,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 6 November 2013

TAHALUL SIYASI PAS MEMAKAN DIRI


Ketua Dewan Ulama - PAS Perlu Kaji Kerjasama Dalam PR 

 

OLAK LEMPIT, RABU 02 Muharram 1435 = 06hb November 2013. Pada Isnin, 16 September 2013, penulis telah menyentuh tentang kerjasama PAS dengan PR dengan menggunakan "TAHALUL SIYASI" di bawah tajuk TAHALUL SIYASI PAS MEMPORAKPERANDAKAN ISLAMELAYU.

Kini semua itu sudah terburai. Kegagalan Pemimpin PAS menyelami hati dan niat tersembunyi KAFIRUN DAP ini dan sebahagian dari Kepimpinan Keadilan yang terlalu LIBERAL adalah amat memalukan. Sebagai sebuah PARTI yang tertua rasanya selepas UMNO, selayaknya PAS dapat mengesan "BOM JANGKA" yang di pasang DAP ini. Tapi ini nampaknya kerana terlalu ghairah untuk ke PUTRAJAYA, akhirnya PAS tidak mampu mendekatkan DAP pada Islam sebaliknya PAS yang di RAJA LAWAKkan oleh DAP dan PKR. Kesian Islamelayu.....

Tuan Ibrahim Tuan Man akui Karpal dan DAP semakin merbahaya.

PAS membantah sekeras-kerasnya cadangan Pengerusi DAP Karpal Singh yang menyarankan parti berasaskan kaum dan agama tidak dibenarkan.

Parti Islam itu menganggap kenyataan sebegitu serius dan membahayakan.

Kesal dengan kenyataan itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan itu tidak berasas dan memperlihatkan Karpal gagal memahami perjuangan parti Islam itu.

Menurut Tuan Ibrahim lagi, kenyataan seperti tidak sepatutnya dikeluarkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat dalam suasana rakyat menolak BN dan yakin dengan kepimpinan gabungan pembangkang.

"Apakah bahaya perjuangan PAS bagi masyakarat majmuk di Malaysia?

"Nilailah sendiri pada PAS yang memerintah Kelantan lebih 23 tahun, Terengganu pada tahun 1999 dan Kedah pada 2008 dari segi perpaduan kaum dan menjaga hak Muslim dan bukan Muslim.

"Apakah ada golongan bukan Islam yang disisihkan? Karpal sepatutnya mengemukakan fakta bukan mengeluarkan kata-kata ikut sedap hati," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataanya hari ini.

Karpal semalam dilapor menyarankan supaya parti politik atau persatuan berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai agar boleh disertai rakyat tanpa batasan kaum dan agama.

Karpal berkata cara itu merupakan jawapan kepada konsep perpaduan yang menjadi amalan selama ini dan sudah tiba masa semua parti berasaskan kaum dibatalkan pendaftaran, termasuk PAS jika mahu membentuk negara yang bersatu-padu.

"Sepatutnya parti politik dan mana-mana pertubuhan profesional berasaskan kaum atau agama ini tidak boleh dibenarkan memandangkan perkara ini merupakan suatu yang serius dan bahaya," Karpal dipetik sebagai berkata dalam sidang media semalam.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata kenyataan Karpal itu boleh merugikan DAP secara amnya dan menyerahkan kepada kepimpinan DAP untuk mengambil tindakan.

"Di atas nama parti, PAS membantah keras kenyataan beliau," katanya Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang.

HARUN TAIB MENGAMUK, JEMPUT KARPAL MASUK PAS!!!

DAP/PAS - Sememangnya tidur sebantal tp mimpi lain-lain
Cadangan Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya parti-parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama di negara ini dibatalkan pendaftarannya ditentang oleh Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib.
Menurut Harun, asas penubuhan PAS bertunjangkan kepada kesucian agama Islam di mana nilai-nilai murni dalam ajaran tersebut mampu menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.
Malah, beliau turut mengajak rakyat mengambil iktibar daripada perpecahan dan peperangan yang sehingga kini masih berlaku di negara-negara luar akibat salah faham dan ketidakserasian di antara pelbagai pihak.
"Islam memang diturunkan oleh Allah SWT untuk menyatukan manusia dari pelbagai agama, kabilah dan kaum. Sebab itu PAS berasaskan kepada Islam, maka Islam itu yang akan dijadikan asas dan panduan semua kaum dan agama di negara kita khususnya.
"Ia (Islam) mampu menyatu kembali perpecahan dunia hari ini. Dunia hari ini pecah kerana Amerika dan masalah agama. Amerika mengamalkan kapitalisme, China dan Rusia mengamalkan komunis. Begitu juga negara-negara lain. 
"Tapi ia menyebabkan dunia berpecah hari ini. Mari kita bersatu di bawah payung Islam yang diturunkan oleh Allah, Allah mencipta pelbagai kaum untuk bersatu dan bekerjasama antara satu sama lain," katanya.
Harun berkata demikian apabila diminta mengulas cadangan Karpal hari ini supaya mana-mana parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama dibatalkan atau diubahsuai agar boleh disertai oleh semua rakyat tanpa mengira batasan kaum dan agama.
Menjelaskan beliau tidak tahu apakah tujuan sebenar Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkenaan mengeluarkan pendapat sedemikian, namun tegas Harun, PAS tetap berpegang kepada prinsip dan landasan perjuangan mereka yang sebenar.
Bagaimanapun, beliau berkata PAS membuka peluang kepada bukan Islam untuk menyokong perjuangan parti itu, melalui penubuhan Kelab Penyokong PAS bukan Islam yang diyakini mampu menyemai konsep perpaduan yang diamalkan di negara ini.
"Sekarang PAS bersedia dan membuka peluang kepada pelbagai bangsa dan agama untuk sama-sama menyertai PAS. Kita ada satu saluran untuk mereka yang bukan Islam dan Melayu untuk menyertai PAS di bawah Kelab Penyokong PAS daripada bukan Islam. Ia membuka peluang kepada bukan Islam sertai PAS," jelasnya.
AMUKANMELAYU - Sampai bila PAS nak biarkan di malukan, di permainkan, di perbudakan dan di PERGUNAKAN?