,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday 1 March 2015

JAHAT SUNGGUH UMNO NI - UMNO MENGAWAL HARGA MINYAK DUNIA?


Rafizi kata : Kenaikan sedikit harga minyak dunia adalah di sebabkan oleh hutang 1 MDB.




Tolong jangan ketawa....BODOHNYA RAFIZI Ni yer. 

Najib Tegas Tidak Berdiam Diri Keluarga Difitnah

  • Kiriman olehEditor pada February 27, 2015
NAJIB (39)
Shah Alam – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak komited dengan pendiriannya untuk tidak sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang mempergunakan atau menyeleweng dana awam untuk kepentingan peribadi.
Menegaskan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai sebuah syarikat pembangunan strategik milik kerajaan Malaysia, justeru atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri, Najib menyatakan kesediaannya menerima kritikan membina.
Namun ujar beliau, dirinya sama sekali tidak akan bertolak-ansur sekiranya fitnah liar yang tidak berasas dilemparkan kepada keluarganya.
“Ingin saya tegaskan di sini, 1MDB adalah sebuah syarikat pembangunan strategik, dimiliki oleh Kerajaan Malaysia dan saya tidak akan sesekali membenarkan sesiapa menggunakan atau menyeleweng dana awam untuk kepentingan dan keuntungan peribadi.
“Sebagai Perdana Menteri, saya sedia menerima kritikan membina..
“Tetapi apabila fitnah liar yang sama-sekali tidak berasas dilemparkan kepada keluarga saya, saya tidak akan berdiam diri atau bertolak-ansur.
Sedar dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan-tuduhan yang mengaitkan dirinya dan keluarga dengan 1MDB, beliau tegas menafikan setiap perkara tersebut.
Tulisan di dalam sebuah artikel yang dikeluarkan HarakahDaily bertajuk ‘Dana 1MDB Biaya Syarikat Filem Riza Aziz (Bhg 2)’ yang diterbitkan pada 19 Februari lalu ujar Najib adalah fitnah semata-mata dan tidak lebih dari sekadar pembohongan.
“Saya sedar akan pelbagai tohmahan yang dilemparkan mengaitkan saya dan 1MDB.
“Sesungguhnya apa yang ditulis di dalam artikel HarakahDaily tersebut adalah fitnah pihak tidak bertanggungjawab yang tidak lebih daripada sekadar pembohongan, langsung tidak bersandarkan fakta dan tanpa apa-apa bukti kukuh,” katanya.
Mengenai tuntutannya kepada Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakop susulan penerbitan artikel tersebut, Najib menjelaskan ia adalah haknya untuk mempertahankan dirinya dan keluarga dari terus menjadi mangsa difitnah.
“Sebagai warga negara Malaysia, saya berhak untuk mempertahankan diri saya dan keluarga saya daripada fitnah jahat ini menggunakan sistem undang-undang negara.
“Saya telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang menuntut HarakahDaily menarik balik artikel tersebut,” katanya.

AMUKANMELAYU - Apajua yang berlaku di Malaysia.....semuanya adalah salah UMNO.