Friday, 3 February 2012

Belajar dalam Terpaksa

Jam hampir 1619 minit petang....sebentar lagi Asar akan menjengah. Aki masih bersama Noor Qhadrunnadia....cuti semestanya dua minggu. Aki mengambil peluang ini "melanyak" otak Aki yang dah mula kurang pick-upnya, tp atas desakan keperluan ICT, Aki gagahi jua menyusuri laluan berliku dan memenatkan belajar dari Nadia yang lebih senonim dengan panggilan Kakak.

Dari empat orang anak Perempuan Aki......Kakak lebih berdikari. Kini menuntut di USM Kubang Kerian Kelantan. Adeknya Noor Qhadrun Idayu menuntut di Sek Men Keb Banting, di rumah Aki panggil Kak Yang......adek pada Kak Yang, Aki panggi Kak Uda atau Adek. Nama penuhnya adalah Noor Qhadrun Ika Irdina dan yang bongsu namanya Noor Qhadrun Najwa.....di panggil Najwa atau adek juga.....

Sejak Aki balek jumaat tadi hujan gerimis dan kadang-kadang lebat. Hari ni nak sambung Novel Aki yang tertangguh tu.....lama sungguh tak menulis....asyik dengan FB saja. Tp FB pula menjadi medan pertempuran POLITIK. Di sebabkan bosan dengan politik yang fitnah bermaharajalela menyebabkan Aki minta Kakak buatkan BLOG untuk Aki. Syukur kini dah selesai. Tp blog ini tidaklah menarik, cuma ianya akan menjadi tempat Aki mencurah rasa minda yang terbuku dengan seribu kenangan dan perjalan baru yang Aki tempuhi. Moga ianya berguna kepada mereka yang dahagakan kelainan dalam penulisan. Budak-budak kat "opis" kata, Aki ni muzium hidup. Entahlah.....saudara-saudara jengahlah BLOG "tangisan melayu" ini dan carilah dari anda di dalamnya, Melayukah lagi kita ini.