,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday, 16 January 2016

KOTA YANG HILANG


KOTA SETAR

Kota-Kota Melayu Serta Khazanah Negara Yang Dimusnahkan British Dan Talibarutnya

Kerajaan Kedah sering di sebut sebagai kerajaan tertua dalam sejarah kerajaan beraja serta kesultanan yang panjang di nusantara yang bermula pada tahun 700 masihi lagi. Hubungan dengan negeri-negeri di timur tengah dan asia barat serta timur meninggalkan kesan dan pengaruh yang luas termasuklah kebudayaan, kesenian, agama, politik dan perdagangan.

Kesan-kesan seni warisan melayu ini banyak dapat di kesan di Kedah walaupun banyak kota-kotanya dikhianati, dihancurkan dan ditanam oleh pihak-pihak musuh Allah.

Bandar Kota Star selaku pusat pentadbiran Kedah Tua dan merupakan antara kota yang mendapat perhatian kerajaan British untuk dirampas kerana ia dipenuhi sebilangan bangunan lama yang menjadi bukti kewujudan pemerintahan dinasti Ahlul Bait Al-Jefri Merong Mahawangsa. Kota Star sejak dahulu terkenal dengan banyak kota-kota dan gerbang-gerbang yang antik serta cantik seperti Kota Tengah, Kota Star, Istana Kuning, Kota Keriangan di Gunung Keriang dan Kota Sharifah dan lain-lain.

Gerbang Kota Star telah dimusnahkan setelah kematian Sultan Badlishah oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj untuk memberi laluan kepada Pembangunan. Sultan Badlishah merupakan anak-anak Ahlul Bait Merong Mahawangsa kerana ibunya Tunku Sharifah Sofea al-Jefri ialah anak saudara kepada Maharaja Melayu DYMM Sultan Syed Jaafar Muadzam Shah al-Jefri.

Undang-undang Negeri Kedah Tua


Buku Undang-Undang Kedah termaktub perkataan HUKUM KANUN DATO’ KOTA STAR yang buku ini selesai ditulis pada tahun 220 hijrah @ 812 masihi oleh cucu Maharaja Merong Maha Wangsa yang ketika itu menjadi D.O. atau Raja Daerah di Aceh.

Kota Star dirobohkan semasa era Musuh Bisik pada tahun 1821 manakala gerbangnya diruntuhkan pada tahun 1960 untuk memberi laluan pada pembangunan kononnya. Di tapaknya di bina bangunan baru iaitu Wisma Negeri.

Seperti kes Tunku Abdul Rahman menukar Kota Kayangan menjadi Muzium Perlis. Di tahun-tahun berikutnya beliau datang semula ke Perlis dan mengatakan muzium ini terlalu lama dan buruk, seeloknya ditukarkannya kepada bangunan muzium yang baru. Maka terjadilah malapetaka kepada warisan Melayu yang mana Kota Kayangan yang gah dengan batu-bata serta diselang seli kayu-kayu meranti yang halus ukirannya juga dipenuhi dengan simbol-simbol empayar Kedah Tua habis dirobohkan oleh beliau.

Tidak habis dengan itu Tunku Abdul Rahman Putra al- Haj telah mengetuk batu-batu nisan yang lama digantikan dengan yang baru manakala nisan-nisan kayu dibiarkan. Beliau selaku Perdana Menteri Malaysia pada masa itu juga menjejaki seluruh warisan Kedah Tua di Negeri Perlis dan negeri-negeri lain untuk di bangunkan semula dengan kaedah permodenan.

KENANGAN GERBANG KOTA STAR 1960 BERSEBELAHAN PEJABAT TANAH DAN GALIAN. JIKA GERBANG PINTU MASUK KE KOTA SEBEGINI GAH DAN CANTIK TENTU KOTANYA YANG DIRUNTUHKAN DI ZAMAN SI LAKNAT RAJA THAI CHULALONGKORN LEBIH HEBAT LAGI.

