Badrul dakwa Tengku Mahkota cuba selesaikan isu
Pengarah Penerangan kerajaan Selangor Dr Badrulamin Bahron mendakwa, beliau dimaklumkan bahawa Tengku Mahkota Pahang mungkin mencemar duli dan campur tangan dalam isu tuduhan khalwat yang dilemparkan terhadap dirinya."Hari ini baginda mengarahkan orang kanannya bertemu saya untuk mendengar versi saya terhadap insiden itu dan berbincang dengan peguam saya.
"Gambaran yang diberikan, terdapat kemungkinan yang tinggi Tengku Mahkota campur tangan dalam kes ini untuk menghentikan kerja kotor Umno yang tidak pernah berhenti menyerang, menyerang dan terus menyerang," kata Badrulamin.
JAIP Sabtu lalu dilapor menangkap "seorang pemimpin PKR" kerana disyaki berkhalwat dengan wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Kuantan.
Pada ceramah sulungnya di pentas Seremban selepas didakwa berkhalwat, Badrulamin juga malam tadi diiringi isterinya.
Bercakap di hadapan kira-kira 500 penyokong Pakatan Rakyat, beliau juga mendakwa pembantunya di Kuala Lumpur mendapat ugutan supaya bersedia menjadi saksi bagi memburukkannya.
Sehubungan itu, katanya, beliau akan membuat laporan polis berhubung isu itu hari ini.
Semalam, dalam kenyataan akhbarnya, Badrulamin juga berkata beliau khuatir kes itu akan dijadikan permainan politik kotor oleh Umno.
Menyentuh siasatan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang bermula semalam, Badrulamin berkata beliau memberikan kerjasama penuh.
Entri ini Aki kutib dari Malaysiakini
Aki - Jangan SERET Tuanku dalam masalah OSTAT.