,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday 16 March 2012

REGIME CHANGE, membena memakan masa terlalu lama dan amatlah sukar.....meruntuh hanya seketika...apakah ini balasan ALLAH kepada PEMERINTAH yang zalim kepada RAAYAT ISLAMnya.

REGIM CHANGE - TALIBAN Penjaga Terakhir Bumi Afghanistan dan Asia Utara, BANI HASSHIM Menyatukan semua Semua Dunia Arab dan MELAYU menjadi penyelamat Nusantara. 



Dunia pertama kali menyadari kehadiran Taliban pada tahun 1994, ketika mereka ditunjuk oleh Islamabad untuk melindungi sebuah konvoi yang mencuba membuka jalan perdagangan antara Pakistan dan Asia Tengah.

Kelompok yang terdiri dari orang-orang Afganistan yang dilatih di sekolah-sekolah agama di Pakistan bersama dengan mantan pejuang atau mujahidin Islam ini terbukti efektif mengawal, dan mengendalikan kelompok-kelompok lain yang hendak menyerang dan menjarah konvoi tersebut.

Pada awalnya, pejuang Taliba hanya berpusat di Kandahar saja. Namun, seiring dengan diterimanya mereka oleh masyarakat Afghanistan, mereka pun merambah ke ibukota, Kabul, tepatnya pada bulan September 1996.

Antikorupsi



Populariti Taliban yang melonjak naik mengejutkan banyak pihak. Etnik Pashtun, adalah sebagian besar dari sukarelawan mereka, kecewa dengan etnik Tajik dan Uzbek yang menjadi pemimpin yang korapsi . Walau pun bukan semata-mata masalah etnik dan korapsi, sebenarnya rakyat Afghan sudah sangat letih dan muak dengan penyalahan gunakuasa dan perlanggaran undang-undang yang berlaku di banyak bagian negara itu. Mereka menyenangi Taliban karana Taliban berjaya memberantas korupsi, mengujudkan keamanan untuk raayat dan hubungan perdagangan yang semakin baik untuk rakyat Afghanistan. Taliban terkenal dengan penolakannya untuk berkerjam sama dengan pemerintah dan orang-orang kaya di negerinya. Hal itu membuat mereka semakin dihormati.

Negara Islam

Taliban mengatakan tujuan mereka adalah untuk mendirikan negara Islam, melarang hal-hal yang melibatkan pembaziran sama ada pembaziran pengurusan kewangan atau pembaziran masa. Banyak media Barat yang membesar-besarkan bahawa Taliban sangat ektrem dan konservatif, namun seharusnya, dengan segala sejarah yang panjang tentang Islam, keputusan Taliban itu merupakan sebuah pilihan yang harus dihormati. Mengapa media Barat tidak bereaksi terhadap para biksu agama Hindu dan Budha yang mengisolasi diri lebih daripada Taliban?

Usaha Taliban untuk memberantas kejahatan sangat efektif karena mengenalkan hukum Islam termasuk hukum potong tangan dan rejam kepada pesalah syariah. Tentu saja, dalam melaksanakan hukum Islam ini ada berbagai macam prosedur yang memang telah digariskan dalam Islam sendiri. Ini amat tidakmenyenangkan Barat. Mereka membesar-besarkan perkara ini. Disebutkan bahwa Taliban melarang anak-anak perempuan pergi kes ekolah, padahal kenyataannya, tidak benar sama sekali. Kebanyakan sekolah-sekolah perempuan di Pakistan dan Afghanistan adalah di buka oleh TALIBAN.

Memperluas Kawasan

Taliban mengendalikan hampir semua wilayah Afghanistan. Di sebelah utara negara itu, adalah benteng terakhir dari komandan etnik Tajik Ahmed Shah Masood.



Dengan 90% negara di bawah kendali mereka, Taliban terus menekan dan membuat pengakuan terbuka di pentas dunia meraka menjalankan hukum Islamnya. Namun semua ini tidak menyenangkan PBB dan dunia Barat. Perkara ini perlu di behentikan dengan segera.....cara yang halal yang di persetujui dunia dan PBB perlu dirancang untuk memasuki Afghanistan.

 Osama bin Laden, yang dituduh oleh Amerika Serikat pada tahun 1998 merencanakan pengeboman kedutaan besar AS di Kenya dan Tanzania, yang menewaskan lebih dari 250 orang adalah sebagai tiket untuk memasuki Afghanistan.

