,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 28 May 2012

Syurga adalah kurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melaksanakan tuntutan ubudiyah bukan kepada mana-mana pengundi.....



Sudah ramai sangat yang sedar dan insaf kini bahawa PAS menyelewengkan pengikutnya. Yang paling orang tidak tahan dan orang tidak faham ialah RASUAH yang pemimpin PAS lakukan sepanjang masa dan lebih ketara lagi pada musim pilihanraya kian menjelma.

Seruan kepada ahli PAS keluarlah beramai-ramai, dan jika tidak mahu menyertai UMNO, join sahaja JATI. Tidak mahu JATI tubuhkan parti baru asalkan ada tempat ahli-ahli yang telah sedar tersebut untuk membawa diri.

Bukan sahaja di kalangan pemimpin UMNO, ahli biasa, rakyat biasa malah hinggakan orang bijak pandai agama dari luar negara juga apabila diminta pendapat mereka tanpa segan silu mengatakan PAS adalah menyeleweng.  Menyeleweng, lama kelamaan akan ditimpa musibah. 

Datuk Seri Ahmad Said sanggup hendak menjelajah  ke seluruh negara untuk menerangkan tentang penyelewengan PAS tersebut. Dia kata PAS parti ajaran sesat. Bila lagi PAS nak menyaman beliau agaknya.

Undi parti masuk syurga fatwa sesat


KUALA LUMPUR 27 Mei - Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi (gambar) menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Menurut Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, ia tidak sepatutnya keluar daripada mulut orang yang berakal, lebih-lebih lagi dari seorang muslim yang peka dirinya diawasi Allah dalam setiap percakapan serta perbuatan.

Jelas beliau, syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melaksanakan tuntutan ubudiyah bukan kepada mana-mana pengundi manakala neraka pula adalah azab Allah ke atas mereka yang sesat, kufur atau syirik.

Rasuah yang dihulurkan oleh PAS bukannya calang-calang, ia tidak dapat dinilai oleh wang ringgit. Dalam setiap pilihanraya tanpa rasa takut berdosa PAS merasuah pengundi dengan mengatakan undi PAS masuk Syurga. Sebersih manapun seseorang itu jika dia percaya dengan ungkapan tersebut maka sudah tentulah rasuah PAS tadi akan mereka ambil dan undi akan diberikan kepada calon PAS.

Jika wang ringgit menjadi ukuran orang sanggup membayar apa sahaja sekiranya dengan mudah dapat masuk ke Syurga. Diulangi lagi, masuk ke Syurga ialah atas ihsan dan rahmat Allah swt. Bukan sebab dengan mengundi PAS sipolan-sipolan akan masuk ke Syurga.

Kenapa pemimpin PAS begitu berani melakukan penyelewengan ini. Ayuh ahli PAS yang telah insaf, jangan bersyubahat lagi. TINGGALKAN PAS hari ini juga..


hadi-latest

Pas Tidak Boleh Janji Syurga – Hadi

ALOR SETAR 1 Jun – Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengakui bahawa Pas tidak boleh menjanjikan syurga kepada mereka yang mengundi parti itu dalam pilihan raya.
Kenyataan Presiden Pas itu sekali gus bercanggah dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mempertahankan pendirian untuk meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan soal syurga apabila seseorang itu melahirkan sokongan kepada parti itu semasa pilihan raya.
Menurut Abdul Hadi, Pas tidak boleh berbuat demikian kerana syurga hanya hak Allah SWT.
“Pas memang tak boleh janji syurga, yang berhak jamin syurga hanya Allah. Nabi pun tak berhak janji orang masuk syurga, cuma Tuhan bagi tahu Nabi, jadi kita boleh tahu siapa yang beriman dan beramal soleh dan ikut Islam maka akan masuk syurga, itu saja. Kita tak boleh senarai, itu bukan hak kita,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan Amanat Khas Presiden Pas sempena Himpunan Hijau ke Putrajaya di Kota Sarang Semut, dekat sini hari ini.
Dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia pada 26 Mei lalu, Ahli Majlis Fatwa Masjidilharam, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.
Abdul Hadi juga turut dilihat bercanggah pendapat dengan Nik Abdul Aziz dalam isu bukan Melayu menjadi Perdana Menteri.
Ini jelas apabila pada sidang akhbar itu beliau menyatakan parti tersebut tetap mahukan orang Melayu beragama Islam menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Sebelum ini Nik Abdul Aziz menegaskan, tidak kisah siapa yang menjadi Perdana Menteri asalkan individu tersebut beragama Islam. Menurut Nik Abdul Aziz, Islam tidak menetapkan kaum tertentu untuk menjadi pemimpin kepada sesebuah negara.
Bagaimanapun Abdul Hadi pula menegaskan, pemimpin yang bakal dilantik menyandang jawatan itu mesti individu daripada kalangan yang mempunyai pengaruh paling besar dan hakikatnya orang Melayu beragama Islam merupakan kaum majoriti di negara ini.
“Kita berasaskan kepada resolusi pakatan pembangkang, mengikut Perlembagaan, Islam sebagai agama Persekutuan, hak bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan raja berperlembagaan.
“Ini yang kita dahulukan, kita tak mahu lebih daripada itu. Kita bergerak atas tapak itu, tak mahu gopoh,” katanya.
Kenyataan beliau juga turut bercanggah dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.
Abdul Hadi seterusnya berkata, mengikut prinsip asas kepada amalan demokrasi ialah pemimpin bukan Islam tidak sesuai untuk memegang jawatan Perdana Menteri di negara ini yang majoriti penduduknya adalah Melayu beragama Islam.

Artikel disiar pada June 2, 2012 - 5:37 am oleh editor


amukanmelayu - parapemimpin PAS (bukan Farasit) dah mula kembali ke landasan asal......