Bukti kenyataan ahli sejarah Inggeris James Low dari buku “Sejarah Kedah Sepintas Lalu“, mencatatkan Raja Thai Chulalongkorn telah mengarahkan tentera-tenteranya menghapus dan membakar habis-habisan kesan bukti sejarah kerajaaan Melayu Siam Malacca, antaranya ialah :-

1. Kota Raja Melayu Siam Kedah Pelabuhan Kota sekitar Kota Teluk Bahang, Kuala Kedah.
2. Kota Palas Istana Sultan Maulana di Padang Mat Sirat, Pulau Langkawi .
3. Istana Maharaja Jalil Sutan Yaakub Kedah Langkasuka Khrun Waran Wangsa tahun 1548 M .
4. Istana Tanjung Putri, Kuala Ketil dan di situ masih terdapat Perigi Puteri Dayang yang dibina bersebelahan kota tersebut .
5. Istana Sultan Sheikh, Sultan Abdul Kadir Shah Alam tahun 904 M di pekan Langgar, Kedah.
6. Kota Pagar Air Istana Sultan Hussain Shah Alam di Limbung, Kedah.
7. Istana Dato’ Paduka Maharaja Nai Cau Shin Ibni Al Marhum Nai Cau Doi di Kampung Pulau Maharaja, Tunjang.
8. Kota Sarjana di Alor Ganu milik Rama Tibodi 1 Ananda Pagan Ibni Al Marhum Sultan Muhammad Yang Adil, baginda mencipta wang emas yang ada di Muzium Negeri Kedah.
9. Kota Mengkuang, Wang Tepus, Kubang Pasu milik Sultan Sharif Abu Bakar Shah.
10. Istana Maharaja Melayu Siam Syburi Sultan Syeikh Ali Kaifa Tabim di Utan Aji, Perlis.
11. Kota Naga dan Kota Siputeh di Daerah Kubang Pasu.
12. Kota Sarang Semut, Pendang, Bukit Choreh milik Sultan Badrul Munir dan periginya masih wujud di kampung tersebut.
13. Kota Pinang Tunggal di Kulim, Kedah juga milik Sultan Saidina Jamalul Alam Sultan Badrul Munir.
14. Kota Merong Mahawangsa Muzafar Shah 700 M di Sungai Mas, Kuala Muda, Kedah.
15. Istana Majlis Raja Iskandar Zukarnain di Lembah Bujang juga di Kuala Muda dan Gok Arang Maharaja Melayu Islam Sultan Jaafar Muadzam di Pulau Tiga, Kedah, rujuk mukasurat 49 Buku Undang-Undang Kedah.
16. Istana Maharaja Melayu di Pusat Pembuatan Senjata Api, Merbuk, Kedah juga milik Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah.
17. Istana Bendang Raja, Kubur Panjang di Pendang milik Sultan Muzaffar Shah Kuala Kangsar yang mana sebelum itu merupakan Raja Melayu Siam daerah Kemboja tahun 1788 M.
18. Kota Burha Istana Raja Legeh milik Tuanku Long Taha Ibni Almarhum Tuanku Long Putra di Mukim Padang Kerbau, Pendang, Kedah.
19. Kota Oo, Pelantik, Sik, Kedah milik Raja Idris Jammu Pattani suami Ratu Hijau Pattani.
20. Kota Ruman juga di Sik, Kedah juga di miliki oleh suami Ratu Hijau iaitu Raja Idris Jammu Pattani.
21. Kota Istana Bukit Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah di Jeniang, Kedah.
22. Istana Maharaja Melayu Siam Sultan Muzafar Shah Kuala Kangsar di Kampung Dusun Raja, Padang Sanai, Daerah Padang Terap, Kedah.
23. Istana Maharaja Melayu Siam Songkla Sultan Syed Alang Alauddin di Kampung Nai Lang, Mukim Durian Burung di sebelah Thailand.