Afghanistan telah mengalami 20 tahun perang, dan kini mereka sekali lagi melaluinya....satu perang yang amat panjang kerana mempertahankan Tanah Air mereka dan mereka tidak pernah merelakan atau menjemput "Penjajah Asing" memijakkan kakinya di bumi Afghanistan. Taliban, terlatih sejak zaman negeri mereka diperangi Russia pada tahun 1980-an, dan kini oleh AS dan sekutunya, terus meratah susuk tubuh yang tidak berdosa, biar pun terpancul bayi seusia 3 bulan dalam kandungan. Ini membuatkan Taliban berjanji untuk memastikan hanya mayat saja yang akan di bawa pulang ke Amerika. “Ini tanah kami. Meski luka dan mati, kami akan mati, kafan dan di kebumikan di sini.”


                  AFGHANISTAN


IRAQ

Anak Kecil Menyaksikan keluarganya Dibunuh Kejam


Anak Kecil Menyaksikan keluarganya Dibunuh Kejam
Kisah peperangan Iraq dengan tentera US masih segar dalam ingatan seorang gadis muda Iraq,Samar Hassan walaupun peperangan tersebut sudah meletus hampir 8 tahun lalu . Beliau telah kehilangan kedua-dua ibu bapanya yang telah dibunuh dengan kejam oleh tentera US.
Samar Hassan 5 tahun
Kejadian pembunuhan kejam itu berlaku ketika mereka pulang daripada hospital untuk mendapatkan rawatan abangnya yang sakit ketika itu. Kata beliau” kami hanya mendengar bunyi tembakan, ibu bapa saya telah dibunuh begitu saja”.
Walaupun kisah peperangan ini telah berlalu, kengerian peperangan itu terlakar di dalam sekeping gambar yang diambil ketika tentera amerika melepaskan tembakan ke atas kereta milik keluarganya di Bandar utara Tal Afar pada Januari 2005.
Selain itu, gambar Samar ketika berusia 5 tahun yang dilumuri darah ibu bapanya telah mengejutkan seluruh dunia. Di dalam gambar itu, Samar sedang menjerit ketakutan dan dibelakangya ada abang dan adik-adiknya.
Samar Hassan sewaktu kejadian
Kini, Samar yang berumur 12 tahun, tinggal di sebuah rumah dua tingkat di pinggir Bandar Mosul bersama- sama dengan empat keluarga yang lain. semenjak kematian abangnya, beliau tinggal bersama kakaknya, Intisar, dan suami kakaknya,Nathir Bashir Ali yang merupakan bekas anggota polis.
Menurut Nathir,kisah peperangan itu benar-benar memberi kesan yang teruk kepada keluarga Samar.mereka selalu berulang alik ke hospital bagi mendapatkan ubat untuk mengurangkan masalah emosi mereka akibat trauma kejadian yang lalu. Beliau sering melihat adik Samar yang berusia 8 tahun ,bercakap seorang diri dan kadang-kadang dia menjumpai mereka menangis bersama-sama di dalam bilik. Apabila mereka mengigati peperangan itu,mereka merasakan mereka telah meninggal dunia.
Di bawah pentadbiran George W.Bush’s, Amerika Syarikat menyerang Iraq pada tahun 2003 untuk menggulingkan rejim Saddam Hussein atas dakwaan memiliki senjata pemusuh besar-besaran sedangkan tuntutan tersebut tidak pernah terbukti benar.
Sejak pencerobohan AS 2003, Iraq telah terjerumus ke dalam jurang pertindihan konflik sivil yang menyebabkan berpuluh –puluh ribu orang awam mati.
Peperangan amat memeritkan hati
Samar Hassan berlumuran darah ibu bapanya
Gambar Samar merupakan salah satu bahan yang dapat memberi sejarah kepada dunia untuk menceritakan kisah pencerobohan AS.
Menurut Liam Kennedy, seorang profesor Kolej Universiti Dublin yang juga merupakan pengkaji fotografi konflik semasa ditemuramah di dalam New York Times, beliau berkata” gambar tersebut seolah-olah mahu mengatakan sesuatu yang berlaku ketika itu.semua keganasan yang berlaku pada tika itu dapat disimpulkan oleh gadis itu”.
Sarah Lea Whitson yang merupakan pengarah Human Rights Watch di Timur Tengah dan bahagian Utara telah menyimpan salinan gambar di papan buletin di pejabat beliau di New York sebagai bukti kengerian peperangan itu.
Kata beliau,” gambar gadis itu jelas melambangkan perasaan semua rakyat-rakyat Iraq ketika itu”
Walaupun Samar tidak pernah melihat gambar itu sebelum ini, tetapi kejadian tembakan itu masih segar dalam ingatannya. Gambar itu menunjukkan perkara yang amat sedih yang berlaku di Iraq.
Reaksi Samar Hassan melihat gambarnya semasa kecil
Samar Hassan melihat gambarnya semasa kecil, sebelum ini beliau tidak pernah mengetahui bahawa kejadian tersebut telah dirakam oleh seorang jurugambar.Pada bulan May yang lalu, Samar Hassan ditunjukkan gambar-gambar mengenai kejadian tersebut oleh seorang saudaranya.

