktub dalam Perlembagaan. Selain itu, bukan sahaja sebarang pindaan Perlembagaan yang melibatkan kedudukan Melayu memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen (yang dalam erti kata lain memerlukan sokongan penuh Melayu), ia juga memerlukan kelulusan Raja-raja Melayu. Jaminan ini bermakna tidak akan ada sebarang ancaman terhadap orang Melayu di negara ini,” tambahnya.

Beliau berkata, dengan prestasi Umno yang semakin terdesak, tidak menghairankan Umno dan Dr Mahathir terpaksa menjaja ketakutan serta memilih cara terdesak untuk memulihkan sokongan sokongan yang merosot.

Naib Presiden PKR Chua Tian Chang (gambar) berkata, daripada mengungkit isu perkauman, rakyat Malaysia seharusnya menumpukan kepada perjuangan mereka untuk menghadapi ekonomi global yang tidak menentu.

“Sebenarnya saya tidak minat bagi komen tentang Dr Mahathir. Bagi saya, beliau kini nampaknya agak terdesak sebab mungkin suaranya tidak lagi diendahkan orang Umno. Justeru, beliau ingin memberi amaran kepada orang Umno supaya pertahankan legasi beliau,” katanya yang juga ahli Parlimen Batu kepada The Malaysian Insider.

“Bagi saya itu tujuannya. Saya tidak ambil berat sangat tentang apa yang disebut kerana Dr Mahathir selalunya memanipulasikan fakta, baik sejarah atau realiti masyarakat untuk matlamat politiknya,” katanya dan menambah,”Isu perkauman tidak lagi relevan sekarang ini.”

Ahli Parlimen Seputeh daripada DAP, Teressa Kok berkata beliau yakin Dr Mahathir tidak akan menjadi pengemis di tanah air ini dan terus mendominasi politik.

“Ini hanyalah untuk mengembalikan sokongan kepada Umno, dan ia tidak akan berjaya,” kata Kok.
Tambahnya, orang Melayu sudah mula berubah, namun Dr Mahathir masih lagi berada di takuk lama tanpa sebarang perubahan.

Ahli Parlimen Pokok Sena daripada PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata kenyataan Dr Mahathir itu tidak lebih daripada sekadar menunjukkan kegagalan Umno menjaga kepentingan orang Melayu, sedangkan parti itu kononnya menjadi pejuang bangsa Melayu.

“Kenyataan Dr Mahathir satu perkara memalukan kepimpinan politik Meayu yang berkuasa. Kenyataan itu menunjukkan Umno gagal dalam menjaga kepentingan orang Melayu.
“Ini menunjukkan selama ini kepimpinan Melayu yang berkuasa ini mengkhianati orang Melayu. Apa yang dibangkitkan beliau itu mengemis kuasa, ia ada kaitan membina masyarakat Melayu,” kata ketua penerangan PAS itu.

Mahfuz berkata, segala urusan dan kepimpinan utama negara termasuk jumlah penjawat awam kesemuanya didominsi orang Melayu dan sudah semestinya orang Melayu mencapai pencapaian yang besar dari aspek kedudukan Melayu.

“Tetapi kita masih lagi mengemis, menjerit-jerit meminta tempat dan kedudukan untuk orang Melayu dari segi ekonomi, pendidikan.

“Ini pengkhianatan pimpinan politik Melayu Umno yang berkuasa selama ini,” tambahnya.
Baca lanjut di Malaysian Insider

Mahathir sahkan Najib boros... 

  

Related image
Benar dan Fitnah silih berganti
Dalam siri serangannya pada Datuk Seri Najib Razak, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini pertama kali mensasarkan isteri perdana menteri Rosmah Mansor secara langsung.
“Banyak perkara berkaitan tingkah laku peribadinya yang saya fikir tidak betul.

“Tetapi saya sedia abaikannya, termasuk gaya hidup dia dan isterinya,” katanya.
Isu Rosmah yang sering dituduh sebagai boros dan gemar membeli barangan mewah, turut mendapat perhatian akhbar antarabangsa New York Times

Pejabat Perdana Menteri dilapor menyebut perbelanjaan mewah Najib dan keluarganya berpunca daripada harta pusaka. Saudara kandungnya bagaimanapun mengeluarkan kenyataan bahawa allahyarham Tun Abdul Razak berjimat cermat. Rosmah juga dispekulasikan menyebabkan hubungan Najib dan saudaranya berselisih. Bagaimanapun ia telah pun dinafikan. 

Tak Boleh Lagi Biarkan Najib
 
Sementara itu, Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno berkata beliau tidak boleh lagi membiarkan Najib dalam isu syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

"Bila dia tak boleh jelaskan ke mana bilion ringgit dibelanjakan, dan penglibatannya dalam pengurusan 1MDB yang menjadi tanda tanya rakyat, saya rasa dia sudah tak mampu menjadi perdana menteri negara ini," katanya. 

Bekas perdana menteri itu berkata beliau bercadang mendedahkan bagaimana Najib kehilangan berbilion ringgit dalam tulisannya akan datang. 

Mufti: Jaga-jaga kerenah wanita pertama
Sementara itu, Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula mengingatkan bagaimana reputasi seorang pemimpin negara dirosakkan oleh isteri sehingga mendorong rakyat benci kepadanya. 

Beliau memberi contoh Elena Ceausescu, isteri bekas diktator Romania Nocolae Ceausescu dihukum mati mati bersama suaminya disebabkan peranannya dalam pemborosan harta negara dan kezaliman kuasa. 

"Dalam negara tertentu, kerenah wanita yang memakai gelaran first lady (wanita pertama) boleh menghancurkan kerjaya dan masa depan politik seorang pemimpin negara. Demikian kerenah isteri pemimpin di pelbagai peringkat. 

"Maka, jika suami tidak berperanan sebagai pembimbing dan pengawal yang salih terhadap isteri mereka maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku atas kemahiran wanita dalam perancangan mereka," tulis Dr Mohd Asri dalam Facebooknya Jumaat lalu. 

Sebaliknya, kata beliau, wanita solehah kadang-kala lebih baik daripada lelaki dan kehidupan yang buruk seseorang lelaki boleh diubah dengan kehalusan budi dan nilai yang ada pada seorang wanita. 

"Nama baik seorang lelaki bertambah indah dengan kebaikan isterinya. Wanita benar-benar hiasan kehidupan lelaki.
"Lelaki tanpa wanita adalah lelaki yang cacat tabiatnya. Allah menjadikan wanita pasangan lelaki. Mereka tempat lelaki bermanja dan mendambakan perasaan kelakian," katanya.

Dr M selar gaya hidup 'mewah' PM

Thursday, September 5, 2013

Kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaannya bagi membantu menurunkan defisit negara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dengan penjimatan itu barulah kerajaan mampu menampung pemberian subsidi yang tinggi.

“Seperti yang kita tahu sekarang, negara kini mengalami defisit. Kita pinjam terlalu banyak wang.

“Kalau kita tak pinjam wang, itu lebih baik. Jika boleh, kurangkan perbelanjaan kerajaan (kerana) subsidi kita sangat tinggi,” katanya.Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang melihat tindakan kerajaan meningkatkan harga petrol RON95 sebanyak 20 sen seliter sebagai satu mungkir janji yang terpaksa dilakukan ekoran perbelanjaan boros dan salah guna kewangan negara semasa PRU13.

