,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday 23 April 2016

YANG MENDERMA KINI MEMINJAM YANG BERKOKOK TAK TERBAU "TAIK" DIEKORNYA



TUN M: UMNO akan kalah jika Najib pimpin sampai PRU 14 

Najib tentukan nasib UMNO - Tun M

KUALA LUMPUR: Dasar pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang banyak memberi wang percuma dilihat menimbulkan kemarahan orang Melayu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dasar itu sekali gus dilihat mengenetepikan Dasar Ekonomi Baru dalam usaha mendapatkan sokongan orang Cina.

"Namun penolakan BN dalam PRU 13 membuktikan orang Cina tolak pemerintahan Najib.

"Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Dato Sri Najib. Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar bahawa UMNO dan dengan itu BN akan kalah jika Dato Sri Najib memimpin UMNO hingga PRU 14.

"Apabila UMNO kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri," katanya dalam catatan terbaharunya di blog http://chedet.cc.

Kata Dr Mahathir, seandainya UMNO kalah kelak, ia dilihat satu situasi yang tidak dapat dipulihkan semula.

Dr Mahathir turut mengakui bukan mudah untuknya menulis catatan itu namun diteruskan demi bangsa dan negara.

"Ramai juga ahli dan pemimpin UMNO yang setia secara buta tuli kepada pemimpin. Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya," ujarnya.

Katanya, dia belum lagi nyanyuk ketika menulis catatan berkenaan.

"Saya belum nyanyuk walaupun umur hampir 90 tahun. Sesiapa yang berkata saya nyanyok sebenarnya menipu diri.
"Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri," jelasnya.

Katanya lagi, ramalan oleh masyarakat sekarang ialah UMNO dan BN akan kalah Pilihanraya Umum ke-14 kerana terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya. 
 
Sedangkan pada Kem Najib didapati seuanya percaya BN akan menang besar dalam PRU KE 14 berdasarkan sambutan di setiap Program Najib, seperti kataDatuk Dr Mohd Puad Zarkashi, sebenarnya Tun M yang kehilangan sokonga. Betulkah begitu? 

Mohd-Puad-Zarkashi
Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

MAHATHIR SEMAKIN HILANG SOKONGAN

April 22, 2016 - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa semakin hilang pengaruhnya, setelah gagal dalam cubaannya untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, sokongan terhadap Dr Mahathir jelas semakin menurun, kerana tidak ramai yang menghadiri program anjurannya sendiri.

Sehubungan itu, jelasnya, Dr Mahathir perlu menerima hakikat beliau semakin tidak relevan, kerana beliau masih gagal menggulingkan Najib, selepas fitnah yang disebarkan berhubung derma RM2.6 bilion.

“Sebelum ini, Tun M (Dr Mahathir) mengaitkan Najib dengan kehilangan dana RM4.2 bilion, namun laporan daripada hasil siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) membuktikan Najib tidak bersalah.

“Begitu juga dengan isu RM2.6 bilion, Menteri Luar Arab Saudi sudah sahkan wang tersebut adalah dana politik. Adakah Tun M akan minta maaf, setelah semua ini terbukti?” soal Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu.
Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Jasa Connectivity (JS) oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, semalam.
Sumber BERNAMA

Isu RM 2.6 billion tak pernah selesai. Bermacam "JAWAPAN" di beri tapi ianya semakin sulit dan mengelirukan. Soalnya kenapa nak kelirukan rakyat? Jika isu ini tidak selesai, sempatkah UMNO membuat persedian untuk PRU KE 14? mengikut Kaji Selidik Merdeka Center yang di siarkan oleh suarakami Menunjukkan UMNO Akan Tumbang Pada PRU14?



Kaji selidik yang di lakukan menunjukkan kerajaan Datuk Seri Najib Razak tidak lagi mendapat sokongan rakyat - untuk kali pertama berlaku - Lapor Akhbar Straits Times (ST) Singapura. 

Memetik keputusan kaji selidik Merdeka Center, akhbar itu melaporkan hanya 31 peratus pengundi Melayu berpuas hati terhadap kerajaan semasa. Keputusan itu menunjukkan sokongan pengundi Melayu berkurangan di bawah 50 peratus untuk kali pertama sejak agensi berkenaan merekodkan data mengenainya pada Februari 2012. 

Kemerosotan sokongan itu dilihat begitu drastik kerana pada Januari lalu tahap keyakinan di kalangan pengundi Melayu berada di paras 52 peratus. Faktor demografi pula memainkan peranan penting kerana ia membentuk sokongan padu penyokong Umno yang membantu gabungan pemerintah terus berkuasa ketika parti lain dalam BN menunjukkan kelemahan. 

