Panji Sulu Sultaniyyah Darul Islam
by DZULASREE
Artikel ini akan
senantiasa diisi dengan fakta dan pembetulan kandungan dari masa ke
semasa. Para pembaca dan pelawat boleh memberikan teguran dan tambahan
fakta menggunakan chatbox dibahagian bawah sebelah kanan blog ini.
Terima kasih!! - Asreesulu.
Setelah melihat peta di atas
kami percaya ramai pembaca bertanya akan kebenaran fakta pada grafik
Lusung tersebut. InsyaAllah kami akan perjelaskan satu persatu dari masa
ke semasa. Untuk melengkapkan keterangan grafik di atas para pembaca
sekalian perlulah bersabar dengan memberikan masa kepada kami untuk
memasukkannya secara berdikit-dikit. Dalam keadaan sibuk hari ini
menguruskan pelbagai hal, kami masih dapat meluangkan masa mencatat
hasil kajian menyiapkan buku kami bertajuk
Sejarah Sulug (sebelum ini penulis letak tajuk "Sejarah Tausug").
Antara yang menarik yang akan dibahaskan dalam tajuk ini ialah:
- Siapakah
bangsa BAJAU LAUT yang dikenali sebagai Orang Laut dalam sejarah Melayu
dan mengapa mereka dikenali sebagai Bangsa PARAHU (Tausug menyebutnya
PALA'O) di Kepulauan Sulu yang terkenal sebagai penyelam terhandal dalam
dunia?
- Apakah buktinya Bangsa PARAHU mempunyai
hubungan dengan Bangsa Mesir Purba? Kemungkinan raja-raja Mesir
(Fir'aun) yang dipanggil PARAOH berketurunan Bangsa Parahu dari Sulu?
- Kalau
benar, mengapa bangsa PARAHU hari ini sangat lemah dan mendukacitakan?
Mengapa dan apakah faktor-faktor yang menyebabkan Bangsa PARAHU hilang?
- Benarkah
Bangsa Lucoes yang menetap di kepulauan Sulu hari ini berketurunan Bani
Israel? Apakah perbezaan Bani Israel Sulu dengan penjahat Bani Israel
(Perampas Palestin) hari ini?
- Benarkah pencatat sejarah
Islam seperti Abu Zayd dan Al-Mas'udi menyatakan kepastian bahawa
Negara Zabaj atau Zabag yang dimaksudkan mempunyai raja yang sebut
"Mihraj" adalah LUSUNG atau SULU?
- Benarkah PRESTER JOHN
(kerajaan Prester John) mengirim surat ke Eropah memberitahu satu
lokasi kepulauan negara KAYA yang dimaksudkan adalah LUSUNG?
PENJELASAN:
Di dalam artikel ini penulis menggunakan istilah Sulu dengan Lusung
atau Sulug yang kadang-kadang menyebutnya Sug tempat tinggalnya bangsa
Tausug. Bermakna, samada Lusung, Sulug atau Sug ianya adalah Sulu juga.
01 - PENGENALAN LUSUNG
Dalam
artikel yang lepas kami telah menjelaskan kedudukan istilah Lusung
secara teori (Hipotesis). Mengapa dipanggil Lusung dan dari mana kata
Lusung berasal telah pun kami jelaskan. Gambarajah di atas sengaja
dinamakan sebagai peta
Kepulauan Lusung bukannya
Kepulauan Sulu atas sebab istilah
Lusung terlalu meluas diperkatakan dalam catatan-catatan sejarah Eropah abad ke-15.
Umum mengetahui nama
Lusung hanya
disebut oleh pedagang-pedagang China ketika itu kepada kepulauan yang
dikenali hari ini sebagai Filipina (Philippines). Lusung sebenarnya
adalah sebutan bagi
Sulug yang disalah sebut oleh pedagang China menjadi Lusung. Sulug secara harfiah bermaksud
"arus" air yang mengalir dan Bahasa Inggerisnya dipanggil
current.
Maka samada ianya bermaksud arus air laut, pasang atau surut, dalam
atau cetek, air laut atau air sungai di gunung, yang penting terdapat
aliran air. Itulah yang dimaksudkan Sulug.
Orang-orang Sulu sinonim dengan panggilan Sulug berdasarkan sifat aliran air sejak berabad-abad lamanya sehingga ke hari ini.
Mengapa pedagang China menyebutnya Lusung adalah kerana lidah mereka yang sukar menyebut Sulug, lagi pun tidak terdapat sebutan
"ug" atau bunyi
eG di hujung mana-mana perkataan dalam bahasa China. Sepatutnya Sulug disebut
Sulung bukannya Lusung, tetapi mungkin kerana bukan kebiasaan atau pun mungkin keliru maka Lusung menjadi sebutan yang sesuai.
02 - SIFAT AIR MENJADI IDENTITI
Sulug
atau "arus" adalah kata sifat iaitu mengikut aliran air laut telah
menjadi identiti masyarakat yang menduduki kepulauan. Berpadanan dengan
keadaan tempat tinggal yang terbahagi antara pulau-pulau yang sudah
tentu terpisah oleh laut serta pekerjaan masyarakat yang kehidupan
hariannya bergantung dengan laut seperti merentas lautan untuk
berdagang, memukat dan memancing ikan, menyelam mutiara dan sebagainya,
menjadikan istilah "arus" atau Sulug sebagai identiti amatlah tepat.
Seorang pengkaji,
Siuala ding Meangubie telah menjelaskan dalam kajiannya bertajuk
"A Preliminary Investigation Into its Role in East Asian history" berkenaan maksud
Lusung:
"The place originally called Lusung was the body of water presently known as Manila Bay. Since the early inhabitants relied on water for their transportation and livelihood, it became their custom to first give names to these bodies of water before giving names to any points of land. The
word lusung refers to a large wooden pylon used for pounding rice [搗臼].
The bay got its name because it is shaped like the mouth of a lusung
and that the settlements surrounding it constantly produce the most rice
as compared to other regions. There is also a tradition that suggests a relationship with the Sung Dynasty of China [960 - 1278 AD]. Whatever the nature of this relationship, tradition suggests that Lusung [呂宋] got its name from the Sung [宋]."
Beliau menyebut tiga jawapan yang berupa teori untuk memaknakan Lusung antaranya
,
- ...inhabitants relied on water for their transportation and livelihood.
- ...refers to a large wooden pylon used for pounding rice.
- ...that suggests a relationship with the Sung Dynasty of China [960 - 1278 AD].
Jawapan
di atas sekiranya dirujuk kepada Tausug hari ini untuk makna yang
paling tepat pasti jawapannya adalah yang merujuk kepada air laut. Untuk
memaknakan Lusung dengan
alat penumbuk padi dan
Dinasti Sung,
rasanya bukanlah jawapan yang tepat, nyata sekali ia hanyalah sekadar
kebetulan sahaja. Sebagai contoh, istilah Sulug sendiri sekiranya
disebut oleh orang
Melayu Jambi di
Sumatra akan menjadi
Suluk atau
Solok
yang kebetulannya sama bunyi dengan gelaran ahli Suluk para pengamal
Tariqat Sufi. Kalau pun sebilangan orang Sulug itu memang pengamal
Tariqat Sufi namun ia hanyalah juga sekadar kebetulan.
Tausug di Sulu hari ini masih menyebut Lusung kepada alat penumbuk padi ini manakala penumbuknya dipanggil Ha'lu.
Wanita Sarawak sedang sibuk menumbuk padi menggunakan Lusung (Bahasa Melayu disebut Lesung). Kedua-dua gambar diambil dari
http://malaysiana.pnm.my
Ia
sama dengan gelaran Moro kepada bangsa Sulug oleh Spanyol. Oleh kerana
orang Sulug di Sulu sama anutan agama dengan Bangsa Moro di Andalusia
maka orang Sulug juga turut digelar Moro. Ini tidaklah pula bermakna
bangsa Sulu perlu menerima bulat-bulat nama Moro tersebut sebagai
identiti bangsanya menjadi
"bangsa Moro", ia hanya sekadar panggilan kepada orang yang
"beragama Islam" secara kolektif oleh kolonialis Eropah ketika itu.
03 - KEKELIRUAN SPANYOL TERHADAP LUSUNG YANG SEBENAR
Kolonialis
Spanyol (Kastila) begitu keliru dengan istilah Lusung sehingga
menamakan pulau besar di utara Sulu dengan Lusung, lidah Kastila
menyebutnya LUZON hingga ke hari ini.
