KEDUDUKAN MUKHRIZ BAKAL TERGUGAT
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1)Kerana bapak, kedudukan Mukhriz tergugat. Mungkin juga kedudukan Mukhriz bakal dijadikan bahan untuk mengugut Tun Mahathir supaya tidak menyerang Najib.
2) Di Kedah, Mukhriz dihormati oleh Umno Kedah kerana bayang-bayang Tun Mahathir. Jika mereka hilang hormat kepada Tun Mahathir, kedudukan Mukhriz tak akan kekal lama.
3) Lebih-lebih lagi, tak ada apa kemajuan yang Mukhriz bawa sejak mengambil alih Kedah daripada PAS/PR. Semua kemajuan dan pembangunan yang terbaru di Kedah adalah legasi MB terdahulu - Ustaz Azizan Razak.
4) MB Mukhriz hanya survive kerana bayang-bayang Tun Mahathir dan bayangan pembangunan Ustaz Azizan. Jika Umno Kedah hilang hormat kepada Tun Mahathir, dan juga membongkar ketidak-cekapan Mukhriz memajukan negeri, Mukhriz is in trouble.
5) Suara-suara senior Umno Kedah sudah mula kedengaran. Luka lama akan bernanah kembali. Geng Ahmad Bashah dan Geng Mahadzir Khalid yang "tersingkir" akan kembali memanaskan keadaan.
6) Dulu geng-geng ini berkerja keras untuk menaikkan AHmad Bashah atau Mahadzir Khalid menjadi MB, tetapi kelibat Mukhriz memintas cita-cita mereka. Bukan kerana kredibiliti, tetapi hanya dgn nama bapak.
7) Umno Kedah waktu itu dilihat akan kalah dalam PRU13 kerana perebutan 3 penjuru. Geng Ahmad Bashah dan Geng Mahadzir Khalid akhirnya "mengalah" kepada Team Mukhriz - setelah campur tangan Najib.
8 ) Campur tangan bagaimana? Mukhriz jadi MB, manakala Ahmad Bahsha dan Mahadzir Khalid akan dilantik jadi timbalan menteri pusat. Inilah cara mereka "berdamai" - sehingga Kerajaan PAS/PR kalah di Kedah, disamping isu dalaman PAS sendiri.
9) Geng senior mana tak berkecil hati, kerana tiba-tiba terpaka mengalah kepada team budak mentah yang guna nama bapa? Ya, mereka berdiam diri untuk seketika. Tetapi apabila timbul isu serangan Tun Mahathir kepada Najib, geng-geng ini bagai mendapat satu idea baru untuk menggulingkan Mukhriz.
10) Walaupun kerusi timbalan menteri yang diperoleh oleh ketua-etua mereka, tetapi Kerusi MB sangat penting untuk mendapatkan projek-projek di Kedah. Kroni-kroni Mukhriz dapat, mana boleh! Takkan selamanya nak menebal muka mengemis projek daripada team Mukhriz.
11) Sudahlah pada zaman Ustaz Azizan, nak dapat projek susah... ini dapat dekat Mukhriz pun sama juga.Kerusi MB mesti direbut kembali!
Sekian
p/s: Tulisan ini adalah andaian Dr Tanaka Mustafa semata-mata berdasarkan pemerhatian di beberapa cawangan dan bahagian Umno di utara Kedah.
http://www.suara.tv/…/mukhriz-perlu-letak-jawatan-jika-tid…/
Posted
on April 12, 2015 by Editorial| Alor Setar – Ahli Dewan Undangan Negeri
(Adun) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin menggesa Datuk Seri
Mukhriz…
suara.tv
BILA NAJIB NAK PANGGIL MUKHRIZ? KENAPA JUMPA KUMPULAN PENENTANG LEBIH DULU?
Sejak
awal lagi sebaik saja timbul isu pemberontakan politik di Kedah yang
mahukan kedudukan Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar dan Pengerusi
Perhubungan UMNO Kedah ditukar, ia segera dikaitkan dengan kehendak
Najib Razak sendiri.
Ia
bukan saja kerana Najib memang bermasalah dengan bapa Mukhriz, Tun
Mahathir Mohamad tetapi juga kerana hampir semua "muka-muka" di belakang
gerakan itu adalah penyokong setia Najib belaka.
Kata
mereka yang arif dalam politik, tidak mungkin mereka itu begitu berani
mengadakan gerakan mahu menolak Mukhriz dan mewujudkan kemelut baru
dalam politik UMNO, jika tidak mendapat restu daripada Najib sendiri.
Setelah
dua hari kemelut itu berlangsung, pada pukul 4 petang hari
ini pula, Najib dilaporkan akan bertemu dengan 14 Ketua UMNO Bahagian
Kedah yang menolak Mukhriz itu. Pertemuan itu akan diadakan di ibu
pejabat UMNO di Kuala Lumpur.
