ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU ( BAHAGIAN 7 -12)
Pada tahun 1998,seorang sarjana kelahiran British telah menerbitkan
kajiannya yang berjudul Eden in the East: The Drowned Continent of
Southeast Asia,telah mengungkapkan konsep Sundaland,berdasarkan
bukti-bukti geografi dan antropologi mengatakan bahawa penduduk
Nusantara berasal dari satu peradaban purba yang maju disebut Sundaland
ini.
Kemudian akibat dari sebab-sebab perubahan cuaca dan
geografi seperti bencana alam,bangsa Sundaland ini telah berpindah ke
lain-lain kawasan di dunia dan menimbulkan kaum-kaum baru.Teorinya telah
menimbulkan kegemparan dan kontroversi di kalangan cendekiawan
arkeologi dan antropologi sejak ramai sarjana mula berminat dengan teori
tamadun manusia sebenarnya bermula di kawasan Asia Tenggara bukannya di
Timur Tengah,atau sekurang-kurangnya wujud pada selang masa yang tidak
begitu jauh.
Dua pentas benua, Pentas Sunda dan Pentas Sahul
sememangnya menimbulkan misteri kepada pakar-pakar geografi sejak sekian
lama.Jika Pentas Sunda diangkat,seluruh Kepulauan Melayu sebenarnya
menjadi satu benua baru yang besar. Inilah asas kepada Teori Lemuria-Atlantis seperti yang diutarakan oleh Profesor Arysio Santos.
Terdapat
perbezaan ketara di antara pandangan orientalis-imperialis Barat,
dengan para sarjana dan cendekiawan mereka tentang dunia Melayu dan
bangsanya.
Sebahagiannya mengetahui satu rahsia,tetapi mendiamkan
diri dan cuba menutup-nutupnya,sesetengahnya yang lain mula mencari-cari
rahsia itu dan cuba berfikir tentangnya.
Beribu
tahun dahulu,satu rombongan dari Kerajaan Israel Raya kelihatan
berlayar ke Timur.Ketua mereka sedang mencari arah perjalanan satu
wilayah yang pernah dikunjungi kerajaan Mesir Kuno dahulu.Mereka sedang
mencari sesuatu yang amat berharga.Sesuatu yang membuatkan tempat itu
dinamakan sempena dengannya.
“It cannot be valued with the gold of Ophir, with the precious onyx, or the sapphire”
(Book of Job 28:16 -King James Version)
Untuk
membuka peti-peti rahsia di ‘Gua Rahsia’ kita perlu tahu katakuncinya
(password) terlebih dahulu.Tetapi ada peraturannya.Peraturannya ialah
MANUSIA BERUBAH MENGIKUT PEREDARAN ZAMAN.Sebagaimana perubahan Bahasa
Melayu dari zaman ke zaman,begitu juga bangsanya.Kita tidak boleh
membayangkan seorang pedagang Melayu yang sedang berniaga rempah dan
kayu-kayu cendana di lorong-lorong bazar di Kota Uruk,Sumeria serupa
dengan Abang Mat yang berniaga ikan di pasar malam di Teluk Intan pada
hari ini misalnya.
Kita tidak boleh membayangkan seorang gadis Melayu
yang berkahwin dengan seorang raja Chaldea misalnya sebagai tanda
persefahaman ekonomi dan politik lebih 1500 tahun dahulu adalah berbaju
kebaya atau berbaju kurung dan berselendang merah jenama ‘Samarinda’.
Antara
kesilapan ketara peti-peti ini tidak boleh dibuka walaupun diberi
katakunci ialah SUDUT PANDANGAN YANG SALAH diberikan sewaktu menafsir
rahsia di dalam peti.Bukan sahaja pakaian malah namanya juga pun boleh
berbeza.Kita tidak boleh mengatakan nama seorang raja,Fan Shih-Man
adalah seorang Cina hanya kerana namanya bukan Kasim Selamat Bin Pak Man
(Fan Shih-Man adalah gelaran yang diberikan oleh orang China Purba
kepada seorang raja Melayu Funan).Atau Cambhuwarman mahupun Parameswara
adalah seorang India yang serupa dengan Encik Gopal,jiran sebelah rumah
kita misalnya,yang menjadi raja memerintah negarakota-negarakota bangsa
Mala (tidak kira yang keMelayuan atau KeJawaan) hanya kerana namanya
bukan Ali Bin Abu atau Wak Kandar Bin Wak Seman.
Jika anda
mempunyai asas yang kuat dalam kronologi sejarah bangsa anda,anda tidak
akan terperangkap dengan teori Hang Tuah berasal dari Cina hanya kerana
terdapat peristiwa rombongan Hang Li Po di Melaka.Hanya orang yang tidak
pernah membaca biografi Hang Tuah sahaja yang mula goyang tidak
semena-mena apabila ditunjal oleh teori-teori yang pelik
sebegini.Mengapa tidak mengambilkira teori yang lebih awal seperti Hang
Tuah yang berasal dari Pulau Duyung,atau dari Orang Laut atau dari
sukukaum Bugis-Makasar.
Ini lebih meyakinkan dari mereka-reka
nama Melayu seperti Tuah kepada Too Ah atau Jebat kepada Jee Fat.Jika
Hang Tuah hidup di zaman ini sekalipun dan tiba-tiba melihat anak-anak
Melayu berpogo di gig-gig punk,beliau tidak akan mengenal bangsanya
sendiri,dan mungkin menyangka mereka adalah askar Rom yang tengah
berpesta kemenangan akibat gaya rambut trojan mereka.INGAT!MANUSIA
BERUBAH MENGIKUT PEREDARAN ZAMAN.
Terutama sekali bangsa Melayu
yang terkenal sebagai bangsa pelaut dan pedagang pada masa
dahulu,tinggal di Nusantara yang strategik sebagai laluan perdagangan
antarabangsa,mudah menyerap tamadun asing dan gemar berinteraksi dengan
bangsa asing yang lain.
Kita lihat kembali katakunci yang baru terkumpul:
Gunung
Laut
Pantai
Pulau
Bunga
Wangi-wangian
Nusantara
Pelbagai bangsa
Nabi Ibrahim
Budaya Vedic
Anak-anak Keturah
Madyan
Madai/Madayu
Malai/Malayu
Iskandar Zulkarnain
Parsi
Nabi Nuh
The Land of The Gods
Sundaland
Mesir Kuno
Rempah dan kemenyan
Judah
Nabi Sulaiman
Ophir
Gunung Ledang
Suvarnabhumi
Golden Chersonese
EMAS
Kita
akan lihat beberapa katakunci baru ini dan apa yang akan dapat kita
buka jika menggunakan katakunci ini.Ingat,hanya orang Melayu yang
berdarah Melayu sahaja yang boleh menimbulkan ‘instinct’ menjejak
asal-usulnya.Sesetengahnya akan terbuka ‘vision’ dengan sendirinya
apabila melihat katakunci sahaja.
Sesetengahnya perlukan masa,mengkaji
dan mengkaji.
Sesetengahnya berputus asa,dan menganggap dirinya berasal
dari orang Cina,dari Yunnan atau pendatang asing juga,entah dari
mana,dari Planet Zargus agaknya.’Madyan’ adalah satu bangsa yang
disatukan dengan suku-suku Parsi yang lain oleh Cyrus The Great yang
dikatakan orang yang sama dengan Iskandar Zulkarnain dalam AlQuran.Jadi
cuba semak kembali Sejarah Melayu,kenapa kitab ini mendakwa raja-raja
Melayu berasal dari Iskandar Zulkarnain.Abaikan kata ‘Makaduniah’ kerana
perkataan ‘ Zulkarnain’ itu didapati dari teks AlQuran dan kata
‘Makaduniah’ tidak pula muncul dalam AlQuran.Ingat,di permulaan kitab
itu,Tun Seri Lanang ada menyebutkan kata ‘Goa’.
Kekeliruan
terjadi disini apabila ilmuwan mencari-cari siapakah Iskandar Zulkarnain
itu,dan sarjana India mencadangkan Iskandar Makaduniah (Macedon)
sebagai maksud ‘Iskandar Zulkarnain’ itu.Alexander The Great memang
terkenal dalam sejarah India sebab beliau pernah menyerang benua itu
satu masa dahulu.Jika Sejarah Melayu menyebutkan kata ‘Iskandar Agung’
ini boleh diterima kerana bertepatan dengan gelaran yang diberi oleh
sarjana Macedonia,Athens dan Rom kepada raja itu.
Cyrus The Great
Tetapi
dari mana datangnya ‘Zulkarnain’ ini?’Zulkarnain’ bermaksud pemilik dua
tanduk,dan tidak pula raja Yunani itu bergelar Alexander ‘The Two Horns
Keeper’.Tetapi pada ukiran Cyrus The Great di Persepolis,gambar raja
Parsi itu menunjukkan mahkotanya terdapat dua cabang besar di
atasnya.Dan kebiasaan raja purba dahulu terutama di kawasan Timur
Tengah,para pengikut raja menghormati raja mereka dengan tidak memanggil
nama raja itu tetapi gelarannya.
Mereka tidak memanggil,”Wahai Tuanku
Iskandar” tetapi dengan gelaran “Wahai Pemilik Dua Tanduk” menunjukkan
kemegahan dan penghormatan kepada raja besar itu.Sama seperti Nabi
Muhammad s.a.w.Baginda kerapkali dipanggil oleh para sahabat sebagai “Ya
Rasulullah…” bukannya “Ya Muhammad….”
Dari kata ‘Rempah dan
Kemenyan’ kita boleh tahu pada masa dahulu perdagangan rempah,kayu-kayan
dan herba adalah ekonomi utama bangsa Malayo-Polynesian pada zaman
purba.Pada zaman dahulu (juga hingga kini) laluan Kepulauan Melayu
adalah laluan kapal-kapal perdagangan antara China,India dan Barat
(Timur Tengah).Satu teori yang munasabah ialah,rempah-rempah ini sampai
dahulu ke tangan para pedagang India,kemudian oleh bangsa Aryan (Parsi)
yang membawanya ke Tanah Arab dan Sumeria dan kemudian diketahui oleh
para Firaun dan ahli sihir dirajanya.Para pedagang India dan Melayu
telah sekian lama berurusan sejak beribu tahun dahulu dan tidak
hairanlah kerajaan-kerajaan Melayu dahulu telah ‘diindiakan’ sebagai
pertukaran budaya kerana sebab-sebab keagamaan.
Fikirkan,jika
kita katakan bahawa Tamadun China itu adalah agung,hebat dan sememangnya
menjadi ‘kuasa besar’ di sebelah Timur,bagaimana empayar-empayar
seperti Babylon,Chaldea,Sumeria,Median dan Parsi berhubungan dengan
mereka?Pada masa dahulu jalan darat ke China adalah satu mitos sebab itu
apabila Marco Polo berjaya mencari jalan darat ke China,masyarakat
Barat berasa amat pelik dengan barangan yang dibawa oleh Marco Polo dari
China.Marco Polo juga diketahui cuba untuk menutup panduan jalan darat
ke China kerana dengan itu hanya dialah yang mampu memonopoli jualan
barangan dari China.
PADA MASA DAHULU MEREKA BERHUBUNGAN MELALUI
JALAN LAUT dan mahu tidak mahu terpaksa melalui Kepulauan
Melayu.Daripada mereka menyeberangi dataran-dataran tinggi China,gurun
dan padang-padang steppe berbahaya dan berhadapan dengan kaum-kaum
barbarian,nomad juga Monggol,lebih baik mereka berlayar dengan
kapal-kapal.Ini lebih mudah dan sudah tentu raja-raja Judah misalnya
akan bertemu dengan pelaut-pelaut Melayu yang peramah dan terlebih mesra
dengan bangsa asing ini,bukan kaum nomad yang ganas dan hauskan kepala
manusia.
Pada masa dahulu emas dianggap simbol kekayaan dan
keagungan.Orang yang memiliki emas adalah dianggap orang kaya yang
terhormat.Emas dijadikan perhiasan,mahkota dan pinggan mangkuk.Emas juga
dijadikan matawang dan disadur ke dinding istana dan kuil-kuil.Warna
emas yang kuning kemilau menjadi rebutan pelbagai bangsa dan
empayar-empayar.Sesiapa yang dapat menguasai tempat emas dihasilkan;dia
akan menjadi raja dan menguasai kekayaan.
Emas melambangkan
tuah,dan tempat yang dinisbatkan dengan nama emas ini adalah bumi
bertuah dan menggamit kekayaan tiada hentinya.Ramai yang mati akibat
perebutan logam berharga ini.Ramai pula yang mengaut keuntungan
darinya.Bangsa yang tinggal di tempat emas dihasilkan bukanlah bangsa
picisan yang masih duduk di atas pokok dan bermain dengan tupai,tetapi
bangsa yang mengenal apa itu emas merah,emas tulen dan kekayaan.Bangsa
yang dikaitkan dengan logam ini mustahil tidak dikunjungi oleh pelbagai
bangsa lain;sama ada sebagai kunjungan perdagangan mahupun asakan
peperangan,merebut lombong-lombong kekayaan bangsa tersebut.
BANGSA YANG MENGENAL CAMPURAN 7 JENIS BESI DAN KEMAHIRAN MENEMPA LOGAM UNTUK SENJATA
mustahil tidak mengenal nilai kekayaan emas.Apakah itu besi Kursani?
Manuskrip-manuskrip
purba telah mengenal satu kawasan di dunia yang dipanggil ‘BUMI EMAS’
walaupun lombong-lombong emas juga diusahakan di Afrika dan oleh orang
Nubia,namun tempat mereka tidak pula terkenal sebagai ‘semenanjung
emas’,'pulau emas’ mahupun ‘bumi emas’.Namun sejak berabad lamanya nama
Suvarnabhumi meniti dikalangan bibir para Brahmin yang membaca kitab
Purana dan Ramayana merujuk satu wilayah yang kaya dengan emas.
The Golden Chersonese
Nusantara
adalah satu gelaran yang mula-mula dikesan dipakai oleh Patih Gajah
Mada sekitar tahun 1360 Masehi,namun tahukah anda apakah gelaran
antarabangsa 2000 tahun dahulu kepada Nusantara ini?Gelaran politik
antarabangsa kini kepada dunia Nusantara adalah Southeast Asia atau Asia
Tenggara.Tetapi pada zaman dahulu para Kaisar Rom,Kisra Parsi dan
raja-raja Yunani mengenal wilayah ini sebagai ‘wilayah emas’.Dari
manakah gelaran ini berasal?
Gelaran ini berasal dari kitab-kitab
purba Hindu seperti Puranas, Ramayana, Arthasastra, Raghuvamsa yang ada
menyebutkan nama Nusantara ini.Dan ia sebenarnya berasal dari Tamadun
Aryan yang bersambung pula dengan empayar-empayar Tamadun Sumeria
seperti Babylon,Ur,Kish dan Uruk.Jika sudah terdengar oleh raja
Chaldea,Assyria dan Babilon,sudah pasti raja-raja Israel dan Judah
mendengarnya juga.Mengikut kitab-kitab Hindu ini,Nusantara pada zaman
kuno terbahagi kepada dua bahagian:
*Suvarnabhumi (Bumi Emas-Semenanjung Tanah Melayu)
*Suvarnadvipa (Pulau Emas-merujuk kepada Pulau Sumatera terutamanya serta Pulau Jawa)
Di
dalam naskah Buddha yang paling tertua juga iaitu Jataka ada
menceritakan perjalanan pelaut-pelaut India Kuno berlayar hingga ke
Suvarnabhumi.Dalam Ramayana,ada disebutkan Suvarnadvipa,tempat dimana
Rama mencari Sita yang diculik Ravana.
LIHAT, KISAH-KISAH KUNO HINDU ADA
MENYEBUTKAN NUSANTARA INI.Jika kita melihat hikayat Ramayana ini,Rama
dan Sita adalah setaraf dewa-dewi Hindu dan dewa-dewi Hindu pun
menamakan pulau-pulau Melayu sebagai ‘Pulau Emas’.Di dalam
Kathasagaras,satu kitab kuno India ada menyebutkan Nusantara ini ‘the
fabulous Land of Gold’-iaitu Tanah Emas Yang Menakjubkan, sama seperti
yang diutarakan oleh Kitab Buddha Jataka.
Apakah maksud
‘menakjubkan’ itu?Adakah mereka bertemu dengan orang Melayu yang
bercawat dan tinggal di atas pokok sambil bermain dengan tupai dan
melukis gambar awan di batang pokok lalu para dewa-dewi atau bangsawan
India ini mengatakan “Wow!Menakjubkan!”?
Jika banyak terdapat emas
sekalipun di sini bagaimana Tamadun India Kuno mengetahuinya jika tidak
mereka melihat kesan-kesan fizikal darinya.JIka para raja-raja atau
dewa-dewi Hindu ini sampai ke pulau-pulau Melayu yang dipenuhi hutan
rimba sahaja adakah ini layak digelar ‘the fabulous Land of Gold’??
SEBENARNYA
MEREKA TELAH MENEMUI SATU TAMADUN YANG MENGGUNAKAN EMAS SECARA
BERLELUASA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN .Mungkin mereka menemui istana
emas,raja-raja yang memakai mahkota emas,permaisurinya memakai gelang
dan dokoh emas.Ada kemungkinan para dewa-dewi ini berurusan dengan
pedagang Mala menggunakan matawang emas.Mungkin ketika itu terselit
keris emas dipinggang seorang laksamana Melayu.
Seorang pendeta dan
pengembara China; I-Tsing (634-713), yang bertahun-tahun menetap di
Sriwijaya (Palembang) pada abad ke-7, menyebut pulau Sumatera dengan
nama Chin-chou yang bererti ‘Negeri Emas’.Ini tidak menghairankan kerana
ketika itu Emperor-emperor Melayu Sriwijaya telah mampu mengeluarkan
matawang emas.
Berabad-abad lamanya para musafir Arab menyebut
pulau Sumatera dengan nama Suwarandib dan kemudian orang-orang Melayu
era Klasik menyebutnya sebagai Tanah Serendib (rujuk Sejarah Melayu), di
mana kata ‘Suwarandib’ ini sebenarnya adalah penjelmaan dari nama
‘Suvarnadwipa’ dalam lenggok lidah orang Arab. Abu Raihan Al-Biruni,
ahli geografi berbangsa Parsi yang mengunjungi Sriwijaya pada tahun 1030
Masehi, ada mencatatkan bahawa negeri Sriwijaya terletak di Pulau
Suwarandib;Pulau Emas yang menakjubkan itu.
Pada zaman dahulu
sekiranya pedagang India tidak memperolehi emas dari pedagang Parsi dan
Yunani,mereka akan berlayar ke Nusantara untuk mendapatkan bekalan
emas,bagi perhiasan istana dan kuil-kuil mereka.Sejak Emperor Vespasian
dari empayar Rom menghentikan bekalan syiling emas kepada para pedagang
India;disebabkan ketidakseimbangan ekonomi akibat pembelian emas
besar-besaran oleh pedagang India ini,mereka terus tertumpu ke
Suvarnabhumi;Nusantara untuk mendapatkan bekalan emas.
Di
kalangan bangsa Yunani purba, Pulau Sumatera sudah dikenali dengan nama
Taprobana. Nama Taprobana Insula telah dipakai oleh Claudios Ptolemy,
ahli geografi Yunani abad kedua Masehi, tepatnya tahun 165, ketika
beliau menghuraikan daerah Asia Tenggara dalam karyanya Geographike
Hyphegesis. Ptolemy menulis bahwa di Pulau Taprobana terdapat negeri
Barousai.Mungkin sekali negeri yang dimaksudkan adalah Barus di pantai
barat Sumatera, yang terkenal sejak zaman purba sebagai penghasil kapur
barus;juga tumpuan para pedagang Mesir Kuno untuk mendapatkan
rempah-rempah bagi mengawet mumia misalnya.
Naskah Yunani tahun
70 Masehi, Periplous tes Erythras Thalasses, mengungkapkan bahwa
Taprobana juga dijuluki Chryse Nesos, yang ertinya Pulau Emas.
OLEH
ITU,TIDAK HAIRANLAH PTOLEMY MENAMAKAN SEMENANJUNG TANAH MELAYU SEBAGAI
‘GOLDEN CHERSONESE’ nama antarabangsa baginya ketika zaman kuno
dahulu,nama yang diberikan oleh para Firaun dan Emperor Babilon,juga
raja-raja India malah dewa-dewi mereka juga membisik-bisikkan nama
‘Pulau Emas Yang Menakjubkan’ sesama mereka di dalam hikayat Ramayana
dan Purana.
Jika Ptolemy menamakan semenanjung ini sebagai
‘Monkey Chersonese’ sudah tentu dirinya akan dihina dan diperlecehkan
oleh para sarjana Yunani dan Parsi,mungkin petanya tidak dipedulikan
atau dibakar kerana mengelirukan para pengembara dan pedagang lain.
Telah
diterangkan di dalam siri ATBM sebelumnya bahawa pada zaman purba
Nusantara terkenal dengan pengeluaran rempah ratus,kemenyan dan
wangi-wangian.Para pedagang,raja-raja dari daerah sekitar Laut Tengah
sudah mendatangi Nusantara,terutamanya Pulau Sumatera.Di samping mencari
emas,mereka turut mencari kemenyan (styrax sumatrana) dan kapur barus
(dryobalanops aromatica) yang saat itu hanya ada di Sumatera.
Sebaliknya, para pedagang Nusantara pun sudah memperdagangkan komoditi
mereka sampai ke Asia Barat dan Afrika Timur,sebagaimana tercantum pada
naskah Historia Naturalis karya Plini pada abad pertama Masehi.
Jadi
bayangkan para Firaun sedang menerima delegasi-delegasi pedagang yang
mempersembahkan rempah ratus dari Timur Jauh. BAYANGKAN SEORANG PENIAGA
MELAYU SEDANG MENJAJA KEMENYAN,REMPAH DAN KAYU CENDANA DI BAZAR-BAZAR
KOTA UR,URUK DAN KISH.
Katakan kayu-kayu perhiasan di dalam Solomon’s
Temple adalah dari kayu-kayu cendana Sumatera,perhiasan Cherubim,meja
altar yang menempatkan perunggu lilin adalah emas dari Suvarnabhumi dan
lilin-lilin adalah diperbuat dari kemenyan wangi styrax sumatrana;Lubban
Jawi yang terbaik.Dinding dan lantai adalah dari emas Suvarnadvipa.
“And
the navy also of Hiram, that brought gold from Ophir, brought in from
Ophir great plenty of almug trees, and precious stones”
(1 Kings 10:11 -King James Version)
Nabi
Sulaiman yang juga seorang raja Kerajaan Israel Raya,memerintahkan
pembinaan tempat ibadat yang agung dan dipenuhi perhiasan-perhiasan
keemasan.
“Even three thousand talents of gold, of the gold of
Ophir, and seven thousand talents of refined silver, to overlay the
walls of the houses withal”
(1 Chronicles 29:4 -King James Version)
Sememangnya
di dalam kitab Yahudi, Melakim (Raja-raja), fasal 9, diterangkan bahawa
Nabi Sulaiman raja Kerajaan Israel Raya menerima 420 talenta emas dari
Hiram, raja Tirus yang menjadi bawahan beliau. Emas itu didapati dari
negeri Ophir. Kitab Al-Quran, Surat Al-Anbiya‘ ayat 81, menerangkan
bahwa kapal-kapal Nabi Sulaiman a.s. berlayar ke “tanah yang Kami
berkati atasnya” (Al-Ardha l-lati Barak-Na fiha).
“Dan (telah Kami
tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang
berhembus dengan perintahnya ke negeri yang kami telah memberkatinya.
Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu”
(Al-Anbiya’ ayat 81)
Yang
menjadi persoalan sekarang,DIMANAKAH TERLETAKNYA NEGERI OPHIR
ITU??Pelbagai hipotesis telah diajukan oleh pelbagai sarjana termasuklah
lokasi-lokasi di Afrika,Arab dan Israel.Namun penemuan manuskrip
pengembara Eropah ada mencatatkan lokasi Ophir ini di Filipina;iaitu
salah satu Kepulauan Melayu.Sebuah catatan pengembara Sepanyol yang
dikompilasikan bertajuk Collecion General de Documentos Relativos a las
Islas Filipinas ada menyebutkan panduan laluan laut ke Ophir,
“Ophir
can be found by travelling from the Cape of Good Hope in Africa, to
India, to Burma, to Sumatra, to Moluccas, to Borneo, to Sulu, to China,
then finally Ophir. Ophir was said to be …. in front of China towards
the sea, of many islands where the Moluccans, Chinese, and Lequios met
to trade…”
Para sarjana menolak Kepulauan Jepun kerana Moluccans
tidak berada berdekatan dengannya,bukan juga Taiwan kerana petunjuk
menyebut ‘banyak pulau’.Mereka bersepakat mengatakan ia adalah Kepulauan
Fiipina.
“And Huram sent him by the hands of his servants ships, and
servants that had knowledge of the sea; and they went with the servants
of Solomon to Ophir, and took thence four hundred and fifty talents of
gold, and brought them to king Solomon”
(2 Chronicles 8:18 -King James Version)
Namun
satu pendapat dari sarjana lain mengatakan ia terletak di sekitar
Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu.Ini adalah kerana,kota Tirus
(Hiram yang disebut dalam sumber Yahudi itu adalah Raja negeri Tirus
yang kini terletak di Lebanon) merupakan pusat pemasaran barang-barang
dari Timur Jauh. Ptolemy pun menulis Geographike Hyphegesis berdasarkan
maklumat dari seorang pedagang Tirus yang bernama Marinus.Sudah tentu
Marinus telah membawa emas,rempah,kemenyan dan kayu-kayu cendana dari
Nusantara ketika itu dan memperdagangkannya di Tirus dan kota-kota
Hellenistik yang lain.
“Lombong Emas Raja Sulaiman”
Sejak
zaman berzaman umat manusia terpukau dengan kecantikan dan sifat-sifat
bitara logam emas, menyebabkan permintaan terhadap logam ini sentiasa
mengatasi bekalan. Keunggulan sifat-sifat fizikal logam ini, seperti
kebolehtempaan dan kebolehaliran, dan sifat-sifat kimianya seperti
kelengaian membuat logam ini tiada tandingan. Kelimpahan logam ini dalam
kerak bumi amat lanka menyebabkan proses perlombongannya sukar dan
mahal, membuatkan harganya tinggi. Bekalan emas dunia kebanyakannya
datang dari Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Australia dan lain-lain
dan rizab terbesar terdapat dalam batuan konglomerat Prakambrian di
Afrika Selatan, manakala emas epiterma yang terdapat di negara-negara
keliling lautan Pasifik terletak di tangga kedua daripada segi jumlah
pengeluaran.
Sejak lama dahulu, Semenanjung Tanah Melayu telah
dikenali oleh orang-orang luar sebagai tempat pengeluar emas. Maka itu
Ptolemy yang menulis pada abad kedua Masehi telah menyebut tentang
sebuah Semenanjung Emas,Aurum Khersonese (Aurum diambil dari kata
Aurea,Aurea Chersonese) yang terletak di antara negeri China dengan
negeri India. Mengikut pengetahuan hari ini taburan penemuan emas utama
di Semenanjung Tanah Melayu terdapat di Jalur Tengah, iaitu dari Batu
Melintang di Kelantan, menuju ke selatan melalui Sokor, Pulai,
Selinsing, Raub, Chenderas hinggalah ke Gunung Ledang di Johor.
Jumpaan
terbaru dibuat di Jalur Timur iaitu di kawasan Mersing di Johor dan
Lubuk Mandi di Terengganu. Walaupun kelihatan rawak, taburan ini
sebenarnya dikawal oleh proses geologi iaitu lengkung volkano pada zaman
Perm-Trias di Semenanjung Malaysia. Jenis pemineralan emas Semenanjung
Malaysia ditemui adalah sebagai telerang kuartza, dalam sulfida
masif,dalam skarn, dan berkaitan rejahan igneus. Ciri-ciri longgokan
emas boleh dilihat daripada kajian di Lubuk Mandi dan Penjom. Emas
terdapat dalam telerang kuartza berkemiringan curam berarah
Utara-Selatan.
Perubahan batuan dinding yang terbentuk adalah jenis
suhu-tekanan sederhana iaitu pensilisifikasian, pengargilitan dan
pengkloritan-pempropilitan. Minerologi kebanyakan bijih adalah mudah
iaitu mineral utama terdiri daripada pirit dan arsenopirit bersama
sedikit sfalerit dan kalkopirit kecuali di lombong Ajmal di mana
terdapat banyak galena, tetrahedrit dan mineral-mineral telurida.
Kehadiran grafit adalah minor kecuali di Penjom di mana jumlahnya cukup
banyak hingga menyebabkan gangguan dalam proses pemisahan emas. Kajian
bendalir terkepung menunjukkan suhu pembentukan yang rendah.
Daripada
bukti-bukti yang ada, longgokan emas di Semenanjung Tanah Melayu boleh
dikelaskan sebagai emas longgokan mesoterma, terhasil secara orogeni.
Potensi adanya lagi longgokan emas primer seperti di Penjom cukup tinggi
memandangkan kerja-kerja menjelajah longgokan primer ini masih rendah.
Mengapakah Gunung Ledang digelar ‘Mount Ophir’?
Ledang,
menurut Kamus Dewan ialah dari segi Bahasa Jawa yang bererti
menunjuk-nunjukkan diri seseorang yang ego.Adalah dipercayai, nama
Gunung Ledang ini dicipta oleh Kerajaan Majapahit yang telah berkuasa di
negeri ini sebelum kebangkitan kerajaan Melaka. Maksudnya Gunung Ledang
itu ialah gunung yang tinggi.Maklumat daripada Sejarah China pula,
Laksamana Cheng Ho dikatakan pernah melawat Gunung Ledang.
Beliau
dikatakan melawat lombong-lombong emas di Gunung Ledang dan mengambil
contoh emas-emas tersebut untuk pengetahuan rajanya.Di keliling kemuncak
Gunung Ledang terdapat 7 buah kemuncak rendah. Setiap satunya mempunyai
legendanya yang tersendiri.Yang paling aneh sekali ialah Legenda Gunung
Gemih yang ceritanya ada sebuah gua emas yang dikawal rapi oleh
penunggunya seekor lembu emas.Dalam peta lama Portugis, nama GEMIH ini
ditulis sebagai Gummay yang bermaksud sebuah pusat perusahaan
emas.Menurut kolonel Gerini ( 1904 ), Gemih masih merupakan pusat
perlombongan emas orang-orang Melayu di Gunung Ledang sehingga tahun
1817.
Rounsevelle Wildman, seorang penulis terkenal dari Amerika
Syarikat telah menemui seketul logam yang diambil dari kawasan lombong
di tebing Sungai Gemih pada tahun 1894, apabila dileburkan didapati
mengandungi emas.
Sebab itu tanah semenanjung ini dan
kepulauannya menjadi rebutan pelbagai bangsa.Kita boleh membayangkan
kekayaan emas yang melimpah ruah itu jika kita melawat binaan teragung
orang Mon yang masih ada iaitu Pagoda Shwe Dagon yang diperbuat dari
emas.Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini,Orang Mon adalah etnik
selatan China yang pertama sekali berinteraksi dengan etnik-etnik
Malayo-Polynesian.Renungkan puncak pagoda ini,kemilauan emasnya dan
kekayaan di waktu itu,di Bumi Emas dan Semenanjung Emas yang menakjubkan
ini.
Pada tahun 1854,seorang ahli sejarah British telah mendaki
Gunung Ledang.Ketika itu suasana berkabus dan sejuk sekali.Lelaki
British itu berjalan perlahan-lahan ke hadapan walaupun kabus masih
tebal dalam cuaca sejuk.Tiba-tiba kabus semakin berkurangan,dan alangkah
terkejutnya dia apabila mendapati dirinya berada di sebuah taman yang
penuh dengan bunga orkid yang indah dan tersusun rapi.
Apakah yang ditemui oleh Alfred Wakauce,ahli sejarah British itu di Taman Bunga-bungaan Gunung Ledang??
Alter Terahsia Bangsa Melayu VIII
-XXXXXXX
-XXXXXXX
-Kesultanan dan Empayar
-XXXXXXX
-Gangga Negara,Srivijaya dan Funan
-Peperangan dengan bangsa Yahudi
-Peperangan dengan barbarian
-Serangan ke atas etnik-etnik India
-XXXXXXX
-Laluan rahsia ke lombong emas
-Kunci rahsia Lombong Emas Raja Sulaiman
-XXXXXX
-XXXXXXX
-ITEMS LOCKED
Alter Terahsia Bangsa Melayu VIII
“Once upon a time…”
Pada
masa dahulu…sebelum kedatangan etnik-etnik utara,Benua Siam (IndoChina)
diduduki oleh sukukaum bangsa Mala.Bangsa Mala yang menonjol membina
kerajaan-kerajaan secara amnya dikenal sebagai bangsa Melayu.Bangsa Mala
ini dikenal telah membina kerajaan-kerajaan sama ada sesama mereka
mahupun bersama kaum-kaum kecinaan yang terawal,contohnya Mon dan
Khmer.
Namun begitu jika dikaji secara mendalam lagi kemungkinan juga Mon
dan Khmer ini adalah hasil asimilasi bangsa Mala dengan kaum-kaum
selatan China semenjak kaum Viet itupun menurut pakar arkeologi mungkin
berasal dari Indonesia berdasarkan kesan-kesan arkeologi di semenanjung
hingga ke utara IndoChina.Kajian linguistik menunjukkan bahasa Mon-Khmer
itu berasal dari gaya bahasa Melayu Purba.Bahasa Melayu secara umum
amat cepat mentransformasikan bentuknya sejak kita pun tahu SEBENARNYA
BANGSA MELAYU BERSIFAT GLOBAL DAN GEOGRAFINYA JUGA ADALAH LALUAN TRAFIK
YANG GLOBAL.
Apabila terjadi desakan dari kaum-kaum utara,segala
tradisi,bahasa dan budaya Melayu IndoChina diserap ke dalam budaya
kaum-kaum utara yang sebelum itu menjadi kaum gasar akibat serangan
Monggol dan Imperium China yang menakutkan itu.Hasilnya bahasa Melayu
Purba dapat dikesan di dalam bahasa Khmer.Budaya Kejawaan juga dikesan
dalam kostum,aksesori dan tarian Khmer dan Thai (Thai mencedok budaya
Khmer).
Kerajaan Bangsa Mala merentasi kerajaan Kuno Bagan yang
misteri di Burma,Kerajaan-kerajaan Mala-Saimen di tengah
IndoChina,Angkor,Funan dan Champa di pesisir pantai Vietnam pada hari
ini.Perubahan selama beribu tahun,peperangan dan penjajahan telah
melenyapkan kerajaan-kerajaan ini.Namun sifat bangsa Melayu yang halus
dan sukakan kesusasteraan dan ilmu pengetahuan telah meninggalkan
sejumlah prasasti-prasasti yang menandakan BANGSA MELAYU PERNAH MEMBINA
KERAJAAN DI INDOCHINA.
Kedatangan kaum-kaum seperti Tai,Lao,Khmer dan
Dai Viet adalah fenomena baru sebenarnya jika dikira berapa lama bangsa
Mala telah menginap dan membina kerajaan di Benua Siam.Kisah
penjajahan,perebutan dan peperangan menghiasi Bumi Siam membuktikan
betapa bangsa-bangsa di dunia sememangnya amat berminat untuk merebut
Suvarnabhumi ini yang penuh kekayaan dan kesuburan.Kedatangan
bangsa-bangsa Eropah selepas itu,membuktikan lagi pernyataan
ini.Filipina yang dahulunya adalah milik bangsa Melayu telah jatuh ke
tangan Sepanyol.Pulau-pulau Melayu Suvarnadvipa (Indonesia) dikuasai
Belanda.’Golden Chersonese’ pula dinaungi Inggeris.Portugis menjajah
Timor selain pernah menduduki Melaka.Apakah maksud yang tersirat dari
semua ini?
Kini jika kita lihat politik di Malaysia khususnya
kita boleh lihat betapa bangsa-bangsa asing yang lebih terkemudian
mendatang,sedikit demi sedikit mahu merebut Suvarnabhumi ini sekali
lagi.Sebagaimana tamadun Melayu yang telah mencapai tahap legenda di
Indochina,tidak mustahil bangsa misteri akan tinggal misteri di The Land
of The East jika mereka masih terus bermimpi.
Selepas pelbagai cabaran
yang getir dengan penuh kepayahan,bangsa Melayu akhirnya kekal memegang
Golden Chersonese dan Suvarnadvipa,namun pelbagai bangsa di dunia masih
mengidam-ngidam bumi emas yang penuh kekayaan ini.Jika diberi
peluang,pulau SEKANGKANG KERA seperti Pulau Batu Putih pun mereka
sanggup bermatian mendapatkannya apatah lagi SEGENTING KERA kerana sudah
terbukti pulau sekecil Singapura pun boleh menjana kekayaan berkali
ganda dari seluruh Semenanjung Emas,apatah lagi jika mereka berhasil
merebut Semenanjung Emas sendiri,tidak mustahil kekayaan seluruh Tanah
Besar China juga boleh dijana dari sini.MENGAPA INI TERJADI??APAKAH
SEBENARNYA YANG TERDAPAT DI SUVARNABHUMI??
Beribu-ribu tahun
dahulu,tidak tahu bila,seorang dewa bernama Rama mencari permaisuri yang
dicintainya,Sita yang telah diculik Ravana,seorang dewa yang berwatak
jahat di sebuah tempat yang menakjubkan digelar SUVARNADVIPA.Mungkin
Dewa Ravana mempunyai negarakota emas yang menakjubkan di
situ.Beribu-ribu tahun dahulu;mungkin selepas cerita dewa-dewi kayangan
Ramayana itu,para Firaun Mesir,secara rahsia mengimport rempah-rempah
dan kapur barus di sebuah tempat bernama Barus di SUVARNADVIPA
ini.Anehnya,para Firaun ini mendakwa nenek moyang mereka berasal dari
tanah ini,yang digelar…
‘THE LAND OF THE GODS’
Kita patanga urga cha meka
Hatva kimi sujjhati makhika cha
Eti hi Dhamma anaryarupa:
Kambojakanam vitaha bahunnan ti:
(Bhuridatta Jataka VI, p 208, trans by Cowell)
Sejarah
keagungan sesuatu bangsa boleh lenyap,jika bangsa itu tidak punya jati
diri,melakukan kesilapan demi kesilapan atau tidak mengikuti perubahan
teknologi dan ilmu pengetahuan.Walaupun pada satu-satu masa bangsa itu
pernah membina negarakota dan kerajaan,namun semua itu tidak mustahil
boleh hilang tidak berjejak sekiranya bangsa itu tidak kuat menahan
cabaran dan dugaan.Jika ‘para dewa’ pun boleh tewas di tempat
sendiri,apatah lagi bangsa yang bernama Melayu ini yang dikurniakan
‘Tanah Para Dewa’
Ini tidak menghairankan,bagaimana sejarah bangsa
Arab yang dahulunya adalah para guru kepada orang Eropah yang berada di
Era Kegelapan,telah menjadi apa yang kita saksikan sekarang.Dahulu,di
kota gedung ilmu,Baghdad…orang-orang Eropah ini tertunduk-tunduk
menyalin sekelumit ilmu dari guru-guru agung setaraf Ibnu Sina dan
Al-Biruni,namun kini anak cucu mereka yang menjadi canggih dan hebat
hasil ilmu dari kota ini telah melanggar kota ini dan membedilnya malah
memalukan penduduknya.
Jika ini terjadi kepada bangsa Arab,tidak
mustahil ia akan terjadi di sini.Jika dahulu bangsa Monggol amat
digeruni Timur dan Barat dengan kekuasaan tenteranya yang tidak mengenal
penat dan lelah serta suka berperang,kini apakah yang kerajaan Monggol
ini boleh buat apabila seorang rakyatnya dibunuh di sini.Tiada apa yang
mampu dilakukan,kerana bangsa Monggol pada hari ini bukanlah Monggol
ketika era Kublai Khan dan Gengkhis Khan.
Malah China juga menekan bangsa
Monggol sehingga negaranya sekecil yang ada sekarang,padahal bangsa ini
pernah menakluk seluruh China dahulu.Jika peristiwa ini terjadi di
zaman keagungan Monggol dahulu,sudah tentu Kublai Khan akan mengarahkan
bala tenteranya melanggar Tanah Melayu ini,membunuh para
penduduknya,menjarah tanah-tanahnya,dan membumihanguskan
kota-kotanya.Bangsa Turki yang dikurniakan amanah khilafah selepas
bangsa Arab tidak layak lagi memegangnya,pernah menakluk empayar yang
amat luas dan punyai kekuatan ketenteraan yang hebat sehingga bangsa
Eropah meminta bantuan mereka ketika Perang 30 Tahun (The Thirty Years’
War) dan sekali lagi dalam Perang Dunia Pertama.Akhirnya semua itu
memakan diri akibat semakin lemah menghayati ajaran Islam dan menyokong
pemimpin yang anti-Islam.
Kita boleh menyelusuri sejarah tamadun
Melayu seawal kerajaan Funan dan Champa (pasti ada yang lebih awal
tetapi masih dalam kajian),sejarah penubuhan kerajaan mereka yang lebih
awal dari sejarah Thailand,Kemboja dan Vietnam,puncak kegemilangan
mereka dan kejatuhan mereka.
Kita belajar dari sejarah kita di sana yang
diyakini 94% orang Melayu hari ini tidak tahu langsung tentang tamadun
mereka yang hilang di IndoChina dan menganggap Vietnam dimulakan oleh
orang Viet,Thailand dimulakan oleh orang Tai,Burma tidak ada warisan
Melayu atau Kemboja itu memang asalnya milik orang Khmer.Kita belajar
bagaimana mereka membina negarakota-negarakota sebagaimana
Ur,Uruk,Nineveh,Kish dan Babylon.Dan kita belajar sebab-sebab kejatuhan
mereka,serta betapa ramai kaum di dunia sebenarnya mengidamkan kekayaan
di The Land of The Gods.
Funan
“A culture is made…or destroyed…by its articulate voices.”