Lapor ST, keputusan kajian itu dibentangkan kepada penganalisis sektor kewangan pada minggu lalu. Sokongan keseluruhan terhadap kerajaan juga menurun kepada 23 peratus - tahap terburuk pernah dicatatkan sejak kaji selidik mengenainya mula dibuat. Mengenai pengundi Cina pula, hanya lima peratus responden menyokong kerajaan berbanding 11 peratus pada Januari lalu. 

APAKAH Najib sedar dengan PERKARA ini? 

Penasihat Najib tidak akan percaya dengan semua ini dan Pemimpin-pemimpin bawahan UMNO ramai yang tahu tentang perkara ini, tapi semuanya takut untuk bersuara. Penentuan kemenangan UMNO bukanlah terletak pada Ahlinya. 3 juta Ahli bukan penentu kemenangannya. Tapi rakyat yang tidak berparti adalah RAHSIA kemenangan UMNO selama ini. 

Tapi mereka ini kini merajuk diri dan menjauhi UMNO kerana Skandal-skandal yang tak putus-putus yang di bawa Najib dan Keluarganya. Kaji selidik sama juga mendapati kemerosotan sokongan terhadap kerajaan kebanyakannya disebabkan oleh cara isu ekonomi ditangani. 

Data dikumpul Merdeka Center menunjukkan hanya 17 peratus responden berpuas hati dengan cara kerajaan menguruskan ekonomi berbanding 78 peratus yang tidak berpuas hati. Kaji selidik itu dijalankan di kalangan responden di Semenanjung Malaysia pada Ogos, sejurus selepas Najib menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada tugasnya sebagai timbalan perdana menteri. - MK

Tun M sudah beberapa kali mengatakan UMNO bakal tumbang pada PRU KE 14 jika Najib terus memerintah. Seperti kenyataan Tun di bawah ini.

PRU 14 UMNO/BN BAKAL TUMBANG ATAS SUMBANGAN KENCANG MAHATHIR/DAIM?????? SEJAK kebelakangan ini, mereka daripada kalangan rakyat dan pihak atasan telah banyak mengkritik dan bahkan menegur pucuk pimpinan pemerintahan dalam negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri. Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin turut menegur kepimpinan PM dan tidak menganggap semua itu sebagai menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak. Setelah beberapa kali menegur sebelum ini, sejak merosot pengundian pilihan raya 2013, sehingga membawa tercetus peristiwa Lahad Datu, misteri kehilangan pesawat MH370 dan tertembak jatuh pesawat MH17 serta lain-lainnya, Tun Mahathir meneruskan amalannya dengan teguran sinis ibarat teguran ayah kepada anak dan juga mengenai pembodek serta penasihat yang sering menyebabkan seseorang yang berkuasa dibenci dan akhirnya jatuh tersungkur. Selain mengingatkan mereka yang berkuasa tentang teguran pihak ketiga yang dianggapnya ikhlas berbanding pembodek dan penasihat yang berselindung kepentingan peribadi, Tun Mahathir juga mahu mereka yang berkuasa agar jangan memandang rendah terhadap tindakan rakyat menjatuhkan pemimpin yang mereka tidak suka. Menurut Tun Mahathir, sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu juga pernah membunuh Sultan Mahmud walaupun secara umumnya mereka adalah taat dan setia kepada raja. Tun Daim, setelah dua kali menegur PM sebelum ini dengan pertama mengenai subsidi, kenaikan harga barang, tol dan seumpamanya serta kali kedua menyifatkan kerajaan sekarang ini sebagai rapuh dan mungkin tumbang dalam pilihan raya umum akan datang. Beliau meneruskan teguran dalam sebuah program bual bicara dengan usahawan anjuran Mida dan Perdasama. Bekas Menteri Kewangan itu menegur pengurusan negara, terutama berkaitan menjaga kepentingan Melayu dan usaha pengembangan ekonomi yang menyebabkan hutang negara ketika ini mencecah ratusan bilion ringgit. Tun Mahathir dan Tun Daim mungkin memberikan teguran kerana masih sayangkan PM dan negara ini. Mereka jelas inginkan kerajaan sekarang terus berkuasa memegang pemerintahan. Teguran demi teguran dan kritikan yang dilontarkan adalah dengan harapan agar PM sedia berubah dan menerima teguran serta nasihat, seterusnya kekal berkuasa. Sebaliknya, jika PM bersikap acuh tak acuh terhadap semua teguran itu, kesannya akan melimpah kepada rakyat dan pengundi. Justeru, PM hendaklah berusaha untuk memperbaiki sokongan rakyat terhadap kepimpinannya agar tidak terjatuh ke pihak yang lain. Walaupun sudah bersara tetapi kedua-dua bekas pemimpin itu masih mempunyai pengaruh tersendiri dalam kalangan rakyat. Dalam pilihan raya 2004 di mana BN mencatat sejarah mencapai keputusan paling cemerlang dengan kemenangan 198 kerusi Parlimen tetapi dengan serangan berterusan Tun Mahathir terhadap kepimpinan Tun Abdullah selepas itu, kemenangan BN telah menurun kepada hanya 140 kerusi dan hilang majoriti dua pertiga dalam pilihan raya 2008. Namun dalam pilihan raya 2013, walaupun kecenderungan rakyat untuk menumbangkan BN, tetapi peranan Tun Mahathir dan Tun Daim mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Najib dan berkempen di beberapa kawasan telah dapat mengelakkan BN daripada kehilangan kuasa. Antara peranan kedua-dua pemimpin itu yang sangat menonjol ialah mempertahankan kerusi Parlimen Putrajaya dan membantu BN menawan Kedah yang seterusnya menobatkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besarnya. Justeru, jika PM tidak menanganinya dengan membetulkan apa-apa yang tidak betul dalam kepimpinannya, tidak syak lagi penyudah kepada teguran dan kritikan berterusan Tun Mahathir dan Tun Daim tersebut akan memudahkan lagi perubahan yang sudah pun diterjemahkan melalui 52 peratus undi popular sebelum ini. Terpulang kepada PM sama ada beliau mahu terus berkuasa atau sebaliknya.... SH

