,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday, 30 November 2013

BERPIJAK DI BUMI NYATA - PAS AKAN BERKUBUR SELEPAS PR AMBIL ALIH PUTRAJAYA


Kata-kata Hikmah Prof. Zulkifli Muhammad

prof_zulkifli 

“Kita tidak kurang tukang angguk,kita tidak kurang tukang geleng, tapi kita kurang orang yang nak membuat apa yang sudah diangguk, orang yang mencegah apa yang sudah digeleng.

"Islam di Tanah Melayu tidak akan boleh dibangun dan tidak akan mencapai keagungannya melainkan dengan dua jalan. Yang pertama melalui pendidikan dan pelajaran, dan yang kedua melalui kuasa politik yang wajib dimiliki oleh umat Islam. Beliau menekankan, jangan sesiapa mengharapkan Islam akan terbela di tanah air kita ini, kalau kuasa pemerintahan negara tidak umat 100% Islam yang memegangnya.”- Professor Ustaz Zuikiflli Muhammad 


OLAK LEMPIT, Sabtu 26 Muharram 1435 = 30hb November 2013. Sengaja penulis mulakan dengan Kata-kata Hikmah dari Prof. Zulkifli Muhammad. Bagi penulis, inilah Pejuang yang sebenar-benarnya.

Nampaknya pertahanan kita mengenai ISLAM dan MELAYU dah lama tenggelam kerana nak membalas dendam dan budaya menuding jari sesama sendiri. Melihat VIDEO bertajuk "NAK BERPADU SANGAT.....Ambikkau!! dari Utube sangatlah mengejutkan. Fakta yang di beri adalah dari persepsi "Ustaz" yang bergelar Dato' yang dengan jelas menuduh UMNO adalah punca segala perpecahan Umat Melayu Malaysia. Katanya Setiap kali UMNO menghulurkan tangan tanda PERPADUAN kononnya adalah kerana UMNO di dalam keadaan tertekan atau terdesak.

Tuduhan UMNO sebagai "PUNCA" perpecahan Melayu adalah satu tuduhan yang amat berat dan ini penulis sifatkan FITNAH BERPANJANGAN seperti tuduhan-tuduhan lain, umpanya "Negara Nak Bankgrap", Cincin Rosmah, 40,000 Bangla, samalah juga dengan pembohongan-pembohongan lain yang di reka cipta mereka sendiri..... Lebuh Raya Rakyat, Batu Asas jambatan yang tak di bena, Harta Yamashita, Minyak di bawah Pasar, Nak tutup Kilang Arak di Shah Alam dan Nak Laksana Hudud.... samalah juga dengan Kutipan Tabung Jihad yang akhirnya menjadi "Habuan" penceramah, penganjur dan Pemimpin yang tidak rasa berdosa mengambil duit hasil keringat Paktani-paktani, nelayan, buruh kasar dan pemanjat kelapa yang di umpan dengan "Perjuangan Islam", jihad, menderma masuk syurga malah mati kerana jatuh semasa menggantung "BENDERA PAS dan DAP" pun masuk syurga.

Baiknya sedikit UMNO ni dia tak janji Syurga dan tak mengemis menadah PLASTIK mengutip dari mereka selayaknya ASNAF yang menerima ZAKAT. Masih ramai yang menghulur dari meminta. Dari soal jahil seperti tuduhan "mereka" ini rasanya sudah ramai dalam UMNO yang lebih berilmu dari PAS. Tapi dasar orang berilmu masih menyembunyikan "KUKU".

Ustaz Dr. Fathul Bari bin Mat Jahya
Dengan tetubuhnya "Cabang Ulamak Muda" (Ulama Muda Malaysia (ILMU) dalam UMNO, penulis melihat apa yang di bawa keluar dari UMNO semasa awal penubuhan UMNO dulu kini di UJUDKAN semula, tapi UMNO tidak menubuhkan  "Dewan Ulamak atau Majlis Syuro" seperti PAS. Penulis nampak ini satu kelebihan pada UMNO.

Di saat-saat MCA dan MIC tidak mampu memberi kemenangan besar dan "Seakan-akan" MCA dan MIC sudah bersedia untuk meninggalkan BN, di kala ini UMNO dapat membaiki Prestasinya dengan sokongan Melayu "MELONJAK" dari 79 kerusi Parlimen kepada 88 kerusi. Di saat-saat PAS sedang merayakan penerimaan kaum KAFIRUN dengan PAS FOR ALL, orang Melayu mula meninggalkan PAS. 

Dari 24 kerusi pada PRU ke 12, PAS cuma meraih 21 kerusi sahaja pada PRU ke 13. Kemerosotan 3 kerusi berti puluhan ribu Orang Melayu sama ada dari penyokong itu sendiri atau mereka yang di atas pagar dengan ini jelas memberi isyarat kepada PAS, kerjasama yang mereka lakukan dengan KAFIRUN di tentang oleh Orang Melayu melalui "MEJORITI SENYAP". Ini jelas Melayu sudah mula menolak PAS dari politik Tanah Air.

PAS juga tidak mampu membina JENAMANYA sendiri. Apabila LEBAI di jadikan Imej PAS, orang-orang yang tidak berpolitik yang mendapat lebih kesannya. Kerana nak menampakkan "dia" orang PAS, maka di pakainyalah Kopiah Lebai. Bercakap bagaikan dia seorang ustaz atau orang yang tinggi ilmunya dan KEBODOHAN itu semakin menyerlah bila Rujukan ilmunya hanyalah dari Ustaz-ustaz PAS yang sememangnya hidup dengan "menipu dan menjual Ugama".

Professor Ustaz Zuikiflli Muhammad
Amat malang dengan "PEJUANG-PEJUANG PAS" yang asal atau yang ikhlas berjuangan kerana ALLAH yang masih bersama PAS tapi tidak setuju dengan PAS sekarang ini. Dari gulungan bawahan PAS terdengar suara-suara sumbang yang mula mempertikaikan "WALAQ" mereka dengan KEPIMPINAN TERTINGGI PAS. 

Sikap tidak tetap pendirian Kepimpinan PAS juga menambahkan luka di hati Ahli-ahli PAS bawahan. Seperti issu KALIMAH ALLAH. Ada yang kata tidak boleh di gunakan oleh KAFIRUN dan ada pula yang kata boleh, pada mulanya semua kepimpinan kata tak boleh, tiba-tiba selepas satu mesyuarat dengan DAP dan PKR....tiba-tiba sahaja menjadi boleh.