Siuala ding Meangubie menyatakan,
"The Spaniards, unfamiliar with this native concept of territory, naturally thought that Lusung referred to land instead of water. Thus when they conquered Lusung in 1571 AD, they mistakenly thought they had conquered the entire island.
Taking after the Spaniards' mistake, geographers up to the present
refer to the entire northernmost major island of the Philippine
archipelago as Luzon {Lusung}."
Sebenarnya
Kastila tersilap memaknakan Lusung dengan "tanah daratan" yang
sepatutnya adalah air laut. Kemungkinan Spanyol telah menyalah tafsirkan
maklumat yang mereka dapat dari penjelajah Portugis yang datang lebih
awal ke kepulauan Sulu sebelum ini.
Peter Schreurs telah menulis tajuk khusus berkenaan
Voyage of Ferdinand Magellan dalam buku
Philippine Quarterly of Culture and Society, Vol. 28, March 2000, No. 1, yang diterbitkan oleh
San Carlos Publications, bahawa
Charlotte Gastaldi (1561 M),
Gerardus Mercator (1569 M) dan
Abraham Ortelius dalam
Theatrum Orbis Terrarum (Theatre of the World) iaitu pada tahun 1570 mereka telah memberitahu berkenaan
pulau kecil yang berada berdekatan pulau yang kini bernama
Basilan itulah sebenarnya yang dinamakan
Lozon.
Beliau menulis
“This tiny island of Lozon in the Sulu Sea disappeared from the maps after the Spaniards had occupied the northern Philippines, and it was replaced by the real Luzon”.
Dalam buku
Thomas Suárez “Early Mapping of Southeast Asia”, dia mengatakan,
“Pigafetta was told that ‘two days from Chippit (near Basilan) to the northwest is a large island called Lozon’…thus Gastaldi, in 1561, with nothing more than Pigafetta’s second-hand mention
of the island to go on, introduced the first definitive reference to
Luzon on a western map…Gastaldi simply judged a two-day sail to the
northwest of one of his Quipits (near Basilan), engraved an island and labeled it Lozon.”
Jejak perjalanan kapal Ferdinand Magellan untuk mencari pulau Lusung @ Sulug @ Sug yang mereka panggil the great city of Lao itu malangnya mereka tersesat jalan. Mungkin Magellan mendapat nama Lao tersebut dari pedagang China yang pernah berniaga di pelabuhan Holiow @ Jolo, Buansa sebelum ini.
“Pigafetta
himself actually met and spoke with a native of Luzon. Leaving Borneo
on 29 July 1521, the Spanish believe they were being ambushed, attacked
some junks and capture the “son of the king of Lozon” who was the captain general of the King of Brunei. Pigafetta explained that the man from Lozon “had come with the junks" from a great city called Lao”
which was at the end of Borneo facing (in other words, the southwest
coast), which they claimed to have just sacked…The Magellan crew also
met with the traders from Lozon when they put into Timor”.
“The island of Luzon appears on the Indiae Orientalis as the small island of Lozon due west of Mindanao, like the earlier more correctly positioned appearance of the island at the hands of Gastaldi in 1561...”
Apa
yang menjadi kekeliruan Kastila ialah menyangkakan dengan berjaya
menakluk Manila pada 1571 maka mereka telah menakluk keseluruhan
kepulauan Lusung yang mereka namakan Philippines hari ini. Hanya setelah
peperangan Kastila dengan Brunei pada tahun 1578
(ketika itu tentera Brunei dibantu oleh tentera Sulu) maka Kastila mula menyedari bahawa Manila yang mereka takluk itu bukanlah pusat Lusung yang sebenarnya.
Cesar Adib Majul seorang pengkaji sejarah Filipina telah menjelaskan hal ini dalam bukunya "Muslim in the Philippiens".
"Pada 1578 Pangeran Buong Manis
(Pangeran Sri Lela) yang mahu merebut takhta kerajaan Brunei (dari
saudaranya Seiful-Rizal) datang ke Manila meminta bantuan Spanyol
mengalahkan Seiful-Rizal. Sekiranya berjaya beliau berjanji membayar
ufti kepada Spanyol. Peluang keemasan ini tidak dilepaskan oleh Spanyol
lalu Gabenor Jeneral Francisco de Sande belayar ke Brunei dengan 40 buah kapal beserta serdadu 400 Spanyol, 1,500 anak tempatan Filipina dengan diiringi oleh tentera tambahan dari Pangeran Buong Manis iaitu orang-orang Brunei sendiri seramai 300 orang.
Setelah 30 hari belayar, sampai ke Kuala Sungai Brunei dan pertempuran
terus berlaku. Tentera Brunei yang dibantu oleh tentera Sultan Sulu (Pangeran Budiman @ Raja Ilo adalah
saudara ipar kepada Sultan Seiful-Rizal) itu telah dikalahkan oleh
Spanyol. Seiful-Rizal melarikan diri bersama ayahandanya yang uzur
Sultan Abdul Kahar ke pedalaman Brunei dan mendirikan istana di sana".
Armada perang Galleon Kastila
Manakala
tentera Sulu yang diketuai oleh Raja Ilo berjaya larikan diri bersama
saki baki tenteranya menuju ke Sulu. Malangnya mereka berjaya dipintas
oleh tentera laut Kastila dan berlaku lagi pertempuran sengit yang
akhirnya Raja Ilo mengangkat bendera putih tanda kalah.
"Didapati tentera Spanyol yang diketuai oleh Kapten Esteban Rodriguez de Figueroa atas arahan Francisco de Sande
telah sampai di Jolo pula maka berlaku lagi satu pertempuran sengit
antara tentera Sultan Sulu dengan Spanyol di Jolo malangnya tentera Sulu
berjaya dikalahkan dan sultan terpaksa mengaku membayar ufti (inilah
peperangan pertama antara Sultan Sulu dengan Spanyol di Jolo, Sulu)." Dipetik dari buku Asreemoro, Tausug & Kesultanan Sulu.
Apa yang menarik ketika selepas peperangan Sulu dan Kastila di Jolo yang pertama ini telah menyebabkan kejutan kepada Kastila.
Kapten Esteban Rodriguez de Figueroa
terkejut dengan kecantikan bandar Buansa (Jolo) yang tidak pernah
beliau saksikan sebelum ini. Beliau dapat saksikan bagaimana kaum China
begitu kaya raya duduk di Jolo berdagang bersama masyarakat tempatan
Sulug dengan harmoni. Satu suasana indah dan ketenangan pemandangannya
yang tidak terdapat di Manila. Setelah laporan sampai ke Manila, Kastila
mula berusaha menakluk Buansa (Jolo) dengan mengatur kempen perang
memerangi bangsa Sulug di gugusan kepulauan Sulu. Sejak itu Kastila mula
memahami bahawa pusat Lusung sebenarnya bukanlah di Manila tetapi
sebenarnya berada di
Buansa.
- Mengapa Buansa begitu hebat?
- Mengapa bangsa Sulug memanggil "Lupa' Sulug" (disebut Lupa' Sug bermaksud Tanah Sug) kepada pulau tempat duduknya Bandar Buansa?
- Dari manakah asal-usul bangsa Sulug?
- Mengapa sebahagian golongan tua Buranun di Jolo menyatakan bahawa Bangsa Sulug lah yang memulakan peradaban dunia?
04 - MEMBONGKAR SEJARAH AWAL
Untuk memulakan tajuk perbahasan ini kami dengan suka cita memaklumkan bahawa maklumat yang penulis bakal paparkan adalah diambil sebahagian faktanya dari blog
http://mistisfiles.blogspot.com.
Bloger mistisfiles sekali pun tidak memperkenalkan diri (mungkin
disebabkan strategi keselamatan) namun sebagai menghargai kajian mereka kami mengambil keputusan memberikan tabik hormat
(credit) atas kerja keras mereka. Walau bagaimana pun segala fakta yang kami
petik dari mistisfiles tidaklah diambil bulat-bulat adalah kerana
fakta-faktanya masih boleh diperdebatkan mengikut skala pengetahuan dan
dari sudut pandangan yang berbeza dari pihak kami. Segala
fakta sekali pun jelas wujudnya di depan mata namun selagi takwilnya
belum menemui kata putus untuk menghasilkan jawapan pasti, sudah tentu
ia masih bersifat
"ijtihadi".
Dalam tajuk ini kami
akan cuba membawa pembaca menelusuri "arus lautan" Sulug untuk memahami
deras dan kedalaman airnya seterusnya menyelam ke dasar untuk
mendapatkan mutiara berharga. Mutiara berharga adalah satu jawapan
bergantung kepada saiz, bentuk dan warnanya.
