,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 12 February 2014

JIKA BERHADAPAN DENGAN DAP DAN PAS, TAK PERLU KATA APA-APA TAPI INGATLAH AYAT-AYAT INI


PERLU KITA TAHU HAK KITA SEBAGAI SEORANG ISLAM.

Surah al-Kafirun:
“Katakan(Muhammad s.a.w) Wahai orang-orang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Bagimu agamamu dan bagiku agamaku”.
 

Menurut riwayat Ibnu Abi Hatim dan Ibnu Jarir at-Tobari, ayat ini diturunkan ketika mana kaum kafir Quraish mengajak berkompromi agama dengan kaum muslimin, di mana kaum Quraish meminta agar mereka menyembah Allah selama setahun manakala Muhammad s.a.w dan para mukminin menyembah patung berhala mereka selama setahun. Lalu Allah s.w.t terus menurunkan surah ini sebagai jawapan kepada kafir Quraish. Jelas surah di atas menjelaskan tiada kompromi di dalam urusan agama dan akidah, apa sahaja usaha yang bertentangan dengan agama Allah dan akidah Islam maka ia tertolak dan dibuang jauh-jauh. Adakah berkompromi dengan amalan dan kepercayaan kristian merupakan fahaman yang moderat?
Larangan menyerupai kuffar
Islam menyuruh umatnya menghormati agama lain dan penganutnya. Amalan ini tercatat di dalam hadith sebagai bukti ia sebagai satu saranan bahawa kita sebagai seorang Muslim perlu ada sikap toleransi dengan agama-agama lain dalam ertikata lain menghormati dan memberi hak beragama kepada manusia sejagat.

Imam Bukhari merekodkan di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan bahawa ketika (serombongan orang membawa) jenazah melintas di depan Rasulullah, maka baginda berdiri. Para Sahabat bertanya, “Sesungguhnya ia adalah jenazah orang Yahudi wahai Nabi?” Beliau menjawab, “Bukankah dia juga jiwa (manusia)?”. Hadith sahih ini sebagai bukti bahawa baginda s.a.w mengajar umatnya agar menghormati agama lain.
Namun dalam sikap bertoleransi di dalam agama ada batas-batas yang perlu dijaga oleh setiap muslim tanpa melampauinya. Toleransi adalah perlu tetapi yang ditegah adalah kompromi dengan agama lain, sepertimana firman Allah s.w.t di dalam surah al-An’am ayat 153 yang bermaksud:

“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan itu, Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa.”
Islam juga melarang penganutnya menyerupai agama lain terutama perkara yang melibatkan amalan dan akidah. Larangan ini jelas termaktub di dalam sepotong hadith Rasulullah s.a.w yang bersabda maksudnya:

“Sesiapa meniru sesuatu kaum maka dia adalah sebahagian dari mereka” (Hadith riwayat Abu Daud dari Ibnu Umar r.a, Ibnu Hibban dan al-Haithami di dalam Majmak al-Zawaid. Hadith ini dinilai sahih oleh Sheikh al-Albani di dalam Ghayah al-Maram).
Dalam lafaz tambahan lain, bahawa Ibnu Mas’ud r.a diajak oleh seorang pemuda ke dalam satu majlis, lalu beliau mendengar suara-suara merintih, meratap (dalam kadar melampau) sambil berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa menuruti peratapan satu kaum, dia termasuk dalam golongan mereka”, ditambah lafaz yang lain “Sesiapa redha dengan perbuatan suatu kaum, maka dia bersubahat dengan mereka yang melakukannya”(Rujuk: Kasyf al-Khafa’ oleh al-Sakhawi)
Ringkasnya, meniru atau mencontohi sesuatu kaum dari segi penampilan, perilaku, bahkan beriktikad dalam perayaan mereka dan budaya mereka. Maka jelaslah bahawa membiarkan anak-anak menyertai persembahan krismas ini merupakan satu perbuatan kompromi dan meniru ajaran dan kepercayaan agama Kristian. Tepuk dada, tanya iman sejauhmanakah ketakwaan kita.