Kini di saat mereka mengatakan PAS di kedudukan yang betul dengan kepimpinan yang ada yang nampaknya lebih kepada LIBERAL dengan kepimpinan bercampur-campur(Bukan lagi di menopoli Ulamak) dapat mempertahankan Selangor(PKR), Pulau Pinang(DAP) dan Kelantan(PAS) walau pun terlepas Kedah, dengan angkuh ada di antara Pemimpin Muda ini dan kurang juga yang tua yang menghalang "PENYATUAN" ini. Tapi apa sebenarnya yang mahu?

LKY Bersongkok

Bagi penulis, inilah sebenarnya "HALANGAN" yang perlu di selesaikan dahulu. Inilah sebenarnya AGEN PERPECAHAN Islamelayu. Mereka ini di lihat lebih kepada menjaga kepentingan dan keuntungan peribadi. Secara jujurnya mereka ini sedar siapa mereka. 

Jika PR berjaya mengambil alih PUTRAJAYA, apakah jawatan yang sesuai untuk mereka ini? Dari sejarah Singapura, Osman Wok adalah penyokong kuat LKY dan menjadi penasihat untuk "PECAH dan TAWAN" di kawasan Melayu. Sehingga LKY BERSONGKOK di kawasan Melayu dan akhirnya..........



Osman Wok dan LKY

Osman Wok mendapat habuannya sebagai Menteri yang menjaga Kebajikan Melayu yang pada hakikatnya di beri satu Pejabat dan ada seorang KAFIRUN dari Pejabat LKY yang menjalankan kerja-kerjanya. Dalam bahasa mudah, Osman Wok makan gaji buta selepas Melayu tergadai. Janganlah salahkan Tengku, tapi carilah siapa yang menjadi dalang kepada perpecahan Melayu Singapura. 

Ustaz Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan
Diharap dapatlah saudara/i menonton video bertajuk "Nak berpadu sangat... Ambikkau!! " di utube hendaknya dapatlah semua Ahli PAS dan Ahli UMNO yang tidak menyokong penyatuan umno / PAS untuk berfikir dengan IMAN.

Nilai keikhlasan mereka.

Menyedari tak semua suka tonton video kerana sangat maklum akan kualiti internet di malaysia,  admin ambil inisiatif menulis semua isi penting yang menjadi hujah pemimpin PAS dalam video tersebut. YB Ustaz Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan

Inilah "Kononnya" hujah bernas beliau,

"Penyelesaian penyatuan umno dengan PAS ini sentiasa datang apabila umno berada dalam keadaan tersepit. Apabila umno berada dalam keadaan tenang, mereka menindas kerajaan PAS, mereka menindas orang melayu, mereka menindas umat islam. Bagaimana umat Islam, orang melayu....................................." katanya.

" Tuan puan yang dihormati sekelian, saya nak bagi tahu.... apabila nak disatukan dengan umno, sentiasa menuding jari kepada PAS. Kononnya pas tidak mahu bersatu".

"Saya nak bagi tahu kepada hadirin hadirat bahawa, yang menyebabkan Melayu berpecah ........................... Dan juga cuba lihat sejarah. Sejarah menyebut bahawa setiap sepuluh tahun sekali, umno akan menyebabkan pepecahan melayu.

"Dan sebelum daripada kemerdekaan lagi, umat Islam bersatu, orang Melayu bersatu menentang penjajahan. Parti Kebangsaan Melayu Malaya bersatu dengan Hizbul Muslimin, bersatu dengan UMNO untuk memperjuangkan kemerdekaan.

"Tetapi, UMNO dengan tiba-tiba menjadi tali barut kepada British. Mengkhianati perjuangan umat Islam, mengkhianati perjuangan Melayu. Mengkhianati perjuangan umat Islam dalam Hizbul Muslimin dan mengkhianati perjuangan Melayu dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya sehingga pimpinan-pimpinan tertangkap.

"Dr. Burhanudin Helmi kena tangkap, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir kena tangkap. Tengok-tengok dia yang naik jadi Perdana Menteri. Pengkhianatan pertama UMNO kepada orang Melayu dan juga kepada umat Islam sebelum kemerdekaan.



YB Ustaz Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan memang hebat berhujah. Anda juga akan dapat lihat wajah-wajah panel lain yang 'terbelehek' akibat kena TAJI...tapi adakah kita melihat sejarah yang sebenarnya.

Hujahnya lagi ......"Apabila berlaku peristiwa 1969, 13 Mei.. Apabila UMNO merasakan bahawa kuasa mereka terjejas, sebab mereka kalah di Kuala Lumpur dan beberapa tempat lain; mereka mengajak PAS bersatu atas dasar penyatuan umat Islam. Kononnya ada ancaman daripada orang bukan Islam.

"Mengambil sikap dasar perpaduan Islam... terima kita... Selepas daripada itu, apa mereka buat?... mereka tendang PAS keluar. Ini juga satu FITNAH yang hebat, di harap pembaca carilah dari sumber-sumber yang lain sama.....inilah yang penulis katakan PESEPSI YB Ustaz Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan. Tapi penulis juga tahu, jika kita dah terlalu TAKSUB kita akan menjadi jumud dan sukar untuk menerima pandangan orang lain.

Katanya lagi "Pada tahun 1987, umno menyebabkan perpecahan Melayu lagi sehingga lahirnya Semangat 46. Pada tahun 1998, sepuluh tahun kemudian.....sekali lagi melayu berpecah disebabkan oleh UMNO.

"Kemudian berlakulah kononnya satu penyatuan Melayu apabila Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah kembali kepada UMNO atas dasar semangat penyatuan Melayu dan Islam.

"Rupa-rupanya dia ajak Tengku Razaleigh masuk umno kerana nak tendang Anwar Ibrahim keluar. Bukannya atas dasar nak menyatukan orang Melayu tapi memecah-belahkan lagi. Ini juga alasan orang yang tak suka kepada pendamaian sesama Islam. Pernahkah dia menyiasat kenapa Anwar di PECAT dari UMNO? Pernahkah di siasat kenapa Ustaz Nasa dan Hassan Ali di pecat dari PAS. Itulah penulis katakan Orang seperti inilah yang perlu di "KAWAL" dalam PAS jika mahu PAS kembali kelandasan asal.

