,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday 2 March 2012

SERANGAN KOMUNIS DI HULU LANGAT: PERDANA MENTERI DILAPORKAN TERSELAMAT ........berhati-hatilah dengan mereka, kini mereka ada bersama-sama dengan kita dan missi terakhir mereka adalah MENGKOMUNISKAN orang Melayu

 

 KOMUNIS MALAYA

Friday, March 02, 2012


Kononnya mereka datang menyerbu ke situ kerana mahu berjumpa sendiri dengan DS Najib bagi meminta pembinaan dan operasi loji Lynas di Pahang dibatalkan dengan segera.


Walaupun sudah dinasihatkan secara baik oleh pasukan keselamatan yang bertugas agar tidak menimbulkan sebarang masalah, perempuan kertu tersebut bersama rakan-rakannya langsung tidak peduli. 

Malah mereka dengan lagak sombong cuba menyerbu masuk kedalam kawasan dimana majlis yang akan dihadiri oleh DS Najib itu bakal berlangsung.


Kerana sakit hati dengan kebiadaban yang ditunjukkan oleh oleh Lee Kee Hiong dan rakan-rakan DAPnya yang langsung tidak mahu mengikut arahan yang dikeluarkan oleh pasukan keselamatan, sekumpulan pemuda yang kebetulan berada disitu telah bertindak membuat benteng bagi menghalang laluan mereka.

Walaupun laluan mereka dihalang, Lee Kee Hiong dan rakan-rakannya masih tidak peduli. Mereka tetap menyondol-nyondol mahu masuk. 

Ketika inilah berlaku kejadian tolak menolak diantara pemuda-pemuda yang membuat benteng dan kumpulan Lee Kee Hiong yang menyondol-nyondol mahu masuk.

Yang kelakarnya, dengan sedikit tolakan, atau lebih tepat lagi dengan satu tolakan yang lembut, dua orang daripada pengikut Lee Kee Hiong dengan tidak semena-mena jatuh terjelepuk ditepi jalan. 

tangisanmelayu - nyahkan mereka dari minda ISLAM kita.