,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 12 March 2012

KEMANAKAH HASSAN ALI NAK BAWA JATI, ...gaya nampaknya sama saja....yang lain hanyalah pada logonya saja......


OLAK LEMPIT,Isnin 19 Rabiul Akhir 1433 - Dua hari berada di Lenggong sungguh cukup untuk menyingkap 10 tahun pengalaman di imbau. Makan kenduri, jumpa saudara-saudara jauh yang di tinggalkan, banjir dan basuh rumah, menyusur jalan baru Bukit Sapi ke Air Kala merentasi jambatan tinggalan British walau pun nampak usang tapi masih kukuh. Melawat Pakcik yang uzur, beli ikan pekasan, buah "Genuak" dan makan gulai kemahang dengan pucuk paku.

Melalui kawasan balak yang sebenarnya "anak-anak kayu" merbau, sedikit cengal dan keruin sebesar betis di muatkan dalam lori.....balak katanya. Di persimpangan Pulau Cheri ada sedikit Pokok Jati, dah besar, bercabang dua...tak tau siapa yang usahakan. Batangnya nampak gagah tapi dah banyak di seliputi dengan PARASIT. Dahannya yang sebelah kanan sudah nampak sedikit tua dan Alhamdulillah nampak ada tunas-tunas baru yang mula berdaun muda dan banyak daun yang di makan ulat. Dahan sebelah kiri pula sudah semakin mereput. Ranting-rantingnya banyak yang mati. Tapi mujurlah ada yang masih prihatin mencantas ranting-ranting mati ini dan di tabur baja. Dahan inijuga telah terlalu tua dan parasit yang "hinggap 100 tahun dahulu" tak mahu berganjak dan mencengkam kukuh hingga ke batang pokok.

Nampaknya dahan ini masih belum bertunas......tapi apa yang merisaukan, baja yang di berikan berasal dari sumber yang tidak jelas....sama ada baja pokok atau baja buah. Nampaknya dari gaya dan rupa baja tu sama dengan baja-baja lain yang di tabur di pokok darijenis yang lain. Persoalannya sekarang, adakah pokok JATI ini akan membuahkan buah yang lain hasil dari pendebungaan dari pokok di sekelilingnya. Dahan kiri ini telah banyak rosak kerana telah lama di biar di makan parasit dan pengorbanannya kepada parasit yang pada mulanya hanyalah untung menumpang teduh. Sudah sampai masanya dahan kiri ini mengambil apa yang telah di berikan pada parasit dan menuntuk apa yang sepatutnya seperti yang telah di persetujui dengan pokok dari benih asalnya.
Pengusaha Pokok JATI

tangisanmelayu - nampak nak sama dengan pokok-pokok yang lain jerrrr......