,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday 24 March 2015

KEMANA ARAH PERJUANGAN PAKATAN RAKYAT? - RAKYAT PERLUKAN PR ATAU PR PERLUKAN RAKYAT.......


“…Dalam tunduk akur kehendak politik, para hakim jadi rakan jenayah pembunuhan, kebebasan integriti badan kehakiman. Mereka menjual diri mereka kepada syaitan, memperdagangkan nurani mereka demi jaminan kepada kebendaan dan jaminan jawatan,” ini ucapan Nurul Izzah di parlimen pada 10 Mac 2015.




Siapa Kata MP Kebal Undang-Undang?



Menurut perlembagaan Persekutuan Perkara 63(4) anggota parlimen tiada kekebalan. Menurut Seksyen itu, ianya mengenepikan Perkara 63(2) berhubungan dengan kekebalan ahli parlimen, kerana seorang ahli parlimen boleh didakwa menggunakan Artikel 10(4) Perlembagaan Persekutuan atau sebarang kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.
Seorang anggota Parlimen tertakluk di bawah Seksyen 36(8), anggota Parlimen dalam perbahasan adalah dilarang menyentuh kelakuan atau sifat Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Yang di-Pertua Negeri atau hakim-hakim dan lain-lain orang yang menjalankan keadilan mahkamah atau Majlis Pasukan Bersenjata.

Minggu lepas di Dewan Rakyat, Nurul Izzah berucap di dewan Rakyat memfitnah badan kehakiman negara.

Juga pada 7 Mac, melalui himpunan #kitalawan, Nurul juga melakukan fitnah terhadap kehakiman, kerana menjatuhkan hukuman kepada bapanya yang didapati bersalah melakukan hubungan seks diluar tabii (sodomi dengan seorang lelaki).

Pihak pembangkang kini memutar belit berkaitan penahan Nurul minggu lalu, kononnya melanggar statusnya sebagai ahli Parlimen.



Pembangkang hantar notis rujuk IGP ke JK Parlimen....Berpolitik 24 Jam Apa Kejadahnya

Pembangkang sudah menghantar notis kepada Dewan Rakyat dalam usaha mereka merujuk Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan kerana didakwa melanggar keistimewaan ahli Parlimen.

Ini susulan tangkapan dibuat terhadap Naib Presiden PKR Nurul Izzah Ibrahim di bawah Akta Hasutan 1948 kerana mengecam institusi kehakiman..

Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen DAP Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata, notis itu diterima oleh pejabat speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Pakatan kini sedang menunggu keputusannya.

Bukan ahli Parlimen boleh dirujuk ke jawatankuasa itu jika dianggap melanggar keistimewaan seseorang anggota dewan.

Kit Siang berkata, tindakan Khalid bertentangan dengan peruntukan Fasal 63(2) Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kekebalan bagi sesuatu yang diucap seseorang wakil rakyat semasa perbahasan dalam Dewan.

“Oleh itu, ia merupakan suatu pencabulan yang amat serius terhadap hak dan keistimewaan Dewan.

“Pengecualian di bawah Fasal 63(4) juga tidak membenarkan tindakan polis terhadap Nurul Izzah kerana ucapan yang dibaca beliau tidak menyentuh mana-mana perkara di bawah Seksyen 3(1)f Akta Hasutan 1948,” kata Lim dalam surat tersebut.

“Kekebalan seseorang ahli Parlimen juga disebut dengan nyata di bawah Seksyen 3 dan Seksyen 7 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 tanpa apa-apa pengecualian.”

Lim berkata, sehubungan penahanan Nurul Izzah pada 16 Mac lalu, Khalid bertanggungjawab sepenuhnya dan mempunyai pengetahuan peribadi pada setiap masa berkenaan penangkapan dan penahanannya.

“Oleh yang demikian saya memohon supaya Yang di-Pertua merujuk ketua polis negara ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana penghinaan dan gangguan terhadap perjalanan Dewan yang mulia ini,” katanya.

 Busuknya.......!


Pernah jadi Ahli Parlimen BN kununnya mahu jadi HERO...!

