,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday, 31 January 2012

#3 Kenduri Pak Uda Jein

Cuti sekolah memang menyeronokkan, dimasa ini aku berumur sekitar empat tahun. Tapi banyak perkara yang telah aku ingat. Abang hanya tiga tahun dari ku. Dimasa ini abang telah bersekolah darjah satu. Aku sunyi bila abang pergi sekolah. Tapi bila cuti seperti ini, aku akan mengikut abang pergi bermain bersama-sama kawan-kawannya.

“hang duk sini die-die” abang mengarahkan pada aku. Tanpa banyak bicara aku duduk dibawah rumah Wa Hassan. Halaman rumah Wa Hassan sangat luas. Wa Hassan berkongsi laman dengan rumah Tok Aji Nali ia itu bapanya.

Dibawah rumah Wa Hassan tanahnya berdebu dan terdapat sejenin kutu tanah yang kita panggil puyu.

“ haaa......, nak gi mana tu” abang menyergah aku.
“ nak gi cari kengge, nak mengail puyu” aku menerangkan pada abang.
“ sat lagi duk situ kelik “ abang mengarahkan pada aku.
“ haa laaaa...., “ aku menjawab pendek.

Aku berlari kerumah Pek Munah yang hanya empat puluh kaki dari rumah Wa Hassan. Aku membelek batang nonang dan menangkap beberapa ekor kerengge. Aku memegang kerengge itu berhati-hati bimbang takut ianya mati. Aku kembali kebawah rumah Wa Hassan. Kerengge tadi aku masukan perlahan-lahan kedalam lubang puyu. Sepantas kilar puyu itu menarik kai kerengge.

Semasa inilah aku mengangkat kerengge tersebut dan kutu tanah itu tergantung-gantung aku tersenyum tanda kepuasan.

         “ mana demo lagi ni “ tiba-tiba aku terdengar abang bersuara.
         “ tu demo dah mari tu “ Merdi menjawab.
         “ nak main apo ni “ Razak bertanya.
         “ kita main too gedang takak melekat “ Seli Mail Kelantan menjawab.
         “ ok.....” Abang menjawab pendek.

         Hari masih lagi panas. Terik matahari memancar seakan-akan tiada tanda-tanda hujan akan turun dalam dua tiga hari ni walau pun Perak merupakan kawasan yang terlembab di Tanah Melayu ini.

         “ ha sudah-sudah...gi main jauh-jauh.... “ tiba-tiba Tok Aji Nali bersuara.
         “ Tok bukenye marah.... jange laghi-laghi disini...” Pek Aji Bidah menegur lagi.

         Dengan badan yang bulat dan berisi aku duduk diatas tanah dan asyik dengan “puyu” ditangan. Aku melihat orang semakin ramai. Ada yang menjerang air, ada yang memasang tungku dan ada yang memotong sayur dan bawang.

         Sementara orang-orang lelaki pula datang dengan batang-batang kayu hutan dan buluh. Tok Aji Nali sebuk memberi arahan. Walau pun aku berusia linkungan empat tahun tapi aku dapat mengagak yang satu majlis besar sedang dirancang persiapannya.
        
         “ penanggah buat disini..., tempat masak buat disana tu...” Tok Aji Nali menuning dengan jarinya.

         “ ooiiiii,,,,air dah siap “ Wa Johei memberi tahu dari atas rumah.
         “ ha...bawak turun dibawah ni.....” Pek Aji Bidah memberi arahan kepada menantunya.

PEMBUKA BICARA


MELAYU YANG TELAH HILANG KEMELAYUANNYA


Tak Akan Melayu Hilang Di Dunia. Tidakkah anda bersemangat mengingati kata-kata Panglima Hang Tuah ini? Tujuan saya bermula dengan kata-kata keramat ini adalah untuk mengajak anda memikirkan ke manakah hilangnya melayu kita. Beberapa bulan yang lalu sebelum saya mengarang buku ini, saya telah bertanyakan kepada anak sulung saya, Qhairul Al-Haffiz yang kini menuntut di Kolej Profesional MARA Indera Mahkota, Kuantan, Pahang yang sungguh makmur dengan hasil peninggalan nenek moyang yang kini terpaksa berkongsi dengan orang lain.