Ramai yang suka keluarkan hukum sendiri
Merujuk kepada proses pengeluaran hukum bukan satu yang mudah, ia bukan mengikut andaian individu yang tidak berpandukan tautan ilmu wahyu Allah dan RasulNya. Ia juga bukan hanya dikeluarkan menurut keserasian logik akal seseorang yang disangkakan ia adalah terbaik. Proses istinbat hukum merupakan proses yang melalui displin-displin tertentu yang mana displin-displin ilmu tersebut bukan didapati secara mudah dan cepat, malah ia digarab dalam jangkamasa yang panjang dan memerlukan ketekunan dan kesabaran.
Menyebut tentang penyakit ini ia mengingatkan saya sebuah hadith yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesungguhnya sebelum kiamat, wujudnya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu orang yang benar didustakan, Orang yang dusta dianggap benar, orang yang amanah dianggap khianat, orang yang khianat dianggap amanah, dan ketika itu al-Ruwaibidoh bangkit berbicara. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang yang lekeh berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” (Hadith riwayat Imam Ahmad, Ibnu Majah, al-Bazzar, disahihkan oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh az-Zahabi tentang kesahihannya).

Allah berfirman dalam surat al Kafirun,
لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ

Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku. (QS Al Kafirun: 6)
Sebagian orang menafsirkan ayat ini dengan sembarangan. Mereka mengatakan ayat ini memerintahkan untuk bertoleransi dalam agama.  Boleh memilih diantara agama-agama yang ada (????). Tentu ini adalah penafsiran yang salah dan jauh sekali dari kebenaran. Makna yang benar ayat ini adalah pernyataan berlepas diri dari orang-orang kafir. Dan juga pernyataan batilnya agama mereka. Agama mereka (orang-orang kafir) tidak sama dengan agama kita(orang-orang mukmin).   Serupa dengan ayat ini adalah firman Allah ta’ala,


فَمَن شَاء فَلْيُؤْمِن وَمَن شَاء فَلْيَكْفُرْ

Maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir (QS Al Kahfi: 29)
Apakah ayat ini menunjukkan pilihan? Yaitu bahwa boleh beriman dan boleh tidak??? Tentu tidak demikian. Ayat ini menunjukkan atas sikap berlepas diri dari mereka. Biarkan jika ada yang tidak mau beriman, sesungguhnya telah ditegakkan hujjah atas mereka dan mereka akan merasakan adzab di hari kiamat kelak. Cermatilah kelanjutan firman Allah ta’ala dalam ayat diatas,


وَقُلِ الْحَقُّ مِن رَّبِّكُمْ فَمَن شَاء فَلْيُؤْمِن وَمَن شَاء فَلْيَكْفُرْ إِنَّا أَعْتَدْنَا لِلظَّالِمِينَ نَاراً أَحَاطَ بِهِمْ سُرَادِقُهَا وَإِن يَسْتَغِيثُوا يُغَاثُوا بِمَاء كَالْمُهْلِ يَشْوِي الْوُجُوهَ بِئْسَ الشَّرَابُ وَسَاءتْ مُرْتَفَقاً
 
Dan katakanlah: “Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir”. Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek. (QS Al Kahfi: 29)

{Faedah Kajian Kitab Fathul Majid, syaikh Dr. Saleh al Fauzan hafidzahullah. Riyadh, 23/1/1435H}


AMUKANMELAYU - Nak pesan bagi, jika bercanggah dengan AMALAN RASULLULLAH.....kita WAJIB tinggalkan mereka ini. Ini kerana hanya RASULLULLAH sahaja yang akan memberi SHAFAAT di akhirat kelak......ulamak tidak memberi apa-apa tetapi kita yang memberi pada mereka. Jadi kita berhak untuk menetukan siapa yang patut kita beri dan tiada tarikh akhirnya selagi dia  mengikut Sunnah Rasullullah.