(Ayn Rand,Russian born American Writer and Novelist, 1905-1982)
Kerajaan
ini sempat dikesan kerana terdapat dalam rekod-rekod Cina.Kerajaan
Melayu Funan bukanlah kerajaan orang gua yang membina ran di atas
pokok,tetapi kerajaan hebat yang menjalankan urusniaga sehingga ke
kota-kota Rom dan Yunani berdasarkan artifak-artifak Eropah Kuno yang
dijumpai di Vietnam.Rekod-rekod Cina menyebutkan kerajaan ini sebagai
Funan atau B’iu-nam dan kewujudan telah disedari seawal abad pertama
Masehi.
Nama ini juga muncul dalam rekod-rekod China sekitar 221-280
Masehi dan hilang pada abab ke-7 Masehi.Mengikut Briggs
(L.P.Briggs;1999:12) ada kemungkinan Funan hilang dari sejarah sekitar
tahun 627 Masehi atau tidak lama selepas itu.Kewujudan kerajaan purba
ini cuma dikesan melalui sumber-sumber Cina dan sejumlah
prasasti-prasasti yang ditinggalkan.Di samping menggunakan nama-nama
Sanskrit,raja-raja negeri ini juga menggelarkan diri mereka sebagai
Sailenraja atau ‘Raja Gunung’.Dalam bahasa tempatan ia digelar ‘kurung
bnam’ yang juga bermaksud ‘raja gunung’.Bangsa Funan dikenalpasti dari
rumpun Melayu (D.G.E Hall;1979:34)
Pusat pemerintahannya terletak
di bahagian hilir Sungai Mekong,namun kawasan pemerintahan meliputi
selatan Vietnam,lembah tengah Mekong,lembah Chao Phraya dan Semenanjung
Tanah Melayu.Walaupun kota dan pelabuhan utamanya,Oc-Eo terletak di
pinggir Teluk Siam,akan tetapi ibukotanya Wijayapura (Wyadhapura)
terletak lebih kurang 200 km dari laut berhampiran bukit Ba Phnom.
Perkhabaran
pertama tentang kerajaan Melayu Purba ini diperoleh daripada tulisan
perwakilan Cina yang melawat negara itu sekitar pertengahan abad ke-13
Masehi.Perwakilan itu terdiri daripada K’ang T’ai dan Chu Ying.Menurut
laporan K’ang T’ai,yang dikutip oleh T’pai P’ing Yu Lan (ditulis antara
977-983 Masehi),raja pertama Funan adalah Houen-Chen (Hun-T’ien) atau
nama Sanskritnya Kaundinya.Dikatakan beliau datang dari India ataupun
dari Tanah Melayu atau dari Kepulauan Indonesia pada hari ini.Legenda
tempatan menyatakan bahawa Kaundinya telah berkahwin dengan seorang
Wanita bernama Daun Teratai atau dalam rekod Cina disebut
Liu-Yeh.Selepas itu dikatakan Kaundinya ini menjadi raja.
Dalam rekod Dinasti Chin ada menyebut tentang Funan ini:
Lebar
wilayahnya 3000 li,Terdapat kota-kota bertembok,istana dan rumah di
dalamnya.Lelakinya hodoh dan hitam,rambut mereka keriting.Mereka
mundar-mandir tanpa pakaian dan berkaki ayam.Mereka hidup secara mudah
dan tidak mencuri.Mereka menjalankan pertanian.Disamping itu mereka
gemar mengukir perhiasan dan memahat.Banyak pinggan-mangkuk yang mereka
gunakan untuk makan diperbuat dari perak.Cukai dibayar dengan
emas,perak,mutiara dan minyak wangi.Mereka mempunyai buku,arkib dan
sebagainya.Tulisan mereka menyerupai tulisan Hou.Perkahwinan dan upacara
pengebumian mereka pada keseluruhannya sama dengan yang terdapat di
Lin-yi. (B.R Chatterji;1964;18)
Namun dalam versi lain yang
tertulis dalam inskipsi Champa ada mencatatkan seorang Brahmin bernama
Kaundinya telah berkahwin dengan seorang puteri bernama Soma,anak raja
naga.Daripada keturunan merekalah Funan dan segala takluknya diperintah.
Sebelum
kedatangan pengaruh India,kedudukan wanita dalam masyarakat agak
tinggi,malah mereka menerima pemerintahan seorang wanita menunjukkan
budaya Melayulah paling toleran dan amat demokrasi berbanding
budaya-budaya lain.Satu contoh lain yang terkenal adalah Ratu-ratu
Pattani yang digambarkan dalam filem Queens of Langkasuka.Di dalam
legenda Funan ada menyebutkan
bagaimana Liu-Ye seorang raja perempuan
Funan telah memimpin sekumpulan pelaut Melayu menyerang kapal-kapal
perdagangan yang melintasi laut mereka.
Kerajaan Funan inilah
yang dapat dikesan setakat ini sebagai tamadun rumpun Melayu yang
pertama (yang wujud dalam abad ke-1M hingga pertengahan abad ke-6M) atau
jika hendak dikembangkan lagi atas nama Kerajaan Chenla (mengenangkan
pengasasnya memang warisan Funan) sehingga 800M. Pusat pemerintahan
Kerajaan Funan ialah di Vyadhapura, berhampiran dengan Phnom Penh
sekarang, yang dihubungkan dengan terusan ke sebuah pelabuhan bernama
Oc-eo atau Oc Eo di Vietnam sekarang, Provinsi Long Xuyen.
Kerajaan
Funan merangkumi sebahagian besar Indo-China sekarang hingga ke
negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia sekarang. Dalam abad ke-3M
hingga ke-6M seluruh Thailand Selatan dan negeri-negeri di utara
Semenanjung Malaysia sekarang ini berada di bawah Funan. Nama Kerajaan
Funan ini sekaligus memberi makna “Melayu” itu sendiri. Perkataan Funan
itu ialah ejaan bahasa Melayu moden kepada transkripsi bahasa China abad
wujudnya Funan itu: Founan, Fou-nan atau Fou-Nan yang merujuk kepada
Phnom bahasa “Melayu”-Mon-Khmer purba yang dalam bahasa Melayu kini
ialah “Gunung”.
Perkataan Phnom itu hidup sampai sekarang di Kemboja
seperti pada nama ibu negaranya sekarang, Phnom Penh, itu yang jika
diistilahkan dalam bahasa Melayu sekarang ialah “Gunung Banang” (“Gunung
Banang” amat popular dalam puisi, nyanyian dan lagenda Melayu sehingga
menjadi judul lagu asli, mungkin kerana nostalgia Melayu kepada Phnom
Penh dan adanya legenda Melayu kononnya seorang adik Puteri Gunung
Ledang itu namanya Puteri Gunung Banang yang diam di Gunung Banang di
Johor). Ini menunjukkan bangsa yang berkerajaan di Kemboja itu ialah
bangsa Uran Phnom (Orang Gunung; perkataan uran ialah transkripsi
perkataan “Melayu” purba yang sudah ada di prasasti Campa abad ke-4M
dalam aksara Hindia Palawa itu) yang disebut dengan pelat/loghat
Chinanya sebagai Orang Funan.
Apabila keturunan raja Funan ini lari dari
Kemboja dan menubuhkan kerajaan barunya di Jawa Barat, maka kerajaan
baru itu dinamai Sailendra (abad ke-7M hingga ke-8M) kerana ingin juga
merujuk kepada asal-usulnya, “Orang Gunung” itu, kerana perkataan
Sailendra/Silindra itu pun memang bermaksud “Tuan Mulia Orang Gunung”,
malah ada istilah “Sailaraja” yang bermaksud “Raja Orang Gunung”.
Berkata
perihal ‘Bangsa Gunung’,satu lagi bukti tentang orang Melayu asalnya
“orang Gunung” ialah daripada tulisan Manansala,seorang sarjana
sejarah.Beliau mencatat satu sumber China abad ke-3M lagi yang
mengandungi rujukan kepada bangsa Melayu ini sebagai Kunlun dalam
ungkapan Kunlun-po yang bermaksud “kapal Orang Gunung” (po ialah sebutan
China kepada perkataan “kapal” sekarang; manakala kunlun itu satu lagi
lafaz China dahulu (loghat/dialek lain) kepada pnom/phnom atau “gunung”
itu, selain daripada Funan itu.
Kapal Kunlun ini diperihalkan oleh
sejarawan China abad ke-3M yang bernama Wan Chen yang katanya sampai
kadang-kadang 200 kaki (sekitar 60m) panjang dan setinggi 20 kaki
(sekitar 6m), dan boleh bermuatan sehingga 600-700 orang dan kargo
seberat sehingga 900 tan (Fakta ini memang selalu dipetik oleh para
pemuka teori “Budaya Gelombang” termasuk Geldern bagi membuktikan
kemampuan berlakunya penghijrahan orang dahulu kala mengharungi
lautan-samudera raya sekalipun, walaupun kesimpulan yang lebih
pentingnya, ialah betapa tingginya tamadun rumpun Melayu sejak abad
ke-3M lagi itu yang sekaligus membayangkan kehebatan ilmunya termasuklah
kepemimpinan dan kepengurusannya.
Kapal sebegini masih dapat disaksikan
lukisannya di dinding candi Borobudur di Yogyakarta, Jawa Tengah, iaitu
hasil binaan arkitek rumpun Melayu zaman Sriwijaya dan Sailendra abad
ke-8M itu, yang mendahulu Wat Angkor di Kemboja itu. Candi Borobudur ini
dianggap satu daripada benda ajaib di dunia, malah segi seni binanya
lebih ajaib daripada piramid/ahram itu. Catatan sarjana China terkenal
abad ke-7M bernama I-Ching (yang berada di Palembang beberapa tahun
untuk menyalin kitab-kitab yang diminatinya dalam bahasa Melayu purba
atau kuno ini), dengan jelas merujuk bahasa dan bangsa di Palembang itu
sebagai bahasa dan bangsa Kunlun juga .
Pengkaji sejarah Malaysia
umumnya menggunakan istilah “Melayu purba” dan “Melayu kuno” (iaitu
“ancient Malay”) dengan maksud yang sama, iaitu untuk rumpun Melayu dari
abad ke-2M hingga abad ke-12M (kedatangan Islam). Lebih awal daripada
sumber China ini, mengikut Manansala itu juga, dalam sebuah tulisan
orang Yunani dalam abad pertama Masihi, Periplus Maris Erythraei, yang
diterjemah kepada Inggeris 1912 sebagai The Periplus of the Erythraean
Sea (Pelayaran ke Lautan Hindia) yang diterbitkan oleh Longman dan
baru-baru ini diberi ulasan lagi oleh Casson terbitan Princeton Univ.
Press 1989 ada memerihalkan kapal-kapal dari tempat yang dinamainya
Chryse di Kepulauan Melayu ini dan kapal itu dinamainya Kolan-diphonta
atau terjemahan harfiahnya “kapal-Kolan”, dan perkataan Kolan itu ialah
versi Yunani kepada versi China, Kunlun itu.
Mengikut sumber
China, raja-raja Funan yang dicatatnya ialah Fan-shih-man (205M-225M),
Fan Shi-Shen 225M (mati dibunuh oleh sepupunya Fan Chan), Fan Chan
(225M-330M), Fan Hsun (240/245M-250/285M), Jayavarman (iaitu Jayavarman
I, yg memerintah 478M-514M), Rudravarman (yang memerintah 514-539M dan
dianggap raja Funan terbesar yang terakhir). Mengikut sumber lainnya
(Hindu dan prasasti), terdapat beberapa orang raja Funan lagi seperti
Chandan yang memerintah sekitar 350M, Bhavavarman I sekitar 560M-570M
dan Isanavarman (616-635M).
Walaupun sesetengah ahli sejarah mengatakan
Bhavavarman I dan Isnavarman ialah raja Chenla, kerana dalam tempoh itu
Chenla dan Funan dalam proses penyatuan, penyerapan atau pendominasian
seperti yang dibicarakan nanti, malah Isanavarman dianggap menawan Funan
pada 628. Pada kemuncaknya (kira-kira abad ke-5M), Empayar Funan
merangkumi delta Mekong (sebahagian besar daripada Kampuchea dan Vietnam
sekarang yang masa itu dikenali sebagai Campa dan Dai Viet), sebahagian
besar Thailand sekarang (masa itu terkenal dengan Siam), Myanmar
Selatan sekarang, hingga ke sebahagian besar Semenanjung Malaysia
sekarang yang pada masa itu dikenali sebagai Langkasuka.
Keagungan
Funan dalam bidang ilmu pengetahuan menyebabkan Dinasti China
mengimport sarjana-sarjana Funan seperti Nagasen (sarjana yang diutus ke
China 480M), dan Madrasena (sarjana yang diutus ke China pada 503M)
untuk menjadi pensyarah kepada pegawai-pegawai dan cendekiawan
China.Lihat,dahulu bangsa Melayu adalah bangsa yang pakar dalam pelbagai
bidang ilmu sehingga Emperor China pun terpaksa meminjamkan sarjana
Melayu untuk mendidik bijak pandai mereka.
Tidak hairanlah ketika era
Srivijaya,kelayakan seorang pendeta Buddha di China tidak lengkap jika
tidak mendapat pengiktirafan dari universiti-universiti Srivijaya. Pengganti
kerajaan Funan ialah sebuah negeri peufti Funan juga (Chenla namanya,
tetapi mungkin sekali suku kaum yang berbeza, walaupun serumpun
agaknya), malah raja Chenla yang menawan Funan itu, Bhavavarman I, ialah
cucu raja Funan bernama Rudravarman yang hebat itu.
Agaknya Bhavavarman
I sedar akan kemungkinan besarnya yang beliau tidak mungkin menjadi
raja Funan, maka beliau pun berkahwin dengan seorang putri raja Chenla
(negeri di daerah Laos sekarang tetapi dewasa itu di bawah naungan
Funan) yang bakal menjadi raja kerana ketiadaan putra raja, dan
seterusnya beliau menjadi raja Chenla itu sehingga mampu menawan Funan
pula. Dengan kemenangan itu, Bhavavarman I (walau berasal daripada
keluarga raja Funan tetapi dipengaruhi oleh permaisurinya) mula
menghakis kebudayaan Funan dengan men-Chenla-kan (meng-Kambuja-kan?)
kerajaan Funan sehingga pada zaman raja Funan-Chenla bernama Isnavarman
itu dikatakan berjaya sepenuhnya dalam penyatuan Funan dengan Chenla
dengan penubuhan ibu negaranya yang baru bernama Sambor sekitar 40Km drp
Angkor.
Tidak hairanlah tarikh penawanan Funan oleh cucu raja Funan itu
seringlah dianggap tarikh kejatuhan Funan dan bermulanya kerajaan baru,
kerajaan Chenla, yang berupa tunas pembentukan kerajaan Khmer purba
yang dikenali sebagai Kambujadesa dan kemudiannya dirujuki oleh ahli
sejarah barat sebagai Empayar Angkor.
Seperti yang telah
dijelaskan di atas, kerajaan Funan dijatuhkan oleh sebuah negeri peufti
Funan yang dikenali oleh Khmer sebagai Kambuja atau Chenla mengikut
catatan China pada pertengahan abad ke-6M. Kerajaan baru ini mula
dikenali pada 613M apabila ibu negaranya berpindah ke Isanapura di
Sambor Prei Kuk di daerah yang kini dinamai Kampong Thom di Kampuchea.
Namun kerajaan baru ini tidak dapat bertahan di pesisiran pantai kerana
serangan orang-orang dari Malaysia dan Indonesia sekarang yang mereka
merujuknya sebagai Jva sahaja (sama seperti Arab menyebut orang Jawa
atau Jawi hingga sekarang) yang tentunya dari kerajaan
Sailendra/Saliendra berpusat di Jawa yang sedang menjadi kuasa besar
pada kurun yang sama itu. Sebenarnya kerajaan Sailendra ini diasaskan
oleh raja Funan yang lari ke Jawa apabila dikalahkan oleh raja Chenla
itu.
Oleh itu kerajaan Chenla/Kambuja pengganti Funan itu mengundur ke
bahagian pedalaman Kampuchea sekarang dan membina kekuatan di situ
bermula daripada seorang rajanya yang bernama Jayavarman II (sebenarnya
seorang raja warisan daripada raja Kambuja atau Chenla yang menjatuhkan
Funan dahulu, malah Jayavarman I ialah raja Funan 478-514) yang apabila
berjaya memperkuatkan takhta kerajaannya lalu mengisytiharkan dirinya
sebagai deva-raja pada 802 dan memerintah sehingga 834. Jayavarman
memang bermakna “pelindung yang berjaya”. Ada ahli sejarah menganggap
beliaulah raja tamadun Khmer purba yang pertama yang juga sering di
rujuk sebagai raja Tamadun Angkor yang pertama, atau pelandas/pembangun
Tamadun Angkor.
Kemuncak kerajaan Chenla ini ialah di bawah
rajanya yang bernama Jayavarman I sekitar 750M. Tidak hairanlah
ahli-ahli sejarah Kampuchea menganggap kerajaan Funan itu sebagai
kerajaan pra-Chenla, pra-Kambujadesa atau pra-Angkor, kerana tamadun
Kampuchea bermula dengan Tamadun Funan dan berkemuncakkan dengan Tamadun
Kambuja yang berpusat di Angkor yang terkenal dengan binaan Wat/Vat
Angkor pada abad ke-12M yang terkenal sebagai satu daripada benda ajaib
dunia, walaupun secara rasminya nama Kambujadesa ini mungkin sekali
bermula pada pertengahan abad ke-10M sahaja, iaitu zaman Raja Khmer
purba yang bernama Rajendravarman seperti yang diterangkan sebelum ini.
Namun sesetengah ahli sejarah mengatakan nama Kambujadesa atau Kambuja
(dengan ejaan Rumi Melayu-nya mulai abad ke-20M sebagai Kemboja kerana
masalah perubahan ejaan dari yang asal kepada Jawi dan ke Rumi) itu
dipakai antara 9M hingga 13M. Jelaslah Kambujadesa (atau Kambuja sahaja,
yang mengikut ejaan Rumi Melayu-nya, Kemboja, dan ejaan yang
dipengaruhi oleh Perancis atau Inggeris ialah seperti Kamboja, Cambodia,
Cambodge dan kini Kampuchea) memang sukar dipisahkan dengan Funan dan
kerajaan rumpun Melayu purba.
Tamadun Funan dengan tamadun Angkor memang
akrab sehingga seni bina Angkor dengan Funan memang sukar dibezakan
seperti yang dipaparkan dalam buku Briggs (1951/1999). Ini menimbulkan
persoalan tentang pengiktirafan ahli sejarah yang mengiktiraf tamadun
Funan sebagai tamadun rumpun Melayu terawal tetapi tidak pula
mengaitkannya dengan tamadun-tamadun Mon-Khmer purba selepas itu
(Kambujadesa dan Angkor), mungkin semata-mata kerana bahasa Mon-Khmer
dikatakan serumpun dengan Orang Asli Malaysia seperti Sakai itu, iaitu
bahasa Austranesia, sedangkan bahasa Melayu dikelaskan sebagai bahasa
Polinesia. Atau bagi setengah pihak, bahasa Melayu sebagai bahasa
Austranesia tetapi bahasa Mon-Khmer bukan bahasa tersebut.
Jika
dihitung prasasti yang dirakamkan oleh Majumdar (1953), zaman kerajaan
Funan-Chenla ada meninggalkan 200 buah prasasti (batu bersurat) yang 80
daripadanya dalam bahasa Mon-Khmer purba yang dikatakan ada hubungan
dengan bahasa Melayu Purba itu dan yang tertuanya bertarikh 531
Syaka/Saka/Shaka (=609M). Prasasti zaman Funan sebenar (sebelum abad
ke-6M) dianggarkan oleh Muhammad Alinor (pengkaji gigih tamadun Funan di
UKM) hanya sebanyak 11 buah yang juga dalam bahasa Sanskrit dan
Mon-Khmer.
Di antara prasasti Funan-Chenla itu ada simbol sifar yang
tertua tarikhnya (awal abad ke-7M) dan sekaligus kita boleh menyimpulkan
sistem angka perpuluhan yang tertua di dunia wujud pada prasasti zaman
tamadun Funan-Chenla ini kalaupun bukan zaman kerajaan Funan
sebenar-benarnya. Walau bagaimanapun, setakat ini, yang jelasnya bahasa
pada prasasti Funan itu ialah Sanskrit dan Mon-Khmer sahaja, walaupun
mengikut Sharan (1974) Funan ada bahasanya sendiri (rumpun Melayu?) yang
menggunakan aksaranya sendiri (dipercaya diperkenalkan oleh Saka atau
Syaka, seorang Brahmin India di Funan) yang berasaskan aksara Sanskrit
itu.
Selain daripada itu Funan juga ada sistem percukaian
tersendiri (termasuk impot-ekspot), dan perakaunan yang cukup mantap.
Sebahagian daripada kemampuan ini ialah kerana ternyata Funan mempunyai
sistem angka perpuluhannya yang tersendiri yang mengandungi angka
(simbol nombor) sifar/kosong yang tertua di dunia (selewat-lewatnya pada
awal abad ke-7 lagi seperti yang disebut di atas, dan besar
kemungkinannya dalam abad ke-6 lagi) jauh lebih awal daripada sistem
angka Muslim atau Hindu yang biasanya dikatakan tertua di dunia itu.
Kajian pentadbiran Tamadun Kambujadesa mulai abad ke-7 Masehi yang
dilakukan oleh Sharan (1974) itu sedikit-sebanyaknya dapat juga
memberikan gambaran lebih terperincinya lagi akan pencapaian pengurusan
dan pentadbiran Funan, walaupun kajiannya semuanya berasaskan prasasti
Kambuja yang dalam bahasa Sanskrit sahaja. Kajian sepertinya untuk
prasasti dalam bahasa Mon-Khmer purba itu nampaknya belum dilakukan
hingga kini.
Champa
“Hanyut tanah tak bertuan
Rakyat tidak bertuan
Ditabal aku di Segara Masin
Raja gelar…”
(Silkhannaz -Merong Mahawangsa)
Sebuah
lagi kerajaan rumpun Melayu purba yang sebahagian tempoh kewujudannya
selari dengan Kerajaan Funan ialah Kerajaan Campa di Vietnam yang tidak
kurang dilupai oleh orang rumpun Melayu kini walaupun kewujudannya terus
berlarutan serentak dengan zaman kesultanan Melaka hingga abad ke-15M
(akhir-akhir abad ke-2M hingga pada 1471).
Pelarian orang Champa inilah
yang kini menjadi orang Champa di Kemboja itu dan lamanya orang Campa
ini di Kemboja itu dan hampir sudah tiadanya orang Campa di Vietnam itu
menjadikan orang Champa kini dikenali sebagai orang Kemboja sahaja. Jika
bahasa bagi orang Funan itu tidak begitu jelas ke-Melayu-annya kerana
prasasti Funan yang dijumpai setakat ini sama ada bahasa Sanskrit,
bahasa Mon (peribumi Indocina yang kebanyakannya di Kemboja, Myanmar dan
Thailand Utara) atau Khmer sahaja, tetapi ke-Melayu-an bahasa Campa
hampir tidak dipertikaikan lagi.
Hubungan bahasa Mon dan Khmer itu
dengan bahasa Melayu dikatakan samalah dengan hubungan bahasa Melayu
dengan bahasa Orang Asli di Semenanjung Malaysia (Lihat umpamanya
pandangan Wilkinson 1911), tetapi bahasa Melayu Campa memang sudah
diperakui sebagai bentuk bahasa Melayu Purba/Kuno atau satu daripada
loghat/dialek bahasa Melayu, yang banyak perkataannya masih hidup dan
sama atau dapat dikenali hingga sekarang (lihat umpamanya kamus bahasa
Campa-Melayu oleh Po Dharma 2000).
Champa merupakan sebuah
kerajaan yang bertamadun tinggi pada satu ketika dahulu. Kedudukan
kerajaan yang baru sahaja lenyap itu terletak di bahagian tengah Vietnam
sekarang. Kewujudannya telah terbukti dari dokumen-dokumen Cina sejak
tahun 192 Masehi. Hasil kajian epigrafi, catatan-catatan Cina, orang
Eropah mahupun Vietnam dan Arab telah mengatakan bahawa kerajaan Campa
terletak di tanah-tanah rata sepanjang persirian pantai laut China
Selatan (sebelumnya dipanggil: Laut Champa) dan dataran-dataran tinggi
di barat tanah rata2. Kini kerajaan Champa telah dipadam dari peta dunia
sejak tahun 1832 oleh seorang maharaja Vietnam yang bergelar Minh Menh.
Penduduk
kerajaan Champa terdiri daripada orang Cham, yang mendiami kawasan
persisiran pantai, dan yang lain mendiami dataran tinggi3. Mereka yang
tinggal di dataran ini dibahagikan kepada dua kelompok. Pertama,
kumpulan rumpun bahasa Austronesia, yang disebut Chamik. Ia terdiri dari
orang Cham sendiri serta Jerai, Rade, Cru dan Raglai. Kedua, ialah
kelompok yang terdiri daripada orang Ma, Mnong, Sre, Stieng dan orang
Bahnar. Mereka dari rumpun Austroasiatik, kumpulan Bahnarik.
Campa
meninggalkan sebanyak 98 buah prasasti (batu bersurat) dalam bahasa
Melayu (Purba/Kuno) dan 29 buah prasasti dwibahasa (Sanskrit-Melayu), 43
buah prasasti dalam bahasa Sanskrit yang ditulis pada Zaman Kerajaan
Campa itu dan dijumpai di Vietnam. Prasasti yang tertuanya dalam bahasa
Melayu itu bertarikh sekitar kurun ke-4M dan di prasasti itu terpancar
adanya pemerintahan Melayu yang bersistem di Vietnam itu.
Prasasti
tertua zaman Kerajaan Campa itu yang ditulis dalam bahasa Sanskrit ialah
yang bertarikh 192M. Hampir semua prasasti ini sudah ditranskripsi ke
Rumi dan diterjemah kepada bahasa Perancis. Dalam Majumdar terdapat 130
buah manuskrip yang diterjemah kepada kepada Inggeris. Hanya sedikit
sahaja yang diterjemah ke dalam bahasa Melayu kini. Status mutakhirnya
mengikut para ilmuwan sejarah Malaysia seperti Shaharir Mohd Zin dan
Mohammad Alinor Abdul Kadir,prasasti Campa yg ditemui hingga kini ialah
berjumlah 205 buah: 109 dalam Melayu Campa, 29 bahasa campuran dengan
Sanskrit dan 23 buah yang belum diketahui bahasanya.
Prasasti Khmer
purba pula sekitar seribu buah: 45% drpnya dalam bahasa Khmer purba, 30%
Sanskrit dan selebihnya bahasa campuran Khmer-Sanskrit. Usaha sedang
dilakukan oleh sekumpulan penyelidik etnomatematik di INSPEM, UPM untuk
menterjemah semuanya kepada bahasa Melayu kini. Sebenarnya orang-orang
Campa masih menulis walaupun selepas negaranya hancur. Malah mengikut
Mohamad Zain (1993), seorang keturunan Campa sendiri dan kini menjadi
pensyarah sejarah di UKM menyatakan ada 438 buah manuskrip Campa (dalam
aksara Jawi, aksara Campa dahulu atau aksara Vietnam) yang tersimpan di
beberapa buah perpustakaan di Perancis terutamanya di EFEO (Ecole
Francais d’Extreme-Orient). Perkembangan terbarunya, ada dilaporkan
terdapatnya manuskrip lain lagi di AS dan UK yang menambahkan lagi
bilangan ini.
Nama raja Campa yang tertulis pada beberapa buah
prasasti (kerana kehebatannya) ialah Raja Bharavarman I yang memerintah
dalam abad ke-6M. Raja-Raja Campa yang lain ialah (mengikut Internet
1.11) terdapat lima raja sebelumnya (Sri Mara 192M, Fan Hsiang/Hiong
(270M), Fan Yi (284-336M), Fan Wen (336-349M) dan Fan Fo (349M-?).
Kemudian 3 orang selepas Bharavarman I dan beberapa orang bernama Fan
lagi termasuklah Fan Yang Mai (431M), diikuti oleh beberapa lagi
termasuk Rudravarman I (529M), Prakadasadharma atau Vikrantavarman I
& II (653-730M), Rudravarman II (749), Rudravarman III (1061-1074M,
menyerang Vietnam Utara 1068M)……
Jaya Simhavarman I (898M), II
(1030-1044M), III (meninggal 1307M dan dikenali sebagai Che Man oleh
Vietnam atau Pou-ti oleh China), IV (1307-1312M), V (1400-1441M)…….Che
Bong Nga (1360-1390M, raja Campa terakhir yang kuat) diganti oleh Raja
Jaya Simhavarman Sri Harijatti atau La Ngai oleh Vietnam (mati 1400)
……P’an-Lo T’ou-T’siuan (1460-1471, tahun 1471 ialah tahun kekalahan
teruk Campa Vijaya oleh raja Vietnam Le Loi sehingga 40 ribu orang Campa
dibunuh dan lebih daripada 30 ribu diusir keluar Vijaya).
Sejarah
kerajaan Campa didominasikan oleh siri peperangan dengan jirannya dari
utara iaitu Vietnam yang lahir pada tahun 939. Peperangan pertama antara
kerajaan Campa yang berpengaruh India dan Vietnam yang berpengaruh Cina
berlaku pada tahun 982. Berhadapan dengan kemunculan kuasa baru Dai
Viet (Vietnam) ini, sedikit demi sedikit sempadannya ditolak ke selatan.
Dalam proses perluasan wilayah Dai Viet tersebut yang dikenali Nam-tien
iaitu kemaraan orang Viet ke Selatan, sempadan utara Champa terpaksa
berpindah buat kali pertama pada tahun 1069.
Setelah itu
sempadannya terpaksa berpindah lagi ke Selatan pada tahun 1306, dan pada
tahun 1471 sempadannya telah berpindah ke kedudukan baru iaitu apabila
Vijaya dimusnahkan sama sekali. Tarikh ini juga dipercayai sebilangan
pengkaji sebagi tarikh tamatnya identiti kerajaan Campa. Kehancuran
Vijaya ini dilakukan oleh satu pasukan tentera Viet sekuat 250 000
orang. Sejumlah besar dari 90 000 orang Cham telah terkurban dan yang
selebihnya dibawa ke negara Viet.
Walaupun pada tahun 1478M, raja
Campa Bo Tri Tri menguasai Vietnam selatan sekarang, di Kauthara dan
Panduranga, dan kerajaan Campa baru ini diiktiraf China, namun
keadaannya “hidup segan mati tak mahu” sahaja. Kerajaan Campa baru ini
dikatakan berupa kerajaan yang rajanya beragama Islam dan membuat
hubungan baik dengan kerajaan rumpun Melayu Islam di Alam Melayu ini
seperti Kerajaan Melaka, dan Johor-Riau. Dalam keadaan diasak oleh
Vietnam, raja Campa Islam bernama Po Klau Halu (1579-1603M), masih mampu
menghantar pasukan tenteranya membantu kerajaan Johor menentang
Portugis.
Pada 1653M kerajaan Campa mengecil lagi sehingga hanya tinggal
di Pandurangga (Phanrang sekarang) sahaja. Akibat peperangan saudara
kerajaan Vietnam, kerajaan Campa Panduranga tersepit dan rajanya Po Cei
Brei pada 1802M bersama ribuan pengikutnya lari ke Kampuchea. Raja Campa
di Panduranga sejak itu berupa patung kerajaan Vietnam sahaja.
Kebangkitan orang Campa menentang Vietnam cukup acap kali berlakunya
tetapi yang agak besarnya (ramai yang mengatakan terakhir besarnya)
ialah pada 1833-1935 di bawah pimpinan mujahid Katip Sumat dan
nasionalis Ja Thak Va.
Kematian mereka ini boleh dikatakan menamatkan
riwayat penentangan Campa di Vietnam, walaupun saki baki pemberontakan
orang-orang Campa (bersama-sama dengan peribumi Indochina yang lain)
berjaya membentuk pakatan pemberontakan yang bernama FLM=Front de
Liberation des Montagnards = Barisan Kebebasan Penghuni Gunung 1955 dan
menukar namanya kepada BAJARAKA = Bahnar+Jarai+Rade+Kaho (nama suku-suku
kaum Campa) 1958 dan kemudiannya bersatu dengan beberapa barisan
pemberontak di Kemboja termasuk FLC= Front de Liberation du Champa =
Barisan Kebebasan Campa yang ditubuhkan oleh Kol. Les Kosem, Kolonel Cam
di Kemboja lalu menjadi FULRO=Front Unifie de Lutte des Races Oprimees =
Gabungan Barisan Pembebasan Bangsa-Bangsa Tertindas) 1963.
Barisan
kebebasan Campa ini melancarkan beberapa kali pemberontakan di Vietnam
selepas tahun 1955 itu (Lihat Mohammad Zain dan Nik Hassan Suhaimi 2004,
dan Po Dharma 2005b). Mereka ini mahu kuasa autonomi di kawasan
pergunungan di Vietnam Tengah (Provinsi Kontum) kawasan yang didiami
khas oleh orang-orang Campa (mendapat perlindungan) pada masa
pemerintahan Perancis di Vietnam dahulu. Kawasan ini di rampas oleh
kerajaan Vietnam sejak pemerintahan Ngo Din Diem untuk penempatan
pelarian Vietnam Utara pada 1955 dari tekanan komunis.
Pemberontakan
FULRO yang agak besar kerana mendapat sokongan kerajaan Kemboja ialah
pada 1964 tetapi gagal sepenuhnya. Pada 1973 lagi sekali pemberontakan
FULRO di bawah Kpa Koi berlaku bersama komunis dan berjaya merampas
wilayah pergunungan Vietnam Tengah itu. Namun pada 1975 komunis Khmer
Rouge berjaya menawan Kemboja dan Jen. Les Kosem pun lari ke Perancis
dan semua pemimpin FULRO yang lain ditangkap dan dibunuh bersama-sama
ratus ribuan, malah dilaporkan jutaan, orang Khmer, satu pembunuhan
beramai-ramai yang bersistem dan terkenal itu, tetapi tidak begitu
dihebah-hebahkan sangat di Alam Melayu ini kerana kepekaan rumpun Melayu
ketika itu pun kepada orang Campa sudah hampir tiada, atau tidak
setinggi terhadap Melayu Patani lagi.
Pada 1979 Khmer Rouge memaksa
FULRO yang diketuai Kpa Koi bersatu dengannya untuk melawan Komunis
Vietnam dan Khmer Rouge berjaya pada 1994, tetapi FULRO tiada mendapat
apa-apa, malah terus ditindas lebih teruk lagi! Selepas itu FULRO
meminta Bangsa-Bangsa Bersatu membenarkan FULRO berhijrah ke Amerika
Syarikat dan terus berjuang dari jauh. Pada 2001 kaum minoriti di
Vietnam Tengah (dengan sokongan FULRO?) memberontak lagi dan kerajaan
Vietnam memerintahkan penghapusan total kaum minoriti ini lalu
beribu-ribu orang Campa ini lagi lari ke Kemboja lagi dan meminta izin
Bangsa-Bangsa Bersatu untuk berhijrah ke AS. Pada 10 dan 11 April 2004
kaum minoriti Vietnam ini dengan sokongan FULRO memberontak lagi dan
Hanoi menghancur-leburkannya.
Sedihnya berita-berita pemberontakan ini
langsung tidak sampai kepada kita kerana kepekaan kita terhadap rumpun
sendiri itu sudah lenyap ditimbus oleh kolonialisme dan kemudiannya
nasionalisme sempit kita ditambah pula KEBANYAKAN ORANG MELAYU KINI
SUDAH BUTA SEJARAH DAN BERPECAH BELAH.Mungkin 100 tahun akan datang
terdapat dua jenis kaum yang berasal dari rumpun yang sama iaitu kaum
Umno dan Kaum Pas yang berlainan budaya dan bahasa.
Bagaimana
teraturnya pentadbiran dan pengurusan kerajaan Campa yang terbayang
daripada kewujudan jawatan-jawatan itu dapat difahami lagi dengan adanya
sistem subsidi dan cukai kepada kaki tangan kerajaannya, adanya
unit-unit sukatan seperti yak dan jak (untuk berat atau isipadu beras
dan sebagainya) yang masih dipakai oleh para petani sekarang, di
Kelantan umpamanya; sukatan jarak li dan chang (kira-kira sama dengan 10
kaki atau sekitar 3 meter); unit luas yang dinamai sinjol, makik, malau
dan satam; unit berat tael (ejaan Melayu kini ialah “tahil”, dan masih
dipakai hingga sekarang), dram (sekitar 3 gm dan 12 dram = setael; di
Barat drum yang berpunca drp bahasa yang sama, Sanskrit: drama,
digunakan untuk isipadu cecair), thil atau tei untuk emas dan
benda-benda yang berharga seperti itu (sekarang menjadi tahil juga),
karsa atau kar untuk benda lain yang seberat thil juga, kemudian unit
yang lebih tinggi lagi: pala = 4 karsa, tula = 100 pala dan bhara = 20
tula.
Unit-unit lain lagi yang belum diketahui kuantitinya mengikut
sukatan moden ialah panda, kattika dan pana. Semua ini berlaku
sekurang-kurangnya sejak abad 8M lagi. Wujudnya sistem unit sukatan yang
agak lengkap ini tidak menghairankan apabila mengenangkan Campa juga,
bersekali dengan Kerajaan Funan-Chenla, sudah mendahului dunia dalam
ciptaan sistem angka perpuluhannya dengan wujudnya sistem tersebut
sekurang-kurang sejak abad ke-6M lagi (lihat Fazura 2005). Unit-unit
sukatan di atas wujud di Campa sekurang-kurangnya dalam abad ke-12M
kerana unit-unit itu tercatat di prasasti Campa bertarikh 1150M
Bilangan
tiga, tujuh dan seratus menjadi nombor mistik Campa dalam upacara
kematian yang masih diwarisi oleh orang-orang rumpun Melayu sekarang
walaupun ini bertentangan dengan ajaran Islam: orang biasa dibakar
secepat mungkin pada hari kematian, bagi orang besar upacara dibuat 3
hari selepas kematian, raja selepas 7 hari dan 7 hari kemudian orang
datang membakar jostik dan menangis lagi pada abu mayat dan ini diulangi
7 kali setiap minggu sekali, pada hari ke-100 selepas 3 tahun kematian
mereka membuat upacara mengingatkan kematian itu lagi.
Di
sepanjang wujudnya kerajaan Campa itu, tentu wujud pemimpin-pemimpin
besarnya yang mengamalkan suatu cara kepemimpinan dan kepengurusan yang
dianggap hebat sekurang-kurang pada zaman itu, terutamanya pada zaman
kemuncaknya yang dinamai Zaman Mison atau My-Son itu. Umpamanya, Raja
Bharavarman I (abad ke-6M) itu layak ditakhtakan sebagai seorang raja
agung kerajaan Campa.
Sebagai pengetahuan tambahan,penyelidik
bersekutu INSPEM (UPM) turut mengemukakan fakta bahawa di antara
sempadan Greek dan Albania, terdapat rumpun Melayu Champa yang mendiami
di perbatasan tersebut, yang mana mereka ini mungkin dibawa ke sana oleh
para penjajah ataupun aktiviti mengimport sarjana sebagaimana yang
dilakukan oleh Imperium China bagi tujuan pemindahan pengetahuan yang
terdapat di Alam Melayu. Kehadiran bangsa Chameria ini, boleh
menimbulkan satu hipotesis, bahawa sebenarnya terdapat hubungan lama
antara Tamadun Melayu dengan beberapa Negara Eropah Timur. Namun, sudah
tentu, suatu penyelidikan mendalam haruslah digarap untuk mengesahkan
hipotesis ini.
*Cham Albanian
*Cham Vietnam
*Cham Cambodia
Bangsa-bangsa
di dunia berubah mengikut peredaran zaman.Ada bangsa yang dahulunya
adalah bangsa yang hebat dan menjadi bangsa penakluk,membina negarakota
yang kaya raya,tetapi akhirnya terpadam dari peta sejarah,bangsanya
hanya kelihatan dalam buku-buku sejarah dan dilupakan.Inilah yang
terjadi kepada bangsa Assyria,Chaldea,Phoenicia dan Hittite sekadar
menyebutkan beberapa nama.Antara bangsa yang pernah hidup dikalangan
bangsa-bangsa yang dilupakan ini adalah bangsa Yahudi dan Arab.
Kita
boleh pelajari bagaimana bangsa Yahudi dapat berasimilasi dan
menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan.Bangsa Arab,tidaklah sebesar
pada hari ini sampaikan boleh dinamakan Dunia Arab jika tidak kerana
rahmat agama Islam yang dibawa oleh Rasullullah s.a.w.Jika bangsa Arab
kekal berdasarkan gaya hidup jahiliah,kemungkinan besar kini bangsa Arab
juga hanya muncul dalam buku-buku sejarah dan seluruh semenanjung Arab
itu mungkin di bawah bangsa Iran,Yahudi dan Eropah.KEBOLEHAN
BERASIMILASI INILAH YANG MENGEKALKAN BANGSA YAHUDI DAN INILAH YANG
BERLAKU PADA BANGSA MELAYU.
Apa yang berlaku pada bangsa Yahudi,di mana
mereka pernah berkerajaan seperti Kerajaan Israel Raya yang kemuncaknya
pada era pemerintahan Nabi Daud a.s dan nabi Sulaiman a.s,Kerajaan
Israel Utara,Kerajaan Samaria dan Kerajaan Judah/Judea.Kerajaan mereka
juga telah dibumihanguskan malah rakyatnya dibunuh atau dijadikan hamba
malah sebahagian lagi dibuang ke daerah-daerah jauh hingga dinamakan The
Lost Tribe of Israel.
Inilah yang berlaku kepada The Lost Kingdom of Champa dan Funan dan negarakota-negarakota Melayu lain di Indochina.
