,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 19 February 2014

PRK KAJANG - "RAKYAT LAWAN ANWAR" Mengajar Anak Muda Supaya Tidak Membayar Hutang Adalah Kerja Jijik dan Kotor.

 

Dosa Hutang Tidak Akan Terampuni Walaupun Mati Syahid
Dari ‘Abdillah bin ‘Amr bin Al ‘Ash, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
يُغْفَرُ لِلشَّهِيدِ كُلُّ ذَنْبٍ إِلاَّ الدَّيْنَ
“Semua dosa orang yang mati syahid akan diampuni kecuali hutang.” (HR. Muslim no. 1886)
Oleh karena itu, seseorang hendaknya berpikir: “Mampukah saya melunasi hutang tersebut dan mendesakkah saya berhutang?” Karena ingatlah hutang pada manusia tidak bisa dilunasi hanya dengan istighfar.

BANYAKNYA DUIT ANWAR NAK LANGSAIKAN HUTANG ORANG MUFLIS DI KAJANG
Anwar menyatakan fenomena muflis bukan hanya tertumpu di Semenanjung Malaysia tetapi juga di Sabah dan Sarawak terutama di kawasan bandar. Dia merujuk pada kenyataan  Dato Nancy Shukri - Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Di Kuching ada 6,925 kes, Miri ada 4,058 kes dan Sibu 2,557 kes.

Kata Anwar lagi, berdasarkan statistik Jabatan Insolvensi Malaysia bagi tahun 2012, pecahan bagi kaum adalah Melayu - 48.8% , Cina - 33.2% dan India - 14.1%.

Yang mengejutkan Anwar pula adalah sebanyak 4,100 iaitu 21% adalah yang berumur bawah 34 tahun. Antara penyebab muflis adalah kegagalan membayar pinjaman kenderaan,  perumahan dan kad kredit.


Lebih kurang jam 11:20 sehingga 11:45 pagi semalam, bertempat di Dewan Media, A-G-09, Ibu Pejabat PKR, Jalan Tropicana Selatan 1, Merchant Square, Petaling Jaya, satu sidang media telah diadakan oleh Anwar Ibrahim dalam usahanya berkempen dalam PRK DUN Kajang. Anwar Ibrahim menggunakan ISU MUFLIS dan 7 perkara utama setempat di Kajang yang katanya akan diberikan perhatian khusus.

Anwar Ibrahim dan janji-janjinya bukanlah satu perkara aneh. Seperti yang dikenali, Anwar Ibrahim merupakan antara yang paling pandai berjanji dan janji-janjinya pula dipercayai serta diimani oleh para pengikutnya walaupun mereka sendiri ternganga-nganga apabila diminta memberikan bukti.

Sidang media semalam telah dihadiri lebih kurang 30 orang yang terdiri daripada para pemimpin PKR dan wartawan termasuklah Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan merangkap Pengarah Strategik PKR.

Dan apabila adanya Rafizi Ramli dalam sesi tersebut, bermakna akan adalah perangkaan serta data-data merapu yang diselindungkan secara bijak seperti yang dilakukannya sebelum ini.

Rafizi Ramli cenderung untuk berbohong dengan menggunakan angka memandangkan sebahagian besar rakyat Malaysia malas dan enggan berfikir secara matematik selain melihat matematik dan angka sebagai sesuatu yang menyusahkan.

Dalam sidang media semalam, Anwar Ibrahim memetik tentang statistik Jabatan Insolvensi Malaysia yang menunjukkan semenjak bulan Januari sehingga September 2013 seramai 16,306 orang telah diisytiharkan muflis dengan jumlah prata adalah 1,812 setahun. Katanya, kemuflisan tersebut disebabkan oleh kos sara hidup selain kenaikan harga barang dan kesan daripada pengurang muflis.

Yang tidak disebutkan langsung oleh Anwar Ibrahim ialah peningkatan jumlah mereka yang muflis bukanlah disebabkan oleh tuntutan asasi mahupun kenaikan harga barangan seperti yang didakwanya, sebaliknya kerana nafsu dan kemahuan serta keinginan untuk hidup mewah.

Tidak ada seorang pun manusia di Malaysia ini yang muflis kerana membeli beras atau ikan atau sayur. Sebaliknya lebih ramai yang muflis kerana gagal melangsaikan bayaran rumah yang tidak sepadan dengan pendapatan. Ramai yang berharap, negara maju bermakna mereka tidak perlu bekerja keras kerana kerajaan akan memperbanyakkan subsidi dan mereka pula boleh bergoyang kaki. Sedangkan keadaan tersebut tidak wujud di mana-mana di dunia ini hatta negara termaju di dunia mahupun negara pengeluar petroleum terbanyak dunia. Semua rakyatnya perlu bekerja keras untuk menyeimbangkan keadaan semasa dengan pendapatan.

Jabatan Insolvensi Malaysia sendiri telah merumuskan bahawa penyebab utama muflis adalah KEGAGALAN MEMBAYAR PINJAMAN KENDERAAN, PERUMAHAN DAN KAD KREDIT.

Anwar berjanji untuk menyelesaikan perkara tersebut sekiranya dia dipilih sebagai ADUN Kajang. Bagaimanapun, Anwar Ibrahim tidak menyatakan kaedah yang akan dilakukannya. Adakah dia akan mengeluarkan wangnya sendiri untuk membayar semua hutang-hutang tersebut atau dia sekadar berjanji sepertimana yang kerap dilakukannya sebelum ini.

Alasan kononnya, masalah kesempitan kewangan adalah disebabkan oleh kenaikan kos sara hidup yang lebih tinggi dari kadar pendapatan sehingga menyebabkan rakyat perlu menampung perbelanjaan harian menerusi pinjaman peribadi atau kad kredit seperti yang dinyatakan oleh Anwar Ibrahim, merupakan alasan yang paling bodoh dan dangkal memandangkan alasan yang sebenarnya adalah disebabkan oleh sifat tidak dapat menahan diri untuk berbelanja tanpa mengukur pendapatan sendiri.

Keadaan persekitaran sudah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia tidak semiskin sepertimana yang digambarkan oleh Anwar Ibrahim dan PKR. Jalanraya sentiasa sesak. Rumah-rumah yang dinaikkan harga oleh pemaju akibat kenaikan cukai tanah dan premium tanah serta lesen perniagaan oleh Kerajaan Negeri, khususnya di Selangor dan Pulau Pinang, masih juga dibeli oleh rakyat Malaysia. Kuasa beli yang besar, telah menyebabkan kenaikan harga dan keadaan ini sebenarnya mempunyai kaitan yang sangat lemah dengan campurtangan kerajaan.

Dalam sidang media itu, Anwar Ibrahim turut berjanji akan menyelesaikan 7 perkara berbangkit di Kajang seperti kebersihan, sampah, jalanraya, bantuan kepada keluarga berpendapatan rendah, pengurusan gerai penja dan peniaga kecil, perkhidmatan Majlis Perbandaran Kajang serta keselamatan dan jenayah.

Ironinya, kesemua perkara berbangkit tersebut mempunyai kaitan langsung dengan kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan, bukannya Kerajaan Persekutuan sedangkan pada masa yang sama, Anwar Ibrahim cuba mengaitkan dan menyalahkan UMNO serta Najib Abdul Razak.

Justeru, kempen yang dijalankan oleh Anwar Ibrahim sebenarnya tidak lebih daripada sekadar satu kempen dan harapan untuk melihat perubahan drastik di Kajang, tidak mungkin tercapai kerana Anwar Ibrahim hanya dikenali sebagai pengukir janji.

Berstatus Muflis Di Usia Muda Kerana Hidup Bermewah


Rosland Mohd. Arif

APA perasaan anda apabila menyandang status muflis pada usia yang masih terlalu muda'? Tambah lagi apabila silapnya adalah anda tidak mampu lagi membayar hutang kad kredit yang mencecah ribuan ringgit. Atau mungkin kerana menjadi mangsa kepada ketaksuban untuk bertukar-tukar kereta pada hal kewangan belum benar-benar layak untuk berbuat demikian.
Bukan itu sahaja, anda juga sudah boleh menjadi penjamin pinjaman orang lain dan mempunyai hak menentukan keperluan diri sendiri terutama dalam aspek pembelian harta dan sebagainya.
Tidak salah memenuhi keperluan asas, namun salah langkah dan tanpa perancangan kewangan yang teliti bahana menanti.
Apatah lagi dengan promosi yang bertambah-tambah galak terutamanya apabila majikan mengumumkan kenaikan gaji dan bonus. Serentak itu berpusu-pusulah juga bank dan kakitangannya membuat promosi menarik dengan janji-janji serba indah.
Mungkin apa yang berlaku hari ini tidak sama seperti 20 hingga 30 tahun dulu. Dulu kuasa membeli kita terlalu rendah namun keadaan tersebut memang amat berbeza kini.
Jangan leka tak berjimat dan seronok nak bergaya sangat, kerana salah langkah buruk padahnya, tidur tak lena, tekanan di sini sana.
Lebih memburukkan keadaan, dalam usia yang masih boleh dikategorikan muda anda sudah disenaraihitamkan oleh institusi perbankan atau lebih teruk bergelar muflis.
Muflis terjadi apabila berlaku situasi ketidakupayaan membayar kembali hutang, liabiliti, entiti, aset atau apa jua kaedah dalam urusniaga mata wang kertas kepada pemberi hutang melebihi tempoh yang dibenarkan.
Adakalanya mungkin keadaan yang menyebabkan seseorang individu itu terjebak dalam keadaan ini. Kurangnya pengetahuan dalam ilmu pengurusan kewangan juga boleh menjadi punca seseorang itu terjebak menjadi muflis.
Dalam satu laporan akhbar yang diterbitkan baru-baru ini menyebut, hampir 45,000 individu yang berumur di bawah 35 tahun di negara ini diisytiharkan muflis sejak tiga tahun lalu. Statistik itu berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.
Daripada jumlah tersebut, secara purata 41 individu muflis setiap hari akibat kegagalan menjelaskan bebanan bayaran kad kredit, yuran perubatan, sewa beli dan hutang ah long.
Perkara tersebut diakui sendiri oleh
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selvaraj.
Menurut beliau, kajian awal yang dilakukan oleh FOMCA terhadap 100 individu mendapati golongan tersebut menghabiskan 30 peratus daripada gaji mereka untuk membayar hutang-hutang yang tertunggak setiap bulan.
Kesimpulannya, bagi mereka yang baru bekerja, kira ke mana duit kamu dibelanjakan, jangan boros, kamu lebih panjang akal dan panjang langkah. Tak perlu bayar bil telefon beratus-ratus, tak perlu bayar bil stesen televisyen satelit, pakaian berjenama, bergaya dengan kereta atau makan bermewah cukuplah sekadar bersederhana dan naikkan elaun bulanan orang tua bagi mendapatkan keberkatan. Utusan Melayu (M) Bhd

Bahaya Orang yang Enggan Melunasi Hutangnya


Alhamdulillahi robbil ‘alamin. Allahumma sholli ‘ala nabiyyina Muhammad, wa ‘ala alihi wa shohbihi wa sallam.
Risalah kali ini adalah lanjutan dari risalah sebelumnya. Pada risalah sebelumnya, kami telah menjelaskan mengenai keutamaan orang yang memberi pinjaman, keutamaan memberi tenggang waktu pelunasan dan keutamaan orang yang membebaskan sebagian atau keseluruhan hutangnya. Pada risalah kali ini agar terjadi keseimbangan pembahasan, kami akan menjelaskan beberapa hal mengenai bahaya orang yang enggan melunasi hutangnya. Semoga bermanfaat.

Keutamaan Orang yang Terbebas dari Hutang
Dari Tsauban, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ فَارَقَ الرُّوحُ الْجَسَدَ وَهُوَ بَرِىءٌ مِنْ ثَلاَثٍ دَخَلَ الْجَنَّةَ مِنَ الْكِبْرِ وَالْغُلُولِ وَالدَّيْنِ
“Barangsiapa yang ruhnya terpisah dari jasadnya dan dia terbebas dari tiga hal: [1] sombong, [2] ghulul (khianat), dan [3] hutang, maka dia akan masuk surga.” (HR. Ibnu Majah no. 2412. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih). Ibnu Majah membawakan hadits ini pada Bab “Peringatan keras mengenai hutang.”

Mati Dalam Keadaan Masih Membawa Hutang, Kebaikannya Sebagai Ganti
Dari Ibnu ‘Umar, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ دِينَارٌ أَوْ دِرْهَمٌ قُضِىَ مِنْ حَسَنَاتِهِ لَيْسَ ثَمَّ دِينَارٌ وَلاَ دِرْهَمٌ
“Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang satu dinar atau satu dirham, maka hutang tersebut akan dilunasi dengan kebaikannya (di hari kiamat nanti) karena di sana (di akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham.” (HR. Ibnu Majah no. 2414. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih). Ibnu Majah juga membawakan hadits ini pada Bab “Peringatan keras mengenai hutang.”
Itulah keadaan orang yang mati dalam keadaan masih membawa hutang dan belum juga dilunasi, maka untuk membayarnya akan diambil dari pahala kebaikannya. Itulah yang terjadi ketika hari kiamat karena di sana tidak ada lagi dinar dan dirham untuk melunasi hutang tersebut.

Urusan Orang yang Berhutang Masih Menggantung
Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
نَفْسُ الْمُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ
“Jiwa seorang mukmin masih bergantung dengan hutangnya hingga dia melunasinya.” (HR. Tirmidzi no. 1078. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih sebagaiman Shohih wa Dho’if Sunan At Tirmidzi)
Al ‘Iroqiy mengatakan, “Urusannya masih menggantung, tidak ada hukuman baginya yaitu tidak bisa ditentukan apakah dia selamat ataukah binasa, sampai dilihat bahwa hutangnya tersebut lunas atau tidak.” (Tuhfatul Ahwadzi, 3/142)

Orang yang Berniat Tidak Mau Melunasi Hutang Akan Dihukumi Sebagai Pencuri
Dari Shuhaib Al Khoir, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
أَيُّمَا رَجُلٍ يَدَيَّنُ دَيْنًا وَهُوَ مُجْمِعٌ أَنْ لاَ يُوَفِّيَهُ إِيَّاهُ لَقِىَ اللَّهَ سَارِقًا
“Siapa saja yang berhutang lalu berniat tidak mau melunasinya, maka dia akan bertemu Allah (pada hari kiamat) dalam status sebagai pencuri.” (HR. Ibnu Majah no. 2410. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan shohih)

Al Munawi mengatakan, “Orang seperti ini akan dikumpulkan bersama golongan pencuri dan akan diberi balasan sebagaimana mereka.” (Faidul Qodir, 3/181)
Ibnu Majah membawakan hadits di atas pada Bab “Barangsiapa berhutang dan berniat tidak ingin melunasinya.”

Ibnu Majah juga membawakan riwayat lainnya. Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ أَخَذَ أَمْوَالَ النَّاسِ يُرِيدُ إِتْلاَفَهَا أَتْلَفَهُ اللَّهُ
“Barangsiapa yang mengambil harta manusia, dengan niat ingin menghancurkannya, maka Allah juga akan menghancurkan dirinya.” (HR. Bukhari no. 18 dan Ibnu Majah no. 2411). Di antara maksud hadits ini adalah barangsiapa yang mengambil harta manusia melalui jalan hutang, lalu dia berniat tidak ingin mengembalikan hutang tersebut, maka Allah pun akan menghancurkannya. Ya Allah, lindungilah kami dari banyak berhutang dan enggan untuk melunasinya.

Masih Ada Hutang, Enggan Disholati
Dari Salamah bin Al Akwa’ radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:
Kami duduk di sisi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Lalu didatangkanlah satu jenazah. Lalu beliau bertanya, “Apakah dia memiliki hutang?” Mereka (para sahabat) menjawab, “Tidak ada.” Lalu beliau mengatakan, “Apakah dia meninggalkan sesuatu?” Lantas mereka (para sahabat) menjawab, “Tidak.” Lalu beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam menyolati jenazah tersebut.