         “Abang!!!!……..abang bangsa apa?”
       “Melayu….” jawabnya selamba.

         “Dimana terletaknya melayu abang?” saya bertanya lagi.
“Apit menggunakan bahasa melayu, makan cara melayu dan mengamalkan budaya melayu” tambahnya.

Saya tersenyum mendengar jawapanya itu.
“Kalau begitu, kenapa abang pakai seluar Levi’s dan baju T berimejkan Amerika” saya menambah. Anak saya terkedu dan terdiam, isteri saya hanya tersenyum.

 “Abang!!!!…..jom pi Banting. Kita pakai baju melayu dan menyisip keris di pinggang, mau tak?”, saya bertanya lagi.
“Tak mau Pak. Nanti orang kata kita gila”.

         Saya terdiam. Dalam hati ku berkata. Kenapakah boleh jadi begini. Saya sering bertemu dengan pemuda-pemuda melayu yang tiada melayunya lagi. Sebahagian besarnya memakai subang dan bertindik. Rambut yang panjang diikat dan diwarnakan. Apakah  ini orang melayu? Di manakah perginya jati diri kita. Kenapakah meniru cara kehidupan barat dan budaya kuning itu dan kita tidak takut dan tidak malu pula.

Saya termenung sendirian dan mengambil buku riwayat hidup Syeikh Muhammad Arsyad Al Banjari, seorang ulama nusantara yang terkenal dengan kitab SABILAL MUHTADIN yang menjadi pusaka peninggalan yang amat berharga kepada seluruh ummat Melayu yang berugama Islam dan berlalu ke ruang tamu. Saya melabuhkan punggung di kerusi antik kesukaan isteriku yang disepahkan oleh kanak-kanak yang datang mengaji Al- Quran dan Mukkaddam dengan orang tua ku pada setiap malam.

         Sebagai benteng terakhir Kampung Tradisional Melayu di nusantara ini saya berusaha untuk menghasilkan buku ini, walaupun saya bukannya seorang penulis. Buku ini saya tuliskan untuk kenang-kenangan  penduduk Kampung Chepor, Lenggong, Perak dan untuk anak-anak saya. Qhairul Al-Haffiz, Qhairul Abd Al-Mattin, Noor Qhadrunnadia, Qhairul Al-Rafsyan Jani, Noor Qhadrun Idayu, Noor Qhadrunika Irdina dan Noor Qhadrunifanajwa.

Apa yang saya paparkan di sini adalah betapa tertibnya adat Melayu sebagai panduan dan rujukan sekiranya semua orang melayu sudah tidak melayu lagi. Kalau direnung dan dikaji, semua aktiviti harian kampung dan budaya melayu adalah pengajaran dan pendidikan.  Hampir semua adat dan budayanya boleh digunakan tanpa sempadan bangsa dan agama.

Apa yang saya paparkan di sini adalah kenangan, keluhan, rintihan dan igauan semalam yang ku pahat dalam ingatan untuk dikongsi dengan semua keluarga yang ada dan pembaca yang budiman bahawa tanah dan adat adalah kuasa kita. Apabila kita tidak bertanah lagi…maka hilanglah Melayu kita. Apabila kita tidak berkampung…..maka hilanglah adat kita. Apabila kita berjauhan dari keluarga….rapatkannya kembali.

Yang ditunggu diribakan….yang dijemput dikendungkan….yang jauh dirindu-rindukan…..yang telah hilang dicarikan…..sakit demam di rasa bersama….susah senang berkongsi kita…pahit maung di jamah jua…hati kuman sama dilapah, hati gajah sama dicecah. Yang jauh di dekatkan dan yang dekat di rapatkan.

Marilah bersama-sama dengan ku. Akan ku ceritakan pada mu kekasih, dari mana kita bermula dan di mana kita berakhir. Barang yang hilang bolih diganti, dahan yang patah bertunas kembali. Tetapi kalau kenangan yang hilang………………!!!!!!!!!!!!!!!

KENANGAN YANG HILANG