Lihat ini pula:
"Apabila Pak Lah ajak kami bersatu, kami kata 'boleh', tapi benda ini perlu dibuat secara berhati-hati. Nanti orang PAS tak faham, Pakatan Rakyat tak faham... kami juga yang jugak yang menanggung akibat. Kami jugak nanti akan difitnah.....

"Maka dibuat perjumpaan secara senyap-senyap. Orang semua tak tahu... Tiba-tiba Pak Lah yang umumkan "sudah tiga (3) kali PAS dan UMNO berbincang di belakang tabir." Mengkhianati sekali lagi perjanjian, persefahaman. Sehingga PAS terpaksa berhadapan dengan orang-orangnya sendiri. Sehingga PAS terpaksa berhadapan dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Apakah salahnya Paklah umumkan 3 kali perjumpaan itu? Adakah salah jika kita terlebih dahulu memberi penerangan kepada Ahli PAS dan kenapa perlunya nak di rahsiakan dari DAP dan PKR?

Dengan situasi sekarang penulis memberi pandangan tanpa memihak kepada sesiapa walau pun nampak penulis condong kepada UMNO, PAS yang tersepit untuk MUZAKARAH ini. Ini jelas di lihat ULAMAK mula di "SINGKIRKAN" secara terhgormat oleh Kumpulan Liberal dalam PAS dan PAS juga tiada KEYAKINAN DIRI dan sejak bersama dengan PR, MORAL PAS dilihat berada di tahap paling bawah bila mereka bersama DAP dan PR. Lihat saja seperti di Selangor, walau pun PAS majoriti kerusi tapi kenapa MB di lantik dari PKR? Untuk mentadbir negeri bukan macam nak tadbir PERSATUAN. Penulis amat yakin yang PAS tidak berani dan tidak bersedia untuk memegang Ketua Negeri seperti Wilayah, Selangor, Pulau Pinang dan Melaka. Tapi mereka akan bersedia di Negeri-negeri seperti Kedah, Perak, Kelantan, Perlis, Terengganu, Pahang dan Johor. Jawapannya sangat mudah.....PAS menganggap Negeri-negeri ni orangnya "KURANG CERDIK" kerana majoritinya orang Melayu.

Bagaimana JIKA PR menawan PUTRAJAYA? Siapakah yang akan menduduki Menteri-menteri Kanan Kabinet? Adakah Saudara/i PERCAYA dengan KAFIRUN bila tiada KUASA MELAYU  yang mengawalnya? Jawapan ada pada Iman saudara/i bukanya pada NAFSU Marah, membalas dendam dan menuding jari.

PERLUKAH KITA BERGADUH LAGI SETELAH BERPULUH TAHUN KITA BERPECAH?

SEJARAH RINGKAS PAS

Pas ditubuh sebagai Pan Malayan Islamic Party oleh ulama-ulama UMNO yang kecewa kerana tidak dipilih untuk menjadi ahli Dewan Undangan Persekutuan (Federal Legislative Council) dan dewan-dewan negeri apabila Persekutuan Tanah Melayu mengganti Malayan Union pada 1948.

Kali pertama Pas meletak calon ialah pada Pilihan Raya Umum (PRU) zaman British iaitu tahun 1955. Pas hanya menang satu kerusi daripada 52 kerusi yang dibenar British untuk ditandingi.

Dari sini kita dapat lihat yang Pas tidak pernah menang besar, tidak pun sebesar UMNO. Tidak pernah terjadi kemungkinan Pas layak menerajui Kerajaan Pusat.

Walaupun bekerjasama dengan Parti Semangat 46 dan DAP dalam tahun 1990 dan 1995, Pas hanya menang tujuh kerusi Dewan Rakyat tiap kali.

Pada 1999 apabila bekerjasama dengan DAP dan Keadilan, Pas menang 27 kerusi tetapi jatuh kepada enam kerusi pada 2004.

Pada 2008 pula meningkat kepada 23 kerusi tetapi jatuh kepada 21 dalam PRU13.

Walaupun UMNO bertanding sebagai Perikatan dan kemudian sebagai Barisan Nasional (BN), tetapi jumlah calon UMNO yang bertanding dan yang menang adalah yang terbesar antara parti komponen Perikatan/BN dan terbesar juga antara semua parti yang bertanding.

Pada PRU13, sementara UMNO menang 88 kerusi Dewan Rakyat, Pas hanya dapat 21 kerusi. Hak UMNO untuk mengetuai Kerajaan Pusat tidak pernah dipertikaikan.

Kemenangan

Jumlah terbesar kemenangan Pas adalah pada 1999, di waktu Anwar dapat mata hitam. Pas memenangi 27 kerusi tetapi jatuh semula kepada enam dalam PRU pada 2004.

Pada tahun 2008, Pas menang 23 kerusi. Dan pada 2013 - 21 kerusi, jumlah yang terkecil berbanding dengan rakan Pakatan yang mana DAP mendapat 38 kerusi dan Keadilan 30.


Inilah HAKIKAT SEBENARNYA jika PR mengambil Alih PUTRAJAYA


Daripada angka-angka ini jelas yang Pas tidak mungkin mengepalai Kerajaan Persekutuan walaupun berkongsi dengan DAP dan Keadilan. Pas hanya boleh jadi junior partner jika Pakatan mendirikan Kerajaan. Jika Pas diberi peluang mengetuai Kerajaan Pusat, ia hanyalah sebagai boneka DAP. Kita lihat ini berlaku apabila Pas mengetuai Kerajaan Perak.

Penubuhan Pas hanya berjaya memecah belah orang Melayu/ Islam sehingga mereka menjadi lemah di negara yang Melayu/Islam menjadi majoriti.

Sebelum Pas ditubuh, orang Melayu mudah bersatu. Mereka yang berpelajaran agama pun menyertai UMNO. Demikianlah kekuatan orang Melayu kerana bersatu melalui UMNO sehingga British terpaksa menggugurkan Malayan Union. Pada PRU 1955, walaupun Pas bertanding, tetapi penyatuan Melayu dalam UMNO masih kuat dan hanya satu sahaja kawasan Melayu yang memberi kemenangan kepada Pas.

Semua orang Melayu lain yang pada masa itu menguasai 80 peratus kawasan menolak Pas bulat-bulat. Tetapi pada 1959, apabila Pas menggunakan isu agama dengan sepenuhnya termasuk mengkafirkan orang UMNO, perpecahan ketara berlaku di kalangan orang Melayu. Dan Pas berjaya menawan Kelantan dan Terengganu. Tetapi sejak itu prestasi Pas tidak memberi gambaran yang Pas akan dapat mengganti UMNO sebagai mewakili orang Melayu.