Kemudian didatangkanlah jenazah lainnya. Lalu para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah shalatkanlah dia!” Lalu beliau bertanya, “Apakah dia memiliki hutang?” Mereka (para sahabat) menjawab, “Iya.” Lalu beliau mengatakan, “Apakah dia meninggalkan sesuatu?” Lantas mereka (para sahabat) menjawab, “Ada, sebanyak 3 dinar.” Lalu beliau mensholati jenazah tersebut.
Kemudian didatangkan lagi jenazah ketiga, lalu para sahabat berkata, “Shalatkanlah dia!” Beliau bertanya, “Apakah dia meningalkan sesuatu?” Mereka (para sahabat) menjawab, “Tidak ada.” Lalu beliau bertanya, “Apakah dia memiliki hutang?” Mereka menjawab, “Ada tiga dinar.” Beliau berkata, “Shalatkanlah sahabat kalian ini.” Lantas Abu Qotadah berkata, “Wahai Rasulullah, shalatkanlah dia. Biar aku saja yang menanggung hutangnya.” Kemudian beliau pun menyolatinya.” (HR. Bukhari no. 2289)

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam Sering Berlindung dari Berhutang Ketika Shalat
Bukhari membawakan dalam kitab shohihnya pada Bab “Siapa yang berlindung dari hutang”. Lalu beliau rahimahullah membawakan hadits dari ‘Urwah, dari ‘Aisyah bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
كَانَ يَدْعُو فِى الصَّلاَةِ وَيَقُولُ « اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ » . فَقَالَ لَهُ قَائِلٌ مَا أَكْثَرَ مَا تَسْتَعِيذُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مِنَ الْمَغْرَمِ قَالَ « إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا غَرِمَ حَدَّثَ فَكَذَبَ وَوَعَدَ فَأَخْلَفَ » .
“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berdo’a di akhir shalat (sebelum salam): ALLAHUMMA INNI A’UDZU BIKA MINAL MA’TSAMI WAL MAGHROM (Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari berbuat dosa dan banyak utang).”
Lalu ada yang berkata kepada beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Kenapa engkau sering meminta perlindungan adalah dalam masalah hutang?” Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika orang yang berhutang berkata, dia akan sering berdusta. Jika dia berjanji, dia akan mengingkari.” (HR. Bukhari no. 2397)

Al Muhallab mengatakan, “Dalam hadits ini terdapat dalil tentang wajibnya memotong segala perantara yang menuju pada kemungkaran. Yang menunjukkan hal ini adalah do’a Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika berlindung dari hutang dan hutang sendiri dapat mengantarkan pada dusta.” (Syarh Ibnu Baththol, 12/37)
Adapun hutang yang Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berlindung darinya adalah tiga bentuk hutang:
  1. Hutang yang dibelanjakan untuk hal-hal yang dilarang oleh Allah dan dia tidak memiliki jalan keluar untuk melunasi hutang tersebut.
  2. Berhutang bukan pada hal yang terlarang, namun dia tidak memiliki cara untuk melunasinya. Orang seperti ini sama saja menghancurkan harta saudaranya.
  3. Berhutang namun dia berniat tidak akan melunasinya. Orang seperti ini berarti telah bermaksiat kepada Rabbnya. Orang-orang semacam inilah yang apabila berhutang lalu berjanji ingin melunasinya, namun dia mengingkari janji tersebut. Dan orang-orang semacam inilah yang ketika berkata akan berdusta. (Syarh Ibnu Baththol, 12/38)
Itulah sikap jelek orang yang berhutang sering berbohong dan berdusta. Semoga kita dijauhkan dari sikap jelek ini.
Kenapa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sering berlindung dari hutang ketika shalat? Ibnul Qoyyim dalam Al Fawa’id (hal. 57, Darul Aqidah) mengatakan, “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam meminta perlindungan kepada Allah dari berbuat dosa dan banyak hutang karena banyak dosa akan mendatangkan kerugian di akhirat, sedangkan banyak utang akan mendatangkan kerugian di dunia.”
Inilah do’a yang seharusnya kita amalkan agar terlindung dari hutang: ALLAHUMMA INNI A’UDZU BIKA MINAL MA’TSAMI WAL MAGHROM (Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari berbuat dosa dan banyak utang).

