Ini dah jelas Kaki Bodek |
Datuk Seri Shafie Apdal hari ini membidas Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kerana tidak menghormati Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipilih secara demokratik 3 juta ahli parti Melayu itu. Naib presiden Umno itu mengingatkannya jawatan yang dipegang Tengku Adnan hanya lantikan dan berbeza dengan Muhyiddin yang dipilih menerusi pemilihan parti.
"Seumpama bila setiausaha agung bagi amaran timbalan presiden supaya jangan 'cross the line'.
"Dia (Muhyiddin) timbalan presiden, kamu (Tengku Adnan) setiausaha agung. Muhyiddin itu diundi untuk dilantik," kata Shafie dalam wawancara bersama media atas talian di pejabatnya di Kuala Lumpur pagi tadi. Shafie mempersoalkan tindakan Tengku Adnan yang mahu orang menghormati institusi parti tapi beliau sendiri tidak menghormati pemimpin Umno.
"Budaya apa ini, kamu minta orang hormat, hormat lah," katanya
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/shafie-bidas-ku-nan-tak-hormat-muhyiddin-sebagai-timbalan-presiden#sthash.Tc3WTbjE.dpuf
Datuk Seri Shafie Apdal hari ini membidas Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kerana tidak menghormati Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipilih secara demokratik 3 juta ahli parti Melayu itu.
Naib presiden Umno itu mengingatkannya jawatan yang dipegang Tengku Adnan hanya lantikan dan berbeza dengan Muhyiddin yang dipilih menerusi pemilihan parti.
"Seumpama bila setiausaha agung bagi amaran timbalan presiden supaya jangan 'cross the line'.
"Dia (Muhyiddin) timbalan presiden, kamu (Tengku Adnan) setiausaha agung. Muhyiddin itu diundi untuk dilantik," kata Shafie dalam wawancara bersama media atas talian di pejabatnya di Kuala Lumpur pagi tadi.
Shafie mempersoalkan tindakan Tengku Adnan yang mahu orang menghormati institusi parti tapi beliau sendiri tidak menghormati pemimpin Umno.
"Budaya apa ini, kamu minta orang hormat, hormat lah," katanya
- The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 8 Disember, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/shafie-bidas-ku-nan-tak-hormat-muhyiddin-sebagai-timbalan-presiden#sthash.Tc3WTbjE.dpuf
The
Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 8 Disember, 2015. - See more
at:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/shafie-bidas-ku-nan-tak-hormat-muhyiddin-sebagai-timbalan-presiden#sthash.Tc3WTbjE.dpuf
Tindakan Disiplin - Untuk KB Kedah, Tidak Ada Keperluan. Untuk KC Teluk Kemang, Gantung 6 Tahun !
Sebagai sambungan kepada isu memo yang diserahkan oleh GKCM kepada pejabat Umno semalam, Ku Nan segera beri reaksinya - Tidak ada keperluan untuk mengambil tindakan disiplin terhadap 14 orang Ketua Umno Bahagian di Kedah. - Sinar.
"Mereka berharap agar Presiden Umno dapat segera membuat perubahan demi kelangsungan parti dan kepentingan rakyat negeri itu,"
Justeru itu, tidak timbul isu di mana Setiausaha Agung Umno perlu mengambil tindakan disiplin terhadap 14 orang Ketua Umno Bahagian Negeri Kedah tersebut, katanya.
Huh ? Sebenarnya kita memang dah jangka tidak akan ada sebarang tindakan disiplin bakal dikenakan cuma kita nak dengar alasan yang diberikan jer ....
Saya ada bertanya kepada Presiden GKCM, Cikgu Kamarul selepas PC semalam - Apakah yang GKCM jadikan sebagai rujukan untuk tuntutan mereka itu ?
Cikgu Kamarul jawab, ia berdasarkan apa yang disebut oleh pihak Tribunal Disiplin kepada setiap dari 9 orang yang dibawa mengadap bulan lepas bahawa ia merupakan satu kesalahan untuk mengadakan PC atau bercakap melalui media menuntut seorang PEMIMPIN meletakan jawatan bla bla bla ......
Sebab saya sudah jangkakan akan timbul alasan yang Najib itu berjawatan Presiden sementara Mukhriz itu pula dilantik oleh Najib ( dengan persetujuan dewan dan perkenan Sultan ). Saya tanya lagi sebagai kepastian dan jawapan yang sama diberikan iaitu arahan itu hanya sebut PEMIMPIN secara umum. Tidak ada disebut pemimpin itu berjawatan apa.
Entahlah ...... Ku Nan dah jawab - TIDAK ADA KEPERLUAN ! .... Atas dasar kelangsungan parti dan kepentingan rakyat ....
