Wednesday, 1 February 2012

#2 IRAMA 60AN

Pesawat Airasia telah lama memasuki bay  A 8 di KLIA. Aku masih lagi dikauter check inn. Keadaan di Departure KLIA amat sebuk. Aku memeriksa beberapa dukumen yang perlu. Beberapa orang kawan-kawan yang mengenali aku bertanya.
 
“En. Lukhman....nak kemana dengan bag yang besar ni.”
“Nak ke Sabah, ada hal sikit” aku menjawab.
“Ada hal apa...” kawan aku ni menambah.

Aku hanya tersenyum dan tidak menjawab. Aku bergegas ke Gate A 8.  Penumpang-penumpang yang hendak ke Kota Kinabalu telah mula memasuki pesawat. Pramugari mengambil Kot dari tanganku dan di gantung didalam rak kaben. Aku kebalakang dan mengambil tempat duduk berhampiran dengan tingkap pesawat. Deruman enjin pesawat amat menyakitkan telingaku. Selang beberapa minit, pramugari mula menjual berbagai-bagai makanan dan cendera hati. Aku jarang makan semasa didalam pesawat, kecuali perjalanan yang melebihi 3 ke 4 jam.

Semasa pesawat melintasi Banjaran Titiwangsa, aku melihat awan bearak perlahan dibawah pesawat. Dimasa ini, pesawat berada di paras 10,000 kaki dari paras laut. Kehijauan hutan hujan tropika memukau pandanganku. Gunung-ganang dibawah pesawat bagaikan alunan ombak dipersisiran pantai, berbalam-balam kebiruan. Damai dan menyejukan. Dicelah-celah hutan inilah, berbagai khazanah sumber alam yang menjadi nadi kehidupan manusia. Aku mengimbau kenangan silam. Dalam hutan seperti inilah ayah menembak Kambing Gurun dengan Wa Hamid.

“Ehh..Idah, bakpo..abang Mamud denge abang Amid..usung babi tu,,” abang Wahab bertanya pada Cik Idah.
“Demo ingat rusa kot. Bule posa mace ni demo tu kelabu mata la tu..” Cik Idah menjawab.
“Ehhhh...Idah heee. Kambing Gurun tu, He tengok tanduknyatu..” abang Wahab menambah.
“Haalaaa.......” Cik Idah mengiakannya.

Hari sudah beransur petang. Adik beradik yang dekat dari kampung telah mula sampai. Aku lihat Pek Anjang mengambil pisau dari ayah. Pek Anjang mengambil beberapa bahagian penting dari Kambing Gurun, seperti sedikir hidung, lidah, telinga dan yang lain-lainnya. Dari dangau Wa Hamid, aku terdengar alunan Jefridin dengan lagu seruling anak gembala. Aku berlarian memanjat bukit untuk balik kedangau kami.

SERULING ANAK GEMBALA

Dilembah sungai yang indah…...
Terdengar suara memecah…..
Malayang bunyi seruling
Kala senja hening…..

Gembala meniup lagi…..
Dengan irama mendayu…..
Tanpa merasa jemu…..
Untuk menghilang rindau…..

Sawah luas terbentang…..
Hijau nan manawan…..
Jauh….pandangan….
Disitu tempat permainan…..

Disitu tempat dilahir…..
Dimana aku dan dia…..
Memadu kasih asmara….
Akhirnya berpisah…..

            Angin timur bertiup kencang melalui bukit dan alur sungai. Angin dingin dan kering ini membuatkan mata semakin layu. Matahari semakin condong ke barat. Dengan berlandaskan bantal masam dan di tepi pintu dapor dangau kami, ayah menyandarkan badannya yang keletihan. Dari jauh masih terdengar di hujung telinga, alunan seruling anak gembala dendangan Biduan Jefridin. Terasa hiba sekali bila menghayati bait-bait lagunya. Belum pun habis menghayati lagu Jefridin, Biduan A.Ramli pun mula merintih dengan lagunya. Dangu Wa Hamid dan Pek Anjang adalah tempat kami sering bermain-main, Aku amat suka ke sana. Dangau Wa Hamid diseberang anak sungai diikuti dengan dangau Pakngah Meri disebelah sini sungai. Dipertengahan bukit dangau aku dan diatas puncak bukit adalah dangau Pek Anjang, dibelakang dangau kami. Wa Hamid mempunyai lima orang anak. Mereka ini adalah duapupu dengan aku. Abang Din Poik, Kak Yah, Adek Norani, Seha dan Nasa. Anak Pakngah Meri pula ada tujuh orang. Kak Pah, Kak Idah, Hamidi, Hamizi, Hamisah, Awang Lio, dan Md. Sani.