Ke mana Pas? Apakah mungkin dengan sokongan DAP, Pas akan kalahkan UMNO? Apakah DAP akan menolong Pas supaya jadi terbesar dalam Pakatan dan mendirikan Kerajaan Islam?

Hanya mereka yang taksub dengan Pas yang masih boleh mimpi parti itu mengetuai Kerajaan Islam yang memerintah Malaysia.

Yang lain tahu Pas hanya menjadi duri dalam daging bagi orang Islamelayu, yang akan bernanah, reput dan menamatkan sejarah Malaysia sebagai Tanah Melayu.-- UM


AMUKANMELAYU - Hujah penulis ini mudah di patahkan, tapi penulis bukan hendak berhujah tapi penulis amat sayang dengan Orang Islamelayu ini kerana penulis adalah sebahagian darinya dan BARANG YANG LEPAS amat sukar untuk di ambil kembali. Lihatlah Sulu, Pattani, Kemboja, Singapura dan Pulau Pinang. Semua Negeri-negeri ini jatuh kepada KAFIRUN ini kerana kita ada Orang-orang yang MENDAPAT, MENCURI PELUANG dan MENDAPAT HABUAN dari PERPECAHAN MELAYU. Wallahhuaklam.





Friday, 29 November 2013

APABILA ORANG TUA BERCERITA - PASANGLAH TELINGA NANTI BANYAK YANG DI BERINYA TANPA DI MINTA


‘'اورڠ توا مو برچريتا''

بي: ڤتنا فکتا دان اوڤيني



زمان برزمان کيت مندريتا.
دتينداس اوليه مأنسي دورجان.
دبونوه برباݢاي-باݢاي چارا
دڠن تق ڤايه بيچارا

تاهون سمبيلن بلس امڤت ڤولوه
ايبو باڤ مو د سوروه
ڤاکاي سلوار بواڠکن ساروڠ
جاڠن برکوڤيه جاڠن برکلوبوڠ

نام-نام د توکر بهاس د موسنه
کڤد برهالا دسوروه سمبه
سيريه ڤينڠ دسوروه تبڠ
کران تندا اورڠ-اورڠ ترکبلاکڠ

تاهون سمبيلن بلس امڤت ڤولوه توجوه
اورڠ-اورڠ ‘بلوک سموق' دتودوه
هرتا مريک د موسنه
رومه مريک د بکر برڤولوه بواه

بولن اڤريل امڤت ڤولوه لاڤن
د ‘دوسون ڽو' برلاکو برتمڤوران
ببراڤ رعيت دکوربنکن
ترماسوق کانق-کانق دان ڤرامڤوان

سبولن کمواديان ‘کمنن مت' کنا تڠکڤ
بلياو د ڤربوات دڠن ساݢت بيادڤ
بلياو د بونوه اوليه سدادو
دڠن تق ک محکمه ترلبيه دهولو

تيݢ بلس اوݢوس ليما ڤولوه امڤت
حاج سولوڠ دان راکن-راکنڽ برمڤت
دبونوه دتاسيک سڠݢورا
دڠن تق برقبور تق برڤوسارا

تيݢ بلس مرچه ليما ڤولوه انم
ميت حاج عبدالسومت د تانم
بلياو دتمبق ڤد مالم دوا بلس
دڠن ڤلورو انم دس

تيݢ بلس دسيمبر توجوه ڤولوه ليما
تيݢ بلس شهيد برڤولوه چدرا
دبوم وقتو مالم هوجن
مريک تيمبق اورڠ سداڠ اذان

براڤ للاکي يڠ ماتي
تاڤي مريک بوات تق مڠرتي
يڠ کيت تونتوت تق دڤدولي
مريک کات کيت هندق مرديکاکن فتحاوني

هاي..!! مريک ترلاوڤاو خواطر
مريک سڠک يڠ کيت تق ڤرنه فيکير
کيت چوما تونتوت کعاديلن
مريک ساج کيرا يڠ بوکن-بوکن...

    کوتيڤن توليسن اين دري بوکو دالم توليسن جاوي ڤد جودول ‘ڤتنا دهولو دان سکارڠ'، کارڠن اوليه ايه بڠنارا، دترجمهکن دالم بهاس ڤتنا اوليه ايه ڤتنا دان ايه جالا، چيتقن ڤرتام ذولقي'ده 1397 برسمأن اوکتوبر 1977 اوليه فينل ڤڽليديقن اڠکتن الفتحاوني.   
   

‘’Orang Tua Mu Bercerita’’


By: Patani Fakta Dan Opini

Zaman berzaman kita menderita.
Ditindas oleh manusia durjana.
Dibunuh berbagai-bagai cara
Dengan tak payah bicara


Tahun Sembilan Belas Empat Puluh
Ibu bapa mu di suruh
Pakai seluar buangkan sarung
Jangan berkopiah jangan berkelubung

Nama-nama di tukar Bahasa di musnah
Kepada berhala disuruh sembah
Sireh pinang disuruh tebang
Kerana tanda orang-orang terkebelakang

Tahun Sembilan Belas Empat Puluh Tujuh
Orang-orang ‘Beluka Semok’ dituduh
Harta mereka di musnah
Rumah mereka di bakar berpuluh buah

Bulan April Empat Puluh Lapan
Di ‘Dusun Nyo’ berlaku bertempuran
Beberapa rakyat dikorbankan
Termasuk kanak-kanak dan perampuan

Sebulan kemuadian ‘Kamnan Mat’ kena tangkap
Beliau di perbuat dengan sagat biadap
Beliau di bunuh oleh sedadu
Dengan tak ke mahkamah terlebih dahulu

Tiga Belas Ogos Lima Puluh Empat
Haji Sulong dan rakan-rakannya berempat
Dibunuh ditasik Senggora
Dengan tak berkubur tak berpusara

Tiga Belas March Lima Puluh Enam
Mayat Haji Abdul Somat di tanam
Beliau ditembak pada malam dua belas
Dengan peluru enam das

Tiga Belas Disember Tujuh Puluh Lima
Tiga belas syahid berpuluh cedera
Dibom waktu malam hujan
Mereka tembak orang sedang Azan

Berapa lelaki yang mati
Tapi mereka buat tak mengerti
Yang kita tuntut tak dipeduli
Mereka kata kita hendak Merdekakan Fathoni

Hai..!! mereka terlaupau khawatir
Mereka sangka yang kita tak pernah fikir
Kita cuma Tuntut Keadilan
Mereka saja kira yang bukan-bukan...