Maharaja China
adalah pembeli utama mutiara Sulu. Kemungkinan sejak abad ke-9 pedagang
China giat berulang alik ke Buansa membeli mutiara hinggakan pelabuhan Buansa mereka gelar "Holiow" bermaksud bagus atau tempat baik dan menguntungkan untuk berniaga. Spanyol pula menyebut Holiow sebagai Holo
(Jolo). Maharaja duduk atas kerusi emas sedang mutiara dikalung pada
lehernya manakala sebelah tangannya memegang kalung mutiara tersebut.
- Ia lebih berharga dari emas dan permata,
- menjadi kalungan Maharaja China,
- menjadi igauan bangsa Eropah,
- menjadikan Sulug satu bangsa yang berjaya menyedut segala harta dan kepandaian,
- menjadikan mereka gula kepada semut-semut,
- menjadikan mereka madu kepada lebah,
- menggelar negara mereka sebagai Negara Jambangan yakni pusat dari segala bunga-bungaan,
- pada akhirnya menjadikan mereka peneraju kepada peradaban dunia.
Indahnya kepulauan Sulu, dari pulau ke pulau tersimpan berjuta rahsia yang belum diteroka dan diketahui dunia.
Satu
gambaran betapa kekayaan Sulu telah lama wujud menjadikan penduduk dan
kepulauannya menjadi harapan dan angan-angan serta cita-cita kepada
semua bangsa dipelusuk dunia. Dari manakah bangsa Sulug bermula? Mengapa
Sulu dikatakan sebagai permulaan peradaban dunia? Penulis akan mulakan
dari kenyataan Drs Simon,
Drs. Simon Hayon telah dinyatakan dalam blog berkenaan kekagumannya terhadap nama Solot,
"...saya keliling dari desa ke desa. Saya memperhatikan nama-nama, simbol-simbol. Nama itu misalnya Solor, masih ada secara fisik. Ada jagung Solot, ada orang yang namanya Solot. Dan saya mempunyai asumsi bahwa ada sebuah benua yang hilang, yang disebut Benua Solot. Benua Solot itulah benua awal. Sekarang kita mencari Benua Solot itu ada di mana?"
Kemudian beliau menyambung lagi,
"...para ilmuwan pun berpendapat bahwa peradaban bermula di Timur.
Pertanyaan kita, Timur itu yang mana? Setiap kelompok, setiap orang
boleh mencari. Apakah Timur itu di Sulawesi, di Irian, di Timur Tengah,
kan bisa saja. Dan, sebagai orang yang menggali akar budaya Lamaholot,
saya juga bisa mempunyai asumsi seperti itu. Tinggal saja nanti dikaji,
seperti apa? Nah kalau di dalam perkembangan peradaban dunia, ternyata
terjadi pencemaran-pencemaran, kontaminasi yang tidak sesuai dengan
ajaran leluhur, maka perubahan pun harus dimulai dari Timur. Secara teoretik para ilmuwan berpendapat begitu". Dipetik dari blog
http://jurnalis-ntt.blogspot.com
Sebenarnya
Drs. Simon mungkin telah mengetahui sejarah perhubungan Flores dengan
Sulu sebelum kedatangan Portugis. Flores bermaksud bunga-bungaan atau
jambangan sebenarnya telah dinamakan demikian oleh Portugis untuk
mengubati kekecewaan mereka kerana gagal mendapatkan Kepulauan Sulu.
Istana Sultan Sulu di Maimbung ketika pemerintahan Kesultanan Sulu yang
awal telah menamakannya
Darul Jambangan.
Menurut tradisi lisan Tausug dahulu kala, Lupa' Sug dinamakan pulau
Jambangan oleh nenek moyang mereka yang bermaksud Tanah bagi segala
bunga-bungaan.
05 - SIKAP SRIVIJAYA DAN MAJAPAHIT TERHADAP SOLOT
Apakah maksud Lamaholot? Sebenarnya perkataan Holot adalah panggilan Portugis terhadap Sulug. Kastila pula menyebutnya
Holo (ejaan Jolo) sedangkan British menyebutnya
Sooloo atau
Soolook. Beberapa pencatat sejarah turut menyalahsebutkan istilah Sulug dengan
Solox,
Solor
dan sebagainya menunjukkan kepada kita minat mereka terhadap negara
kepulauan yang menyimpan berjuta rahsia itu. Istilah Lamaholot kalau
diasingkan akan menjadi Lama Holot atau Lama Sulug yang membawa maksud
satu negara
kepulauan purba.
Gambarajah kekuasaan Majapahit abad ke-14. Dalam catatan Kerajaan Majapahit Negarakrtegama, Sulu disebut Solot.
Antara
tahun awal-awal kemunculan kerajaan Srivijaya di Sumatra tahun 600 M
dan kemudian disambung oleh kerajaan Majapahit di tanah Jawa hingga
tahun 1400 M telah menimbulkan satu persoalan mengapa Srivijaya dan
Majapahit tidak pernah terfikir untuk menakluk kepulauan Solot yang
terkenal kaya itu. Ia hanya dinyatakan sebagai "wilayah naungan" sahaja.
Di sini ada satu rahsia yang perlu diselongkar. Mengapa Srivijaya dan
Majapahit tidak pernah menakluk Sulu sedangkan jelas ianya kepulauan
yang menjadi laluan menghubungkan mereka dengan China? Malah mereka
memang mengetahui kepulauan Sulu penduduknya adalah pedagang emas sejak
dahulu kala. Atau pun mereka sememangnya sudah cuba menakluk tetapi
gagal?
Satu kenyataan yang tidak dapat disangkal oleh sesiapa pun
ialah budaya perang orang-orang Sulu yang terkenal dengan kedegilan
melawan musuh
mereka. Sebagai contoh, hari ini mengaku kalah, esok lusa mereka menyerang semula.
Kalau bukan berkumpulan serangan seorang diri akan mereka lakukan
dengan apa cara sekali pun. Cara inilah yang menakutkan Spanyol
(Kastila) dan Amerika Syarikat hinggakan meletusnya perang dunia ke II
Tausug masih bertahan tidak terkalahkan. Budaya serangan seorang diri
yang dinamakan
Juramentado (
sbt Huramentado) atau dalam bahasa Sug
"Magsabil" menjadi kengerian buat Kastila berabad-abad lamanya.
Ketika Amerika Syarikat datang ke Sulu mereka mula mengenali sifat orang Sulu dalam beberapa pertempuran.
General John Pershing pernah menulis,
"Perlawanan
inilah yang paling menakutkan dan kejam yang pertama kali saya
saksikan. Orang Moro (Yang dimaksudkan ialah Tausug Sulu) melawan
seperti syaitan. Mereka memang sepenuhnya tiada ketakutan dan apabila sudah berazam untuk melawan, mereka terima kematian itu cuma sebagai satu peristiwa biasa.”
Hal
inilah yang mungkin menyebabkan Srivijaya dan Majapahit tidak mahu
berhadapan dengan bangsa Sulug di Sulu kerana tidak mahu menanggung
sebarang risiko.
Sebab itu
Erick A. San Juan menyatakan kekagumannya terhadap bangsa Sulug dalam tulisannya
Conspiracies and Controversies bahawa,
“Walaupun orang Indonesia (Srivijaya dan Majapahit) lengkap dengan pelbagai alat perang dan kepandaian mereka, tetapi tidak pernah terfikir menghancurkan Tausug ke arah apa-apa peperangan yang tidak munasabah, hinggakan mereka (Tausug) dicatat oleh orang Arab sebagai pejuang Muslim terbaik di dunia.”
Gambarajah keluasan takluk kerajaan Srivijaya, Champa dan Khmer. Kelihatan kepulauan Solot @ Sulug masih bertahan tanpa ada tanda-tanda penaklukan.
Kami
berpendapat, Srivijaya, Majapahit, Kedah-Tua, Aceh, Champa dan
kerajaan-kerajaan lain di Nusantara yang bermunculan antara abad ke-2
sehingga abad ke-14 Masihi kemungkinan besar adalah asal keturunan
mereka dari wilayah kepulauan yang mereka namakan Solot. Kemungkinan
kepulauan Solot atau Sulu adalah tempat duduk nenek moyang bangsa
Nusantara yang hari ini dinamakan sebagai bangsa
Melayu. Keengganan Srivijaya dan Majapahit menakluk Sulu seolah-olah mengesahkan dakwaan ini.
