![]() |
Hahahah..ini bukan berita sebenar...
Tapi bayangkanlah kalau Najib umum benda macam gini dalam berita?
OLAK LEMPIT - 26 Ramadhan 1435, bayangkan apa akan jadi jika Najib Umumkan Rosmah menjadi MB Pahang. Penulis tidak dapat bayangkan NEPOTISMA, KRONI, Makan duit Rakyat, curi harta Negara dan Najib Takut Bini..... semuanya akan terhambur keluar dari mulut yang telah lama bersarang di hati. Amalan dengki, cemburu melampau dan Nafsu amarah yang di bina di dalam hati selama ini semuanya akan di keluarkan. Dalam kemelut MB Selangor ni, jelas "DULANG YANG DI KETUK, PAKU PULA YANG SERPIH"
MB Selangor: Khalid Digugurkan, Azmin Melopong, Wan Azizah Calon MB
Diterbitkan: Selasa, 22 Julai 2014 1:05 AM
"Selepas mendapatkan konsensus daripada pemimpin semua peringkat di Selangor...kita putuskan hanya satu nama yang akan dicadangkan kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Nama itu ialah Datuk Seri Wan Azizah," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR di sini. Dengan keputusan ini berakhirlah sudah teka-teki dan riwayat politik Khalid selaku Menteri Besar Selangor. Beliau mungkin seorang menteri besar yang popular di kalangan rakyat tetapi jelas dan nyata sudah tidak di kalangan pemimpin-pemimpin partinya sendiri. Pengumuman itu sekaligus menafikan peluang Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang sebelum ini disebut-sebut sebagai calon paling layak untuk menggantikan Abdul Khalid. Malah sebelum ini media turut melaporkan bahawa Azmin dikatakan sebagai individu disebalik gerakan untuk untuk menggulingkan Khalid di Selangor. Khalid dan Azmin masing-masing tidak hadir pada mesyuarat yang berlangsung sejak pukul 10 malam Jumaat dan berakhir selepas hampir tiga jam kemudiannya. Azmin kini sedang menunaikan umrah. Selain itu Anwar ketika ditanya mengenai tempoh masa akan berlakunya peralihan kuasa di Selangor berkata: "Secepat mungkin. Tapi kita akan bincang dengan Majlis Presiden Pakatan Rakyat dan Tan Sri Khalid dahulu. Tambah Anwar, cadangan nama Wan Azizah akan dibentangkan secara rasmi dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat
Jelas Anwar keputusan melantik isterinya sebagai calon Menteri Besar
yang baharu juga merupakan kesinambungan kepada 'langkah Kajang' yang
dirancang parti itu.Katanya, langkah itu perlu diteruskan bagi memberi ruang perubahan ke arah kebaikan di Selangor.
"Kita akui prestasi selangor membanggakan dan kita hargai jasa Tan Sri Khalid mentadbir...banyak rekod yang kita boleh banggakan. "Tapi kita juga berpendapat harus ada langkah tambahan bagi menyelesaikan beberapa isu panas dan yang menimbulkan kegelisahan rakyat. "Langkah ini juga untuk menarik keyakinan rakyat kepada kerajaan Pakatan Rakyat," katanya. Sebelum ini Abdul Khalid berkali-kali menegaskan bahawa beliau akan terus menguasai Selangor sehingga penggal pentadbirannya berakhir. Malangnya, kini ini segala teka-teki tersebut sudah berakhir dan terjawab. “Wan Azizah dipilih kerana jawatannya sebagai presiden parti, sebab itu Azmin tidak dipilih,” katanya sewaktu sidang media di Pejabat Ketua Pembangkang, Parlimen, hari ini. - by Semut Hitam on 5:58 PG MB Selangor: PR Setuju Tukar, Umum Selepas Aidilfitri
Diterbitkan: Rabu, 23 Julai 2014 4:12 PM
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara
bersetuju menerima cadangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menukar
Menteri Besar Selangor dengan mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail.
KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada Rabu menerima cadangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk membuat pertukaran Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Namun,
PAS dan DAP masih belum mengumumkan pendirian mereka terhadap
pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai
menteri besar yang baharu.
Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua sekutu PKR itu
akan membincangkan perkara ini ke mesyuarat peringkat tertinggi parti
masing-masing dalam masa terdekat sebelum mengumumkan pendirian
mengenainya selepas Aidilfitri.
"Majlis
Pimpinan Pakatan Rakyat menerima cadangan daripada PKR untuk membuat
pertukaran Menteri Besar di Selangor seterusnya mencalonkan Wan Azizah.
"DAP dan PAS secara dasarnya menghormati prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar Selangor adalah daripada PKR," katanya selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Parlimen pada Rabu.
Ketika ini, jawatan Menteri Besar Selangor masih disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilantik sejak 2008.
Anwar
berkata, perbincangan antara kepimpinan parti dan Abdul Khalid masih
diteruskan memandangkan beliau dilaporkan tidak mahu berundur daripada
jawatan itu.
"Perbincangan dengan Khalid sedang giat dilakukan. Kita akan selesaikan perkara ini secara baik," katanya.
Ketika
ditanya mengapa PKR tidak mencalonkan Azmin Ali, Anwar menegaskan
pencalonan isterinya itu dicapai melalui konsensus semasa mesyuarat
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Pusat PKR malam Isnin lalu.
"Ramai
lagi calon yang lebih layak untuk gantikan jawatan MB termasuk Azmin
juga layak. Namun ini adalah keputusan yang dibuat secara konsensus,"
katanya.
Anwar
turut menjelaskan, beliau tidak akan meneruskan jawatan sebagai
Penasihat Ekonomi Selangor sekiranya Dr Wan Azizah dimuktamadkan sebagai
Menteri Besar yang baharu.
"Saya tidak fikir saya akan berperanan sekiranya Azizah menjadi menteri besar," katanya.
Turut
hadir Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Penerangan PAS, Datuk
Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Sementara
itu, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata PAS akan
mengadakan mesyuarat untuk memutuskan calon bagi menggantikan Abdul
Khalid.
"Kami akan bermesyuarat secepat mungkin dan keputusan akan kami umumkan selepas Hari Raya," katanya. Ini Berita Yang Baru Di Masukkan untuk Melengkapkan Senerio "Issu Penukaran MB"
FACT: KALAU SEKALI ORANG PERCAYA LAH, KALAU DUA KALI? SIAPA NAK PERCAYA? INI NEPOTISME NAMANYA..
Menurut sumber dari WIKIPEDIA,
Nepotisme bermaksud melebihkan saudara-mara serta rakan-rakan yang ada
hubungan dan bukannya penilaian objektif bagi keupayaan, meritokrasi
atau kekesuaian terhadap sesuatu jawatan. Contohnya, tawaran jawatan
kosong kepada saudara-mara, walaupun masih ada lagi orang lain yang
lebih layak serta sanggup melaksanakan tugas sedemikian. Perkataan
nepotisme berasal daripada perkataan Latin 'nepos', yang bermaksud "anak saudara" atau "cucu".
Persoalanya ialah, kenapa perlu WARIS juga yang menjadi pengganti? Saya tahu, ramai dari PKR sendiri yang terkilan dengan keputusan ini, kerana terlalu ketara NEPOTISME yang diamalkan mereka sekeluarga. LEPAS PKR, KINI GILIRAN SELANGOR MENJADI HARTA KELUARGA ANWAR IBRAHIM |
,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي
PERJALAN HAJI AKI
Thursday, 24 July 2014
MB SELANGOR - Khalid Digugurkan, Azmin Melopong, Wan Azizah Calon MB, ROSMAH MB PAHANG?
Labels:
PAKATAN RAKYAT

