,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday 12 March 2015

ADAKAH MURSYIDUL AM AKAN KAJI SEMULA TAHLULSIASI DENGAN DAP?



Haron Din desak PAS kaji semula kerjasama politik dalam Pakatan


KULAIJAYA  :RABU, 17 SEPTEMBER 2014 @ 12:59 PM  Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din mendesak pimpinan parti itu supaya mengkaji semula tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan Pakatan Rakyat sebagai jalan terakhir untuk menyelamatkan parti Islam itu daripada terus diperlekehkan oleh pihak luar.
Beliau berkata, tahaluf perlu dipertahankan demi kepentingan Islam dan parti, bukan hanya untuk kepentingan individu.
"Tahaluf berlaku dengan nasihat ulama... dibolehkan kerana ada rukun dan syarat dipenuhi. Selagi syarat dan rukun ini dipenuhi, ulamalah sebagai benteng. Pertahankan tahaluf ini demi kepentingan Islam dan jemaah, bukan untuk kepentingan individu.
"Kalau tahaluf telah tercalar, syarat dilanggar, rukun dirobohkan, ulama wajar memikirkan balik kalau ia boleh diteruskan, teruskan.
"(Jika) syarat-syarat dirobohkan ulama bertanggungjawab memperbetulkan balik... memperbaiki balik. Kalau tak boleh juga, ambillah contoh dalam perkahwinan, walaupun tidak dibolehkan talak. Ini semua tidak terlepas daripada pandangan ulama dan saya minta elok diperhalusi semula," katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS ke-53 bertemakan 'Bertegas Prinsip Perjuangan' di IOI Palm Villa and Golf Resort di sini, sebentar tadi.

PAS Lantik Haron Din Sebagai Mursyidul Am yang Baru


PAS melantik Datuk Dr Haron Din sebagai mursyidul am PAS yang baharu bagi 
menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia bulan lalu.

Perkara itu disahkan Penolong Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan 
ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Kota Baru itu berkata, keputusan melantik Haron dicapai selepas 
mesyuarat Majlis Syura Ulama parti itu pada 8 Mac lalu di Pejabat Agung PAS.

"Mursyidul am sudah dipilih, Datuk Haron Din, dan Menteri Besar Kelantan Datuk 
Ahmad Yacob dipilih memegang jawatan timbalan mursyidul am PAS yang baharu.

"Perlembagaan PAS menyatakan jawatan mursyidul am boleh dipilih oleh 15 
anggota Majlis Syura Ulama (MSU) untuk tempoh lima tahun," katanya ketika 
ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Takiyuddin berkata, jawatan berkenaan adalah atas lantikan dan tidak 
memerlukan proses pemilihan ketika Muktamar PAS.

Nik Aziz menghembuskan nafasnya yang terakhir pada umur 84 pada 
jam 9.45 malam, 12 Februari di rumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu, 
Kelantan selepas sekian lama mengidap barah prostat.

Bekas menteri besar Kelantan selama 23 tahun itu meninggalkan seorang 
balu Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan 10 anak termasuk Ahli Parlimen 
Pasir Mas Nik Mohd Abduh.

Haron sebelum ini menyandang jawatan timbalan mursyidul am PAS sejak 
22 Ogos 2004. – 11 Mac, 2015.




AMUKANMELAYU - PENYATUAN UMNO/PAS....Semua UMAT ISLAMELAYU kini tertumpu pada Tok Guru Dato Harun Din.