Aku amat rapat dengan semua mereka ini. Semua dangau-dangau ini diperbuat dari kayu-kayu hutan dan lantainya dari buluh dan batang pinang. Antara dangau aku dan dangau Pakngah Meri ada tanah lapang yang pamah. Disinilah kami sering bermain silat-silatan. Kerisnya diperbuat dari kayu.

“Abang Din....kerih semala dan patah...buat la yang lain..”Norani minta Abang Din Poik buat keris baru.
“Gi cari kayu...nati abang Din buat..” Abang Din Poik membalas.

Kami pergi mencari kayu sisa dari batang kayu yang ayah belah untuk dibuat lesung kaki.

“Seha...ni elauk ni kalu dibuat keris yang berluk...” aku menunjukan sisa kayu pada Seha.
Haala...” Norani menjawab rengkas.
“Jom kita beri kat abang Din” Abang aku mencelah.

Kami berduyun-duyun menuruni bukit untuk kerumah Wa Hamid. Suasana dicelah pergunungan itu, matahari sering terlindung dengan pokok-pokok besar dan bukit. Ini membuatkan suasana disini teduh dan dingin. Dari corong radio yang diaktifkan menggunakan beteri Cap Kambing kepunyaan Abang Din Poik, aku terdengar A. Ramli mendendangkan lagu Dendang Anak Tani. Di Kampung, Ayah Cu, Pak Pandak Nua, Cik At, Wah Sedi dan Yong Muzi sering memainkan piring hitam dari penyanyi-penyanyi seperti Jefridin, J. Kamisah, S. Roha, S. Jibeng dan ramai lagi, tetapi aku amat suka dengan lagu-lagu A.Ramli dan Jefridin. Sebagai anak petani, aku amat suka dengan lagu ini.

DENDANG ANAK TANI

Aku anak tani………
Berdendang dikala sunyi…..
Hidup sebatang kara…..
Merintih diawan merah…..

Ku dendangkan ini lagu…..
Dengan irama mendayu…..
Terkenang ayah dan ibu…..
Yang kini jauh tinggalkan daku….

Angin dengarlah,
Rintihan ku,
Sampaikan pada
Ayah dan ibu,

Hidup ku ini…..
Pe…ta..ni….dilembah sawah nan sunyi

Rumpun padi ku indah…..
Bergoyang menari-nari…..
Hidup sebatang kara…..
Merintih di awan merah…..

            “Terima Kasih Kerana Anda menggunakan Penerbangan Airasia, semoga kita jumpa lagi dilain Penerbangan. Saya sebagai Ketua Pramugari.........”

         Aku tersedar dari lamunan. Rupa-rupanya pesawat telah mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Pekerja-pekerja Airasia sedang sebuk memunggah semua begasi dari perut pesawat. Aku menuruni tangga pesawat dan berjalan masuk kedalam Terminal.
         Aku mengambil trolly disudut bangunan. Beg yang baru dimuntahkan dari pesawat dipindahkan keatas conveyer. Aku menyambar beg aku dan keluar dari dewan ketibaan. Pemandu telah sedia menunggu dikerbside dan tersenyum bila melihat aku.

         “Selamat petang Boss” Roslin menyapa aku.
         “Petang.......” Jawabku pendek.

         Semua beg telah dipindahkan kedalam Pajero dan kami berlalu pergi meninggalkan Lapangan Terbang Sandakan. Sampai dihotel, aku terus membuka beg dan mengambil tuala berlalu pergi kebilik air. Hampir tiga jam didalam pesawat membuatkan badan terasa letih. Di Sandakan tidaklah semeriah KL. Selesai mandi aku mengenakan selur jean dan memakai T-Shit sahaja.

         “ Ok....jom kita makan dulu...nanti balik saya nak kamu breff tentang program esuk kepada saya..” aku memberi arahan kepada Megat dan Zai selaku Pengurus daerah kepada beberapa Syarikat yang saya memegang proksinya.

         Selesai makan malam kami balik kehotel. Aku merebahkan badan keatas katil tanpa menukar pakaian. Aku tidak tahu jam berapa aku tertidur.