Entah apalah malanya nasib YAB Datuk Sri Najib apabila ada spesis spesis seperti ini dalam pimpinan UMNO...? Kununnya mahu pertahankan Nurul Izzah dengan menyebutkan tentang IMUINITI dalam Parlimen....

Apakah seseorang Ahli Parlimen boleh bercakap apa sahaja di Parlimen?

Imuniti atau keistimewaan yang diberi kepada seseorang ahli Parlimen di bawah Artikel 63 Perlembagaan Persekutuan bukanlah sesuatu yang bersifat mutlak, total dan bebas sepenuhnya sebaliknya masih mempunyai sekatan dan batasan tertentu.

Berdasarkan Artikel 63 (4) Perlembagaan yang menyatakan keistimewaan daripada dikenakan tindakan mahkamah ke atas apa yang dicakapkan ketika prosiding Dewan Negara atau Dewan Rakyat adalah tertakluk pada empat perkara.

Empat perkara tersebut ialah :

a) berhubung Artikel 153 iaitu hak istimewa orang Melayu,

b) Artikel 152 mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,

c) Artikel 181 tentang raja-raja Melayu dan keempat,

d) perkara yang tergolong kepada definisi hasutan menurut Akta Hasutan 1948.

‘‘Maknanya jika yang dibangkitkan Ahli Parlimen itu menyentuh soal Artikel 153, 152, 181 dan hasutan di bawah Akta Hasutan, maka seseorang ahli parlimen itu boleh diambil tindakan di mahkamah atas apa yang mereka cakap dalam Parlimen.

Apabila anak sulung Anwar itu meroyan, meraban, melalak sewakyu berucap dalam Dewan Rakyat tempoh hari menghina Yang Arif Hakim Hakim dengan kata kata;
“…Dalam tunduk akur kehendak politik, para hakim jadi rakan jenayah pembunuhan, kebebasan integriti badan kehakiman. Mereka menjual diri mereka kepada syaitan, memperdagangkan nurani mereka demi jaminan kepada kebendaan dan jaminan jawatan,” ini ucapan Nurul Izzah di parlimen pada 10 Mac 2015.
Nurul Izzah telah menyentuh perkara yang berkaitan dengan perkara d) di atas bila menuduh hakim menjual diri mereka kepada syaitan.

‘‘Sebelum ini pun sudah ada beberapa kes salah laku ahli parlimen dalam dewan rakyat. Mahkamah Persekutuan dalam kes Mark Koding yang menyatakan imuniti ahli Parlimen bukan mutlak seperti anggapan umum sebaliknya tertakluk pada sekatan sebagaimana Artikel 63 (4).