Ketika ditanya mengenai cadangan penggunaan semula petrol RON92 untuk memberi pilihan kepada pengguna membeli petrol pada harga lebih murah, beliau enggan mengulas lanjut.

“Itu kena tanya perdana menteri, saya sudah lama bersara jadi saya tidak tahu banyak,” katanya ~ Sinar

RESPON PELBAGAI: Isu Teguran Tun M Terhadap PM Najib
Teguran Tun Mahathir - Apakata Melayu Atas Pagar

21hb Ogos 2014 - Petikan daripada dinturtle.blogspot.com dengan 10 komen dari beberapa artikel yang disiarkan susulan artikel Menegur Tun Mahathir meletup di pasaran.
komen2 ini mewakili pandangan pembaca blog DT yang rata2nya merupakan orang Melayu yang berstatus politik atas pagar. Perkara SAMA yang sering diulang2 sebelum ini, bergema kembali .....Malangnya ...... Najib tetap macam itu juga - DIAM MEMBISU.

1 - Anon August 18, 5.56pm...
aku sokong ayanda Tun dan sememangnya aku kagum dengan ketegasan dan semangat beliau yang tinggi. kita sudah banyak menegur dari sindiran hingga ke tahap biadap tapi tidak membuahkan hasil. mungkin kita terlalu kecil dilihat atau teguran teguran yang kita luahkan tidak sampai kepada najib. saperti kata Tun, najib hanya gemar mendengar dan didendangkan dengan yang baik yang kononya dia disanjung rakyat. aku sampai tak der bahasa yang dapat aku ungkapkan untuk meluahkan isi hati.aku sangat sangat berharap mesej Tun akan sampai kepada Najib dan nak jugak aku dengar apa komen dia. tak payahlah nak ditugaskan pada kj untuk menjadi jurucakap, jelek sungguh. aku tetap akan sokong ayahanda Tun dan akan bersama beliau. alang alang mandi biar basah ....

2 - Melayu Kampung August 18, 8:51pm
Kalau tak ada pemimpin lain yang tegur Najib bererti menteri-menteri kabinet hanyalah yes man. Ahli-ahli majlis tertinggi pon jenis yes man jugak. Ahli-ahli UMNO yang naikkan semua pemimpin tersebut pula nak cuci tangan macam tu je ke? Tak ada ke terasa diri turut sama bersalah? Baru kena sogok duit RM200 je (sewaktu PAU yang lepas) terus lupa nasib Agama, Bangsa dan Tanahair. Ada sesetengah sebab dapat t-shirt free terus je hilang ingatan. Nasib dan masa depan anak cucu tergadai sebab rasuah sehelai t-shirt. Bila Tun M menegur, ahli UMNO jangan pandai mangangguk mengiyakan saja kritikan Tun M. Kena ambil tindakan. Kita bukan lagi dijajah. Kita dah merdeka. Ketua UMNO adalah seseorang yang melaksanakan tanggungjawab sesuai dengan jawatan di pegang. Ketua UMNO bukan tuan kita. Kita bukan hamba abdi kepada sesiapa. Kita telah merdeka semenjak tahun 1957!! 

3 - Anon August 19 12.22 pm........ 
Aku dah byk baca blog2 yg masih pertahankan pemimpin2 UMNO skrg dgn alasan2 tertentu utk mewajarkan kelayakan diorang tapi secara peribadi aku tak nampak kebijaksanaan dlm memimpin kecuali kalau nak menang undi atau kosmetik jer...pemimpin melayu PAS atau PKR lagi laa tak bleh pakai...yg bekas jaga stor pon dah YB skrg. 

Senang cerita nak tau kualiti pemimpin2 teratas yg kita pilih rajin2 la nengok sidang parlimen...pastu nak nengok yg paling bawah lak rajin2 la lepak kedai kopi...nak tau masa bila yg pangkal bertaut dgn yg pucuk tunggu masa pilihanraya...masa tu la "para pemimpin" org2 melayu berjumpa "akar umbi" berbincang camna nak menang undi sambil duit bertukar tangan....camtu la para pemimpin kita mendengar masalah "rakyat bawahan". 

Mana ada yg mcm Tun Razak yg sanggup meredah kampung bertemu dgn rakyat di masa bukan pilihan raya...dia redah dulu melihat nasib rakyat...pastu meminta rakyat kuasa supaya boleh diangkat menjadi pemimpin utk membela rakyat. Sama la mcm Tun Dr Ismail...Tun M....yg semua2 nie bertaraf negarawan....yg benar2 memahami realiti semasa rakyat dan agent pengubah nasib rakyat sebenar2 nya.... 

4 - Pak Kaduk August 19 3.10 pm1)
Mohd Najib a.k.a. Ah Jib Gor bukannya Tun Abdul Razak begitu juga Mukhriz bukannya Tun Dr Mahathir. Personaliti berbeza. Apa yang diharap ialah matlamat perjuangan kerana Agama, Bangsa dan Tanahair adalah SAMA.

2) Kenapa menghentam orang yang BERANI menegur jika diri sendiri tidak berani melakukannya ?
3) Najib perlu BUANG semua CONsultant tak berguna dan mula berfikir sendiri. Apa gunanya dilantik menteri2 semua jika tak dapat membantu ? Hanya sekadar hiasan atau menjadi tukang kipas ?
4) Najib perlu mendengar nasihat dan berguru dengan veteran2 UMNO yang berkaliber. Contohnya Tun Dr Mahathir, Tun Daim dll.
5) Najib perlu mengambil pandangan dan cadangan NGO Melayu/Islam serta BERTINDAK.
6) Najib perlu berhenti memberi wang kepada sekolah jenis daripada terus meningkatkan jurang perpaduan. Sekolah jenis perlu ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan.
7) Ketua Pemuda UMNO yang lembik dan lemau perlu ditukar kerana tidak berjuang memartabatkan Agama, Bangsa dan Negara. Ijazah di atas kertas tidak menjamin jatidiri yang kuat dalam membela anak bangsa.
8) Menteri2 melayu liberal perlu diBUANG terus daripada kabinet. Mereka tak layak ada kerana perjuangan yang terpesong.
9) Harap Mohd Najib kembali ke landasan sebenar.

5 - Anon August 20 9.50 am
Kegagalan terbesar Ah Jib Gor ialah gagal menunaikan amanah dan tanggungjawab terhadap orang melayu dan bumiputera. Tuntutan puak kiasu diutamakan dan didahulukan, manakala suara rintihan orang melayu dipinggirkan. Oleh itu, Ah Jib Gor bukan sahaja perlu meletak jawatan sebagai PM. Malahan sebagai Presiden UMNO pun tak layak kerana jiwa melayunya terlalu nipis.

6 - Anon August 20 10.14 am
Aku rasa kat sini takde sape pon yang cakap Tun tak pernah buat silap. Tapi kesilapan Tun tidaklah sehingga ke tahap bukan melayu boleh secara sewenang-wenangnya boleh sentuh sensitiviti melayu dan Islam sesukahati. Silap macamana pun Tun, Tun tetap jaga melayu, jaga Islam. Soal projek mega yang Tun buat seperti pembangunan Putrajaya yang pembangkang dakwa sebagai satu pembaziran. Kini, projek membazir Putrajaya itulah yang pembangkang idam-idamkan untuk ditakluki. 

