,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 16 January 2013

KALIMAH ALLAH - MAJLIS SYURA GAGAL DI ANUWARISKAN

Kalimah Allah Hak Orang Islam – Mufti

 DYMM Yang Di Pertuan Agung - Ketua Ugama Islam Malaysia

Dua orang Mufti negeri pada Selasa menjelaskan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam sudah lama diputuskan dan patut dihormati.
Mufti kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, berkata Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah pun memutuskan untuk tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain selain Islam pada tahun 2008.
Beliau berkata, perlu difahami bahawa undang-undang adalah berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat lain berdasarkan ‘uruf’ (apa yang disenangi/kebiasaan) dan realiti setempat.
Katanya, prinsip ‘siyasah syar’iyyah’ (kaedah melaksanakan) sendiri menjadikan ‘uruf’ dan realiti setempat digunapakai dalam menentukan hukum syarak dan realiti di Malaysia, sekian lamanya penggunaan kalimah Allah digunakan oleh masyarakat Islam.
Justeru adalah tidak wajar realiti semasa penggunaan kalimah Allah di negara lain menjadi ukuran dan pemakaian di Malaysia, katanya.
Mohd Yusof berkata, sewajarnya dalam isu melibatkan agama Islam, rujukan dan pandangan hendaklah dikemukakan kepada institusi yang menguruskan hal ehwal Islam di negara ini dan semua pihak hendaklah mengenepikan kepentingan politik demi mempertahan kesucian agama.
Adalah membimbangkan apabila ada pihak yang mempersoal pandangan dan keputusan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama serta Jawatankuasa Fatwa sebagai institusi yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal Islam, katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam Dalam Kalangan Orang Islam (Negeri Sembilan) 1991, jelas menunjukkan bahawa kalimah Allah dilarang penggunaannya untuk agama bukan Islam.
Pertimbangan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam melarang penggunaan lafaz Allah oleh agama bukan Islam adalag merupakan isu akidah dan maruah ummah yang wajib dipertahan oleh semua umat Islam.
“Walaupun ada pihak yang tidak sependirian dan seakan-akan cuba menyukarkan kesepakatan umat Islam, namun majoriti ummah akan terus mempertahan dan memartabat penggunaan kalimah Allah sebagai hak eksklusif umat Islam,” katanya.
Di sebalik polemik ini, menjadi pengajaran kepada umat Islam bahawa kelalaian dalam mempertahan kesucian agama dengan melaksanakan tuntutan dan pegangan agama akan membuka ruang kepada pihak lain mengambil kesempatan.
Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman, pula berkata, orang bukan Islam di Pahang dilarang menyalahgunakan kalimah Allah dan 34 perkataan lain yang dikaitkan dengan agama Islam seperti yang tertakluk dalam jadual Pentadbiran Agama Islam 1989 Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.
Larangan ialah dari segi penggunaan kenyataan, penyebaran percakapan, apa-apa bentuk penerbitan sama ada media elektronik atau media cetak yang boleh mengelirukan dan merosakkan akidah umat Islam.
“Perkataan-perkataan yang terkandung di bawah Enakmen nombor 5 Pentabiran Agama Islam 1989 itu menyebut jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata, isu penggunaan kalimah Allah perlu diselesaikan menerusi penguatkuasaan undang-undang agar perkara yang diputuskan tidak dipertikai oleh pihak-pihak tertentu.
“Ini untuk membendung perpecahan umah dan membendung kekeliruan masyarakat,” katanya.
Apa yang perlu, kata Abdul Rahman, peranan penguatkuasa agama perlu lebih proaktif memandangkanselama ini penguatkuasan tidak diambil, yang mungkin menyebabkan orang ramai tidak tahu dan semakin ramai individu yang mengeluarkan fatwa sendiri.
Isu kalimah Allah ini dibangkitkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menggesa kerajaan membenarkan Bible bahasa Melayu mengunakan kalimah Allah, dan beberapa portal kemudian melaporkan pada 8 Januari bahawa majlis pimpinan pakatan pembangkang memutuskan kalimah Allah boleh digunakan penganut semua agama dengan syarat tidak disalahgunakan.
Mesyuarat majlis itu turut dihadiri penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR)Datuk Seri Anwar Ibrahim, penasihat DAP Lim Kit Siang dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
PAS melalui mesyuarat Majlis Syura Ulamanya pada Ahad bagaimanapun menukar keputusan bahawa kalimah Allah adalah khusus untuk agama Islam.
- BERNAMA