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
SEJAK kebelakangan ini, mereka daripada kalangan rakyat dan pihak atasan telah banyak mengkritik dan bahkan menegur pucuk pimpinan pemerintahan dalam negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri. Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin turut menegur kepimpinan PM dan tidak menganggap semua itu sebagai menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak. 
Setelah beberapa kali menegur sebelum ini, sejak merosot pengundian pilihan raya 2013, sehingga membawa tercetus peristiwa Lahad Datu, misteri kehilangan pesawat MH370 dan tertembak jatuh pesawat MH17 serta lain-lainnya, Tun Mahathir meneruskan amalannya dengan teguran sinis ibarat teguran ayah kepada anak dan juga mengenai pembodek serta penasihat yang sering menyebabkan seseorang yang berkuasa dibenci dan akhirnya jatuh tersungkur. 
Selain mengingatkan mereka yang berkuasa tentang teguran pihak ketiga yang dianggapnya ikhlas berbanding pembodek dan penasihat yang berselindung kepentingan peribadi, Tun Mahathir juga mahu mereka yang berkuasa agar jangan memandang rendah terhadap tindakan rakyat menjatuhkan pemimpin yang mereka tidak suka. 
Menurut Tun Mahathir, sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu juga pernah membunuh Sultan Mahmud walaupun secara umumnya mereka adalah taat dan setia kepada raja. Tun Daim, setelah dua kali menegur PM sebelum ini dengan pertama mengenai subsidi, kenaikan harga barang, tol dan seumpamanya serta kali kedua menyifatkan kerajaan sekarang ini sebagai rapuh dan mungkin tumbang dalam pilihan raya umum akan datang. Beliau meneruskan teguran dalam sebuah program bual bicara dengan usahawan anjuran Mida dan Perdasama. 
Bekas Menteri Kewangan itu menegur pengurusan negara, terutama berkaitan menjaga kepentingan Melayu dan usaha pengembangan ekonomi yang menyebabkan hutang negara ketika ini mencecah ratusan bilion ringgit. Tun Mahathir dan Tun Daim mungkin memberikan teguran kerana masih sayangkan PM dan negara ini. Mereka jelas inginkan kerajaan sekarang terus berkuasa memegang pemerintahan. 
Teguran demi teguran dan kritikan yang dilontarkan adalah dengan harapan agar PM sedia berubah dan menerima teguran serta nasihat, seterusnya kekal berkuasa. Sebaliknya, jika PM bersikap acuh tak acuh terhadap semua teguran itu, kesannya akan melimpah kepada rakyat dan pengundi. Justeru, PM hendaklah berusaha untuk memperbaiki sokongan rakyat terhadap kepimpinannya agar tidak terjatuh ke pihak yang lain. 
Walaupun sudah bersara tetapi kedua-dua bekas pemimpin itu masih mempunyai pengaruh tersendiri dalam kalangan rakyat. Dalam pilihan raya 2004 di mana BN mencatat sejarah mencapai keputusan paling cemerlang dengan kemenangan 198 kerusi Parlimen tetapi dengan serangan berterusan Tun Mahathir terhadap kepimpinan Tun Abdullah selepas itu, kemenangan BN telah menurun kepada hanya 140 kerusi dan hilang majoriti dua pertiga dalam pilihan raya 2008. 
Namun dalam pilihan raya 2013, walaupun kecenderungan rakyat untuk menumbangkan BN, tetapi peranan Tun Mahathir dan Tun Daim mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Najib dan berkempen di beberapa kawasan telah dapat mengelakkan BN daripada kehilangan kuasa. Antara peranan kedua-dua pemimpin itu yang sangat menonjol ialah mempertahankan kerusi Parlimen Putrajaya dan membantu BN menawan Kedah yang seterusnya menobatkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besarnya. 
Justeru, jika PM tidak menanganinya dengan membetulkan apa-apa yang tidak betul dalam kepimpinannya, tidak syak lagi penyudah kepada teguran dan kritikan berterusan Tun Mahathir dan Tun Daim tersebut akan memudahkan lagi perubahan yang sudah pun diterjemahkan melalui 52 peratus undi popular sebelum ini. Terpulang kepada PM sama ada beliau mahu terus berkuasa atau sebaliknya.... SH