         “Boss...dah pukul enam ni....” Megat bangunkan saya.

Jam enam pagi di Sabah bagaikan jam lapan pagi di semenanjung. Semua pemegang-pemegang proksi yang terlibat dengan mesyuarat pada pagi itu telah berada dilobi hotel. Tapi kami masih berada dibilik hotel kerana tidak sempat untuk berbincang pada malam tadi.

“Ok...kita ambil masa sedikit, kerana metting jam sembilan pagi” aku memberi arahan.
“Ok...apa perkara yang menjadi isue dalam meetting hari ini” aku bertanyakan kepada pengurus daerah.

Mereka menjelaskan beberapa perkara yang dijangka akan berbangkit nanti. Aku faham dengan beberapa perkara tersebut. Selepas berbincang, kami turun kelobi hotel. Sarapan pagi telah disediakan. Aku jarang sarapan pagi. Biasanya aku akan makan pagi sekitar jam 10.30 pagi. Tapi hari ini aku menjamah sedikit kopi panas dan sebiji kueh ala Sabah yang aku tidak tahu namanya.

Jam empat petang, semuanya telah selesai. Aku bersama-sama Kol. Salleh, Let. Kol. Musa, Mejar Asri dan Mejar Kamal naik satu kenderaan balik kehotel. Kebetulan kami menginap dihotel yang sama tapi mesyuarat ditempat lain. Sampai dihotel, aku menyelak tirai tingkap dan melabuhkan punggung diatas sofa. En. Zali dari Labuan menghulurkan sebatang rokok dan dia berlalu pergi. Aku sendirian disofa. Dari celah tingkap ditingkat lima itu, aku terlihat sesuatu di dada langit. Bila aku amati....rupa-rupanya beberapa layang-layang dari pelbagai jenis sedang melenggok-lenggok kekiri dan kanan melawan angin. Aku tersenyum sendirian. Terimbau seketika kenagan sewaktu kecil dikampung bersama-sama kawan-kawan. Keluhan kecil ku lepaskan, mengenangkan kenangan yang telah hilang.   

         “Man…..,jom main wau…!!!” , Marzuki mengajak aku.
         “Tak mboh” , aku menjawab.
         “Saya nak gi tengok orang main kugiran”.
         “Kalu mace tu, saya pong nak gi jugak”,  Marzuki menambah.

         Kami pun bersaing berjalan kaki ke Dewan kampung. Dari jauh sudah terdengar bunyi gitar yang mendayu-dayu bila penyanyinya mengalunkan lagu SALAM MUHIBAH lagu yang dipopularkan oleh A.Ramlie. Kami mengintai di antara kanak-kanak yang ramai itu untuk mendapatkan pandangan yang lebih jelas. Aku nampak beberapa pemuda kampung yang sedang berlatih dengan kugiran yang mereka tubuhkan yang diberi nama LES CHAINCLASS. Kumpulan ini diketuai oleh Zaki Ramli – Z. Ramli, Khairi Omar – Hariri O, Abu Bakar Yeop, Awang Salleh, Din Jusi dan lain-lain lagi yang tidak dapat aku ingati lagi.

         Dengan pakaian yang kemas, walaupun tinggal di kampung, pemuda-pemuda ini giat berlatih. Ada di antaranya punya bakat yang tinggi. Tapi apakan daya, kumpulan ini lebih kepada mengisi masa lapang di kampung sahaja sementara menanti padi masak. Di samping aktiviti-aktiviti lain yang menjuruskan kepada gerak kerja berkumpulan.

ججاک٢ 60-ان. قݢ. چيڤور، لڠݢوڠ ڤراق.
         “Hang tak sedap bawa lagu tu” , Awang Zenon menegur Awang Salleh.
         “Habis….hang nak aku nyanyi lagu apa” , Awang Salleh menjawab.
         “Hang nyanyi lagu ‘Gelisah’.” , Awang Zenon menambah.

         Dengan suara yang menggeletar, Awang Salleh pun mengalunkan lagu Gelisah nyanyian Ahmad Jais. Sama gelisahnya dengan aku yang masih belum mendapat pandangan yang jelas untuk melihat penyanyi pujaan kami orang-orang Kampung Chepor.