BAHAGIAN TEPI GERBANG ADALAH SEPERTI ARCA BATU NISAN KEDAH TUA YANG BERTEBARAN DI SELURUH NUSANTARA. SEBAB ITULAH GERBANG INI DIMUSNAHKAN KERANA GERBANG INI MENCERITAKAN SEGALA-GALANYA TENTANG KETAMADUNAN KESULTANAN MELAYU ISLAM. IANYA BERBENTUK ARCA BATU NISAN YANG DIDAKWA BATU NISAN ACEH KONONYA. PADAHAL IANYA BATU NISAN KEDAH TUA.


INILAH MELAYU YANG DI WAR-WARKAN OLEH BRITISH, TIADA APA-APA PADA BANGSA MELAYU KECUALI ATAP RUMBIA DAN PERTANIAN.

Untuk memastikan kota-kota ini musnah secara total Raja Thai Chulalongkorn, datuk kesayangan Tunku Abdul Rahman telah datang ke Kedah bersama pegawai-pegawai penasihatnya yang berbangsa Inggeris, pada tahun 1890 M. Kedatangan dimulai di Pulau Langkawi dan seterusnya ke bandar Kota Star dan di sambut mesra oleh anak perempuannya merangkap isteri kedua Sultan Abdul Hamid yang bernama Cik Puan Manjalara.

Khazanah-khazanah yang bernilai sejarah yang berupa bangunan lama atau binaan lama gerbang-gerbang Di Raja, warisan-warisan silam lainnya yang terdapat di dalam dan di luar negeri Kedah berupa alat-alat senjata berat dan senjata-senjata api seperti senapang, lela rentaka, meriam-meriam melayu dan lain-lain dilupuskan dan diganti dengan milik penjajah contohnya meriam-meriam melayu diganti dengan meriam-meriam VOC milik penjajah.

Apa yang ada kaitan dengan ketamadunan Kedah Tua semuanya habis dimusnahkan. Kemudian penjajah-penjajah ini telah menukar nama bandar Kota Star kepada Alor Star kerana kata pegawai Inggeris, orang melayu tak perlulah kepada berkota-kota, cukuplah dengan nama “Alor”. Sejak itu nama Kota Star hanya dikenali sebagai nama District of Kota Star atau daerah Kota Star sahaja.


KOTA BOROBUDUR DI SEMARANG YANG DI GELAR OLEH BRITISH SEBAGAI KUIL BUDDHA.

Apabila Imperialis Belanda kalah di tangan tentera Perancis di bawah kekuasaan Napoleon Bonaparte, ia telah menyerahkan jajahannya di Indonesia kepada British untuk menjaganya dengan janji akan menyerah kembali kepada Belanda setelah merdeka nanti.

Maka apabila kerajaan Britain setelah menguasai jajahan Belanda di Indonesia, ia telah menghantar Stanford Raffles dan kerani bodohnya Munsyi Abdullah ke kota-kota Islam itu dan merubahnya serta menghilangkan bukti-bukti kekuasaan Kerajaan Islam Kedah Tua di sana. Sehinggakan Kota Borobudur telah di “convert” menjadi candi kafir Buddha.

Bila ahli sejarah masakini pergi membuat kajian di sana mereka merasa hairan kerana Candi Borobudur yang di atur penuh dengan patung-patung Buddha itu memiliki senibina Islam Arab Yaman dan berdekatan Kota Borobudur pula terdapat Kota Prambanan yang juga telah diubahsuai British dan dijadikan kononnya Kuil Hindu Prambanan.

BRITISH MENGELARNYA KOTA HINDU PRAMBANAN SELEPAS MENGUBAHNYA MENJADI KUIL DI BAWAH KELOLAAN STANFORD RAFFLES.