Dilaporkan turut hadir dalam pertemuan petang ini ialah Exco dan wakil-wakil rakyat Kedah.
Sekali
lagi, timbul persoalan mengapa Najib begitu pantas berjumpa dengan 14
Ketua Bahagian itu terlebih dahulu sebelum mendapatkan maklumat penuh
daripada Mukhriz sendiri?
Bukankah Mukhriz masih lagi Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah?
Tidakkah
mengikut amalan biasa apabila timbul sesuatu masalah di peringkat
negeri, pihak yang patut dipanggil terlebih dahulu untuk diperolehi
maklumat ialah Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO negerinya?
Dalam hal ini, mengapa Najib lebih dahulu ingin bertemu dengan pihak yang menentang dan bukan dengan Mukhriz sendiri?
Mengapa Najib tidak memanggil Mukhriz terlebih dahulu sebelum bertemu dengan 14 Ketua Bahagian itu?
Apakah Najib sudah lupa amalan serta adab dalam menguruskan parti dan kerajaan?
Sejak bila kumpulan penentang mendapat lebih kemuliaan berbanding pemegang jawatan dalam parti dan kerajaan?
Adakah
semua ini "wayang" yang sedang ditayangkan untuk menunjukkan
seolah-olah penyingkiran Mukhriz adalah kehendak 14 Ketua UMNO Bahagian
dan bukan datang daripada naluri Najib?
Bila
pula Najib mahu memanggil Mukhriz? Apakah mungkin Najib akan memanggil
Mukhriz selepas mengadakan pertemuan dengan 14 Ketua Bahagian tersebut?
Bergunalah
lagilah pertemuan dengan Mukhriz jika Najib sendiri sudah membenarkan
dirinya mendapatkan maklumat daripada pihak yang mahu menyingkirkan anak
Tun Mahathir itu terlebih dahulu?
Hakikatnya,
pertemuan petang ini jelas menandakan Mukhriz semakin di hujung jalan.
Tidak lain, pertemuan Najib dengan 14 Ketua Bahagian Kedah itu hanyalah
bertujuan untuk mempercepatkan penyingkiran Mukhriz saja.
Malah, tidak mustahil jika Najib terus mengabaikan Mukhriz dan tidak memanggilnya langsung dalam kemelut ini. (SH 22/01/2016).
Najib Menjadi PENYELAMAT - RANCANGAN SINGKIR MUKHRIZ GAGAL?
Semuanya
nampak serba tak menjadi. Jika dua hari lalu, gerakan menolak Mukhriz
Mahathir yang diadakan di Alor Setar dipertikaikan oleh beberapa
pemimpin UMNO dan wakil rakyat yang hadir di mana ada di antaranya
merasakan seolah-olah diperdaya dan mereka tidak tahu tujuan sebenar
perjumpaan itu diadakan, apa yang berlaku dalam perjumpaan Kuala Lumpur
semalam lebih mendukacitakan lagi.
Kumpulan
14 Ketua Bahagian Kedah diketuai oleh Ahmad Bashah Hanipah yang
mengadakan pertemuan dengan Najib Razak bagi meneruskan desakan dan
mencapai kata muktamad agar kedudukan Mukhriz ditukar, terus menemui
jalan buntu.
Dalam
pertemuan di PWTC semalam, selain dihadiri 14 Ketua Bahagian berkenaan,
ia juga turut dihadiri oleh wakil-wakil rakyat, Exco Kerajaan negeri
dan pimpinan UMNO empat peringkat yang lain.
Malangnya,
difahamkan tiada kesepakatan dicapai dalam memutuskan sama ada Mukhriz
benar-benar perlu digantikan atau sebaliknya. Terdapat suara-suara yang
bimbang bahawa penyingkiran Mukhriz akan memecah-belahkan lagi UMNO dan
menidakkan sama sekali peluang mengekalkan penguasaan BN di negeri
Kedah.
Sudahlah
begitu, kehadiran dalam perjumpaan dengan Najib itu juga dilaporkan
tidak menepati sasaran yang menggembirakan. Ada yang menyebut kehadiran
tidak sampai pun 100 orang sedangkan jemputan dibuat untuk lebih 200
orang.
Ia dengan sendirinya bermakna, ramai yang tidak setuju dengan perjumpaan untuk menyingkirkan Mukhriz itu.
Dalam
keadaan kehadiran mengecewakan dan tiada kesepakatan itu, Najib
akhirnya hanya meluangkan masa kira-kira 40 minit saja dalam pertemuan
itu. Beliau meninggalkan majlis sebelum ia berakhir secara
sembunyi-sembunyi melalui pintu belakang seolah-olah enggan menunjukkan
wajah kecewanya kepada pihak media.