Kutipan tulisan ini dari buku dalam tulisan Jawi pada Judul ‘Patani Dahulu dan Sekarang’, Karangan Oleh Ayah Bangnara, Diterjemahkan dalam Bahasa Patani Oleh Ayah Patani dan Ayah Jala, Cetakan Pertama Zulqi’dah 1397 bersamaan Oktober 1977 Oleh Final Penyelidikan Angkatan al-Fathoni.


AMUKANMELAYU - Melayuku.....MERDEKANLAH Pattani Tanah Melayu, putuskan hubungan secara langsung dari PENTADBIRAN BANGKOK. Rasullullah juga bersendirian ASALNYA.....sehingga Perjanjian SHAHIFAH "memerdekakan" MADINAH dari KAFIRUN Yahudi.....ayoh....bangunlah PEMUDA Pattani.






Thursday, 28 November 2013

Siti Aishah yang menjadi hamba India di London Tidak Akan Meninggalkan Kudis pun Di hati Melayu


PINTAR TIDAK SEMESTINYA  TIDAK DI TIPU ATAU DI GUNAKAN SEKIRANYA PEGANGAN ISLAM KITA LEMAH.

OLAK LEMPIT, Khamais 24 Muharram 1435 = 28hb November 2013. Nampaknya pertahanan kita mengenai ISLAM dan MELAYU dah lama tenggelam kerana kejutan BUDAYA. Kisah sedih seorang wanita yang amat bijak di waktu itu yang telah di DOKTRIN menjadi se orang yang berfahaman KOMUNIS (Maoist) amatlah menyedihakan. Jelas disini Islam hanyalah Ugama Ikutan kebanyakan Melayu. Mereka tidak menghayati sepenuhnya KEINDAHAN dan KEHIDUPAN ISLAM itu sendiri. 

Tidak hairanlah kita penduduk asal di Nusantara ini mudah untuk mengikut bermacam-macam ajaran sesat dan Ramai juga yang tersesat kerana terlalu TAKSUB dengan satu-satu kumpulan. Sama ada kumpulan NGO, Politik atau Kumpulan Ugama. Pengisian TAUHID yang lemah dan terlalu bergantung kepada MAKHLUK menjadikan PEGANGAN TAUHID seseorang itu menjadi terlalu amat lemah dan inilah yang menjuruskan kepada perkara-perkara SYIRIK atau hilang arah tuju atau hilang PANDUAN yang membawa kepada hilang daya saing dan mudah BERPUTUS ASA.

Mengikut kenyataan KPN:

Berita Harian: Siti Aishah Abdul Wahab dikehendaki polis kerana aktiviti komunis

SITI AISHAH ABDUL WAHAB  yang dijadikan hamba 30 tahun di Lamberth, London dikehendaki polis pada 1970-an kerana aktiviti komunis, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Bagaimanapun, polis gagal menjejakinya selepas dipercayai melarikan diri ke London, England.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara di PULAPOL, di sini, sebentar tadi.
Sabtu lalu, akhbar melaporkan wanita 69 tahun itu antara tiga wanita yang dibebaskan 25 Oktober lalu di London, selepas seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua wanita lain ialah warga Ireland dan Britain.
Siti Aishah berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan dikatakan meninggalkan negara pada 1968 untuk melanjutkan pelajaran di London School of Economics (LSE) di United Kingdom.
Namun, ketika berada di sana, dia dikatakan terpengaruh dengan pergerakan Maoist iaitu politik melampau sehingga mengabaikan pengajiannya.
Berikutan pendedahan itu, kakak Siti Aishah, Kamar Mahtum diterbangkan ke London malam tadi bagi membuat pengecaman dengan membawa barang milik adiknya.
Ketika dalam kurungan, Siti Aishah dan dua wanita itu dilaporkan hanya dibenarkan keluar seketika untuk menjemur pakaian atau menemani suspek membeli barang.

Pengakuan Keluarga

Sebuah keluarga  dari Jelebu, Negeri Sembilan telah mengesahkan bahawa wanita yang didakwa menjadi hamba selama 30 tahun di London adalah ahli keluarga mereka yang hilang sejak 30 tahun lalu selepas menyertai kumpulan Maoist di sana.

Guru pencen Kamar Mautum Abdul Wahab (gambar) berkata, beliau yakin kakaknya yang berumur 69 tahun, Siti Aishah Abdul Wahab adalah wanita Malaysia yang yang ditahan oleh pemimpin kumpulan Komunis Mao sejak 30 tahun lalu.Katanya, kehilangan Aishah telah menyebabkan kesedihan kepada keluarganya.Kamar berkata, ibunya memberikan wasiat agar menjejaki apa yang berlaku kepada anak perempuannya yang tidak pernah pulang itu, lapor The Daily Telegraph.

"Saya sangat sedih tanpa dia di sini tahun demi tahun. Dia sangat berbakat, dia juga menjadi buah hati pada emak saya. Emak menyebut namanya sebelum menutup matanya."Bila emak saya meninggal, dia (Aishah) tidak mahu bercakap dengan kami dan saya tidak boleh berbuat apa-apa," katanya kepada akhbar British itu.


Aishah belajar di sekolah yang paling elit di Malaysia dan mendapat anugerah biasiswa Komanwell untuk belajar dalam bidang Juruukur Bahan di London.Dia berlepas ke Britain pada tahun 1968 bersama tunangnya dan berhasrat untuk mencapai cita-cita untuk keluarga tetapi kemudiannya terlibat dengan kegiatan politik melampau yang menyebabkan dia melupakan segala-galanya untuk mengikut ajaran Maoist.Dia terpengaruh dengan Aravindan Balakrishnan dan rakannya, Chanda, yang telah ditangkap minggu lalu atas dakwaan menahan tiga wanita tanpa kerelaannya melebihi tiga dekad di London.

The Malaysian Insider awal hari ini mendedahkan wanita misteri warga Malaysia berumur 69 tahun yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London berkemungkinan adalah Siti Aishah.Dia adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua lagi wanita adalah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian berumur 30 tahun.