Sekiranya
bangsa Assyria masih kuat dan ramai sehingga diberikan sebuah
negara,kemungkinan besar mereka boleh maju setanding malah lebih lagi
daripada Iran dan negara-negara Arab.FIKIRKAN.Jika dikatakan bangsa
Khmer itu mewarisi kehebatan dan ketinggian Tamadun Angkor,bagaimanakah
keadaan Kemboja pada masa kini jika dibandingkan dengan Malaysia.Sejarah
peperangan,kemiskinan,kemelesetan ekonomi,penindasan adalah warna-warni
negara ini,dan hanya pelanconganlah harapan ekonomi Kemboja terutamanya
Angkor Wat kebanggaan orang Khmer tinggalan Melayu Funan yang
direnovasi oleh kerajaan-kerajaan selepasnya,walaupun sebenarnya
terdapat banyak hasil bumi lain tetapi tidak dapat dimajukan.Adakah
ekonomi Vietnam mencapai tahap gergasi sehingga ramai orang Bangladesh
atau Indonesia beramai-ramai menyerbu negara itu atau adakah rakyat
Malaysia beramai-ramai mencari kerja hatta sesuap nasi di negara yang
bukan sahaja pernah menghalau orang Cham malah Amerika juga!
REALITINYA
TIDAK SAMA SEKALI PADA HARI INI.Malah orang Vietnamlah menjadi orang
hanyut untuk bekerja di Malaysia kerana keadaan ekonomi yang lembab
berbanding keajaiban ekonomi Malaysia,The Golden chersonese.Pelancongan
juga adalah salah satu industri Vietnam dan orang-orang luar berduyun
datang ke Vietnam ingin melihat struktur-struktur tinggalan orang Melayu
Champa terutamanya di My Son yang menjadi warisan Vietnam dan
dibanggakan oleh orang Vietnam itu.
Apa yang terjadi kepada Laos,yang
pernah diberi ulasan oleh seorang wartawan Perancis yang mencatatkan
kehidupan orang Laos tidak berubah seperti zaman sebelum Perang Dunia
Kedua.Apakah yang terjadi Myanmar yang menjadi semakin lembab di bawah
junta tentera dan perkara yang menjadikannya terkenal adalah mungkin
hanya isu Aung San Suu Kyi.Hanya Thailand yang maju sedikit seiring
negara-negara membangun Asean yang lain,tetapi sepatutnya negara yang
dikatakan tidak pernah dijajah lebih maju dari negara-negara Asean yang
lain yang menderita di bawah Imperialisme Barat.
Kini keadaan Thailand
juga boleh bergolak bila-bila masa,sehingga Perdana Menterinya juga
digulingkan oleh tentera dan jika trend ini dibiarkan tidak mustahil
kuasa tentera akan semakin kuat dan menjadi JUNTA TENTERA seperti yang
terjadi di Myanmar dan Turki.Keadaan semakin tidak terkawal sehingga
rakyat Thai keturunan Cina mampu juga berarak beramai-ramai
berdemostrasi menggulingkan pemimpin politik yang tidak disukai mereka.
Orang-orang
Melayu sejak berabad yang lalu cuba dihalau dari
Suvarnabhumi,menghadapi pelbagai rintangan yang getir,cabaran yang pedih
dan rentetan sejarah yang meletihkan,namun dengan rahmat Allah s.w.t
bangsa ini masih dapat memegang tiga negara iaitu Malaysia,Indonesia dan
Brunei.Pelbagai cara subversif dan perang saraf digunakan untuk
memecahbelahkan bangsa misteri sehingga sesetengah rumpun Melayu di
Indonesia sudah tidak mengenal kawan dan lawan mereka.
Ada di antara
mereka termakan racun yang mengatakan mereka adalah bangsa
Indonesia,berbeza dengan bangsa Melayu di Malaysia padahal bahasa yang
mereka gunakan adalah sama iaitu bahasa Melayu.Di Malaysia sendiri
Melayunya terdiri daripada Jawa,Banjar,Mandiling,Rawa,Boyan,Minang dan
pelbagai lagi malah malah Negeri Sembilan itu juga asalnya adalah negeri
orang-orang Melayu Minangkabau. MEREKA SEBENARNYA TELAH BUTA OLEH
SEMPADAN GEOGRAFI YANG DIBUAT OLEH PENJAJAH DARI MEMIKIRKAN BETAPA
LUASNYA RUMPUN MELAYU ITU.
Indonesia secara kasarnya dikuasai
oleh orang Jawa.Orang Jawalah yang sebenarnya memegang kekuasaan sama
ada secara langsung atau disebalik tabir bagi pembinaan apa yang
dinamakan ‘bangsa Indonesia’.Ibukota Indonesia ialah Jakarta,terletak di
Pulau Jawa yang lebih kecil dari Sumatera. TETAPI ANEHNYA MENGAPA
PEMIMPIN-PEMIMPIN JAWA INI MEMILIH BAHASA MELAYU MENJADI LINGUA FRANCA
INDONESIA BUKANNYA BAHASA JAWA???
Ini kerana kaum Jawa adalah
serumpun dengan etnik-etnik Melayu yang lain,dan tamadun mereka juga
sudah biasa menggunakan bahasa Melayu sebagaimana Empayar Srivijaya dan
Majapahit.Mereka menyedari bahawa bahasa MELAYULAH YANG LAYAK MENJADI
BAHASA PENYATUAN SELURUH NUSANTARA.Setiap etnik-etnik Melayu ini
mempunyai bahasa atau loghat mereka yang tersendiri.Jawa dengan
bahasanya,Banjar dengan bahasanya,Sunda dengan bahasanya,Kelantan dengan
bahasanya,Kedah dengan bahasanya.
NAMUN DALAM RUANGLINGKUP ILMU DAN POLITIK,BAHASA MELAYULAH YANG MENJADI BAHASA PERANTARAAN SEGALA ETNIK-ETNIK MELAYU INI.
Bahasa
Melayu dalam konteks ini setaraf dengan Sanskrit dan Latin.Di Eropah
pada masa dahulu,menggunakan bahasa Latin sebagai bahasa kesusasteraan
dan ilmu pengetahuan,walaupun orang Inggeris dengan bahasanya,Perancis
dengan bahasanya dan suku-suku Jerman dengan bahasanya.Begitu juga di
India.Adakah semua orang India faham bahasa Sanskrit?TIDAK SAMA
SEKALI.Malah bahasa ini mengalami kepupusan di negaranya.
Bahasa Sanskrit
adalah bahasa kaum Elit,bahasa Istana dan bangsawan.Kaum Sudra atau
Parya yang ingin membaca malah mahu mendengar sahaja isi Veda dalam
bahasa elit ini akan dihukum sekeras-kerasnya.Namun orang-orang Melayu
Srivijaya bebas berbahasa Sanskrit sehingga menjadi pakar bahasa itu
malah membuka fakulti-fakulti pengajian Sanskrit di Sumatera sehingga
ramai pendeta dan sarjana China datang belajar dari orang Melayu.
Lihat,orang
Melayu yang memegang kuasa politik di Malaysia dapat bangkit selama 52
tahun sahaja membangunkan SUVARNABHUMI ini lebih cepat daripada bangsa
yang mewarisi tamadun dan tinggalan Melayu di IndoChina,manakala saudara
serumpun di Indonesia juga dapat membangunkan negara mereka dan lebih
maju dari bekas jajahan mahupun naungan mereka di Indochina ketika era
Srivijaya dan Majapahit.MENGAPA KEADAAN EKONOMI INDOCHINA LEBIH LEMBAB
BERBANDING NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA YANG LAIN??
Di Malaysia,
sedar tak sedar,dalam pelbagai penghinaan dan cemuhan kepada orang
Melayu yang dikatakan lembab dan pemalas,mereka dapat mentadbir dan
mengawal suasana politik dan sosial dengan baik,dari sini pertumbuhan
pelaburan dan ekonomi pun meningkat.Mungkin ada yang membandingkan
dengan Singapura,namun Singapura hanya layak dikatakan sebagai
‘negarakota’ dimana seluruh kekayaan ekonominya termampat dalam pulau
sekecil itu.
Bayangkan jika Terengganu sahaja menggunakan segala kekayaan
minyaknya untuk membangunkan ekonominya,negeri ini sebenarnya mampu
lebih kaya dari Selangor dan Kuala Lumpur malah tidak mustahil seluruh
Malaysia. FIKIRKAN,jika pemimpin-pemimpin Melayu tidak pandai mengawal
sosio-ekonomi Malaysia,pergaduhan seperti 13 Mei akan berlaku saban
waktu akibat ketidaksefahaman antara kaum-kaum di Malaysia.
Kita
lihat betapa dungunya pemimpin China Komunis yang melarang penduduk
Uighur mengamalkan agama mereka.Betapa bodohnya pemimpin China Komunis
ini ditahap paranoid Selesema Babi apabila melarang umat Islam Uighur di
Xinjiang berpuasa dan bersembahyang di masjid.Malah tahap selesema babi
mereka mencapai tahap kronik apabila sengaja membuka jamuan makan
percuma ketika tengah hari ketika Ramadhan untuk penduduk Islam dan
membuat peraturan rimba memaksa orang Islam menyertai makan percuma
itu.Kedai-kedai makan orang Islam juga dipaksa menjalankan operasinya
pada waktu siang.
Patutlah antara negara yang akan diperangi dan ditakluk oleh Imam Mahadi di akhir zaman nanti adalah negara China.
Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda,
“Tidak akan terjadi kiamat sehinggalah kamu semua memerangi suatu kaum (di China dan
Mongolia) yang kasutnya adalah (diperbuat dari kulit dan) bulu. Dan tidak akan terjadi kiamat sehingga kamu semua memerangi suatu kaum yang matanya kecil/sepet.”
(Ibnu Majah)
Dari Abu Said al-Khudri RA, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda,
“Tidak akan terjadi kiamat sehinggalah kamu semua memerangi suatu kaum yang matanya sepet dan berwajah lebar, matanya bagaikan mata belalang, wajah mereka bagaikan perisai yang dilapisi kulit. Mereka memakai kasut dari bulu (binatang) dan membuat perisai dari kulit dan mereka mengikatkan kuda-kuda pada pohon kurma.”
(Ibnu Majah)
Apakah
yang akan terjadi jika pemimpin Melayu mengharamkan perarakan
pengebumian mayat orang Cina dengan alasan mengganggu orang awam dan
lalulintas??Gendang kematian orang Cina juga boleh dijadikan alasan
membingitkan telinga.
Di sini rakyat asing mampu menghina malah
menyaman Sultan,raja orang-orang Melayu.Jika di Thailand, mereka ini
sudah lama dipenjarakan dan diseksa di dalam penjara.
ORANG MELAYU
ADALAH ORANG YANG AMAT SUKA MEMENDAM RASA DAN BERSIKAP MENGALAH.PERASAAN
MEREKA AMAT SUKAR UNTUK DITELAH ATAU DIAGAK.NAMUN SAMPAI SATU
TAHAP,ALTER TERAHSIA MEREKA AKAN MELEDAK DAN KESANNYA AMATLAH DASYAT.
JIka
kita lihat pola taburan kekayaan dunia,kita akan sedar bahawa
negara-negara yang dimiliki umat Islam di seluruh dunia kebanyakan telah
disediakan sumber kekayaan;setidak-tidaknya EMAS HITAM. Petroleum,adalah
anugerah Tuhan kepada negara-negara Islam khasnya kepada negara-negara
Arab.Tidak terkecuali negara-negara Melayu.Contoh yang paling popular
adalah Brunei Darussalam.Namun negara-negara Melayu ini lebih bertuah
lagi kerana disirami dengan pelbagai hasil bumi dan mineral selain
petroleum.Ambil contoh Malaysia,negara ini mempunyai kedua-dua EMAS
iaitu ‘emas hitam’ dan ‘emas kuning’.
Selain itu,Malaysia mempunyai
mineral-mineral lain seperti tembaga,besi,bauksit,batu kapur,kaolin dan
bijih timah.Simpanan bijih timah terbesar di dunia adalah di Lembah
Kinta di negeri Perak.Malaysia juga memiliki simpanan arang batu dan gas
asli.Ini belum dikira hasil hutan dari Malaysia.Malah BATU JUGA DAPAT
DIJADIKAN PERNIAGAAN.Batu-batu kristal telah digilap dan ditambah nilai
dan dapat menghasilkan keuntungan.Mendiang Lim Goh Tong telah merubah
sebuah gunung di Pahang dan gunung itu telah menjana kekayaan yang bagai
tidak habisnya kepada keluarga Lim Goh Tong itu.Ada orang menggelarnya
‘Dewa Gunung’.
Bangsa Cina sememangnya telah lama nampak sebab-sebab mengapa ‘homeland’ Melayu ini digelar ‘ The Land of The Gods‘
Loh
Boon Siew telah mengharungi pelbagai onak dan duri sebelum berjaya
mendapatkan hak mengedar motor Honda di Malaysia.Selepas itu beliau
telah menjumpai lubuk kekayaan di Suvarnabhumi ini sehingga dikatakan
separuh dari Pulau Pinang itu adalah miliknya.Ada orang menggelarnya
‘Dewa Motorsikal’
‘Dewa Gula’ Robert Kuok rasanya tidak perlu
diceritakan lagi.Begitu juga ‘Dewa Telekomunikasi’ Ananda Krishnan.
Namun
dewa yang seorang ini masih mahu membeli kelab bawahan Liga Inggeris
yang sudah tentu akan menghabiskan jutaan dollar daripada membantu
kaumnya yang semakin lama semakin dihasut pengganas LTTE yang mengambil
kesempatan dari sikap tipikal orang India kaya yang suka mewujudkan
jurang antara kaya dan miskin seperti yang kita lihat di India dan
filem-filem Tamil.
Di India saban waktu golongan Paryar ataupun
istilah kini,Dalit ditindas dan didiskriminasikan tanpa
bersebab.Wanita-wanita Dalit kerapkali dibogelkan beramai-ramai dan
diarak sebelum dirogol dan dibunuh.Kaum lelaki pula akan dibelasah
beramai-ramai sebelum dibunuh.Inilah realiti yang berlaku di India
kepada golongan Dravidian Dalit ini.Namun golongan ini yang berada di
The Land of The Gods nampaknya tidak mensyukuri nasib mereka di sini
yang berkali-kali ganda lebih baik dari di India.
*Pembunuhan satu keluarga Paryar,ibu dan anak perempuan dibogel,dirogol dan dibunuh manakala ayah dibelasah dan dibunuh.
Carilah
perkataan Dalit ini di Internet,dan baca kisah penderitaan mereka.Sebab
itu Perdana Menteri India tidak mempedulikan tekanan pengganas LTTE
Malaysia yang sudah tentu orang-orang di Benua Kecil India sendiri amat
arif dan maklum asal-usul mereka.Malah jika boleh,golongan Paryar dan
Dalit ini sudah tentu mahu ‘dibuang’ ke Malaysia yang menakjubkan ini
supaya dapat membaiki kasta dan nasib mereka sebagaimana saudara mara
yang telah lama tinggal di Malaysia.
Sudah tentu generasi Dalit ini amat
menyesal mengapakah pihak British tidak memilih nenek moyang mereka
dahulu untuk diangkut beramai-ramai ke Tanah Melayu.Kalau tidak sudah
tentu nasib mereka tidak seburuk pada hari ini,dihina dan
didiskriminasikan oleh kasta-kasta yang lebih tinggi.
*Penderaan wanita Dalit di Bihar
Penyelesaiannya
ialah,buang segala buruk sangka,hidup bersama-sama dengan kaum lain
secara harmoni bagi memajukan Suvarnabhumi ini bersama-sama.
Sebagai
penutup kepada Alter Terahsia Bangsa Melayu Volume 2 ini,marilah kita
renung-renungkan di manalah alter terahsia bangsa Melayu ini di Malaysia
khasnya.
Di Malaysia,terdapat 4 organisasi orang Melayu yang
kita boleh renungkan di mana tersimpannya alter terahsia Melayu
itu.Pertamanya,Umno yang lebih terkenal sebagai parti nasionalis
Melayu.Parti ini adalah tunjang kepada politik Melayu di Malaysia ketika
ini.Tiada apa yang dapat diulas dari organisasi politik Melayu
ini,dengan latar belakang pendukungnya yang berbilang fahaman,namun
fahaman sekular-moderate lah yang mendominasi parti Melayu ini walaupun
ada di antara mereka masih kuat fahaman Islam mereka.
Organisasi
kedua ialah Pas.Parti ini menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan
mereka.Yang paling dominan ialah bab kenegaraan atau Jinayah.Inilah
bahagian yang paling ditekankan dalam perjuangan Pas.Pegangan parti yang
majoritinya Melayu ini ialah “Pemerintahan perlu di Islamkan” yang
inilah sumber kemajuan umat Islam.Selagi pemerintahan masih kotor dengan
fahaman sekular penjajah,maka pembangunan ummah akan terencat.Ini
adalah ideologi yang dipercayai dan menjadi fokus perjuangan Pas.
Organisasi
ketiga ialah Al-Arqam.Organisasi ini telah terkubur.Namun kita boleh
mengkaji dari satu segi,mereka ini amat berjaya,malah lebih berjaya dari
bangsa Cina.Al-Arqam pernah menjadi satu fenomena seluruh umat Melayu
di Malaysia.Tidak keterlaluan,imej Al-Arqam adalah salah satu pemangkin
yang merubah orang-orang Melayu pada era 80-an dan 90-an lebih mengambil
berat kepada agama mereka.Pada tahun 70-an dan 80-an,pemandangan
gadis-gadis Melayu yang memakai tudung masih ditahap menyedihkan namun
setelah gelombang Al-Arqam ini,nampaknya bukan sahaja tudung semakin
popular sehingga ada istilah mini tudung,malah pemandangan wanita
berhijab muka juga menjadi pemandangan biasa.
Kehadiran mereka
sebentar dalam masyarakat Melayu ini ada hikmah sebenarnya.Satu ciri
penting Al-Arqam ialah KEMAMPUANNYA MEMBANGUNKAN EKONOMI.Pegangan
Al-Arqam ialah “JIka ekonomi ummat Islam maju,maka seluruh umat Islam
maju dan dapat mengamalkan Islam dengan selesa”.Inilah yang menjadi
steroid kepada ahli-ahli mereka membuat makanan sendiri,berniaga,dan
menjadi usahawan.Penangan sistem ekonomi Islam mereka bukanlah
calang-calang sehingga industri kicap yang dulu dimonopoli oleh orang
Cina telah diambilalih oleh orang Melayu yakni orang Islam.
Monopoli
industri kicap Cina hancur kerana Al-Arqam.Jika dahulu orang-orang
Melayu terpaksa makan nasi berkicapkan kicap Cina namun kini tidak
lagi.Ahli-ahli mereka bukan sahaja menghasilkan kicap,malah
mee,bihun,tauhu dan kacang soya.Kesungguhan mereka membangkitkan
inspirasi (baca:alter) kepada orang Melayu yang lain menghasilkan
makanan sendiri sehingga taucu yang dulu hanya orang Cina yang
mengusahakannya kini,makin pupus dan boleh dikatakan kini orang-orang
Melayu membeli taucu-taucu Melayu.
Dahulu di kedai-kedai,taucu Cina diisi
di dalam balang kaca kecil.Kini taucu-taucu Melayu dalam bentuk
paket-paket kecil sudah menjadi pemandangan biasa di kedai-kedai.Ekonomi
Al-Arqam semakin besar sehingga mampu membeli pajero,bot,bas dan
kereta-kereta mewah yang dahulunya hanya hartawan Cina sahaja mampu
memakainya.Sehingga terdapat pepatah yang mengatakan jika ternampak
orang Melayu menaiki pajero,tentu dia dari Al-Arqam.
Kekayaan
Al-Arqam menarik perhatian ramai pihak sehingga ke luar negara,sehingga
ada wakil orang Kristian Filipina datang mahu mempelajari sistem ekonomi
Islam yang dibangunkan oleh Al-Alqam. Al-Arqam mampu membeli lot-lot
kedai untuk kemudahan orang-orang Islam berniaga.Warisan Al-Arqam ini
dapat kita lihat dari syarikat Rufaqa.Cuba kaji imej Islam yang kukuh
ekonominya di Rawang Country Height.Kesampingkan isu-isu yang
kontroversi mengenai mereka,cuba kaji mengapa sistem ekonomi Islam yang
di amalkan mereka dapat memberikan kekayaan setara malah lebih dari
bangsa Cina yang berkerja siang dan malam mencari emas di Suvarnabhumi
ini.
Yang terakhir adalah Jemaah Tabligh.Ini adalah satu organisasi
tersembunyi yang jarang diperhatikan oleh orang Melayu.Padahal jemaah
ini amat penting dalam ‘hikayat Melayu’ seterusnya.Jemaah Tabligh amat
menitikberatkan satu sifat Rasulullah s.a.w iaitu ‘Tabligh’ iaitu
‘menyampaikan’ dari segi terjemahan bahasa.Mereka ibarat misionari
Jesuit dalam Islam.Namun mereka tidaklah kotor dan jahat sebagaimana
Jesuit ini.Prinsip ‘Amar Makruf Nahi Mungkar’ mereka amat kuat,malah
lebih praktikal dari sesetengah ahli Pas yang mendabik dada seolah-olah
merekalah lebih Islam dari orang lain.
Konsep Tawakal mereka amat teguh
dalam menjalankan usaha dakwah atau ‘usaha agama’ atau ‘usaha atas
iman’.Walaupun Amerika-Zionis sedikit sebanyak telah berjaya membuatkan
imej orang Islam berjanggut adalah pengganas dan menimbulkan
Islamophobia di kalangan masyarakat Barat namun jemaah Tabligh
seolah-olah bebas keluar masuk di luar negara tanpa masalah.Malah mereka
berjaya mengadakan perhimpunan atau ijtima’ yang besar tanpa gangguan
pihak kerajaan.Dilaporkan bahawa di Israel,gangguan dan diskriminasi ke
atas umat Islam di sana adalah pemandangan biasa namun ini tidak terjadi
ke atas Jemaah Tabligh Palestin.
Masjid-masjid tempat berkumpul
‘karkun-karkun’ ini tidak diganggu Yahudi malah ada seorang rabbi Yahudi
apabila ternampak para karkun ini,melarang askar Israel mengganggu
mereka atas sebab-sebab yang aneh.Anda akan tahu mengapa golongan ini
mendapat ‘perlindungan’ istimewa jika anda bersama-sama masuk ke dalam
Jemaah Tabligh ini.
JIKA ANDA FAHAM PENERANGAN SETAKAT INI,ANDA AKAN TAHU DI MANAKAH ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU ITU.
Setiap
organisasi menjalankan agenda masing-masing.Kesampingkan Umno,kerana
kuasa politik mereka adalah hasil dari pemberian pihak Inggeris. KUASA
INI SEBENARNYA TIDAK KEKAL DAN BILA-BILA MASA ALLAH AZZA WA JALLA AKAN
MENARIK BALIK KUASA INI DARI TANGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO YANG MENGEJAR
HARTA DUNIA.
Kita lihat Pas.Parti ini berpegangkan satu prinsip yang
dilupakan oleh ummah Islam dan ini menyebabkan umat Islam dihina Allah
s.w.t di akhir zaman ini,iaitu sistem pemerintahan Islam atau dalam
istilah fekahnya JINAYAH.Bila sebut hukum Islam terbayang hukum Hudud
dan terbayang pula tangan yang dipotong.Padahal Jinayah bukan
semata-mata hukum Hudud.Hukum Hudud itu sebahagian kecil darinya.Mengapa
hukum lain seperti Qisas tidak popular?Nampaknya orang Islam sendiri
yang mengelirukan orang Islam yang lain,menjadi kuli percuma bagi Yahudi
dan Nasrani.
JIKA JINAYAH (FEKAH KENEGARAAN ISLAM) BERJAYA DITEGAKKAN,ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU AKAN MENYALA.
Al-Arqam.Ini
adalah lambang ekonomi Islam di mana jika kita berjaya menghayati satu
lagi fekah umat Islam yang dipandang sepi iaitu MUAMALAH,kita tidak akan
bimbang lagi dengan kemiskinan orang Melayu.Kini orang bukan Islam
semakin sedar akan betapa hebatnya sistem ekonomi Islam ini.Industri
yang peka terhadap MUAMALAH ini bukanlah calang-calang industri tetapi
INDUSTRI PERBANKAN.Jika di tahun 80-an dahulu pernahkah kita mendengar
perkataan ‘Mudharabah’ atau akaun simpanan Islam.Sehingga ada bank
bernama Bank Islam.
Tidak pula terdapat Bank Buddha kerana Gautama Buddha
sendiri tidak pernah mengajarkan sistem ekonomi malah beliau sendiri
tidak pernah pun mengajarkan para pengikutnya mempertuhankan dirinya
sendiri.Yang diajarnya hanyalah cara-cara mengatasi nafsu sahaja.Tetapi
nabi Muhammad s.a.w bukan sahaja mengajarkan sistem ekonomi malah
hal-hal menyangkut segala masalah manusia dari adab memasuki tandas
hinggalah bab-bab mengurus sesebuah negara.Al-Arqam berjaya menghayati
keajaiban sistem ekonomi Islam,dan 99% mereka adalah ORANG MELAYU!Jika
mereka boleh mengapa kita tidak boleh?Mengapa kita tidak memandang
keajaiban ekonomi mereka tetapi memandang sisi negatif mereka yang
kontroversi sahaja??
JIKA MUAMALAH (FEKAH EKONOMI ISLAM) BERJAYA DITEGAKKAN,ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU AKAN MENYALA.
Yang
terakhir dan tersembunyi,Jemaah Tabligh.Mereka bergerak secara
‘underground’.Para karkun ini tidaklah membawa keramat dan mukjizat
tetapi tawakal dan prinsip dakwah usaha atas iman mereka menyebabkan
mereka layak mendapat perlindungan Allah s.w.t di mana-mana sahaja malah
di Israel sekalipun. LIHAT,JIKA KITA MENGAMALKAN ISLAM SEPENUHNYA,SEMUA
MAKHLUK DI BUMI AKAN TUNDUK KEPADA KITA.Mereka mengamalkan prinsip
Tabligh,yang bukan termasuk dalam fekah Islam tetapi INTIPATI AJARAN
ISLAM ITU SENDIRI MALAH SALAH SATU SIFAT KEKASIH ALLAH S.W.T.
Mereka
hanya menjalankan FOKUS hanya satu SIFAT RASULULLAH s.a.w namun kerana
satu sifat itu sahaja menyebabkan bukan sahaja Yahudi dan Nasrani,MALAH
DAJAL AMERIKA DAN PARA PENYEMBAH IBLIS PUN SEGAN DAN TAKUT KEPADA MEREKA
disebabkan perlindungan dari RAJA SEGALA RAJA.Isu-isu bodoh seperti
mengabaikan hak isteri adalah karut semata-mata,kerana jika anda faham
hakikat sebenarnya,para karkun ini wajib menyediakan segala perbelanjaan
dan keperluan keluarga secukupnya sebelum keluar berdakwah.JIka tidak
mampu,buatlah sahaja usaha atas iman sendiri.Jika mampu,bolehlah keluar
di jalan Allah,buat usaha atas agama.
“Kamu merupakan umat yang
terbaik yang dilahirkan bagi manusia. Kamu menyeru kepada maaruf dan
mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah“.
(Al-Imran, ayat 110)
JIKA
AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR BERJAYA DITEGAKKAN,BUKAN ALTER TERAHSIA SAHAJA
YANG MUNCUL MALAH UMAT MELAYU MENJADI UMAT YANG TERBAIK PERNAH
DIKELUARKAN KEPADA MANUSIA.
Sekarang cuba renungkan
sebaik-baiknya.Jika kita gabungkan ketiga-tiga organisasi
ini;Pas,Al-Arqam dan Tabligh,dan ketiga-tiga kombinasi ini pula berada
di posisi Umno sebagaimana yang kita lihat sekarang,apakah yang akan
terjadi??
Alter Terahsia Bangsa Melayu IX
Kembali bertemu di Gua
Rahsia kita!Tuan-tuan dan Puan-puan,apakah gerangan hajat kalian kali
ini?Tidak puaskah dengan Rahsia Dari Wangi-wangian yang hamba bukakan
untuk kalian?Rahsia Keris Bersepuh Emas dan Tanah Para Dewa?Bukankah
kalian sudah mencium haruman dari kamar diraja Firaun?
Hahaha!Sudah
gaharu cendana pula,sudah tahu bertanya pula.Tahukah Tuan-tuan dan
Puan-puan,gaharu dan cendana ialah barangan eksport bangsa Mala di
pasar-pasar kota Ur,Kish dan Uruk?
Dan ini tercatat di dalam
kesusasteraan Akkadia dan Sumeria Purba setaraf Epik Gilgamesh?Masakan
kalian tidak mengetahuinya,bukankah kalian anak cucu keturunan Sang Naga
Buana dan Puteri Kaca Bertuang?
Hamba hanya menjaga rahsia
saja.Sampai masa,rahsia dari raja hamba akan hamba bukakan untuk anak
cucunya seperti yang diwasiatkan kepada hamba.
Mari mendekat ke sini
wahai anak cucu raja-raja,hamba mahu beritahu sesuatu.(Penjaga Gua
Rahsia melakarkan beberapa perkataan di atas pasir gua):
Bunga
Mala
Abraham
Tanah Kanaan
Zulkarnain
Gunung
Emas
The Land of The East
Keturah
Kemenyan
Haruman
Laut
Keris
Songkok dan Tanjak
Avesta
Kapur Barus
Rempah
Hamba
bukakan kunci-kunci rahsia untuk anak cucu.Semua katakunci ini
mengandungi rahsia-rahsia tertentu.Setiap kata akan membuka seribu kata
yang lain.Setiap seribu kata akan membuka seribu makna yang lain.Dan
setiap seribu makna,menyimpan seribu kuasa yang terpendam.Tetapi anak
cucu ke sini bukanlah untuk memilih yang mana dahulu perlu dibuka.Anak
cucu ke sini adalah untuk memahami mengapa katakunci ini dibuka untuk
kalian.
Sebabnya hamba sudah pilihkan untuk kalian.Lihat peti-peti
rahsia di sana.Salah satunya akan dibuka hari ini.Jadi,yang mana
satu?Pandang tulisan-tulisan di atas pasir,di sana ada katakunci yang
akan kalian gunakan untuk membuka salah satu peti itu.
Ini kuncinya,pergi buka peti yang bertanda,’Laut dan Bahtera’
‘THE VIKING OF THE ORIENT’
“They were Africa’s Vikings. Tough, daring voyagers who sailed thousands of miles….”
(Rory Carroll -The Guardian)
Laut
dan orang-orang Melayu tidak boleh dipisahkan.Ia ibarat irama dan
lagu.Kehidupan orang-orang Melayu pada zaman dahulu adalah pantai,pohon
kelapa,pasir pantai,perahu dan kapal.Ini kerana orang-orang Melayu pada
zaman dahulu adalah pengembara,pedagang dan ahli pelayaran.Siapa yang
dicanangkan berjaya berlayar mengelilingi dunia?Ferdinand Magellan.
Namun
yang anehnya mengapa beliau mengambil seorang anak kapal berbangsa
Melayu,Hitam atau nama Sepanyolnya Enrique (manuskrip Inggeris
menyebutnya sebagai Henry)?Mengapa Columbus gagal mengelilingi dunia?
Selain
Phoenicia,Norseman dan Viking,terdapat satu bangsa lain di dunia yang
mempunyai intuisi dan ‘sixth sense’ semulajadi tentang laut.SEjak dari
zaman Mesir Purba sehingga ke Sumeria,bangsa ini diketahui berlayar
mengelilingi dunia,mengembara dan berdagang.Magellan tahu perkara yang
tidak diendahkan oleh Christopher Columbus ini.Dia tahu rahsia yang
tidak diketahui oleh Columbus.Sebab itu apabila Columbus sampai ke
Amerika,ahli pelayaran Sepanyol kelahiran Itali ini melompat-lompat
bersorak,menyangka dia telah berjaya sampai ke India.Ini yang cuba
dielakkan oleh Magellan,ahli pelayaran Sepanyol kelahiran Portugis.
Selain
tujuan Magellan mengambil Hitam sebagai jurubahasa kepada kaum-kaum
Malayo-Polinesian di Kepulauan Melayu dan Pasifik,Magellan ingin
memanfaatkan satu bakat turun-temurun yang diwarisi oleh Hitam.Sebab itu
setelah Magellan mati dibunuh,Hitam atau Enrique telah dilantik oleh
kru kapal lain sebagai nakhoda atau kapten kapal salah satu kapal
Magellanyang terselamat.Aneh bukan?Ini bermakna Hitam bukan
calang-calang anak kapal di dalam kapal Magellan.
Kemahiran Hitam
mengetahui arah mata angin dan jalan laut yang betul banyak membantu
Magellan memandu kapalnya sehingga berjaya mengelilingi dunia.Selepas
kematian Magellan dalam peperangan Humabon dengan Lapulapu (keduanya
adalah ketua puak di Filipina),saki-baki anak kapal meneruskan pelayaran
kembali ke Eropah,namun mereka seakan hilang punca ketika di
laut.Ketika itu Hitam diangkat sebagai nakhoda kepada salah satu kapal
(menariknya,ini disahkan dalam catatan Duarte Barbossa,salah seorang
anak kapal) dan kapal inilah yang belayar memimpin kapal-kapal yang lain
(3 kapal yang tinggal dari 5 kapal iaitu San Antonio, Conception,
Victoria, Santiago dan kapal Magellan sendiri,Trinidad ) menuju
Eropah.
Apabila sampai di Sepanyol,mereka disambut meriah walaupun sedih
dengan kematian Magellan.Nama El Cano (salah satu nakhoda kapal,Juan
Sebastián del Cano) disebut-sebut sebagai wira yang berjaya melengkapkan
pelayaran.Nama Enrique tenggelam kerana beliau bukan berbangsa
Sepanyol.Ini adalah secebis kisah tentang Hitam atau dalam versi lain
Awang,catatan Sepanyol dan Portugis menggelarnya sebagai Enrique dan
Inggeris mengetahuinya sebagai Henry The Black.
Orang Melayu
mempunyai seni pelayaran yang dipanggil “psycho-navigation.” Ia boleh
dianggap sebagai deria keenam orang Melayu yang tidak dimiliki bangsa
lain di dunia.Psycho-navigation bermaksud orang Melayu boleh bersampan
dari satu pulau ke pulau lain tanpa alat bantuan pelayaran.Namun mereka
boleh berbuat sebegitu seperti halnya memandu di lebuh raya.Orang Melayu
dikenali boleh membina kapal laut,perahu dan juga sampan tanpa
menggunakan pelan.Segala binaan perahu itu juga boleh diistilahkan
sebagai psycho-shipbuilding.Melayu adalah
pelayar,pelaut,pengembara,lanun,pedagang dan tukang kapal yang dikenali
umum oleh masyarakat dunia purba.Melayu dan Bani Jawi adalah ‘seafarers’
yang tinggi pengalaman mereka berkenaan laut sehingga dikatakan mereka
ini lahir dari atas lautan dan bayu ombak.
Kapal-kapal Bani Jawi
*Ukiran kapal Nusantara di sebuah candi di Indonesia
Inovasi
tukang perahu Melayu boleh dilihat pada silih bergantinya rekabentuk
perahu yang mereka bina, termasuk jenis kemudi, abah-abah dan
layar.Kini, bentuk perahu yang disebut dalam sastera Melayu lama,
seperti jong, keci dan katar telah tidak kedengaran lagi. Bentuk-bentuk
perahu itu sudah diganti dengan yang baru yang lebih kecil dan efisyen
untuk pelayaran di laut kepulauan Melayu yang mulai sibuk setelah
kedatangan kapal dari Eropah,
Selain lebih senang untuk mengelak dari
ditahan kapal peronda yang menguatkuasakan monopoli perdagangan
Inggeris dan Belanda. Perubahan bentuk perahu itu disusuli perubahan
jenis kemudi: dari kemudi birai kepada kemudi tetap dilinggi
belakang.Untuk mendapat kuasa maksimum, layar empat segi yang biasa
digunakan perahu Melayu itu telah juga diganti dengan layar empat segi
yang lebih luwes dan yang boleh dinaikkan dan diturunkan menggunakan
puli.
Layar cucur juga adalah perkembangan baru kerana ia tidak terdapat
pada perahu Melayu sebelum abad ke-18 (Gibson Hill 1954).
Perubahan-perubahan itu adalah sebahagian daripada proses peniruan dan
penyesuaian dengan berpandukan model kapal-kapal India, Cina, Arab dan
terakhir sekali Eropah yang sampai ke Alam Melayu seiring dengan
perkembangan perdagangan. Penyesuaian ini bukanlah secara ikut-ikutan;
sebaliknya disesuaikan dengan keperluan dan sumber yang sedia ada.
Perahu
bedar yang digunakan sehingga abad ke-20 adalah satu lagi inovasi hasil
penggabungan pelbagai pengaruh. Badannya yang meruncing di keduadua
hujung itu berbentuk tipikal perahu Melayu, walaupun linggi dipasang di
atas lunas dan bukan disambung seperti yang terdapat pada kebanyakan
perahu yang lebih awal, termasuk kolek. Bentuknya dipanggil belakang
katup, manakala deknya dipanggil dandang dipasang di atas birai belakang
untuk meletakkan kub atau rumah perahu.
Kemudi di belakangnya itu
adalah sama dengan kemudi pada perahu Cina dan Barat kerana dipasang
dengan halkah kepada linggi belakang dan dikendali dengan uling-uling di
atas dandang. Perahu bedar mempunyai tiang sprit untuk mengikat layar
cucur seperti kapal Eropah, manakala layarnya sama seperti wangkang Cina
kerana menggunakan satu atau dua layar apit yang dibuat dari tikar
kercut dan rotan.
Kemampuan tukang dan artisan perahu Melayu yang
lain membuat inovasi telah diperhatikan pegawai tadbir Inggeris ketika
mereka berkhidmat di negerinegeri Melayu masa dahulu.
Mereka itu
termasuk Hugh Clifford yang pernah melawat Terengganu pada tahun 1895.
Dalam lawatan itu, beliau telah menyatakan bahawa tukang perahu di
Terengganu boleh membuat perahu bentuk barat yang cantik setelah meniru
sebuah model yang diperolehi dari Singapura. Hasil kerja tangan tukang
Terengganu itu lebih kemas dan cantik berbanding dengan hasil
kerja
tukang perahu lain di pantai barat Semenanjung. Tetapi, dengan nada yang
sinis Clifford menganggap kepandaian ini lebih berupa peniruan dan
bukan hasil kreativiti, memandangkan orang Melayu terlalu terikat kepada
tradisi .
Kreativiti tukang timbal lebih terserlah pada ukiran yang
ditunjukkan pada beberapa bahagian perahu mereka. Yang komited pada
agama akan mengelak dari mengukir imej yang menyerupai manusia dan
binatang, selain menekankan ukiran yang berbentuk ayat al-Quran, seperti
yang dilakukan tukang rumah. Bahagian perahu yang tidak sesuai
diukirkan ayat al-Quran seperti pada kayu penyangga layar yang biasa
dikenali sebagai bangau yang mungkin akan dilangkah berulangkali oleh
awak-awak ketika bekerja, ayat al-Quran akan diganti dengan ukiran awan
larat yang mempunyai motif umbi, sulur, daun dan bunga yang membawa
nilai keindahan dan simbolisme yang sama, iaitu kemakmuran dan infiniti
Tuhan.
Di kalangan orang yang masih kuat berpegang kepada anamisme,
peralatan perahu seperti ‘Bangau’ dan ‘Okok’ akan memaparkan figur
tokoh-tokoh wayang kulit, seperti Raja Bota. Sementara itu,
penampilan awan larat adalah alternatif dan juga inovasi menggantikan
penampilan lembaga manusia atau haiwan seperti yang berlaku di Thailand,
Kemboja dan Bali. Selain evolusi bentuk perahu, terdapat beberapa peralatan tambahan telah dipasang
pada perahu Melayu, khususnya yang digunakan nelayan sekarang.
Peralatan yang dimaksudkan itu adalah lunas bilga, yang dalam istilah
tempatan dipanggil pisang yang berfungsi untuk menggurangkan olengan
kapal. Pisang ini adalah pengubahsuaian dari katir (outriger) yang
terdapat pada kebanyakan perahu di Alam Melayu dan Polinesia. Walaupun
belum dapat dipastikan dari mana dan bila bermulanya inovasi ini, tetapi
dalam industri pembinaan perahu Melayu, pisang mungkin telah digunapakai sekitar tahun 70-an dan mungkin diambil dari perahu Siam.
Kini
warisan seni pembuatan dan pertukangan kapal-kapal Nusantara di
Malaysia diwarisi oleh tukang-tukang dari Terengganu.Contohnya Haji
Yusuf yang banyak memenangi anugerah inovasi dalam pembuatan kapal dari
kerajaan.Pengetahuannya mereka pelan dan membuat perahu layar
membolehkannya mendapat tempahan dari pengemar-pengemar perahu layar
dari Eropah yang tertarik dengan kaedah pembuatan perahu Melayu.
Sejak
tahun 1965 dia telah membuat perahu untuk orang Eropah.Perahu buatannya
telah sampai ke seluruh dunia sehingga ke Alaska.Beliau juga menerima
tempahan membuat bot nelayan dan kapal persiaran. Sehingga kini, beliau
telah membuat lebih seratus buah perahu yang panjangnya antara 20 hingga
30 meter untuk pelanggan dalam dan luar negara.
Kapal Pinisi
(sejenis perahu besar dikenali sebagai Pinis Gobel Terengganu) adalah
kapal yang dibuat terutamanya dari kalangan orang Bugis,satu kaum
Nusantara yang terkenal sebagai pelaut,pedagang dan lanun yang
berkemahiran tinggi.Perbezaan yang ketara dari pembuatan perahu pinisi
dengan teknologi pembuatan kapal Barat adalah,jika orang Barat membina
perahu dari rangkanya dulu barulah dibina dindingnya,tapi pembuatan
pinisi tradisi dimulakan dengan dinding dulu barulah setelah itu dibina
rangkanya.