Berbahagialah Orang yang Berniat Melunasi Hutangnya
Ibnu Majah dalam sunannya membawakan dalam Bab “Siapa saja yang memiliki hutang dan dia berniat melunasinya.” Lalu beliau membawakan hadits dari Ummul Mukminin Maimunah.
كَانَتْ تَدَّانُ دَيْنًا فَقَالَ لَهَا بَعْضُ أَهْلِهَا لاَ تَفْعَلِى وَأَنْكَرَ ذَلِكَ عَلَيْهَا قَالَتْ بَلَى إِنِّى سَمِعْتُ نَبِيِّى وَخَلِيلِى -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ « مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدَّانُ دَيْنًا يَعْلَمُ اللَّهُ مِنْهُ أَنَّهُ يُرِيدُ أَدَاءَهُ إِلاَّ أَدَّاهُ اللَّهُ عَنْهُ فِى الدُّنْيَا ».
Dulu Maimunah ingin berhutang. Lalu di antara kerabatnya ada yang mengatakan, “Jangan kamu lakukan itu!” Sebagian kerabatnya ini mengingkari perbuatan Maimunah tersebut. Lalu Maimunah mengatakan, “Iya. Sesungguhnya aku mendengar Nabi dan kekasihku shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika seorang muslim memiliki hutang dan Allah mengetahui bahwa dia berniat ingin melunasi hutang tersebut, maka Allah akan memudahkan baginya untuk melunasi hutang tersebut di dunia.” (HR. Ibnu Majah no. 2399. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih kecuali kalimat fid dunya -di dunia-)

Dari hadits ini ada pelajaran yang sangat berharga yaitu boleh saja kita berhutang, namun harus berniat untuk mengembalikannya. Perhatikanlah perkataan Maimunah di atas.

Juga terdapat hadits dari ‘Abdullah bin Ja’far, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِنَّ اللَّهَ مَعَ الدَّائِنِ حَتَّى يَقْضِىَ دَيْنَهُ مَا لَمْ يَكُنْ فِيمَا يَكْرَهُ اللَّهُ
“Allah akan bersama (memberi pertolongan pada) orang yang berhutang (yang ingin melunasi hutangnya) sampai dia melunasi hutang tersebut selama hutang tersebut bukanlah sesuatu yang dilarang oleh Allah.” (HR. Ibnu Majah no. 2400. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih)

Sebaik-baik orang adalah yang paling baik dalam membayar hutang. Ketika dia mampu, dia langsung melunasinya atau melunasi sebagiannya jika dia tidak mampu melunasi seluruhnya. Sikap seperti inilah yang akan menimbulkan hubungan baik antara orang yang berhutang dan yang memberi hutangan.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِنَّ خِيَارَكُمْ أَحْسَنُكُمْ قَضَاءً
“Sesungguhnya yang paling di antara kalian adalah yang paling baik dalam membayar hutang.” (HR. Bukhari no. 2393)

Ya Allah, lindungilah kami dari berbuat dosa dan beratnya hutang, mudahkanlah kami untuk melunasinya.
Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmush sholihaat. Wa shollallahu ‘ala nabiyyiina Muhammad wa ‘ala alihi wa shohbihi wa sallam.
Kami ucapkan jazakumullah khoiron kepada guru kami Al Ustadz Aris Munandar yang telah mengoreksi ulang tulisan ini. Semoga Allah selalu memberkahi ilmu dan umur beliau.
Yogyakarta, 6 Shofar 1430 H


AMUKANMELAYUMembantu MELUNASKAN hutang adalah kerja mulia. Tapi MENGAJAR ORANG BAGAIMANA UNTUK TIDAK BERTANGGUNG JAWAB MELUNASKAN HUTANG ADALAH KERJA YANG JIJIK DAN DI MURKAI ALLAH. Terpulang pada anda untuk memikirkannya.