Kalimah ALLAH: Pendirian Majlis Syura selari Nik Aziz-Hadi
RUZY ADILA IDRIS
14 Januari 2013
Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh
Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh
 
SHAH ALAM – Majlis Syura Pas menegaskan pendirian yang dibuat pihaknya malam tadi berhubung kalimah ALLAH selari dan selaras dengan kenyataan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Sehubungan itu menurut Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh, ketetapan begitu diambil kerana kebenaran mengenai ALLAH mesti ditegakkan.

“Majlis Ulama Pas berharap isu kalimah ALLAH ini ditangani dengan baik oleh kerajaan kerana urusan penterjemahkan buku-buku dan kitab Injil ini adalah urusan Kementerian Dalam Negeri.

“Seharusnya Kementerian Dalam Negeri mengambil penegasan dalam perkara ini dan jangan sesekali menuding jari kepada orang lain kerana perkara ini berada dalam bidang kuasa kementerian berkenaan,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Lewat malam tadi, Majlis Syura memutuskan bahawa sesiapapun boleh menggunakan kalimah ALLAH, namun ia tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia.

Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah ALLAH, kata kenyataan dikeluarkan Majlis Syura.

"Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan ALLAH tidak dibolehkan kerana ia salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.

"Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah," kata Nik Aziz dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din dalam satu kenyataan rasmi Majlis Syura.

Ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan pada 8 Januari lalu yang bersetuju orang bukan Islam termasuk pemimpin mereka dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH walaupun perkataan itu merupakan hak eksklusif bagi orang Islam, Nik Zawawi menafikan perkara itu.

“Kita tak pernah kata macam itu. Kalimah ALLAH ini kalau orang bukan Islam nak guna dalam urusan harian seperti kalau dia bertemu dengan orang Islam, dia nak bagi salam kepada kita dan sebagainya, Majlis Ulama tidak buat satu ketetapan.

“Perkara ini juga berlaku di zaman jahiliah dan pada zaman Rasulullah SAW, di mana orang bukan Islam dalam percakapan mereka, mereka menggunakan perkataan ALLAH. Pada masa sekarang, misalnya orang bukan Islam datang dalam ceramah Pas, orang Pas sebut
takbir 'Allahuakbar'... itu tidak mengapa.

“Secara mudahnya, boleh sebut, yang tidak boleh ialah menterjemahkan kitab mereka kepada bahasa dengan kalimah ALLAH,” katanya.

Ketika ditanya bagaimana penerimaan Setiauasaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengenai penetapan itu, Nik Zawawi mendakwa, Ketua Menteri Pulau Pinang itu menerimanya dengan baik.

Katanya, penjelasan itu telah dibuat sendiri oleh Hadi Pas dalam mesyuarat Pakatan Rakyat, minggu lepas.

“Benda ini telah dibuat. Alhamdulillah, Guan Eng mendengar dengan baik dan hanya mendiamkan diri. Apabila dia minta begitu (penggunaan kalimah ALLAH untuk Bible versi bahasa Melayu), kita sebut di sudut pendirian Pas.

“Majlis Ulama tidak membenarkan orang bukan Islam mahu terjemah kalimah ALLAH kepada kitab orang Kristian iaitu Bible,” katanya lagi.
Nik Zawawi menambah, selepas penjelasan itu dibuat kepada Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Hadi telah mengeluarkan satu kenyataan yang sama sekali tidak bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura.