Aktivis, Hishamuddin Rais yang hidup dalam buangan di London pada lewat 1970-an berkata kepada The Malaysian Insider, Siti Aishah aktif dengan kumpulan mahasiswa Malaysia berhaluan kiri yang menggelarkan diri mereka "New Malayan Youth" di ibu kota Britian pada ketika itu."Abang dia ada cari saya pada 1991 minta tolong carikan Aishah yang dikatakan hilang kerana kami berasal dari daerah sama," katanya ketika ditemui awal pagi ini."Saya juga menetap di Brixton, London, di mana lokasi wanita itu ditemui," kata bekas aktivis mahasiswa yang menggendalikan blog “TukarTiub” itu.

URUSAN KERAJAAN - Kenapa Hishamuddin Rais lebeh Sudu dari Kuah?

Hishamuddin berkata, Siti Aishah adalah pengikut kepada fahaman Marxist-Leninist dan pemikiran bekas pemimpin besar China Mao Tse Tung.Difahamkan, "New Malayan Youth" adalah pertubuhan mahasiswa yang menggabungkan pelajar berhaluan kiri dari Malaysia dan Singapura pada 1970-an.Hishamuddin yang pulang ke Malaysia pada 1994 selepas bertahun hidup dalam buangan berkata, Siti Aishah adalah bekas penuntut Kolej Tunku Kursiah (TKC), Seremban dan kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang Juruukur Bahan (QS) di London di bawah biasiswa "Colombo Plan".

Bekas aktivis mahasiswa itu mendakwa, beliau berasal dari daerah yang sama dengan Siti Aishah iaitu di Jelebu, Negeri Sembilan dan kakak kepada wanita itu adalah gurunya di sekolah menengah.Hishamuddin menetap di London selama 15 tahun dan menuntut ilmu Asas Seni di Brixton College sebelum melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda Kajian Filem dan Video di University of Westminster, London.  Alamat terakhir beliau di London adalah di Coldhabour Lane, Brixton.

Akhbar Britian melaporkan pasangan yang ditahan ialah Aravindan Balakrishnan, juga dikenali sebagai “Comrade Bala” dan isterinya Chanda dari Tanzania, tetapi Hishamuddin berkata, lelaki itu turut dikenali sebagai “Chairman Ara” dan berasal dari Singapura.
Apa Agenda PEMBANGKANG ke atas ISSU ini?

Polis Britian mengesahkan pasangan itu pernah ditahan pada 1970-an tetapi tidak menyatakan sebabnya.Polis juga enggan mengesahkan identiti pasangan itu yang dibebaskan dengan ikat jamin sehingga tarikh perbicaraan pada Januari depan tetapi mengatakan ketiga-tiga wanita itu tidak kelihatan seperti didera secara seksual.Polis tidak menolak dakwaan wanita itu dipukul.Turut difahamkan, wanita Malaysia itu berada dalam keadaan yang 'sangat trauma' dan ditempatkan di satu lokasi selamat tetapi alamat rumah lokasi di mana jenayah tersebut berlaku tidak didedahkan.Menurut kenyataan polis, kedua-dua suspek bukan warganegara Britain.Ketiga-tiga mangsa bebas daripada “perhambaan” selepas salah seorang daripada mereka menghubungi badan kebajikan Freedom Charity pada 18 Oktober.

Menurut laporan media Britain, Pengasas Freedom Charity, Aneeta Prem bertemu dengan ketiga-tiga wanita berkenaan Khamis lalu.Laporan media juga menyebut mangsa didera secara fizikal dan dikawal emosi dalam kes perhambaan yang disifatkan sebagai "rumit dan menyayat hati".Polis dipetik sebagai berkata, mereka masih menyiasat apakah "gari tidak nampak" yang digunakan untuk memanipulasi ketiga-tiga mangsa. – 26 November, 2013.

ITV News London menyiarkan imej wanita dipercayai Siti Aishah Abdul Wahab, 69 (gambar) dan seorang lagi wanita, Josephine iaitu wanita yang dijadikan hamba oleh sepasang suami isteri sejak 30 tahun di Brixton. Imej berkenaan dirakamkan ketika Aishah dan Josephine bersama dengan suspek, Aravindan Balakrishnan menghadiri inkues di mahkamah pada 1997.
hamba11
Sudah Tua - Siti Aisyah

Inkues itu diadakan susulan kematian seorang wanita, Sian Davies, selepas terjatuh dari tingkap sebuah rumah pada Oktober 1997. Dalam imej berkenaan Aishah memakai cermin mata serta kemeja dan dia serta Josephine berada di belakang Balakrishnan. Menurut media tempatan, Siti Aishah bersama-sama enam wanita lain pernah dibicarakan pada 1978 selepas ibu pejabat Maoist di sebuah kedai buku di Brixton diserbu polis.
hamba-400x240
Siti Aishah paling kiri dan suspek Aravindan Balakrishnan kanan sekali

Sepanjang perbicaraan ketika itu, semua wanita tersebut melaungkan slogan komunis dan enggan mengemukakan rayuan terhadap 13 tuduhan yang dikenakan ke atas mereka termasuk menyerang polis.
Ini kerana mereka tidak mengiktiraf mahkamah, hakim dan sistem kehakiman.

Malah Aishah yang ketika itu berusia 34 tahun, telah membacakan satu kenyataan bahawa British adalah suruhan kepada Amerika Syarikat. Jelasnya, mereka semua merupakan tahanan politik yang berdepan dengan tuduhan yang sengaja direka-reka. 

Semalam, seorang pesara guru, Kamar Mahtum Abdul Wahab menyatakan bahawa Siti Aisyah adalah  adiknya yang hilang dalam tempoh sama selepas hilang di LONDON, mungkin di waktu inilah "Orang Melayu" ini menyertai fahaman komunis Maoist.

Kamar Mahtum memberitahu,  Siti Aishah ditahan oleh pasangan suami isteri, Aravindan Balakrishnan dan Chanda yang memimpin sebuah kumpulan ekstremis komunis pada 1970-an.
Siti Aishah pernah belajar di Kolej Tunku Kursiah di Seremban, Negeri Sembilan sebelum menyambung pengajian dalam bidang juru ukur bahan di London dengan biasiswa Komanwel.
Jelasnya, Siti Aishah berpindah ke Britain pada 1968 bersama tunangnya, Omar Munir dengan impian untuk memulakan kerjaya di negara tersebut bersama keluarga.-27/11/2013


MELAYU MEMANG RELA DIPERHAMBA INDIA

AMBIGA - India ini lebih hebat dari Aravindan Balakrishnan, beribu Melayu di perhambakannya

Begitu juga dengan apa yang berlaku di dalam Negara sendiri ini. Ramai Melayu yang hilang pedoman dan mereka sanggup di jadikan alat kepada se Orang India kerana hendak mengambil alih pemerintahan Negara secara Politik Jalanan. Akibat terlalu taksub Orang Melayu sanggup  dihambakan seorang India yang menjadi Idola di negara sendiri, jadi apalah yang nak pelikkan dengan kejadian di LONDON itu. walau pun ini kisah lamam dan di Negara asing, yang zahirnya orang Melayu itu sendiri suka di pergunakan kerana Jiwanya Kosong. Kisah wanita malang ini menjadi Hidangan Media seluruh dunia....tapi mereka tentu lebih terkejut di zaman moden ini masih ada orang Melayu yang suka di pehambakan.