Beberapa faktor yang penulis kira telah menyebabkan Srivijaya dan Majapahit tidak mengganggu Sulu,
- Pertama:
Menghormati Sulu kerana sejak sekian lama orang-orang Sulu terkenal
dengan bangsa yang berbudi dan mengutaman kedamaian selagi cara hidup
mereka tidak dihalang. Sebab itu bangsa Sulug terkenal dengan
persengketaan dengan kumpulan atau kaum-kaum di sekitar wilayah Sulu
yang mungkin mereka lihat telah menghalang perusahan mereka. Sebab
itulah James Dunnigan menulis ""Tidak seperti viking, Moros (sebagai panggilan orang-orang Islam selatan Filipina) tidak menawan negara-negara yang jauh dan menubuhkan tanah-tanah jajahan.
Ini ialah kerana Moros lebih mengutamakan persengketaan berpanjangan
dengan suku-suku kaum dan suku-suku lain, daripada pembinaan empayar." Dari catatan Tome Pires dalam Suma Oriental tertulis "The Lucoes
(Tausug) have in their country plenty of foodstuffs, and wax and honey;
and they take the same merchandise from here as the Borneans take. They
are almost one people ... they are a useful people; they are hardworking." Catatan China juga telah mengesahkan hal ini. (Kita bahaskan dalam tajuk Budaya dan Tradisi Sulug)
- Kedua:
Tidak mahu menanggung risiko bermusuh dengan bangsa Sulug kerana bangsa
ini terkenal dengan kemahiran di laut yang sukar diduga. Bersifat
pendendam dan mempunyai budaya dan tradisi perang yang tidak ada pada
bangsa lain di Nusantara. Dalam hal ini James Dunnigan berkata “Orang Tausug adalah seperti orang Viking, mereka pahlawan yang ganas, tiba-tiba muncul dari laut tanpa diduga
dengan kapal layar mereka yang pantas… mereka empunya versi Viking yang
tersendiri, seperti juramentado (berani mati)… antara kaum Moro
(Muslimin) yang paling bengis dan kejam ialah Tausug.” Seperti kata orang tua-tua sarang tebuan jangan dijolok.
- Ketiga: Bangsa Sulug adalah bangsa pedagang yang sangat menguntungkan. Sebarang masalah dengan bangsa ini akan mengakibatkan "menabur pasir diperiuk sendiri". "Dalam buku The Philippines is the Ophir of the Bible mengatakan bahawa: "Duarte Barbosa telah menulis bahawa orang Malacca memberitahu pada beliau sekumpulan pulau (kepulauan Sulu) yang dikenali sebagai Lequios yang penghuninya adalah kaya dan lebih terkemuka dari Chins (orang Cina) dan berdagang banyak emas dan ketulan-ketulan perak, sutera, kain mahal, dan banyak gandum yang baik, porcelain yang cantik serta bermacam-macam lagi dagangan yang lain.”
- Keempat:
Menghormati bangsa Sulug kerana mereka adalah saudara dan asal-usul
nenek moyang bangsa Melayu sendiri. Datu Albi ahmad Julkarnain salah
seorang rujukan sejarah Kesultanan Sulu di Sulu hari ini berkata "Sulu adalah tempat bermulanya peradaban dunia". Hal ini dibuktiakan dengan kewujudan bangsa Perahu di Sulu yang digelar Pala'o oleh orang-orang Sulu (dikaitkan dengan sejarah Mesir Purba) serta kewujudan bangsa Lucoes yang dikaitkan dengan bangsa Israel. Catatan Spanyol turut menyatakan "...So who could the Lequios be but the remnants of Hebrews and Phoenicians who have made some enclaves along the Southeast Asian shores?"
Tidak syak lagi Lucoes itu adalah Tausug berdarah Israel manakala
Phoenicians pula yang dikaitkan dengan bangsa Perahu yang datang ke Laut
Meditranian adalah berasal dari kepulauan Sulu membuktikan kebenaran
dakwaan Datu Albi Ahmad Julkarnain dan Drs. Simon Hayon dari Flores, Indonesia.
Sebenarnya
Srivijaya dan Majapahit tidak mengira samada saudara atau tidak kerana
bagi mereka ialah perluasan kuasa dan wilayah dengan penaklukan.
Berkenaan dakwaan penulis bahawa Bangsa Melayu di Nusantara berasal dari
keluarga Sulug di Sulu perlulah dibuktikan lebih lanjut.
06 - KAITAN SULUG DENGAN NABI SULAIMAN A.S.
Satu contoh menarik yang ditulis oleh
mistisfiles.blogspot.com berkenaan Raja-raja Melayu yang berdarah keturunan Nabi Allah Sulaiman a.s. :
Jika
kita hayati keturunan Sang Sapurba ini, mungkin kita akan amat-amat
keliru dengan campuran keturunan yang pelbagai seperti yang didakwa oleh
Krisyna Pendita, Nila Pahlawan dan Nila Utama itu. Perhatikan petikan dari Sulalatus Salatin dalam Cetera Kedua:
"Adapun
nama kami dan bangsa kami bukannya daripada bangsa jin dan peri. Bahwa
kami ini bangsa manusia; asal kami daripada anak cucu Raja Iskandar Zulkarnain, nisab kami daripada Raja Nursyirwan Adil, raja masyrik dan maghrib, dan pancar kami daripada Raja Sulaiman alahissalam..."
Dalam
hal ini rujukan yang paling tepat ialah bangsa Sulug itu sendiri adalah
kerana mereka masih mempertahankan tradisi lisan turun temurun dengan
ceritera dan nyanyian. Menurut cerita bangsa Sulug kononnya Nabi Allah
Sulaiman a.s. pernah datang ke
Pulau Pata
dan duduk di sana sementara waktu sebelum kembali semula ke Jerusalem.
Baginda kemungkinan telah mengahwini wanita Sulug sehingga melahirkan
anak-anak yang dipanggil Lucoes (Nama yang diketahui dan dicari oleh
bangsa Eropah pada abad ke-14 di Nusantara).
Untuk membuktikan
hal ini perlu diberikan tanda-tanda yang boleh mengesahkan benarnya
kedatangan Nabi Sulaiman a.s. ke Sulu. Adalah sukar membuktikannya
dengan artifak-artifak bertulis contohnya seperti Batu Bersurat
Terengganu, kubur-kubur, istana lama dan sebagainya kepada khalayak
kecuali apa yang disebut dalam tradisi lisan Sulu sahaja. Kalau hanya
tradisi lisan Tausug yang masih dianggap "sebelah pihak" maka ada
baiknya mencari tanda-tanda lain dalam kitab Samawi dan tulisan-tulisan
Bani Israel sendiri yang boleh menguatkan dakwaan ini.
Di dalam
Al-Qur'an Al-Karim terdapat tanda-tanda yang penulis kira boleh
dijadikan asas tentang benarnya kedatangan Nabi Sulaiman a.s. ke Sulu
iaitu:
- "Dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu" (Al-Qur'an, Al-Anbiya' ayat 81)
- "Dan Kami (tundukkan) angin bagi Sulaiman,
yang perjalanannya di waktu pagi sama dengan perjalanan sebulan dan
perjalanannya di waktu petang sama dengan perjalanan sebulan (pula)." Al-Qur'an, Saba' 12 (awal ayat).
- "Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana saja yang dikehendakinya." Al-Qur'an, Shad 36.
Secara
harfiah ayat-ayat Allah swt di atas menunjukkan kepada kita mukjizat
yang telah diberikan kepada Nabi Sulaiman a.s. iaitu memerintahkan angin
untuk membawanya menuju
"ke negeri yang kami telah memberkatinya".
Negeri apakah yang bertuah ini sehingga mendapat pujian dari Allah Azza
Wajalla? Angin digunakan sebagai metafora atau perlambangan berkenaan
kehebatan kapal-kapal Nabi Sulaiman a.s. merentas lautan menuju ke satu
negeri yang diberkati Tuhan.
Hal ini telah ditulis (Israeliyyat) lebih awal oleh penulis sejarah Israel abad pertama bernama
Flavius Josephus dalam
Antiquities of the Jews mengenai rancangan Nabi Sulaiman a.s. belayar ke "Tanah Misteri Ophir",
"The pact between Hiram and Solomon was honored and lasted twenty
years. Hiram provides cedar and juniper, in exchange, Solomon procured
annually 20,000 hogsheads of wheat and 20,000 measures of oil virgin.
Solomon also gave twenty cities of Galilee. Historians relate that Hiram
was not completely satisfied, then Solomon promised a joint expedition to the mysterious land of Ophir to bring gold and precious stones".