7 - Anon August 20 10.57 am
Saya juga ada mengikuti mereka mereka yang mempertahankan Najib. Saya juga bersetuju dengan saudara bahawa boleh dikatakan semua mereka itu tidak menjawab point point yang Tun berikan tetapi disebaliknya halakan tembakan ketempat lain. Oleh kerana terlalu taksub kepada Najib, mereka juga buta dan pekak akan isu isu semasa yang berbangkit sekarang ini, contoh isu agama dan bangsa. Kenapa tidak mereka sentuh akan teguran Tun berkenaan: .......

8 - Anon August 20 11.15 am
Tun M hanyalah seorang manusia biasa, tak maksum dan pernah buat silap. Tapi otak Tun seorang adalah dua kali ganda lebih baik daripada otak berpuluh-puluh penasihat yang berada di sekeliling Ah Jib Gor. Tun adalah penasihat terbaik dan tak perlu bayar juta-juta pun. Free jer nasihat Tun. Tapi malangnya, idea yang kurang bernas dan menyusahkan rakyat itu jugak yang dipilih untuk dilaksanakan.

9 - tobeng August 20 3.17 pm
Isu utama tun tegur ahjib pasal layanan kaum yg tak saksama tak pula dijawab.Najib boros dan suka menabur duit untuk ''beli'' pengundi sehingga menjejaskan ekonomi dan menambah hutang serta menyusutkan rezab negara juga tidak dijawab kecuali pasal br1m.Saya kira isu paling besar yg menjadi keresahan orang Melayu adalah Melayu yg memenangkan najib dan BN tidak dibela najib.

Sebaliknya najib terlalu pro cina sehingga Melayu rasa terpinggir dan merasa seperti dianaktirikan.Semua kehendak pembangkang dan bangsa asing pula yg sibuk sangat najib penuhi sehingga akta2 penting yg melindungi negara semuanya hendak najib buang semata2 kerana menurut cakap pembangkang,bangsa asing dan puak2 liberal dalam umno.Kalau Melayu tak marah,tun tak akan tahu dan tak akan tegur.

Tun tegur sebab Melayu yg marah mengadu pada tun setiap kali berpeluang jumpa tun.Najib pun bukan tak tahu Melayu marah padanya pasal isu Melayu dipinggirkan tapi ahjib tetap ahjib.Najib tetap dengan polisinya yg dirangka konsetan2 sekelilingnya.Najib dan pembodek2nya seolah2 tak memahami isu sebenar keresahan rakyat terutama org Melayu.Mereka lupa nasib BN pada pru14 nanti bergantung sepenuhnya pada orang Melayu yang sedang marah ini. 

10 - Anti Bohong August 20 3.26 pm
Usah lah menjilat2 Najib yg jauh panggang dr api dr sifat Tun.Cukup banyak perkara yg saya boleh senaraikan secara spontan kehebatan yg Allah beri pada Tun Mahathir. Jadi ambil lah serius terguran Tun M. Melayu ni mudah lupa.. mudah syok.. wpun tanah dh tergadai seronok siang malam. Harap org mcm Tun je masih Allah panjang usia utk jd panduan kita. Mana ada siapa peduli sangat dgn jenayah berganda2? 

Najib laki Rosmah..? 
dia hanya pandai buat ayat kosmetik dlm iklan TV..2 jet MAS hilang dlm sekelip mata..

Najib laki Rosmah...
pandai2 buat ending conclusion ikut kepala akalnya yang sempit dan tidak cerdik..Sabah jd tak selamat.. 

Najib laki Rosmah...
hanya pandai habiskan duit buat ESSCOM. Tp hasilnya?? ZERO!!Fikirlah apa yg Tun tegur.. jgn menyesal di kemudian hari. Sama ada Najib mesti ubah sikap atau dia mesti undur diri secara terhormat. 

Najib laki Rosmah....
jauh lebih buruk prestasi dr Pak Lah.Pak Lah tak hapuskan ISA. Pak Lah tak kacau Polis.. tp Najib semua dia kacau.. yang untung ialah DAP PKR.. Cina2 kiasau menghina Agama, Bangsa dan Raja dgn tanpa ada rasa takut.. negara apakah ini yg Najb mahu bina???

PS - Banyak komen2 lain yang ikut hati, mahu saya siarkan juga namun takut artikel terlalu panjang. Apapun Terima Kasih kepada semua yang sudi luahkan pandangan anda.

‘Saya ada hak untuk tegur Najib’, kata Tun M

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan teguran beliau terhadap kepincangan kepimpinan negara merupakan hak beliau untuk membetulkan keadaan.

Bagaimanapun beliau berkata pihak yang ditegur itu juga mempunyai hak sama ada mahu menerima atau menolak teguran dilontarkan itu.

"Kalau dia nak tolak apa-apa (teguran), dia boleh tolak, jika saya rasa dia (Najib) ada melakukan sesuatu yang salah, saya ada hak untuk tegur.

"Saya rasa dia akan menjadi penyebab Umno kalah dalam pilihan raya, percayalah saya," katanya dalam video yang dimuat naik di blog Din Turtle.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Tun M tak amal beri wang percuma ]

Beliau berkata demikian mengulas serangan bertali-arus yang dibuatnya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak akhir ini termasuk meminta Presiden BN itu menjawab kepada rakyat tentang beberapa persoalan.

Antaranya, skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pembelian pesawat baharu kerajaan, pelaburan ratusan juta untuk filem "The Wolf of Wall Street" oleh anak tiri Najib, Riza Aziz dan kredibiliti ahli perniagaan bernama Jho Low dalam pengurusan AS$700 juta dari 1MDB.

Ditanya mengenai keupayaan Najib yang dipersoalkan dalam memimpin parti Melayu itu, beliau bagaimanapun menegaskan Umno sudah lama berpecah sejak beliau meletakkan jawatan sebagai presiden parti.

"Umno sudah pecah dah, Umno yang saya pimpin dulu agak kuat, kalau kita tengok dalam perhimpunan pun boleh tahu tak semangat cukup," ujarnya.

Dr Mahathir juga mendedahkan perpecahan Umno itu berpunca daripada kesetiaan kepada parti kerana harta dan kebendaan.

"Umno sekarang adalah sebab duit, ketua-ketua Umno setia sebab dia dapat sesuatu atau kontrak, yang dapat jawatan-jawatan itu semua dapat duit.

"Bila dia buat macam itu, dia pergi kepada ketua, yang lain semua macam mana? Akar umbi tau sokong saja," katanya lagi.

NEGARA KAYA - Hasil Negara Cukup Tanpa GST

Malaysia sebenarnya tidak berhadapan dengan masalah untuk mendapat sumber pendapatan negara tetapi sebenarnya negara bermasalah dalam menguruskan perbelanjaan. 

Kegagalan pengurusan perbelanjaan oleh kerajaan Barisan Nasional memangsakan rakyat hari ini dirompak oleh cukai barangan dan perkhidmatan (GST) zalim yang dikenakan secara paksa ke atas diri mereka untuk menambah hasil negara.

Seawal penubuhan Malaysia, pelbagai cukai dikenakan kepada golongan berkemampuan untuk menjadi sumber kepada negara sama ada menerusi cukai langsung korporat dan individu dan cukai tak langsung menerusi duti eksais dan cukai jualan dan perkhidmatan bagi sebahagian barangan dan perkhidmatan.