         Dalam kami menonton pertunjukkan percuma ini, pemuda-pemudi kampung ada yang mengambil kesempatan mencuri-curi pandang. Gadis sunti yang bertudungkan kain batik tersenyum malu. Pemuda-pemuda pula senyum kepuasan, kerana diri tidak bertepuk sebelah tangan. Maka, pertemuan-pertemuan sulit pun diaturkan oleh orang tengah yang dipanggil ‘Posmen’ untuk menjadi penghantar surat dan berita.

         Yang masih tidak berpunya, terpaksalah mencari-cari dan kadang kala kenakalan pemuda-pemuda ini mengundang padah atau rasa tidak senang pemudi-pemudi kampung. Tapi dengan kebijaksananaan orang tengah, maka benci menjadi rindu.

         Di pinggir kali, sawah dan sungai menjadi lokasi popular untuk membuat temujanji dengan orang yang tersayang. Adik atau kawan rapat menjadi teman semasa pertemuan. Dengan penuh sopan tanpa bertentang mata, dengan tajuk perbualan yang berkisar kepada kehidupan seharian, sudah cukup untuk mengetahui isi hati masing-masing. Pertemuan yang hanya memakan masa tidak sampai sepuluh minit, sudah cukup untuk mengubati hati yang rindu. Dosa dan haram bermain-main di kepala kedua-dua uda dan dara ini.

         “Marzuki…!!!! Jom kita kelik…”, aku mengajak sahabatku yang juga dua pupu dengan aku beredar dari kawasan dewan tersebut. Marzuki tidak berkata apa-apa dan menunung mengikut aku balik. Sampai di kawasan rumah Tok Haman, terdengar jam dindingnya berdentum lima kali. Ini menunjukkan sudah pukul lima petang.
        
         “Man…..jom kita mandi telaga Pek Wak….?” , Marzuki mengusulkan.
         “Jom…” ,aku menambah. Kami berdua menyusuri pagar rumah Pek Wak dan terus ke telaga yang terletak di dalam kawasan pohon-pohon rumbia yang merendang.

         “Auuuh…sejuknya…” , Marzuki menggeletar kesejukan.
         “Ah… macam tu pun sejuk” , aku berkata. Sememang air telaga ini dingin sekali. Airnya kebiru-biruan. Selesai aku menjiruskan Marzuki, sampai giliran Marzuki pula menjirus aku.

         “Auuuh…sejuklah Marzuki” , aku merungut.
         “Haa..tulaaa…tadi hang kata kat aku, laaa baru hang tahu air telaga ini sejuk” , Marzuki membebel.
         “Sudahlah….jom kita kelik” , aku mengajak Marzuki balik.
         “Sat lagi kita berjumpa bawah menesah Tok Aji Nali” , aku menambah.
         “Haaa….” , Marzuki menyahut dan berlalu pergi.

Aku berjalan sendirian pulang kerumah yang hanya berselang rumah Mak Teh Lipah sahaja antara rumah aku dan rumah Marzuki. Wau kemetek yang aku selitkan dibawah rasuk rumah masih tersimpan disana. Ekor wau aku itu menyapa tanah. Aku gulungkannya dan diselitkan semula diteraju wau supaya tidak meleret lagi.

         Kira-kira jam lima setengah petang, kami berjumpa semula di tempat seperti yang di janjikan. Orang telah ramai di sini. Di kedai Wa Hassan juga orang tua sangat ramai. Dengan berkain pelekat dan berkopiah hitam dan juga kopiah putih, mereka tersenyum melihat pemuda-pemuda yang berpakaian kemas. Abang Leng, Manan, Awang Din, Din Poik dan ramai lagi bersantai di atas pangkin di bawah surau.

         Abang Leng memakai seluar getah ketat berwarna merah. Sementara yang lain berseluar hitam dan berbaju petak. Hampir semua rambut mereka berjambul macam Jefridin. Dari jauh, dari arah madrasah PakTeh Wi, nampak beberapa orang teruna dari Kampung Hulu berbasikal ke kawasan surau Tok Aji Nali.

            “Sapa tu….?”, terdengar suara dari arah kedai Wa Hassan.
         “Kan Awang Jais tu….”, yang lain pula cuba menjelaskan.

         Memang Awang Jais hampir tidak di kenali, kerana kacamata hitamnya yang hampir menutup kesemua wajahnya yang bujur sirih itu. Dengan gaya Sharif Dol samseng Kampung Dusun, mereka berbual-bual samping mengendeng di atas basikal. Sementara sekumpulan pemuda lagi sedang bermain takraw di belakang kedai Wa Hassan. Sungguh meriah rasanya kampung ku ini.