Dalam buku yang sama Book VIII --
From the Death of David to the Death of Ahab, Bab 7 perenggan 5,
Flavius menjelaskan bahawa Nabi Sulaiman a.s. mempunyai terlalu ramai isteri dari banyak negara
"...nor
was he satisfied with the women of his country alone, but he married
many wives out of foreign nations; Sidontans, and Tyrians, and
Ammonites, and Edomites;... for when he had married seven hundred wives,the daughters of princes and of eminent persons, and three hundred concubines, and those besides the king of Egypt's daughter".
Kalau
pun tidak disebut ada isteri Baginda yang berasal dari "Land of Ophir"
tetapi sekurang-kurangnya catatan Flavius dapat menambahkan kekuatan
bukti berkenaan kedatangan Nabi Sulaiman a.s. ke Sulu sebagaimana yang
disebut dalam tradisi lisan Tausug. Setidak-tidaknya kapal-kapal Baginda
telah pernah sampai ke Sulu. Seperti yang telah dijelaskan dalam Bible
Perjanjian Lama.
"And Huram sent him by the hands of his servants ships, and servants that had knowledge of the sea; and they went with the servants of Solomon to Ophir, and took thence four hundred and fifty talents of gold, and brought them to king Solomon" (2 Chronicles 8:18 -King James Version)
07 - RAHSIA LUCOES DAN PHOENICIAN (KANAAN) DI SULU
Kalau
diperhatikan kandungan ayat dalam Chronicles King James Version
tersebut terdapat tiga kumpulan yang mengendalikan kapal Nabi Sulaiman
a.s. iaitu,
- "...by the hands of his servants ships," Suruhan Raja Huram @ Hiram
- "...servants that had knowledge of the sea" Kumpulan yang mempunyai kemahiran dengan lautan tentunya ialah Phoenician
- "...the servants of Solomon to Ophir" Suruhan Nabi Sulaiman a.s. sendiri.
Dalam
catatan Flavius terdapat satu kenyataan yang mana beliau telah
menjelaskan bahawa tidak mungkin Bani Israel jadi hamba (servants) atau
suruhan lebih-lebih lagi ketika kegemilangan kerajaan Sulaiman a.s. di
Jerusalem. Ini bermakna yang layak jadi orang suruhan atau menjadi buruh
kasar serta pendayung kapal dan sebagainya adalah bangsa Phoenician
yang dikatakan
"...servants that had knowledge of the sea"
itu. Walau bagaimana pun sekiranya kita perhalusi "servants" di sini
adalah lebih merujuk kepada pekerja sepenuh masa dalam kapal kerana
terdapatnya "pekerja kapal" di pihak Raja Hiram dan "pekerja" Raja
Sulaiman a.s. sendiri.
Pekerja-pekerja lain kemungkinan ada yang
tertinggal di Sulu selama kapal-kapal Raja Sulaiman dan Raja Hiram
berulang alik ke Jerusalem bukanlah satu perkara yang mustahil. Sudah
tentu asimilasi tidak dapat dielakkan lagi dengan orang-orang di
kepulauan Sulu beratus-ratus tahun lamanya. Kalau pun bangsa
Lucoes
di Sulu itu bukan anak-anak Raja Sulaiman a.s. sudah tentu mereka
adalah anak-anak Israel dari pekerja-pekerja kapal ini. Kerana menurut
Flavius kapal yang biasanya bertolak dari Jerusalem menuju ke Land of
Tarshish & Ophir akan kembali tiga tahun kemudian.
Dalam laman web
http://www.geocities.com/Tokyo/Temple/9845/zany.htm telah menjelaskan lagi hal ini
"During the early period of European colonization, the Biblical lands of Tarshish and Ophir (Sulu Archipelago), or Tarsis and Ofir, as they were called, held the imagination of European explorers. Not only was it believed that the "lost tribes" of Israel were to be found in these lands, but also untold wealth."
Kewujudan
Bangsa Lucoes di Sulu pada mulanya telah menjadi kehairanan kepada
para penjelajah dan penjajah Portugis serta Spanyol.
Jes Tirol telah menulis dalam
The Bohol Chronicle menjelaskan,
"Spanish records mention of a mysterious people known as Lequios. Modern historians variously identified them as Okinawans, Koreans, or Vietnamese. They were favorite targets of Spanish ships during the time of General Miguel Lopez de Legazpi because the ships of the Lequios were always laden with gold and silver".
"According to Documents 98, the Lequios
were big, bearded, and white men. They were only interested in gold and
silver when trading at Ophir. Okinawans, Koreans, and Vietnamese people
are not big nor are they white. Their beards are just small goatees and
could not satisfy the word "bearded". Therefore they were not the Lequios. So who could the Lequios be but the remnants of Hebrews and Phoenicians who have made some enclaves along the Southeast Asian shores?"
Dalam catatan Spanyol juga dinyatakan maksud sebenar
Lucoes kerana menurut linguistiknya perkataan Lucoes atau Liquios berasal dari perkataan
Ibrani. Tambah
Jes Tirol lagi
"The Hebrew word "LEQOT" or "LIQQET" means to gather, to glean. It resembles closely the word Lequios. It will fit the men of King Solomon's fleet who gathered gold and silver."
Kumpulan pulau Lucoes (Lugus) ialah pulau-pulau kecil yang bertaburan di Selatan Jolo termasuk Pulau Pata. Hingga
hari ini penduduk yang duduk di sekitar kumpulan pulau Lucoes ini
mempunyai gaya bahasa Sug yang berbeza serta mempunyai kulit putih
kemerah-merahan dan kebiasaan mereka berjambang.
Hingga
hari ini Tausug masih menyebut perkataan Ibrani ini. Sebagai contoh
Tausug menyebut beberapa perkataan yang sinonim maksudnya perkataan
Lucoes,
- "Likus" bermaksud "keliling"
- "Hukut" bermaksud "tali"
- "Ligut" bermaksud "pusing" (putar)
- "Lakat" bermaksud "becak" keadaan yang menyukarkan pergerakan.
- "Pukut" bermaksud "pukat"
- "Kut-kut" bermaksud "gigit"
- "Kaput" bermaksud "pegang"
- "Kup-kup" bermaksud "peluk"
- "Sakup" bermaksud "termasuk" atau lingkungan.
- "Saput" bermaksud "kain kafan" pembungkus mayat.
Memandangkan
banyaknya perkataan yang hampir sama bunyinya dan maksud yang sinonim
dalam bahasa Sulug di atas maka penulis membuat kesimpulan bahawa bangsa
Israel kemungkinan mendapat nama "Leqot" dari kepulauan Sulu. Sekiranya
ini benar maka menjadi satu bukti Sulu menjadi pusat peradaban awal dan
boleh dijadikan asas kajian dunia.
08 - BANGSA MELAYU BERASAL DARI KEPULAUAN SULU?
Dalam
bahasa Melayu juga terdapat perkataan "Liput" yang mempunyai konotasi
yang sama. Kemungkinan bahasa dan bangsa Melayu bermula di Sulu juga
bukanlah mustahil. Ini kerana bahasa Sulug @ Sug menyebut
"Malayu"
yang bermaksud destinasi "jauh" yang hampir sama maksud dengan "Mlayu"
dalam bahasa Jawa yang juga membawa maksud "menjauhkan diri".
Dalam
bahasa Sulug atau Sug tidak ada perkataan yang membawa maksud "jauh"
kecuali "Malayu". Kata dasar "Malayu" ialah "Layu". Untuk menyebut
"Layu" tidak akan sempurna tanpa menambah imbuhan "Ma" sebelum layu.
Kerana kata dasar "Layu" tidak boleh berdiri sendiri untuk menjadi
perkataan dalam bahasa Sug. Kemungkinan besar nama bangsa Melayu di
Sumatra terhasil dari lidah bangsa Sulug adalah satu kenyataan.
Dari
dulu hingga ke hari ini orang-orang Melayu di Indonesia dan Malaysia
masih memperdebatkan "asal-usul nama Melayu". Sesetengah sarjana memberi
teori bahawa bangsa Melayu berasal dari nama "Mala" dan
menyambungkannya dengan "ur" menjadi
Mala-ur
yang pada akhirnya menjadi Malayu adalah berdasarkan nama
kerajaan-kerajaan lama yang pernah muncul disekitar Vietnam hari ini.
Rasanya
Prof Dr Nik Safiah Karim perlu dicadangkan memasukkan kajian pertalian bahasa Sulu untuk mencari akar nama "Malayu" ini.
