,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 1 April 2013

PR MULA FILMKAN KISAH "PERIBADI" ANWAR

Apa Muslihat PR Buat Video Lucah Guna Pelakon Mirip 

Anwar?


DALAM usaha untuk membuktikan bahawa beberapa video seks lucah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu fitnah dan boleh dibuat dengan teknik-teknik tertentu, Pakatan Rakyat telah berjaya meniru semula pembikinan video lucah tersebut dan akan dijadikan sebagai antara bahan kempen utama dalam pilihanraya akan datang.
Dalam erti kata lain, video itu sudah siap dan hanya menunggu  masa untuk digunaka.
Selain adegan-adegan seks, video tersebut juga memberi penerangan secara terperinci bagaimana imej seseorang itu boleh ditiru untuk digunakan di dalam pembikinan video seumpama ini.  Jangan bimbang, video ini dirakamkan di Thailand dan tidak melibat seorang pun orang Islam selain adegan seks itu akan dikaburkan dengan teknik tertentu.
Video ini, selain menggunakan khidmat solekan khas dari Hollywood, turut menggunakan pelakon yang mempunyai susuk tubuh yang hampir sama dengan Anwar yang di datangkan khas dari Indonesia. Video ini turut diarahkan oleh seorang pengarah muda yang sedang meningkat naik itu mampu membuktikan kepada rakyat bahawa sememangnya Anwar tidak terlibat dan video sebelum ini hanyalah satu fitnah.
Selain itu, Pakatan Rakyat juga turut mempunyai bukti bahawa UMNO mengupah orang dengan rupa yang hampir sama dengan Anwar untuk berlakon dalam video lucah seperti yang disiarkan blog rajagoyang360.blogspot serta pendedahan oleh Datuk Shazryl Eskay Abdullah sekitar tahun lepas.
Memang dari mula, laman ini tidak yakin bahawa Anwar terlibat dengan kegiatan seumpama itu dan kejayaan pembikinan semula video lucah ini membuktikan perkara tersebut.  Kami belum berkesempatan untuk melihat video tersebut tapi maklumat mengenainya telah berjaya kami perolehi dari sumber rapat kami di Ibu Pejabat PKR, Tropicana.
Pakatan Rakyat tidak sama sekali berhasrat untuk merosakkan minda anak muda dengan pembikinan semula video lucah ini.  Tapi, isu ini perlu diselesaikan dengan segera sebelum lebih banyak video seumpama itu dikeluarkan di masa hadapan.  Sekarang ini pun, pendekatan politik kotor UMNO dengan menggunakan video lucah untuk menjatuhkan pemimpin Pakatan Rakyat, semakin menjadi-jadi.
Kalau dulu hanya Anwar sahaja yang menjadi mangsa, tapi laman ini dimaklumkan bahawa lebih ramai lagi pemimpin Pakatan Rakyat akan turut terlibat.  Antaranya ialah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Dr. Mansor Othman, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Tidak seperti gambar yang boleh di super imposed, video tidak boleh, menyukarkan lagi usaha Pakatan Rakyat untuk menepis semua pembohongan ini.  Maka itulah pendekatan penghasilan semula video ini digunakan sekarang untuk mematahkan ftinah UMNO.  Sebab mesejnya sungguh jelas – video seumpama itu memang boleh ditiru dengan menggunakan teknik-teknik tertentu, seperti solekan dan perkara lain yang penulis sebutkan di atas.
Laman ini berharap, setelah video tersebut diedarkan nanti, rakyat boleh membuat pertimbangan sendiri dan menolak sepenuhnya fitnah yang mengaitkan Anwar dengan beberapa video lucah yang disebarkan UMNO sebelum ini.

AMUKANMELAYU - berlakon semula atau memfilemkan RIWAYAT HIDUP penyokong LGBT?