,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday 1 March 2012

MERAPU - PAS sudah jadi ORANG LAIN

  

PAS 4 ALL SEDIA TERIMA TIMBALAN PRESIDEN BUKAN ISLAM.     (Sudah tidak RELIVAN lagi PAS Se buah PARTI ISLAM ).

Mengapa begitu terdesak hingga terpaksa mengumumkan kesediaan PAS untuk menerima timbalan presiden dari bukan islam ?

Adakah percaturan parasit dalam ini mahu memecahkan terus ruang sokongan non muslim kepada parti PKR dan DAP yang nampak lebih sesuai platformnya untuk non muslim ......persoalan besar sekiranya timbalan presiden pas itu non muslim ?
Jika Hj Hadi meletak jawatan atau di jemput Allah, adakah Kupusamy atau Ah Chong akan menjadi presiden kepada parti yang namanya parti islam semalaysia aka PAS ?

Jelas pengumuman parasit  dari pas ini menyerlahkan kepincangan tersembunyi pakatan, di kalangan mereka sudah timbul riak saling tidak percaya mempercayai.

Jika benarlah mereka itu berpadu dan bersatu, maka tugasan mendapat sokongan daripada pelbagai kelompok etnik di segregate/dipecahkan kepada parti yang punyai kelayakan...PKR dan DAP. Aki berkeyakinan tindakan pengumuman ini merupakan satu tindakbalas langsung PAS terhadap keghairahan DAP dalam menjemput beberapa kerat pimpinan melayu menyertai DAP.
PAS merasa cukup terancam dengan tindakan DAP membuka ruang keahlian Melayu.
Ini perancangan jangka panjang...... DAP dijangka akan meletakkan calon Melayu untuk bertanding di kerusi Dun dan Parlimen.. sekiranya DAP menang, maka mudahlah mereka menama calonkan AHLI DAP untuk mereka menjawat jawatan  exco dan Menteri Besar dari DAP. Pada saat itu pas sudah tidak relevan lagi di mata DAP.

Aki - Sekarang ni pun PKR dan DAP buat PAS macam budak-budak. Kita sudah KEHILANGAN PAS seperti kita kehilangan TEMASIK.