Kebenaran
kepulauan Sulu adalah pusat peradaban terawal dapat diketahui sekiranya
kita meluaskan kajian sampai ke Mesir. Kewujudan bangsa Gypsy dan
bangsa Kanaan di sekitar Laut Meditranian yang disebut Phoenician oleh
bangsa Eropah besar kemungkinan adalah datang dari Sulu. Hingga ke hari
ini bangsa
Gypsy dan
Phoenician masih diperdebatkan asal-usul mereka oleh para sarjana Eropah. Sedangkan dalam masa yang sama terdapay
Sea Gypsy di sekitar laut Nusantara terutama di Sulu. Apa yang pasti Phoenician telah digelar oleh sarjana barat sebagai
"Man of the sea"
yang dikatakan pernah belayar mengelilingi glob ribuan tahun lebih lama
sebelum Colombus dan Magellan belayar mengelilingi dunia.
Kewujudan
Raja Parahu yang dipercayai datang dari kepulauan Nusantara dalam dunia
mitos Raja-raja Fir'aun Mesir menjadi satu bukti bahawa Phoenician
(Kanaan) berasal dari Sulu. Maka tidak hairanlah bangsa Eropah menggelar
Kepulauan Sulu dengan
"The Biblical lands of Tarshish and Ophir" dan Bani Israel pula memanggilnya
"The New Promised Land".
Flavius
telah membuktikan kepada kita bahawa bahasa yang digunakan oleh Bangsa
Phoenician adalah bahasa Sulug atau pun bahasa orang-orang Pala'o
(Perahu).
"...And besides
these, he granted him certain cities of Galilee, twenty in number, that
lay not far from Tyre; which, when Hiram went to, and viewed, and did
not like the gift, he sent word to Solomon that he did not want such
cities as they were; and after that time these cities were called the
land of Cabul; which name, if it be interpreted according to the language of the Phoenicians, denotes what does not please." Catatan
Flavius Josephus dalam
Antiquities of the Jews, Book VIII -From the Death of David to the Death of Ahab, Chapter 5:3.
Hingga hari ini bahasa Sug dan bahasa Bajau Pala'o (Parahu) masih menggunakan perkataan
Cabul (lidah Tausug menyebut
sabul) yang membawa maksud lucah-jijik. Dalam bahasa Melayu juga mempunyai konotasi yang sama.
09 - BANGSA PARAHU DI SULU
Di
kepulauan Sulu hari ini terdapat satu kumpulan manusia yang hidup
berperahu di laut yang dipanggil Bajau Laut. Kadang-kadang mereka
dipanggil Sama atau Samal dan dalam keadaan tertentu mereka dipanggil
Pala'o. Mengapa mereka dipanggil Pala'o adalah disebabkan sepanjang
hidup mereka senantiasa berada di atas perahu. Mereka hidup sebagai
nelayan dan penyelam mutiara yang handal. Mereka sangat pakar dengan
lautan luas tanpa menggunakan sebarang alatan canggih penunjuk arah
seperti kompas.
Pala'o adalah sebutan Tausug terhadap PARAHU yang
membawa maksud Bangsa Berperahu. Panggilan Bajau terhadap mereka adalah
kerana kehidupan mereka yang "berjauh" dengan daratan. Tausug menyebut
Bajau sebenarnya adalah dari perkataan BERJAUH. Panggilan Sama atau Samal oleh Tausug juga diambil dari kata
Sama-Sama kerana sifat Pala'o yang senantiasa berperahu bersama-sama secara berkumpulan.
Hari
ini bangsa Pala'o dipandang rendah dan hina oleh sebahagian Tausug
adalah kerana gaya hidup Pala'o yang sebilangannya tidak beragama,
senantiasa merendahkan diri dan ketinggalan arus kemodenan. Walhal
mereka inilah yang dipanggil
Orang Laut
yang menjaga Selat Melaka awal kurun ke-15 seperti yang tercatat dalam
catatan Melayu. Ini bermakna mereka adalah bangsa hebat sebagaimana yang
disebut oleh pakar sejarah Sulu bahawa mereka inilah yang menguasai
lautan Nusantara antara abad ke-17 hingga abad ke-19. Berikut terdapat
dua kumpulan terbesar bangsa Parahu di kepulauan Sulu yang masih wujud
hingga hari ini,
Perahu Bajau Balangingi dan Iranun, kelihatan "jauragan" sedang mencari-cari perahu Visaya di perairan Sulu dan Laut China Selatan. Sehingga terkenalnya nama "Lanun" (Iranun) di Tanah Melayu dan Bajak Laut (Bajau Laut atau Bajau Balangingi) di Tanah Jawa kerana mereka belayar sehingga ke Selat Melaka.
- Bajau Balangingi' (Tausug menyebut Bangingi')
- Inilah kaum Bajau yang dijadikan tentera laut oleh Kesultanan Sulu. Bersikap keras dan kejam terhadap musuh.
- Pekerjaan
utamanya ialah menangkap orang kemudian menjualnya kepada para Datu
Tausug dan Pangiran di Brunei serta kepada para Daeng Makassar untuk
dijadikan hamba.
- Sesetengah
keadaan Balangingi bersatu dengan Iranun, Tidung dan Makassar meronda
laut Nusantara merompak wilayah naungan Belanda, British dan Spanyol.
- Pekerjaan
lain ialah selalu dijadikan pemandu arah oleh bangsa Eropah merentas
lautan luas dan dijadikan penjaga kapal dagang oleh para Datu dan
Pangiran.
- Kebiasaan Bajau Balangingi dengan keluarga mereka tinggal berumah di darat.
- Tempat tinggal Bajau Balangingi hari ini ialah di Kota Belud (Sabah), Sambuangan (Zamboanga), Kepulauan Pilas dan Basilan, Tungkil, Jama Mapun, Pangutaran, Kabingaan sehingga ke kepulauan Tawi-Tawi.
Anak Bajau Pala'o
- Bajau Pala'o
(Sesetengah Tausug menyebut Luwa'an) - Mempunyai sifat yang berbeza
dengan Bajau Balangingi iaitu tidak suka bergaduh dan senantiasa
berkompromi dengan para Datu dan Daeng demi keamanan. Hidup mereka
senantiasa dalam perahu yang mereka panggil Lepa. Sangat terkenal
sebagai penyelam mutiara yang handal dan perisik kepada kesultanan Sulu
ketika melawan Spanyol berabad-abad lamanya.
Yang paling
penting Bangsa Parahu atau Pala'o sebenarnya menutur bahasa Sama-Bajau
yang bahasanya mirip dengan bahasa Melayu Riau. Tinggal lagi bunyi atau
slanga bahasanya sukar difahami secara sepintas lalu. Ia seperti bahasa
Melayu Kelantan yang sukar difahami oleh Melayu Selangor begitulah
bahasa Bajau. Demikian juga dengan bahasa Sulug yang mempunyai lebih 50%
perbendaharaan kata Melayu. Sebenarnya samada mereka kaum Bajau,
Lucoes, Taguimaha atau Buranun, selagi mereka tinggal di kepulauan Sulu
mereka adalah Tausug atau bangsa Sulug. Kerana mereka antara satu sama
lain menutur bahasa yang sama iaitu bahasa Sulug @ Sug sekali pun
masing-masing mempunyai loghat yang berbeza.
Tambahan pula
sekiranya Sulu diserang musuh mereka semuanya berkerja sama samada Sulug
di darat atau pun Sulug di laut. Sebagai contoh, kesultanan Sulu telah
memberikan tugas kepada Bajau Balangingi' di laut memusnahkan
kapal-kapal Spanyol yang mahu menyerang Sulu terlebih dahulu. Kalau
gagal iaitu Spanyol bolos sampai ke darat maka menjadi tugas Buranun,
Baklaya, Taguimaha pula menyerang dan bertahan. Satu ikatan yang
berlangsung beribu tahun yang diamalkan oleh bangsa Sulug di kepulauan
Sulu. Inilah rahsia mengapa Sulu sukar ditakluk oleh bangsa lain.
Bajau
Pala'o (Perahu) sedang mendayung perahu Lepa (merangkap rumah) di Laut
Sulu. Keindahan Laut Sulu menyebabkan majoriti Bajau Laut ini sukar
meninggalkan Sulu.
Pemandangan rumah Bajau (Tanpa jambatan ke darat) yang sudah tinggal di tepi pantai tapi masih dalam kawasan laut. Kelihatan anak-anak Bajau sedang bermain laut tanpa pengawasan. Lokasi di pantai timur Sabah.
10 - RAJA PERAHU DALAM CATATAN MESIR PURBA
Dalam mistisfiles.blogspot.com telah dijelaskan secara terperinci bahawa utusan raja Mesir telah pernah dihantar menemui
Raja Perahu yang punya permaisuri bernama
Ati di sebuah negari yang mereka namakan
"Land of Gods" atau dipanggil Negeri
Punt. Menurut pengkaji Negeri Punt adalah kepulauan.
"Para penyelidik telah mengkaji sejak bilakah gelaran 'Pharaoh' digunakan. Perkataan 'Pharaoh' sebenarnya berasal dari sebutan Mesir Purba 'Prao' atau 'Prau'. Kemudian dicedok oleh Greek Purba (Yunani) dan Latin menjadi 'Pharao'. Kemudian orang Inggeris menuliskannya sebagai 'Pharaoh' sehingga ke hari ini. Pada awalnya, maksud 'Prau' ini bukanlah menunjukkan gelaran diraja tetapi tempat atau istana raja".
Siapa
sebenarnya yang dikatakan Raja Perahu dan Permaisuri Ati?
Mistisfiles.blogspot.com telah memberi jawapan bahawa berdasarkan nama
Raja Perahu dan isterinya bernama Ati yang difahami dalam bahasa Melayu
itu maka sudah semestinya kedua-duanya adalah berasal dari kepualaun
Melayu. Hal ini semamangnya benar, kerana nama
Ati itu sendiri sebanarnya adalah
Hati dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Sulug atau Tausug menyebutnya
ATEY atau
Atay yang lebih dekat kepada
Ati.
Kami
berpendapat, ciri-ciri Raja Punt tersebut yang dikatakan sebagai Raja
Perahu sangat bersesuaian dengan ciri-ciri yang terdapat pada masyarakat
Sulu hari ini. Penguasaan maritim di masa lalu sehingga kini masih
kelihatan di Sulu. Persoalannya mengapa Raja Fir'aun sangat menghormati
Raja Perahu yang duduk di negara
Punt
(Land of Gods) itu hinggakan nama Perahu sangat diagungkan oleh
Raja-raja Mesir? Untuk mendapatkan kepastian perlulah gambarajah pada
ukiran dinding Mesir tersebut diperjelaskan terlebih dahulu.
Gambaran Raja Perahu dan permaisuri Ati.
Perhatikan
gambarajah yang menunjukkan keris terselit dan kalung pada leher
Permaisuri Ati dan Raja Perahu kalau bukan emas kemungkinan adalah
mutiara kerana bentuknya yang bulat. Gambar diambil dari
mistisfiles.blogspot.com.
Pada gambarajah di atas
memperlihatkan dua perkara penting. Pertama ialah kalung pada leher dan
keduanya pedang atau keris yang terselit di pinggang. Kalung yang
dipakai oleh keduanya seolah-olah mutiara. Saiz mutiara yang berada di
leher Permaisuri Ati adalah lebih besar berbanding Raja Perahu kerana
saiz yang besar lebih bernilai dan menjadi kebanggan adalah sesuai
dipakai oleh seorang permaisuri.
Jenis mutiara kelabu atau hitam dan putih metalik.
Melihat
kepada pedang atau keris yang terselit di pinggang seolah-olah Raja
Perahu sedang memakai Keris Sulu dengan ulu bermotif kakak tua yang
biasa dipakai oleh bangsa Sulug berabad-abad lamanya yang masih wujud
sehingga hari ini.
Pelbagai
variasi keris dan barung Sulug (Tausug) berjaya dirampas oleh tentera
Amerika Syarikat selepas berjaya membunuh ribuan Tausug di Bud Bagsak
dan Bud Dahu tahun 1903-1913. Kebiasaan motif pada ulu keris dan barung ialah kakak tua samada yang diperbuat dari gading gajah atau kayu terpilih.
Barung Sulug yang biasa diselit di pinggang pahlawan Sulu berabad-abad lamanya mempunyai pelbagai saiz. Yang kecil biasanya bersaiz lebih kurang sekaki.
Untuk
mendalami hal ini kita perlu mengkaji dahulu siapa bangsa PARAHU ini
sebenarnya hinggakan rajanya menjadi pujaan Raja Fir'aun.
Mistisfiles.blogspot.com telah menjelaskan bilakah nama "Prao" (Pharaoh)
menjadi gelaran Fir'aun di Mesir Purba:
Kita lihat dahulu sejak bilakah perkataan 'Prau/Prao' ini dipakai dalam budaya Mesir Purba. Catatan terawal di mana kata 'Prao' ini digunakan ialah merujuk kepada pemerintah di dalam surat kepada Amenhotep IV (Akhenaten) ketika pertengahan era Dinasti ke-18 (1550-1292 Sebelum Masehi) di mana disebutkan dengan kata-kata:
"Prao, seluruh kehidupan, kekayaan dan hidup sihat!"
Gelaran 'Prao' ini digunakan selepas era Ratu Hatshepsut iaitu pemerintah sebelum Amenhotep IV ini! Dinasti ke-19 dan seterusnya menjadikan gelaran 'Prao' ini digunakan secara rasmi yang membawa maksud 'Tuanku'."Perahu, juga disebut sebagai 'prau' atau 'prao' dalam literasi Sumeria-Mesir-Barat adalah nama sejenis pengangkutan laut orang Melayu. Nama lain bagi perahu adalah sampan. Raja Punt bergelar Raja Perahu menunjukkan penguasaannya ke atas laut dan perdagangan maritim, profesion utama orang Melayu pada zaman purba".
Raja Mesir Purba (Fir'aun) dengan lambang ular atas topi sebagai tanda penghargaan dan kebesaran.
Apakah
punca Fir'aun memuja Bangsa Parahu? Mistisfiles telah mencatat
berkenaan bermulanya perhubungan bangsa Perahu dengan bangsa Fir'aun
Mesir:
Di dalam era Dinasti ke-12, perhubungan dengan Punt direkodkan di dalam 'Kisah Pelaut Kapal Karam' yang terkenal dalam kesusasteraan Mesir Purba. Kisah ini menyebutkan:
"...Seorang
pelaut telah tiba di satu kawasan kepulauan di mana kapalnya telah
karam. Dia cuba berenang untuk mendekati pantai. Sampai di pantai,
pelaut itu pun berjalan-jalan di sekitar pulau itu. Tiba-tiba seekor
Ular Besar telah menghampirinya. Pelaut itu berasa amat takut. Alangkah
terkejutnya pelaut itu apabila Ular Besar tadi berkata-kata dengannya:
Akulah Raja Punt.
Aku memerintah pulau-pulau. Aku berkuasa ke atas pulau-pulau ini.
Pelaut itu dilayan dengan baik oleh Raja Ular Besar itu. Dia diberi makanan, minuman dan layanan mesra..."
Menurut
Mistisfiles rahsia Raja Ular Besar tersebut masih berada dalam simpanan
Kesultanan Perak. Ini membuktikan bahawa lokasi Ular Besar tersebut
barada di Tanah Melayu.
"Ini akan membuka rahsia 'Darah Naga' (The Dragon Court of Royal Bloodline)... Selagi potoh NAGA masih tersimpan di dalam simpanan Kesultanan Perak, selagi itu rahsia ini masih ada. Di dalam hikayat Naga Kepala Tujuh,
cerita rakyat negeri Perak, disebutkan mahkota anak raja yang dicuri
oleh Naga ini dan ini kononnya menjadi sebab Sultan Perak hari ini tiada
bermahkota. Tanyalah peristiwa Beting Beras Basah, dan kaji mengapa setiap pertabalan Sultan Perak, mereka mesti membasahkan kaki di Beting Beras Basah ini."
Cuba perhatikan ayat
"Pelaut itu dilayan dengan baik oleh Raja Ular Besar itu. Dia diberi makanan, minuman dan layanan mesra"
menunjukkan satu kerja kebajikan dan keluhuran budi. Peringkat awal
seolah-olah Ular Besar tersebut akan memakan atau menggigit untuk
membunuh kerana mungkin dianggap menceroboh, tetapi berlaku sebaliknya.
Cerita tersebut sekali pun ia dianggap mitos atau lagenda seolah-olah
memberitahu kita ada sesuatu yang perlu dirungkai, dikaji dan
diperjelaskan. Hal ini boleh saja dikaitkan dengan sifat dan sikap
Bangsa Perahu atau Bangsa Sulug di kepulauan Sulu.
11 - KAITAN NAGA DENGAN KERIS SUNDANG, BUANSA DAN PUNT
Kami
menjelaskan secara panjang lebar berkenaan hal ini bukanlah kerana mahu
mengagung-agungkan Bangsa Perahu atau Bangsa Sulug di Sulu semata-mata.
Atau pun mahu menunjuk-nunjuka kelebihan dan keberanian Tausug dan
merendah-rendahkan Bangsa Melayu lain di seluruh Nusantara. Bagi kami
inilah saja cara untuk menulis dan mendedahkan Sejarah Sulu yang selama
ini tertimbus kepada dunia.
Spanyol dan Amerika Syarikat berjaya membakar kitab-kitab Tausug
hinggakan sejarah nenek moyang yang tidak ternilai harganya itu tidak
akan dapat dibaca atau dikembalikan lagi. Bangsa Melayu di Indonesia dan
Malaysia masih beruntung kerana kebanyakan sejarah nenek-moyang mereka
masih wujud dalam tulisan-tulisan lama, artifak, batu bersurat dan
sebagainya.
Keris Sundang sikuhan (berlok).
Di Nusantara, satu-satunya bangsa yang menggunakan Keris Sundang secara meluas berabad-abad lamanya ialah
Tausug
sebelum dan selepas era Kesultanan Sulu lagi. Keris Sundang mempunyai
saiz yang besar dan panjang. Sundang sekiranya diberi makna secara
harfiah ianya bermaksud
"pedang" dan kalau ditafsir mengikut bentuk dan sifat penggunaannya akan membawa maksud
"Ular Besar atau Naga". Tausug adalah yang paling mahir menggunakan Keris Sundang dalam peperangan berkecamuk atau satu lawan satu.
Sebagai contoh, seorang pahlawan Tausug yang mahir akan menjelaskan
"Menetak
menggunakan Keris Sundang bersiku atau berlok memerlukan kemahiran cara
menetak pantas iaitu dengan melilitkannya ke bahagian badan musuh lalu
menarik yang dengan tarikan tersebut akan memutuskan anggota dan
memburaikan tali perut sekali gus." Persoalannya bagaimana Keris sekeras itu boleh melilit? Begitulah kemahiran Tausug menggunakan Keris Sundang.
Kemudian lagi, Bandar Buansa yang berada di Jolo turut mempunyai cerita yang sama. Menurut penelitian kami sebutan asal
Buansa ialah Buwangsa. Satu nama yang kalau diperhalusi sebenarnya berbunyi
"Bawangsa atau Mawangsa @ Mahawangsa" yang bermaksud
"Ular Besar" dalam bahasa Sanskrit. Untuk mengesahkan Negeri
Punt
yang dikatakan tempat pemerintahan Raja PARAHU (Perahu) yang dinamakan
oleh Raja-raja Mesir Purba sebenarnya wujud dalam lidah orang-orang
Sulug sehingga hari ini. Dalam bahasa Sulug terdapat istilah
"Pun" yang membawa maksud "himpun" dan kalau ditambah imbuhan
"Ti-pun" bermaksud "terhimpun".
Foto klasik 1900-an : pahlawan Tausug bergambar kenangan dengan anak perempuannya di Jolo, Sulu. Kelihatan di pingganya terselit Keris Sundang yang panjang dan besar.
Satu lagi perkataan ialah
"Pu'un" yang bermaksud "punca" atau "pusat" sebab itu pedagang Tausug menyebut "Pu'un" atau
Pu'unan bermaksud
modal perniagaan. Kerana seorang peniaga memerlukan "punca" atau modal untuk memulakan perniagaan. Maka samada
Pun atau
Pu'un
sebenarnya mempunyai konotasi yang sama. Sekiranya kita kaitkan dengan
pemerintahan atau kerajaan maka PUN dan PU'UN ia akan melengkapkan
ciri-ciri kehebatan yang jelas seperti
"himpunan pusat pemerintahan, kekayaan, kekuasaan dan keindahan serta peradaban dunia". Dalam bahasa Melayu terdapat perkataan
Pohon yang bermaksud
Pokok. Sedangkan pokok membawa maksud "punca" dalam Bahasa Melayu Indonesia. Walau pun
pohon juga bermaksud "pinta" dalam Bahasa Melayu, Bahasa Sulug @ Sug juga turut menggunakan
"Puhun"
untuk "pinta". Ini bermakna tidak seperti Bahasa Melayu, Bahasa Sulug
membezakan "Pu'un" yang bermaksud "Punca" atau "pusat" dengan "Puhun"
yang "meminta".
Dalam Bahasa Sulug suku kata "Pun" digunakan
sebagai pembeza dan penegasan kepada sesuatu keadaan atau pun sebagai
kata kerja. Bahasa Melayu Malaysia dan Indonesia juga turut menggunakan
"Pun" sebagai pembeza dan penegasan. Beriku adalah contoh penggunaan
"Pun" dalam bahasa Sulug,
- "Kahapun" bermaksud kelmarin.
- "Mahapun" bermaksud petang.
- "Ampun" bermaksud sebutan rendah diri kepada Sultan atau Raja.
- "Si'pun" bermaksud hingus.
- "Bitu'un" bermaksud bintang-bintang di langit.
- "Ama'un" bermaksud bapa saudara (Pakcik). Ama' bermaksud bapa atau ayah sebenarnya diambil dari bahasa Hebrew atau Semitik. Ab atau Aba disebut Ama' dalam sebutan Sulug, bunyi "B" bertukar "M" adalah kerana Bani Israel sendiri menyebut Ab dengan Av lebih dekat dengan Am pada lidah Sulug. The Hebrew word for father is just "Ab", pronounced "Av", which means "the one who gives strength to the family."
The word "Abi" is the more familiar form, with the meaning "MY father"
Abba is a hebrew/aramaic hybrid word, attaching the formal ending -a to
the end of the hebrew word Ab, effectively turning it into a singular
formal noun: THE Father, or a reference to God.
- "Ina'un" bermaksud ibu saudara (Makcik). Ina' juga diambil dari Bahasa Hebrew bermaksud ibu. The Hebrew word is "Ima" (pronounced 'ee-ma', spelled 'אמא'). Dalam bahasa Melayu moden terutama di Malaysia menggunakan "emak" untuk ibu. Sebenarnya yang membawa perkataan Ema'
ke Tanah Melayu ialah Bangsa Lucose dari Sulu yang pernah menetap
beramai-ramai di kepulauan Sumatra-Riau sehingga ke Melaka era
Parameshwara lagi. Bangsa Lucoes adalah satu-satunya Tausug yang
menggunakan "E" pepet. Mereka dipercayai menduduki Melaka sehingga ke
muara Sungai Kelang di Selangor. Tidak hairan hari ini orang-orang
Melayu Selangor menggunakan "E" pepet. Contohnya "Ya" adalah bahasa
Melayu Standard tetapi disebut "Ye" oleh Melayu Selangor yang sebenarnya
adalah lidah Lucose (Tausug).
- "Kaka'un" bermaksud makanan.
- "Sipa'un" bermaksud ditendang atau disepak.
- "Alimun" bermaksud halimunan. Alim @ Alem dalam bahasa Sulug bermaksud ghaib, ia berasal dari Bahasa Hebrew aw-lawm : The Hebrew word (pronounced) aw-lawm, meaning hidden place (or the modern term "underworld").
Kalau dihimpun, beribu-ribu patah perkataan Sulug yang terkandung bahasa
Hebrew dan
Arab, Bahasa
Parahu Purba (asal-usul Bahasa Melayu), Bahasa
Monggoloid (Bangsa Monggol atau dipanggil bangsa
Makjuj atau
China-Tibetan), dan Bahasa
Sanskrit serta sedikit Bahasa
Spanyol dan
Inggeris telah membentuk bahasa Sulug moden hari ini. Hal ini akan kami bahaskan dalam tajuk yang lebih khusus.
Bersambung di bahagian kedua di posting seterusnya.
Kajian bersama:
ASREESULU & Neldy Jolo
amukanmelayu - kemerdekaan SULU akan bermulalah kembali KERAJAAN ISLAM NUSANTARA
Lihat saja bagaimana sikap pas dalam menghadapi kes2 jenayah seperti liwat dan zina oleh anwar ibrahim. Jawapan seperti 'besi' takleh jadi saksi dan dna tak boleh jadi bukti akan cuma mengundang gelak ketawa 'orang lain'.Islam akan dipandang jumud dan ketinggalan zaman.Bukan kerana hukum Islam yg tak sesuai dengan zaman tapi kerana orang islam yg kurang ilmu dan tak tahu menyesuaikan hukum dengan peredaran masa.