‘‘Sebelum ini pun sudah ada beberapa kes salah laku ahli parlimen dalam dewan rakyat.  Mahkamah Persekutuan dalam kes Mark Koding yang menyatakan imuniti ahli Parlimen bukan mutlak seperti anggapan umum sebaliknya tertakluk pada sekatan sebagaimana Artikel 63 (4).
Mark-Koding
Pada tahun 1982, Ahli Parlimen Kinabalu atas tiket Barisan Nasional,  Mark Koding (gambar) pernah disabitkan kesalahan menghasut berikutan ucapannya di Dewan Rakyat, pada 11 Oktober 1978. Mark Koding mempersoalkan dasar kerajaan membenarkan sekolah Cina dan Tamil diteruskan di negara ini.
Mark Koding ketika itu menyokong penutupan sekolah-sekolah Cina dan Tamil serta menyatakan jika perkara tersebut melanggar Perkara 152 Perlembagaan, maka Perlembagaan perlu dipinda.
Ini ucapan yang telah disebut oleh Mark Koding :
Keadaan eksklusif dalam negara kita di masa ini adalah hasil daripada baik hati kaum bumiputra membiarkan sekolah-sekolah China dan India menggunakan bahasa mereka selepas Merdeka. Sekiranya tokoh-tokoh kita yang awal dapat meramalkan keadaan yang berlaku pada masa ini dan tidak bertolak ansur untuk menghapuskan pelajaran China dan Tamil sudah tentu kita tidak akan menghadapi masalah yang kita hadapi sekarang ini.
“Bagaimanapun, masih ada lagi masa untuk kita membaiki keadaan ini. Tindakan kita bukanlah mencerminkan tujuan dan kepercayaan tokoh-tokoh kita yang lalu oleh sebab mereka telah bertindak berdasarkan kepada keadaan yang wujud pada masa itu dan mereka dengan ikhlas mempercayai bahawa mereka telah dapat menyelesaikan isu tersebut. Mereka tidak dapat disalahkan dengan apa yang terjadi pada hari ini oleh sebab cabaran-cabaran yang kita terima hari ini bukanlah datang dari zaman mereka. Cabaran yang kita hadapi sekarang adalah tanggungjawab kita untuk mengatasinya”.
”Tuan Yang di-Pertua, masanya sudah tiba bagi Dewan yang mulia ini untuk memutuskan samada kita akan terus membenarkan sekolah-sekolah China dan Tamil dan bahasa-bahasa tersebut di papan-papan tanda di jalan-jalan raya di negeri itu. Saya, seratus peratus berpendapat bahawa kita harus menutup sekolah-sekolah jenis tersebut dan menyekat sama sekali penulisan papan-papan tanda dalam bahasa-bahasa itu.
“Sekiranya tindakan-tindakan ini kelak bertentangan dengan Artikel 152 Perlembagaan maka kita harus merombak Perlembagaan tersebut demi kepentingan rakyat dan negara. Kalau kita gagal melakukan hakikat ini bermakna kita menghampakan amanah yang diamanatkan oleh rakyat dan juga melenyapkan harapan dan aspirasi generasi baru kita yang tidak mahu melihat negara mereka dicap oleh identiti orang asing. Adakah kita mahu mengwujudkan identiti kita atas asas kemelayuan, kechinaan atau keindiaan. Saya rasa sudah pasti kemelayuan atau kebumiputeraan kerana tidak ada alternatif yang lain demi survival negara kita”

Tutup sekolah Cina: 
MCA mahu MPM didakwa MCA hari ini menuntut Majlis Perundingan Melayu (MPM) diheret ke mahkamah atas dakwaan menghasut kerana cadangan membubarkan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. 
Ahli jawatankuasa pusat MCA, Loh Seng Kok berkata precedent telah dilakukan pada 1978 apabila Mark Koding, seorang ahli parlimen dari Sabah didakwa mengikut Akta Hasutan kerana membuat kenyataan yang sama ketika perbahasan Dewan Rakyat. "Ini adalah contoh, di mana di Parlimen juga seseorang indivitu tidak mempunyai imuniti mutlak ke atas kenyataan berbaur hasutan yang mereka luahkan,” katanya. Menurut Loh, undang-undang hasutan boleh diambil ke atas MPM kerana sekolah-sekolah berkenaan dijamin mengikut Akta Pendidikan 1996 dan Artikel 152 (A) perlembagaan persekutuan. 
Selain mempelajari bahasa ibunda, Loh berkata sekolah jenis kebangsaan tidak membantutkan perpaduan nasional kerana pelajar juga diwajibkan mempelajari bahasa Malaysia dan ditiupkan dengan semangat cintakan negara. "Sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil tidak menghalang perpaduan nasional. Sebaliknya, kumpulan fanatik dan pelampau seperti MPM adalah dalang utama yang cuba mengagalkan perpaduan nasional,” kata Loh. 
Beliau mengulas kenyataan yang dibuat oleh ahli jawatankuasa pengemudi MPM, Kamaruddin Kachar dan Mohd Hilmi Ismail yang dilaporkan media berkata sekolah jenis kebangsaan sepatutnya dibubarkan. Kenyataan itu dibuat berikutan desakan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek agar kerajaan persekutuan meningkatkan dana untuk sekolah-sekolah berkenaan. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN



AMUKANMELAYU - Rakyat tiada lagi pembelaan dalam PARLIMENT.....MP asik nak selamatkan KRONI yang banyak buat salah pada undang-undang Negara.....