Soal HIBAH 2.6: Pemberian Tanpa Sebarang Balasan ianya menjadi  Panas bila Kementerian Kewangan Arab Saudi Tak Tahu Menahu Derma 2.6 Billion..



Kementerian kewangan dan kementerian luar negara Arab Saudi tidak tahu menahu berkaitan sumbangan daripada kerabat diraja negara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun, sumber tidak dinamakan dilaporkan mendakwa bahawa wang itu datang daripada allahyarham Raja Abdullah, yang meninggal dunia tahun lalu.
Menurut laporan The Wall Street Journal (WSJ) hari ini, dua kementerian negara itu enggan mengulas kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali semalam.
Kementerian-kementerian itu bagaimanapun dilaporkan berkata mereka tiada maklumat berhubung sumbangan itu, yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
“Pegawai-pegawai kerajaan Saudi, ketika enggan mengulas secara khusus terhadap kenyataan pendakwa, berkata kementerian luar dan kewangannya tiada maklumat berhubung pemberian sebegitu dan sumbangan diraja ke akaun peribadi pemimpin luar tidak mempunyai duluan.
“Wakil-wakil keluarga diraja tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan mereka,” menurut laporan WSJ.
Dana lawan Ikhwan?
Sementara itu, memetik sumber, BBC juga mendakwa wang itu daripada Abdullah, bagi membantu Najib memang dalam pilihan raya umum 2013.
Media British itu melaporkan sumber mereka – yang berkedudukan tinggi dan enggan dikenali – mendakwa wang itu dikeluarkan daripada kewangan peribadi Abdullah dan simpanan-simpanan negara itu.
“Tujuan sumbangan itu mudah, kata sumber Saudi – untuk membantu Najib dan gabungannya menang pilihan raya, menggaji pasukan komunikasi yang mempunyai pengalaman di peringkat antarabangsa, menumpukan kepada wilayah-wilayah di Sarawak dan menaja program sosial melalui kempen parti.
“Tetapi kenapa Saudi ambil berat berkaitan pilihan raya di negara bukan Arab yang lebih 6,000km dari tempat mereka? Jawapannya, kata sumber, terletak terhadap kebimbangan peningkatan kuasa Ikhwanul Muslimin, yang mereka anggap pertubuhan pengganas.
“Saudi sebelum ini kesal dengan apa yang berlaku di Mesir, yang menyaksikan presiden Mohammed Morsi sibuk mengukuhkan penguasaan Ikhwan di negara itu,” menurut laporan itu.
Laporan itu menyebut, hubungan pembangkang ketika itu, Pakatan Rakyat, termasuk PAS, menyaksikan pendiri-pendirinya dinspirasikan oleh Ikhwan.
Ia juga menyebut, terdapat kurang bukti menunjukkan Ikhwan mendapat sokongan sebegitu di Malaysia.
Apandi membersihkan Najib daripada sebarang kesalahan salah laku yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Apandi antaranya menyebut, AS681 juta (RM2.08 bilion) disumbangkan kepada Najib daripada keluarga diraja Saudi tanpa apa-apa balasan.
Beliau juga berkata AS$620 (RM2.03 bilion) dipulangkan semula kerana tidak diguna pakai.
Sumbangan itu dibuat menjelang pilihan raya umum ke-13 dan semasa pemerintahan Abdullah.
Bagaimanapun, WSJ melaporkan penyiasat antarabangsa tidak percaya dengan versi ini.
“Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dan agensi kerajaan lain luar Malaysia terus menyiasat pemindahan itu,” menurut laporan itu.
Laporan itu juga menyebut bekas penganalisis politik di Kedutaan Saudi di Washington berkata idea sumbangan sebanyak itu daripada kerabat Saudi ke akaun peribadi, dan bukan institusi kerajaan, hanya “suspek”.
Bagaimanapun, sumber Saudi BBC berkata tiada yang tidak kena dalam sumbangan itu.
Katanya, negara-negara seperti Jordan, Maghribi dan Sudah sudah mendapat manfaat ratusan juta dolar daripada dana kerabat diraja Saudi.sumber