“Cuma orang silap faham. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Bila kita dah buat ketetapan ini, kita minta kepada semua Islam untuk terima ketetapan ini.

“Ketetapan ini adalah terbaik untuk agama Islam dan semua agama lain yang ada di Malaysia. Kita juga meraikan hak-hak mereka (orang bukan Islam) tidak ada masalah, cuma mereka tidak boleh cemar kalimah ALLAH kerana kalimah ini adalah dikhususkan oleh orang Islam sahaja,” jelasnya lagi.
Mengulas lanjut mengenai keputusan mesyuarat malam tadi, Nik Zawawi berkata, ALLAH mengikut kebenarannya menunjukkan Dia adalah Tuhan yang Maha Esa yang Maha Satu yang tidak beranak dan tidak diperanakkan ataupun mempunyai isteri.

Surah Al-Ikhlaas - سورة الإخلاص
Bismillah Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001 Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
A002 "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
A003 "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
A004 "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".


“Apabila perkataan ALLAH hendak digunakan oleh masyarakat Kristian, maknanya lari, kerana orang Kristian mengatakan ALLAH ini ada anak dan sebagaimana disebut dalam al-Quran yang mengatakan ALLAH ini ada tiga. Ada anak ada isteri. Kita tegaskan di sini, itu bukan ALLAH SWT.
“Jadi masyarakat Kristian, mereka hanya dibenarkan menggunakan perkataan God atau Lord. Itu ikut pandai dialah. Kita tidak terima perkara ini,” jelasnya.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akhirnya akur dengan pendirian terbaharu Mesyuarat Majlis Syura UIama parti itu kelmarin dan beliau senada dengan kenyataan bertulis Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ditanda tangani bersama timbalannya, Datuk Dr. Haron Din.

Bagaimanapun Abdul Hadi gagal dihubungi sebaliknya memberikan respons itu menerusi pembantu Khasnya, Zaihan Daud ketika dihubungi di sini hari ini sambil mengesahkan Presiden Pas itu ketika ini kurang sihat.
Zaihan yang enggan mengulas lanjut mengenainya berkata, isu berkenaan disifatkan telah selesai dan menegaskan pendirian Abdul Hadi adalah sama dengan kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa kalimah Allah hanya khusus untuk agama Islam.
Dalam pada itu, Setiausaha Politik kepada Abdul Hadi, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pula berkata, pendirian Presiden Pas mengenai kalimah Allah telah diperjelaskan dalam kenyataan bertulis Abdul Hadi semalam iaitu sehari selepas kenyataan Majlis Syura Ulama. – Bernama.
Dan apabila isu terbaru ini timbul, kita tentu hairan dengan sikap-sikap mereka yang tidak mahu mengambil kesempatan ini berdepan dengan media dan menerangkan segala perkara yang timbul. Hadi Awang tidak sihat tetapi yang lain?
Tidak perlu slot TV3 atau pun RTM.


GP PAS - Mat Sabu Terbabas Di Selekoh Majlis Syura

U TURN - Tok Guru, TGHH dan Mat Sabu di selekoh Terakhir............

(Bernama) - Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, menukar pendirian bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS iaitu Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata pendiriannya mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti diminta Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, adalah sama dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS.
“Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura (Ulama PAS),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Markas Pilihan raya Muslimat PAS Kota Baharu di sini, malam tadi.
Beliau mengulas keputusan mesyuarat Majlis Syura PAS Ahad lepas, yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menegaskan tindakan menterjemah perkataan ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna.
Masyarakat Islam terutama mufti dan cendekiawan Islam, menentang pendirian asal Nik Aziz yang juga Mursyisul Am PAS dan juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mat Sabu yang menyokong orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah itu

amukanmelayu - cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar......