| KESIAN - Baginda Sultan Pasir Dua Butir bersemayam di bawah pokok | 
OLAK LEMPIT - SABTU 24 shawal 1434 = 31hb. Ogos 2013. Hari ini merupakan hari yang penuh bersejarah dalam Negara Pasir Dua Butir di bawah Jajahan Takluk Negeri Pasir Berdengung kerana hari ini merupakan kali ke 6 Negeri Pasir Dua Butir menyambut MERDEKA walau pun masih di bawah Jajahan Takluk Negeri Pasir Berdengung.
Dengan 89 Daerah yang di Ketuai dengan 2 Menteri Besar dan 1 Ketua Menteri, Negeri Pasir Dua Butir berkembang pesat dengan Dagang dan Sentri yang datang berniaga di Negeri ini. Raayat semakin makmur dan maju dengan pemerintahan yang cekap dan teratur dengan rumah-rumah urut, rumah persundalan, CD haram, bengkel haram, melombong pasir, pusat kira okey, judi haram dll lagi pelaburan yang mencurah-curah datangnya.
Walau pun pada asalnya Negeri ini telah rosak teruk di kerjakan oleh Perdana Menteri Maha Firaun
seperti yang di akuinya sendiri dalam blognya: "Ya, saya setuju bahawa saya seorang Perdana Meneri yang boros dan menghabiskan duit kerajaan dengan membina Lebuh Raya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinang, West Port, KLIA, Putrajaya, Cyberjaya dan beberapa projek lain." Sehinggalah raayatnya menderita kemiskinan dan tiada pekerjaan dan lebih malang lagi sehingga Sultannya bersemayam di bawah pokok, tapi raayatnya yang bersatu padu dapat bangun dan menentang Perdana Menteri Maha Firaun dan membebaskan Negeri Pasir Dua Butir ini.
|  | 
| Sang Saka Merah Putih | 
Bendera yang berdurasikan 3 warna, merah, puteh dan 12 bintang kuning berbucu lima membawa maksud yang tersirat di hati raayatnya.
1. MERAH - Tandanya berani dan darah menjadi simbolnya menentang Kerana Maha Firaun. Ia juga melambangkan Perhimpunan-perhimpunan "HARAM" yang akan di lakukan berterusan.
2. PUTEH - Tandanya "BERSIH" dan suci, sesuci embun pagi. Bersih juga melambangkan satu kumpulan manusia yang tidak akan mematuhi undang-undang yang di persetujui mereka sendiri.
3. 12 BINTANG KUNING BERBUCU LIMA - Menandakan simbol Fahaman 'Komunis" yang menjadi ikutan kepada raayat Pasir Dua Butir.
Sebagai Perdana Menteri kepada Negeri Pasir Dua Butir sudah semestinyalah perlu sentiasa bersama raayat. Maka ke hulu dan ke hilirlah raayat Pasir Dua Butir yang tak jemu-jemu menyokong dan memujanya. Kebijaksanaan Perdana Menterinya sukar untuk di tandingi. Di ceritakan orang, Perdana Menteri Pasir Dua Butir ni suka sangat menonton Film Hindustan. Film Sanggam adalah kegemaranya. Dengan itu tidak hairanlah jika dia MENYAMPAIKAN PERUTUSAN MERDEKA INI. Kerana bagaikan kata kawan baiknya Yusuf Kala dari Tanah Abang......PERDANA MENTERI ni suka.................
Imaginasi Anwar Melampau- Yusuf Kala
"Malangnya, Anwar ego, imaginasinya 
sangat melampau-lampau, beliau tetap mahu jadi Perdana Menteri. Saya 
memberitahunya, kamu sudah gila? Mana mungkin menjadi Perdana Menteri 
sedangkan hanya menang 89 kerusi Parlimen walhal Najib (Datuk Seri Najib
 Tun Razak) menang 133."
Jusuf Kalla
Bekas Naib Presiden Indonesia
Anwar: ‘Saya sudah tonton Tanda Putera’
| PERDANA MENTERI BERINGIN RENDANG | 
"Saya tonton filem suka-suka dan bukannya serius seperti Sanggam (filem Hindi tahun 1964),” katanya ketika menyampaikan perutusan Hari Merdeka kali ke-56, di sini, hari ini.
INI TEKS PERUTUSAN ANWAR
Perutusan oleh Anwar Ibrahim Perdana Menteri Pasir Dua Butir Di Bawah Jajahan Takluk Pasir Berdengung sempena sambutan ulangtahun Kemerdekaan ke-56 pada 31 Ogos 2013
Sekali lagi menjelang 
31 Ogos, kita akan meraikan Hari Merdeka, hari yang cukup gemilang dan 
bermakna untuk seluruh rakyat Malaysia. Kini adalah masanya untuk kita 
menghimbau kembali pencapaian dan kegagalan kita dan memandang ke depan 
untuk hari-hari dan bulan-bulan yang mendatang. Kini adalah masanya 
untuk bermuhasabah dan bertanya apakah sebenarnya erti Merdeka dan apa 
yang boleh kita pelajari dari masa silam dan harapan di masa depan.
‘Merdeka’ memiliki 
makna yang lebih dalam berbanding perkataan ‘Kebebasan’. Ia bukan 
sekadar persoalan dibebaskan dari cengkaman penjajahan atau penindasan 
asing jika ianya kemudian digantikan dengan penindas di tanah air 
sendiri yang barangkali lebih rakus dan tamak. Merdeka bermaksud bebas 
dari sebarang bentuk kezaliman dan penindasan dalam apa jua bentuk dan 
negara dipacu ke arah baru menuju keadilan, kebebasan, demokrasi dan 
kemuliaan insan.
Di atas cabaran ini, 
ramai yang bersetuju bahawa kita masih jauh untuk mencapainya. Setelah 
lebih dari setengah abad, kita masih lagi bertanya samada 
prinsip-prinsip asas di dalam Perlembagaan Persekutuan masih dijunjung 
dan samada kebebasan dan hak-hak yang termaktub di dalamnya masih utuh 
dan dihormati. Justeru, apa kebaikan Merdeka seandainya asas 
perlembagaan dicabuli dengan sewenang-wenangnya?
Tatkala kita 
seharusnya meraikan perpaduan sebagai sebuah negara pelbagai kaum dan 
pelbagai agama yang telah menjangkau 56 tahun usia kemerdekaan, kita 
sebaliknya kini melihat polarisasi masyarakat yang dahsyat dan 
perpecahan dalam hal-hal berkaitan agama. Tanggungjawab dan peranan 
pemimpin politik sewajarnya menjernihkan keadaan ini namun apa yang 
berlaku adalah sebaliknya. Terdapat segelintir daripada mereka yang 
mengeruhkan lagi keadaan dengan mengeksploitasi hal-hal agama dan 
isu-isu sensitif untuk kepentingan mereka sendiri. Kini wujud 
perkembangan yang membimbangkan bila mana terdapat parti-parti politik 
yang mengupah kumpulan-kumpulan ‘hak istimewa’ dan media untuk 
meneruskan agenda mereka memecahbelah dan menyemai perbezaan di kalangan
 rakyat.
Kesannya, setelah 56 
tahun mencapai Merdeka, berlaku lebih banyak provokasi perkauman, 
hasutan yang menjurus kepada kebencian terhadap agama dan secara umumnya
 semakin banyak ucapan dan penulisan berbaur hasutan yang disiarkan oleh
 media cetak. Apa yang malang adalah ia bukan sekadar kelemahan 
kepimpinan dalam menjernihkan keadaan, tetapi tampak seolah-olah 
kerajaan sedang menggalakkan fenomena ini supaya menjadi lebih parah.
Sebagai contoh, ketika
 pelbagai tuntutan dan bantahan dinyatakan dari kalangan rakyat prihatin
 dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, kerajaan sebaliknya 
membenarkan juga penayangan di seluruh negara sebuah filem yang hanya 
akan menyajikan mesej berbaur perkauman walaupun nilai keseniannya masih
 boleh dipersoalkan. Di sebalik kebanggaan tentang negara, terdapat 
sensitiviti yang lebih besar yakni perkauman dan perasaan khalayak. 
Suara-suara melampau berbaur kebencian dan yang bersifat tidak toleran 
sedang menenggelamkan suara-suara kesederhanaan dan keterbukaan.
Peningkatan mendadak 
kes tembakan dan jenayah berat, rompakan dan jenayah ragut adalah hal 
yang membimbangkan. Manakala kita mendukung usaha pihak polis dalam 
memerangi dan mencegah jenayah, adalah penting juga untuk mereka 
melakukannya dengan menuruti proses yang sewajarnya. Semua pihak perlu 
bekerjasama mencari jalan penyelesaian namun demikian penggunaan 
undang-undang yang lebih berat bukanlah jawapannya. Perkara tersebut 
perlu diteliti dengan lebih menyeluruh.
Menyentuh isu 
tatakelola, ketelusan dan kebertanggungjawaban, rasuah kekal menjadi 
barah yang merisaukan kita. Merujuk kepada perkara ini, Suruhanjaya 
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti melaksanakan tugas mereka tanpa 
rasa takut dan memihak namun kita mendesak Peguam Negara supaya tidak 
menghalang pendakwaan yang melibatkan amalan rasuah di kalangan pimpinan
 atasan.
Negara kita tidak 
kebal daripada ribut ekononi yang melanda di sekeliling kita. Kita lebih
 perlu berhati-hati daripada berada di dalam keadaan tidak bersiap 
sedia. Kita boleh menerapkan tata kelola, hemah dan kebertanggungjawaban
 dalam pengurusan kewangan awam dan ekonomi kita. Kerajaan bersalah 
terhadap kecurangan ekonomi – menyatakan fakta yang separa benar dan 
memberikan statistik tidak sempurna untuk mengaburi perbelanjaan 
melampau yang tidak mampu lagi ditanggung oleh negara.
Penilaian Agensi 
Penarafan Kewangan Antarabangsa (FITCH) yang mendedahkan kemerosotan 
prospek ekonomi negara sewajarnya mempercepatkan kerajaan untuk 
bertindak lebih terbuka dalam mendepani cabaran sebenar ekonomi. 
Sebaliknya, kerajaan memperlekeh penilaian tersebut dan menyifatkannya 
sebagai kerja “penganalisa muda yang tidak mendengar pandangan 
kerajaan”. FITCH bukanlah satu-satunya firma penganalisa yang menyatakan
 kebimbangan terhadap prospek pertumbuhan ekonomi dan kesannya kepada 
kejutan luaran.
Terdahulu, Institut 
Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) telah menolak unjuran pertumbuhan 
2013 daripada 5.6% sebelumnya kepada 4.8%. Bank Negara pula baru-baru 
ini telah mengurangkan ramalan pertumbuhan 2013 daripada 5-6% sebelumnya
 kepada 4.5-5%. Ini selari dengan ramalan terkini Bank Dunia untuk tahun
 2013 iaitu daripada 5.6% sebelumnya kepada 5.1%. Selain daripada 
ancaman berganda defisit fiskal yang tinggi secara berterusan dan 
peningkatan hutang kerajaan secara langsung dan tidak langsung, lebihan 
akaun semasa kita berada pada tahap paling rendah sejak 1997. Oleh 
kerana kita terlalu bergantung pada nilai dan komoditi eksport yang 
rendah di pasaran global, kejatuhan berterusan dalam ekonomi global 
mewujudkan ketidaktentuan terhadap pertumbuhan kita.
Pengurangan defisit 
fiskal memerlukan komitmen sepenuhnya dalam membasmi rasuah daripada 
perolehan dan projek-projek kerajaan. Penjimatan 10% dalam perolehan dan
 projek-projek dengan mudah dapat diterjemahkan kepada perolehan RM20 
bilion setahun (berdasarkan perolehan dan perbelanjaan tahunan projek 
RM200 bilion di bawah kawalan kerajaan Persekutuan).