Media Britain pasti akan lebih terkejut dalam zaman moden ini ada seorang India yang lagi hebat.. memperhambakan Melayu di bumi melayu sendiri..kali ini bukan seorang tapi ratusan ribu orang Melayu menjadi hamba Ambiga..!!!!

 Tapi mengapa tiba-tiba sahaja dimunculkan  kisah perhambaan yang telah berlaku berpuluh-puluh tahun lalu..yang menariknya walaupun telah mendekati ajal tetapi berjaya diselamatkan..kalaulah mangsa meninggal dunia..tiada siapapun yang tahu..kebetulan pula seorang Melayu diperhambakan oleh seorang India akibat terlalu taksub..!!!! Adakah untuk kita jadikan ikhtibar? Penulis rasa tidak ada untungnya penulis mencoretkan kisah MELAYU DI PERHAMBAKAN INI. Kerana ramai Melayu sendiri akan menyanggah apa yang penulis ciretkan untuk Melayu lebih Sedia Berhadapan dari Menurut atau Bertahan. Lihat pula kisah di bawah ini. Jika anda seorang Melayu sudah tidak ada rasa PERSAUDARAAN lagi di hati andan....tanyalah diri anda sendiri....masih adakah ISLAM di HATI anda?

Sosilawati Dibunuh Pathmanabhan India Banting



SUSILAWATI DAN 4 RAKAN MENJADI MANGSA INDIA
SEDUTAN KES ALLAHYARHAMAH SUSILAWATI - Tertuduh keempat kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa N. Pathmanabhan mengarahkannya memegang pemandu jutawan kosmetik itu dari arah belakang selepas diberitahu lelaki itu hendak memukul bekas peguam tersebut.

R. Kathavarayan, 32, berkata, tindakannya memegang pemandu Sosilawati menyebabkan mereka bergelut sehingga terjatuh atas kerusi dalam sebuah bilik karaoke di Ladang Gadong.
"Kemudian, tangan pemandu itu telah diikat guna tali pinggang sebelum dia disuruh duduk dan dipukul kira-kira tiga kali," katanya pada pemeriksaan utama oleh peguam Hasshahari Johari Mawi, yang dilantik mahkamah bagi menggantikan peguam Ravi Nekoo, yang telah menarik diri daripada mewakilinya.

Pathmanabhan mengarahkan Thilaiyalagan untuk 'menghabiskan' pemandu itu dan ketika ditanya Hasshahari apa maksud 'menghabiskan', Kathavarayan menjawab "bunuh."
"Daripada siapa arahan dikeluarkan,".
"Pathmanabhan telah suruh Thilaiyalagan habiskan," katanya.


AMUKANMELAYU - Wahai BANGSAKU, jangan asyik menuding jari, sudah-sudahlah kita BERSANGKA BAIK dengan KAFIRUN ini. Kita sentiasa di BULI dan Di PERHAMBAKAN kerana kita tidak BERSATU. Marilah kita BALEK ke garisan asal dan kita mulakan sekali lagi....kita adalah BANGSA YANG HEBAT kerana ISLAM PEGANGAN kita. Lihatlah pada diri sendiri apakah sumbangan kita pada Ugama Islam, Keluarga, Bangsa dan Negara kita ini?

Wednesday, 27 November 2013

TUN M MELETAKKAN KEMBALI MELAYU ITU DI TEMPATNYA KETIKA KAFIRUN DAN SAHABATNYA SEDANG MENGHANCURKAN TAMADDUN MELAYU



 ملايو يڠ هيبت ڤرلو برساتو ممبله دنيا  
   

OLAK LEMPIT, Rabu 23 Muharram 1435 = 27hb November 2013. Nampaknya pertahanan kita mengenai ISLAM dan MELAYU semakin RAPUH  namun semalam sebenarnya harus dicatatkan dalam sejarah, peristiwa semalam juga harus disebarkan secara agresif kepada seluruh umat. Peristiwa semalam adalah bukan sembrono leceh isunya, sebaliknya ianya menyentuh mengenai KEHEBATAN MELAYU DAN KEBIJAKSANAANYA dalam memperjuangan maruah umat Islam.

Pucuk Pauh Delima Batu, Anak Sembilang Di Tapak Tangan, Sungguh pun Jauh Beribu Batu, Hilang di Mata di Hati Jangan. Kenapa pantun ini di cipta beribu tahun dahulu? Walau pun jauh beribu batu...tapi segala bantuan di hantar juga kerana itulah KUNCI kebijaksaan dan KUNCI keamanan dunia.....Damainya PLASTINE maka berkembangbiaklah ISLAM ini keseluruh dunia dengan PENDAKWAHNYA mudah menjalankan missinya. 

Sudah lama Salahuddin Al-Ayubbi menyedari KUNCI keamanan dunia itu berada di Plastine. Dunia akan aman InssyaAllah jika RANTAU PLASTINE itu di pegang oleh Islam......


Tribunal jenayah perang kuala lumpur yang mengkhususkan kepada perbicaraan khusus mengenai pembunuhan umat islam  dalam peristiwa shabra dan shatila adalah satu kemuncak percikan betapa seriusnya pemimpin melayu dan parti umno dalam menegaskan kepada umat dunia akan kejamnya regim zionis.

kualiti tribunal ini pada hakikatnya kuat kerana ia dipimpin oleh tun dr mahathir, pemimpin melayu yang tak pernah gentar untuk melanyak secara terbuka zionis.

pembuktian, dakwaan, saksi dan bahan bukti tribunal semalam telah menegaskan akan terdapatnya pembunuhan secara sistematik regim zionis terhadap umat islam di beirut khususnya dalam kem shabra dan shatila.

MELAYU DALAM TRIBUNAL INI SAHKAN TERDAPAT GENOSID.