Segala teknik dan peraturan pembuatan perahu zaman dulu pernah
dibukukan di dalam satu manuskrip atau kitab pembuatan kapal kuno yang
dinamakan “Jaya Langkara” menurut orang-orang tua di Ara,Indonesia malah
kitab itu pernah dipinjam oleh Belanda,malangnya hingga kini belum
dikembalikan (disimpan di dalam muzium Belanda).Sedangkan prinsip
perletakan papan papan teras dan aturan aturan dasar lainnya dalam
pembuatan pinisi ini disusun oleh Ruling (orang Bugis yang menjadi
tukang timbal atau tukang kapal).Sampai sekarang dalam pembuatan perahu
pinisi aturan Ruling inilah yang menjadi panduannya.Disamping itu orang
Bugis memiliki undang undang pelayaran dan perdagangan yang disusun oleh
“Ammana Gappa” yang namanya sempat diabadikan pada pelayaran expedisi
pinisi ke Madagaskar.
*Orang Melayu Champa sedang berlayar dengan kapal perang mereka.Dari relief di Angkor.
Orang-orang
Jawa adalah satu lagi keturunan Bani Jawi yang terkenal sebagai para
pembina kapal yang hebat.Salah satu kapal mereka yang terhebat ialah
Jong Jawa yang disebut oleh para pengembara China sebagai ‘Chuan’.
Malahan
pelaut Portugis yang menjelajahi lautan pada pertengahan abad ke-16 itu
menyebutkan, orang Jawa lebih dulu berlayar sampai ke Tanjung Harapan,
Afrika, dan Madagaskar. Ia mendapati penduduk Tanjung Harapan awal abad
ke-16 berkulit coklat seperti orang Jawa. “Mereka mengaku keturunan
Jawa,” kata Couto, sebagaimana disalin oleh Anthony Reid dalam buku
Sejarah Moden Awal Asia Tenggara.Tatkala pelaut Portugis mencapai
perairan Asia Tenggara pada awal tahun 1500-an mereka menemui kawasan
ini didominasi kapal-kapal Jong Jawa.
Kapal dagang milik orang Jawa ini
menguasai jalur rempah rempah yang sangat strategik, antara Maluku,
Jawa, dan Melaka. Kota pelabuhan Melaka pada waktu itu berfungsi menjadi
kota perniagaan orang Jawa dengan jong-jong mereka bersimpang-siur dari
Tanah Jawa ke seluruh dunia dan singgah ke pelabuhan Melaka,Venice of
The East.
Di sana banyak saudagar dan nakhoda kapal Jawa yang menetap
dan sekaligus mengendalikan perdagangan antarabangsa. Tukang-tukang
kayu Jawa yang berketerampilan membangun limbungan kapal di kota
pelabuhan terbesar di Asia Tenggara itu. Bukti kepiawaian orang Jawa
dalam bidang perkapalan juga ditemui pada relief Candi Borobudur yang
menggambarkan perahu bercadik – kebelakangan ini disebut sebagai “Kapal
Borobudur”.
Pembinaan perahu bercadik sangat unik. Lambung perahu
dibentuk sebagai menyambungkan papan-papan pada lunas kapal. Kemudian
disambungkan pada pasak kayu tanpa menggunakan kerangka, baut, atau paku
besi.Hujung haluan dan buritan kapal berbentuk lancip. Kapal ini
dilengkapi dengan dua batang kemudi menyerupai dayung, serta layar
berbentuk segi empat. Kapal Jawa jelas berbeza dengan kapal China yang
lambungnya dikencangkan dengan bilah-bilah kayu dan paku besi. Selain
itu kapal China memiliki kemudi tunggal yang dipasang pada palang rusuk
buritan.
Kapal Borobudur telah memainkan peranan besar dalam segenap
urusan orang Jawa di bidang pelayaran, selama beratus ratus tahun
sebelum abad ke-13. Memasuki awal abad ke-8, peranan kapal Borobudur
digeser oleh kapal kapal Jawa yang berukuran lebih besar,dengan tiga
atau empat layar,dikenali sebagai Jong.Pelaut Portugis menyebut
juncos,pelaut Itali menyebutnya sebagai zonchi.Istilah jong dipakai
pertama kali dalam catatan perjalanan Rahib Odrico, Jonhan de
Marignolli, dan Ibn Battuta yang berlayar ke Nusantara, awal abad ke-14
mereka memuji kehebatan kapal Jawa berukuran raksasa sebagai penguasa
laut Asia Tenggara.Teknologi pembuatan Jong tak jauh berbeza dengan
warisan kapal Borobudur; seluruh badan kapal dibangun tanpa menggunakan
paku.
Gambaran tentang jung Jawa secara spesifik dilaporkan Alfonso de
Albuquerque,komander armada Portugis yang menduduki Melaka pada 1511.
Orang Portugis mengenali Jawa sebagai asal usul jong-jong terbesar.Kapal
jenis ini digunakan angkatan laut kerajaan Jawa (Demak) untuk menyerang
armada Portugis.
Disebutkan,jong Jawa memiliki empat tiang layar,
terbuat dari papan berlapis empat serta mampu menahan tembakan meriam
kapal kapal Portugis.Muatan jong rata-rata sekitar 600 ton, melebihi
kapal perang Portugis.Jong terbesar dari Kerajaan Demak muatannya
mencapai 1000 ton yang digunakan sebagai pengangkut pasukan Jawa untuk
menyerang armada Portugis di Melaka pada 1513.Boleh juga dikatakan,kapal
jong jawa ini dibandingkan dengan kapal induk di era moden sekarang
ini.
“Anunciada (kapal Portugis yang terbesar yang berada di Melaka
pada tahun 1511) sama sekali tidak menyerupai sebuah kapal bila
digandingkan dengan Jong Jawa.” catat pelaut Portugis Tom Pires dalam
Suma Oriental (1515). Hanya kerana jong Jawa raksasa ini, menurut Tome
Pires, lambat bergerak ketika bertempur dengan kapal-kapal Portugis yang
lebih ringan dan lincah.Dengan begitu, armada Portugis mampu menghalau
jong Jawa dari perairan Melaka.
Ada pendapat istilah jung berasal
dari kata ‘chuan’ dari bahasa Mandarin yang bererti perahu.Namun
perubahan pengucapan dari ‘chuan’ menjadi jung nampaknya terlalu jauh.
Yang lebih mendekati adalah “jong’ dalam bahasa Jawa yang ertinya kapal.
Ini dikuatkan dalam bukti bertulis,kata jong dapat ditemui dalam
sejumlah prasasti Jawa kuno abad ke 9. Undang-undang laut Melayu yang
disusun pada abad ke-15 (lihat,orang Melayu bukan sahaja membina kapal
malah menggubal undang-undang laut juga-Seafarers Codex!) juga
menggunakan kata jong untuk menyebut kapal pengangkut barang.
Jong
pada abad ke-15 hingga ke-16 tidak hanya digunakan pada pelaut Jawa.
Para pelaut Melayu Semenanjung dan China juga menggunakan kapal layar
jenis ini (sehingga menjadi popular di kalangan orang China dengan
identiti jong mereka padahal jong berasal dari orang Melayu/Jawa).Jong
memegang peranan penting dalam perdagangan Asia Tenggara masa lampau. Ia
menyatukan jalur perdagangan Asia Tengara yang meliputi Champa (hujung
selatan Vietnam),Ayutthaya (Thailand),Aceh,Melaka dan Makassar.
Selepas
dijajah Belanda,orang Jawa sudah tidak lagi punya limbungan kapal dan
pembuatan jong pun merosot setelah perdagangan pulau Jawa dikawal oleh
penjajah Belanda.Pegawai Maskapai bagi Syarikat Hindia-Belanda (VOC) di
Batavia melaporkan pada 1677, bahawa orang-orang Mataram di Jawa Tengah
tidak lagi memiliki kapal-kapal besar.
Dari The Land of The East Hingga ke Tanah Kanaan:Misteri ‘Prau’ Melayu
Salah
satu dari bukti sejarah yang mengesahkan orang Nusantara pernah
berlayar hingga ke pelabuhan Firaun dan raja Sumeria ialah legenda
kapal-kapal Bani Jawi yang membawa emas,gaharu,cendana,rempah,kapur
barus dan kemenyan.Ketika itu tamadun di dunia sebelah sini mencapai
klimaksnya (dan ini akan diterangkan di dalam artikel The Land of The
Gods II) sebagaimana ketika itu
Kerajaan Israel Raya yang diperintah
oleh dua Raja yang bertaraf Rasul David dan Solomon (Nabi Daud dan
anaknya Nabi Sulaiman).Kerajaan Nabi Sulaiman a.s ketika itu adalah
kuasa dunia,sepertimana Amerika Syarikat pada hari ini.Tiada satu pun
kerajaan yang sehebat kerajaan Nabi Sulaiman.Raja-raja Mala dan Jawi
juga mengadap ‘Raja Sulaiman’ untuk meminta nasihat dan perlindungan
ketika itu.
Para pelaut yang dikesan berbahasa Malayo-Polinesian
(Bani Jawi) adalah diketahui merupakan pelayar yang berkemahiran dan
mampu menyeberangi lautan luas dalam jarak yang jauh.Orang Malagasy
(berasal dari keturunan Melayu) telah berlayar dari Kepulauan Melayu
hingga ke Madagaskar,sebuah pulau di Lautan Hindi berdekatan Benua
Afrika.Sekurang-kurangnya beberapa ratus tahun sebelum kedatangan bangsa
Eropah,orang Makasar (Bugis) di Sulawesi telah berlayar dengan ‘prau’
mereka (sebutan Inggeris untuk ‘perahu’) dan membuat penempatan di utara
pantai Australia yang digelar mereka sebagai ‘Merege’.
Di dalam
kebanyakan bahasa kelompok Malayo-Polinesian,perkataan untuk
perahu,kapal dengan penempatan atau kampung sering bertukar makna dari
kaum ke kaum,seperti perahu atau parao,prau dan barangay yang bermakna
‘kapal’ atau ‘kampung’.
Perahu Melayu atau ‘prau’/'parao’ (pharaoh?)
kemungkinan besar telah sampai ke bumi para Firaun di Mesir.Ini
berdasarkan kajian ke atas kesusasteraan Akkadia dan Sumeria
Purba.Kapal-kapal Melayu adalah di antara kapal-kapal yang datang dari
laut-laut jauh yang disebut sebagai Dilmun,Magan dan Melluha,telah
disebut di dalam prasasti-prasasti sastera Akkadia dan Sumeria.Menurut
pengkaji budaya Melayu dari Eropah,adalah mungkin perkataan asli bagi
bahasa Sumeria untuk sungai Tigris dan Furat adalah berasal dari
asal-usul Malayo-Polinesia.Di dalam bahasa Pangasinan (satu bahasa puak
di Luzon),perkataan ‘siglat’ yang bermaksud pantas atau cepat mempunyai
persamaan linguistik dengan kata ‘idigna’ bagi Sumeria dan ‘idiglat’
bagi Akkadia merujuk kepada sungai Tigris.
Di dalam bahasa itu juga,kata
‘burakan’ yang bermaksud ‘gelombang’,'berayun-ayun’ atau ‘melayari’
adalah kelihatan sama dengan perkataan Sumeria ‘Buranun’ dan Akkadia
bagi ‘Pu-rat-tu’ merujuk kepada sungai Furat.Dipercayai,perdagangan
maritim besar-besaran telah terjadi di antara penempatan orang-orang
berbahasa Malayo-Polinesian dari Pasifik hingga ke Lautan Hindi pada
masa silam.Bukti-bukti arkeologi dan rekod-rekod terawal India dan China
menunjukkan penduduk Pengasinan telah berurusan dengan orang luar
seawal abad ke-8 hingga abad ke-10 Masehi dan catatan ini merekodkan
perdagangan pedagang China dengan orang-orang Pengasinan.
Malah ketua
kaum di Pengasinan juga pernah melawat China.Ingat,para pelaut Sepanyol
dan Portugis berebut ke Nusantara adalah untuk mencari jalan kuno
‘Ophir’ yang menjadi ‘The King Solomon’s Mines’ pada zaman purba.Ini
dijelaskan dalam manuskrip pengembara Sepanyol,Collecion General de
Documentos Relativos a las Islas Filipinas.Sila rujuk artikel ‘The King
Solomon’s Mines’.
Hari ini para pengkaji telah menjumpai persamaan
perkataan Melayu Kuno era Srivijaya dengan bahasa Assyria,Sumeria dan
Ibrani Kuno,menunjukkan satu hubungan yang aneh,contohnya:
Ancient Malay
Abah (father,be dense)
Datu,Datuk (a royal edict)
Lahat (Tower)
Mura (fear)
Saka (to roam)
Ancient Hebrew
Abba
Dath (ingat Darth Vader?)
Lahat
Moora
Shakah (ya,ini adalah hantu saka yang berpindah dari seseorang ke keturunannya)
……
…..
……
…..
…..
(*Dan
senarai ini amat panjang dalam kajian dari dokumen rahsia ini,dan kami
telah menjumpai satu hakikat yang amat mengejutkan berkaitan asal-usul
Melayu dan Mala dan ini amat kena dengan petunjuk di dalam Diari
Lodgekeeper…kami akan sentuh dalam artikel The Land of The Gods II)
Ini
menunjukkan terdapat hubungan perdagangan antarabangsa pada masa dahulu
antara kerajaan Melayu Srivijaya (dan kerajaan-kerajaan Melayu Kuno
yang diwarisi Srivijaya) dengan pedagang Yahudi,Parsi,Sumeria dan Mesir.
Enpayar-empayar
Melayu-Jawa seperti Srivijaya dan Majapahit yang pernah mendominasi
seluruh Asia Tenggara menyaksikan peningkatan teknologi kapal dan
perdagangan maritim.Ini disambut dengan Langkasuka sebagai kerajaan yang
mengawal perdagangan di Indochina ketika itu.Kedua-dua empayar ini
telah mempengaruhi banyak aspek kebudayaan penduduk Asia Tenggara,dari
ukiran,tarian kebudayaan dan bahasa (penduduk Indochina dipengaruhi
aspek ukiran,kesenian dan tarian,Kepulauan Melayu dipengaruhi
bahasa,pakaian dan budaya harian).Kemerosotan kedua empayar ini sehingga
melenyapkannya menyebabkan kerancakan perdagangan maritim turut
mengalami kesannya yang ketara di seluruh Asia Tenggara.
Viking Timur Jauh:Catatan-catatan conquistador,pengembara Eropah dan rekod Maharaja China
Bangsa
Mala adalah ‘King of The Sea’ pada masa lampau.Mereka adalah ‘Viking
Timur Jauh’ yang menguasai laut dan perdagangan maritim.Segala rekod
Emperium China yang berhubungan dengan Mesir,Babilon,kerajaan Rom dan
India tidak boleh tidak mesti menyebutkan sedikit tentang peranan
Kepulauan Melayu dan penduduknya,kerana Kepulauan Melayu ini adalah
PENGHUBUNG DUNIA BARAT DENGAN PELABUHAN-PELABUHAN CHINA.SEbelum sampai
ke China,mereka mesti singgah di salah satu pelabuhan di Kepulauan
Melayu untuk menunggu perubahan angin,memperbaharui bekalan makanan dan
air,berdagang serta berehat.Kepulauan Melayu merupakan transit untuk ke
Jepun,China dan Kepulauan Pasifik.
Sarjana-sarjana China dalam abad
ke-7M hingga ke-11M (Zaman Kerajaan Melayu Sriwijaya) berminat pada
bahasa Melayu yang dikenalinya sebagai bahasa Kunlun(hampir sama dengan
panggilan Yunani, Kolan/Colan), kerana mereka mendapati banyaknya karya
ilmu dalam bahasa Melayu pada masa itu.Di dalam rekod purba China
tercatat perkataan ‘po’ satu kapal besar yang boleh memuatkan 1000
orang.
“Further information is to be found in the I-ch’ieh-ching
yin-i,a dictionary compiled by Huei-lin which according to Pelliot was
completed in A.D. 817. Huei-lin gives a number of instances of po and
includes the following passage:
“Ssu-ma Piao, in his commentary on
Chuang Tzü, says: “large ocean-going ships are called po”. According to
the Kuang ya: ‘po is an ocean-going ship”. It has a draught of 60 feet
(!). It is fast and carries 1000 men as well as merchandise. It is also
called k’un-lun-po’.
-Christie (1957), pp. 347-348.
Kepulauan Melayu juga dicatatkan sebagai Pulau-pulau ‘Kun Lun’ sebagaimana kajian sarjana Eropah tentang Viking Timur Jauh ini:
“By
the third century B.C.E. the Chinese had taken notice of Malay sailors
approaching their shores from the “Kunlun” Islands in the southern seas,
which the Chinese learned were “volcanic and invariably endowed with
marvellous and potent powers”. . . . The Chinese also knew these
islanders as builders and as the crews of ocean-going vessels engaged in
long-distance overseas trade. The Chinese, in fact, appear to have
learnt much from these sailors. The Malays independently invented a
sail, made from woven mats reinforced with bamboo, at least several
hundred years B.C.E., and by the time of the Han dynasty (206 B.C.E. to
221 B.C.) the Chinese were using such sails (Johnstone, 1980: 191-92)
Di
dalam keterangan di atas,orang-orang China zaman dahulu telah banyak
belajar dari tukang-tukang kapal dan ilmu pelayaran dari ‘islanders’ ini
di mana diterangkan sebagai “as the crews of ocean-going vessels
engaged in long-distance overseas trade”.Dan pada pada era Dinasti Han
(206 hingga 221 Sebelum Masehi),orang-orang China telah menggunakan
‘satu teknologi’ baru perkapalan,seperti yang dijelaskan sebagai “a
sail, made from woven mats reinforced with bamboo” padahal ia telah
digunakan beratus tahun sebelum Masehi oleh orang-orang Melayu.
Adalah
mengejutkan apabila para sarjana Eropah dan rekod China ini menunjukkan
teknologi perkapalan China dimajukan setelah para tukang kapal China
belajar dari orang-orang Melayu Kuno terutama pembuatan jong.Maka
lahirlah jong China yang terkenal itu sebagaimana telah dijelaskan
sebelum ini:
Menurut catatan Manguin,seorang sarjana Eropah:
“Keterangan
orang-orang China berkenaan kapal-kapal Melayu adalah seawal abad
ketiga Masehi,menunjukkan kapal-kapal layar Melayu,iaitu jong (perkataan
Melayu),sebuah kapal dengan lambung kapal yang berlapis-lapis.Perkataan
Inggeris,junk selalu dirujuk sebagai kapal orang-orang China,sebenarnya
kata ambilan dari kapal jong Melayu.Orang China juga mengenali bahawa
perkataan mereka bagi kapal-kapal Kunlun (sebutan orang China bagi
penduduk Melayu) iaitu buo adalah perkataan asing yang dimasukkan ke
dalam kosa kata bahasa China” (Manguin, 1980: 266-67, 274)
Manguin mencatatkan lagi:
“Secara
purata,sebuah jong harus membawa empat hingga lima ratus metrik
ton,namun sekurang-kurangnya sebuah jong cukup untuk membawa 1000
ton.Lapisan badan kapal dihubungkan dengan menggunakan tanggam:tiada
bahan logam seperti paku digunakan dalam pembinaan kapal hebat
mereka.Sesetengah bahagian-bahagian kapal kecil kapal digabungkan dengan
menggunakan serat tumbuhan,tetapi ini bukan amalan pembuatan kapal
besar.Sebuah jong biasanya mempunyai 2 hingga 4 tiang kapal termasuk
tiang cucur (bowsprit),sebagaimana dua kemudi yang terpasang di kedua
belah.Gandung kapal (outrigger),direka untuk menyeimbangkan kapal,di
mana digunakan pada banyak kapal namun bukanlah karakteristik kapal yang
berlayar di lautan kasar” (Manguin, 1980: 268-74)
Dan orang-orang
Melayu juga adalah orang pertama yang menemukan teknologi layar
‘balance-lug sail’ dan ini diakui oleh para sarjana sejarah perkapalan
dunia:
“The Malays were also the first to use a balance-lug sail, an
invention of global significance. Balance-lugs are square sails set fore
and aft and tilted down at the end. They can be pivoted sideways, which
makes it possible to sail into the oncoming wind at an angle of to tack
against the wind – to sail at an angle first one way and then the
other, in a zigzag pattern, so as to go in the direction from which the
wind is blowing. Because of the way the sides of the sail were tilted,
from a distance it looked somewhat triangular. . . . It is thus quite
likely that the Malay balance-lug was the inspiration for the triangular
lateen sail, which was developed by sailors living on either side of
the Malays, the Polynesians to their east and the Arabs to their west.
Precisely
when the Polynesians and the Arabs began using the lateen sail remains
unknown, but it would seem to have been in the last centuries B.C.E. It
is known that the Arabs in the vicinity of the Indian Ocean were
accomplished sailors by the first century C.E. and both they and the
Polynesians apparently had the lateen sail by then” (Hourani, 1951:
102).
Di bahagian laut selatan India,orang-orang dari India telah
mengambil peranan aktif di dalam perdagangan dan penjelajahan.Dan ini
diketahui umum antara sebab agama dan kebudayaan dari India mempengaruhi
budaya Asia Tenggara.Namun,di Asia Tenggara sendiri,jika kita ingin
bercakap tentang perdagangan maritim,orang-orang Melayu adalah peneraju
aktif dan penggerak perdagangan yang gigih.Petunjuk tentang peranan
orang-orang Melayu ini ada dicatatkan seperti yang diberikan oleh
Periplus,seorang sarjana:
“[There] are the marts of Camara and Poduce
and Sopatma [on the Coromandel Coast of south-east India], where are
local ships which sail along the coast as far as Limyrice, and others
which are very large vessels made of single logs bound together and
called sangara; those that cross over to Chryse and the Ganges are
called colandiophonta and are the largest.”
Kedua-dua istilah sangara
(yang bermaksud gandang kapal) dan colandiphonta (ingat Kunlun atau
Kolan,merujuk kepada pelaut Melayu) adalah diyakini para sarjana lebih
merujuk kepada orang-orang Melayu atau Indonesia berbanding orang
India.Ini dibuktikan oleh rekod China (nasib baik Maharaja China
menyimpan rekod tentang Melayu Kuno) di mana kata ‘colondiophonta’
diterangkan dengan lebih terperinci,di bawah nama ‘Kunlun Po’,dan
mengesahkan kapal ini benar-benar besar.Ciri-ciri ini dijelaskan oleh
Sitwell,seorang cendekiawan Eropah:
“…Some of them could be over 200
feet long, and carry six or seven hundred men and some nine hundred tons
of cargo – which makes them perhaps a shade larger than those other
leviathans of the Ancient World, the grain-ships that plied between
Alexandria and Rome. They were also probably faster: even the largest
Roman ships usually managed with a single enormous square sail, whereas a
K’un-lu p’o had four sails and may even have arranged them in the
fore-and-aft rig, like a schooner.” Sitwell (1984), pp. 146-147.
Jika
orang-orang Rom berbangga dengan kapal perang mereka ketika berada di
Laut Mediteranean,perasaan bangga ini mungkin bertukar sebaliknya
apabila berhadapan dengan kapal-kapal pedagang Melayu ini (Kunlun Po)
ketika perjalanan mereka ke Afrika atau ke Teluk Parsi.Kapal-kapal yang
besar ini dengan teknologi perkapalan yang canggih tanpa menggunakan
paku (ini ciri khas seni pertukangan dan arkitek Melayu
Purba,sepertimana pembinaan istana dan rumah),teknologi imbangan kapal
dan sistem layar yang dinamik,menunjukkan ada tamadun purba yang hilang
di Kepulauan Melayu,yang amat maju dan makmur,sejak kita tahu tentang
penemuan penyelidik USM tentang puing-puing kilang-kilang melebur besi
di Lembah Bujang dan tapak kota lama di Manjung dan Beruas.
Jadi tidak
hairanlah di dalam Hikayat Merong Mahawangsa ada diceritakan tentang
putera Rom yang berlayar untuk majlis perkahwinannya dengan puteri
China,kemungkinan besar putera Rom ini menyewa kapal ‘Kunlun Po’
ini,kapal besar Melayu dahulukala untuk menemui puteri China.
Orang-orang
Melayu Nusantara juga orang pertama yang menggunakan takal bulat
berbanding ketika itu pelaut Arab dan China menggunakan takal
segitiga.Ini kerana Tamadun Purba Melayu adalah pencipta takal bulat.
Kapal-kapal
orang Rom dan Arab mendominasi perdagangan dari Mesir ke India,namun
majoriti perdagangan di antara India dan China dijalankan oleh
kapal-kapal Melayu dan India.Ketika itu orang-orang China agak gerun
dengan keadaan laut di selatan dan kurang berpengalaman dengan keganasan
ombak dan perubahan angin di sekitar Kepulauan Melayu (Ini antara sebab
kegagalan misi Monggol menawan Pulau Jawa dan menghalang armada China
menawan Kepulauan Melayu).Holmgren,seorang sejarahwan Inggeris menulis:
“Alasan
kekurangan minat orang China kepada perdagangan laut di sebelah selatan
sebenarnya hanya dugaan dan sangkaan sahaja.Sebenarnya orang-orang
China berasa takut dan tidak yakin untuk berlayar merapati pantai-pantai
laut selatan yang berbahaya dan berisiko tinggi dengan perubahan angin
monsun yang aneh,walhal orang Melayu,India dan Arab telah lama belajar
secukupnya tentang angin bermusim dan pemanduan pelayaran untuk
menghadapi lautan terbuka.
Para pegawai di pelabuhan China Selatan,tidak
menggalakkan aktiviti perdagangan yang tidak terkawal-satu polisi yang
menggambarkan ciri pelabuhan di kerajaan tengah India.Hanya selepas
kemungkinan tarikan komersil di zon perdagangan laut selatan menjadi
ketara di abad kedua,perdagangan di laut selatan mula diterima secara
rasmi namun dibataskan kepada setakat pelabuhan
Vietnam,Chiou-Chi.
Pelabuhan Canton pula hanya digunakan pada abad ke-6
Masehi.Secara mudah,dan tidak diragukan lagi ia lebih bertujuan untuk
mengawal kelompok-kelompok pedagang Asia Tenggara yang beroperasi secara
bermusim dari usaha untuk menggalakkan perkembangan perkapalan orang
China.Komuniti pedagang yang digelar Po-ssu di pelabuhan-pelabuhan China
yang dirujuk oleh rekod China pada awal abad Masehi adalah pedagang
Sumatera atau Semenanjung Tanah Melayu yang berdagang wangi-wangian
Parsi,kayu gaharu,kemenyan serta mutiara yang dibuat atau dikumpulkan
dari hutan-hutan tropika dan pantai-pantai dari seluruh Asia
Tenggara.
Dalam banyak kes,inisiatif di dalam perdagangan antara China di
utara dengan Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera di selatan adalah
hampir semuanya digerakkan oleh pedagang Melayu.Jika pedagang China cuba
mendekati laut selatan,mereka berbuat demikian mungkin hanya sebagai
penumpang dalam kapal ‘Po-ssu’ yang dikendalikan oleh orang Melayu atau
Indonesia”
(Holmgren (1980), p. 76)
Ini menunjukkan pengiktirafan
yang tinggi para sarjana sejarah perkapalan Barat terhadap
kemampuan,kemahiran dan bakat yang ada pada orang di Nusantara (China
menyebutnya sebagai Kunlun) sebagai ‘The King of Sea’.
Beberapa
catatan Barat seterusnya mengenai kemahiran terahsia bangsa Melayu yang
tidak diketahui oleh anak-anak Melayu era siber dan rempit ini:
Dari Jones,sejarahwan Eropah:
“Ketika
musim sejuk,kesejukan di Asia Tengah menyebabkan ketumpatan udara
menjadi berat,ketika udara di laut lebih hangat dan ringan.Perbezaan
dalam ketumpatan ini menyebabkan udara berat dari Asia Tengah menghembus
menentang udara laut yang ringan,oleh itu dari Disember ke Mac angin
kering dari Asia Tengah menghembus ke seluruh benua menuju ke
lautan.Ketika bulan-bulan tertentu,angin ini adalah amat sukar diramal
(ini yang digeruni oleh pelaut China).
Walaupun ketika musim
luruh,perubahan arah angin secara kasarnya lebih cepat,di dalam bulan
April,pertukaran angin musim bunga dari dalam ke luar adalah lembab
menyebabkan kesempatanvterjadinya jenis angin yang pelbagai dari
September ke November.Mengambil kesempatan dari corak angin bermusim
ini,para pelaut Melayu mula mengawal angin monsun dan
‘menunggangnya’.Mereka berlayar dengan angin di belakang mereka,dengan
ini mereka telah berlayar beribu batu ke destinasi yang
jauh-jauh.Kemudian mereka menunggu sehingga angin bertukar arah,di mana
ini membenarkan mereka berlayar pulang ke rumah,dengan angin tetap di
belakang mereka,menolak mereka ke kampung halaman dengan mudah.
Jones menambah:
“Setakat
ini,cuma sedikit persamaan pendapat melihat kepada bilakah pelaut
Melayu pertama mencapai pantai timur Afrika dan Madagaskar,lebih dari
3000 batu ke barat,namun sesetengah percaya ia terjadi pada awal abad
pertama Masehi.Dengan tarikh yang masih misteri bilakah mereka tiba di
Afrika,dalam proses pelayaran merentasi beribu batu lautan selatan,para
pelaut Melayu ini ini menyaksikan bahawa mereka membawa sejumlah
tumbuh-tumbuhan dari Asia ke Afrika,termasuk pisang,kelapa dan cocoyam
(sejenis ubi di Afrika Barat di mana terma cocoyam ini diceduk dari
perkataan Melayu).Irama dari xylofon juga diceduk dari orang Melayu ke
Afrika walaupun diketahui bagaimana alat muzik ini datang dari Afrika
Timur ke Afrika Barat,di mana ia masih kedengaran hari ini,tetap
meninggalkan sebab yang kontroversi” (Jones, 1971: 115–19).
Perhatikan catatan yang dikutip dari pengembara Eropah oleh pengkaji:
“The
Malay sailors may also have been riding the monsoons of the Indian
Ocean to supply the Mediterranean market with cinnamon – a product of
southern China – even before the development of an overland or overseas
silk route. The Greek word for cinnamon was derived from a
Malayo-Polynesian word, through Phoenician and Hebrew. Even though
cinnamon was never grown commercially in Africa, Egyptian and Hebrew
texts dated to the first millennium B.C.E. speak of cinnamon coming from
Africa, leading several scholars to suggest that Malay sailors were
responsible for bringing this cinnamon from the coasts of the South
China Sea to East Africa.
Pliny, writing in the first century C.E.,
describes an already well-developed trade in cinnamon. The men who
brought the cinnamon “put out to sea . . . when the east winds are
blowing their hardest; these winds drive them on a straight course . . .
from gulf to gulf.” Pliny calls their vessels “rafts,” a plausible but
mistaken description of the Malays’ double outrigger canoe (Taylor,
1976: 45). The cinnamon they provided could then have been traded north
by the East Africans until it reached Ethiopia, where Mediterranean
merchants purchased it.
There is also a thirteenth-century Arab text
that refers to a Malay settlement in the vicinity of Aden sometime
around the Roman conquest of Egypt in 31 B.C.E. Vast fleets of Malay
outrigger canoes came and went from this place, it tells us, but
eventually the settlers “grew weak, lost their seafaring skills, and
were overrun by neighbouring peoples.” (Taylor, 1976: 25, 39). According
to the text, this happened after Egypt’s decline, and scholars have
tentatively dated the settlement to the first century CE.
At roughly
the same time Malay communities were established on the island of
Madagascar, some 250 miles off the East African coast, where their
descendants still constitute the majority of the island’s population and
Malayo-Polynesian languages are still spoken today by almost all. Given
the many clusters of islands in the Indian Ocean and the Malay use of
islands for navigating, their likely route to East Africa would have
been by way of such island clusters, namely, the Maldives, the Chagos,
the Seychelles, and the Comores (Taylor, 1976: 30, 45–46).” Shaffer
(1996), pp. 15-16.
Perhatikan perdagangan kulit kayu manis oleh para
pedagang Melayu sehingga mencapai Yunani (Greece),Phoenicia (Kanaan
Kuno) dan Yahudi Kuno (Hebrew) sehinggakan kata ‘cinnamon’ dalam bahasa
Yunani dikatakan oleh pengkaji ini diceduk dari perkataan Melayu Kuno
selepas diubahsuai dari perkataan Phoenicia dan Yahudi.Di kota purba
Aden (Di Yaman kini) terdapat penempatan para pedagang Melayu menurut
teks Arab kurun ke 13.Maka tidak hairanlah rempah-rempah dan
harum-haruman boleh tiba di istana Firaun dan benih-benih bunga-bungaan
dan pokok-pokok tropika boleh tiba di kota Babilon.
Dalam Kitab Rujar, Al-Idrisi,sejarahwan Arab Kuno telah mencatatkan:
“Penduduk
Zabaj telah berlayar ke Sofala dan mengeksport besi dari
sana,membekalkannya ke seluruh India.Tiada besi yang mampu dibandingkan
dengan mutu dan kehalusan buatan dari Zabaj ini.Penduduk Zabaj kerap
dipanggil di Zanj di dalam kedua-dua kapal besar dan kecil mereka dan
berdagang barangan dengan mereka,sebagaimana mereka memahami behasa
masing-masing”
Zabaj adalah panggilan orang Arab bagi
Srivijaya,empayar maritim Melayu terbesar di Asia Tenggara.Di sini kita
tahu sejak zaman Srivijaya,orang Melayu sudah pandai mengeksport besi
pula ke India!
Situasi Empayar Srivijaya yang memiliki
kapal-kapal yang menakjubkan (contohnya Lancang Kuning yang dinaiki
Emperor-emperor Srivijaya) disentuh oleh seorang pakar perkapalan
Jerman,Horts H.Liebner ketika ditemuramah oleh The Jakarta Post:
“Five
hundred years before groups of ocean conquistadors from Portugal began
their journey to look for new territories, ships from the islands now
known as Indonesia were traveling around Asian waterswith very advanced
technology.
The preliminary scientific reconstruction of a shipwreck
recovered from the Java Sea found that the ship had better technology
than those from Europe,China or Japan.The ship,believed to have sunk
between 930 AD and 990 AD in a storm, was also bigger and better
constructed.Our preliminary analysis concludes that the ship was 25 to
35 meters long and 12 meters wide. At that period, China still had no
ships thatcould sail the oceans, while European ships were much smaller.
Imagine,the ship Columbus used to sail to America and 15th century
Europeanships were all less than 20 meters,”
Renungkan bahtera besar
yang diukir di candi Borobudur.Kemudian renungkan kata-kata PAKAR
PERKAPALAN JERMAN ini.Adakah beliau berkata untuk menyedapkan hati orang
Nusantara?Adakah sengaja mahu mengembangkuncupkan hidung orang-orang
Melayu?Menaikkan punggung orang-orang Melayu ke paras maksima?Kemudian
berjalan mendada tidak ingat dunia?TIDAK SAMA SEKALI.
Beliau bercakap
melalui fakta sejarah dan pengalamannya dalam bidang maritim.Sudah
tentu catatan tentang Kepulauan Melayu telah ada di dalam simpanan
Empayar Austria-Hungary (Jerman sebelum Perang Dunia Pertama) dan
Kerajaan Perancis.Perhatikan semula kata-katanya yang penuh makna
tersirat ini:
“Our preliminary analysis concludes that the ship
was 25 to 35 meters long and 12 meters wide. At that period, China still
had no ships that could sail the oceans, while European ships were much
smaller. Imagine,the ship Columbus used to sail to America and 15th
century Europeanships were all less than 20 meters,”
Dan ini
bertepatan dengan catatan para pengembara Eropah dan sarjana Inggeris
seperti yang kita baca tadi.Semua ini menunjukkan Tamadun China banyak
mendapat faedah dari pembelajaran mereka tentang pembuatan kapal dari
orang-orang Nusantara khasnya para pelaut Melayu.Sebab itu
kerajaan-kerajaan Melayu dahulu sukar dikalahkan melalui peperangan
laut.
Dan ini caranya Srivijaya,Majapahit dan Melaka menguasai Selat
Melaka,selat tersibuk di dunia.Siam mampu mengalahkan Kedah dan
Patani,namun bukan Melaka,kerana Melaka adalah warisan Emperor terakhir
Srivijaya,’The Lord of Sea’.JIka Funan menggelar raja-raja mereka,’The
Lord of Mountain’ (gunung adalah katakunci terahsia Melayu yang
lain),Emperor-emperor Srivijaya adalah ‘Dewa-dewa laut’ yang
menggerunkan.Dalam Sulalatus Salatin,dikisahkan Melaka mampu mematahkan
dua kali serangan Siam (era Ayutthaya).
Selain itu,Orang Sulu
juga digeruni oleh penjajah Sepanyol,dan kemahiran ilmu laut Orang Sulu
setanding dengan Orang Bugis.JIka Inggeris menganggap Orang Bugis
sebagai lanun,Sepanyol juga menganggap Orang Sulu ini sebagai lanun yang
kasar dan kejam (padahal merekalah bangsa yang kejam dan ganas)
*Dari relief di Bayon,menunjukkan tentera laut Champa sedang berperang.Perhatikan kapal perang mereka.
Di
dalam Perang Kedah-Thai pada abad ke 19,ada diceritakan tentang
kesukaran tentera Thai untuk mengalahkan tentera Kedah ketika peperangan
di laut.
Ini menyebabkan Thai menggunakan taktik pengecut yang sekian
lama digunakan apabila berasa terancam dengan kekuatan musuh;meminta
bantuan kuasa Eropah,dalam kes ini meminta bantuan Inggeris.Angkatan
Tengku Kudin (Tengku Kudin dianggap Inggeris sebagai ‘lanun’ Melayu
paling licik dan dikehendaki) telah dikepung di dalam Kota Kuala Kedah
oleh kira-kira 80000 tentera Siam.Askar bantuan dihantar dari Sungai
Perai,namun tiba-tiba dibedil Inggeris yang campurtangan setelah
berpakat dengan Thai.
Wan Muhammad Ali(anak Datuk Seri Kerma Jaya)yang
begitu berjaya dalam kempen menentang tentera Thai di laut sebelum itu
telah diserang dan dikejar oleh kapal perang Inggeris.Ilmu pelayaran dan
teknologi pembuatan kapal layar yang ada pada orang Melayu nyata
berguna pada Angkatan Wan Muhammad Ali yang berjaya menghindari kapal
perang Inggeris.Dengan jong yang lebih ringan dan laju angkatan tersebut
berjaya menjarakkan diri dari angkatan Inggeris dan belayar bersembunyi
di selat-selat kecil di Langkawi.Namun Inggeris yang tidak berpuas hati
telah maju ke Pulau Langkawi dan menyerang kubu dan merampas
meriam-meriam orang Langkawi dikala tentera-tentera pengecut Thai
menunggu-nunggu berita peperangan Inggeris dengan tentera laut Kedah
yang sukar ditewaskan mereka itu.Wan Muhammad Ali terpaksa berundur ke
Sumatra dan menetap di sana.
Kedah akhirnya berjaya menghalau
tentera Thai setelah menyaksikan kelicikan Paduka Raja Jambangan atau
Tunku Anum (Lelaki).Dengan helah dan tipu muslihatnya,Kedah dapat
dibebaskan dari taklukan Thai.Beliau telah dianugerahkan wilayah Kubang
Pasu sebagai negeri yang bebas dari Kedah oleh Sultan Ahmad
Tajuddin.Dalam kempen yang diketuainya,Tunku Anum membiarkan dirinya
menjadi tawanan raja Ligor untuk mengkaji kekuatan Angkatan Ligor yang
merupakan penghasut utama kepada raja Thai supaya menyerang Kedah.
Berbalik
kepada rekod tentang kapal-kapal Melayu,R.O Winstedt (ada juga
pandangannya yang jujur),dalam bukunya,”A History of Johor’ mencatatkan
laporan dua askar Belanda tentang geliung-geliung Johor ketika
perdagangan di Betawi dan Melaka:
Rekod dari Dargh Register pada
tahun 1968 hanya mencatatkan satu lawatan oleh geliung Johor membawa
barangan dari Gujerat.Pada April 1661,catatan Belanda:’Gonqua’ dari
Johor dengan sebuah kapal geliung,26 anak kapal….”
Pada abad ke 17 di
Asia hanya Jepun dan beberapa kerajaan Asia Tenggara tertentu termasuk
Kesultanan Johor diketahui mahir dalam membuat kapal
geliung.Negara-negara Asia yang lain seperti India dan China ketika itu
memiliki kapal-kapal besar namun ketidaksesuaian rekabentuk tradisional
mereka tidak mampu menghadapi kapal-kapal pedagang Eropah yang
dilengkapi persenjataan berbeza dengan tukang-tukang kapal Melayu yang
membuat kapal mengikut kesesuaian keadaan dan pandai menggabungkannya
dengan rekabentuk kapal-kapal asing.Kapal Bedar misalnya adalah revolusi
kapal Melayu yang digabungkan dengan senibina kapal-kapal Eropah,dengan
penambahan tiang cucur (bowsprit) gaya Eropah.
Perlu diingat
sehingga awal abad ke-20,Johor adalah satu-satunya negeri Melayu yang
tidak dinaungi Inggeris,dimana tidak menerima residen Inggeris.Johor
menerima residen Inggeris secara rasminya pada tahun 1914,menunjukkan
Tanah Melayu secara rasminya terjajah keseluruhannya bermula tarikh
ini.Johor moden adalah warisan dari Empayar Johor-Riau,yang sebelum itu
mewarisi saki-baki wilayah Empayar Kesultanan Melaka.Ketika kapal-kapal
China kalah perang dengan Inggeris semasa siri Perang Candu dan
kapal-kapal raja-raja Tamil dan Moghul musnah oleh privateer Inggeris
yang menggunakan kapal jenis frigate yang pantas dan berkuasa tinggi
(The Black Pearl dalam filem Pirates of Caribbean adalah contoh kapal
jenis frigate),geliung-geliung Johor mundar-mandir di Selat Melaka tanpa
diganggu oleh Belanda dan Inggeris.
Kepantasan geliung Johor bergerak
dengan sokongan meriam-meriam jarak dekat dan meriam mortar agak
menggerunkan Inggeris untuk mendesak Sultan Abu Bakar menerima residen
Inggeris.Sesetengah geliung juga mampu menempatkan meriam-meriam di
hadapan kapal (seperti kapal The Flying Dutchman dengan triple
cannonnya).Kecerdikan para tukang timbal kapal Melayu ketika itu
membantu merevolusikan kapal Melayu dari jong hinggalah ke geliung
menunjukkan mereka sekali lagi adalah ‘The Lord of Sea’ walaupun
dihimpit penjajahan kuasa Eropah.
Mereka mewarisi kemahiran para pembikin
kapal Melayu yang membawa pelaut Melayu hingga ke Afrika dan
Mediteranean,berdagang dengan kerajaan Israel Kuno serta bangsa purba
Phoenicia dan Sumeria yang sudah pupus pada hari ini.Yang tinggal cuma
bangsa Yahudi sahaja pada hari ini yang telah menubuhkan ‘Israel
Baru’.Menariknya,keturunan ‘pelaut Melayu’ yang gigih ini memutuskan
hubungan diplomatik dengan Yahudi Moden pada hari ini,tidak seperti di
zaman Israel Raya (Daud dan Sulaiman),Samaria dan Israel Utara.
Kerajaan
Aceh juga pernah menggunakan kapal jenis geliung ini,terutama ketika
menghadapi serangan Portugis.Catatan dari conquistador Portugis:
“Dalam
pertempuran 1583 kapal laksamana Coutinho telah dimusnahkan oleh
geliung-geliung Aceh .Beberapa geliung Aceh juga turut musnah”
Kejayaan
Aceh memusnahkan angkataan laut Portugis berhampiran Pulau Bintan pada
tahun 1614 menjadikan mereka satu-satunya kerajaan di rantau ini yang
pernah menewaskan sebuah kuasa Eropah dalam pertempuran laut .
Dalam
perjalanan pulang mereka telah “singgah” di Melaka untuk membedil dan
menenggelamkan kapal-kapal musuh yang sedang berlabuh.
*Perbandingan
antara kapal Laksamana Cheng Ho (besar) dengan kapal Columbus.Mungkin
beginilah kapal Lancang Kuning kenaikan Emperor Srivijaya dan Mendam
Berahi.
Pertembungan antara armada Portugis yang sedang dalam
perjalanan menyerang Melaka dengan sebuah kapal dari Aceh telah
dicatatkan oleh Gaspar Correia:
“Her sides were so high that no one
dared board her from any of the Portuguese ships;naos,caravellas and
gales and she remained unscathed by the Portuguese fire because she had
four layers of sheathing and the largest Portuguese artillery could only
penetrate two. At length the governor sent out his own nao the Flor de
la Mar. Inspite of this the jong managed to fend of the Portuguese
attacks for two days and two nights and only succumbed when the
Portuguese succeeded in removing her rudders which she carried outside
as on the barges of Ribatejo”
Perhatikan kata-kata ini:
“”Her sides were so high….”
Menunjukkan
geladak kapal yang lebih tinggi dari kapal-kapal Portugis ketika
itu.Ini terbukti dengan kegagalan Portugis mahu menawan Aceh.Hanya
Belanda yang mampu menekan Aceh kemudiannya setelah muncul sebagai kuasa
laut Eropah yang baru ketika Sepanyol dan Portugis meniti zaman
kemerosotan penjajahan maritim.
Begitulah kisah silam orang
Melayu Nusantara yang gemilang.Bagaimana Tamadun Mesir dan Sumeria
mengenal Dunia Melayu dengan rempah,kapur barus dan wangi-wangian
kemenyan,dunia juga mengenal bangsa ini sebagai pelaut,pelayar dan
pengembara maritim yang gagah.Tidak mengapa jika anak-anak Melayu pada
hari ini memperlekehkan sejarah bangsanya,namun dunia tidak pernah lupa
kepada kegigihan para pelayar Melayu ini meredah ombak,merenung
bintang-bintang di langit dan merasa pergerakan angin,berlayar
beribu-ribu batu,sehingga sampai ke pantai-pantai Afrika,Teluk Parsi dan
Mediteranean.
Tidak mengapa jika anak-anak Melayu pada hari ini
memperlekehkan kemampuan nenek moyang mereka,namun dunia masih menyimpan
kenangan bagaimana pelaut-pelaut Melayu tekun bertukang membina
kapal-kapal,memasang layar dan menyorong kapal ke laut.Ombak dan pantai
masih mengingati para pelaut ini menyeka peluh dan membanting tulang
melaraskan layar-layar dan kemudi kapal.Angin laut masih rindukan
wajah-wajah pengembara Melayu menyongsong ganas ombak dan azab di
lautan,kerana angin dan bayu laut inilah teman mereka gembira dan
menangis ketika kesepian di tengah-tengah lautan luas.Tidak mengapa
anak-anak Melayu mengetawakan para pelaut ini,namun dakwat para pengkaji
Barat dan Timur masih hitam lagi membela para pelaut Melayu ini dari
kejahilan dan kedunguan anak-anak Melayu yang terjajah mindanya oleh
penjajah.
Anda boleh menghayati kenangan kehidupan dari sisi
kapal-kapal Melayu dan kehidupan pelaut dengan membaca dua karya tentang
perkara ini,iaitu Novel Sukma Angin hasil karya Sasterawan Negara Arena
Wati.Novel ini mengisahkan kehebatan kapal layar dagang Melayu
terakhir.Satu lagi adalah karya penulis tersohor tanahair,Faisal Tehrani
dengan karyanya,Bedar Sukma Bisu.
Jika sekiranya orang Melayu
duduk di hutan dan gua-gua sambil bermain dengan monyet dan
tupai,sekurang-kurangnya fikirkanlah,bagaimana keturunan Merina di
Madagaskar mengaku berasal dari Kepulauan Melayu dan bahasa Malagasy
adalah sekelompok dengan bahasa Melayu bukan bahasa Afrika.Para pelaut
Melayu telah berlayar sehingga ke Madagaskar dan Afrika menghasilkan
raja-raja Dinasti Merina yang telah memerintah Madagaskar sekian lama
sehinggalah penjajah Perancis tiba.Kehebatan ilmu pelayaran Melayu yang
sanggup belayar hingga ke Afrika ini diabadikan oleh seorang pengkaji
sejarah orang Melayu dari Eropah,John Tiffany sebagai “The Viking of the
Orient”
Sepatutnya kerajaan Melaka membina kembali kapal Mendam
Berahi,bukannya kapal Flor de La Mar malahan kapal Mendam Berahi lebih
besar dan hebat dari Flor de La Mar.Flor de La Mar hanya sebagai bukti
jiwa Melayu yang terjajah,namun jika anak Melayu hari ini dapat melihat
replika Mendam Berahi,betapa mereka nanti akan menyelami kehebatan nenek
moyang mereka membina kapal yang sehebat itu.Menyelami sehingga ke
sejarah pelayaran Melayu ke Madagaskar,menjadi raja-raja
Merina,memerintah suku-suku kaum Afrika di pulau itu.
Satu
perkara yang menyentuh jiwa berkenaan raja-raja Merina ini,apabila
mereka meninggal dunia,mereka mewasiatkan mayat mereka ditanam di dalam
makam berbentuk rumah tradisional Melayu,walaupun kehidupan harian
mereka tidak berbeza dengan suku-suku kaum Afrika yang lain.
Artikel
ini diakhiri dengan gambar makam diraja Merina di Madagaskar,Afrika..dan
hayatilah misteri makam sepi ini,sesepi hati perantau Melayu di bumi
asing.
Caption:
The tombs of 19th-century Merina dynasty rulers
Queen Rasoherina and King Radama I stand side by side on burial grounds
in central Madagascar. The Merina culture descended from that of the
original Malay settlers of Madagascar and rose to prominence during the
early 19th century. Many Merina rulers, including King Radama I,
resisted the initial European presence on Madagascar. Merina rulers
fought against colonial expansion until the French takeover of
Madagascar in 1896.(Microsoft Encarta 2009)
Alter Terahsia Bangsa Melayu ‘X’ Edition
The Land of The Gods II
-Siapa penduduk asli Indochina?
-Mon-Khmer dan Malayo-Polynesian
-Perak Man dan Jawa Man
-Apa yang terjadi di Promised Land beribu tahun dahulu?
-Siapakah Funan?Orang Mon,Khmer atau Melayu?
-Rahsia Borobudur dan Angkor Wat
-Kota Khmer di dasar Tasik Chini
-Sumeria dan Ibrani serta hubungan dengan Melayu Kuno
-Tulisan Purba orang Melayu
-Mengapa Tamadun Purba Melayu jatuh?
-Teori Peradaban
-Teori Kemerosotan
-Rahsia tersembunyi di The Land of The East
-Dewa-dewi di Golden Chersonese
-Nenek Moyang Para Firaun
Semakin dikuak rahsia,semakin tercerna pelbagai misteri!SEmakin diteguk segala ilmu,semakin haus dengan kebenaran!
Bersama MistisFiles,melayari segala kejaiban dan misteri….
Akan datang di MistisFiles…
Alter Terahsia Bangsa Melayu X
Lebih
kurang 300 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w,di dunia sebelah
sini…..terdapat sebuah kota yang amat makmur dengan hasil
perdagangan.Kapal-kapal bersimpang-siur di satu selat yang paling sibuk
di dunia,menghubungkan dinasti-dinasti China dengan Kaisar dan
Kisra.Kehidupan di sini amat mewah,telah ada universiti-universiti
pengajian bahasa dan kebudayaan.Telah ada sarjana dan rahib-rahib yang
belajar dan mengajar,dengan beribu-ribu orang murid tekun menekur di
hadapan para pendeta.Ketika di Tanah Arab,wanita dijadikan pemuas nafsu
dan dianggap sial,di sini…wanita dilayan dengan penghormatan tinggi dan
ada yang menjadi raja!
Dan lebih kurang 1000 tahun sebelum kelahiran
Rasul terakhir itu juga,nama ‘Melayu’ telah tercatat di dalam Ramayana
dan Purana,menjadi sebutan para rishi dan orang suci,merujuk kepada
Sumatera dan Kepulauan Melayu…cerita tentang percintaan
dewa-dewi,konflik dan dendam,semuanya berlaku di sini.
Para
Firaun memanggil tempat ini,The Land of Gods…dunia yang penuh dengan
misteri dan rahsia terpendam.Di dalam suhuf-suhuf dan prasasti-prasasti
Ibrani Tua,mereka menggelarnya sebagai,The Land of The East.Sebuah tanah
yang dianggap bertuah dan penuh dengan kekayaan,raja-raja Sumeria dan
Akkadia menganggap tanah ini adalah ‘kayangan’ yang melimpah ruah dengan
emas dan perak,menjanjikan kekayaan dan kuasa kepada siapa yang
memilikinya.
Dalam artikel ini,kita akan belajar ciri-ciri The Land
of Gods ini.Kita akan mengenali lebih dekat apa yang sebenarnya terdapat
di sini,sehingga ia dipandang tinggi sedemikian rupa.Kita akan belajar
memahami,tentang cinta tiga segi antara Ravana,Rama dan Sita dan
kemunculan Hanuman yang dipuja oleh penganut Hindu,yang membantu Rama,di
sini…mengapa Kerajaan Israel Raya menghantar kapal-kapal ke sini 10
abad Sebelum Masehi,dan para Firaun mengunjungi tanah ini 3500 tahun
yang silam,dan mendakwa ia adalah tanah nenek moyang mereka,di dalam The
Egyptian Book of The Dead.
Kita juga akan mengetahui satu rahsia
besar;tulisan purba orang Melayu yang menyimpan rahsia yang tersembunyi
beribu-ribu tahun…tanda keturunan mereka yang bersambung dengan Nabi
Ibrahim di Tanah Kanaan (Canaan/Phoenicia).Dan pembukaan rahsia yang
lebih besar…tamadun kuno yang tenggelam beribu-ribu tahun yang
silam,terselamat…kemudian bermula di sini!
The Land of Gods II
“…tiba
dan menginap selama 6 bulan.Mempelajari tatabahasa Sanskrit di
sini.Sang raja memberikan daku bantuan dan menghantar daku ke negeri
yang bernama Moloyu….”
(catatan I-Tsing,sami dan pengembara China yang mengunjungi Sivijaya pada abad ke-5 Masehi)
Nasib
manusia sama sahaja walau di mana sahaja.Kehidupan ini ibarat
roda,sekejap di atas,sekejap di bawah.Ada masa-masa susah ada masa-masa
senang.JIka dahulu sesuatu bangsa itu pernah membina peradaban
tinggi,tidak mustahil suatu hari nanti,peradaban itu akan lenyap,dan
bangsa itu akan terkial-kial untuk mempertahankan kewujudannya.Inilah
yang terjadi kepada kaum-kaum di Amerika Tengah.Dahulu orang
Aztek,Inca,Toltek dan Maya adalah kaum-kaum yang tinggi
peradabannya.
Mereka mampu membina piramid-piramid besar dan lanskap
bandar yang sistematik.Ilmu astronomi dan matematik mereka amat
menakjubkan.Orang Aztek dan Maya contohnya,adalah kaum-kaum yang tinggal
di kawasan kota.Mereka adalah ‘urban people’ yang moden dan maju
berbeza dengan kaum-kaum Red Indian seperti Comanche,Apache dan
Cherokee,sekadar menyebut beberapa nama.Selalunya mereka akan menyerang
penduduk-penduduk ‘kampung’ di sekitar jajahan mereka,dan menjadikan
tawanan perang mereka sebagai hamba atau korban dewa-dewa.Anda boleh
membayangkan suasana orang Maya atau Aztek ini berbanding kaum-kaum lain
di benua Amerika dengan menonton filem Apocalypse arahan Mel
Gibson.
Lihat perbezaan antara mereka dengan kaum-kaum lain yang masih
tinggal di hutan dan berburu binatang.Perhatikan betapa terkejutnya
kaum-kaum yang ditawan itu apabila melihat kota orang Maya yang amat
besar dengan bangunan-bangunan piramid yang tinggi-tinggi dan
rumah-rumah batu yang moden berbanding kediaman mereka di hutan
rimba.Dari mana orang Maya belajar semua ini?
Hari ini semua
kaum-kaum ‘urban people’ tadi sedang menghadapi kepupusan,malah ada yang
pupus terus seperti orang Toltek dan Inca.Nasib mereka sama seperti
nasib penduduk ‘kampung’ yang dijarah mereka dahulu.Inilah bayangan
‘apocalypse’ seperti yang dimimpikan oleh ‘Jaguar Paw’ dan ramalan budak
perempuan kecil yang aneh di dalam satu adegan Apocalypse.Di akhir
filem ini barulah kita tahu apakah sebenarnya dimaksudkan dengan
‘apocalypse’ itu,seperti ramalan budak perempuan aneh tersebut.Bacalah
sejarah conquistador Sepanyol yang menipu dan menjarah kekayaan orang
Aztek.Teliti bagaimana kelicikan Francisco Pizarro memperdayakan
Atahualpa,pemerintah Inca ketika itu menyebabkan Pizarro berhasil
menjarah kekayaan Inca bernilai 100 juta US nilainya pada hari ini!
Belajar
bagaimana Hernan Cortes,seorang lagi conquistador tamak yang
memperdayakan Montezuma II,Emperor Aztek dan Cuauhtémoc,anak
saudaranya.Jika orang Inca berjaya diperdayakan sehingga menunjukkan
bilik rahsia harta karun mereka itu kepada penjajah Sepanyol ini,tetapi
Cuauhtémoc,raja terakhir orang Aztek itu enggan mendedahkan lokasi harta
karun Aztek disimpan kepada Cortes.Inilah asas kepada cerita National
Treasure,Book of Secret,berkenaan legenda Cibola,satu kota yang penuh
kekayaan.
Kesilapan yang ketara kepada kedua-dua pemerintah Inca dan
Aztek ini ialah menganggap pendatang Sepanyol ini adalah jelmaan
dewa-dewa mereka,padahal orang-orang Sepanyol yang tiba di ibukota Inca
dan Aztek ini teramatlah terkejut dengan piramid-piramid dan bandar
orang-orang yang dianggap mereka sebagai aborigine dan kurang
bertamadun.Mereka amat hairan dengan perhiasan emas yang boleh dijumpai
merata-rata dipakai oleh orang Aztek dan Inca itu.Dan satu fakta sejarah
yang perlu kita tahu,minuman coklat yang kita minum hari ini adalah
berasal dari minuman raja-raja Aztek!
Minuman coklat adalah
minuman kesukaan Montezuma,dan merupakan minuman diraja.Montezuma
apabila mahu dihidangkan air coklat,beliau akan memasukkan campuran
rempah-rempah khas ke dalamnya.Apabila orang Sepanyol tiba,betapa
hairannya mereka dengan minuman yang amat lazat ini dan membawa
resepinya ke Eropah.Inilah permulaan kepada Milo,Ovaltine dan
Vico.Montezuma juga mempunyai perpustakaan yang menyimpan tablet-tablet
berisikan khazanah ilmu matematik dan astronomi purba,malangnya,para
conquistador yang dungu dan tamak ini bertindak seperti kaum gasar
(barbarian) atau monggol,membakar dan memusnahkan apa saja.
Ini juga
telah berlaku kepada kaum Maya,di mana penjajah Sepanyol ini membedil
khazanah ilmu pengetahuan kaum Maya yang tidak ternilai
harganya.Sehingga ke era moden,pengetahuan sains yang tinggi,yang
dimiliki oleh kaum Maya tidak diketahui oleh dunia,sehinggalah ditemui
pecahan-pecahan tablet berisikan kiraan matematik dan rekod-rekod
astronomi dari penggalian arkeologi,berasal dari balai cerap kaum
Maya.Salah satunya ialah Kalendar Maya atau Kalendar 2012 yang popular
itu.Dari sini,barulah dunia tahu betapa bernilainya khazanah ilmu
pengetahuan Tamadun Maya.Itu baru kalendar,bagaimana dengan beribu-ribu
ton tablet berisikan karya-karya agung dalam bidang sastera,sains dan
teknologi…yang dipecahkan dan dilumatkan oleh penjajah Sepanyol yang
tolol itu?Kalendar Maya terselamat kerana ia diukir pada meja batu yang
teguh.
Kisah sedih tamadun-tamadun di Amerika Tengah itu
mempunyai persamaan dengan tragedi yang melanda orang Melayu,khasnya
orang-orang Champa.Orang Champa (Cham) adalah dari keturunan Melayu
berdasarkan bahasa dan budaya mereka.Lama sebelum Angkor Wat dikatakan
‘dibina’ oleh Suryawarman II,orang Cham telah memiliki tamadun yang amat
hebat dan setanding dengan satu lagi kerajaan orang Melayu yang
hilang,Funan.
Tamadun Champa adalah kuasa laut ketika itu,dengan kapasiti
perdagangan yang luas dan koridor ekonomi yang mantap,dibantu dengan
lokasi strategik ‘Laluan Sutera Laut’ antara China dan India.Tamadun
Champa juga memiliki rahsia yang jarang diketahui oleh masyarakat
dunia,apatah lagi orang-orang Melayu di Malaysia yang sibuk bercakaran
sesama sendiri,
Menghina raja-raja (sedihnya,yang sudah dijemput Allah
s.w.t pun masih menjadi mangsa hinaan),membuang anak,merempit,menjadi
pelacur dan bapuk,berpolitik secara
dungu,berpecah-belah,kafir-mengkafir,wahabi-mengwahabi,mempersendakan
nama ‘Allah’ sehingga setaraf dengan Tuhan Anak,wang rakyat didahulukan
perut sendiri diutamakan,mengabaikan pelajaran,mengabaikan agama
sendiri,mementingkan diri,hasad dengki sesama sendiri,murtad,menjadi
Islam Liberal,gelojoh menjual tanah rizab kepada bangsa asing yang tamak
dan ada agenda sendiri,menjadi Sekular,berpecah-belah,membiarkan warga
asing membanjiri mengaut kekayaan tanah tumpah darah,menjadi talibarut
CIA,Mason,Zionis-Komunis dan pencacai Dajal,menjadi
bodoh,buta,bengap,lembab,pekak,tuli dan bisu.
Belajar dari
sejarah itu penting,sebelum kita pupus dan hanya tinggal nama di dalam
buku sejarah dan muzium.Ambillah pengajaran dari sejarah,sebelum kita
‘disejarahkan’.Seperti orang Melayu yang dimuziumkan di Kota Singa.
*Prasasti Cham banyak menyimpan rahsia rumpun Melayu pada masa silam
Orang
Champa sebenarnya memiliki ilmu sains dan matematik yang tinggi.Mereka
sudah pun memakai sistem ukuran metrik yang maju dan sistem perpuluhan
dalam pernomboran.Mahu lagi?SATU RAHSIA YANG MASIH TIDAK DIKETAHUI
SECARA MELUAS OLEH DUNIA,SEBENARNYA ORANG CHAM LEBIH AWAL MEMAKAI ANGKA
SIFAR (ZERO) DALAM SISTEM ANGKA jauh lebih awal dari orang-orang Arab
yang kemudiannya memperkenalkannya kepada orang Eropah.
Mungkin ramai
anak Melayu yang dungu dan mengabaikan pelajaran akan memperlekehkan
pencapaian orang Melayu Cham yang hanya merintis penggunaan angka
’0′,namun perlulah diberitahu kepada mereka yang ‘inferior’ ini,para
pembina piramid,Taman Tergantung Babilon,Rumah Api Alexandria hatta
KLCC,Taipei 101,WTC yang runtuh serta bangunan tertinggi di dunia
setakat ini yang berada di Dubai itu,tidak mungkin dapat dibina tanpa
kewujudan angka ’0′ ini.
Penemuan dan pemakaian angka ’0′ ini amat besar
ertinya dalam sejarah dunia metematik dan tamadun yang merintis
penggunaannya adalah tanda bahawa tamadun itu amat hebat dan
berperadaban tinggi.Ini masih tersimpan rapi di dalam berpuluh-puluh
atau mungkin mencapai ratusan manuskrip,prasasti dan ukiran Cham yang
bertaburan di seluruh dunia,sebahagian besarnya disimpan oleh orang
Vietnam yang akhirnya mula sedar betapa orang Champa amat
maju,berbanding ekonomi Vietnam sekarang ini yang mundur sehingga ramai
orang Vietnam ‘hanyut’ ke Malaysia meminta simpati pekerjaan demi sesuap
nasi.
Hanya anak-anak Melayu yang malas belajar dan bekerja tidak tahu
diuntung,dapat duduk di atas Suvarnabhumi (Bumi Emas) ini,padahal
bangsa-bangsa asing berebut-rebut mahu tinggal di sini,kalau boleh biar
orang-orang Melayu ini dicampak ke Selat Melaka semuanya,dan semua
bangsa di dunia ini dapat tinggal aman damai di tanahair orang Melayu
ini sambil mengaut dan memakan hasil bumi yang berlimpah ruah,termasuk
hasil minyak dan emas perak.
Hari ini telah menjadi trend pihak-pihak
yang bodoh sombong yang semata-mata mahu mengambil tanahair orang Melayu
ini,sanggup mengatakan yang bukan-bukan kepada orang Melayu.Ultrakiasu
menuduh orang Melayu pendatang juga,dan membela Orang Asli sebagai
Bumiputra sebenar.Padahal jika Orang Asli pula yang memegang
Malaysia,mungkin Ultrakiasu ini pula menuduh Orang Asli ini pendatang
dari Afrika atau Pasifik,dan membela orang Melayu sebagai Bumiputra
pula.
Pengganas LTTE mendakwa tanahair orang Melayu ini sebahagian dari
Great India,padahal orang India (Tamil terutamanya) tidak pernah menawan
pun mana-mana wilayah Melayu pada zaman dahulu,kecuali serangan Raja
Chola yang hanya berani menyerang pelabuhan-pelabuhan dan wilayah
jajahan Srivijaya.SEbelum sempat Emperor Srivijaya mahu mengumpulkan
balatentera seluruh Nusantara, terkocoh-kocoh raja Chola balik ke India
tanpa berani memegang sesaat pun wilayah Nusantara yang diserangnya
untuk ‘mengacah-ngacah’ Emperor Srivijaya itu.Mungkin raja Chola berbuat
demikian mengenangkan kisah kepala raja Khmer yang dipancung Emperor
Srivijaya akibat mempersendakannya.
Tidak pernah pula dalam sejarah,Raja
Chola menjadi raja di Perak dan Johor pada zaman dahulu.Yang ada
tercatat dalam sejarah,ketika kemuncak kekuasaan Empayar Melayu
Srivijaya,ialah pengaruhnya sehingga sampai ke Sri Lanka,timur laut dan
selatan India.
*Puing-puing Universiti Nalanda di Bihar,India.
Di
India sendiri,kerajaan Srivijaya membina penempatan bagi para pedagang
Melayu dan sarjana-sarjana mereka,membina biara dan institusi
pengajian,kerana ketika itu,orang Melayu Srivijayalah pakar dalam bahasa
Sanskrit…dikala bahasa suci itu dihadkan kepada kasta-kasta kepada
sukukaum di India.Raja Chola tidak pernah membina penempatan di
Nusantara.Tetapi pedagang-pedagang Melayu telah pun menetap dan memiliki
tanah di India ketika itu.
Malah para sarjana Melayu adalah antara
pensyarah di Universiti Nalanda yang terkenal pada abad ke 7 Masehi yang
menempatkan 2,000 pensyarah dan lebih 10,000 pelajar.Malah kerajaan
Srivijaya juga membantu membina kampus-kampus di universiti itu malah
kolej kediaman juga bagi para pelajar Nusantara dan pensyarah Melayu.Ini
samalah seperti fungsi Malaysian Hall di United Kingdom.Kerajaan Melayu
Srivijaya membantu membina universiti di India kerana
universiti-universitinya sendiri di Sumatera termasuk ‘kolej-kolej
swasta’ mereka tidak mampu menampung kebanjiran pelajar dari seluruh
dunia terutamanya dari China dan Tibet.Ini dirakamkan dan disahkan oleh
I-Ching,seorang sami,sarjana dan pengembara China dan juga Atisa,seorang
sami dari Tibet.
Tidak mustahil ketika itu ada para pensyarah
Melayu atau pelajar mereka yang berkahwin dengan orang-orang Hindi di
Bihar,berwajah seperti Preity Zinta dan Madhuri Dixit misalnya dan
menghasilkan keturunan Melayu yang segak-segak di Nusantara.
Ada juga
orang-orang tertentu yang tiba-tiba mengaku sultan dan meminta rakyat
menganggapnya sebagai sultan.Ada juga yang mendakwa waris maharaja
tertentu dan mendakwa orang Melayu merampas takhta maharaja ini malah
menuduh orang Inggerislah yang memberi nama ‘Melayu’ kepada orang Melayu
seolah-olah orang-orang Melayu terlupakan nama bangsanya
sendiri.Semuanya salah orang Melayu malah jerih perih orang Melayu
mempertahankan negeri Kedah dari ancaman Thai seakan-akan
dilupakan.
Orang lain yang bergaduh,tidak semena-mena orang Melayu
terkena tempiasnya.Bayangkan orang-orang Melayu lembik dan mengalah
kepada Thai,sudah tentu negeri Kedah sekarang menjadi wilayah Saiburi
bersama-sama wilayah Patani,Narathiwat,Yala dan lain-lain.Keturunan
waris maharaja juga pasti tidak bersisa dikerjakan raja Thai,malah raja
Thai akan berparti sakan memburu dan membunuh keturunan maharaja sebab
dapat berlaku bebas kerana Kedah menjadi Saiburi dan dibawah kawalan
Thai.
Bukan sahaja tiada universiti seperti UiTM yang memberi kelonggaran
kepada bumiputra,malah keturunan maharaja mungkin akan dibiarkan buta
huruf dan tiada berpelajaran apatah lagi dibiarkan menjadi pensyarah
atau penulis blog.Mungkin ada yang dibiarkan hidup setelah terpaksa
mengaku bertaatsetia dengan raja Thai,menjadi orang Thai,bernamakan Thai
tinggal lagi tidak beragama Buddha.
Daripada bertaatsetia dengan
raja Thai,lebih baik berpayung dibawah raja-raja Melayu,yang bersaudara
dengan maharaja.Jadi daripada mengejar pangkat dan darjat,bersyukurlah
dapat hidup di bumi Allah ini bersama-sama orang-orang Melayu yang
peramah dan baik hati.
Adakah Inggeris mengadakan sayembara
mencipta nama bagi penduduk Tanah Melayu di negara mereka?Orang Melayu
bukanlah seperti penduduk Kepulauan Filipina yang dipaksa menjadi bangsa
Filipino,di mana perkataan ‘Philippines’ berasal dari nama raja
Sepanyol iaitu Philip II.Mengapa Inggeris tidak memberi nama seperti
‘Elizabetania’ kepada orang Melayu ini melambangkan nama Queen Elizabeth
atau ‘Elizinno’ jadi bolehlah penduduk Tanah Melayu berbangga menjadi
bangsa Elizinno ini.
Betapa kurang berpendidikan orang yang dengki kepada
orang Melayu ini padahal nama Melayu itu sudah ada di dalam kitab
Ramayana dan disebut-sebut dalam Purana,beribu tahun sebelum kelahiran
para penjajah Inggeris ini ke dunia yang fana ini,yang diwar-warkan
memberi nama ‘Melayu’ kepada orang Melayu.Pulau-pulau Melayu disebut
‘Malayadvipa’ di dalam hikayat dewa-dewi Hindu.Bagaimana pula nama
‘Melayu’ itu ciptaan Inggeris padahal para rishi dan dewa-dewi Hindu
amat kenal dengan orang-orang Melayu ini lantas menamakan Kepulauan
Melayu sebagai Malayadvipa bersempena penduduk kepulauan ini memanggil
diri mereka Mala,Malayu atau Melayu.Jadi sudah tentu ‘Englishmen’
mengenal penduduk ini sebagai Malay,iaitu diceduk dari Sanskrit dan
bahasa Sanskrit adalah sumber kosakata bagi bahasa Inggeris Kuno.
Perkara
ini terjadi kerana terlalu tergesa-gesa mahukan
pengiktirafan,harta,pangkat dan kuasa tanpa mahu menyelidik dahulu duduk
perkara sebenarnya.Memang tidak dinafikan Stamford Raffles,Winsdtedt
serta anak muridnya Munshi Abdullah ‘ada campur’ tangan dalam sejarah
Alam Melayu khususnya Tanah Melayu namun bukan nama ‘Melayu’ itu.
Jika
orang yang kurang berpendidikan ini masih berdegil mengatakan Inggeris
yang memberi nama ‘Malay’ atau Melayu itu,bagaimana Vyasa,seorang rishi
legenda mencatatkan nama ‘Pulau-pulau Malaya’ (Malaya-dvipa) di dalam
kitab-kitab sasteranya?Mengapa Valmiki,seorang lagi sasterawan Hindu
yang mengarang Ramayana menyebutkan Rama,seorang dewa Hindu yang
dianggap inkarnasi ketujuh kepada Vishnu telah ditolong oleh
Hanuman,seorang lagi dewa,juga di ‘pulau-pulau Melayu’ yang juga
terdapat istana dan kediaman Ravana,seorang lagi dewa berwatak
jahat.
Kitab-kitab seperti Ramayana dianggarkan dikarang kira-kira 400
tahun Sebelum Masehi lagi (400 B.C).Lihat,sebab itu dalam siri Alter
Terahsia Bangsa Melayu yang lepas,ditegaskan bahawa jika semua rekod
tentang bangsa Melayu telah hilang,musnah atau dicuri di Kepulauan
Melayu,rekod-rekodnya pasti ada di seluruh dunia.Pada ukiran-ukiran kuil
zaman Firaun di Mesir,relief-relief di Angkor Wat dan
Borobudur,rekod-rekod Maharaja China,cerita para pedagang Arab dan
India,codex Emperium Rom dan conquistador dan pelbagai lagi.
Sebab
apa?SEBAB BANGSA MELAYU BUKANLAH BANGSA YANG DUDUK DI DALAM GUA SAMBIL
BERMAIN DENGAN TUPAI DAN MONYET.Bangsa Melayu pada masa silam adalah
pedagang dan pembina peradaban.Namun ‘rahsia’ ini tersimpan kemas dalam
lipatan sejarah kemanusiaan.Hilang ketika era penjajahan.The Lost
History of Malay Civilization.
Kita boleh lihat corak propaganda
Barat ini memecahbelahkan umat Melayu di Nusantara.Di Tanah Melayu yang
akhirnya membentuk Malaysia,Inggeris yang memegangnya memanggil penduduk
di sini dengan panggilan ‘Malay’.Di pulau-pulau Nusantara yang dipegang
oleh Belanda,diberi nama ‘Indonesian’.Di kepulauan utara Borneo
termasuk Sulu,Sepanyol ‘bermurah hati’ memberi nama kepada penduduk di
situ dengan nama ‘Filipino’.Bagaimana tiga kawasan yang memiliki
budaya,bahasa dan paras rupa yang berkait rapat antara satu sama lain
mempunyai nama bangsa yang berlainan sama sekali?Soalan cepu emas
peringkat akhir Who Wants to Be a Millionnaire:
YANG MANAKAH DI ANTARA KETIGA-TIGA NAMA INI ADALAH BERASAL DARI NAMANYA YANG ASLI DAN BUKAN REKAAN ORANG BARAT SEMATA-MATA?
A. INDONESIAN
B. FILIPINO
C. MALAY
Tiada
talian hayat.Hidup ini memang keras.Yang kalah akan ditulis sejarahnya
oleh yang menang.Sang Kura-kura boleh menulis bahawa dialah pelari
terpantas dan mengatakan Sang Arnab berlari seperti siput babi.Padahal
kita tahu cerita sebenarnya.
‘Filipino’ dan ‘Indonesian’ sudah tentu
akan terkeluar carta lebih awal,kerana ia adalah jelas nama yang diberi
oleh penjajah dan kosakatanya pun dari bahasa Barat.Lebih-lebih lagi
‘Filipino’,berasal dari nama raja Sepanyol!TETAPI NAMA ‘MALAY’ TERCATAT
DI DALAM KITAB-KITAB SANSKRIT SEHEBAT RAMAYANA,CATATAN-CATATAN PEDAGANG
INDIA DAN REKOD CHINA.Dalam kesusasteraan Sanskrit,ia disebut
‘Malaya’,rekod Dravidian menyebutnya sebagai ‘Malai’ dan rekod China
menyebutnya sebagai ‘Mali-yuer’,'Mok-la-yu’ atau ‘Wu-lai-yu’.Terima
kasih kepada sarjana bangsa-bangsa lain yang masih setia menyimpan rekod
tentang asal-usul kita.
Ini bukan soal mahu memenangkan Inggeris
dari Sepanyol dan Belanda.Ini soal fakta sejarah dan kebenaran yang
tidak boleh disangkal.Ini bukan hikayat Pak Kaduk dan Lebai Malang.INI
FAKTA SEJARAH YANG TERCATAT DALAM MANUSKRIP BERTULIS OLEH PARA SARJANA
DAN CENDEKIAWAN.Bukan ‘selekeh’ perdebatan di forum-forum internet yang
kebanyakannya buta sejarah.Si buta sejarah berdebat dengan orang yang
bencikan sejarah.Hasilnya,sama-sama telah berjaya ‘disejarahkan’ oleh
penjajah yang pandai memanipulasi sejarah.
Fikirkan,jika Inggeris
ditakdirkan menjajah seluruh Kepulauan Melayu (Malaysia &
Indonesia),sudah tentu mereka akan menamakan penduduk di Nusantara
sebagai ‘Malay’.Dan sudah tentu orang-orang dungu yang mengacu-ngacukan
buluh runcing seperti kaum hutan rimba itu melompat-lompat dengan
kebanggaan mereka berbangsa ‘Malay’ bukannya ‘Indonesian’.Begitu juga
jika Belanda menjajah seluruh Nusantara,kemungkinan besar dengan
kita-kita sekali akan menjadi ‘Indonesian’.Yang mana antara dua nama ini
begitu dekat dengan orang Nusantara,dan dibuktikan dalam sejarah
Nusantara sebelum kedatangan imperialis Eropah?Tepuk dada tanya akal
sendiri.
Lihat,para penjajah tidak membunuh orang-orang Melayu
dengan pembunuhan beramai-ramai (khasnya di Tanah Melayu).Tetapi
membunuh orang Melayu perlahan-lahan dengan sejarah manipulasi
mereka.Ini adalah racun yang mematikan jatidiri dan semangat Melayu
perlahan-lahan.Ia seperti kanser yang kronik.Atau santau yang
menyakitkan.Atau kita boleh katakan,orang Melayu telah disantau
sejarahnya perlahan-lahan.
Untuk menjejak dan menyelesaikan
misteri mengapa para rishi menyebut-nyebut nama ‘Malaya-dvipa’ merujuk
kepada pulau-pulau Melayu,kita mesti menjejak kembali asal-usul bangsa
yang berbahasa Malayo-Polinesian atau kini dikelaskan sebagai
Austronesian.Dan ingat,ini bukan bermakna para rishi pula dikatakan
memberi nama ‘Melayu’ kepada orang Melayu,tetapi para rishi itu
mengambil nama terahsia ini dari orang-orang ‘Malaya-dvipa’ sendiri.Ini
kerana di akhir cerita nanti,kita akan tahu bahawa rahsia ‘Malaya-dvipa’
ini rupa-rupanya boleh dijejak 3500 tahun yang lalu,ketika para
tukang-tukang batu di Mesir Purba sedang membina piramid,ketika
rahib-rahib Mesir mengarang koleksi The Egyptian Book of The Dead.
Petunjuk di Angkor Wat
Untuk
menyiasat misteri ini,mula-mula kita terbang ke sebuah negara di
Indochina,Kemboja (Cambodia).Negara yang mempunyai penduduk seramai
lebih 14 juta orang ini memiliki tinggalan sejarah yang begitu
berharga,Angkor Wat.Angkor dikatakan dibina untuk Suryavarman II pada
abad ke 12,memiliki binaan dan kesenian yang tinggi dan UNESCO telah
mengiktirafnya sebagai Tapak Warisan Dunia.Ia berukuran kira-kira 850 m
kali 1000 m (2800 kali 3800 kaki).
Puncak-puncak menara kuil ini
melambangkan Mahameru,sebuah gunung dalam kosmologi Hindu yang dikatakan
‘rumah kediaman’ bagi dewa-dewa Hindu.Angkor Wat asalnya adalah sebuah
kuil Hindu yang didedikasikan kepada Vishnu (Ingat,Rama adalah jelmaan
ke 7 Vishnu).Ia adalah kuil diraja dan negarakota bagi kerajaan Angkor.
Tidak
dapat dinafikan,Angkor Wat adalah hasil kesenian yang amat tinggi dan
setanding dengan kaderal-kaderal Eropah,kuil-kuil purba di India dan
candi-candi yang menakjubkan di Indonesia.Henry Mouhot,seorang
pengembara Perancis membayangkan kuil ini sebagai,’pesaing kepada Kuil
Solomon’ (Temple of Solomon di Palestin) dan setanding dengan hasilkarya
Michelangelo (seorang karyawan terkenal,mahakaryanya dapat dilihat di
Sistine Chapel,Vatican,terutamanya lukisan Creation of Adam, Creation of
Eve).
Pada dinding-dindingnya terukir ukiran-ukiran yang
menakjubkan,kebanyakannya diambil dari Ramayana dan Mahabharata
(Ingat,dua rishi Vyasa dan Valmiki dan Malayadvipa).Relief-relief yang
juga menceritakan kebudayaan Khmer adalah setanding dengan relief yang
terukir di candi Borobudur dan menariknya kedua-dua ukiran ini
menunjukkan persamaan yang ketara.Mengapa?Rujuk kembali pada siri ATBM
“Kunci Rahsia Para Firaun dan Emperor Babilon”.Di sana ada petunjuk yang
boleh kita jadikan panduan penyiasatan.Petunjuk yang mana?Kita kembali
kepada pengasas kerajaan Angkor,Jayavarman II.
Rahsia Jayavarman II,siapakah beliau ini sebenarnya?
Tidak
banyak rekod tentang pengasas empayar Khmer ini,sosoknya di dalam
sejarah adalah terlalu misteri dan menjadi tandatanya.Namun satu-satunya
rekod yang dapat dipercayai dan masih terpelihara yang mana mengandungi
cerita tentang Jayavarman II ini ialah catatan kuno yang dijumpai di
sebuah kuil Khmer Sdok Kak Thom yang terletak di Thailand.Kuil ini
dibina oleh Empayar Khmer pada abad ke 11 Masehi.Melalui catatan pada
inskripsi ini,Jayavarman II pernah ke Tanah Jawa (tidak diketahui apa
tujuannya) dan memerintah Indrapura,satu kota di Kemboja.
Di satu
inkripsi lain pula mencatatkan bahawa Jayavarman II menjemput seorang
Brahmin (pendeta Hindu) supaya mengadakan upacara khas untuk meminta
pertolongan dewa-dewa supaya menghentikan naungan Jawa ke atas
wilayahnya.Ini tercatat sebagai berikut:
“Apabila Tuanku Parameswara
tiba dari Jawa untuk memerintah kota diraja
Indrapura…Sivakaivalya,golongan yang terpelajar,telah berkhidmat sebagai
gurunya dan memegang peranan sebagai pendeta diraja bagi Tuanku”
Pada inskripsi lain,
“Seorang
Brahman yang bernama Hirayadaman,yang terlatih di dalam sains dan
sihir,telah dijemput oleh raja untuk mempersembahkan satu upacara yang
akan membuatkan negeri Kambuja tidak lagi tunduk kepada Jawa dan
mempunyai kedaulatannya sendiri”
Para pengkaji Khmer dan sesetengah
pengkaji barat mengatakan ‘Java’ (terjemahan ke bahasa Inggeris dari
‘Chaeva’) itu mungkin orang Cham atau satu kerajaan lain di
Indochina.Namun pendapat yang popular ialah satu kerajaan yang amat
berkuasa di Tanah Jawa.Beberapa bukti lain juga terutamanya rekod dari
dinasti Sailendra dan Empayar Melayu Srivijaya telah membawa kepada
kesimpulan bahawa Jayavarman II sebenarnya ialah seorang gabenor Jawa di
Kemboja dan memerintah di ibukotanya ketika itu,Indrapura.