Malaysia juga memperolehi hasil lumayan dan mewah menerusi hasil bumi khususnya minyak sehingga menjangkau antara RM70-RM80 bilion setahun.

Sekiranya kerajaan Barisan Nasional mengamalkan konsep perbelanjaan berhemah, tidak boros dan mengelakkan ketirisan maka pendapatan daripada sumber cukai sedia ada dan hasil bumi sudah cukup untuk menguruskan sebuah negara dengan penduduk seramai 28 juta.

Namun, ternyata kerajaan untuk tempoh yang panjang telah gagal menguruskan perbelanjaan negara menurut panduan Islam dalam berekonomi. Ia dapat dilihat menerusi fakta-fakta berikut:

a. Belanjawan Tahunan
Kerajaan Barisan Nasional membentangkan belanjawan defisit selama 18 tahun berturut-turut sejak 1998. Belanjawan defisit bermaksud perbelanjaan yang dirancang melebihi pendapatan yang dijangka akan diperolehi. 

Kerajaan hanya menjangka akan membentangkan belanjawan berimbang iaitu pendapatan seimbang dengan perbelanjaan pada 2020. Ertinya negara bakal menyaksikan belanjawan defisit untuk lagi 4 tahun mendatang.

Secara ringkas boleh dilihat perbezaan rancangan perbelanjaan kerajaan berbanding hasil yang dijangka sebagaimana tahun-tahun berikut:

Perbelanjaan (P) Hasil (H)
2008 (P) 176 bilion (H) 148 bilion
2009 (P) 207 bilion (H) 161 bilion
2010 (P) 191 bilion (H)148 bilion
2011 (P) 212 bilion (H) 165 bilion
2012 (P) 232 bilion (H) 186 bilion
2013 (P) 251 bilion (H) 208 bilion
2014 (P) 264 bilion (H) 224 bilion
2015 (P) 273 bilion (H) 235 bilion

b. Hutang Negara
Belanjawan defisit menyumbang untuk negara meningkatkan hutang negara daripada setahun ke setahun. 

Pada 2006 hutang negara hanyalah 247 bilion. Tetapi pada 2013 hutang negara telah meningkat kepada 546 bilion dengan peningkatan 299 bilion. Laporan terakhir 2015 hutang negara telah menjangkau 847 bilion.

Perhatikan jadual Hutang Negara sebagaimana berikut mengikut tahun:

1997 RM90 bilion
1998 RM103 bilion
1999 RM112 bilion
2000 RM125 bilion
2001 RM145 bilion
2002 RM164 bilion
2003 RM188 bilion
2004 RM216 bilion
2005 RM232 bilion
2006 RM247 bilion
2007 RM274 bilion
2008 RM317 bilion
2009 RM376 bilion
2010 RM405 bilion 2011 RM465 bilion
2012 RM501 bilion
2013 RM546 bilion
(Sumber International Monetary Fund)
2014 RM677 bilion
2015 RM847 bilion
(Sumber The Economist)

Bayangkan, hutang kerajaan pada 1997 hanyalah RM90 bilion tetapi selepas 17 tahun pada tahun 2014 telah menjadi RM677 bilion. Pada 2003 ketika Tun Abdullah Badawi mengambil alih negara hutang negara ialah RM188 bilion.

Selepas 6 tahun pada 2009 ketika beliau melepaskan jawatan kepada Datuk Seri Najib ia meningkat sekali ganda sebanyak RM188 bilion kepada RM376 bilion.

Selepas 5 tahun Najib mengambil alih negara, hutang pada 2014 meningkat hampir sekali ganda sebanyak 301 bilion kepada RM677 bilion.

C. Ketirisan Perbelanjaan
Kajian yang dibuat oleh Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme terhadap laporan tahunan Ketua Audit Negara menunjukkan berlaku ketirisan dan salah urus perbelanjaan antara RM23 bilion hingga RM40 bilion. Sedangkan GST hanya dijangka menyumbang sebanyak RM23 bilion pada tahun 2015. Jika ketirisan ditangani maka GST tidak diperlukan.

Pada tahun 2008 perbelanjaan untuk mengurus negara hanyalah RM128 bilion tetapi untuk 2015 kerajaan merancang perbelanjaan mengurus sebanyak RM223 bilion. 

Tidakkah ia merupakan peningkatan yang melampau untuk tempoh yang pendek iaitu 7 tahun dengan peningkatan hampir RM100 bilion?

Hasil daripada kegagalan menguruskan perbelanjaan inilah maka kerajaan mula berfikir untuk meluaskan lagi sumber kewangan negara sedangkan sebenarnya kerajaan tidak berhadapan dengan masalah sumber tetapi pada masalah berbelanja.

Penyelesaian mudah kerajaan ialah memperkenalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) kerana GST adalah cara paling mudah untuk mengutip sumber daripada rakyat.
GST dikenakan pada semua barangan dan perkhidmatan melainkan yang dikecualikan. Ertinya kerajaan mendapat ruang yang sangat besar dan luas untuk mendapat hasil menerusi cukai.

GST kena kepada semua rakyat tanpa mengira kaya atau miskin yang berbelanja dan mendapat perkhidmatan. Ertinya GST mempunyai cakupan cukai sangat luas. Jika sebelumnya hanya sekitar 1.7 juta terpaksa membayar cukai maka dengan GST berjuta-juta rakyat terpaksa membayar cukai setiap hari termasuk orang miskin.

Apabila cukai dikenakan kepada si kaya dan si miskin maka di sinilah ketidakadilan sosial dan kezaliman berlaku. Kerana itulah cukai GST adalah zalim dan haram menurut kaedah percukaian Islam kerana cukai sepatutnya hanya kena kepada orang yang berkemampuan sahaja.

Data 2012 menunjukkan 31.7% isi rumah Malaysia berpendapatan kurang daripada RM 2500 dan 23.8% lagi berpendapatan antara RM2,500 - RM4,000. Ertinya lebih separuh rakyat Malaysia mempunyai pendapatan di bawah RM4,000 iaitu di bawah paras kemiskinan.

MUNGKIN ANDA MASIH KABUR, DARI MANA DATANG NYA DANA UNTUK MEMBAYAR HUTANG SEBANYAG RM 847 BILION DAN FAEDAH NYA, Penulis juga Kabur.....

JADI JIKA PENGURUSAN KEWANGAN NEGARA TIDAK DIUBAH MALAYSIA AKAN BENGKRAP, ITU SEBAB MENGAPA PENGURUSAN SENTIASA MAHU MENAIKKAN SEMUA CUKAI BARANGAN DAN PERHIDMATAN, Tapi masih lagi nampak Kerajaan Bermewah-mewahan......

Jangan sampai kita buka aib Mahathir
Jangan sampai kita buka aib Mahathir
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersemangat menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bagan Datuk di Wisma Umno Bagan Datuk hari ini. - Foto Bernama

BAGAN DATUK - "Kalau dia tidak jaga mulut dan berkelakuan baik, kita akan buka aib dia selama 22 tahun memerintah negara.

Itu amaran yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Bagan Datuk, pagi tadi.
Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata, setiap pemimpin mempunyai zaman pemerintahan mereka sendiri dan lazimnya pemimpin baharu akan menyatakan pemimpin terdahulu melakukan kesilapan lalu melakukan perubahan.