INDONESIA

Sejarah nilai jasa Suharto


SUHARTO melambaikan tangan kepada sekumpulan jurugambar semasa tiba di masjid Jakarta untuk menunaikan sembahyang Jumaat.Gambar bertarikh 25 September 1998. – Reuters.


HAJI Muhammad Suharto (Soeharto), lebih dikenali dengan panggilan Pak Harto merupakan pemimpin paling lama menjadi Presiden Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI), iaitu selama 32 tahun (12 Mac 1967 – 21 Mei 1998).
Daripada seorang anak petani miskin yang lahir di Desa Kemusuk Yogyakarta, kerjayanya bermula dengan menyertai tentera penjajah Belanda.
Suharto dilantik sebagai Presiden kedua selepas tokoh proklamasi Indonesia, Presiden Sukarno mengundurkan diri.
Bekas jeneral lima bintang yang pernah memimpin Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI) melalui zaman yang penuh warna-warni, di dalam tentera mahupun semasa menjadi pemimpin Order Baru Indonesia.
Sepanjang tempoh kepimpinannya, Suharto membuat sumbangan yang besar dalam membangunkan Indonesia dan rakyat Nusantara hingga dikagumi di peringkat antarabangsa.
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berkata, rakyat Indonesia amat berduka dengan pemergian Suharto yang telah berjasa besar kepada negara dan bangsa.
Indonesia berkabung selama tujuh hari dan bendera kebangsaan dikibarkan separuh tiang sehingga 2 Februari sebagai menghormati kematian beliau.
Semasa pemerintahannya, Suharto mewajibkan persekolahan bagi anak-anak bangsa tanpa perlu membayar yuran, melancarkan program merancang keluarga dan berusaha membebaskan kemiskinan rakyat melalui revolusi pertanian untuk makanan.
Beliau yang digelar Bapak Pembangunan, berjaya mencorakkan kemajuan Indonesia dengan wawasan jauh dan meletakkan Indonesia sebagai salah satu negara “Harimau Asia” pada zaman pemerintahannya.
Di peringkat antarabangsa dan ASEAN beliau antara tokoh yang disegani dan memainkan peranan penting di peringkat serantau bersama pemimpin Malaysia, Allahyarham Tun Razak Hussien, Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.
Suharto turut memainkan peranan menamatkan sengketa antara Malaysia dan Indonesia dalam yang berkonfrontasi pada awal tahun 1965.
Di eranya juga, Suharto mengehadkan kegiatan parti politik dan hanya membenarkan tiga parti utama untuk mengurangkan “politiking” supaya pembangunan negara dapat diberikan tumpuan utama.
Parti yang dibenarkan dipilih oleh rakyat ialah pada setiap pilihan raya – Golkar, Parti Demokrasi Perjuangan Indonesia (PDIP) dan Parti Persatuan Pembangunan (PPP).
Bagi rakyat yang hidup di zaman pemerintahnya, mereka menikmati harga barang yang murah dan tidak banyak pengangguran dan penghijrahan rakyat Indonesia untuk mencari kerja di luar negara.
Dalam erti kata lain Pak Harto banyak berjasa kepada bangsa Indonesia walaupun dalam masa yang sama, sebagai manusia biasa beliau tidak dapat melarikan diri daripada melakukan kesilapan.
Malah pemimpin dan tokoh politik serta ahli perniagaan termasuk mereka yang menggerakkan reformasi Indonesia sekarang menikmati faedah dan lahir di zaman era pemimpin Order Baru itu.
Digeruni
Walaupun dianggap diktator oleh pihak Barat, Suharto yang digeruni dan dihormati kerana berjaya menamatkan pengaruh Parti Komunis Indonesia (PKI) dan mengharamkan parti itu di bumi negeri ini.
Amerika Syarikat dan Barat menjadi rakan dagang dan memutuskan hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China.
Namun dalam operasi membersihkan pengaruh komunis, 500,000 orang dilaporkan dibunuh kerana disyaki ejen PKI dan disyaki bersimpati dengan fahaman komunis. Ramai penentangnya yang dipenjarakan tanpa bicara dan hilang tanpa dikesan termasuk dalam gerakan tentera di Aceh dan Papua.
Suharto dipaksa turun dari Istana Presiden oleh rakyat dan mahasiswa yang merusuh seluruh negara yang turut menawan Parlimen pada Mei 1998 dalam gerakan prodemokrasi kerana didakwa melakukan penyelewengan kuasa, korupsi dan melanggar hak asasi manusia.