Namun tidak
dapat dipastikan keturunan pengasas Empayar Khmer ini,sama ada memang
orang Jawa ataupun orang Khmer yang belajar ilmu pentadbiran di Jawa.Ini
memang jelas di dalam inskripsi itu menyebut tentang ‘Jawa’ bukannya
‘Champa’,'Cham’,'Chenla’ atau sebagainya.
Sejarah juga membuktikan
ketika itu,Empayar Melayu Srivijaya telah mencapai masa-masa
kegemilangannya dan pengaruhnya telah mencakupi seluruh Asia
Tenggara.Ketika itu Samaratungga,seorang raja Jawa dinasti Sailendra
telah mengikat tali perkahwinan dengan Dewi Tara,puteri kepada Emperor
Srivijaya,Dharmasetu dan menjadikan Empayar Srivijaya semakin besar dan
berpengaruh hasil gabungan kepakaran dan kebijaksanaan Melayu-Jawa dan
ini telah membuatkan empayar ini menguasai pelabuhan-pelabuhan penting
di Kepulauan Melayu dan Indochina.
Di Indochina sendiri,kerajaan-kerajaan
purba seperti Langkasuka,Pan-Pan dan Tambralingga (nama lain bagi
Nagara Sri Dharmaraja,dalam sebutan Thai menjadi Nakhon Si Thammarat)
dan pelabuhan Kedah Tua telah dikuasai oleh Empayar Srivijaya ini.Malah
Kemboja juga adalah salah satu wilayah naungannya dan ini membuktikan
bahawa inskripsi di kuil Khmer itu memang benar merujuk kepada Tanah
Jawa,dimana Dinasti Sailendra berkuasa.
Ketika kita sedang
meneliti ukiran di Angkor Wat ini,kita akan perasan bahawa
kostum,headgear dan adat budaya yang ditunjukkan di dalam relief di sini
sama seperti ukiran pada candi Borobudur.Jadi siapa yang tiru
siapa?Berita baik,Borobudur telah dibina jauh lebih awal dari Angkor Wat
iaitu pada abad ke 9,tepatnya pada era pemerintahan Emperor
Samaratungga,seorang Maharaja Srivijaya pada tahun 825 Masehi.Angkor Wat
pula dibina pada awal abad ke 12 ketika pemerintahan Suryavarman
II,raja Empayar Khmer (1113 – 1150 Masehi).Jadi fikirkan,bahawa
kesimpulan pengkaji Eropah seperti Lawrence Palmer Briggs,tentang budaya
dan ilmu yang dibawa oleh Jayavarman II dari Tanah Jawa dan Melayu
Srivijaya ke Kemboja.
Kesimpulannya di sini,budaya kita dicedok oleh
orang Khmer,kemudiannya oleh kaum Tai yang datang kemudiannya.Selepas
itu mereka memelihara segala ilmu kesenian dan senibina Srivijaya ini
termasuk budaya,kostum dan tarian.Kemudian ketika kaum-kaum ini
meningkat naik dan mampu membina kerajaan,mereka pun mengubahsuai
mana-mana yang perlu dan berbangga dengan warisan mereka itu.Ketika era
imperialisme,orang Melayu Nusantara kehilangan empayar mereka dan
beransur-ansur menjalani proses ‘inferiority complex’ oleh orang
Eropah.Segala bukti sejarah dirampas,monumen dibedil dan dimusnahkan (di
Tanah Melayu).Habis era imperialisme,anak-anak Melayu mengalami
perasaan rendah diri yang kronik dan mula memperlekehkan sejarah
bangsanya!!
Sudah faham apa yang berlaku sekarang?Sudah dapat
petunjuk seterusnya?Buntu?Ya,itu perkara biasa sejak sejarah kita telah
digelapkan di sana sini ibarat satu set gambar ‘jigsaw puzzle’ yang
berlubang di sana-sini.Kita tidak perlu pergi ke Gua Rahsia itu dan
mengganggu ‘Tok Aki’ Penjaga Gua Rahsia supaya membukakan peti-peti
seterusnya.Nanti dulu.Sebab di Angkor Wat ini ada banyak rahsia lain.
Tentunya
anda perasan,ada sebuah kerajaan purba yang disebut sebagai
Tambralingga di atas?Ini adalah sebuah kerajaan purba di Semenanjung
Tanah Melayu sehingga mencapai Ligor (Thailand sekarang).Tambralingga
adalah sebuah negarakota Melayu dan menariknya adalah antara
kerajaan-kerajaan awal yang disebut dalam Sejarah
Thailand.Maksudnya,jika ingin menyentuh sejarah Thailand,tidak lengkap
jika tidak menyebut nama kerajaan ini,sebagaimana kerajaan Ayutthaya.
Petunjuk Kedua di Tambralingga
*Gaya
senibina Tambralingga yang kemudiannya terlihat dalam senibina
Ayutthaya Purba.Ini adalah Phrae Boromadhatu tinggalan Chandrabhanu,raja
Melayu Kuno Tambralingga.
Tambralingga adalah kerajaan yang
benar-benar wujud sekurang-kurangnya telah dikesan pada era Dinasti Tang
(618-907).Kerajaan ini juga pernah menduduki Sri Lanka.Sekitar tahun
1255-1262 Masehi,seorang raja Tambralingga,Chandrabhanu Sridhamaraja
telah menduduki sebahagian Sri Lanka dan termasuk dalam senarai
raja-raja Kerajaan Jaffna di Sri Lanka.Satu tinggalan kerajaan ini yang
terkenal ialah Phrae Boromadhatu,satu stupa Buddha untuk menyimpan relik
Gautama Buddha.
Melihatkan bentuk stupa ini,yang kemudiannya menjadi
‘gaya’ popular dan khas dalam senibina Thai,memberikan kita satu
petunjuk…bahawa gaya senibina ini telah dibangunkan oleh negarakota
Melayu terawal ini.Gaya senibina ini telah mempengaruhi senibina
kerajaan Ayutthaya,yang kemudiannya menguasai Tambralingga,seterusnya
menjadi ‘trademark’ kepada senibina Thai pada hari ini.
Kerajaan
Tambralingga adalah negarakota Melayu (Malay city-state) yang menjadi
naungan Empayar Srivijaya terutamanya semasa pemerintahan Emperor dari
dinasti Sailendra,Samaratungga yang berasal dari Tanah Jawa.Kerajaan ini
sesungguhnya bukan kerajaan orang Tai,kerana ketika itu orang Tai masih
belum berkerajaan.Ini dibuktikan dengan rekod dari China,Sri Lanka dan
India (sebab itu walaupun rekod di Nusantara ‘ghaib’ tidak bersisa
sehingga orang Melayu menyangka mereka berasal dari Yunnan atau orang
gua,rekod-rekod dari seluruh dunia masih tersimpan rapi).
Rekod dari
pengembara dan sami China, I-Tsing yang telah berlayar selama 20 hari
dan kemudiannya sampai di Fo-Shih (ibunegeri Empayar Srivijaya).Beliau
mencatatkan:
“…tiba dan menginap selama 6 bulan.Mempelajari
tatabahasa Sanskrit di sini.Sang raja memberikan daku bantuan dan
menghantar daku ke negeri yang bernama Moloyu….”
Daripada rekodnya
yang ditafsirkan oleh para pengkaji,ia menyebutkan tentang Holing
(merujuk kepada Tambralingga) dan Fo-shih yang terletak pada latitud
yang sama namun Holing terletak ke timur Fo-Shih.Moloyu pula terletak di
garisan Khatulistiwa.
SUDAH TERANG LAGI BERSULUH.Bukannya Inggeris
yang memberi nama Tanah Melayu ini sebagai ‘Malay Land’,malah telah
direkodkan oleh pengembara China seawal abad ke-5 lagi.
Ketika itu
juga wilayah-wilayah Srivijaya dikenali pada rekod-rekod Sri Lanka dan
India sebagai Javaka.Rekod dari Sri Lanka menyebutkan raja
Tambralingga,Chandrabhanu adalah seorang ketua Javaka.Bayangkan
rupa-rupanya seorang raja Melayu pernah memerintah utara Sri Lanka pada
masa dahulu.
Pemerintahan raja Melayu Tambralingga itu tidak lama
kerana kemudiannya telah diserang oleh kerajaan Pandyan,satu kerajaan
Tamil Brahmin dari selatan India,yang juga bercita-cita mahu merebut
relik Buddha iaitu gigi pengasas agama Buddha itu yang dikatakan
disimpan di Yapahuwa,ibukota kerajaan orang Sinhala.Sebab itu raja
Melayu Chandrabhanu itu membina stupa di semenanjung (di Nakhon Si
Thammarat sekarang) kerana mahu menempatkan gigi Buddha itu.
Chandrabhanu
sendiri terbunuh dalam serangan itu.Namun akhirnya,orang-orang Tamil
Brahmin itu bersetuju membuat pakatan dengan sisa-sisa tentera
Tambralingga; orang-orang Melayu dan Jawa yang tinggal di Sri Lanka
ketika itu,untuk menewaskan kerajaan kaum Sinhala (sehingga ke hari ini
perseteruan antara dua kaum ini;Tamil dan Sinhala masih berlaku dengan
pengganas LTTE berperang dengan kerajaan Sinhala di Sri
Lanka).Rekod-rekod Sri Lanka pada tahun 1277 dan 1283 Masehi mencatatkan
raja Pandyan melantik salah seorang menteri Tambralingga yang menjajah
Sri Lanka sebelum itu mengetuai serangan ke kota Yapahuwa,kota kaum
Sinhala untuk merampas gigi Buddha dari tangan kerajaan Sinhala.
Sehingga
ke hari ini terdapat tempat-tempat di Sri Lanka seperti Chavakacheri
yang bermaksud ‘penempatan orang Jawa’ dan Chavahakottai iaitu ‘kubu
orang Jawa’.Di dalam bahasa Tamil tempatan ketika itu,semua
negeri-negeri di Nusantara digelar Javar atau Javaka.Inilah cedokan dari
kata ‘Chava’ itu.Dan inskripsi Tamil dan Sinhala ini menyelesaikan
misteri Jayavarman II yang tiba dari Chaeva.Jadi kesimpulannya kata
‘Chaeva atau ‘Chava’ itu bermaksud orang Jawa,melambangkan kemasukan
dinasti Sailendra Jawa yang memasuki pemerintahan Empayar Melayu
Srivijaya.
Perkataan Javaka (ada disebut dalam teks-teks
berbahasa Pali) ini berubah kepada Zabaj dalam sebutan Arab,merujuk
kepada Srivijaya itu.Ahli sejarah Arab,Masoudi dalam kitabnya,”"Muruj
al-Dhahab wa Ma’adin al-Jawhar” (Meadows of Gold and Mines of Gems,karya
beliau keluaran tahun 947 Masehi) telah mencatatkan pengalaman seorang
pedagang Arab yang bernama Sulaiman yang melawat Zabaj pada tahun 851
Masehi menyebutkan ketua Empayar Srivijaya yang digelar ‘Maharaja’
(Emperor) mempunyai beribu kapal perang dan kekuasaan yang
menggerunkan.Armada laut Maharaja pernah mengepung ibukota kerajaan
Khmer dan memancung kepala rajanya kerana bercita-cita mahukan kepala
Maharaja Zabaj diletakkan di atas pinggan.
Semua petunjuk ini
memberitahu kita beberapa perkara.Orang Tai bukan sahaja mencedok budaya
Khmer malah mencedok budaya orang Melayu Kuno.Senibina Thai itu dengan
gaya candi dan bumbung Thai itu rupanya diambil dari gaya Tambralingga
dan mungkin negarakota Melayu yang lain.Budaya Khmer yang dicedok oleh
Tai itu pula berasal dari budaya Srivijaya dan Sailendra.Pi mai pi mai
tang tu.
Tulisan Thai itu juga dicedok dari skrip Khmer.Ini
dijelaskan lagi dalam inskripsi Raja Ram Khamhaeng.
Namun inskripsi yang
dibangga-banggakan oleh orang Thai itu pula telah diketahui secara
meluas merupakan ‘pembohongan’,dan sarjana sejarah mensyaki ia dibuat
pada zaman Raja Mongkut (Rama IV) dan kemungkinan besar Raja Mongkut itu
sendiri mengarahkan ia dibuat.Ini berdasarkan kajian yang mendalam
tentang gaya tulisan di inskripsi itu yang ‘terkantoi’ dibayangi tulisan
Eropah dan meniru sistem bahasa Eropah.Kronologi sejarah yang
disebutkan di dalam inskripsi itu juga menyeleweng dari fakta sejarah
sebenar dan lebih merupakan propaganda sahaja.
Ini kerana inskripsi itu
telah menyebutkan pada tahun 1283 kerajaan Nakorn Sri Dharmaraja
(Tambralingga) telah tersenarai antara kerajaan yang membayar ufti
kepada Kerajaan Sukhotai.Padahal ahli sejarah sudah maklum wilayah itu
adalah wilayah istimewa dan merupakan kota yang amat kaya. Ini tersebut
dalam undang-undang wilayah pentadbiran Raja Ayutthaya, Boromma
Trailokanat bertarikh 1468 menyebutkan Nakorn Sri Dharmaraja tersenarai
sebagai salah satu dari 8 kota besar (Phraya maha nakhon) kepunyaan
Ayutthaya dan merupakan wilayah istimewa.
Percanggahan dan kepalsuan
inskripsi ini menyebab para sarjana semakin kurang percaya kepada
inskripsi ini malah meleret-leret kepada seluruh sejarah Raja Thai dan
orang Thai sendiri.Ini ditambah pula dengan tiadanya penulisan atau
rekod-rekod kontemporari dari lain-lain tempat yang merujuk kepada nama
raja Ramkhamhaeng.Dengan lain kata,sejarah raja itu hanya ada di
Thailand sahaja dan para sejarahwan lain di dunia tidak tahu-menahu pun
pasal raja ‘khayalan’ ini.Ini jauh berbeza dengan kisah ‘Maharaja Zabaj’
tadi yang disebut-sebut oleh pedagang Arab,rekod pendeta
China,Tamil,Sri Lanka,malahan nama ‘Melayu’ itu disebut-sebut oleh
pendeta Buddha dan rishi-rishi legenda Hindu.Malah dewa-dewa juga!
Sesetengah
sarjana mendakwa inskripsi ini adalah buatan abad ke-19,ada juga yang
mengatakan sekrang-kurangnya 17 baris awal inskripsi itu sahaja yang
asli.Inskripsi ini dan segala utopia berkenaan kerajaan Sukhotai telah
menjadi kepercayaan yang amat kuat dikalangan rakyat Thai sehingga
menjadi isu nasionalis,sehingga ramai yang telah diancam melalui
undang-undang ‘lese majeste’ termasuk para sejarahwan dan ilmuan.Satu
kes yang terkenal ialah Micheal Wright yang mengatakan semua itu palsu
sahaja.
Dari sini kita dapat pengajaran penting,betapa kaum lain yang
tidak punya sejarah,terpaksa ‘mengadakan’ sejarah.Orang Melayu yang
punya sejarah,mula perlahan-lahan melupakan sejarah manis bangsanya.Mula
memiliki rasa rendah diri,’inferior’ yang teramat sangat sehingga
mencapai tahap kurang siuman merendah-rendahkan diri sendiri ditahap
pencacai pemungut sampah sejarah orang lain,padahal asalnya emas dan
mutiara sejarah itu miliknya dahulu.
Mungkin hanya sejarah
Ayutthaya sahaja yang boleh dibanggakan oleh orang Thai.Itu pun kini
sejarahnya direbut oleh golongan kerabat Ayutthaya sendiri yang mengaku
bukan orang Thai tetapi Siam Islam.Dalam hal ini tidak penting siapa
orang Thai atau Melayu,pengajarannya di sini,jika kita tidak mengambil
berat akan sejarah dan budaya kita,orang lain akan ‘mengambilalih’
sejarah dan budaya kita.
Terlanjur menyebut tentang tulisan,Tai
mencedok tulisan Khmer dimana tulisan Khmer ini berasal dari tulisan
Brahmi.Tulisan Brahmi adalah nenek moyang kepada majoriti skrip di India
dan Asia Tenggara.Tulisan Tamil,Sinhala,Devanagari,Burma,Thai dan Khmer
adalah termasuk tulisan Brahmi.Tulisan Jawa,Batak,Kawi dan Bali
termasuk dalam keluarga Brahmi.Tulisan purba milik khas orang
Melayu,Rencong dimasukkan dalam keluarga Brahmi.Namun kini para sarjana
berbelah bagi tentang asal-usul tulisan Rencong ini.Kerana semakin
dikaji tulisan ini,semakin jauh ia dari keluarga Brahmi,malah ia
menyimpan rahsia yang agung dan terpendam!
Misteri Tulisan Rencong:Petunjuk ke-7 ke Tabut Rahsia Mala-YU
Tulisan
Brahmi adalah keluarga tulisan di kawasan India dan Asia Tenggara
seperti Tamil,Burma,Thai dan Khmer.Rencong pula adalah tulisan milik
orang Melayu,lama digunakan sebelum Kawi atau Aksara (sejenis Brahmi
yang diubahsuai oleh kaum Nusantara),Jawi dan Rumi.Tulisan Rencong ini
diiktiraf tulisan asli ciptaan Melayu Nusantara dan sebenarnya bukan
berasal dari Brahmi tetapi mempunyai kaitan dengan nenek moyang kepada
Brahmi!
Sebelum kita membuka peti rahsia seterusnya kita kenal dulu contoh-contoh tulisan dari keluarga Brahmi:
Tamil
Devanagari
Thai
Khmer
Burma
Sekarang kita lihat tulisan-tulisan ini:
Greek/Yunani
Phoenicia
Aramaik
Brahmi
Untuk
pengetahuan anda,semua tulisan seperti
Tamil,Tibetan,Telegu,Devanagari,Thai,Burma dan Khmer adalah dibawah
Brahmi atau subBrahmi,manakala Brahmi pula di bawah kelas tulisan
Proto-Canaanite (ingat Tanah Kanaan?Abraham dan Keturah?) yang di
dalamnya termasuk Phoenicia dan Aramaik (asal-usul bahasa Yahudi;Ibrani
atau Hebrew)
Sekarang tuan-tuan dan puan-puan!Kita lihat tulisan asli bangsa Melayu Nusantara,Rencong:
Sekarang
mari kita lihat rahsia ini bersama-sama.Jika kita perhatikan corak
tulisan Rencong ini,ia nampaknya tidak cenderung kepada tulisan Tamil
atau Devanagari jauh sekali jika dibandingkan dengan skrip Thai dan
Khmer.Jadi ia cenderung kepada yang mana?Fikirkan…
Tidak nampak?Mari kita buka peti satu lagi yang terletak disebelah peti berlabel ‘Laut dan Bahtera’.
Sekarang
dengar baik-baik.Tulisan Rencong sebenarnya tidak tepat diletakkan
dibawah kelas Brahmi dan ia tidak sepadan atau ‘sedarjat’ dengan sub
Brahmi pun.Perhatikan baik-baik perbezaannya dengan Tamil atau
Devanagari.Perbezaannya dengan Thai dan Khmer yang merupakan sub
Brahmi.Ia tidak dekat dengan semua ini.
Tetapi IA LEBIH DEKAT DENGAN
TULISAN ORANG PHOENICIA PURBA.Ia lebih dekat dengan skrip
Aramaik,asal-usul tulisan Hebrew pada hari ini.Ia tidak sekelas dengan
Brahmi atau skrip-skrip Keindiaan.Ia memotong kelas Brahmi ke kelas
lebih tinggi;di mana Brahmi hanya salah satu sub dalam kelas ini.Rencong
setaraf dengan tulisan Phoenicia dan Aramaik dalam kelas utama
Proto-Canaanite.Proto-Canaanite pula dibawah kelas Egyptian
Hieroglyphs!!Sudah dapat pencerahan?
(Keanehan ini telah memeningkan kepala sarjana pengkaji skrip tulisan dunia sejak sekian lama)
Dan
rahsia dari peti ini akan membuka cerita tentang kisah kunjungan Para
Firaun ke Tanah Nenek Moyang mereka,Punt.Seterusnya akan menyelesaikan
‘puzzle’ yang mula-mula diperkenalkan dalam Alter Terahsia Bangsa Melayu
dan Diari Lodgekeeper;dua pasangan paling misteri;Abraham dan
Keturah.Siapakah anak-anak mereka dan mengapa mereka mencari The Land of
The East.Kemudian kita akan menjelajah kisah dewa-dewa di The Land of
Gods.Kemudian kita mengembara ke Promised Land,menonton suka-duka Lehi
dan Lemani…
DI TANAH YANG DIJANJIKAN!…
Alter Terahsia Bangsa Melayu XI
(Di Gua Rahsia)
Anak
cucu sudah kembali dari pengembaraan ke Angkor Wat.Apa yang anak cucu
nampak?Hahaha…sebenarnya banyak lagi rahsia di sana,yang anak cucu belum
tahu lagi.Bagaimana dengan Angkor Thom…
Apa yang Srikandi beritahu
anak cucu?Sesungguhnya apa yang diketahuinya hanyalah sedikit sahaja
jika dibandingkan dengan apa yang terkumpul di dalam peti-peti ini.Lagi
anak cucu mengembara mencari rahsia Melayu,lagi banyak rahsia yang anak
cucu tidak tahu.Mari mendekat ke sini,Tok Aki mahu tunjukkan sesuatu.
(Tok Aki mendekati satu peti yang penuh berukiran dengan tulisan Mesir Purba)
Di
dalam ini adalah rahsia yang terpendam beribu-ribu tahun dahulu.Tiada
siapa yang tahu perkara ini kecuali mereka yang mahu berfikir.Ini adalah
peringkat rahsia dalam rahsia.Ada sesuatu di sini,di tempat tinggal
kita ini 3500 tahun yang silam.
Anak cucu!Jika bukan para sarjana
Barat merekodkan kewujudan kita,para sarjana China dan sasterawan
Sanskrit akan menuliskan kewujudan kita,jika bukan raja Babilon
menyebut-nyebutkan tentang kita…para Firaun di sana akan menuliskan
syair-syair tentang kita…
Dan tanah tumpah darah kita ini…
Anak
cucu ke sini bukanlah atas sebab untuk mengetahui apakah dia
rahsia-rahsia ini,tetapi lebih untuk memahami MENGAPA MEREKA
BERSUSAH-PAYAH MENCATATKAN KEWUJUDAN KITA.Sejak dari zaman berzaman,dari
chariot dewa-dewi Hindu yang berasal dari kerajaan-kerajaan yang
hilang…dari kamar beradu Isis dan Osiris….dari haruman bunga-bungaan
misteri di Taman Tergantung Babilon,rahsia kemelayuan tetap
terjaga,anehnya…bukan dari mulut ke mulut kita wahai anak cucu!TETAPI
DARI TANGAN ORANG LAIN.Bangsa-bangsa purba bersilih ganti menjaga tabut
rahsia kita.Turun temurun.Entah siapa yang menyuruh mereka menyimpan
rahsia.Jadi Tok Aki ingin bertanya anak-anak cucu sekalian…mengapa
mereka menjaga rahsia kita??
(Tok Aki tiba-tiba ghaib dari
pandangan.Suasana begitu hening dan sunyi.Di atas peti terdapat secarik
kertas dari daun papirus,tertulis kata-kata yang indah…)
Palingkan muka kamu…
Kepada bunga
kancing emas
satu rahsia…
Misteri Punt dan Petunjuk Di Dalam The Egyptian Book of The Dead
“Those
who preside over their altars are the similitude of the Maat Ra (Eye of
Ra), and the similitude of the Maat Heru (Eye of Horus)”
(Papyrus of Ani ‘The Egyptian Book of The Dead’ translated by E.A Wallis Budge)
Merenung
kepada apa yang terjadi kepada keturunan Maya dan Aztek pada hari
ini,benar-benar menginsafkan.Betapa sesiapa yang tidak membaca sejarah
agung mereka,akan menganggap mereka adalah kaum picisan yang hina dan
tidak berpelajaran.Melihat keadaan mereka yang menjadi minoriti dan
terpinggir akan membuatkan sebilangan kita berfikir bahawa kaum ini
sudah tentu tidak tahu membuat apa jua ciptaan,hatta sebatang jarum
sekali pun.Melihatkan keadaan mereka pada hari ini akan membuatkan kita
berfikir dari hutan manakah mereka berasal.
Kemudian rakan-rakan
kita mengajak kita menonton filem yang berjudul ’2012′.Ketika itu
seluruh dunia sedang sibuk memperkatakan tentang filem ini.Kita pun
tidak mahu ketinggalan dan sanggup beratur membeli tiket di
pawagam.Ketika di dalam pawagam,kita pun menekur menonton dengan
asyiknya tanpa berkedip-kedip dan betapa kagum dengan kesan khas filem
ini.Keluar dari pawagam,kita pun mencari-cari tentang maksud ramalan
Maya tentang 2012.Alangkah terkejutnya kita apabila membaca tentang
MAya,melihat kesan-kesan tinggalannya…piramid-piramid yang besar-besar
dan khazanah astronomi yang mengagumkan dengan beratus-ratus komentar
dari pakar sejarah,sains dan astronomi tentang tamadun kaum yang kita
anggap orang gua dan orang hutan sahaja.
Bayangkan,ketika orang
SEpanyol tiba ke semenanjung Yucatan,orang-orang Inca menganggap mereka
adalah jelmaan dewa-dewa dan kapal-kapal mereka adalah kenaikan
dewa-dewa (tamadun-tamadun AMerika Tengah adalah kerajaan
agraria,berasaskan pertanian) kerana mereka tidak pernah melihat
kapal-kapal yang besar sebegitu.Apabila diperangkap penjajah SEpanyol
orang-orang Incaini tidak melawan padahal merekalah yang gemar menangkap
kaum-kaum lemah di sekitarnya.Orang-orang Inca menyanjung tinggi
kehebatan pakaian dan kapal-kapal orang Spanyol ini padahal pada masa
yang sama orang-orang Spanyol ini berasa amat terkejut dengan kota-kota
Inca yang hebat dan khazanah emas yang terlampau banyak.
Kaum yang
membina piramid bukanlah kaum yang bodoh tetapi mereka yang punya
peradaban tinggi.Namun disebabkan PERASAAN RENDAH DIRI TANPA BERSEBAB
DAN SUKA MENYANJUNG ORANG LUAR mengakibatkan akhirnya mereka dihapuskan
serta-merta oleh para conquistador yang mula sedar kaum-kaum ini
walaupun punya peradaban yang tinggi namun kurang peka dengan
perkembangan semasa.Mereka tidak pernah melihat kapal,jadi mereka
menganggap orang yang keluar dari kapal itu adalah anak dewa.Akhirnya
mereka dibunuh beramai-ramai seperti ayam disembelih akibat kedunguan
mereka itu.
Ini berlainan pula dengan orang-orang Melayu di
Kepulauan Melayu.Bukan satu atau dua yang datang menjajah,TETAPI
EMPAT.Sepanyol,Portugis,Belanda dan Inggeris datang ‘menziarahi’ kita di
sini.Toltek,Aztek,Inca dan Maya dihapuskan dengan mudah oleh
conquistador Sepanyol sahaja tetapi Nusantara memerlukan gabungan empat
‘conquistador’ untuk mengawal Nusantara.SEpanyol mengawal
Filipina,Belanda mengawal Indonesia,Inggeris mengawal Tanah Melayu dan
Borneo,manakala semua ini dimulakan oleh Portugis yang pernah memegang
Melaka sebentar dan menjajah Timor Timur.Ini belum termasuk kelibat
Perancis yang menjenguk Indochina dan Amerika yang pernah memegang
Filipina sebentar (aneh juga,bagaimana Amerika boleh sesat sampai ke
Filipina).Namun adakah orang-orang Melayu hari ini pupus atau menjadi
minoriti tidak bernegara,seperti mana yang terjadi kepada orang-orang
Aztek dan Maya?
SEPATUTNYA MELAYU PUPUS TIDAK BERSISA HARI INI DIKEROYOK 4 CONQUISTADOR
INI,terutamanya
Tanah Melayu yang dipegang oleh ‘raja conquistador’ iaitu
Inggeris.Namun anehnya,orang-orang Melayu masih bernafas dan masih
berbahasa Melayu di dunia fana ini.Adakah kata-kata Hang TUah itu
menjadi sumpah yang benar?Inilah misteri yang memang tidak
terpecahkan.Aborigine yang memegang pulau sebesar Australia pun
rebah,bagaimana orang-orang Melayu ini yang dituduh bermacam-macam
tuduhan seperti pemalas,kurang cerdik,lembik dan ‘nak buat jarum pun tak
reti’ boleh ‘survive’ selepas dilanda ‘air bah’ penjajahan yang
memenatkan?Sepatutnya orang-orang Melayu lenyap,tetapi apa yang berlaku
sebenarnya?
Fikirkan,jika orang-orang Melayu tidak pernah melihat
kapal,meriam,istinggar dan orang Eropah,sudah tentu orang-orang Melayu
akan dibelasah habis-habisan seperti yang terjadi kepada
Aztek,Maya,Toltek dan Inca.Benar,terutamanya di Tanah Melayu,kita dapati
tiada piramid-piramid segagah seperti yang dibina oleh Aztek dan
Maya,namun dimanakah orang Aztek yang amat hebat boleh membina piramid
agam itu?DIMANA MEREKA?
Mengapa orang Melayu menentang dengan
darah,fikiran dan keringat…menggunakan apa saja yang
mungkin….keris,parang,tombak,meriam,istinggar,pemuras,kapal-kapal perang
untuk menghadapi serangan bertubi-tubi,bukan satu malah EMPAT NEGARA
EROPAH TERKUAT.Penjajah hanya menghantar Sepanyol sahaja untuk
menghapuskan tamadun-tamadun hebat di Benua Amerika,namun terpaksa
menghantar beberapa negara penjajah untuk menundukkan NUsantara.Mengapa
orang-orang Melayu tidak menganggap orang-orang Eropah ini sebagai dewa
atau anak dewa yang turun dari kenderaan sakti?Padahal kaum sehebat Maya
yang hebat dari segi teknologi astronomi dan matematik boleh dikalahkan
dengan mudah.
Di manakah bangsa-bangsa hebat seperti Assyria yang
membina kota Nineveh yang agung?Di manakah Akkadia,Chaldea dan
penakluk-penakluk Babilon yang pernah berdagang dengan pedagang-pedagang
Melayu pada hari ini?Di manakah keturunan Firaun dan bangsa Qibti Mesir
Purba yang membina piramid yang menjadi salah satu keajaiban dunia dan
pernah melawat ‘Punt’ 3500 tahun yang silam dan pernah bertemu dengan
pemerintah Punt iaitu orang ‘Melayu’ di sana yang bernama Raja Perehu
dan permaisurinya,Puteri Hati?
Semua bangsa-bangsa hebat ini lenyap
dari peta sejarah,jika ada sisanya sekalipun,keadaan mereka amat
menyedihkan.Dahulu mereka sering membuli dua bangsa picisan,Arab dan
Yahudi yang sering dijadikan hamba dan bahan serangan,namun hari ini
lihatlah berapa banyak negara-negara Arab dan lihat peranan orang Yahudi
yang mencatur politik dunia.Orang Qibti Mesir hari ini telah lenyap
menjadi orang Arab Mesir.Namun berita baiknya,bangsa yang pernah
dilawati para Firaun Mesir beribu-ribu tahun dahulu masih
ada!Menariknya,mereka masih mengucapkan perkataan-perkataan yang pernah
didengar oleh utusan Firaun dahulu,kira-kira 3500 tahun yang silam!
Petunjuk Dari Tulisan Rencong
Sebelum
ini kita telah mengkaji corak tulisan purba orang-orang Melayu iaitu
Rencong.Tulisan Rencong pada masa dahulu ditulis pada tanduk kerbau,
buluh, kulit kayu, kertas dan daun lontar.Manuskrip-manuskrip ini
kebanyakannya disimpan oleh Belanda,majoritinya di Bibliotheek
(Perpustakaan) Leiden.Dari manakah tulisan ini berasal?Atau soalan yang
mencabar dan luarbiasa,TAMADUN MANAKAH YANG MENCEDOK TULISAN INI MENJADI
TULISAN MEREKA?
Kita lihat kembali perbandingan antara
tulisan-tulisan Aramaik,Phoenicia dan Brahmi (Brahmi berasal dari
tulisan Parsi Kuno di zaman Cyrus The Great).
Brahmi Dan Rencong
Aramaik dan Rencong
Phoenicia dan Rencong
Akhirnya tulisan jenis ini menjadi semacam tulisan jenis pepaku (cuneiform) yang digunakan oleh Tamadun Sumeria.
Apabila
melihat kepada persamaan aneh antara tulisan Rencong dengan
tulisan-tulisan purba ini,terdapat 3 andaian untuk menerangkan mengapa
tulisan orang Melayu ini mempunyai hubungan dengan skrip-skrip tersebut:
1-Orang
Melayu mencedok tulisan orang Phoenicia pada zaman dahulu.Faktor
bagaimana ia terjadi kemungkinan besar dan dipercayai hasil dari
aktiviti perdagangan antara kedua-dua bangsa.
2-Orang Phoenicia
pernah menetap di Nusantara,sama ada menjajah,penghijrahan atau sebagai
‘warganegara yang bekerja’ di Nusantara.
3-Tulisan ini memang tulisan
ciptaan orang Melayu Purba.Kemudian ditiru oleh orang
Phoenicia,kemudian dicedok oleh orang Aramaik kemudian diubahsuai oleh
orang Ibrani (Hebrew) dan seterusnya diambil oleh orang Aryan,yang
kemudiannya membawa skrip ini ke India untuk menuliskan kitab-kitab
Veda,kemudian dicedok oleh orang Dravidia (Tamil,Devanagari,Malayalam)
seterusnya dicedok lagi oleh orang Khmer dan Nusantara (menjadi Kawi dan
Aksara),dari sini dicedok buat kesekian kalinya oleh orang Thai dan
BUrma.
Misteri persamaan tulisan Rencong ini dengan
tulisan-tulisan dalam kelas Proto-Canaanite benar-benar memeningkan
pakar-pakar kajian skrip di Barat.Akhirnya ‘dengan berat hati’ mereka
meletakkannya di bawah kategori subBrahmi bersama Kawi,Khmer,Thai dan
lain-lain,memandangkan skeptikal mereka dengan skrip Asia Tenggara yang
dianggap mereka diinspirasikan daripada skrip Brahmi.Ini juga akibat
pandangan tradisional pengkaji Barat yang memandang semua skrip di Asia
Tenggara dipengaruhi oleh unsur-unsur Keindiaan.Namun ini tidak
dipersetujui oleh para sarjana lain seperti Jaspen,Marsden dan Jones
yang mengesan misteri yang menyelubungi Rencong ini,malah semakin dikaji
sehingga bukan setakat skrip Rencong,malah bahasa Melayu dialek Rejang
itu sendiri menimbulkan misteri lebih besar,persamaannya dengan
perkataan-perkataan Mesir Purba!!
Rahsia Tersembunyi Di Dalam Relief Di Kuil Hatshepsut
*Perehu dan isterinya Ati
Kesedaran
para ahli arkeologi,sejarahwan dan pakar bahasa tentang misteri yang
menyelubungi skrip Rencong memandu beberapa pengkaji mendekati dengan
rapat selok-belok tulisan ini,sejarah tempat di mana tulisan ini ditemui
dan orang yang menggunakannya.Seterusnya mereka mengkaji pula bahasa
yang digunakan oleh skrip ini,iaitu bahasa Melayu Rejang.
Charles
Robert JOnes,seorang ahli American Research Center di Mesir telah
menyatakan bahawa kesedaran tentang pengaruh Phoenicia terhadap tulisan
Rencong ini telah ditimbulkan oleh J. Park Harrison pada tahun 1896 di
hadapan Persatuan Geografi dan Arkeologi Great Britain.Sarjana-sarjana
budaya orang Semitik iaitu Sayce,M.Renan and Neubauer yang telah
memeriksa tablet-tablet buluh di Sumatera,telah menyimpulkan bahawa
karakter-karakter huruf dalam Rencong sememangnya mempunyai pengaruh
Phoenicia.
Phoenicia adalah istilah Barat kepada orang Kanaan,satu bangsa
purba yang pernah mempunyai tamadun dan peradaban tinggi pada masa
silam.Para pengkaji sejarah menyatakan peradaban orang Phoenicia telah
wujud kira-kira 1200 tahun Sebelum Masehi.Mereka pada zaman dahulu
tinggal di kawasan sekitar Palestin,Lebanon dan Syria
sekarang.Sarjana-sarjana Semitik berkenaan berkeras melaporkan bahawa
REncong adalah tulisan orang Phoenicia sama ada dipengaruhi atau
mempengaruhi malahan Dr. Neubauer menjelaskan dengan lebih terperinci
bahawa bentuk-bentuk huruf Rencong dikenalpasti adalah mirip versi
tulisan orang Phoenicia pada abad keempat dan kelima Sebelum Masehi.
Tablet-tablet
ini telah dihantar ke England (salah satu rompakan khazanah Melayu
Nusantara,menjadikan sebahagian anak Melayu hari ini berasa rendah diri
dan mengalami kecelaruan identiti,sekejap merasa Melayu,sekejap merasa
Cina,sekejap merasa India,sekejap merasa Siam seperti sesumpah) oleh
William Marsden pada tahun 1783 dan huruf-huruf dari tablet itu telah
diterbitkan dalam bukunya yang bertajuk The History of
Sumatera.
Kerja-kerja awal para sarjana menumpukan kepada sumber-sumber
kepada skrip Rencong dan struktur karakter dalam tulisan tersebut serta
bunyi setiap karakter.Hasilnya sungguh memeranjatkan apabila mereka
mendapati tiada satu pun skrip-skrip Keindiaan tertua yang menepati sama
ada tulisan Rencong mahupun aksara-aksara Sumatera berkaitan.Penemuan
yang mengejutkan ini telah diterbitkan di jurnal saintifik Oxford
journal,Archaeologia Oxoniensis pada tahun 1896.Kesimpulan yang dibuat
mereka ialah tulisan ini telah dibina melalui hubungan secara langsung
dengan orang Phoenicia (bukan cedokan atau ubahsuai tulisan dari tulisan
lain).
Pada tahun 1927,seorang pengkaji Jerman telah memulakan satu
projek kajian bebas berkaitan skrip orang Batak di tengah dan utara
Sumatera.Pengkaji tersebut,Schroeder telah turun ke Sumatera dan cuba
mendapatkan jawapan sama ada terdapat data-data yang secukupnya untuk
menyesuaikan dengan jangka masa tulisan Phoenicia ini dicedok atau
mereka datang ke Sumatera melalui India atau dari Phoenicia ke Nusantara
secara terus.
Hasil kajian pengkaji Jerman ini boleh dibaca dalam
artikel bertajuk A Phoenician Alphabet On Sumatra.Di dalam artikel
ini,beliau telah menunjukkan bukti-bukti hubungan secara langsung antara
skrip Phoenicia dan skrip Batak.Beliau juga menunjukkan perbandingan
kronologi pembinaan karakter antara Phoenician dan Aramaik (tulisan
Ibrani Kuno dan asal-usul Hebrew),dan menunjukkan perkara yang sama
telah berlaku pada skrip Batak!Schroeder mengatakan tulisan ini tiba ke
Sumatera pada masa pembinaan kerakter ini iaitu kira-kira 700 dan 650
Sebelum Masehi.
Kesimpulan dari kajian beliau ialah tulisan orang Batak
adalah mewakili perubahan dari tulisan Phoenicia ke Aramaik (dengan kata
lain,ketika orang Ibrani mula mempelajari tulisan orang Kanaan,draf
tulisan yang belum sempurna diadaptasi ke Aramaik yang dikenali pada
hari ini telah sampai ke Nusantara,manakala draf tadi di Tanah Kanaan
telah mengalami perubahan demi perubahan sehingga menjadi tulisan Ibrani
Kuno,sementara draf tadi yang sampai ke Sumatera masih dipakai oleh
orang Nusantara).
Beliau juga mengatakan ‘draf’ ini sampai ke Sumatera
kira-kira permulaan dan akhir abad ke 7 Sebelum Masehi. Akibat dari
pelbagai misteri dan tandatanya yang menyelubungi pakar-pakar bahasa dan
skrip dari Eropah sejak era penjajahan hingga tamat Imperialisme di
Nusantara,pada tahun 1961,Universiti Kebangsaan Australia telah
menghantar seorang ahli antropologi ke Sumatera.Pakar antropologi
itu,M.A Jaspen telah menghabiskan beberapa tahun di antara masyarakat
Rejang Sumatera untuk mempelajari bahasa dan mengumpulkan cerita rakyat
dan kosakata bahasa Melayu Rejang.
Pada ketika itu (1961) masih ada
penduduk di sana yang menggunakan skrip Rejang (seperti hari ini,masih
ada orang menggunakan skrip Jawi) terutamanya orang tua-tua dan
pedalaman.Beliau telah menterjemahkan skrip ini dari tulisan-tulisan
pada buluh dan batang kayu dan mengkompilasikannya di dalam buku yang
bertajuk Rejang Ka Ga Nga Text yang diterbitkan oleh Universiti
Kebangsaan Australia.Kulit buku tersebut tercetak karakter-karakter
Rencong yang ada persamaan dengan huruf Phoenicia.
Jaspen juga telah
mengusahakan kamus bahasa Melayu Rejang-Indonesia-Inggeris dan
memasukkan juga perbandingan antara bahasa Melayu Rejang dengan sebutan
bahasa Semitik
Barat.Walaubagaimanapun,Jaspen telah meninggal dunia
sebaik sahaja hasil kerjanya diterbitkan yang mana mengandungi
sebahagian dari siri kajian ANU’s Pacific Linguistics oleh Professor P.
Voorhoeve (sekarang dikhabarkan bersara di Belanda).Hasil dari gabungan
kerja oleh M.A Jaspen dan Professor P. Voorhoeve yang juga menyokong
kajian para sarjana seawal abad ke-17,dijadikan rujukan Jones untuk
membawa beliau ke satu rahsia lain yang amat mengejutkan;terdapat
unsur-unsur satu tamadun lain yang lebih lama dari tamadun Phoenicia dan
Ibrani yang telah dikesan dalam budaya Melayu khasnya pada bahasa
Melayu dialek Rejang,iaitu tamadun Mesir Purba!
