Wednesday, 21 May 2014

Ubat Batuk Cap Ibu Dan Anak Sesuai Untuk Pemimpin UMNO






"Kisah seorang anak yang duka nestapa kerana ibunya batuk. KOHOK KOHOK. Kasihan sungguh dia pergi dapatkan obattt KOHOK KOHOK"
OLAK LEMPIT - Rabu, 21 Rejab 1435, semalam anak-anak bawa pergi makan Nasi Royal di Ampang. Sejarah nasi Royal ini bermula di Alor Setar dekat dengan Panggung Royal. Selepas Panggung Royal di robohkan ia beroperasi di tepi pagar Istana Anak Bukit. Kini ianya berkembang sehingga ke KL. Yang best lauknya adalah sotong, telur rebus yang puteh bersih, kadang bendi dan daging masak hitam.

Pagi ni bangun gatal-gatal rengkong, mungkin pasal kari Nasi Royal semalam baru terasa di pagi ini. Terus sahaja teringatkan Ubat Batok Cap ibu Dan Anak.

Sape pernah makan ubat ni : UBAT BATUK CAP IBU DAN ANAK :

Dah beberapa kali pun pernah  makan ubat ni sebelum ni. Apabila batoknya mejadi-jadi dan hari ni terasa nak tengok ramuannya yang selalu di tuliskan pada lebel di botolnya baru perasan TAKDE TANDA/COP HALAL JAKIM.
Apekehe..??

Gugel sane, gugel sini, tak de jawapan.

Erkkk…


Any idea? Sape yg tahu Ubat Batuk Cap Ibu Dan Anak Ni, Halal Ke tak?


Hahahaha… HALAL Ke TAK HALAL??
Tapi lirik lagunya memang halal.  Lirik lagu yang digunakan dalam iklan wayang kulit ubat Batuk Cap Ibu dan Anak menggambarkan bagaimana seorang anak yang sayangkan ibunya sanggup keluar di waktu malam yang gelap untuk mencari ubat batuk buat ibunya. Let's sing it! "Kisah seorang anak yang duka nestapa kerana ibunya batuk. KOHOK KOHOK. Kasihan sungguh dia pergi dapatkan obattt KOHOK KOHOK"

Lyana juga mencari penawar untuk Ibunya selepas tidak memegang apa-apa jawatan dalam UMNO. Untuk meneruskan perjuangan "POLITIK" menurut hati, Yammy merelakan anaknya menjadi "KULI" Imagran Cina di Bumi sendiri. Maka gegakgumpitalah seantero dunia Lyana mencari "UBAT BATOK" untuk Ibunya. 





LYANA MENCARI UBAT BATOK UNTUK IBUNYA ATAU UNTUK ORAG MELAYU?
Disaat Yammy Samat sedang bermain dan menumpang Populariti anaknya Dyana, ramai juga Ahli-ahli UMNO yang menjeling-jeling kerana amat benci dengan Orang Dua Beranak ni. Ayahanda Tun M juga tidak terkecuali "Menjengkel' marahkan Dyana dan Ibunya, Selalunya jika UMNO nampak mana-mana  Ahlinya yang menolong atau berkempen untuk PEMBANGKANG.....kompom ianya akan di pecat atau di hadapkan kepada Badan Disiplin dan akhirnya terlucutlah keahliannya.

Tapi kes Yammy ni, dia akan terus menyokong UMNO kecuali di pecat. Apa kesalahan yang dia lakukan sampai dia akan di pecat? Yammy sebenarnya telah menyampah dengan UMNO dan dalam masa yang sama dia tahu kerana sering dengan calon DAP di Teluk Intan adalah satu kesalahan, berkempen atau menemani Calon DAP Teluk Intan ke merata tempat telah melanggar disiplin UMNO dan ia menggunakan alasan Calon DAP ini adalah anaknya. Inilah peluang dia ada untuk UMNO bertindak ke atasnya.

Terkesan dengan kata-kata Tun M, Yammy terus memulangkan "Paku Buah Keras":
"Saya cuba didik anak saya jadi Mukhriz‎, tetapi apabila dia sudah besar dia jadi Marina".




Mula2 Mahathir menyatakan kekesalan terhadap Dyana. Katanya orang2 UMNO jangan didik anak jadi macam Dyana. Dyana yang dibesarkan dalam keluarga UMNO sepatutnya dari kecil diajar untuk memahami perjuangan UMNO.


Kata2 Mahathir yang dipetik dari BERNAMA ;

"It's not a bother if the candidate comes from a pro-opposition family as from small, she would have been taught to hate Umno. "As parents, Umno members should tell their children about Umno, its history and what it has done (for country and people). "Otherwise when they grow up, they will do as they please," he was quoted as saying by Bernama.
Dan kemudiannnya kenyataan itu dibidas oleh Ibu Dyana, Yammy dengan pukulan yang terkesan untuk membuatkan Mahathir terasa pedasnya



Kekesalan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana Dyana Sofya Mohd Daud menjadi calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan dijawab sendiri oleh ibunya, Yammy Samad.