"Tetapi di Malaysia pemimpin dahulu menyalahkan pengganti-penggantinya, menyalahkan Datuk Seri Najib Abdul Razak serta Tun Abdullah Ahmad Badawi dan ia amat luar biasa.
"Sepatutnya zaman dia (Tun Mahathir) sudah berlalu, jadi diam-diam duduklah berzikir, engkau buka aib pemimpin sekarang jangan lupa kita pernah tutup aib dia dan jangan sampai kita buka aib dia," katanya yang disambut dengan sorakan gemuruh daripada ahli perwakilan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

'Selepas Mahathir kutty, apa lagi Zahid?'


      

ULASAN | 
Lantang dan kritikal - Sewaktu berucap berapi-api dalam pehimpunan agung Umno pada suatu waktu terdahulu - ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi inilah ketua pemudanya.

Diam dan berhati-hati - Pada waktu Anwar dua kali diusung ke penjara atas tuduhan kes liwat, Zahid inilah.

Sokongan padu - Sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad ditatang bagai minyak panas yang penuh pada zaman cemerlang 22 tahun lalu, Zahid inilah.

Lie low and low profile: Ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menang selesa dalam pilihan raya umum 2004, Zahid inilah.

Sikap membiarkan - Dan, di zaman Abdullah didesak berundur dari kerusinya pun, Zahid inilah.

Buktikan kesetiaan - Bahkan pada era Zahid sedang bergelut untuk dinaikkan menjadi timbalan perdana menteri, Zahid inilah.

Menikam dari belakang - Terkini, setelah perdana menteri kelihatan semakin tercungap-cungap dengan pelbagai bagasi yang penat, yang sedang dipikul olehnya - mengikut kata Dr Mahathir dan Zahid Mat Arip - Zahid inilah.

Dia yang secara sulit menawarkan sebuah perjanjian pakej (package deal) yang... yaa, Zahid inilah.

Ibu garam, punca bala
Terkini, setelah pelan yang diumpan seperti didakwa Dr Mahathir tidak menjadi, Zahid inilah juga yang sedang memusing mata lembing, menghunus sesuatu yang tajam ke dada bekas perdana menteri itu demi membuktikan beliau berdarah "kutty".

Ia sah non-Melayu, bahkan mamak.
Sekarang, dengan pendedahan Dr Mahathir yang senyata ini (sila baca kepala berita hari ini) masih adakah lagi pilihan Zahid untuk kekal kuat berdiri?
Masihkah Zahid mempunyai masa depan ?

Saya melihat begini.
Kalau ada darah asing barang sesudu sekali pun dalam susuk tubuh Dr Mahathir, itu tidak pernah mengubah fakta yang Malaysia kini terancam.

Dan punca terancamnya kita kini bukan berasal dari tesis ras dan darah keturunan.
Tidakkah ketirisan dan kebocoran mega itu bertolak daripada skandal 1MDB? Inilah ibu garam dan menjadi punca segala bala.

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang tidak bersukat itulah sedang membawa porak peranda. GST itu pun akibat kesan hiliran daripada 1MDB yang bersifat "scandalous".

Hingga sekarang ia sedang menjadi lembaga polong yang cukup berpuaka.

Harga minyak di tangki mobil yang tidak menentu mencetuskan pelbagai fenomena inflasi, pengangguran siswazah yang tidak terbendung, pemberhentian kerja penjawat sektor swasta yang memilukan, kehadiran pendatang asing tanpa izin yang menyakitkan hati, kegelisahan rakyat kota dan desa kerana kenaikan harga barang serta penghinaan nama baik negara di mata dunia - ini semua isu yang wajib digarap serta-merta.

Tebus maruah semula
Apa yang dibangkitkan oleh Zahid itu tidak memberi makna apa-apa kepada ekonomi Malaysia yang sedang teruk merudum.

Bagi pihak rakyat di kota dan kampung, saya mohon merayu: tolong hentikan gimik dan angkat cepat polemik sia-sia yang tidak memecahkan beras.

Apa untung menghina Dr Mahathir? Jika katakan benar sekali pun, bak kata orang putih: "so what, and what's wrong?"

Sementelahlah ia terbukti sebuah fitnah yang telah menghinakan keturunan seorang bekas perdana menteri yang cukup berpengaruh di sini serta seantero dunia.

Cari formula yang lebih magis demi mengangkat dan mengeluarkan negara tercinta ini daripada terus sengsara. Jadikan ini keutamaan.

Selaku timbalan perdana menteri, buktikan kesetiaan dengan membuat pelbagai dapatan yang ajaib.

Bawa "keajaiban" itu ke sini dan ke tengah ini dengan segera demi menghadiahkan sesuatu kepada negara.

Mari bersatu menunaikan amanah - tebus kembali maruah dan kedaulatan kita

Tak bijak main poker bogel dengan Dr M'

 

Digging up dirt on Dr Mahathir Mohamad is not a wise strategy, warned a Johor Umno leader. 

Likening it to a game of strip poker, Kempas assemblyperson Tengku Putra Haron Aminurrashid Jumat said for each time someone uncovered something about Mahathir, the former premier would hit back with something worse.

"In a poker game, it is not wise to play with a person who has unlimited capital of the same currency...In 22 years at the helm of the country, one will definitely have gathered enough chips to play a lifetime of poker...

Menggali semua keburukan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan merupakan strategi yang bijak, kata seorang pemimpin Umno Johor.

Menyamakannya dengan permainan strip poker (bermain terup untuk menanggalkan pakaian pihak lawan), Tengku Putra Haron Aminurrashid berkata setiap kali seseorang berkata mengenai Mahathir, bekas perdana menteri itu akan membalas dengan sesuatu yang lebih buruk.

"Dalam permainan poker, tidak bijak bermain dengan orang yang mempunyai modal dan wang tanpa had. Sepanjang 22 tahun menerajui negara, seseorang itu pasti akan mengumpulkan cip poker yang cukup untuk bermain poker seumur hidup.

"Daripada setiap 'pukulan' yang bekas perdana menteri itu terima daripada mereka yang pernah berkhidmat di bawah pentadbirannya, kita akan lihat serangan balas yang setara, walaupun tidak besar," tulis Tengku Putra Haron di blognya hari ini.

ADUN Kempas itu dipercayai merujuk tindakan sesetengah pihak dalam Umno yang dikatakan menyerang Mahathir secara keterlaluan.

Hujung minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan keturunan bekas presiden Umno itu dengan mendakwa Mahathir mempergunakan orang Melayu selama 22 tahun pentadbirannya.

Zahid ketika berucap di mesyuarat bahagian Umno Kelana Jaya, turut menunjukkan salinan kad pengenalan Mahathir yang tertera nama asalnya Mahathir A/l Iskandar Kutty.

TPM Harus Letak Jawatan



https://youtu.be/b9kynuo0kXQ - 20170805 Zahid Hamidi mungkin tidak lulus sebagai Melayu Malaysia 
 
Pemuda PKR hari ini berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak tiada pilihan kecuali menjalankan satu siasatan yang menyeluruh berhubung surat Ment...
youtube.com
Foto Aiediel Jamal.



Jangan nafi sejarah, jasa Mahathir kepada negara

Oleh  Aiediel Jamal 

KEBELAKANGAN ini, ramai mempersoalkan asal usul dan keturunan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa Mahathir berketurunan India dan nama sebenar beliau adalah Mahathir a/l Iskandar Kutty.