Dalam kajian para
sarjana sejarah dan linguistik telah menemukan kemungkinan yang
benar-benar memeningkan;lebih memeningkan dari tulisan Rencong,iaitu
bagaimana pengaruh bahasa kuno Mesir Purba yang telah pupus masih
tertinggal di dalam bahasa Melayu dialek Rejang.Dan petunjuk yang
mungkin untuk dijadikan asas kajian seterusnya ialah kembali ke abad 15
SEBELUM MASEHI;ketika Ratu Hatshepsut mengadakan ekspedisi ke ‘Tanah
Para Dewa’,Punt.
Punt,The Land of Gods
Para sarjana awal yang
tidak memahami budaya Nusantara mengalami masalah ketika mengkaji budaya
masyarakat Rejang Sumatera.Pengkaji seperti Jaspen pada awalnya
menganggap masyarakat Rejang dan bahasanya adalah berlainan dengan
bahasa Indonesia/Melayu dan ini menghalang mereka daripada melihat
petunjuk yang membawa mereka kepada kajian pengaruh Mesir Purba.Tetapi
pengkaji-pengkaji selepas mereka yang memahami konsep Nusantara dan
bangsa Melayu telah merasa satu kemestian untuk merujuk kepada bahasa
Melayu/Indonesia standard kerana rupa-rupanya pengaruh Mesir Purba itu
juga ada pada bahasa Melayu/Indonesia (memanglah sebab bahasa Rejang itu
adalah bahasa Melayu loghat daerah).
Pengkaji seperti Jones ini terpaksa
merujuk kepada bahasa Melayu untuk memastikan makna perkataan Rejang
untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.Beliau telah mengesan
terdapat perkataan-perkataan ‘aneh’ yang terdapat dalam bahasa Melayu
yang juga ada dalam kosakata Mesir Purba,contohnya perkataan ‘asem’ dan
‘lebun’.'Asem’ bermaksud ‘tamarind acid’(pemahaman Jones) dan ‘lebun’
ialah ‘sejenis kayu’.Dari sini para pengkaji dapat mengesan ‘clue-clue’
yang lain seperti asal-usul perkataan ‘lubbanjawi’ iaitu kemenyan dalam
bahasa Arab.Perkataan ‘lubban’ rupanya dicedok dari kata ‘lebun’ dalam
bahasa Melayu (rujuk artikel ATBM ‘Rahsia Dari Wangi-wangian’).
*sila klik untuk paparan lebih jelas
Jones
memulakan kajian tentang kaitan antara bahasa Melayu Rejang dengan
Phoenicia,Ibrani (Hebrew) dan Mesir Purba apabila terjumpa kamus Rejang
di dalam perpustakaan UCLA (University of California,LOs Angeles).Beliau
telah menyenaraikan perkataan-perkataan antara bahasa-bahasa tersebut
dengan bahasa Melayu dan membuat analisis menggunakan perisian khas
komputer dan hasilnya positif dalam kebanyakan perkataan!!
Kajian
lebih lanjut dari segi linguistik seperti frekuensi,konotasi dan
pembahagian kata dalam kosa kata Melayu Rejang dengan perbandingan
kepada bahasa-bahasa Semitik Purba ini menunjukkan bahawa terdapat kosa
kata yang sama tetapi berbeza makna.Dan ini bukanlah kebetulan mereka
mempunyai kosa kata yang sama,namun di sana terdapat proses perubahan
yang dapat dikesan secara linguistik.Dengan kata lain,perubahan yang
mengambil masa beribu tahun telah merubah makna dari perkataan yang
sama;yang dikongsi oleh Melayu Rejang dan bahasa-bahasa Phoenicia,Ibrani
dan Mesir Purba.
Dalam banyak keputusan,BAHASA MELAYU DILIHAT LEBIH
BANYAK MENGEKALKAN KEASLIAN;dengan kata lain ia lebih dipercayai adalah
SUMBER ASAL KOSA KATA ITU di mana perubahan makna itu lebih cenderung
terjadi kepada bahasa Mesir Purba dan lain-lain berbanding Melayu
Rejang.Ringkasnya,para sarjana ini dengan berat hati dan sukar
mempercayai dengan kenyataan bahawa bahasa Mesir Purba,Phoenicia dan
Aramaik seolah-olah peminjam atau mencedok perkataan-perkataan Melayu
ini!!
Antara perkataan yang sama antara bahasa Melayu dengan Mesir
Purba ialah ‘hati’ (heart).Ada juga yang berkongsi kata yang sama tetapi
makna yang berlawanan.’Min’ dalam bahasa Mesir Purba bermaksud ‘hari
ini’ tetapi ‘meun’ bermaksud ‘esok’ dalam loghat Melayu Rejang.Ada juga
yang sama perkataan namun ertinya yang lain,seperti ‘betula’ dalam
bahasa Mesir Purba bermaksud ‘gadis’ aatau ‘dara’ dalam bahasa Ibrani
(Hebrew) namun Melayu Rejang mengenalnya sebagai ‘keturunan’.Terdapat
juga perkataan yang hampir sama tetapi berbeza kerana kehilangan salah
satu huruf atau sebutan seperti ‘mat’ atau ‘maat’ adalah bermaksud
‘mata’ (eye) dalam bahasa Mesir Purba tetapi dalam bahasa
Melayu/Rejang,ia (eye) adalah ‘mata’.Lihat huruf ‘a’ pada hujung ‘mata’
telah tiada dalam sebutan Mesir Purba.”Melek’ bermaksud ‘raja’ (king)
punya kaitan dengan kata ‘meligai’ (Melayu standard:’mahligai) iaitu
‘tempat tinggal raja’ dalam dialek Rejang.
Ati,kekasih ‘hati’ Raja Punt
Inilah
adalah penemuan yang amat memeranjatkan tentang apakah kaitan terahsia
antara orang Melayu dengan misteri Punt,iaitu tanah suci yang didakwa
oleh para Firaun sebagai ‘tempat asal-usul moyang’ mereka.Perkataan
‘hati’ telah ditemui pada rekod ekpedisi Ratu Hatshepsut ke Punt pada
abad ke 15 Sebelum Masehi.Dokumen ini,yang dirakamkan pada ukiran relief
kuil di Deir El-Bahari di Luxor di mana nama isteri kepada raja Punt
yang ditemui oleh utusan Ratu Hatshepsut ialah ‘ati’ (hati) yang
bermaksud ‘hati’ (heart)!Nama raja Punt itu pula adalah ‘perehu’
sebagaimana yang didekodkan oleh pakar bahasa dan Egyptologi dari relief
itu.’Perehu’ kemungkinan besar adalah gelaran,dan ‘perehu’ adalah tidak
ragu lagi satu perkataan bahasa Melayu iaitu ‘perahu’ (boat).
Jadi makna
penuh nama gelaran raja Punt ialah ‘Raja Perahu’ atau ‘King of
Ship/Boat’.Dan menariknya,kata ‘perehu’ terdapat pada tajuk kepada salah
satu tablet buluh (tulisan Rencong) yang diterjemah oleh Marsden iaitu
‘Sejarah Perehu’.
Ini bercantum dengan salah satu alter terahsia
bangsa Melayu sejak sekian lama,’LAUT DAN BAHTERA’ (rujuk artikel ATBM
‘Viking of The Orient’)
Perkataan ‘Asem’ pada bahasa Mesir Purba
ialah ‘emas’ (gold) di mana pada spesimen di relief kuil dan pada
manuskrip papirus bermaksud ‘gelang emas’.'Asem’ ini direkodkan sebagai
‘produk dari Punt’.(rujuk alter Melayu yang lain iaitu EMAS pada artikel
ATBM ‘The King Solomon’s Mines).Dari petunjuk ini,kita dapat simpulkan
bahawa para Firaun ini mengenal emas sebagai produk utama Punt.Dan dari
sini kita tahu dari mana Ptolemy mendapat nama ‘Aurea Chersonese’
(Golden Chersonese,’Aurum’ iaitu istilah kimia bagi emas diambil dari
kata ‘Aurea’ ini).Ini muncul pada ukiran pada tembok utara dan selatan
pada kuil Dinasti ke-18 di Deir al Bahari,Luxor.
Pada dokumen
bersejarah ketika era Hatsheput dan Thutmose III dan juga pada inskripsi
di makam Rekhmire dan Puyemre,’Asam’ ialah produk Djahi(Phoenicia) dan
Nubia.Seorang sarjana,James H. Breasted menjelaskan bahawa ‘asam’ iaitu
produk emas berbentuk seperti donut ini adalah emas komersil yang
diperdagangkan.Perkataan ‘asam’ ini muncul dalam bahasa Melayu di
seluruh budaya Malaysia,Indonesia dan Iban di Borneo.Ia bermaksud
‘masam’ atau ‘berasid/cuka’.Walaupun begitu,pada penggunaan di masa
silam,’asam’ juga bermaksud logam berharga atau campuran logam berharga
atau ‘teraloi’.
Di dalam spesimen di relief itu juga ada diterangkan
tentang ‘anti’(bahasa Mesir Purba) iaitu ‘kemenyan’ atau ‘wangi-wangian’
(rujuk ATBM ‘Rahsia Dari wangi-wangian) iaitu salah satu produk
terpenting Punt,sama seperti emas.Kemenyan atau ‘anti’ ini adalah
objektif utama ekspedisi ke Punt kerana di Mesir Purba,kemenyan adalah
bahan suci untuk tujuan keagamaan.
Perkataan Ibrani (Yahudi) bagi
kemenyan ialah ‘labona’ dan Arab menyebutnya ‘lubban’.Anehnya,di dalam
bahasa Melayu terdapat kata ‘lebun’ yang bermaksud sejenis pokok (pokok
kemenyan).’Lubbanjawi’ adalah kata standard dalam bahasa Arab merujuk
kepada ‘kemenyan pepejal’ yang khas.Kata ‘Jawi’ itu merujuk kepada
tempat ia terhasil iaitu Tanah JAwi.Kemenyan dalam bahasa INggeris ialah
benzoin resin,dimana kata ‘benzoin’ itu diubahsuai dari kata
‘lubbanjawi’ setelah mengalami perubahan pada perkataan Inggeris lama
‘benjawin’.
Pakar botani di UCLA,DAvid Verity,telah mengatakan bahawa
pokok-pokok kemenyan telah dibawa ke selatan Tanah Arab dan ditanam di
sana setelah permintaan kepada wangian dan kemenyan meningkat.
‘Matahari’ dalam The Egyptian Book of The Dead
The
Egyptian Book of The Dead adalah kompilasi manuskrip-manuskrip papirus
yang menerangkan ritual-ritual keagamaan,ilmu sihir dan falsafah mistik
orang Mesir Purba.Ia tercatat dalam skrip hiroglif Mesir Purba.Ini
adalah nama yang diberikan oleh pengkaji Barat kepada koleksi manuskrip
ini.Ia dikenali dalam budaya Mesir Purba sebagai ‘Jampi Kehadiran’ atau
‘Hari Keempat’.The Book of The Dead adalah koleksi yang merentasi masa
sejak Kerajaan Lama Mesir Purba dalam bentuk text Piramid hinggalah ke
Era Kerajaan Pertengahan dalam bentuk teks keranda (manuskrip yang
diukir pada luar permukaan keranda).Di dalam koleksi ini juga dijelaskan
perjalanan roh selepas kematian dan kehidupan selepas kematian.Ia juga
menerangkan kewujudan alam ghaib.
Di dalam The Egyptian Book of The
Dead ini ditemukan kata ‘Maat Heru’ yang berulang kali.Kata ‘Maat Heru’
ini bermaksud ‘Mata Horus’ atau ‘Eye of Horus’.Perkataan ini juga
ditemukan pada teks-teks Piramid.Ini adalah ekspresi tertua tentang
Wadget atau ‘mata yang sihat’.Dalam mitologi Mesir Purba,’Mata Horus’
adalah Matahari dan Bulan.Di dalam peperangan dengan Dewa
Kegelapan,Seth,’Mata Horus’ ini dimusnahkan.’Mata’ ini diketahui adalah
kuasa terkuat dalam mitologi Mesir Purba.Ia kemudiannya dipulihkan oleh
Isis dan dikenali sebagai Wadget atau ‘Mata yang Sihat’.Horus akhirnya
berjaya menentang tentera Seth,di bumi dan di alam ghaib kegelapan.Di
dalam budaya Mesir Purba,Horus bermaksud hari siang atau terang.Ia juga
ditampilkan sebagai ‘Mata kepada hari Siang’!
Di sini pakar bahasa
dan budaya Nusantara semakin merasa keanehan dan misteri yang tidak
terjawabkan.Kata ‘Maat’ adalah sama erti dengan ‘mata’ dalam bahasa
Melayu.’Heru’ pula sesuai dari segi linguistik dengan ‘hari’ dalam
bahasa Melayu.Padanan linguistik dengan struktur perkataan ‘Maat Heru’
dan ‘Mata Hari’ adalah mencapai 98%!’Mata Hari’ dalam definisi biasa
bermaksud ‘Mata kepada Hari pada waktu siang’ adalah maksud yang sama
dalam budaya Mesir Purba!!Dan ‘Matahari’ adalah ‘Sun’ dalam bahasa
Melayu,sama seperti sifat Horus sebagai dewa matahari!Pakar-pakar
linguistik dan sejarah yang mengkaji kaitan antara bahasa Melayu dan
Mesir Purba menyimpulkan perkataan ini ‘adalah hubungan secara LANGSUNG
ANTARA BUDAYA MELAYU DENGAN MESIR PURBA’.
Raja Melayu Kuno di ‘Tanah Para Dewa’
Rekod-rekod
Mesir Purba telah mengesahkan bahawa lokasi Punt ialah satu kawasan
luas DI TIMUR MESIR.Di dalam The Book of The Dead,Punt ialah sebutan
kepada dunia sebelah timur (set nu Punt).Di dalam kesusasteraan Mesir
Purba,The Shipwrecked Sailor(terjemahan ke bahasa Inggeris),ada
menceritakan tentang Raja Punt ini.Ia mengisahkan seorang pelayar yang
karam kapalnya dihanyutkan ke sebuah pulau.
Kemudian dia terserempak
dengan ‘ular besar’ yang kemudiannya berdialog dengan pelayar
tersebut.’Ular besar’ itu kemudiannya memberitahu pelayar itu bahawa dia
adalah raja tempat itu yang dikenali sebagai Punt.Seterusnya di dalam
kesusasteran itu ada menerangkan bahawa ‘ular besar’ (naga?) itu
memerintah ke atas kawasan kepulauan.Ini membatalkan teori Punt di Tanah
Arab atau benua Afrika.’Memerintah pulau-pulau’ adalah ciri-ciri Raja
Punt dan hanya Kepulauan Melayu sahaja lokasi yang tepat dengan petunjuk
ini!
(Kami akan dedahkan rahsia darah naga,sejarah dinasti darah
naga,bangsa ‘Mu’ dan tanah yang tenggelam dalam artikel ATBM akan
datang)
Di relief kuil di Deir al Bahari,ada terakam kedudukan Punt
di antara jalan perdagangan beberapa tamadun agung.Ini adalah satu
ciri-ciri yang menepati kedudukan Nusantara sebagai jalan perdagangan
antara India dan China.Dan eksport utama Punt ialah kemenyan dan emas!
Dari sini dapatlah kita simpulkan bahawa ciri-ciri Punt dalam pelbagai manuskrip Mesir Purba:
-berada di TIMUR Mesir.
-Raja Punt memerintah pulau-pulau
-terletak di jalan tengah perdagangan antara tamadun
-mengeksport emas dan kemenyan
-Gelaran raja Punt ialah ‘perehu’ dan orang Punt pandai membuat kapal dan perahu
Peti-peti di Gua Rahsia semakin bergegar-gegar mengeluarkan haruman misteri!!
Bukti-bukti lain bahawa ekspedisi Ratu Hatshepsut menuju ke arah Nusantara adalah seperti berikut:
Faktor masa-Di dalam ramalan Amon pada permulaan pemerintahan Hatshepsut ada menyatakan:
“…Tuanku
telah melihat sehingga sampai ke pelabuhan kemenyan,untuk membuka ia
sepenuhnya…untuk mengetahui jaraknya…untuk membuka jalannya supaya patuh
kepada ayahku Amon”
Di Punt,ketua angkatan laut Mesir Purba,Nehesi
telah bertemu dengan pemerintah Kepulauan Melayu,Raja Perehu (boat in
Malay) di mana kapal-kapal Mesir Purba telah kembali ke Mesir pada tahun
ke-5 pemerintahan Hatshepsut.Ini adalah JANGKA MASA YANG CUKUP untuk
pelayaran dari Mesir melepasi Laut Merah.Jika Punt terletak di sepanjang
pantai Afrika,jangka masa pelayaran adalah lebih pendek
sepatutnya.Kepulauan Melayu adalah lokasi yang menepati jangka masa ini.
Potoh
(gelang dipergelangan tangan)-Nehesi(ketua angkatan laut Mesir Purba
sebagaimana yang diterakam pada relief di Luxor) melaporkan bahawa
Perehu memakai potoh pada pergelangan lengannya.Ini adalah budaya
raja-raja Melayu,sila rujuk kepada POTOH NAGA yang disimpan oleh
Kesultanan Perak.
*Perhatikan ‘keris’ yang dimiliki Perehu
Keris-Ukiran
di Kuil Hatshesut juga menjelaskan bahawa Perehu memiliki sebilah
‘pisau pendek’ yang diselitkan pada kain sarungnya.Budaya Mesir purba
tidak menyelitkan senjata pada kain atau seluar.Senjata tajam akan
diletakkan di dalam sarungnya dan sarung senjata itu diikat pada tubuh
atau digantung.Ini adalah ‘style’ pemakaian senjata di dunia sebelah
Barat.Tetapi relief ini jelas menerangkan 1001 misteri tentang tabiat
Perehu,memakai senjata yang diselitkan pada sarung (atau sampin?).Hanya
gaya berkeris sahaja yang menepati ‘style’ raja Punt itu.
Kapal-Pada
relief di Makam Min,seorang pegawai kepada Thutmose III ada merakamkan
lawatan seorang pelayar dari Punt yang tiba ke pantai Mesir dengan
kapalnya yang ganjil (yang dilukis oleh pelukis Mesir Purba ketika
itu).Kajian dari pakar dan cendekiawan bersepakat mendakwa bahawa bentuk
kapal pada ukiran di makam kuno itu lebih cenderung kepada kapal-kapal
Melayu terutama di Sumatera.National Geographic bilangan 159 yang
diterbitkan pada tahun 1981 ada mengulas tentang kapal Sumatera ini.
KESIMPULAN
Terdapat
banyak lagi keserasian yang timbul di antara tamadun Mesir Purba dengan
budaya dan bahasa Nusantara.Namun sehingga ke hari ini para pengkaji
tetap bingung dengan penemuan aneh ini.Apakah yang terjadi di Punt 3500
tahun yang silam?Apakah yang dilihat oleh Nehesi dan anak kapalnya
tentang orang-orang Punt dan kediaman mereka?Bagaimana perkataan Mesir
Purba boleh ada dalam kosa kata Melayu dan Rejang?
Bagaimana pula tulisan
asli Melayu mempunyai pengaruh Phoenicia?SEpertimana prasasti yang juga
ditemui di Benua Amerika yang dipercayai milik tamadun seperti Maya dan
Aztek,telah merakamkan ketibaan kapal-kapal dari Mesir Purba dan
penduduk di Benua Amerika berkata:
“…kamu tidak sepatutnya sampai ke sini…kecuali datang dari arah Tanah Punt…”
Fikirkan
kata-kata yang mendalam ini,dan bayangkan di mana Tanah Punt itu.Adakah
Horus adalah salah satu raja di Tanah Punt?SEbagaimana gelaran
dewa-dewi HIndu kepada Nusantara sebagai ‘The Fabulous Land of Gold’
begitu juga para Firaun ini yang mengenal Punt sebagai tempat
menghasilkan emas dan kemenyan.
Mengkaji Nusantara sebagai Punt atau
The Land of Gods akan membuka cerita lebih menggemparkan.Betapa bangsa
Qibti Mesir telah tiada tetapi bangsa yang sezaman dengannya masih wujud
dimuka bumi.Orang Kanaan (Phoenicia) yang berniaga dengan orang Punt
pun sudah pupus,namun rakan seperniagaan mereka masih hidup dan ada yang
berniaga seperti dahulu.
Ingat!Pengetahuan rahsia itu bagi orang
yang memahaminya.Sekurang-kurangnya orang Melayu masih dapat
mempertahankan Rencong sehingga abad ke 19 dari jarak masa beribu-ribu
tahun.DAN BERTUAHNYA MASIH DAPAT MEMPERTAHANKAN BAHASANYA SEHINGGA KINI
walau pun banyak dugaan melanda.Legenda Perahu dan Hati terakam di
dinding kuil purba di Luxor,Mesir.Perahu dan hati adalah perkataan
Melayu biasa yang digunakan sehingga ke hari ini.Ini juga bermakna
kedua-dua perkataan ini adalah antara perkataan asli Melayu yang paling
tua.
Pertanyaan yang semakin mendesak-desak di dalam dada
ialah,apakah yang sebenarnya berlaku lebih awal dari 3500 tahun yang
silam di antara orang Melayu dan Mesir Purba?Apakah maksud Tanah Nenek
Moyang
Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
Tiada
lagi Gua Rahsia.Peti-peti pun sudah hilang entah ke mana.Siapa yang
tahu jalan ke Gua Rahsia?Kita sudah kehilangan petunjuk.
Dengar
sini.Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah mengumpulkan semua
petunjuk yang ada.Setiap petunjuk akan membuka cerita yang berbeza.Dan
setiap cerita,kita boleh cantumkan misteri yang ada;kita boleh hubungkan
antara satu sama lain.Di dalam siri ATBM version 1.0 ada dijelaskan
tentang petunjuk seorang lelaki ‘Phoenicia’ yang dihormati di
tempatnya,datang ke dunia sebelah sini,dan diberitakan menyunting
seorang gadis misteri.
Kita juga telah maklum misteri tulisan orang
Kanaan ini (Phoenicia) yang punya persamaan dengan tulisan Rencong iaitu
tulisan purba orang Melayu yang sempat direkodkan.Dalam ATBM version
2.0 kita tahu bahawa ciri-ciri gadis misteri ini yang punya hubungan
dengan wangian dan bunga-bungaan.Dan mengapa sumber Judeo-Sumeria
menggelarnya sebagai ‘Keturah’ (wangian,kemenyan wangi,haruman).Kita
juga belajar tentang ‘lubbanjawi’,kemenyan wangi yang hanya boleh
didapati di Nusantara.Kita juga tahu tentang legenda emas di
Nusantara,sehingga raja-raja Judah dan kerajaan Vedic yang hilang
berbisik-bisik tentangnya.
Dalam ATBM version 3.0 kita belajar tentang
sifat bangsa misteri yang berdagang dan belayar.Kita juga sedar tentang
misteri kerajaan-kerajaan yang hilang di Indochina,telah menjadi legenda
dan mitos oleh kaum-kaum yang terkemudian mencorakkan Indochina.Kita
juga menjelajah sehingga beribu-ribu tahun ke belakang,ketika para
Firaun memerintah Mesir Purba dan misteri perkataan Mesir Purba yang
‘tertinggal’ di dalam kosakata bahasa Melayu.Kita juga tahu bahawa Punt
ialah kepulauan yang kaya dengan emas dan kemenyan wangi.Kita juga kenal
siapa itu Horus,Maat Heru atau Mata Hari di dalam The Egyptian Book of
The Dead.
Dalam artikel terakhir ini,kita akan belajar tentang rahsia
Firaun dan Raja Perehu,kaitan di antara mereka.Siapakah Raja Perehu
ini?Apakah hubungannya dengan Firaun Mesir?Kita juga akan belajar
tentang siapakah Brahma dan Puteri Mayang Mengurai.Kita akan menghayati
legenda cinta antara dua benua;orang Cham menyebutkan dalam legenda
mereka,Kaundinya dan Soma.Orang Khmer menuliskan nama dua kekasih ini
sebagai Preah Thaong dan Neang Neak sementara rekod China mencatatkan
legenda ini sebagai Brahmin dan Ye Ye,’Mayang Mengurai’ yang
disebut-sebut dalam hikayat-hikayat Melayu dahulukala.Dan pembukaan
rahsia tentang ‘darah naga’.
Beribu-ribu tahun dahulu…menurut cerita
para maulana dan fakih Nusantara,ketika Nabi Ibrahim a.s meletakkan Siti
Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s di kawasan tandus di bumi
Mekah,baginda tidak pulang ke Tanah Kanaan tetapi telah bergerak
sehingga ke Timur Jauh untuk berdakwah.Nabi Ibrahim telah singgah ke
kawasan yang dinamakan Champa-Kemboja dan melamar seorang gadis misteri
di sana.Gadis misteri ini tidak diketahui namanya namun orang-orang di
Sumeria mahupun kota-kota Ur dan Kish memanggilnya sebagai
‘wangi-wangian’ atau ‘kemenyan wangi’ atau dalam bahasa Ibrani Kuno
sebagai ‘Keturah’.
Siapakah sebenarnya Ibrahim dan Keturah?
“The Tabernacle of Melati and Mala”
“…She
opened her mouth to swallow The Love of the Lovers, but could not close
her lips,because her lips was full of poison;the Poison of Soma…Venom
of the Kings…
There were Hills in the distance; nearby much happiness there was
where the Poison was change by a Holy Man to the Lotus of Wisdom
at the peak of her heart;were the Flowers of Amity as gift for her Lover,The Patriarch…”
(page 275,Venom of The Kings,chapter 37:The Tabernacle of Melati & Mala
-Lodgekeeper’s Diary)
Sejarah
itu adalah kisah kita yang lalu.Tidak kira sama ada sejarah itu adalah
sejarah manis mahupun yang pahit,ia adalah jawapan kepada kewujudan kita
hari ini.Jika kita tidak wujud hari ini sekalipun,orang lain akan dapat
membaca sejarah kita yang dicatatkan mereka,dan mendapat jawapan
mengapa kita pupus hari ini.
Kewujudan kita kerana sejarah yang
panjang sebagai asbab yang menceritakan kepada kita bagaimana
orang-orang sebelum kita dapat menyelamatkan diri (survive) dari
kepupusan akibat perang atau penjajahan.Walaupun kita mempunyai
‘penyakit keturunan’ atau mungkin boleh dipanggil ‘saka’ iaitu HASAD
DENGKI SESAMA SENDIRI,namun semangat untuk berjuang bagi meneruskan
warisan Kemelayuan tetap membakar nafas perjuangan para pendekar dan
pejuang bangsa.
Kita sudah membaca bagaimana bangsa-bangsa hebat di benua
Amerika seperti Aztek,Inca dan Maya yang mempunyai piramid-piramid dan
peradaban tinggi akhirnya musnah begitu sahaja akibat sikap SUKA
MENYANJUNG BANGSA LUAR DAN SIFAT MERENDAH DIRI (INFERIORITY COMPLEX)
YANG KETERLALUAN menyebabkan mereka ditipu oleh conquistador
Sepanyol,yang sebelum itu berasa amat kagum dengan peradaban dan kota
mereka.Kita juga belajar bagaimana peradaban Assyria dan Babilon yang
pupus kerana sikap suka berperang dan kejam menyebabkan bangsa-bangsa
lain yang merasa tertindas menyimpan dendam untuk
bertindakbalas.
Peradaban di Sumeria didirikan di atas darah peperangan
antara negara kota,sementara peradaban Benua Amerika didirikan di atas
darah para korban di atas altar pemujaan.Peradaban China pula didirikan
di atas perebutan antara etnik-etnik China yang saban waktu merebutkan
kekuasaan dan menubuhkan dinasti maharaja (ini antara sebab kaum-kaum
yang kalah dan lemah seperti Tai dan Dai-Viet terpaksa berundur ke
selatan).Peradaban Eropah pula didirikan di atas sifat ingin tahu dan
kagum dengan peradaban Arab-Islam,dan inilah pembukaan cerita kepada
Rennaisance di Eropah.
Namun peradaban Kemelayuan didirikan di atas PERDAGANGAN MARITIM dan PENGEMBARAAN.Unikkan?
Para
pelaut Melayu mengembara di seluruh Nusantara dan Pasifik;’The World’s
End’ yang begitu menggerunkan dan menjadi mitos kepada para pelaut
Eropah sebelum abad ke-14 (sebab itu dalam filem Pirates of The
Caribbean 3, Kapten Jack Sparrow kononnya di’kunci’ di dalam dunia ghaib
di ‘hujung dunia’ dan kru The Black Pearl terpaksa mengembara sehingga
ke Singapura untuk menjejak kapten mereka).
Apabila berhenti pada
satu-satu pulau,mereka menubuhkan penempatan dan kerajaan.Mereka tidak
pula membunuh puak-puak aborigine yang tinggal di pulau-pulau itu,malah
ada yang berasimilasi (berkahwin atau bergaul) dengan mereka.Sebab itu
yang membunuh dan menindas para aborigine ini adalah penjajah Eropah
yang datang selepas itu. FIKIRKAN BAGAIMANA ORANG ASLI,JAKUN,DAYAK dan
seumpamanya masih mengekalkan tradisi dan cara hidup mereka beribu tahun
sehingga ke hari ini.Jika orang Melayu adalah bangsa penjajah yang
kejam,sudah tentu kaum-kaum aborigine ini sudah lama pupus.
Jika kaum
aborigine Amerika yang gagah perkasa seperti Aztek yang biasa berperang
dan bermain dengan kepala manusia dan bau darah boleh hancur tewas di
tangan penjajah Sepanyol,apatah lagi Orang Asli di Nusantara yang lemah
ini,yang hanya tinggal di ran atau pondok-pondok buruk di dalam hutan
berbanding ‘Orang Asli’ Amerika yang tinggal di dalam bangunan-bangunan
batu agam yang besar-besar.
Tetapi KEWUJUDAN MEREKA hari ini ADALAH BUKTI
BETAPA PERADABAN MELAYU ITU BERDIRI DI ATAS PERDAGANGAN MARITIM DAN
SIFAT SUKA MENGEMBARA.Tidak lebih tidak kurang.
Bangsa Melayu (The
House of Jawi) terdiri daripada pelbagai sukukaum dan etnik.Kata
‘Melayu’ itu sendiri mengandung makna yang mendalam.Ia adalah nama lain
bagi Bani Jawi yang ‘homeland’ nya di Nusantara (Asia Tenggara dan
Pasifik Barat).Hari ini ada sesetengah orang yang keliru dengan istilah
‘Melayu’ ini,terutamanya di Indonesia.Ini terjadi kerana hanya Inggeris
sahaja yang mengenal bangsa Nusantara ini sebagai Melayu,manakala orang
Belanda masih kabur dengan penduduk di tanah jajahannya.
Hasilnya ada
orang yang menganggap ‘Melayu’ itu sukukaum sahaja dan merujuk kepada
sukukaum Melayu ini kepada orang Melayu di Malaysia.Jadi apabila ada
kaum-kaum yang seiras dengan ciri-ciri Melayu Malaysia,maka dikatakan ia
adalah sukukaum Melayu di antara kaum-kaum di Indonesia.Ini juga
membawa erti bahawa Malaysia adalah ‘homeland’ sukukaum Melayu ini.Ini
adalah salah sama sekali kerana jika mahu ‘fight’ di dalam kronologi
sejarah sekalipun bersandarkan kepada Teori Sukukaum Melayu’ maka
seluruh Indonesia itu adalah hak Malaysia (jika mereka mengatakan Melayu
itu Malaysia,Malaysia itu Melayu) kerana Empayar Melayu Srivijaya
pernah menakluk seluruh Nusantara.
Pusat pemerintahan empayar ini
terdapat di Kelantan,Kedah Tua,Sumatera (Palembang,Jambi) dan Jawa.Ini
adalah empayar bangsa Nusantara yang universal.Orang-orang
Jawa,Sunda,Mendailing,Minang dan seumpamanya bila bercampur dengan
‘Melayu’ ini akan menjadi Melayu walaupun mereka masih berbahasa loghat
masing-masing.Anak-anak mereka akan memanggil diri mereka sebagai ORANG
MELAYU dan seterusnya menyebutkan keturunan mereka,misalnya,”Saya orang
Melayu berketurunan Banjar,saya orang Melayu keturunan Pakistan dan
Jawa,saya orang Melayu keturunan Bugis”…dan seterusnya.Uniknya,tiada
siapa pun yang memaksa mereka menjadi ‘Melayu’.Ini bukan kes Raja Thai
mahu ‘menThaikan’ orang Melayu,Cina dan India,ini bukan dasar
penghapusan etnik atau seumpamanya…tetapi INI ADALAH LUMRAH SEMULAJADI
BANI JAWI.
Mereka menjadi Melayu kerana memang mereka adalah Melayu.
Ada
juga pihak yang ‘terlebih pandai’ mengatakan Melayu itu adalah nama
bahasa bukan bangsa.Bagaimana orang Nusantara boleh terlampau bijak
boleh mencipta satu bahasa yang mempunyai nama lain dari nama bangsa
yang menuturkannya.Nama Melayu bukan hanya ditemukan pada istilah ‘
BAHASA MELAYU‘ tetapi dijumpai pada perkara-perkara yang lain.Nama
MELAYU itu dijadikan nama sungai,nama kerajaan dan wilayah,malah seluruh
nusantara ini dinamakan Malayadvipa di dalam antara karya sastera
paling agung dan dihormati di India iaitu Ramayana!Malayadvipa bermaksud
‘PULAU-PULAU MELAYU’.
Bahasa Melayu bukan seperti bahasa Sanskrit yang
merupakan bahasa saduran dari bahasa Avestan dan buktinya kini bahasa
itu semakin mengalami kepupusan.Bahasa Sanskrit dibawa oleh puak Aryan
ke Benua India sekaligus dengan ajaran-ajaran Veda.Jadi Sanskrit adalah
bahasa bagi ajaran Veda sebagaimana Arab adalah bahasa bagi
mengungkapkan ajaran Islam.Namun Sanskrit bukan bahasa asal Benua
India.Ia adalah bahasa puak Aryan dari Asia Tengah.Ini berlainan pula
dengan bahasa Melayu.BAHASA MELAYU ADALAH INDUK BAGI SEMUA LOGHAT
ETNIK-ETNIK NUSANTARA.Sebab itu Bahasa Melayu dijadikan antara isi dalam
Sumpah Pemuda ketika pembinaan negara Indonesia.
Bayangkan seluruh
pemimpin di Indonesia tidak kira Jawa,Sunda,Aceh dan lain-lain bersetuju
menjadikan BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PERSATUAN SELURUH
INDONESIA!Bukan bahasa Jawa,bukan bahasa Sunda,bukan bahasa Aceh apatah
lagi bahasa Siam Ayutthaya.
Rumpun Melayu di Indonesia boleh berkokok
dengan ‘bangsa Indonesia’ mereka yang merupakan khayalan Belanda yang
menyangka rumpun Melayu di pulau-pulau Indonesia adalah bangsa Keindiaan
(prefix Indo- adalah bermaksud India atau ciri-cirinya) namun anehnya
apabila mengharap sesuap nasi di Malaysia dan seterusnya pasrah menetap
di Malaysia,lama-kelamaan mereka ini mula mengaku Melayu,dan anak-anak
mereka yang sudah mendapat kad pengenalan biru dan bersekolah di sini
menganggap diri mereka adalah Melayu BUKAN BANGSA KHAYALAN BERNAMA
INDO-NESIA.
Selagi lagi,tiada siapa yang menekan mereka supaya
mengaku Melayu.Kerajaan Malaysia tidak memaksa rumpun Nusantara dari
Indonesia ini menjadi Melayu di Malaysia.Mereka tidak
diseksa,diperangi,dipenjara atau didiskriminasi untuk menjadikan mereka
sebagai Melayu.Nama mereka yang asalnya keJawaan atau keSundaan atau
keMinangan tidak pula dipaksa untuk diMelayukan. TETAPI MEREKA MENJADI
MELAYU SECARA MISTIK DAN TANPA DISEDARI DI BUMI SEMENANJUNG EMAS INI!
Apabila
anak-anak mereka membesar di kalangan orang Melayu di sini tiba-tiba
menjadi lebih Melayu dari dirinya dan mendapati budaya dan bahasa orang
Melayu di sini punya persamaan yang erat dengan budaya
mereka,saudara-saudara kita dari Indonesia ini seolah-olah tersedar dari
mimpi yang sekian lama direka oleh penjajah Belanda dan ketika itu
barulah mereka sedar bahawa ‘Indonesia’ hanyalah sekadar nama negara
sahaja namun merekalah bangsa Melayu Nusantara yang berpijak di Timur
Jauh!
Dan inilah yang membezakan antara bumiputra dengan kaum-kaum
bukan bumiputra seperti Cina dan India.Ini kerana etnik-etnik Melayu ini
walau di mana sahaja APABILA BERPIJAK DI ‘TANDUK SEMENANJUNG EMAS’ akan
kembali kepada asal-usul mereka sebagai MELAYU.Aneh bukan?
Mereka
akan mengamalkan adat Melayu,berbahasa Melayu (disamping loghat kaum
masing-masing) dan beragama Islam.Ini berbeza dengan kaum Cina dan India
yang masih berdegil dengan budaya masing-masing malah apabila diberi
peluang memerintah mahu pula menghapuskan warisan Melayu secara gelojoh
(seperti DAP).
Pemimpin mereka berkokok bertanyakan mengapa setelah lebih
50 tahun merdeka,mereka masih tidak mendapat status
bumiputra.Bagaimanakah orang-orang Melayu mahu memberi status bumiputra
kepada mereka PADAHAL SIKAP DAN MENTALITI MEREKA SEPERTI PENJAJAH YANG
MAHU MENJARAH BUMI DAN WARISAN ORANG-ORANG BUMIPUTRA?Contohilah kaum
Baba dan Nyonya yang pandai berasimilasi dengan budaya orang-orang
Melayu tanpa meninggalkan ‘kecinaan’ mereka.Ini tidak,masih berdegil
mahu membawa budaya Komunis ala Chin Peng dan Mao Ze Dong walau sudah
lama menghirup udara Malaysia.Setiap hari dihabiskan untuk berfikir
apakah lagi isu sensitif yang boleh dibangkitkan bagi menyakitkan hati
orang-orang Melayu.
Pemimpin mereka berkokok sehingga habis
suara,mengapa orang-orang seperti Khir Toyo (keturunan Jawa),Najib
(perdana menteri Malaysia,berketurunan Bugis) dan seumpamanya boleh
diiktiraf sebagai bumiputra padahal ada keturunan mereka yang baru
sahaja berhijrah ke Tanah Melayu. INI ADALAH SOALAN BODOH BERSIFAT
RASIS-KOMUNIS YANG KURANG BERPELAJARAN.Orang Melayu adalah salah satu
komposisi Bumiputra termasuk Orang Asli dan Bumiputra Sabah dan
Sarawak.
Orang Melayu terdiri daripada pelbagai etnik dengan
berbagai-bagai pula loghat daerah,yang ini jika dikaji dalam aspek
linguistik adalah dalam kelompok Malayo-Polynesia.Ini berbeza dengan
orang-orang Cina yang terkelompok dalam kelompok Sino-Tibetan.Sebelum
era penjajahan,penduduk Nusantara bebas ke sana ke mari sama ada di
tanah semenanjung mahupun pulau-pulau Melayu (Indonesia).Orang Kedah
membuat penempatan di Sumatera,orang Jawa membuka kampung di
Selangor.
Orang Bugis membina hidup baru di Johor,orang Patani dan Champa
berhijrah ke Aceh dan Borneo…ini adalah lumrah dalam Alam Melayu
Nusantara.Nusantara adalah ‘negara’ mereka.Tanah tumpah darah
mereka.Siapa sahaja diantara etnik-etnik Melayu ini yang naik memerintah
sama ada Tunku Abdul Rahman (keturunan Melayu Siam),Tun Abdul Razak
(keturunan Melayu Bugis),Tun Hussein Onn (keturunan Johor-Turki),Tun
Mahathir Mohamad (keturunan Melayu-India Muslim) dan kini Dato Seri
Najib Tun Abdul Razak (keturunan Melayu Bugis),mereka tetap menghormati
budaya tradisi kaum-kaum Bumiputra dan kepercayaan mereka.
Ini
berlainan dengan pemerintah Chaivinis-Rasis-Komunis yang dengan gelojoh
mahu menghapuskan budaya dan agama kaum bumiputra khasnya ORANG
MELAYU-ISLAM.Tulisan Jawi mahu dipadam,azan diperlekeh,perarakan
Maulidur Rasul dibatalkan,gerai-gerai orang Melayu diruntuhkan dan
lagi…lagi dan lagi.Dan ini akan berterusan jika kita masih bermurah hati
memberikan semua hak kita kepada bangsa komunis (bukan semua orang Cina
tetapi orang Cina yang menganut faham Rasis-Komunis) maka tunggulah
saat kepupusan kita kerana KEBODOHAN KITA MEWARISI TABIAT PAK KADUK
MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI.Perhatikan gelagat orang-orang Melayu yang
terkinja-kinja bersorak seperti monyet dan beruk ketika berdemonstrasi
atau ketika pilihanraya.Habis sesuatu isu atau pilihanraya,yang untung
adalah bangsa asing.
Tiada di antara etnik-etnik Melayu ini yang
berusaha mengaku merekalah etnik terhebat dan menjadi akar kepada bangsa
Melayu.Tiada pula etnik Boyan mengaku merekalah asal-usul Melayu dan
sebenarnya orang Nusantara adalah “rumpun Boyanlah”.Atau orang
Mendailing mengatakan raja-raja Melayu sebenarnya beradatkan raja-raja
Mendailing atau raja Batak.Etnik Jawa yang pernah membina kerajaan yang
hebat itu juga tidak pula berusaha ‘menjawakan’ seluruh
Nusantara.
Tambahan pula,tiada di antara mereka yang mendakwa Inggerislah
yang me’Melayu’kan orang Nusantara atau Malaysia.Rumpun Nusantara di
sebelah Indonesia hanya menganggap Malaysia adalah agenda British namun
bukan mengatakan Melayu itu agenda British,kerana sejarahwan mereka tahu
betapa bersejarah dan agungnya nama ‘Mala-yu’ itu.Ini kerana kerajaan
yang dirujuk sebagai ‘Melayu’ atau menggunakan nama Melayu seperti
Empayar Srivijaya,Kerajaan Malayu dan Kerajaan Dharmasraya adalah
SEBAHAGIAN DARI SEJARAH INDONESIA!