Malah
menjadi perbualan di kalangan petugas media tentang adanya arahan tidak
membenarkan diambil gambar Najib ketika meninggalkan majlis itu. Wajah
Najib ketika dalam perjumpaan itu pula, sebagaimana yang tersebar dalam
pelbagai media sosial, jelas memperlihatkan wajahnya yang murung dan
tidak gembira.
Selepas
Najib pergi, mesyuarat tetap diteruskan tetapi semua mereka yang hadir
mengunci mulut daripada bercakap mengenai hasil atau keputusan
perjumpaan itu.
Ramai
yang ditemui sekadar berkata, "no komen", "semuanya berjalan dengan
baik" atau kata-kata jawapan klise yang seumpama dengannya.
Episod
ini bukan saja memalukan 14 Ketua UMNO Bahagian yang selama ini begitu
bersungguh-sungguh mahu menyingkirkan Mukhriz, malah kali ini mereka
turut menyeret Najib sama untuk dimalukan.
Sepatutnya,
pertemuan dengan Najib yang diadakan selepas sidang akhbar di Alor
Setar, mereka terus berjaya meyakinkan Perdana Menteri agar Mukhriz
dapat disingkirkan dengan segera.
Namun
disebabkan ramai yang berbelah bagi dan lebih risau kesannya kepada
UMNO dan BN, ia dengan sendirinya membuatkan Najib rasa terpukul, lalu
meninggalkan pertemuan tanpa sidang akhbar dan pengumuman.
Yang
lebih memalukan, terpaksa pula Najib keluar ikut pintu belakang - sama
seperti yang dilakukannya ketika mesyuarat MT UMNO selepas pemecatan
Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal dahulu.
Di
luar pula, gerakan menyingkirkan Mukhriz secara automatik telah
membuatkan beliau semakin popular dan mendapat lebih simpati daripada
rakyat. Bukan saja rakyat Kedah bangun dan berdiri memberi sokongan
kepadanya, bahkan di mana-mana limpahan sokongan dapat dirasai.
Agenda
menyingkirkan Mukhriz itu akhirnya bukan saja terkesan kepada 14 Ketua
Bahagian yang mendapati rakyat tidak bersama dengan kehendak mereka,
malah juga menyebabkan Najib turut menerima kesan penolakannya.
Menyingkirkan
Mukhriz dan memenuhi kehendak 14 Ketua Bahagian itu lebih memberi
kesedaran tentang bahayanya kepada masa depan Najib sendiri akhirnya.
Perjumpaan
dengan Najib ini boleh dikatakan gagal sama sekali dan kemungkinannya
ialah Mukhriz akan terus kekal sehingga PRU 14 nanti. (SH 23/01/2016)
Umno Kedah VS Mukhriz - Semuanya GAME Najib Yang Terdesak !
Respon spontan saya adalah - Apa game Najib ni ?
Saya tidak percaya tindakan Ketua2 Bahagian Umno Kedah itu dilakukan tanpa restu dari Najib ! Bukan benda kecil ni ... Kesannya besar kepada lanskap politik terutamanya kepada survival politik Najib sendiri.
Jadi amat mustahil mereka bertindak sendirian tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Najib dan amat mustahil perkara sebesar ini tidak dibincangkan terlebih dahulu oleh Najib bersama para penasihatnya.
Tapi diteruskan juga tindakan itu ...... Why ? Kenapa ?
Kerana itu saya lebih suka menilai apa yang ada disebalik tindakan mereka itu. Semuanya adalah POLITIK dan ini termasuk tindakan Umno Kedah itu.
Saya ingin kongsi status FB seorang rakan Tanjak Pusaka untuk kita sama2 renungkan -
Ada beberapa perkara berkaitan isu desakan pengguguran Dato Seri Mukhriz yang dilihat boleh beri political mileage kepada Najib dan juga bermaksud sebaliknya;
1) Nak tutup isu lain (TPPP dan 1MDB) - Kita tahu AG baru je reject IP daripada SPRM dan kini hangat dibincangkan begitu juga TPPA. (Kemungkinan himpunan Bantah TPPA akan diadakan pada 23 Jan ini)
2) Konon nak jadi hero dan prihatin dgn umum beliau akan kekalkan Mukhriz - Najib akan umum Mukhriz dikekalkan dan nasihati Ketua-Ketua Bahagian yang desak Mukhriz agar beri sokongan padu kepadanya. Salah satu cara juga untuk ambil hati Tun M.