Suharto dituduh memperkayakan keluarga serta kroninya melalui penubuhan tujuh yayasan yang diwujudkan semasa memimpin Indonesia.
Para peniaga diarah menyumbangkan dua peratus daripada keuntungan kepada salah sebuah yayasan yang didirikan oleh Suharto.
Beliau pernah menjalani tahanan di rumah pada Mei 2000 semasa zaman pemerintahan Abdur Rahman Wahid untuk membolehkan pihak berkuasa menyiasat kes rasuah yang melibatkan penggelapan wang negara.
Bagaimanapun segala tuduhan rasuah terhadap beliau tidak pernah dibuktikan hingga ke hari ini.
Siasatan rasuah terhadapnya bagaimanapun dihentikan oleh Peguam Negara memalui surat perintah peguam negara atas alasan keadaan kesihatan beliau tidak mengizinkan.
Bagaimanapun surat arahan yang dikeluarkan peguam negara itu terus menimbulkan kontroversi setelah didapati tidak sah oleh sebuah mahkamah Jakarta Selatan dan kemudian disahkan oleh mahkamah tinggi pada tahun lepas.
Walaupun demikian desakan supaya harta dan kekayaan bekas Presiden itu yang diperoleh secara salah diserahkan kepada kerajaan untuk pembangunan rakyat.
Transparency International mendedahkan Suharto telah menggelapkan wang negara antara AS$15 hingga AS$35 bilion sepanjang menerajui negara.
Bagaimanapun Suharto menafikan telah menyimpan harta yang banyak di luar negara dan memenangi tuduhan fitnah yang dibuat oleh sebuah majalah antarabangsa.
Dalam masa beliau sakit dan keluar masuk hospital sejak 1998, ramai yang menyarankan agar Pak Harto dimaafkan sahaja di atas dakwaan korupsi dan membiarkan sejarah menilainya.
Mereka tidak mahu bekas pemimpin negara ini mengakhiri hidupnya dalam keadaan hina dan menjadi kebencian rakyat sepertimana Presiden Sukarno.
Semasa krisis kewangan Suharto terpaksa tunduk kepada tekanan Bank Dunia dan “dipaksa” membuat pinjaman daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk memulihkan semula ekonomi Indonesia yang tenat ketika itu.
Ketika krisis ekonomi dan kejatuhan teruk mata wang rupiah (22,000 rupiah bersamaan AS$1) Suharto dipaksa meletakkan jawatan oleh rakyat.
Akibat tekanan rakyat, beliau menyerahkan kuasa sementara kepada Naib Presiden BJ Habibie sehingga diadakan pilihan raya secara demokrasi pada 1999.
Suharto lahir pada 8 Jun 1921 di desa Kemusuk, Yogyakarta dan bernikah dengan gadis keturunan bangsawan, Raden Ayu Siti Hartinah (ibu Tien Suharto) pada 26 Disember 1947.
Ibu Tien meninggal dunia pada 26 April 1996 dan sebagai mengenangnya, Suharto membina Masjid At-Tien berdekatan Taman Mini Indonesia Indah di Jakarta.
Mereka dikurniakan enam orang anak - Siti Hardijanti Rukmana (Tutut), Bambang Trihatmojo, Siti Hediati Hariyadi (Titiek), Hutomo Mandala Putra (Tommy) dan Siti Hutawi Endang Adiningsih (Mamiek).
Di hari-hari terakhir Suharto yang menderita akibat pelbagai komplikasi organ dalam tubuh, rakyat, pemimpin termasuk seteru dan kawan mendoakan kesejahteraan beliau.
Mereka sedia memaafkan kesalahan Suharto tetapi dalam masa yang sama tokoh-tokoh reformasi yang menggerakkan kejatuhan Suharto mahu beliau terus diadili mengikut undang-undang negara.
Suharto menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.10 petang waktu tempatan pada 27 Januari 2008 di kamar Presiden No 536, Rumah Sakit Pusat Pertamina Pusat, Jakarta selepas 24 hari dirawat.
Jenazah beliau disemayamkan di kediamannya di No 8 Jalan Cendana, Menteng Jakarta sebelum diterbangkan ke Solo untuk diberi penghormatan terakhir dan dikebumikan di sisi pusara isterinya di Astana Giribangun, Karanganyar, Jawa Tengah.
Nama Suharto akan terpahat dalam lipatan sejarah Indonesia sebagai seorang negarawan yang digeruni oleh kawan dan lawan, disayangi dan dibenci oleh rakyat.
Namun yang jelas, pemergian Pak Harto tetap ditangisi dan diiringi doa rakyat jelata, mahupun yang kaya dan yang miskin.– Utusan