Pendedahan yang dibuat pada Mesyuarat Umno Bahagian Kelana Jaya itu mencetuskan persoalan dan menjadi bualan rakyat yang mahu semua pihak kemukakan kebenaran.
Sinar Harian menemui Timbalan Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Baharuddin Abd Majid, 71, yang juga bekas Pengetua Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) 2000-2001 untuk menyingkap sejarah dua beranak ini.

Beliau berkata, Mahathir antara penyumbang besar dalam pembangunan Kedah dan jasanya kepada negeri Jelapang Padi memang tidak boleh dinafikan. Katanya, walaupun beliau tidak sealiran dengan politik kerajaan, namun sumbangan sejak zaman mudanya ketika bergelar doktor perubatan hendaklah dihargai.

“Kita perlu melihat aspek positif, sumbangan seseorang itu, bukan kisah peribadinya.
Kita tidak wajar memperlekehkan jasa beliau semata-mata kerana isu politik atau kerana keturunan nenek moyangnya, terutama individu yang telah meninggal dunia,” kata Baharuddin.

Menurutnya, bapa kepada Mahathir, Mohamad Iskandar bukan calang-calang orang, sebaliknya individu yang mengasaskan pendidikan Inggeris di Kedah.

“Mohamad seorang guru Bahasa Inggeris dan pengasas pertama Government English School (GES) yang kini dikenali KSAH. Kita wajar beri penghargaan atas usahanya kerana berjaya letakkan asas kukuh dalam pembangunan KSAH hingga muncul sekolah cemerlang kini,” katanya.

Rumah kelahiran Mahathir di Alor Setar. Baharuddin berkata, KSAH antara sekolah terawal dibina berhampiran Balai Nobat sebelum pindah ke Jalan Penjara Lama, belakang IPD Kota Setar (1911) dan dipindahkan ke Jalan Langgar pada 1917 dan kekal sehingga kini.

“Mohamad yang berasal dari Pulau Pinang dijemput membuka sekolah Inggeris pertama di Alor Setar kerana beliau fasih berbahasa Inggeris, selain orang Melayu mahu anak tempatan mengajar, kerana bimbang dipengaruhi ajaran Kristian ketika itu,” katanya.

Menurutnya, datuk Mahathir iaitu Iskandar berkahwin dengan Siti Hawa dari Johor, dan lahirlah Mohamad pada 1881 di Pulau Pinang. Sebelum itu, Iskandar dijemput mengajar Bahasa Inggeris di Istana Johor.

“Mohamad dilantik pengetua pertama KSAH, diikuti empat pengetua kalangan Melayu sebelum jawatan itu diberi kepada orang Inggeris. Ketika itu, ramai guru Matematik dan Sains dibawa masuk dari India,” katanya.

Baharuddin berkata, pembelajaran KSAH berasaskan tatabahasa Inggeris dari England, namun pelajarnya tetap mengenakan songkok.

“KSAH lahirkan ramai tokoh terkemuka, termasuk pemimpin politik. Wajar kita kenang jasa beliau pelopori pendidikan Inggeris di Kedah walau siapa keturunan dia sekarang. Kita tak boleh nafi sejarah, tak kira siapa individu itu, tak perlu ungkit keburukan tapi kenanglah jasa mereka,” katanya.

Mahathir berketurunan pemimpin Melayu....

Berdasarkan sejarah keluarga yang dipaparkan di Rumah Kelahiran Mahathir, Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Mahathir anak bongsu daripada sembilan beradik.
Ibunya, Che Tempawan Che Hanafi berketurunan pemimpin Melayu Wan Su, iaitu Datuk Temenggong Kulur, Bukit Lada. Antara keturunan sama dengannya ialah Wan Mohamad Saman, yang memperkenalkan sistem terusan di Kedah.

Foto Aiediel Jamal.

Nama timangan Mahathir adalah Che Det sejak kecil, beliau dididik oleh bapanya dengan penuh disiplin selain amat pentingkan pelajaran. Pendidikan awal Mahathir bermula di Sekolah Melayu Lelaki Seberang Perak (1932), sebelum meneruskan pelajaran di KSAH (1934) dan seorang murid yang pendiam serta rajin membaca.

Bagaimanapun, persekolahan Mahathir tergendala semasa perang dunia kedua dan beliau memulakan perniagaan gerai kopi dan menjual buah-buahan di Pekan Rabu.
Selepas perang tamat (1945), Mahathir kembali menyambung pelajaran di KSAH sehingga memperoleh ‘Senior Cambridge School Certificate’.

Beliau memperoleh Ijazah Perubatan MBBS pada 1953 dan mula bertugas di Hospital Besar Alor Setar. Pada 1957, Mahathir meletak jawatan dan membuka Maha Klinik di Jalan Tunku Ibrahim, sebelum berpindah ke Pekan Rabu.

Ketika itu, hanya ada lima klinik di Alor Setar dan Maha Klinik adalah klinik pertama diusahakan doktor Melayu.

Bukti ‘bin’ atau anak lelaki?
Baharuddin berkata, berdasarkan sijil kelahiran Mahathir, didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara Alor Setar, namanya dibinkan kepada nama bapanya, Mohamad bin Iskandar. Keturunan Mohamad tertera perkataan Melayu.

"Mohamad pula lahir di Pulau Pinang pada 1881 dan kembali ke rahmatullah pada 1961, di usia 80 tahun. Datuk Mahathir, Iskandar berasal dari Pulau Pinang," katanya.

Pada kad pengenalan biru milik Mahathir, turut tertera Mahathir bin Mohamad, bukannya anak lelaki Iskandar Kutty seperti heboh diperkatakan.

"Ini termasuk kesemua sijil pelajaran rendah dan pendidikan tinggi turut dinamakan Mahathir bin Mohamad," katanya.

SERANGAN BALAS YANG AMAT MENYAKITKAN
Friday, August 4, 2017 Zahid Hamidi : 1965 - Umur 12 tahun mengikut ibubapanya berhijrah ke Malaysia : Adakah kemasukkan mereka ke Malaysia melalui saluran sah (Imigresen) atau melalui jalan-jalan haram? Mohamad Zawawi Ahmad Pasir Mas, Malaysia · Persoalannya sekarang... Ahmad Zahid Hamidi 1953 - Tahun lahir (lahir di Jawa, Indonesia / beliau & ibubapanya berasal dari Jawa). 1957 - Persekutuan Tanah Melayu merdeka. 1963 - Pembentukan Malaysia (Semenanjung Tanah Melayu, Sabah & Sarawak) 1965 - Umur 12 tahun mengikut ibubapanya berhijrah ke Malaysia. Ini bermakna Zahid Hamidi masuk ke Malaysia bukan sahaja selepas negara mencapai kemerdekaan malah selepas 2 tahun penubuhan Malaysia. Persoalan: 1. Adakah kemasukkan mereka ke Malaysia melalui saluran sah (Imigresen) atau adakah kemasukkan mereka melalui jalan-jalan haram seperti PATI Indonesia yang lain? 2. Jika mereka.masuk melalui Imigresen, apakah buktinya? 3. Bilakah tarikh kedua ibubapanya dan beliau sendiri diberi kerakyatan Malaysia? 4. Apakah pemberian kerakyatan kepada mereka mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang negara? 5. Jika mereka masuk melalui jalan tidak sah, bagaimanakah cara mereka diberi kerakyatan negara ini? Persoalan ini boleh dijawab oleh Dato' Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. (Ini kerana mengikut tafsiran Dato' Nur Jazlan maklumat seumpama ini adalah _*maklumat awam*_. Sebagai rakyat Malaysia aku berhak bertanya. Zaidi Ahmad Pekan 3 Ogos 2017