Melayu dalam tribunal ini juga bakal membawa konklusi ini ke mahkamah jenayah antarabangsa di the hague belanda dan PBB untuk tindakan selanjutnya. Sekadar membandingkan kualiti isu yang dibawa oleh pemimpin Melayu dengan Kafirun Malaysia yang di sokong oleh Orang Melayu yang malu nak mengaku Melayu,

Pemimpin yang malu nak mengaku Melayu ini pernah juga mengecam PENYEMBELIHAN KEM SHABRA DAN SHATILA namun ianya sekadar cakap-cakap-cakap saja..... zionis kejam kemudiannya zionis laknatullah tapi akhir sekali semua itu hanya modal politik hanya untuk di jadikan issu atau tajuk ceramah untuk megaut DUIT TABUNG dan akhirnya kerajaan disalahkannya kerana tidak membantu Plastine..

Yang lagi sorang tu.... takkan mampu nak sebut pun kekejaman zionis kerana dia juga menjadi petugas zionis terbaik dalam ASEAN.

orang melayu wajib sedar kualiti yang berbeda antara keduanya.

tahniah tun dr mahathir, Islamelayu dan seluruhnya.


AMUKANMELAYU - BANGGA MENJADI ISLAMELAYU  YANG HEBAT !

Tuesday, 26 November 2013

KURANG AJAR - SUDAH PUAS MENCEROBOH KINI SINGAPURA MELAKUKAN RISIKAN KE ATAS MALAYSIA


Selepas Jet Pejuang Singapura Ceroboh Malaysia 2,508 Kali - Ahmad Zahid


OLAK LEMPIT, Selasa 22 Muharram 1435 = 26hb November 2013 di petik dari mStar Online (Isnin Jun 20, 2011), Sebanyak 2,508 pergerakan pesawat tentera udara Singapura dikesan menceroboh ruang udara negara sejak tahun 2008, kata  Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya Malaysia telah mengemukakan bantahan diplomatik terhadap pencerobohan tersebut oleh pesawat udara republik itu.

Menurutnya setiap pergerakan pesawat tentera udara Singapura yang mencurigakan dipantau dengan menggunakan kelengkapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga kelengkapan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia.

"Pada tahun ini sahaja(2011) iaitu sehingga bulan Mei, sebanyak 19 pergerakan pesawat (menceroboh) dikesan dengan purata sebanyak empat pergerakan pesawat sebulan," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya sebanyak 985 pergerakan pesawat Singapura dikesan pada tahun 2008, 1,286 pergerakan (2009) dan 218 pergerakan pesawat (2010). Beliau juga berkata bantahan tersebut bermula setelah Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan pada 23 Mei 2008.

Siasatan Menyeluruh Kegiatan Intip Malaysia – Anifah

Hari ini Anifah Aman mengaran Kuasa Usaha Singapura mengadap kerana "Singapura di dapati melakukan kerja-kerja RISIKAN ke atas Malaysia.

Singapura melakukan RISIKAN ke atas Malaysia.
 Malaysia akan meminta klarifikasi dari Singapura atas tuduhan-tuduhan negara kota itu telah memainkan peran dalam memfasilitasi melakukan kerja-kerja RISIKAN ke atas Malaysia.

Kementerian Luar Negeri Malaysia mengatakan akan memanggil Duta Besar Singapura untuk meminta penjelasan tentang kegiatan yang tidak bertanggung jawab ini.

Dokumen-dokumen rahasia yang dibocorkan oleh mantan kontraktor NSA Edward Snowden mengisyaratkan Singapura telah membantu jaringan PERISIKAN yang dipimpin AS mengenai komunikasi asing, dengan Malaysia menjadi salah satu targetnya, kata laporan-laporan media terbaru.

Malaysia telah menyuarakan keprihatinan atas laporan sebelumnya Amerika Serikat (AS) dan Australia menyadap Malaysia dari misi diplomatik mereka.

"Pihak berwenang Malaysia kini menyelidiki secara menyeluruh laporan-laporan media terbaru tentang keterlibatan negara-negara lain, khususnya Singapura, dalam kegiatan RISIKAN terhadap Malaysia," kata Kementerian Luar Negeri Malaysia dalam pernyataannya.

"Ini tidak boleh dibiarkan. Melakukan kerja-kerja RISIKAN teman dan tetangga yang baik  tidak dapat diterima dan bertentangan dengan semangat sejati serta komitmen untuk hubungan bertetangga yang baik," jelas Kementerian Luar Negeri Malaysia. (Antara)


Anidah Berang dengan Singapura
Pihak berkuasa Malaysia sedang menyiasat secara menyeluruh mengenai laporan terkini media berhubung dakwaan pembabitan negara lain, terutama Singapura, dalam kegiatan mengintip Malaysia. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata kerajaan sangat bimbang mengenai laporan dakwaan pengintipan oleh beberapa negara terhadap Malaysia.

Katanya jika dakwaan terbabit dapat dibuktikan, Malaysia sudah pasti menganggap perkara itu sebagai suatu yang sangat serius yang ditolak dan dikecam keras oleh kerajaan.
Kementerian akan memanggil pesuruhjaya tinggi Singapura esok untuk mendapat penjelasan berhubung dakwaan itu, katanya dalam kenyataan di sini.

“Keselamatan dan kedaulatan Malaysia menjadi perkara paling utama kepada kerajaan. Apatah lagi kegiatan mengintip terhadap kawan baik dan jiran yang sudah pasti tidak dapat diterima dan bertentangan dengan semangat dan komitmen dalam hubungan berjiran,” kata Anifah.
Anifah menegaskan hubungan Malaysia dan Singapura pada masa ini adalah teguh dan saling memberi manfaat, seperti yang dicerminkan menerusi hubungan baik antara kedua-dua perdana menteri dan perluasan bidang kerjasama.

Sebuah portal berita melaporkan mengenai dokumen rahsia yang dibocorkan oleh pemberi maklumat Amerika Syarikat, Edward Snowden, mendedahkan bahawa Singapura membantu kumpulan perisikan yang didakwa terbabit dalam aktiviti mengintip di Malaysia.

- Bernama -

AMUKANMELAYU - Putuskan dulu hubungan PERDAGANGAN dengan Singapura. Kita lihat siapa yang memerlukan siapa. Sudah sampai masanya Malaysia SEDIKIT KERAS dengan Singapura. Penulis amat berharap sesekali KEMENTERIAN LUAR dapat bertindak tegas dan berani.