,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 12 March 2012

ELOKLAH TU......Kak Jat tak perlu ronda seluruh negara kerana nak mengatakan tak bersalah.......

Shahrizat berundur



SHAHRIZAT Abdul Jalil sambil meriba seorang kanak-kanak ketika menjawab soalan wartawan pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Jalinan Kasih di Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/HAFIZ JOHARI



SELEPAS sekian lama dihujani persoalan mengenai kedudukannya dalam kerajaan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akhirnya memutuskan akan mengundur diri daripada memegang jawatan itu sebaik sahaja penggal keanggotaannya selaku Ahli Dewan Negara tamat pada 8 April ini.
Dalam satu sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Jalinan Kasih Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di ibu negara, Shahrizat dengan tenang menegaskan keputusan meletak jawatan itu adalah keputusannya sendiri.
Surat mengenai perkara tersebut dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.

tangisanmelayu - Banyak pemimpin dunia berbuat demikian.....walau pun kesnya tidak secara langsung. Keberanian seperti ini  hendaklah menjadi amalan kepada semua pengamal politik. Rasuah, penyelewengan dan perempuan adalah 3 perkara yg menjadi issu moral kepada pengamal politik. Tapi politik di Malaysia ada 4 perkara. Rasuah, Penyelewengan, Perempuan dan Dengki. Rasa tidak bersalah membuatkan ramai lagi yang cuba berselindung di sebalik PERJUANGAN. Perletakan jawatan Kak Jat bukanlah kelemahan UMNO, tapi ianya lebih melihatkan dasar keterbukaan Pentadbiran Najib. Ia amat berlainan dengan PKR, PAS dan DAP. Melindungi mereka yg terlibat dengan sesuatu kes....walau pun masih dalam siasatan atau sebelum mahkamah menjatuhkan hukum adalah amat memalukan....dan kes peribadi di angkat menjadi kes parti atau menarik raayat terlibat sama adalah sangat-sangat memualkan dan merugikan Negara dalam masa panjang. Sudah sampai masanya PAS dan UMNO memencil dan menyingkir mereka yang terlibat dengan 4 perkara diatas dari PARTI. Ingat....PAS berasal dari UMNO.