TUNISIA

Pengajaran kejatuhan Zainal Abidin Ali di Tunis

“Syar’iyyah Sya’biah” itu lebih tinggi dari “Syar’iyyah Dusturiah” .
Apa yang telah dan sedang berlaku di Tunis merupakan suatu perkara yang berlaku dialam nyata yang benar-benar difahami oleh pakar undang-undang dan politik. Ia merupakan satu “syar’iyyah sya’biah” (legaliti dari umat) yang berada lebih tinggi dari “syar’iyyah dusturiah” (legaliti dari perlembagaan) . Dalam masa yang sama ia adalah satu peringatan yang jelas kepada semua pihak di dalam dan luar negara, tanpa sebarang keraguan lagi bahawa :
 
Kesabaran rakyat ada sempadannya. Mereka tidak boleh diperbodoh dan diperbudakkan selama-lamanya.
  1. Semua rakyat yang ditindas sebenarnya boleh melakukan suatu yang besar dan banyak. Sekiranya mereka bangkit dan bergerak dengan dorongan kepentingan umum menentang kuasa yang zalim, maka pertolongan Allah bersama mereka dan bekerja kearah mencapai kepentingan mereka.
  2. Kerajaan-kerajaan yang zalim dan rejim-rejim diktator lagi perosak sebenarnya bukan didalam posisi yang selesa dan aman. Kerana kezaliman dan kerosakan yang mereka lakukan, mereka hidup diatas gunung berapi kemarahan rakyatnya sedang kemurkaan Allah lebih teruk dan dahsyat lagi. Ia boleh meletus pada masa dan bentuk yang tiada siapa dapat menyangka.
  3. Petanda kepada Kuasaa-kuasa Besar Dunia yang bermaharajalela yang memiliki senjata dan kapal selam nuklear, wang yang melimpah ruah serta menekan dan memastikan dominasi mereka keatas Dunia Ketiga, terutamanya Dunia Arab dan Islam, bahawa jelas apa yang berlaku di Tunis menunjukkan bahawa kehendak rakyat itulah yang akhirnya akan menang, apatah lagi sekiranya sesuatu umat itu bangkit dan berjuang dengan dorongan aqidah dan pertolongan dari langit.
  4. Seorang pemuda yang sedar lagi faham akan hakikat bertembungan diantara Dunia Arab dan Islam berdepan dengan Dunia Amerika-Israel, adalah lebih ditakuti oleh musuh-musuh Allah dari sebarang bentuk persenjataan.
  5. Ia adalah mesej yang jelas bahawa umat Islam ini masih hidup, tidak mati dan tidak akan mati insyaAllah, membesar dalam keadaan jerih dan payah, akan mencapai zaman matangnya dan turs menerus bergerak dijalannya menuju kearah perbaikan dan kestabilan yang hakiki, tidak tunduk kepada sebarang tekanan dan ancaman.
  6. Sebenarnya sebab-sebab dan dorongan-dorongan yang membawa kepada berlakunya kebangkitan rakyat di Tunis terdapat juga di merata-rata negara-negara Arab, khususnya Mesir. Ini adalah kerana faktor-faktornya adalah sama sahaja iaitu penyelewengan, kezaliman, krisis ekonomi yang semakin meruncing dan sistem diktator yang berlarutan.
 