         Pak Cu Brohan yang terkenal dengan jenaka pantun dua keratnya, menyurung basikal di tengah-tengah kumpulan pemuda yang sedang berbual panjang.

         “Haa….nak ke mana Pak Cu?” , Abang Din anak Tok Dayid menyapa Pak Cu Brohan.
         “Din Poik berbaju batik. Aku nak kelik…” , Pak Cu Brohan menjawab dalam pantun dua kerat.

 Semua yang ada ketawa dan tersenyum panjang. Dengan rokok yang tersepit di jari, asap rokok di lepaskan perlahan-lahan. Jaring takraw telah di gulung. Aku nampak Awang Din membuang rokoknya, kemudian diikuti oleh yang lainnya. Aku kehairanan. Kenapa mereka membuang rokok-rokok yang masih panjang dan berasap itu. Rupa-rupanya PakTeh Wi sedang menuju ke arah mereka.

         “Assalamualaikum….Abang Wi….”, Abang Leng menyapa.
         “Waalaikum salam…..” , PakTeh menjawab.
         “Haa….ni tunggu apa lagi ni. Maghrib dah nak masuk” , PakTeh Wi menambah.

         Semua pemuda dan orang tua yang ada di kedai beransur-ansur pulang seorang demi seorang. Dengan pemukul kayu di tangan, Pak Besar memeriksa ketuk-ketuk di penjuru tangga surau.

         “Tongtongtongtongtongtongtong…….tong……tong….tong..”, ketuk-ketuk di pukulnya. Bunyi ketukan halus di awal tadi adalah menandakan masuk waktu sembahyang. Ketukan putus-putus sebanyak tiga kali itu menandakan sembahyang maghrib tiga rakaat. Dengan suara yang serak dan kasar, Pak Besar mengalunkan azan maghrib. Suaranya amat sinonim dengan surau ini.

         Di tepi kolah surau sudah penuh dengan jemaah-jemaah yang sedang berwuduk. Air dalam kolah ini adalah air hujan yang ditadah khusus untuk kegunaan surau.

         “Aduh…..!”, tiba-tiba Abang Ei Tok Dayid bersuara.
         “Hahh….bakpaaa….Ei” , PakTeh Bahari bertanya.
         “Ni. Haaaa….getah tadi cuci tak habis, melekat pula dengan bulu roma kaki. Tu….yang sakit sangat tu”.
       “Haa….patut pong” , PakTeh bahari mengiakannya.

         Sementara itu di atas surau, Hamidi, Adek Awang, Rajak, Bederong, Nerani, Saha dan ramai lagi sedang membentangkan kain putih panjang yang dijadikan saf. Riuh amat dibuatnya, sesekali terdengar Tok Piah batuk-batuk kecil sambil menegur budak-budak supaya jangan bising. Saf sudah siap dibentang. Wa Hassan memberi isyarat supaya Awang Din segera iqamat. Malam ini Wa Hassan menjadi imam.

         “Ussyali Fardhan Maghribi Salasa Rakaatini Imaman  Lilla Hitaala”

         Kami berebut-rebut mengambil tempat. Seperti biasa aku selalu mengambil tempat berhampiran dengan tingkap. Dari daun tingkap yang terbuka memanjang sampai ke lantai itu angin petang yang lembut dan dingin menerpa masuk dan menyapa setiap insan yang khusyuk menyembah ILAHI. Selesai imam memberi salam, rakan-rakanku menerpa ke pintu surau. Kami menuruni tangga bagaikan ribut.

         “Oiii…..Mee..!? Mike tak mboh gi mengaji ke hulu ke?”, Adek Awang bertanya kepada ku.
         “Nak gi jugak, tapi mike kena tunggu aku sat, sebab aku takdak jamong”, aku menjawab.
         “Takpa…, sebab aku dah ada jamong”, Adek Awang menerangkannya.

         Dengan jamong* daun kelapa kering yang kami buat sendiri kami nyalakannya. Bagaikan wayang melayu kami berderet pergi ke madrasah Khalidiah yang dikendalikan Pak Teh secara sukarela. Anak muridnya ketika itu hampir 50 orang dari peringkat 5 hingga 12 tahun. Selesai mengaji Quran, kami pun balik. Adek Awang dan Nuar Teh Dolah telah ada rancangan sendiri. Dari madrasah Pak Teh itu kami akan melalui sedikit kawasan belukar di mana kiri dan kanan kawasan itu terdapat pokok-pokok besar yang menyeramkan bila  waktu malam.