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
Friday, August 4, 2017 Zahid Hamidi : 1965 - Umur 12 tahun mengikut ibubapanya berhijrah ke Malaysia : Adakah kemasukkan mereka ke Malaysia melalui saluran sah (Imigresen) atau melalui jalan-jalan haram? Mohamad Zawawi Ahmad Pasir Mas, Malaysia · Persoalannya sekarang... Ahmad Zahid Hamidi 1953 - Tahun lahir (lahir di Jawa, Indonesia / beliau & ibubapanya berasal dari Jawa). 1957 - Persekutuan Tanah Melayu merdeka. 1963 - Pembentukan Malaysia (Semenanjung Tanah Melayu, Sabah & Sarawak) 1965 - Umur 12 tahun mengikut ibubapanya berhijrah ke Malaysia. Ini bermakna Zahid Hamidi masuk ke Malaysia bukan sahaja selepas negara mencapai kemerdekaan malah selepas 2 tahun penubuhan Malaysia. Persoalan: 1. Adakah kemasukkan mereka ke Malaysia melalui saluran sah (Imigresen) atau adakah kemasukkan mereka melalui jalan-jalan haram seperti PATI Indonesia yang lain? 2. Jika mereka.masuk melalui Imigresen, apakah buktinya? 3. Bilakah tarikh kedua ibubapanya dan beliau sendiri diberi kerakyatan Malaysia? 4. Apakah pemberian kerakyatan kepada mereka mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang negara? 5. Jika mereka masuk melalui jalan tidak sah, bagaimanakah cara mereka diberi kerakyatan negara ini? Persoalan ini boleh dijawab oleh Dato' Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. (Ini kerana mengikut tafsiran Dato' Nur Jazlan maklumat seumpama ini adalah _*maklumat awam*_. Sebagai rakyat Malaysia aku berhak bertanya. Zaidi Ahmad Pekan 3 Ogos 2017

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Zahid Hamidi : 1965 - Umur 12 tahun mengikut ibubapanya berhijrah ke Malaysia : Adakah kemasukkan mereka ke Malaysia melalui saluran sah (Imigresen) atau melalui jalan-jalan haram? 


Friday, 4 August 2017

Persoalannya sekarang... 

Ahmad Zahid Hamidi



1953 - Tahun lahir 


(lahir di Jawa, Indonesia / beliau & ibubapanya berasal dari Jawa).

1957 - Persekutuan Tanah Melayu merdeka.
1963 - Pembentukan Malaysia (Semenanjung Tanah Melayu, Sabah & Sarawak)
1965 - Umur 12 tahun mengikut ibubapanya berhijrah ke Malaysia.
Ini bermakna Zahid Hamidi masuk ke Malaysia bukan sahaja selepas negara mencapai kemerdekaan malah selepas 2 tahun penubuhan Malaysia.
Persoalan:
1. Adakah kemasukkan mereka ke Malaysia melalui saluran sah (Imigresen) atau adakah kemasukkan mereka melalui jalan-jalan haram seperti PATI Indonesia yang lain?
2. Jika mereka.masuk melalui Imigresen, apakah buktinya?
3. Bilakah tarikh kedua ibubapanya dan beliau sendiri diberi kerakyatan Malaysia?
4. Apakah pemberian kerakyatan kepada mereka mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang negara?
5. Jika mereka masuk melalui jalan tidak sah, bagaimanakah cara mereka diberi kerakyatan negara ini?
Persoalan ini boleh dijawab oleh Dato' Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. (Ini kerana mengikut tafsiran Dato' Nur Jazlan maklumat seumpama ini adalah _*maklumat awam*_.
Sebagai rakyat Malaysia aku berhak bertanya.
Zaidi Ahmad
Pekan
3 Ogos 2017

Image result for zahid bawa masuk 1 juta bangla

Rahsia kegagalan Umno? 

Keangkuhan.........


Rahsia kegagalan Umno? Keangkuhan
Keangkuhan pemimpin Umno akhirnya semakin ketara menyebabkan rakyat Malaysia mengundi selain Najib Razak dan Umno pada pilihan raya umum 2013. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Julai, 2017.



ADA sebab yang menarik dan mendesak mengapa 53% rakyat Malaysia tidak mengundi Umno/Barisan Nasional pada pilihan raya 2013.
 
Ada sebab yang menarik juga mengapa ramai rakyat Malaysia sanggup memilih sekumpulan pemimpin dan kerajaan yang baru dikenali pada 2013, dan sedar ketidakpastian serta kekacauan yang akan berlaku selepas itu.
 
Rasuah. Ketidakcekapan. Perkauman. Keangkuhan.
Namun di sebalik isu di atas, keangkuhan pemimpin Umno akhirnya semakin ketara menyebabkan rakyat Malaysia mengundi selain Najib Razak dan Umno pada 2013.
Namun, pada hari ini kita dapati ia masih tidak berubah.
 
Keangkuhan masih menebal dalam diri pemimpin Umno.
Keangkuhan juga yang menyebabkan Ketua Umno Pasir Salak Tajuddin Rahman cuba menolak kecurian berbilion ringgit daripada 1MDB dan menganggapnya sebagai perkara kecil.
 
Malah dia cuba mengalihkannya kepada kegagalan penswastaan terhadap entiti milik kerajaan pada era Dr Mahathir Mohamad.
 
“Projek meganya seperti Proton dan lain-lain menanggung kerugian, namun kita tidak minta dia meletakkan jawatan tetapi terus menyelesaikan masalah itu. Ia hanya wang,” katanya yang juga timbalan menteri pertanian dan industri asas tani.
 
Ia sememangnya satu keangkuhan untuk menyamakan kecurian paling besar dalam sejarah Malaysia dengan kegagalan usaha komersial. Ya, Proton projek yang kurang membawa keuntungan, namun ia jelas menghasilkan produk yang nyata: Jutaan unit kereta.
 
Sebaliknya, berbilion wang pembayar cukai daripada 1MDB digunakan untuk membeli kapal layar mewah, hartanah mewah di AS dan UK dan barang kemas dan membiayai beberapa filem. Yang mendapat untung anak Najib dan mereka yang terdekat dengannya.
 
Sehingga hari ini, tiada seorang pun didakwa di mahkamah Malaysia. Baik pengurusan 1MDB, ahli lembaga pengarah, mahupun pengerusi ahli lembaga pengarah.
 
Tajuddin pula menambahkan keangkuhannya berdasarkan pemerhatian yang dibuat sendiri.
Katanya, siasatan 1MDB masih berjalan dan kerajaan masih memburu dalangnya.
Keangkuhan apakah itu untuk percaya yang rakyat Malaysia akan menerima kenyataan sombong sedemikian.
 
Tapi Tajuddin tidak berseorangan.
Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah melepaskan peluang untuk bercakap mengenai kepelbagaian di Malaysia. Penasihatnya pasti memberitahunya untuk bercakap seperti perdana menteri di khalayak agar kenyataannya ketika menjadi ketua Pemuda Umno terkikis daripada ingatan.
 