3) Najib tidak akan terburu-buru bertindak sama sepertimana
dilakukannya ke atas Muhyiddin Yassin. Masih tidak memecat Muhyiddin
sebaliknya memencilkan kuasa bekas TPM itu dalam parti. Maka jadila
Muhyiddin "King of Nothing".
4) PRN Sarawak semakin hampir - Pagi ini Adenan Satem berjumpa dgn Najib dan hal PRN Sarawak adalah fokus utama BN. Agak sukar untuk Najib beri tumpuan dan ambil keputusan tentang kedudukan Mukhriz. Silap haribulan boleh bagi impak kepada prestasi BN nanti.
5) Mendapatkan respons pembangkang khasnya PAS dalam isu ini. Apa tindakan dan langkah susulan PAS serta lain-lain parti terhadap perkembangan terbaru ini.
6) Menguji sejauhmana kekuatan politik dan pengaruh Mukhriz. Ini membolehkan langkah tertentu diambil bagi memastikan karier politik anak Tun Dr. Mahathir itu tidak mengatasi pemimpin atasannya menjelang pemilihan parti akan datang.
7) Pelan ke arah Kerajaan Perpaduan. Kemungkinan PAS bakal mentadbir semula Kedah sebagai salah satu formula ke arah agenda tersebut.
Namun, walau apa pun langkah yang Najib ambil waima benda tu positif, graf kebencian dan penolakan rakyat terhadapnya tetap tidak akan berubah malah akan meningkat. Rakyat mahu Najib berundur sebagai PM. Noktah.
Dalam keadaan terdesak, saya percaya Najib tidak mampu beri tumpuan kepada isu2 lain kecuali satu saja, iaitu SURVIVAL POLITIK PERIBADINYA. Najib tidak ada masa maupun semangat untuk fikirkan perkara lain. Tekanan ke atas masalah2 peribadinya terutama dalam kes RM2.6 bilion dan 1MDB semakin kuat dan tumpuan rakyat sepenuhnya diberikan kepada isu2 itu.
Kalau sebelum ini masa masih memihak kepada Najib. Beliau masih boleh beli masa untuk bernafas tapi ruang pernafasan itu semakin sempit.
Pelbagai dateline yang diberikan kepada pelbagai isu semakin ke penghujung. Najib semakin terdesak.
Makanya isu Mukhriz ini ditimbulkan !
Point utama saya adalah - Semuanya Game Najib. MUSTAHIL perkara sebesar ini berlaku tanpa pengetahuan dan restu dari Najib terlebih dahulu.
4) PRN Sarawak semakin hampir - Pagi ini Adenan Satem berjumpa dgn Najib dan hal PRN Sarawak adalah fokus utama BN. Agak sukar untuk Najib beri tumpuan dan ambil keputusan tentang kedudukan Mukhriz. Silap haribulan boleh bagi impak kepada prestasi BN nanti.
5) Mendapatkan respons pembangkang khasnya PAS dalam isu ini. Apa tindakan dan langkah susulan PAS serta lain-lain parti terhadap perkembangan terbaru ini.
6) Menguji sejauhmana kekuatan politik dan pengaruh Mukhriz. Ini membolehkan langkah tertentu diambil bagi memastikan karier politik anak Tun Dr. Mahathir itu tidak mengatasi pemimpin atasannya menjelang pemilihan parti akan datang.
7) Pelan ke arah Kerajaan Perpaduan. Kemungkinan PAS bakal mentadbir semula Kedah sebagai salah satu formula ke arah agenda tersebut.
Namun, walau apa pun langkah yang Najib ambil waima benda tu positif, graf kebencian dan penolakan rakyat terhadapnya tetap tidak akan berubah malah akan meningkat. Rakyat mahu Najib berundur sebagai PM. Noktah.
Dalam keadaan terdesak, saya percaya Najib tidak mampu beri tumpuan kepada isu2 lain kecuali satu saja, iaitu SURVIVAL POLITIK PERIBADINYA. Najib tidak ada masa maupun semangat untuk fikirkan perkara lain. Tekanan ke atas masalah2 peribadinya terutama dalam kes RM2.6 bilion dan 1MDB semakin kuat dan tumpuan rakyat sepenuhnya diberikan kepada isu2 itu.
Kalau sebelum ini masa masih memihak kepada Najib. Beliau masih boleh beli masa untuk bernafas tapi ruang pernafasan itu semakin sempit.
Pelbagai dateline yang diberikan kepada pelbagai isu semakin ke penghujung. Najib semakin terdesak.
Makanya isu Mukhriz ini ditimbulkan !
Point utama saya adalah - Semuanya Game Najib. MUSTAHIL perkara sebesar ini berlaku tanpa pengetahuan dan restu dari Najib terlebih dahulu.
AMUKANMelayu - Depa duk ingat semua oghanq duk zaman tengok TB 1 lagi kot............