Sampai saja di kawasan tersebut, aku nampak satu lembaga yang keluar dari kawasan semak ini. Apa lagi….kami pun bertempiaran lari. Maka terdengarlah jeritan dan tangisan budak-budak perempuan. Dari arah Surau Tok Aji Nali telah ternampak cahaya lampu suluh dan orang-orang tua yang masih belum balik selepas sembahyang Isyak. Mereka hanya tersenyum dan sesekali menengking kepada kawan-kawan aku yang suka mengusik. Rupanya, mereka sudah tahu ini adalah angkara Adek Awang dan Nuar Teh Dollah. Setelah memastikan semua yang bertempiaran tadi sudah berkumpul semula, aku pun mengambil jalan pintas untuk pulang kerumah.

         Dari jauh ternampak cahaya pelita berbalam-balam menyusup keluar dari celah-celah dinding rumahku. Untuk sampai ke rumah, aku terpaksa melewati sebuah rumah buruk yang tidak berpenghuni. Aku merasakan sungguh terseksa untuk melepasi kawasan rumah buruk ini. Dengan membaca beberapa potong ayat suci, aku menyusun langkah seribu sambil memanggil “emak!!!!!!!” dan tidak ku sedari rupanya aku telah sampai di hadapan tangga rumah. Ayah, emak, abang dan adik-adik telah lama menunggu untuk makan malam.

         “Dah ubah Kurrree”,  emak bertanya kepada ku.
         “Dak, mak. Pak Teh kata, male esauk”, aku menjawab pendek.

         Ayah hanya berdiam diri. Sambil bersandar di tiang seri, ayah asyik menggigit-gigit hujung paip bengkok buatan sendiri dengan mata yang dipejamkan, perlahan-lahan asap paip dilepaskan dari mulut dan hidungnya.
Emah dan Nasriah masih mengemas di dapur. Fauziah dan dua adik kembar aku telah lama menyusup ke dalam kelambu di dalam bilik. Aku dan abang tidur di ruang anjung. Dengan beralaskan tikar mengkuang yang emak buat sendiri dan bantal yang tidak bersarung, aku melabuhkan kepalaku perlahan-lahan.

         Sebelum melelapkan mata, aku selalu berangan-angan memandu kereta. Dengan enjin kereta yang dibunyikan di bibir, aku memandu kereta igauan aku itu sepuas-puasnya dan kadangkala aku tertidur dengan sendirinya atau pun sehingga…………….. .

         “Man….!!, sudah la tu. Emak denge ayah nak tidur ni” emak bersuara dari serambi penyambung antara dapur dan anjung. Aku terdiam sebentar dan perlahan-lahan ku pejamkan mata, selepas itu aku terdengar dengkuran ayah yang telah terlena. Abang telah lama lena berselubung dengan kain sarung ayah. Aku tidak tahu selepas itu dan aku juga tidak tahu jam berapa aku lelapkan mata.

         “Hoi......mengelamun ke....” tiba-tiba En. Zali mengejutkan aku.
         “Masyaallah.....” Aku merungut kecil, rupanya lamunan aku begitu jauh tadi.
         “Dah....pi mandi dulu...nanti kita kena diner dengan pegawai dari Kementah.” Zali bersuara lagi.
        
         Lamunan yang indah itu tiba-tiba telah terhenti dan hilang dari ingatan. Aku melihat jam ditangan. Rupanya jam menunjukan hampir 6.30 petang. Suasana di Sabah waktu ini sama dengan jam 7.30 petang di semenanjung.

         “Abang nak keluar tak malam ni” Megat bertanya pada ku.
         “U all keluarlah dulu, nanti aku keluar dengan Mejor Asri” aku menjawab selamba.

