,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday 3 March 2012

HASSAN ALI AKAN SAMAN MAHFUZ........makin bertambahlah mahkamah kat Malaya ni...........

 Datok Mahfuz Omar

Datuk Dr Hasan Mohamed Ali akan menyaman Mahfuz Omar yang memfitnah bahawa Kementerian Belia dan Sukan akan menaja lebih 2,000 program ceramah.

"Saya tidak pernah terlibat dalam mana-mana perundingan dengan pihak Kementerian Belia dan Sukan untuk membincangkan program latihan seperti yang dituduh oleh Ahli Parlimen Pokok Sena," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.

"Saya mendapati tuduhan yang dibuat sehingga memerlukan sidang akhbar khas oleh Mahfuz (semalam) adalah berniat jahat, berunsur fitnah, percubaan memburukkan imej saya di mata rakyat, mencemarkan kredibiliti saya sebagai seorang ahli politik, pakar runding profesional, pakar motivasi dan peneraju Jati.



"Saya telah menyerahkan perkara ini kepada peguam saya untuk mengambil tindakan munasabah, satu tindakan rasmi akan dikeluarkan kemudian," katanya lagi.



Mahfuz difahamkan membaca skrip yang ditulis oleh Anwar Ibrahim yang tergugat sejak tsunami Hasan Ali melanda Pas.
tangisanmelayu - pada fikiran anda.....layakkah mereka memimpin seluruh umat melayu ini kalau sengketa demi sengketa mereka cetuskan hanya kerana kuasa dan melayan nafsu serakah mereka? Kalau bukan mereka, siapakah yang akan menjadi pemimpin kita?