Namun dia kembali kepada dirinya sebenar di hadapan ahli partinya pada mesyuarat perwakilan Umno Kelana Jaya. Dia menyerang warisan India Dr Mahathir dalam ucapannya dan ada keberanian untuk menyatakan ia bukan serangan peribadi.
 
Sepatutnya begini: sila serang Dr Mahathir berdasarkan rekodnya sebagai PM atau selama dua dekad beliau sebagai presiden Umno.
 
Tetapi jangan pura-pura menjadi pemimpin Malaysia yang inklusif apabila menyatakan kepada rakyat Malaysia sebagai TPM dan menyentuh isu perkauman ketika bercakap di rostrum sebagai pemimpin Umno.
 
Agak retorik apabila ahli politik yang memimpin rakyat Malaysia daripada pelbagai bangsa dan bercakap mengenai perpaduan kebangsaan. – 31 Julai, 2017.

Najib mahu 3 juta ahli Umno jadi 'pejuang'

   


Datuk Seri Najib Razak membayangkan jika semua tiga juta ahli Umno dapat mendominasi media sosial, mereka dapat mengalahkan dakyah parti lawan dalam politik.
Berucap di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur hari ini Presiden Umno itu berkata, daripada "membebel tidak tentu arah" lebih baik untuk ahli parti itu belajar memanfaatkan media sosial dan Internet. 

Justeru Najib mencadangkan supaya ahli Umno sekurang-kurangnya membuka akaun Facebook dan Twitter. 

"Kalau tak boleh menjadi bloger pun, jadi ahli yang ada akaun Facebook dan Twitter pun cukup," katanya. 

Langkah itu kata Najib boleh membantu parti memperbetulkan keadaan parti.
"Apabila nampak presiden parti kena serang, kita serang balik," katanya kepada perwakilan dan pemerhati Mesyuarat Agung Tahunan Umno Bahagian Bandar Tun Razak hari ini. 

Perdana menteri berpendapat 'medan perang' politik baru kini bukan lagi berlaku di alam fizikal sebaliknya melalui dunia maya.
Menyedari hakikat itu Najib mahu 'medan perang' itu dikuasai oleh Umno. 

"Jika kita boleh dominasi media sosial, red bean army (gelaran untuk pejuang papan kekunci mewakili pembangkang) pun boleh dikalahkan, kerana kita mempunyai kekuatan. Cuma kita belum mahir, belum rasa ini medan baru," katanya. 

Dalam ucapannya, Najib turut memetik kata-kata cendekiawan silam, Albert Einstein yang memberitahu, masalah hari ini tidak boleh diselesaikan dengan rumusan semalam. 

"Kita mesti faham bahawa rakyat kadang-kadang berdepan dengan maklumat yang berlebihan," katanya.

Ekoran ketegasan Zahid ; Syed Ali seru lebih 3 juta ahli UMNO 'ajar' pembangkang



7hb.Aug 2017 - KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, menjadi tanggungjawab lebih tiga juta ahli-ahli parti mempertahankan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada menjadi 'belasahan' pembangkang.

"Kita ada lebih tiga juta ahli-ahli UMNO diseluruh pelusuk tanahair, kita yang perlu pertahankan Najib kerana kita yang pilih beliau sebagai Presiden, kenapa kita nak biarkan beliau bersendrian menepis serangan pembangkang," soal beliau.

Menurut beliau, tiga sayap parti - Pergerakan Wabnita, Pemuda Puteri juga perlu bingkas berada dibarisan depan mempertahankan maruah dan kredibiliti Najib selaku Presiden UMNO.

"Jangan hanya pandang dan tidak berbuat apa-apa dengan membiarkan presiden kita termasuk keluarganya dicaci, dihina dan difitnah oleh pembangkang, jangan berpeluk tubuh," tegasnya.

Katanya, Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri sewajarnya dipertahankan kedudukannya kerana ahli-ahli parti telah memberi mandat dan kepercayaan kepada beliau.

"Jika ada mana-mana ahli UMNO yang tidak menyokong dan mempertahankan kedudukan Najib, ini bermakna mereka telah mengkhianati kepimpinan presiden," tegasnya.

Syed Ali menjelaskan, beliau telah beberapa kali mengingatkan ahli-ahli parti termasuk ketiga-tiga sayap supaya lebih aggresif dan berani tampil mempertahankan presiden parti secara terbuka.

"Kita tidak boleh lagi berada dalam situasi senyap, kita kena lantang bersuara," tegasnya sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk  Seri Dr. Ahmad Zahidi Hamidi yang berkata tidak sanggup membiarkan Najib berterusan dihina dan diserang bertubi-tubi dari segenap sudut.

Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menegaskan,  beliau mengambil pendekatan 'serangan balas' kerana mempertahankan kepimpinan Najib.

"Saya tidak akan pernah sanggup melihat pemimpin saya dibaling dengan najis, lembing atau tombak setiap waktu," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Temerloh di Dewan Tun Razak, Temerloh, semalam.

Menyokong ketegasan Zahid, Syed Ali berkata apa yang luahjkan oleh Timbalan Perdana Menteri itu mencerminkan kerasian gandingan kedua tokoh tersebut dalam mentadbir urus negara dan parti.

"Saya menyokong penuh periongatan Timbalan Presiden UMNO, ketegasannya adalah cermin hati beliau yang sentiasa teguh kepada pasak perjuangan dan setia kepada kepimpinan Najib," tegasnya.

Mengambil iktibar ketegasan Zahid itu, beliau berkata sudah sampai masanya seluruh ahli-ahli UMNO dan pemimpin disetiap peringkat bangun menentang pembangkang secara terbuka.

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Wilayah Persekutuan menambah, pembangkang tidak harus dibiarkan bermaharajalela untuk menabur fitnah dan serangan provokasi yang boleh merosakkan UMNO dan negara.

"Kita ada lebih 3 juta ahli-ahli UMNO, mengapa kita sentiasa berada dalam keadaan takut, resah dan segan kepada pembangkang, sepatutnya kita yang 'mengajar' mereka," tegasnya.

Sepatutnya kata beliau, pembangkang perlu dilihat sebagai agen pemusnah perpaduan rakyat, pembohong dan suka mengadu-domba untuk mengemis sokongan rakyat.

"Kita kena beritahu rakyat, mereka (pembangkang) tidak ada memberi sebarang manfaat kepada rakyat, mereka kumpulan putar alam.

Oleh sebab itu tambahnya, kepimpinan Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri perlu dipertahankan waima apa pun yang terjadi.

"Kita berikrar bahawa kita pejuang UMNO, pejuang rakyat, maka sekarang kita kena buktikan ikrar tersebut dengan mempertahankan presiden dan timbalan presiden yang menjadi serangan fitnah jahat pembangkang," tegasnya.

Beliau mengingatkan, jangan ada mana-mana pihak sama ada dalam dan luar UMNO yang cuba meruntuhkan institusi parti.

UMNO katanya, merupakan institusi orang Melayu dan mana-mana pihak yang cuba meruntuhkankannya bakal berdepan dengan tentangan habis-habisan. 
Disiarkan oleh


 AMUKANMelayu - UMNO, PUSAKA MELAYU yang terlepas dari tangan Tuanku