,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 26 February 2014

ISSU AIR SELANGOR - DEMI RAKYAT KHALID SEPENDAPAT DENGAN NAJIB DAN TPM


Akhirnya Khalid Ibrahim Turunkan Tandatangan Dengan Bersaksikan Najib & Muhyiddin


MB Selangor TS Khalid Ibrahim sekarang boleh gelak besar.

Gelak Khalid turut ditumpang oleh PM DS Najib Razak.

Mereka punya alasan untuk gelak besar, kerana apa jua yang terjadi selepas 23 Mac 2014, malah jika Khalid digantikan oleh DS Anwar Ibrahim untuk jawatan MB Selangor, Projek Empangan Langat 2 tetap akan diteruskan.

Hari ini, Khalid menurunkan tandatangan dengan bersaksikan PM dan TPM dokumen persefahaman dengan Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau untuk membuka laluan Projek Empangan Langat 2 dimulakan.

Perkara kedua ialah pengambilalihan konsesi air Selangor oleh Kumpulan Darul Ehsan dari Syabas dengan kos RM9.65 bilion.

Malah dalam kenyataannya, MB Selangor itu menegaskan, jika badan timbang tara antarabangsa yang dilantik menilaikan harga tawaran adalah lebih tinggi, kerajaan Selangor bersedia membayar mengikut harga nilaian tersebut. Sebaliknya jika harga nilaian adalah lebih rendah, Khalid bagi pihak kerajaan Selangor menghalalkan kepada pemegang konsesi sekarang.

Terima kasih Khalid kerana bersedia membantu Najib untuk sailang Anwar, sebelum beliau menjadi MB


AMUKANMELAYU - Melayu besatu....Syukur pada Allah...