Pak Arab Sahkan Derma 2.6 Billion..Soalnya Mampukah SYAITAN DIKENALI Percaya Cerita Ini?

Menteri Luar Arab saudi telah mengesahkan yang Arab ada memberi sumbangan berjumlah 2.6 billion TANPA BALASAN kepada DS Najib Razak...dengan kenyataan ini, ia telah berjaya menutup pemfitnah ahli neraka yang selama ini Najib memberi alasan derma darinArab bagi menutup duit yang disonglap dari 1MDB..
Nah!ini Pak Arab sudah mengaku..pastinya syaitan dikenali tetap akan terus memfitnah DS Najib kononnya bersalah dalam isu 1MDB...
ISTANBUL: Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir hari ini mengaku bahawa sumbangan derma kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memang daripada negara itu.
"Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku.
"Justeru, setahu kami, isu itu ditutup," katanya kepada wartawan Malaysia di sini semalam.
Sebelum itu, Adel mengadakan pertemuan dua hala dengan Najib di luar Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13 di sini.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, pada 26 Januari lepas, telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion yang dikatakan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.
Mohamed Apandi berkata siasatan menunjukkan bahawa jumlah yang dimasukkan ke dalam akaun ialah RM2.08 bilion, dan ia adalah sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Saudi pada 2013, dan RM2.03 bilion kemudian telah dipulangkan kepada penderma pada tahun yang sama. - BERNAMA

Pelik Arab Saudi Yang Boleh Derma 2.6 Bilion Sekarang Nak pinjam Duit US8 Bilion...

saudi dollar-afp-hasan ammar

Saudi Arabia seeks $8bn loan to plug fiscal deficit caused by low oil prices  – AFP pic/Hasan Ammar
Saudi Arabia is looking to raise as much as $8bn (£5.6bn; €7.3bn) from international lenders to help plug a record budget deficit caused by low oil prices.
Citing sources, the Wall Street Journal said the kingdom is also considering raising money through an international bond offering.
Saudi Arabia, the world’s largest oil producer, has been hard-hit by the slump in oil prices.
The country’s fiscal deficit soared to $98bn (£69bn) last year from about $15bn (£10bn) in 2014. The current price of Brent crude is around $41 a barrel, well short of the $115 a barrel it went for in June 2014.
Riyadh has set out plans to cut back state spending and issue domestic bonds to make up for the slump in oil revenue but the International Monetary Fund has warned that the measures do not go far enough. The Washington-based lender warned in October 2015 that the kingdom would run out of financial assets within five years if it did not tighten its belt.
‘Difficult environment’
London-based financial advisory firm Verus Partners is advising the Saudi finance ministry on the loan, the Reuters agency reported. “I don’t think the Saudis need to do this to make sure they could pay their bills,” Larry Goldstein, director of the Energy Policy Research Foundation, told the Journal.
“This is just another piece of a very consistent strategy of being as efficient and cost effective as possible in a very difficult and uncertain environment.”
Saudi Arabia’s credit rating was cut two notches to A- by Standard & Poor’s in February, with the rating agency warning that low oil prices would have “a marked and lasting impact” on the country’s economy.
On 4 March, Moody’s announced it was placing Saudi Arabia’s credit rating on review for a possible downgrade. “The structural shock to the oil market is weakening Saudi Arabia’s government balance sheet, its economy, and therefore also its credit profile,” the ratings agency said in its assessment. – IBTImes


AMUKANMelayu - Dengan cuaca EL NINO yang panas ini.....rakyat Malaysia sangat-sangat penyabar kerana suhu di persekitaran tidak mempengaruhi SUHU politik Negara.