Apapun ini jawapan balas dari GKCM -
ULASAN MAKLUM BALAS EKORAN KENYATAAN SETIAUSAHA AGUNG UMNO BAHAWA TIADA KEPERLUAN TINDAKAN DISPLIN TERHADAP KETUA UMNO BAHAGIAN KEDAH.
1. Amat jelas bahawa kini UMNO telah di Sdn Bhd kan dan mengamalkan prinsip Double Standard.
2. Jelas demokrasi telah mati dalam UMNO selagi Najib Razak menjadi Presidennya.
3. Kenyataan SUA terlalu dangkal bebal bodoh dan angkuh kelihatan seperti dia berada di atas mengatasi undang2 perlembagaan UMNO.
4. Jika tidak ada keperluan untuk ambil tindakan kepada 14 org KB di Kedah, dan kenapa pula ada keperluan mengambil tindakan kepada 9 orang KC Bhg Telok Kemang?
5. Adakah isi kandungan buku perlembagaan UMNO berubah2 mengikut tafsiran peribadi SUA?
6. Yang pasti membuat sidang akhbar untuk mendesak dan meminta kepimpinan parti berundur adalah satu kesalahan mengikut perlembagaan parti, seperti pertuduhan yang dikenakan terhadap 9 orang KC Bhg Telok Kemang.
7. Apakah sidang akhbar yang di lakukan oleh KB2 di Kedah merupakan satu sandiwara dan tidak ada keperluan untuk diambil tindakan seperti yang termaktub dalam buku perlembagaan parti.
8. Permainan dan sandiwara pemimpin pemimpin tertinggi UMNO amat melucukan dan mewujudkan banyak kesangsian di kalangan ahli parti.
9. Apa saja yg dilakukan tetap tiada keperluan untuk diambil tindakan. Akibatnya kapal UMNO telah hampir tenggelam sebab nakhodanya dikendalikan oleh manusia yang tidak jujur dan tidak tahu menuju haluan sebenar.
10. Rupanya di dalam UMNO sudah ada sistem kasta di mana ahli di kategorikan mengikut kedudukan dan kepentingan mereka. UMNO melayan ahli dengan cara yang amat berbeza. Begitu hina sesetengah ahli di mata pemimpin.
Sekian KENYATAAN AKHBAR GKCM
Khamis 21hb Januari 2016
Muhyiddin mungkin hilang jawatannya: Tengku Adnan
KUALA
LUMPUR, Selasa – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat telah melampaui batasan
ketika berucap di Kampung Baru semalam dan beliau boleh hilang jawatan
parti akibat perbuatan itu.
“Saya
meneliti (video) ucapan dari jam 2 hingga 3 pagi ini bersama kakitangan
saya. Pastinya, berdasarkan perlembagaan dan etika parti kita, beliau
sudah melampaui batasan.
“Saya
masih meneliti perkara ini dan akan menyerahkannya kepada jawatankuasa
khas UMNO yang akan mengemukakannya kepada Lembaga Disiplin untuk
tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita ketika ditanya sama ada
Muhyiddin akan dipecat sebagai timbalan presiden UMNO disebabkan ucapan
beliau di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru semalam.
“Saya tidak tahu. Beliau mungkin hilang jawatannya. Ia bergantung kepada keputusan Lembaga Disiplin.”
Tengku
Adnan bercakap kepada pemberita selepas melancarkan program ADINDA,
insitiatif terbaharu Pergerakan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia
Putra, di sini hari ini.
Tengku
Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata Muhyiddin sedia
maklum mengenai apa yang tertera dalam perlembagaan parti.
“Dia
sendiri tahu dan setuju yang mana kita semua sudah sepakat bahawa
apa-apa masalah parti, bincang dalam parti, bukan cerita di luar. Ini
semua cerita luar, mana boleh.
“Rahsia parti, kekuatan parti, jangan cerita luar, ini sesama kita sahajalah.
“Saya sendiri dah cakap semalam, jangan melampaui batasan. Anda boleh berucap tetapi jangan melampaui batasan,” katanya.
Tengku
Adnan berkata beliau berasa sedih. “Pertanyaan demi pertanyaan, akhirnya
pada kesudahannya, nak minta Presiden letak jawatan. Ini memang gila.
Barangkali gila kuasa.”
Semalam,
Muhyiddin menghadiri majlis ‘Bersama Timbalan Presiden UMNO’ di Kelab
Sultan Sulaiman, Kampung Baru untuk menyampaikan ucapannya setelah
beliau tidak dibenarkan membuat ucapan perasmian ketiga-tiga sayap parti
dalam Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang bermula hari ini.
Yang turut
hadir pada majlis itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.- Bernama
Double standard dalam UMNO
TERKINI:
Beberapa Exco Kedah dan ketua sayap UMNO menafikan mereka diberitahu tentang tujuan dipanggil berhimpun di sebuah hotel di Alor Setar di mana Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Ahmad Bashah Hanipah mengadakan sidang akhbar mengatakan pemimpin UMNO Kedah menolak Menteri Besar, Mukhriz Mahathir.
Beberapa Exco mendedahkan mereka tidak tahu menahu tujuan dipanggil berhimpun dan terperanjat apabila Ahmad Bashah mengumumkan seolah-olah semua Exco dan kepimpinan peringkat negeri menolak dan hilang kepercayaan terhadap Mukhriz. Mereka mendakwa seolah-olah ditipu supaya kelihatan bersekongkol dengan Ahmad Bashah menjatuhkan Mukhriz.
Tembelang sudah terburai. Sekarang jelaslah siapa sebenarnya yang mahu menjatuhkan Mukhriz dan menggunakan taktik lapuk seolah-olah pemimpin lain juga seperti dia. Tetapi ini adalah gaya berpolitik yang sangat memalukan. Maka banyak pihak tertanya-tanya sispakah sebenarnya yang mahu menurunkan Mukhriz dan digantikan dengan pemimpin lain yang sebulu dengannya?
Adakah kerana tidak dapat tanduk, pulas telinga pun jadilah? Mukhriz adalah anak Dr. Mahathir pengkritik tegar Najib bin Razak. Ketika Mukhriz dilantik Menteri Besar, hubungan Najib - Mahathir masih akrab. Tetapi sekarang sudah berkerat rotan berpatah arang apabila banyak isu-isu yang menimbulkan kecurigaan tidak diatasi oleh Najib. Misteri. Siapa yang mengarahkan Ahmad Bashah berbuat demikian?
Posting asal:
Tidak berapa lama dulu beberapa Ketua Cawangan UMNO yang menuntut supaya Perdana Menteri, Najib bin Razak meletakkan jawatan telah dikenakan tindakan tatatertib. Maknanya menuntut supaya "pemimpin" atasan UMNO meletakkan jawatan adalah satu kesalahan dalam UMNO. Oleh yang demikian, ada yang dipecat kerana menuntut Najib meletak jawatan.
Kalau hukuman ke atas Ketua Cawangan yang menuntut Najib meletakkan
jawatan boleh dianggap cara UMNO menyelamatkan "peminpin" atasan
daripada kritikan orang bawahan, adakah UMNO akan mengambil tindakan
ke atas pemimpin-pemimpin UMNO Kedah yang menuntut Menteri Besar,
Mukhriz Mahathir meletak jawatan?
Situasinya sama. Yang menuntut berada pada kedudukan yang lebih rendah
daripada Menteri Besar. Jadi, perbuatan mereka sama dengan yang
dilakukan oleh Ketua Cawangan. Tetapi adakah mereka yang terdiri
daripada ketua sayap UMNO Kedah akan dikenakan tindakan? Banyak yang
percaya mereka tidak akan dikenakan tindakan kerana UMNO selalu
mengamalkan double standard.
Ada sumber memberitahu, semua ketua sayap UMNO termasuk dua ulama UMNO,
Jamil Khir Baharum dan Mashitah Ibrahim bersepakat hadir ke sidang
media semalam kerana diarah oleh pihak tertentu. Oya terlupa seorang
lagi ulama ialah Azeez Rahim yang menjadi Pengerusi Tabung Haji.
Kalau benarlah itu arahan oleh pihak tertentu, ini satu perkembangan
yang menarik. Tentangan daripada sayap UMNO Kedah terhadap Mukhriz
adalah satu tanda aras bahawa pemimpin sayap UMNO juga boleh menuntut
pemimpin yang lebih tinggi meletak jawatan. UMNO kena membuktikan
ini bukan parti yang double standard, pilih kasih, pilih bulu dan pilih
mangsa yang kecil-kecil sahaja untuk dibenam. - by
ku_seman
BEKAS SETIAUSAHA AGUNG UMNO : UMNO/BN DIRAMALKAN TUMBANG PADA PRU 14
Bekas
Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sabbaruddin Chik membayangkan Datuk Seri
Najib Razak akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)
sekiranya tiada sokongan pengundi muda.
Sabaruddin berkata, generasi muda tidak lagi bodoh dan keputusan lebih
buruk akan menimpa Umno dan Barisan Nasional (BN) sekiranya tiada
perubahan dalam pentadbiran Najib.
"Pilihan raya umum seterusnya, saya takut kalau kita tidak buat sesuatu, kita akan terima lebih banyak azab.
"Orang muda, tidak banyak, banyak
generasi Y ini tidak bersama dengan kita," kata Sabbaruddin dalam satu
wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider baru-baru ini.
Menyifatkan keputusan Pilihan
Raya Umum ke-13 lalu (PRU13) lalu sebagai paling teruk, Sabaruddin tidak
menolak dalam pilihan raya akan datang BN akan hilang setengah kerusi
di Parlimen yang mereka miliki ketika ini.
"Kalau tidak ada perubahan yang
serius, kita akan hilang setengah, sekarang dua pertiga," katanya yang
pernah memegang jawatan setiausaha agung Umno pada 1996.
Sabaruddin berkata, isu rasuah dan ketirisan dalam pentadbiran antara faktor utama penolakan generasi muda.
"Rasuah, ketirisan dan ketelusan perlu ditekankan," katanya.
Pentadbiran Najib tercalar dengan
beberapa isu ketirisan, beberapa laporan Ketua Audit Negara beberapa
tahun kebelakangan ini mencerminkan ketempangan dalam pentadbiran
beliau.
Malah, Laporan Ketua Audit Negara
2013 baru-baru ini juga tidak mencerminkan imej transformasi, apabila
beberapa kontroversi ketirisan didedahkan dalam laporan tersebut.
Jawatankuasa Kira-Kira Wang
Negara (PAC) juga terpaksa memanggil lima kementerian untuk memberi
keterangan berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2013 Bagi Siri Pertama.
Usaha Najib untuk memulihkan imej
bersih pentadbirannya menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) pada
2009 juga tidak berjaya.
Namun, laporan yang dikeluarkan
Transparency International-Malaysia (TI-M) bagi 2013 menunjukkan
Malaysia hanya memperbaiki kedudukan satu anak tangga, naik daripada
kedudukan 54 ke 53 berbanding 2012.
Kedudukan tersebut tidak berjalan seiring dengan transformasi yang dilaungkan oleh perdana menteri.
Mengenai kedudukan Najib sebagai perdana menteri walaupun prestasinya
lebih buruk jika dibandingkan dengan perdana menteri sebelumnya, Tun
Abdullah Ahmad Badawi, Sabbaruddin berkata Najib bernasib baik.
"Najib bernasib baik kerana ambil alih daripada Pak Lah, jika beliau
ambil alih daripada Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) pasti dia pun
kena letak jawatan.
"Najib bernasib baik, tapi beliau tidak boleh bergantung dengan nasib," katanya.
Abdullah terpaksa melepaskan jawatannya pada 2009 susulan tekanan
daripada perdana menteri paling lama berkhidmat itu dan pemimpin Umno
lain akibat keputusan buruk pilihan raya umum pada 2008.
Walaupun prestasi Najib lebih buruk berbanding Abdullah, beliau masih
terselamat kerana tiada desakan untuk menurunkannya daripada tampuk
kuasa walaupun pada awalnya desas-desus mengatakan ada usaha sedemikian.
Sabbaruddin berkata, tindakan mendesak Abdullah meletak jawatan tersebut sebagai tidak wajar dilakukan.
"Sepatutnya, Pak Lah dahulu tidak disuruh pun letak jawatan.
"Pak Lah tidak bernasib baik sebab ambil alih daripada Dr Mahathir kerana ketika itu beliau masih sangat kuat," katanya.
Sabbaruddin berkata, ketiadaan
tokoh dan penganti yang berkemampuan dalam Umno juga punca tiada sesiapa
yang berani mendesak Najib daripada meletak jawatan.
"Najib kurang tapi tiada sesiapa yang suruh beliau undur.
"Bukan selesa atau tiada yang
mahu Najib diganti, tapi orang Umno takut kalau dia dipaksa pergi siapa
hendak ganti beliau," katanya.
Genap setahun PRU13 pada 5 Mei
lalu, pentadbiran Najib dilihat lemah dan tidak berfungsi dengan
sepenuhnya, pengkritik dan pemerhati politik negara berkata ia berpunca
daripada keputusan pilihan raya tersebut.
Najib mendapat mandat pertamanya
secara rasmi selepas memenangi 133 kerusi Parlimen daripada 222 jumlah
kerusi keseluruhan, namun keputusan itu masih buruk kerana BN hilang
undi popular buat kali pertama.
Najib juga ketika ini bergelut dengan tekanan dan bahang kemelut melibatkan isu kaum dan agama yang masih tiada penghujung.
Kewujudan kumpulan ekstremis
seperti Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa
(Perkasa) menurut pengkritik berpunca daripada kelemahan yang datang
daripada pentadbiran Najib sendiri.
AMUKANMelayu - KU NANAN menambah KOLEKSI ketidakupayaan KEPIMPINAN dalam UMNO