,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday 17 March 2015

WALAUPUN DI KENCING DAN DI HINA DAP, UMNO TETAP MUSUH BERSAMA


  1. SALAM BRO,TANYA DENGAN SEMUA AHLI PAS DI LUAR SANA,SIAPAKAH SEBENAR MUSUH MEREKA SELAMA INI ? JANGAN BERI JAWAPAN NANTI ` INI SEMUA SALAH UMNO `
    Reply

17 AJK PAS kawasan Batu umum letak jawatan

March 16, 2015



KUALA LUMPUR, 16 Mac – Tujuh belas anggota jawatankuasa PAS Kawasan Batu di sini, diketuai Yang Dipertuanya, Ishak Surin, hari ini mengumumkan peletakan jawatan atas alasan tidak lagi sehaluan dengan kepemimpinan pusat parti itu.
Ishak berkata, turut meletak jawatan serta-merta ialah Timbalan Yang Dipertua, Datuk Shuhaimi Ab Rahaman, Naib Yang Dipertua, Datuk Tarmizi Mohd Jam, Setiausaha Kawasan, Datuk Ismail Yahaya dan Ketua Penerangan kawasan, Marzuki Zakaria.
Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Ishak berkata, perletakan jawatan mereka akan dimaklumkan secara rasmi kepada PAS Pusat dalam masa terdekat.

ISHAK-SURIN-PAS-BATU

17 orang daripada 25 orang pemimpin PAS Batu menandatangani persetujuan untuk tindakan bermufarakah ini.
“Tindakan bermufarakah bererti tidak lagi bersetuju atau mengikut presiden tetapi mereka tidak keluar parti.
“Kami hanya akan kembali ke jawatan itu selepas Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya menyelesaikan krisis dalam PAS dan juga isu dengan parti dalam pakatan.
“Kami berharap pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Batu kali ke-30 yang akan berlangsung pada 19 April 2014 depan, tiada sebarang cawangan dan dewan-dewan yang mencalonkan kami untuk sebarang jawatan di peringkat PAS kawasan Batu.
“Kami kecewa, sedih dan kesal terhadap sikap Hadi Awang yang gagal menyelesaikan isu-isu dalaman sehingga mencetuskan krisis yang berlarutan dalam PAS.
“Ini merupakan krisis paling teruk sejak kepimpinan ulama diperkenalkan pada tahun 1982 selepas Presiden PAS ketika itu Datuk Mohd Asri Muda dijatuhkan, kira-kira 30 tahun yang lalu,” katanya.

‘Umno support on hudud not sign of unity gov’t’


Umno Kelantan working with the PAS state government to pass the upcoming hudud enactment does not imply the makings of a unity government.

PAS vice-president Tuan Ibrahim Tuan Man said this today calling for Pakatan Rakyat partners DAP and PKR not to let the issue break the coalition up.

Umno tetap menjadi ‘musuh’ bersama – PAS 

TuanIbrahim-Pas-Umno
KUALA LUMPUR, 16 Mac: Naib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata DAP dan PKR perlu menyatakan persetujuan terhadap enakman Jenayah Syariah Kelantan untuk mengelakkan perpecahan dalam Pakatan Rakyat.
Beliau berkata enakman itu adalah hak bagi orang Islam dan tiada kena mengena dengan masyarakat bukan Islam.
“Lagipun mereka telah melakukan melalui proses demokrasi yang menjadi asas perjuangan bersama.
Namun jangan pula bila Umno menyatakan sokongan kepada enakman tersebut, maka itu jadi petanda Umno akan bergabung dengan PAS.
“Kerana perkara wajib bagi umat Islam, ianya mesti sama dari sudut penerimaan dan beriman dengannya dan mesti disokong.
“Apakah bila (bekas perdana menteri)Tun Mahathir menyerang 1MDB (1 Malaysia Development Bhd) sebagaimana kita menyerang (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib Tun Razak lalu kita buat kesimpulan Mahathir akan menyertai PR?
“Ada perkara yang menjadi hak bersama, dan ada perkara yang kita berbeza. Umno dan Barisan Nasional tetap menjadi ‘musuh’ bersama,” katanya dalam satu kenyataan


DATUK Seri Syed Ali Alhabshee menyifatkan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man terlalu sombong dan angkuh apabila menegaskan UMNO tetap menjadi 'musuh bersama' parti itu dan Pakatan Rakyat (PR).


Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menjelaskan, PAS sebenarnya sedang bermasalah dengan sektunya dalam PR bersabit enakmen Jenayah Syariah Kelantan bagi melaksanakan hukum hudud.

"Parti itu sebenarnya sedang bermasalah, tetapi cuba mengalih perhatian umum dengan menyerang UMNO," ujarnya.

Beliau mempersoalkan mengapa UMNO yang menjadi sasaran kecaman pemimpin PAS sedangkan parti itu sebenarnya bersengketa dengan DAP dan PKR.

"Dalam isu hudud, UMNO sokong cadangan PAS walaupun berbeza ideologi politik, tetapi Naib Presdiden itu parti berlagak angkuh dan sombong dengan membuat penegasan sedemikain  rupa," katanya.

Kenyataan Tuan Ibrahim bagaimanapun kata beliau, tidak memberi kesan kepada UMNO kerana parti mengambil pendirian ikhlas menyokong cadangan hudud kerana ianya sebahagian daripada tuntutan agama.

"Tetapi yang jadi masalahnya ialah sikap orang PAS sendiri, langsung tidak bersyukur. UMNO tidak terkilan kerana sedar PAS semakin hilang kredibilitinya sebagai parti yang kononnya memperjuangkan kepentingan umat Islam," tegasnya.


AMUKANMELAYU - Kesombongan dan NAFSU telah mengatasi IMAN dan AKAL........