Mendidik umat menjadi peka dan mementingkan kepentingan umum mengatasi kepentingan diri suatu tugas yang berat tetapi tidak mustahil. Bahkan diantara risalah para Rasul-rasul terdahulu ialah merubah dan memimpin umat ke arah peka, bertanggungjawab dan berkorban demi orang lain.
 
Dimana dan negara apa sahaja yang berlaku pemerintah menindas rakyatnya, kita akan dapat dibelakang pemerintah tersebut pasti ada Kuasa Besar Dunia yang mendokongnya. Berbeza dengan umat di negara-negara Barat yang siang malam memajukan negara mereka mengikut agenda mereka sendiri, banyak rakyat di negara-negara umat Islam dipacu oleh agenda kuasa dan budaya asing.
Dalam kita membentangkan hakikat-hakikat diatas, gerakan Islam yang sahih perjuangannya dalam masa yang sama :
  1. Sangat menjaga kestabilan dan keamanan sosial dalam negara pada setiap ketika dan keadaan.
  2. Meyakini bahawa “Nidhal Dusturi” (pertarungan berperlembagaan) adalah laluan semulajadi yang dipilih kearah perubahan yang dicita-citakan disemua aspek ekonomi, politik dan sosial.
  3. Gerakan Islam seharusnya menjadi sebahagian dari juzuk umat dalam sebuah negara, melihat dan menganalisa pihak-pihak lain khususnya parti pemerintah yang memiliki kemampuan lebih besar dalam membuat perubahan dan perbaikian sekiranya mereka kehendak dan kemahuan kearah itu.
 
Tentera di negara-negara Barat dilatih untuk menyerang umat lain, akan tetapi tentera di banyak negara umat Islam dilatih untuk mengawal dan bertempur dengan kebangkitan rakyat mereka sendiri seperti di Turki, negara-negara Arab dan lain-lain lagi. Betapa baanyaknya wang, masa, tenaga dan fikiran dihabiskan ke arah yang tak sepatutnya.
Sayangnya apa yang kita lihat, pihak yang memiliki kemampuan tidak menunjukkan sikap yang bersungguh dan amali dalam mengambil langkah dan usaha yang sebenar kearah membenteras penyelewengaan dan mencapai perbaikan dalam negara. Jika pihak pemerintah tidak bertindak pantas memikul tanggungjawab dan tidak  proaktif melakukan perbaikian yang serius, ketahuilah bahawa kestabilan itu tidak akan berkekalan lebih lama.
 
Sesungguhnya matlamat Ikhwan Muslimin ialah membina generasi baru dari kalangan orang-orang yang beriman dengan ajaran-ajaran Islam yang sahih. Mereka bekerja mencorak orang ramai dengan corak Islam yang sempurna. Jalan Ikhwan pula ialah merubah suasana umum masyarakat dan mentarbiyah pendokong Dakwah dengan ajaran-ajaran Islam sehingga mereka menjadi teladan kepada orang-orang lain … Ikhwan berjalan menuju matlamat mereka melalui batas-batas jalan mereka di atas. Adapun jalan revolusi, Ikhwan Muslimin tidak memikir dan bergantung kepadanya. Ikhwan tidak meyakini menfaat dan hasilnya. Walaupun begitu Ikhwan berterus terang kepada pemerintah di Mesir, sekiranya keadaan dalam negara berkekalan seperti ini dan pemerintah tidak mengambil langkah segera membaiki keadaan, pasti ia akan membawa kepada revolusi yang bukan dari perbuatan Ikhwan, akan tetapi dari tekanan suasana, tuntutan keadaan dan cuai terhadap perbaikan-perbaikan dalam masyarakat. [Hasan Al-Banna]
Semoga Allah swt memelihara kita dari hidup dibawah pemerintah yang zalim, ketidakstabilan dan kacau bilau dalam negara dan kelesuan rakyat yang tidak endah apa yang berlaku disekelilingnya. “Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada dalam diri mereka (jiwa, sikap, akhlak dsb)” (Al-Quran).
Ustaz Halim www.inijalanku.wp.com