Di Indonesia juga terdapat kota pelabuhan kuno Grisek di Jawa Timur. Kota ini ini dikatakan milik anak Sultan Kedah Tua yang bernama Siti Fatimah Maimun. Baginda merupakan Ratu di situ seperti Ratu Hijau yang memerintah Pantai Timur Semenanjung Melaka atas nama Kerajaan Pattani. Baginda datang ke Indonesia dibawa oleh ayahandanya pada tahun 1303 Saka atau 1381 masihi dalam misi mengislamkan orang-orang di sana.

JAB Wiselius seorang pengkaji dari barat mencatatkan, namanya ialah Dewi Suari dan ayahandanya ialah Sultan Kedah ( Gedah ). Pentadbiran baginda dibantu oleh pegawai-pegawai terlatih dibawah kelolaan seorang ulamak yang hebat pada masa itu bernama Maulana Malik Ibrahim. Ulamak tersohor ini didatangkan khas dari daerah Chempa, Cempaka Sari Kemboja.

Kajian Lembaga Research Pasentran Leluhur Islam Jawa Timur pula mengatakan Puteri Siti Fatimah Maimun dan Dewi Ratna Suari adalah orang yang sama iaitu puteri kepada Sultan Kedah. Masa hidupnya sezaman dengan Maulana Malik Ibrahim dan jarak wafat kedua tokoh ini hanya bezanya 20 tahun.

Baginda mangkat di Desa Laren, Manyan Grisek Jawa Timur dan makamnya sekarang ada bersebelahan Kota Grisek sebuah kota pelabuhan kuno. Siti Fatimah Maimun tercatat dalam sejarah sebagai pendakwah sufi di zaman kegemilangan Islam Kedah ketika itu. Catatan ini juga menjadi bahan kajian J.Wolbers juga salah seorang pengkaji sejarah dari barat.


MAKAM RATU SITI FATIMAH MAIMUN PUTERI SULTAN KEDAH BERSEBELAHAN KOTA GRISEK DI KOTA PELABUHAN KUNO GRISEK , JAWA TIMUR.

Sebelum nama Alor Star digunakan, pusat pemerintahan kuno ini bernama Kota Star. Nama ini diberi kerana sekitar kawasannya ditumbuhi pohon-pohon Stag dalam loghat utaranya atau pohon-pohon Star. Ia sejenis pokok yang buahnya masam-masam manis. Buah pokok Stag ini berwarna kekuning-kuningan bila ianya masak. Ia dalam kumpulan pohon Kundang termasuk juga pohon Rumia. (sila rujuk Buletin MKNK m.s 14 oleh Wadiassofi Jaafar).

Ketamadunan Kota-kota ini dan Kesultanan Kedah Tua perlulah dijaga dan dipelihara untuk kepentingan negara. Selain kita memiliki warisan-warisan lama ini, sejarah realiti ini pula dapat memupuk identiti dan jati diri rakyat Malaysia, catatan tentang kota-kota lama ini juga membuktikan kehebatan Kesultanan Melayu Tua.

Gerbang Kota Star telah di musnahkan pada tahun 1960 setelah kemangkatan Sultan Badlisah pada tahun 1958 dan Gerbang Kacapuri di Kota Kuala Bahang yang namanya ditukar kepada Kuala Kedah juga telah dimusnahkan pada tahun 1970 yang kononnya telah runtuh akibat ribut.
Setelah semua konspirasi ini selesai maka benarlah kata-kata British dan talibarutnya konon MELAYU INI TIADA APA-APA CUMA PERTANIAN DAN ATAP RUMBIA. Kota-kotanya hanyalah dari kayu, papan dan batang buluh......


AMUKANMelayu -  Semuanya telah musnah kecuali IMAN yang sisa berbaki......itu pun kini sedang giat di PEJUANGKAN untuk memusnahkan dan melenyapkan ISLAM dari Tanah Melayu ini oleh Bangsa Melayu sendiri.