Nahas Heli: Hishamuddin Nyaris Maut
HELIKOPTER HISHAMMUDDIN TERBALIK, SEDANG TRAUMA
HELIKOPTER HISHAMMUDDIN TERBALIK, SEDANG TRAUMA
HELICOPTER CRASH
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama keluarga terselamat selepas helikopter yang mereka naiki terbalik akibat angin kencang di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia, Sungai Besi hari ini.
Ketua
 Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengesahkan kejadian itu dalam 
sidang media di Bukit Aman di Kuala Lumpur, berkata kesemua mereka iaitu
 isteri, anak dan menantu Hishammuddin selamat tanpa mengalami sebarang 
kecederaan dalam kejadian tengah hari ini.
Beliau berkata helikopter sewa milik syarikat swasta itu terbalik selepas mendarat berikutan angin kencang melanda kawasan itu.
"Hishammuddin
 menaiki pesawat itu untuk datang ke Kuala Lumpur setelah pulang 
mengundi di Johor," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai 
kejadian itu.
Hishammuddin bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong, Johor, pada pilihan raya umum ke-13.
APA SALAHNYA KALAU NIK ABDUH NAIK HELI?
Buat kali pertama CTS bersetuju dengan Khalid Mohd Ismath. Tidak ada 
salahnya sebagai seorang Islam kita hidup bermwah-mewahan. Islam tidak 
melarang kita hidup mewah. Islam tidak menyuruh kita mengkufuri nikmat 
dunia. Apa yang tidak digalakkan apabila kita mengutuk dan mengeji 
seteru politik kita yang hidup dengan kemewahan dunia sedangkan kita 
sendiri tidak dapat tidak cintakan kemewahan dunia.
|  | ||
| AMANAT AL - MARHUM USTAZ FADZIL NOOR | 
Betullah kata Khalid Mohd Ismath. Kenapa kita mesti berpura-pura munafik
 menyeret motorsikal buruk datau berkereta kecil ketika berhadapan 
dengan Rakyat sedangkan kita sebenarnya tinggal di dalam 'kolam duit'. 
Pemimpin-pemimpin pembangkang meminta pengikut-pengikut mereka mengheret
 motosikal untuk menunjukkan protes kepada Kerajaan kerana menaikkan 
harga minyak sebanyak 20 sen sedangkan mereka ke sana sini dengan 
helikopter dan jet mewah. Siapa yang bodoh? Siapa yang dilembukan?
 




 
  
  




 