Ini adalah hari kedua aku di Sabah. Aku berlalu kebilek. Marina Resort adalah kondo mewah ditengah-tengah Bandar Kota Kinabalu. Kami mengambil premis dibawah sekali. Premis ini mengandungi tiga bilik. Aku menyelak tirai tingkap yang bertentangan dengan Kolam Renang. Aku mencapai tuala dan memakai seluar pendek. Apabila aku keluar dari bilik, aku dapati suasana sunyi sepi, Megat, Abang Zali, Zai, Wan dan Baharom telah lama meninggalkan aku sendirian. Aku mengunci bilik dan berlalu ke kolam renang. Aku berendam sepuas-puasnya. Kolam renang bersaiz olimpik itu, aku tawan sepenuhnya. Tiba-tiba aku rasakan kaki ku kebas.

         “Mee....hari dan senjao ni, jomle kita kelik” Marzuki minta aku berhenti berenang didalam  empangan
         “nati sat, aku nak menyelee dulu”  aku seolah-olah minta kebenaran Marzuki.
         “Hee tak sejukke.....” Marzuki bertanya pada ku.
         “Sejuk......kaki aku rasa kebas ni” aku menjawab.

Empangan tempat aku selalu mandi dengan kawan-kawan terpisah kepada dua bahagian. Di bahagian atas empangan adalah tempat orang lelaki mandi. Manakala di hilir empangan pula adalah tempat orang perempuan dan kanak-kanak mandi. Tapi kami lebih selesa mandi di bahagian atas empangan, kerana disini airnya dalam sehingga hapus kepala kanak-kanak. Selesai mandi, aku dan Marzuki menyusuri denai yang selebar dua kaki meninggalkan tempat kami berkubang. Dari rumah Ki, aku terdengar keluhan A. Ramli dengan lagu Salam Muhibah.

SALAM MUHIBBAH

Walau pun kini.....kita berpisah..
Terbayang....selalu...ingat...daku selalu...ingat...daku selalu

Tak ku sangka.....bencana tiba...
Memutuskan persahabatan... kita berdua....kita berdua...
Kasih sayang....kau masih berada....
Jelas terbayang diruangan mata........

Kukirimkan.....salam muhibbah....mengiringi mu...selalu..
Ingat daku selalu....ingat daku selalu....

Aku dan Marzuki melangut dihujung tangga rumah Ki. Tangga yang diperbuat dari kayu rimba bulat dan kasar itu, kadang-kadang menyakitkan punggung ku.

         “Ape kamu buat melangut dikepale tengge tu..” tiba-tiba Pe bersuara dari pintu.
         “Sajoo...nak dengo lagu...” aku menjawab.
         “Moh...naik keateh....Cit At kamu ade ni hahhh...” Pe menambah.

Aku naik keatas bersama-sama Marzuki. Aku tidak tahu bila pula Zi muncul bersama-sama kami. Kami bertiga saudara sepupu duduk bersandar ditepi dinding. Rumah Ki berlantaikan papan. Tetapi gelegarnya dibuat dari kayu hutan dan apabila kita memijaknya terasa seperti berjalan diatas spring.

         “Cit At....pasang lagu Ingat Pada Ku....Kami suka lagu tu... ” aku minta ehsan Cit At.
         “Haaa....nati sat...Cit At nak tukao jarom sat...” Cit At tersenyum pada kami.

Mak selalu berpesan supaya tidak nakal bila pergi kerumah orang. Aku lihat Cit At menukar jarum rekod playernya.

         “Zi...ambit duit ni, gi beli beteri cap kambing jat di kedai Tok Yaid..” Cit At minta Zi kekedai.

Zi dan Marzuki bergegas kekedai yang hanya sepelaung dari rumah Ki. Aku masih bersama-sama Cit At. Angin dingin yang bertiup dari arah barat, melewati rumah Tok Wak Musa dan rumah Tok menerjah masuk dan menyapa aku ditepi tingkap. Antara rumah Tok dan rumah Ki ada jalan untuk orang-orang kampung kesungai. Sedang kami menanti Zi dan Marzuki balik dari kedai... sayup-sayup dibawa angin dari rumah Pak Cik melalui stesyen radio Singapore, aku terdengar alunan lagu kegemaran ku.

INGAT PADA KU

Aduhai....
Oh kasih ku.....
Berjagaaa....lah selalu....ingat pada ku...

Dengarlah....pesananku......
Simpankan...dihati mu.....
Ingat padu.......

Oh kasihku yang puja.....
Dikaulah yang cinta.....

Itulah....
Dariku......
untuk mu.....dihati ku....
Ingat padaku.......