33 ahli keluarga bekas presiden ditahan

TUNIS 20 Jan. – Pihak berkuasa Tunisia telah menahan 33 orang ahli keluarga bekas presiden Zine el-Abidine Ben Ali yang digulingkan, atas dakwaan terlibat dengan penyelewengan sejumlah besar harta kerajaan, lapor sebuah stesen televisyen tempatan, hari ini.
Tiada maklumat terperinci diberikan tentang identiti mereka yang ditahan atau hubungan mereka dengan pemimpin autokratik itu yang memerintah Tunisia selama 23 tahun, yang digulingkan minggu lalu oleh pemberontakan rakyat.
Laporan stesen televisyen itu menunjukkan imej barangan kemas, jam tangan mewah dan kad kredit antarabangsa, antara barangan yang telah dirampas daripada suspek.
Semalam, pihak berkuasa sudah mula menjalankan siasatan ke atas aset Ben Ali serta ahli keluarganya dan suku Trabelsi yang merupakan suku kaum isterinya, Leila.
Trabelsi dituduh memiliki sumber kekayaan Tunisia secara sistematik sepanjang Ben Ali berkuasa. – dpa

MESIR

MESIR - Mesir dan Hosni Mubarak seperti tidak dapat di pisahkan....dengan gaji serendah RM 2.90 sehari membuatkan raayat keluar kejalan raya memprotes pengurusan negara yang nampak terang-terangan telah gagal mengurus tadbir "Negara Firaun" tu......kekayaan yang melampau di miliki Hosni sekeluarga dan kroninya nampak jelas pembahagian kekayaan negara hanya berlegar pada kumpulan tertentu sahaja. Suara DEMOKRASI begema di mana-mana. REGIME Hosni perlu di gulingkan.

