,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 28 March 2012

RAJA-RAJA MALAYSIA BUKANLAH SEBODOH YANG DI SANGKA, masanya akan tiba untuk Tuanku menggunakan kuasanya seperti yang terdapat dalam PERLEMBAGAAN mengikut tafsiran ASAL .

Akuan batal Sijil Anak Negeri ADUN Sri Tanjong dikemukakan

28/03/2012 
Tuanku Sultan Muhammad

KOTA KINABALU 28 Mac — Lembaga Pegawai Sabah yang dilantik Yang Dipertua Negeri telah mengemukakan perakuan kepada Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu bagi melaksanakan keputusan membatalkan Sijil Anak Negeri Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sri Tanjong daripada, Jimmy Wong.
Ketika mengumumkan perkara itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata, lembaga berkenaan telah melakukan siasatan, penelitian dan perakuan untuk membatalkan Sijil Anak Negeri ahli DAP tersebut atas beberapa faktor.
Beliau berkata, ini termasuk maklumat keturunan yang dituntut Wong sebagai Sino-Kadazan adalah bercanggah dengan salasilah keturunannya yang sebenar.
"Tidak ada setitikpun darah keturunan Kadazan mengalir dalam tubuh Jimmy Wong kerana ibu bapanya adalah daripada keturunan Cina, sebagaimana yang tercatat dalam sijil lahirnya.
"Sebab itu, Lembaga Pegawai mendapati Jimmy Wong telah tidak memenuhi Seksyen 2 (1) Ordinan Tafsiran Anak Negeri (Bab 64),” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada sidang Dewan Undangan Negeri Sabah semalam.
Bagaimanapun, Hajiji berkata, keputusan lembaga itu hanya dapat dilaksanakan dalam masa terdekat memandangkan pengwujudan Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu baru sahaja diwartakan Disember lepas. — BERNAMA
 
tangisanmelayu - menarik balik keraayatan juga ada dalam klos Perlembagaan Tanah Melayu sebelum Sabah dan Sarawak masuk bersatu dan menjadi Malaysia.  tangisanmelayu menunggu Peguam Negara membawa kes-kes DURHAKA kepada DYMM Yang Di Pertuan Agung seperti kes Al-Maunah yang di cas "Mendatangkan Peperangan Kepada DYMM Yang Di Pertuan Agung".