,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday 1 March 2012

KECERAMUKAN PEMIMPIN MELAYU MASA KINI.....siapa yang rugi dan siapa pula yang untung...

PAS hilang identiti akibat parasit: Hasan Ali



KOTA BHARU: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mendakwa PAS sudah hilang hala tuju perjuangan untuk menegakkan negara Islam dan memartabatkan hukum Hudud disebabkan oleh pengaruh kumpulan “parasit” dalam parti itu.

“Pas sudah hilang falsafah agung perjuangannya untuk menegakkan negara Islam dan memartabatkan hukum Hudud…sudah tidak ada, sudah tutup buku, siapa yang tutup, bukan ulama tetapi parasit inilah yang menutupnya,” katanya ketika menyampaikan ceramah di sini, malam tadi.
Hasan yang dipecat daripada PAS berkata, parti itu kini dikuasai oleh golongan “parasit” sehingga menyebabkan pengaruh golongan ulama semakin terhakis.

“Mereka sudah jatuhkan saya dan sekarang mereka hendak jatuhkan Ustaz Azizan (Abdul Razak) di Kedah, dan mereka akan pergi dari satu tempat ke satu tempat kerana mereka ini ramai,” katanya.
Menurut Hasan, golongan parasit itu terdiri daripada mereka yang belajar di luar negara dan mengamalkan “politik jatuh menjatuhkan” itu sejak di luar negara lagi.
Beliau berharap anggota dan penyokong PAS sedar terhadap apa yang sedang berlaku dalam parti itu. – BERNAMA

Tangisanmelayu - Sendu dan isyakan anak cucu sudah tidak kedengaran lagi....mungkin sudah kering airmata gamaknya.....