Aku terkedu sebentar mendengar alunan lagu itu. Suara, gaya dan pakaiannya menjadi ikutan pemuda-pemuda kampung. Kacamata hitam berbingkai besarnya menjadi pelengkap kepada semua pemuda ketika itu. Asalkan ada majlis besar dikampung, hampir kesemua mereka mengenakan cerminmata jenis itu. Walaupun dimalam hari.

Zi dan Marzuki telah lama melabuhkan punggungnya keatas lantai beralaskan tikar mengkuang lusuh. Aku masih mengelamun dengan lagu Ingat Pada Ku tadi. Yong Muzi dan Ayah Cu muncul dari pintu dapor. Cit At menghulurkan pada ku bateri Cap Kambing yang baru diganti tadi. Lima bateri kesemuanya.

         “Haa... Mee. Kita buleh buat tagang tuju kotak nanti.” Hamidi bersuara, aku tidak tahu bila Hamidi sampai.

         “Ha..Pak Jebeh....kita pasang lagu ole-ole temasik “Yong Muzi mencadangkan kepada kami.
         “Lagu tu pong syook jugak”aku menjawab.

OLE-OLE TEMASIK

Betapa manis, gadis disini
Berbaju kurung berkain songket
Membikin haaaati ku menjadi bingung

Ole-ole temasik.....ole-ole temasik

Pan....da....ngan..... can........tik
Mesra seja.....ti.....
Mungkin...asyik....
Nunja....uh disana.....

Ole-ole temasik-ole-ole temasik 

“Oiiiii....dalam kolam renang pun mengalamun?” Abang Zali menyergah aku. Terperanjat aku. Aku tersenyum dan berenag ketepian kolam. Aku mengambil air sembahyang dari paip yang berdekatan. Sebentar tadi azan insyak telah berkumandang. Aku tersenyum sendirian dan berlalu pergi. Sampai dibilik semua kawan-kawan telah sedia untuk kejamuan makan malam. Lagu ole-ole temasik masih terngiang-ngiang di cuping telinga. Tiba-tiba saja hati menjadi sayu dan kampung halam terbayang diruang mata.

Walau pun aku masih berkerja dengan Malaysia Airport (Sepang) Sdn. Bhd. Tapi aku mempunyai masa yang banyak terluang. Bekerja shiff di KLIA bagaikan tiada henti pergerakan manusia. Malam dan siangnya sama saja sebuknya. Masa yang terluang inilah aku gunakan untuk melibatkan diri dengan perniagaan. Syarikat pembekalan makanan kepada Angkatan Tentera Malaysia ini bukanlah milik aku. Tapi ianya adalah milik kawan aku dan aku menjadi proksinya.

Aku sering diarahkan untuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat penting dan meraikan pegawai-pegawai tentera yang sering aku berurusan. Dengan ini banyak kerja-kerja menjadi mudah disebabkan hubungan baik itu.

Hari sudah larut benar, kira-kira jam 2.00 pagi. Angin laut dari arah Pulau Gaya dan Pulau Manukan menerjah masuk melewati tingkat bilik hotel yang tidak bertutup. Dinginnya menembusi urat saraf ku hingga ketulang hitam. Aku merebahkan badan ku ke tilam ampuk bersebelahan dengan Baharum. Aku berkongsi bilik dengan Baharum sementara Megat dengan Wan. Semua mereka ini adalah senasib dengan aku. Menjadi proksi kepada kawan aku. Dalam samar-samar dinihari itu aku nampak perut Baharum naik dan turun. Dengkurannya boleh didengar hingga ke Pulau Gaya. Pemandangan menjadi hitam..... dan aku tidak tahu jam berapa aku melelapkan mata.  “Aduh Kota Kinabalu, kau memenjarakan aku dalam dakapan malam mu yang dingin amat..yaaa.......ampun..........”

Jam 5.00 pagi aku tersedar dari lena ku yang pendek. Azan berkumandang sayup-sayup dibawa angin dingin pagi dari Pulau Gaya. Aku bangun dalam kepayahan pagi, pergi mendapatkan tuala di penjuru bilik dan berlalu kebilik air. Mandi dan berwuduk. Aku mengambil sejadah dari atas meja yang ku campakan semalam. Sejadah berbunga hijau itu aku bentangkan disisi katil mengadap khiblat. Aku mengangkat takbir......sayunya menyusub kalbu. Aku bersyukur dengan segala yang Allah berikan pada ku dan aku redhe dengan segala ujiannya.