LIBYA

JASA GADDAFI DAN PENGAKHIRANNYA

Gaddafi sememangnya tidak sebulu dengan mana-mana pemerintah barat terutamnya Zionis Yahudi dan Amerika, oleh kerana itu beliau perlu “dilupuskan”. Nasib yang serupa dan sama pernah berlaku sebagaimana Taliban di
Afganistan dan Saddam Hussein di Iraq, Abdul Aziz Al-Rantissi dan Syeikh Ahmad Yassin di Palestin dan akhirnya nasib yang sama kini menimpa Gaddafi pula mungkin esok lusa Presiden Iran, Ahmadinejad bakal dilenyapkan. Negara mereka akan dikucar-kacirkan oleh kuasa besar dan sekutunya, ekonomi disekat, peralatan ketenteraan yang canggih diguna dan diuji cuba. Begitulah nasib kepada mana-mana pemerintah islam yang ingkar dan tidak mengikut telunjuk negara zionis Yahudi dan Amerika yang menentang mereka, pemimpin dihapuskan negaranya pula dimusnahkan
Kini pemimpin Syria dan beberapa lagi pemimpin di dunia Arab pula diambang kejatuhan yang akan menerima nasib sama dan menunggu detiknya sahaja, sama ada diusir atau ditangkap atau dibunuh dengan ‘bantuan’ kuasa luar.
Gaddafi memang ditakuti oleh negara-negara yang aku sebutkan tadi dan di dalam sejarah Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu cuma beliau seorang sahaja yang pernah mencampakkan piagam PBB semasa berucap dihadapan pemimpin dunia di perhimpunan agung pertubuhan itu. Ini menunjukkan beliau seorang yang amat lantang, tegas dan mempunyai prinsip yang tinggi. Beliau juga pernah dianggap sebagai raja kepada raja di seluruh Afrika bila mana beliau telah menjemput lebih 200 kerabat diraja di seluruh Afrika berkumpul di Beghazi dan cuba memperkenalkan Pasport yang sama bagi dugunapakai bagi kesemua negara Afrika.
Sungguhpun beliau dianggap kejam oleh musuh-musuhnya tetapi betapa banyak kebaikkan/pembaharuan yang pernah dilakukan oleh beliau. Berikut adalah jasa yang pernah ditaburkan oleh Gaddafi semasa pemerintahan beliau selepas mengambil tampuk pemerintahan negara semasa rampasan kuasa yang dilakukan oleh beliau ke atas Raja Idris I.
1. Tiada bil elektrik di Libya, kemudahan elektrik adalah percuma bagi setiap warga Libya.
2. Tiada dikenakan sebarang kadar faedah melalui pinjaman yang dibuat dari bank dan pinjaman diberi pada kadar 0% oleh lunas undang-undang.
3. Rumah dianggap sebagai satu keperluan asas di Libya dan Gaddafi pernah bersumpah bahawa beliau dan bapanya tidak akan memiliki rumah selagi kesemua  rakyat Libya tidak memiliki rumah . Bapa Gaddafi meninggal ketika di mana mereka masih tidak mempunyai rumah dan tinggal di dalam khemah.
4. Pasangan pengantin baru akan diberi 60,000 dinar oleh kerajaan bagi permulaan untuk membeli rumah untuk memulakan keluarga baru dan kehidupan baru.
5. Peluang pendidikan dan kesihatan adalah percuma dan kadar celik huruf adalah sebanyak 83%, sebelum pemerintahan Gaddafi, kadar celik hurufnya adalah 25%.
6. Sekiranya rakyat Libya mahu memulakan pertanian, mereka akan menerima tanah, rumah pertanian, peralatan pertanian, benih dan haiwan ternakan secara percuma dengan bantuan kerajaan.
7. Sekiranya rakyat Libya tidak mendapat kemudahan yang baik dari segi peluang pendidikan dan kesihatan di Libya mereka boleh ke luar negara untuk mendapat peluang yang lebih baik dan akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan malah akan diberi elaun perjalanan sebanyak USD2,300 dan elaun kenderaan.
8. Kerajaan akan memberi subsidi sebanyak 50% bagi pembelian kereta di Libya
9. Harga petrol di Libya per liter sebanyak USD0.14 antara yang termurah di dunia.
10. Libya tidak memiliki hutang luar negara hasil pemerintahan Gaddafi dan dana “reserve” yang dimiliki adalah sebanyak USD150 billion.
11. Sekiranya para graduasi/lepasan universiti di Libya tidak mendapat pekerjaan mereka akan dibayar elaun semasa mereka menganggur dan pembayaran akan ditarik balik selepas mereka mendapat pekerjaan.
12.Hasil dari keuntungan penjualan petroleum di Libya dikreditkan terus ke akaun bank rakyat Libya.
13. Ibu yang melahirkan anak akan diberi USD5,000 sebagai bantuan khas.
14. 40 buku roti di Libya cuma berharga USD0.15.
15. 25% rakyat Libya memiliki sekurang-kurangnya Ijazah pertama dari Universiti yang diiktiraf.
16. Gaddafi mejalankan projek mega iaitu sistem pengairan terbesar di padang pasir yang tandus dan dikenali di seluruh dunia sebagai “Great Man-Made River Project” bagi mengairi tanah kering kontang itu untuk menyuburkannya agar boleh dibuat tanah pertanian supaya di masa depan Libya tidak bergantung dari hasil luar negara.
17. Libya memiliki kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hidup yang tinggi.
18. Apabila berlaku kenaikkan kadar makanan, Gaddafi akan menghapuskan semua cukai atas makanan.
Sungguhpun besar jasa beliau dengan membebaskan negaranya dari pemerintahan monarki yang sebelum ini diperintah oleh Raja Idris I dan seterusnya melakukan pembaharuan akhirnya beliau mati ditangan rakyatnya juga. Kasihan Gaddafi. Maka tumbanglah lagi seorang jagoan arab islam yang ditakuti oleh Zionis Yahudi…kini, sasaran seterusnya pastinya Republik Islam Iran yang kononya memiliki nuklear dan seteru utama Amerika dan Zionis Yahudi pastinya ditumpukan pada Presiden Ahmadinejad.
Al-fatihah untuk Gaddafi.
p/s – Lepas ni kalau rakyat Libya nak menagis pun tak guna, tanggunglah derita macam di Afganistan dan Iraq..penjajah datang menjarah negara, dirai-rai dipuji-puji dan dipeluk cium…kendian apa dah jadi. Nyesal pun tak guna.
 
tangisanmelayu - hanya kerana kita (ORANG ISLAM) tidak peke dengan "AMANAT" dari KHUTBAH TEAKHIR RASULULLAH ........ dan kita suka jika orang membuli kita. Arab di buli Yahudi, Pattani di buli Siam, Moro di buli Manila, Malaysia di buli Cina dan Indonesia di buli IMF


PERTUBUHAN KAKI BULI DUNIA