Yammy berkata beliau sehabis daya mahu Dyana mengikut jejak langkah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tetapi apakan daya perawakan anaknya itu lebih mirip kepada Datin Paduka Marina Mahathir.

"Saya cuba didik anak saya jadi Mukhriz‎, tetapi apabila dia sudah besar dia jadi Marina.

"Saya beri kebebasan kepada anak saya untuk memilih mana baik dan mana buruk. Dia sudah dewasa dan sudah boleh memikirkannya,” katanya kepada The Malaysian Insider semasa sesi bertemu pengundi hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan Dr Mahathir meluahkan kekecewaannya apabila calon yang diletakkan DAP itu datang daripada keluarga yang menyokong perjuangan Umno sejak sekian lama.

"Kalau datang daripada keluarga pembangkang tidak jadi apa. Kerana sejak kecil diajar membenci Umno.

“Kalau anak orang Umno depa tidak cakap pada anak depa pasal apa Umno ni ada sejarah Umno semua, jadi bila dia besar dia bebaslah hendak buat apa sahaja," kata Dr Mahathir.

Yammy berkata Dyana berhak menentukan masa depannya sendiri, hatta untuk memilih suami yang bukan daripada kalangan Melayu.

Katanya, tiada gunanya memaksa apa yang perlu dibuat oleh anaknya jika semua yang diusahakan anaknya itu nanti akan bertemu kegagalan.

"Saya bebaskan dia memilih. Kalau dia hendak pilih suami pun saya bebaskan, inikan pula memilih parti.

“Dia hendak kahwin, terpulang pada dia. Dia hendak kahwin dengan Melayu, Cina dan India jika bersesuaian. Kalau saya paksa berakhir dengan kegagalan buat apa?” katanya.

Beliau berkata tiada apa yang perlu ditakutkan anaknya menyertai DAP kerana parti itu bukan terdiri daripada orang Cina sahaja.

Katanya, Dyana dilahirkan sebagai orang Islam dan akan terus ke akhirnya berada dalam akidah agama.

"Kenapa pula jauh daripada Islam? Anak saya dilahirkan Islam. Dia akan selama-lamamanya Islam.

"Pasal apa hendak lari (akidah)? Dalam DAP bukan semuanya Cina. Macam-macam agama ada,” katanya.

Ketika ditanya adakah anaknya itu nanti akan memperjuangkan Melayu menerusi DAP, Yammy berkata: "Insyaallah.

Mengulas mengenai sokongan orang Melayu terhadap Dyana, Yammy berkata penduduk di kawasan itu lebih gemar menyatakan sokongan secara diam seperti menerusi SMS atau pun e-mel.

"‎Sokongan dalam diam mereka melalui e-mel, hantar SMS beribu. Saya takut telefon saya meletup,” katanya. -

1) Yammy Samat masih lagi ahli UMNO Caw Kg Ters Tawas Tambahan Bhg Ipoh Barat (dah tak aktif).
2) Pernah menjadi SU Bhg Ipoh (nama Bhg ketika itu) dan bekerja dgn UMNO Perak dlm tahun 70an - 80an.
3) Yammy pemimpin yg sgt2 dikenali (popular) dikalangan Pemimpin2 Negeri dan Pusat ketika itu.
4) Pernah bertanding Ketua Wanita Bhg pd tahun 2008 tapi kalah dgn Datok Abashah.
5) Keluar UMNO ketika UMNO diharamkan pd tahun 1987 dan menubuh S46 bersama Ku Li.
6) Pernah menjadi SU Wanita S46 Malaysia.
7) Kembali menjadi ahli UMNO Caw skrg setelah S46 dibubarkan pd 1996
8) Caw ini diketui oleh abangnya sendiri Mohd Idris Samat sehingga sekarang.
9) Mohd Idris Samat ini pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Bhg Ipoh pd tahun 1980an.
10) Skrg ini tidak memegang apa-apa jawatan sejak 2008 krn Caw ini tidak mengacalonkan beliau bertanding KW Bhg.
11) Dyana Sofya tidak pernah memohon utk menjadi ahli UMNO dimana2 Caw. dlm Ipoh Barat.




AMUKANMELAYU -  Semakin jelas disini, orang Islamelayu sama ada dari PAS atau UMNO, mereka ini jelas yang sebenarnya mereka tidak tahu apa yang di PERJUANGAKAN. Ketika Cina sedang menuju ke arah 1 Cina, Islamelayu pula sedang TERSASAR dari matlamat perjuangan PEGISIAN KEMERDEKAAN. Yammy Samat cuba jadikan Dyana Ibarat Mukhris tapi malangnya ia menjadi LIM KIT SIANG.