Pengurangan hutang 
kerajaan dan pemotongan defisit fiskal hanya boleh dimulakan menerusi 
perolehan hasil kerajaan yang lebih tinggi yang diraih melalui 
pertumbuhan yang lebih tinggi. Malangnya pertumbuhan Malaysia akan 
terencat di skala 4-5% untuk seketika melainkan reformasi struktur 
secara menyeluruh terhadap ekonomi dilaksanakan sebaiknya dengan segera.
Di ambang ulangtahun 
kemerdekaan yang ke-56 ini, reformasi ekonomi bukan lagi berkisar kepada
 pertandingan dasar dan retorik politik. Ianya berkait dengan 
kepentingan negara yang seharusnya menembusi politik kepartian dan 
ideologi kerana kita tidak mampu untuk mundur ke belakang sedangkan 
negara-negara jiran kita maju ke depan.
Persoalan kepimpinan 
adalah amat penting dalam memacu negara ke hadapan dengan memperkukuhkan
 asas ekonomi dan menjadikan kita lebih berdaya saing. Malah lebih 
penting lagi, pemimpin-pemimpin kita mesti dilihat serius menjaga 
kesejahteraan negara dan memacu hala tuju yang betul. Untuk memastikan 
perkembangan tidak sihat tidak berlaku di bawah kepimpinannya, seseorang
 pemimpin itu mesti menunjukkan ketegasan dan iltizam moral yang tinggi.
Meski pun kami 
membantah sekeras-kerasnya tentang kesahihan keputusan pilihanraya yang 
lepas, kami bersedia untuk mengetepikan perbezaan kami demi negara 
kesejahteraan dan masa depan. Dalam hal ini, kami percaya bahawa adalah 
penting bagi Perdana Menteri untuk segera mengadakan rundingan meja 
bulat antara kerajaan BN dan Pakatan Rakyat bagi membincangkan isu-isu 
yang dibangkitkan dan merumuskan satu penyelesaian yang menyeluruh.
Meraikan Merdeka 
semestinya dengan mengiktiraf kebaikan yang telah dilakukan dan tidak 
mengulangi kesilapan masa lalu. Iltizam untuk melakukan apa yang baik 
untuk negara perlu menjadi agenda utama kita semua.
Semangat Merdeka bukan
 sahaja toleransi atau kompromi. Ianya adalah mengenai pemahaman yang 
lebih besar, menerima perbezaan kita dan meningkatkan persamaan kita 
serta menggerakkan negara ke hadapan untuk menghadapi cabaran yang 
mendatang.
ANWAR IBRAHIM
PEJUANG YANG AMUKANMELAYU FAHAMI SEBAGAI SE ORANG ANAK MELAYU:
1 - Berjuang Untuk Ugamanya - Jika Ugamanya Di Hina Dan Di Zalimi
2 - Berjuang Untuk Bangsanya - Jika Bangsanya Miskin Dan Di Tindas
3 - Berjuang Untuk Membebas Tanah Airnya - Jika Negara Di Tawan atau Di Jajah
Pilih, mana satu yang sedang di perjuangkan oleh Pemimpin Islamelayu sekarang ini?
PEJUANG YANG AMUKANMELAYU FAHAMI SEBAGAI SE ORANG ANAK MELAYU:
1 - Berjuang Untuk Ugamanya - Jika Ugamanya Di Hina Dan Di Zalimi
2 - Berjuang Untuk Bangsanya - Jika Bangsanya Miskin Dan Di Tindas
3 - Berjuang Untuk Membebas Tanah Airnya - Jika Negara Di Tawan atau Di Jajah
Pilih, mana satu yang sedang di perjuangkan oleh Pemimpin Islamelayu sekarang ini?
AMUKANMELAYU - Memang sah Anwar membawa dirinya sebagai PM Malaysia...........dalam KERAJAAN HALIMUNANnya..... seperti jantan Melayu yang gilakan Heroin Hindustan .....
 
 