Ini berlainan pula dengan
sesetengah orang yang mendakwa ‘rumpun’ dialah yang merupakan asal-usul
orang Melayu malah mengatakan bahawa nama ‘Melayu’ itu adalah ciptaan
Inggeris!Ini amat melucukan kerana nama ‘Melayu’ ini benar-benar ada
dalam rekod China dan India purbakala (ini belum lagi rekod Eropah,Arab
dan tamadun-tamadun lain),manakala nama ‘Siam’ itu hanya wujud dalam
kitab-kitab kuning bertulisan Jawi dan berbahasa Melayu.Dalam hal ini
sudah tentu bukan sahaja sejarahwan Malaysia malah Indonesia juga
berlepas tangan dari cerita sejarah ditahap komik Naruto yang cuba
diketengahkan oleh pihak-pihak yang berkenaan.Malahan sejarahwan Thai
yang pening dengan cerita fantasi Ramkhamhaeng juga menepuk dahi setelah
mendengar komik manga dari ‘bangsa Harimau’ yang lebih kurang sama
dengan utopia Sukhothai dan batu bersurat Ramkhamhaeng.
Begitu senang
orang dijadikan bangsa lain hanya dengan mendengar cerita-ceriti yang
diselitkan beberapa fakta sejarah yang diubahsuai.Jika bukan tema ‘Siam’
pun,jika ada pihak yang mendakwa dahulu semenanjung ini milik kerajaan
Planet Zargus misalnya,siap ada kitab bernama ‘Undang-undang Zargus’
(UUZ) dan mendakwa dahulu penduduk Nusantara adalah rumpun Zargus,sudah
tentu ada orang Melayu yang merasakan dirinya adalah dari rumpun Zargus
akibat cetek dalam ilmu sejarah bangsanya.
Ini adalah orang yang tiada
jatidiri dan identiti.Cepat goyang apabila ditunjal.Belum berpencak
sudah mengalah.Ini bukan keturunan pendekar atau bangsa Harimau.Dia
mungkin berasal dari The Planet of The Apes.Oleh itu penting untuk
memiliki ‘intuisi’ Kemelayuan sendiri jika tidak mahu ditukar kepada
bangsa lain secara mendadak,tidak kira bertukar menjadi
Siam,Thai,Filipino,Cina,India atau menjadi ‘Mat Salleh’ (kerap terjadi
di kalangan Elit Melayu dan ahli korporat Melayu).Atau
sekurang-kurangnya anda boleh “Bertukar!” menjadi Gaban.
Oleh itu
teramatlah penting bagi kita untuk mempelajari warisan bangsa
kita,meneliti prasasti-prasasti,manuskrip dan tinggalan nenek moyang
kita dan memahami bahawa Melayu itu tiada sempadan negara.Alam Melayu
adalah katakuncinya bagi kita untuk mengelakkan secara tidak sedar
bertukar menjadi pencacai kepada sejarah orang lain atau kepada sejarah
fantasi orang lain.
Legenda Kaundinya dan Soma
Di dalam ATBM VIII
“The Land of The Gods” telah diselitkan sejarah kewujudan sebuah
kerajaan purba Funan.Funan adalah sebuah kerajaan yang wujud di
Indochina dan pengaruhnya mencapai seluruh Kemboja,sebahagian Vietnam di
kanan dan Thailand di kiri dan sehingga negeri-negeri Melayu utara
semenanjung.Tidak diketahui sejak bilakah kerajaan Funan ini sudah wujud
tetapi ia dikesan dalam rekod China seawal 1 Masehi lagi!Funan juga
dikesan menjalankan perdagangan dengan negara-negara luar sejauh Empayar
Rom berdasarkan bukti-bukti arkeologi.’Fu-nan’ (Fou-Nan) adalah sebutan
dalam lidah orang China di masa itu.
Orang Khmer menyebutkan sebagai
Nakhor Phnom dan Dai-Viet menyebutnya sebagai Phu Nam.Funan atau Phnom
ini bermaksud ‘gunung’ dalam bahasa Melayu Standard di mana ia adalah
perubahan beribu tahun dari kata asalnya ‘gnom’(Melayu Kuno).’Funan’ ini
juga adalah saduran dari kata ‘penan’ yang bermaksud ‘puak gunung’
(perhatikan kaum Penan yang dikategorikan sebagai Dayak darat manakala
Iban sebagai Dayak laut).
Keselarian kata yang membawa maksud
‘gunung’ ini antara orang Khmer dan Melayu ini adalah kerana pada zaman
dahulu orang-orang Melayu,Mon dan Khmer mempunyai hubungan erat di
Indochina.’Gunung’ adalah salah satu katakunci tabut rahsia
Melayu.Perhatikan bagaimana pengasas Kerajaan Khmer mempunyai hubungan
terahsia dengan keluarga dinasti Sailendra di Tanah Jawa.Saudara?Anak
angkat?Sepupu?Gabenor?Pegawai?Kita tidak tahu setepatnya.’Sailendra’
adalah bermaksud ‘raja gunung’.
Pengkaji Khmer dan sesetengah pengkaji
Barat menolak teori yang mengatakan keluarga raja Funan melarikan diri
ke Tanah Jawa dan mendirikan dinasti Sailendra di sana.Namun fikirkan
ini,raja-raja Khmer dan orang Khmer sendiri bermati-matian mengaku
bahawa mereka adalah pewaris Funan padahal mengapa Jayavarman II
diberitakan ‘baru pulang dari Jawa’?Aha…prasasti dari kuil purba Khmer
itu tidak dapat disorok kerana ia adalah satu-satunya catatan tentang
Jayavarman II yang dijumpai setakat ini.
Jadi siapakah sebenarnya orang Funan ini?Adakah orang Mon-Khmer atau Malayo-Polynesian?
Orang
Khmer mengaku Funan adalah ‘hak’ mutlak mereka padahal tiada pun
prasasti Khmer yang menyebutkan tentang Funan ini.Ukiran di Angkor Wat
dan Bayon hanya mencatatkan kewujudan kerajaan Champa,satu rumpun dengan
Malayo-Polynesian.Jadi kita perlukan sumber luar dahulu,terutamanya
sumber China yang mula-mula menyedarkan kita tentang kewujudan Funan
ini.
Rekod China yang direkodkan seawal abad ketiga Masehi
mencatatkan satu legenda tentang ‘orang suci’ yang datang ke Kemboja dan
mengahwini puteri tempatan.Seorang pegawai China bernama Rang Tai telah
tiba ke Funan pada abad ke-10 Masehi dan mempelajari kisah tentang
Brahmin yang mengahwini seorang puteri bernama Ye Ye (ada versi lain
menjadi Liu-Ye).Kata ‘Ye Ye’ ini diterjemah secara harafiah kepada
bahasa Inggeris menjadi ‘Daun Kelapa’ padahal sebenarnya ia bermaksud
‘bahagian serat kelapa/tumbuhan yang panjang’ atau dalam istilah hikayat
Melayunya ‘MAYANG MENGURAI‘.Jadi dari sini kita tahu nama gelaran
puteri ini iaitu Puteri Mayang Mengurai,merujuk kepada kecantikan
rambutnya yang panjang bak mayang mengurai.
Dalam legenda yang
dicatat oleh pegawai dari China itu ialah bagaimana Puteri Ye Ye cuba
menyerang perahu atau kapal yang dinaiki oleh Brahmin itu tetapi
kemudiannya Brahmin itu dapat menewaskan puteri tersebut lalu kehandalan
Brahmin itu (dinyatakan Brahmin itu menggunakan kesaktiannya) telah
menawan hati Puteri Ye Ye.Mereka pun berkahwin dan dikatakan warisan
dari keturunan mereka melahirkan raja-raja Funan.Mula-mula kita mesti
faham petunjuk dalam legenda ini.Terdapat dua watak utama dalam legenda
ini yang dikongsi oleh orang Cham dan Mon-Khmer.
Pertamanya watak
‘orang suci’ atau Brahmin yang datang dari negeri luar.Kemudian watak Ye
Ye/Liu Ye iaitu puteri tempatan yang menjadi raja atau pemimpin negeri.
Jika
kita faham plot legenda ini betul-betul,kita akan dapat melihat kod-kod
rahsia di hampir semua legenda Melayu Purba;juga menggunakan plot
cerita yang sama!
Mula-mula kita lihat rekod dari orang Cham
(Champa).Di dalam inskripsi batu bersurat yang bertarikh 657 Masehi
(abad ke-5) yang dijumpai di tapak bersejarah My Son di Vietnam ada
mencatatkan legenda Brahmin dan Ye Ye ini di mana mereka dikenali
sebagai Kaundinya dan Soma.Sebenarnya dalam inskripsi itu tidak
menyatakan nama sebenar puteri ini tetapi setepatnya menghuraikan
sebagai ‘anak perempuan kepada Soma’ di mana Soma itu adalah seorang
‘Raja Naga’.
Bagaimana dengan dari sebelah Khmer?Mereka mempunyai
legenda yang sama namun lebih kuat sebagai cerita rakyat yang popular di
kalangan masyarakat mereka.Orang suci itu dikenali sebagai Preah Thaong
dan Ye Ye sebagai Neang Neak dalam versi Khmer.Oleh kerana orang Khmer
telah mendominasi Kemboja pada hari ini dan berkuasa menuliskan sejarah
mereka dengan lebih meluas maka para pengkaji moden lebih cenderung
menyangka Funan adalah kerajaan orang Khmer.
Tetapi hakikat sebenarnya
bukan sahaja para pengkaji Khmer,malah cendekiawan Barat juga pada hari
ini masih berdebat tentang siapakah orang Funan ini.Ini kerana
kekurangan bukti dan prasasti menyebabkan identiti orang Funan ini masih
samar-samar.Sebahagian cendekiawan Barat seperti D.G.E Hall cenderung
mendakwa orang Funan adalah dari keturunan Melayu sebagaimana orang
Cham.Tetapi ada juga pengkaji seperti Micheal Vickery yang mengatakan
Funan adalah Khmer.
*Lihat kostum orang Mon ini yang bercampur-aduk
dan perhatikan gadis sebelah kiri sekali memakai kain songket seperti
lagak seorang srikandi Melayu.
Mari kita lihat siapakah yang lebih
mempunyai ‘autoriti’ dengan warisan Funan berdasarkan apa yang mereka
ada tentang kisah Funan ini.Orang Khmer mempunyai cerita rakyat
sahaja,namun orang Cham punya prasasti bertulis tentang legenda ini!Kini
dikatakan dijumpai inskripsi Khmer yang mengandungi cerita orang suci
dan puteri ini,namun isi inskripsi itu hanya menyambung motif yang ada
dalam prasasti Cham;di mana di dalam inskripsi Khmer itu menyatakan
bahawa bahawa pemerintah-pemerintah mereka adalah berasal dari Sri
Kaundinya dan anak perempuan Soma.
Mengapa inskripsi itu hanya menurut
motif cerita dalam rekod orang Cham? KERANA REKOD KHMER ITU BERUSIA ABAD
KE 10 MASEHI MANAKALA REKOD CHAM SEAWAL ABAD KE 5 MASEHI.Terima kasih
kepada orang Cham kerana bijak dan rajin menuliskan rekod-rekod.Sebab
itu antara usaha untuk memadamkan sejarah sesuatu bangsa ialah
RAMPAS,MUSNAHKAN ATAU SOROKKAN REKOD-REKOD INI!
*Kompleks My Son di Vietnam
Nasib
baik prasasti Cham dijumpai di Vietnam,jika pengkaji Khmer menjumpainya
di Kemboja silap haribulan batu bersurat itu mungkin dipecahkan.Dan
dengan ini mereka lebih selesa mendakwa Funan benar-benar orang Khmer.
Legenda
ini menjadi cerita rakyat (folklore) dalam masyarakat Khmer sementara
oleh kerana orang Cham tidak bernegara pada hari ini apabila sebahagian
mereka menjadi rakyat Kemboja dan selebihnya menjadi rakyat Vietnam maka
legenda ini semakin dilupakan.Sementara orang Khmer semakin bercerita
ke sana sini tentang legenda cinta Kaundinya dan puteri Soma,orang Cham
semakin tidak mengendahkan cerita PENTING ini.
Namun bangkai gajah tidak
dapat ditutup kerana para pengkaji Vietnam telah menjumpai prasasti
tentang Kaundinya dan Soma di My Son yang merupakan tapak purbakala
orang Cham di Vietnam.Mengapa orang Cham punya cerita ini lebih awal
dari versi orang Khmer?
INI KERANA KERAJAAN CHAMPA SEMPAT SEZAMAN DENGAN ERA FUNAN.
Kerajaan
Champa ketika itu sangat maju,hasil hubungannya dengan Funan dan orang
Champa lah yang mewarisi segala ilmu pengetahuan Funan.Lihat suasana
peperangan di antara Cham dan Khmer yang diukir oleh pengukir Khmer
sendiri di Bayon.
*Relief di Bayon menunjukkan askar Cham (memakai helmet dan membawa perisai) sedang bertempur dengan askar Khmer
Perhatikan
kostum askar Cham berbanding askar Khmer.Askar Cham punya jaket perang
dan helmet (topi besi?) serta perisai panjang.Askar Khmer hanya memakai
kain selempang yang diikat-ikat ke tubuh mereka yang tidak berbaju dan
seolah-olah memakai cawat sahaja. LIHAT,ORANG LUAR MENAFSIRKAN ORANG
MELAYU AMAT MAJU DAN BERPELAJARAN namun hari ini ada orang Melayu
memikirkan bangsanya dahulu adalah bangsa hutan dan gua.Mengapa orang
luar menilai Melayu dalam sejarah mereka dengan begitu hebat dan
maju?
Dan mengapa orang Melayu Malaysia menilai bangsanya begitu rendah
dan menyedihkan?Sehingga ada anak-anak Melayu yang terkekeh ketawa
melihat gambaran Orang Melayu Patani yang memiliki pistol,meriam dan
istinggar oleh pembuat filem Thailand (rujuk filem Queen of
Langkasuka).Perhatikan sekali lagi ukiran ini.Ini bukan diukir oleh
orang Cham atau orang Kedah TAPI ORANG KHMER SENDIRI DI ZAMAN KERAJAAN
ANGKOR ERA JAYAVARMAN VII DI AWAL ABAD KE 13 MASEHI!!
Orang Cham ketika itu masih berbisa kerajaan mereka.
Sebab
itu mereka berjaya menakluk Angkor Wat,menyebabkan raja Khmer lari
membina Angkor Thom di tempat lain.Kenapa orang Cham ini beriya-riya
hendak menakluk Angkor Wat?Sebab ia ibukota Khmer?Kenapa Angkor Wat
masih terpelihara sehingga ke hari ini?Mengapa kota-kota lain
dimusnahkan oleh pihak yang menang berperang di mana-mana sahaja tetapi
ANEHNYA ORANG CHAM INI MENINGGALKAN SAHAJA ANGKOR WAT DALAM KEADAAN ELOK
SELEPAS MENAKLUKNYA?
Kerana di Angkor Wat terdapat warisan
Kemelayuan Funan atau RELIK yang diambil oleh orang Cham,sebagai
mengingati saudara mereka yang hilang!Memusnahkan Angkor Wat bermakna
SAMA SAHAJA DENGAN MEMUSNAHKAN WARISAN FUNAN DAN RAHSIA KEMELAYUAN.
Sekali
lagi,terima kasih orang Cham…anda adalah contoh warisan Melayu yang
bijak…kalaulah Dai-Viet tidak menjadi barbarian menjarah kerajaan
anda,hari ini andalah model Kemelayuan yang agung.
*Pakaian orang
Mon.Orang Mon mempunyai hubungan dengan orang Khmer berdasarkan kelompok
bahasa mereka.Perhatikan bagaimana orang Tai yang datang kemudian
mencedok budaya orang Mon dan Khmer serta satu lagi budaya,iaitu
‘Srivichai’
Funan kemudiannya ditakluk oleh Chenla,satu kerajaan di
utara Kemboja yang asalnya ialah negara naungan Funan.Penaklukan Chenla
ini bukanlah serangan ketenteraan namun lebih cenderung kepada teknikal
sosial dan politik,di mana raja Chenla telah berkahwin dengan puteri
Funan dan sekaligus seluruh Funan di bawah pemerintahan Chenla.Ketika
itu Funan sudah lemah kerana keruntuhan rangkaian perdagangan antara
Empayar Rom,India dan China.
Menariknya Chenla ini memang tidak dinafikan oleh para pengkaji ADALAH KERAJAAN ORANG KHMER.
Chenla
memang tidak diragukan adalah warisan Khmer tetapi bukan Funan,kerana
warisan Funan ini telah dikaji oleh ramai cendekiawan dan mereka
menyimpulkan bahawa budaya Funan adalah ‘campuran kombinasi gaya
Dvaravati dan Malayu’ di mana Dvaravati adalah kerajaan purba orang Mon
dan Malayu adalah kerajaan purba orang Melayu Nusantara yang dikesan
ciri-cirinya muncul di sekitar utara semenanjung dan Sumatera.
Jadi
jika orang Khmer mengatakan raja-raja mereka adalah warisan Funan; INI
MUNGKIN BENAR.KERANA DARAH CHENLA TELAH BERCAMPUR DENGAN DARAH FUNAN
menghasilkan warisan pemerintahan rakyat Kemboja pada hari ini.
Namun
untuk mengatakan bahawa Funan sahaja adalah benar-benar dari orang
Khmer,INI ADALAH FAKTA YANG SALAH.Funan adalah dari keturunan
MALAYO-POLYNESIAN.Hanya orang Cham tahu cerita sebenar tentang saudara
mereka ini.Mereka pernah berkerajaan bersama-sama dan ketika Funan
menjadi empayar,Champa tetap selesa menduduki pantai-pantai Vietnam
tanpa ditakluk oleh Funan.Legenda Funan ada dalam manuskrip Cham dan
diletakkan di tapak yang dipandang suci oleh orang Cham Kuno iaitu di My
Son di Vietnam pada hari ini,di mana My Son adalah kompleks kuil,istana
dan monumen suci orang Cham Kuno (sebelum kedatangan Islam).
Bayangkan
jika terdapat hikayat Melayu yang mengagungkan Shih Huang Ti membina
Tembok Besar China dan karya itu setaraf dengan Hikayat Hang Tuah dan
Sulatus Salatin?Bukankah ini sesuatu yang janggal?Jadi apa motif batu
bersurat yang mencatatkan legenda Brahmin dan puteri Mayang Mengurai di
tempat suci (sacred or holy place) Champa?ADA RAHSIA DI SINI.
Ketika
Funan berkuasa,orang Khmer baru berhijrah ke Indochina dan menubuhkan
kerajaan Chenla.Chenla adalah kerajaan pertama orang Khmer.Chenla adalah
Khmer,Khmer adalah Chenla.Menariknya,para pengkaji bersepakat
menyimpulkan bahawa kerajaan Chenla ini telah menyerap budaya dan kostum
Funan ini ke dalam budaya orang Khmer.Jadi tidak hairanlah jika orang
Khmer bermati-matian mempertahankan bahawa Funan adalah dalam kelompok
Khmer kerana jika dikatakan bahawa Funan itu adalah sekelompok dengan
Cham atau Malayo-Polynesian atau ringkasnya warisan Kemelayuan,maka ini
sudah tentu kurang selesa dan perlu dielakkan dalam penulisan sejarah
orang Khmer.
Sejarah Chenla menyerap seluruh peradaban Funan adalah fakta
sejarah yang tidak boleh dipertikaikan.Namun bagaimana Chenla boleh
dipastikan sungguh-sungguh bercirikan Khmer manakala Funan sehingga ke
hari ini masih diperdebatkan identitinya?Padahal Chenla pernah dinaungi
oleh Funan?Tiadakah prasasti Chenla yang menyatakan Funan adalah
benar-benar kerajaan orang Khmer,seperti dirinya?Ya,memang tiada. TIADA
PRASASTI CHENLA YANG BERKONGSI SUKA-DUKA FUNAN.
YANG ADA ADALAH PRASASTI CHAM,YANG MELETAKKAN LEGENDA FUNAN SEBAGAI SESUATU YANG AMAT DIHORMATI,SESUATU YANG AMAT DIKENANG.
Orang Suci Dan Tempat Menyimpan Rahsia
Siapakah
orang suci itu?Dalam teks tertua yang menceritakan legenda orang suci
yang berkahwin dengan puteri tempatan ini,menyatakan nama orang suci ini
adalah BRAHMA.Ini adalah nama dalam bahasa Sanskrit.Variasi nama ini
menjadi ‘Brahmin’ iaitu telah diterjemahkan sebagai golongan pendeta
Vedic.
Brahma adalah tatabahasa Sanskrit yang diadaptasi dari struktur
bahasa Aryan Purba.Kata ‘Brahma’ berasal dari kata ‘ABRAHM’ di mana
dalam struktur Sanskrit huruf ‘a’ dihadapan telah dipindahkan ke hujung
perkataan.Jadi kata asalnya kemungkinan besar adalah ‘Abrahama’ namun
loghat Sanskrit menyebutkan kata ini dengan menghilangkan ‘a’ dipangkal
kata dan lama kelamaan meringkaskan kata ‘Brahama’ ini menjadi ‘Brahma’.
(Ingat,Sanskrit
adalah sekelompok dalam kelompok bahasa Indo-European sekelas dengan
bahasa Inggeris,jadi Abraham,Abrahama dan Brahma adalah struktur yang
saling berkait.Ini berlainan dengan bahasa Semitik seperti
Aramaik,Ibrani dan Arab,contohnya Arab menyebutnya sebagai
‘Ibrahim’,perhatikan sebutan pada pangkal kata ‘i’ berbeza dengan ‘a’
yang dilafazkan dalam bahasa Inggeris yang satu ‘keturunan’ dengan
bahasa Aryan dan Sanskrit)
Dan ini telah disahkan oleh pakar bahasa Sanskrit dan pandit-pandit Hindu.
Anda nampak rahsia ini?
Sampai
di sini,jika kita telah ada ‘visi’ sebagai DARAH KEMELAYUAN,kita akan
mengenal siapakah moyang kita ini,walaupun cuba menyorok dalam pelbagai
legenda dan nama.Hanya mereka yang punya ‘darah naga’ sahaja akan
menyelinap intuisi yang menyentap.
Hanya yang benar-benar mengalir
‘darah naga’ di dalam pembuluh darahnya sahaja akan dapat menghidu
misteri susurgalurnya yang sebenar.
Yang tidak mempunyainya walaupun
mengaku bangsa Naga,bangsa Ular,bangsa Harimau,bangsa Singa mahupun
bangsa Monyet dan Beruk…akan terkeliru dan menjadi pencacai kepada
sejarah orang lain yang sama ada yang fantasi atau realiti.Tidak sampai
seminit seluruh nama bangsa dan jatidirinya menjadi sakibaki dan sisa
kekotoran sejarah orang lain yang bukan pun dari rumpunnya.
Namun
orang Melayu dengan warisan KeMelayuannya yang agung tidak perlu mengaku
sama sekali sama ada mereka dari bangsa haiwan-haiwan di atas.Mereka
adalah dari bangsa Manusia yang punya jatidiri dan identiti
sendiri.Bukan dari Xian,bukan dari Yunnan…bukan dan bukan.Berfikirlah 10
kali sebelum mengaku anda berasal dari Yunnan kerana sejarah anda
tidaklah sefantasi itu jika anda benar-benar berdarah
Melayu.Tai,Viet,Burma dan Mon-Khmer telah dibuktikan secara linguistik
dipengaruhi budaya dan gaya Sino-Tibetan seperti Kantonis dan Mandarin,
TETAPI BUKAN BAHASA MELAYU YANG MISTERI INI.
Sebab itu pakar bahasa
mengelaskan bahasa Melayu menjadi satu kelas dunia yang
tersendiri.Bahasa Melayu adalah salah satu kelas bahasa utama dunia
iaitu istilah saintifiknya sebagai MALAYO-POLYNESIAN.Kini ia disebut
sebagai Austronesian kerana pengkaji mendapati bahasa asli Taiwan iaitu
dipanggil bahasa Formosan rupa-rupanya termasuk dalam laras bahasa
Melayu!Adakah orang Melayu Nusantara ini telah belayar hingga ke
Taiwan?SUDAH PASTI YA!DAN BUKAN ITU SAHAJA MALAH MEREKA PERNAH SAMPAI KE
JEPUN!!
Satu puak Asli Jepun yang ditemui di sebuah kawasan tasik
telah dikaji oleh para penyelidik Jepun dan Barat dan mereka mendapati
terdapat beberapa perkataan mereka yang sama dengan bahasa Melayu
seperti ‘mata’ dan ‘batu’.Dan ingat sebelum migrasi bangsa Yamato
(bangsa asas Nippon atau Jepun moden pada hari ini) ke pulau-pulau
Jepun,para penyelidik sudah dapat ‘menghidu’ gaya budaya bangsa asal
kepulauan Jepun yang menyerupai kaum-kaum Malayo-Polynesian.
Satu
daripada puak asli Jepun yang dikenali ialah puak Ainu.Puak Ainu ini
amat misteri kewujudannya.Sebelum ini ramai pengkaji menyangka mereka
adalah dari keturunan Eropah,namun kajian genetik mendapati mereka
mempunyai kaitan dengan puak-puak Eskimo dan Alaska.Dan jika mengkaji
tentang orang Eskimo,hanya dua bangsa di dunia ini diketahui mempunyai
‘penyakit’ genetik LATAH,iaitu Melayu dan Eskimo!
Dari Afrika
(Madagaskar) hingga ke Tanah Kanaan dan Babilon,ke India,Sri Lanka
hingga ke Taiwan dan mencapai Jepun.Dari sini ke pulau-pulau Pasifik
sejauh Hawaii dan mencapai pantai Amerika (?).Sebab itu anak kapal
Magellan terpaksa ‘memaksa’ Hitam a.k.a Enrique menjadi kapten mereka
supaya membawa mereka pulang ke Sepanyol.Jika Hitam tidak
bersetuju,sudah pasti anak-anak kapal Sepanyol yang masih tersadai ini
turut dibunuh oleh Humabon dan Lapu-Lapu;puak-puak Malayo-Polynesian
Filipina yang tengah mabuk darah ketika itu yang sebelum itu telah
membunuh Magellan.Hitam telah memandu kapal-kapal Magellan pulang ke
Eropah merentasi Lautan Pasifik dan Benua Amerika.Begitu indahnya masa
silam orang Melayu.
Begitu gigih mereka pada ketika itu.Jauh perjalanan
luas pemandangan.Moyang kita rupanya minat mengembara dan belayar.Ombak
laut dan lambaian pohon nyiur bagaikan kanvas bisu yang melukiskan pahit
manis sejarah kehidupan mereka.
‘Darah naga’ hanyalah istilah
raja-raja sahaja.Darah ULAR BESAR atau NAGA ini tercantum dalam
peribahasa lama Melayu,”Tidakkan hilang bisa ular yang menyusur akar”.
Orang
yang benar-benar Melayu tidak akan hilang bisa Kemelayuannya walaupun
merentasi waktu beribu tahun.Mereka tidak akan tiba-tiba berubah menjadi
Siam,Cina atau kaum lain secara tiba-tiba,kecuali menjadi seperti
‘Tipah Tertipu’ yang diperdaya oleh orang lain yang ada agenda
sendiri.Mereka yang tidak punya kesedaran identiti ini akan hilang bisa
Melayunya bersalin kulit menjadi Siam-Islam,Siam Perut Hijau,Cina
Yunnan,Cina Xian atau apa sahaja termasuk menjadi ‘Mat Salleh’.
Berbalik
kepada kisah orang suci tadi,kita tahu sebahagian rahsia dia.Kita tahu
kisah cintanya.Tidak perlu malu dan segan dengan anak cucu.Anak cucu
akan korek rahsia moyang habis-habisan!
Mari kita siasat.Dalam
hikayat raja-raja Melayu dalam Sulatus Salatin,ada diceritakan tentang
keturunan raja-raja Melayu yang berasal dari Sang Sapurba,satu watak
agung dalam sejarah Melayu yang berasal dari kisah tiga orang putera
luar yang bertemu dengan dua orang gadis petani iaitu Wan Empuk dan Wan
Malini.Dua putera raja itu akhirnya berkahwin dengan Wan Empuk dan Wan
Malini manakala yang bongsu yang bernama Nila Utama yang bergelar Sang
Sapurba (versi A.Samad Ahmad mengatakan Nila Pahlawan bergelar Sang
Sapurba) berkahwin dengan Wan Sendari iaitu anak kepada Demang Lebar
Daun,penguasa tempatan.
Kita tinggalkan pihak di sebelah Demang Lebar
Daun,Wan Empuk-Wan Malini dan Wan Sendari (perhatikan pangkal nama Wan
ini telah digunakan di Sumatera,kaji kaitannya dengan keturunan Wan di
Perak dan Kelantan hari ini).Ini adalah keturunan Nusantara asli.Yang
ingin kita sentuh ialah ‘raja-raja’ luar itu.
Jika kita hayati
keturunan Sang Sapurba ini,mungkin kita akan amat-amat keliru dengan
campuran keturunan yang pelbagai seperti yang didakwa oleh Krisyna
Pendita,Nila Pahlawan dan Nila Utama itu.Perhatikan petikan dari
Sulalatus Salatin dalam Cetera Kedua:
“Adapun nama kami dan
bangsa kami bukannya daripada bangsa jin dan peri.Bahwa kami ini bangsa
manusia;asal kami daripada anak cucu Raja Iskandar Zulkarnain,nisab kami
daripada Raja Nursyirwan Adil,raja masyrik dan maghrib,dan pancar kami
daripada Raja Sulaiman alahissalam…”
Jika kita selidiki,Zulkarnain
adalah gelaran kepada kepada Raja Cyrus The Great dan ada yang merujuk
kepada Alexander The Great.Dalam Sulatus Salatin diceritakan Raja
Iskandar telah menakluk Raja Kinda Hindi.Dalam sejarah penaklukan
Alexander The Great,kita tahu bahawa raja itu pernah menyerang utara
India.Namun Cyrus The Great juga pernah menawan wilayah India seperti
Gandhara (di Pakistan kini).Raja Nursyirwan Adil kemungkinan raja-raja
Parsi.Salah seorang anak raja Suran dirajakan di Amdan Nagara dan ini
merupakan nama Melayu kepada Hamadan di Iran kini.
Raja Suran adalah
keturunan Raja Iskandar Zulkarnain.Raja Suran ini seringkali disamakan
dengan Raja Chola yang menyerang pelabuhan-pelabuhan Srivijaya.Raja
Zulkarnain ini pula dikatakan berbangsa Rum dari negeri Makaduniah
(Makaduniya adalah Macedon di Greek sekarang).Terdapat kepincangan
maklumat dari segi kronologi sejarah dan genetik di sini.Dan ini membuka
tembelang sebenar para penyelenggara teks-teks Sulalatus Salatin yang
terdiri dari para orientalis Inggeris.
Jadi adakah Raja Chola ini
berketurunan dari Alexander The Great?Ini adalah amat menghairankan dan
setengah melucukan kerana kita tahu Raja Rajendra Chola adalah dari
dinasti pemerintah selatan India.Chola adalah dari puak
Dravidian.Pengaruh Hellenestik atau Seleucid dari Empayar Alexander ini
tidak sampai sejauh selatan India.Pengaruhnya cuma negeri-negeri utara
India,Afghanistan dan Iran.Selepas itu ada pula nama Raja Sulaiman
alahissalam.Ini sudah tentu Nabi Sulaiman a.s yang juga Raja Israel Raya
(961-922 Sebelum Masehi) yang mewarisi penyatuan Israel dan Judah oleh
bapanya Daud a.s.Sulaiman a.s adalah anak kepada Daud a.s dan
Bathsheba.Mereka adalah keturunan Bani Israel.
Jadi bagaimana
ini?Nampaknya Sang Sapurba ini punya darah campuran Hindi,Greek,Parsi
dan Yahudi (bani Israel)!Benarkah begitu?Kita perlu meneliti semua
petunjuk ini satu persatu.Jangan pula jadi sesetengah pihak yang
mendakwa Zulkarnain itu berbangsa Siam dari Xian di China pula.Siam
adalah etnik baru wujud sebagaimana Tai ketika migrasi mereka ke
Indochina.Terma ‘Siam’ ini dipopularkan oleh kerajaan Ayutthaya.Sebelum
kewujudan Ayutthaya,tiada etnik Siam ini.
Siam adalah Ayutthaya,Ayutthaya
adalah Siam.Siam adalah istilah sosio-politik kepada Ayutthaya dan
negeri-negeri naungannya.Siam juga lebih kepada nama dinasti
Ayutthaya,sebab itu dinasti yang merampas Ayutthaya membuang nama Siam
ini dan menggantikan kepada Thai sebagai contoh ‘Thailand’.Jangan
terperangkap dengan dalih bahawa sejarah kita kononnya khayalan dan
terpaksa menerima sejarah orang lain yang juga rupanya sengaja
direka-reka malah bertahap superkhayalan. KITA KENA BERHENTI SEJENAK DAN
KAJI DAHULU.FIKIR DAHULU.Jangan gelojoh terburu-buru menjadi pencacai
sejarah orang lain.
Sulalatus Salatin telah disunting oleh orientalis
seperti Shallabear,Winsted,Dulaurier dan Maxwell.Tidak dinafikan mereka
telah ‘menambahbaik’ kitab purba orang Melayu ini.Antara penambahbaikan
mereka ialah kata ‘Makaduniah’.Ini terjadi ketika proses suntingan,
mereka menyangka Raja Zulkarnain yang menyerang India itu mungkin
Alexander The Great dari Macedon.Jadi dinyatakan Raja Iskandar
Zulkarnain dari Makaduniah.Walhal Cyrus The Great pernah menyerang
sehingga ke Gandhara dan dari sini mereka menyebarkan budaya,bahasa dan
tulisan Aryan seperti Brahmi dan kesusasteraan Sanskrit ke Benua India
(Sulalatus Salatin menyebutnya sebagai Benua Keling).
Ada istilah ‘Rum’
dalam kitab ini.Sebenarnya orang Melayu dahulukala menyebutkan sama ada
budaya keParsian,Hellenistik (Greek) atau budaya Empayar Rom sebagai
‘RUM’ sahaja.Jadi kita boleh buang ‘Greek’ dari senarai keturunan
campuran Sang Sapurba.Tinggal Parsi,Hindi dan Yahudi.Parsi dan Hindi
adalah petunjuk kepada budaya Vedic.Ingat,dalam ATBM II,kita telah
belajar tentang kaitan nama Mala-Yu dengan budaya Avestan-Vedic.Suffix
-Yu adalah tambahan bagi kesusasteraan Avestan-Assyria kepada cara
berfikir atau jenis budaya.Bangsa Media (Ingat kisah Nabi Syuaib dan
kaum Madyan?),salah satu bangsa asas bangsa Iran telah digelar sebagai
‘Mada-Yu’ dalam kesusasteraan Avestan-Assyria dari kata asal
‘Mada’.
Perkataan ‘Mala’ itu sendiri ada dalam kosakata bahasa Ibrani
(Ancient Hebrew)!Dalam Ibrani,’Mala’ bermaksud
‘memenuhi’,'menyelesaikan’ atau ‘mengabulkan’.Bukan itu sahaja,terdapat
Mala lelaki (Male of Mala) dan Mala perempuan (female of Mala).Jantina
perempuan bagi Mala dinamakan Malayah (Meleah) dalam Ibrani Kuno!
Mari kita susun kembali semua ‘puzzle’ ini!
Tiga bangsa campuran Sang Sapurba,yang datang ke Nusantara dan mengahwini Wan Sendari,anak Demang Lebar Daun.
1-Hindi
2-Parsi
3-Bani Israel
Hindi
dan Parsi adalah katakunci kepada budaya Vedic di mana terdapat ajaran
Veda dan Avesta.Bahasa Sanskrit (bahasa suci ajaran Veda) adalah saduran
dari bahasa Avesta dan Agatha (ajaran Zoroester Aryan).Ajaran Veda ini
mengandungi tinggalan agama Ibrahim (Ingat,agama berhala Hindu amat jauh
dan berbeza dari makna-makna tersirat dalam ajaran Veda yang suci dari
tangan-tangan penyembah berhala).
Brahma adalah Ibrahim dan Saras (juga
digelar Saraswati di mana ‘wati’ adalah suffix) adalah Siti Sarah!Ini
dijelaskan oleh sarjana Sanskrit iaitu Vidyarthy (seorang maulana muslim
yang pakar dalam kitab Veda) dan beliau pernah berdebat dengan golongan
elit Brahmin Hindu yang bergelar Pandit dari aliran Brahma Samaj
tentang rahsia kitab-kitab Veda ini.Akhirnya para Pandit ini meminta
maulana ini meneruskan penggalian rahsia Veda yang mereka sendiri tidak
tahu selama ini!!
Jadi ini membawa kita kepada bayang-bayang Ibrahim a.s!
Jadi apa kaitan dengan Bani Israel?
Nabi
Ibrahim a.s digelar Bapa Kepada Segala Bangsa.Nabi Ibrahim menurunkan
tiga bangsa;Bani Israel (The House of Israel),Bani Ismail (The House of
Ishmael) dan bangsa misteri ini,Bani Jawi (The House of Jawi).
Inilah pembayang kepada bangsa-bangsa dalam perlambangan Sang Sapurba!
Dalam
hikayat Melayu ini kita dapati Sang Sapurba telah mengahwini puteri
tempatan,Wan Sendari.Raja Suran pula mengahwini Dara Segangga,seorang
kerabat diraja Gangga Negara (kerajaan ini dikesan terdapat di sekitar
Dinding dan Beruas dan melangkaui pengaruhnya sejauh Bidor di Perak) dan
Onang Kiu,seorang puteri kerajaan purba orang Mon (Gelanggi adalah nama
Melayu bagi Klang Kio,sebuah kota orang Mon.
Ada pendapat mengatakan ia
terdapat di Johor.Namun ada bukti mengatakan ia terletak di
Pahang).Tinggalan saki-baki orang Mon ini adalah puak-puak Orang Asli
seperti Senoi dan Jahai.Ingat,ini bukan kerajaan Siam Ayutthaya atau Tai
Ramkhamhaeng.Ini adalah kerajaan purba orang Mon.Orang Mon dan Melayu
hidup secara harmoni pada zaman purba,jauh sebelum kewujudan kaum Tai
versi Ramkhamhaeng dan Siam versi Ayutthaya.Perhatikan kostum orang Mon
yang mirip Melayu.Mereka ibarat ‘Baba dan Nyonya’ pada zaman
purbakala.Mereka pandai menyerap budaya Malayo-Polynesian.
*Kanak-kanak Mon dengan pakaian tradisi mereka
Terlanjur
bercakap tentang puak-puak Orang Asli di Malaysia,kita kena faham
terdapat dua kategori dalam masyarakat Orang Asli berdasarkan bahasa
mereka.Pertamanya kategori Aborogine Malay,di mana bahasa mereka lebih
dekat dengan bahasa-bahasa Malayo-Polynesian.Contohnya
Jakun,Temuan,Orang Kanaq,Orang Kuala dan Seletar.Kedua,kategori
Aslian,di mana bahasa mereka lebih dekat dengan laras bahasa
Mon-Khmer.Puak-puak Orang Asli dalam kelompok ini ialah seperti
Temiar,Senoi,Jahai,Mah Meri,Semang dan Jahut.Jadi FIKIRKAN,BAGAIMANA
BAHASA ORANG SENOI DAN TEMIAR INI MEMPUNYAI PERSAMAAN DENGAN KELOMPOK
BAHASA MON-KHMER?
Jawapannya,mereka pernah datang sejauh tanah
semenanjung ini.Bukan sekadar di Indochina sahaja (kini majoriti orang
Mon terdapat di Burma dan ada yang menetap di luar negara).Namun nasib
baik orang Jakun dan Temuan berbahasa Malayo-Polynesian,nanti jika semua
Orang Asli Malaysia berbahasa Mon-Khmer,sudah tentu para
Rasis-Komunis-Chauvinis akan mengatakan orang Melayu benar-benar
pendatang dan merampas Malaysia dari tangan orang Mon.
Jadi tugas Jabatan
Hal Ehwal Orang Asli yang amat penting ialah menjaga orang
Jakun,Temuan,Seletar dan seumpamanya sebagai bukti terdapatnya aborigine
Melayu yang punya hubungan linguistik dan budaya dengan Melayu-Melayu
lain yang lebih terbuka sifatnya seperti Kedah,Johor,Jawa,Minang,Bugis
dan sebagainya.Jadi mereka tidak boleh ‘menghalau’ orang Melayu begitu
sahaja dan mendakwa bumiputra sebenar ialah Orang Asli.Orang Jakun ini
nak campak mana?Sebab itu dakwaan mereka ini bersifat rasis dan tidak
berpelajaran.
Orang Han dan Monggol boleh menghalau orang Tai dan
Dai-Viet dari wilayah-wilayah mereka sehingga berebutkan tanah-tanah
yang asalnya milik kaum-kaum Malayo-Polynesian.Tetapi mereka tidak boleh
menghalau orang Melayu begitu sahaja dari bumi tanah tumpah darah ini
pada hari ini.Ideologi komunis mereka tidak boleh terpakai di sini.Jika
golongan komunis ini masih berkokok,baik buang mereka semua ini ke
Thailand dan merasa di’Thai’kan oleh Raja Thai yang memang menyimpan
dendam dengan orang Han yang menghalau kaum mereka dahulu dari wilayah
Xian,tempat asal etnik Tai.
Kini ada kelompok yang mendakwa diri
mereka sebagai Siam Ayutthaya ingin pula menghalau orang Melayu ke
daerah Xian dan Yunnan.Orang yang masih berdegil membanggakan keturunan
dan menghina orang Melayu yang baik hati memberikan tempat tinggal
kepada mereka ini patut dicampak ke halaman istana Raja Thai.Silap
haribulan Raja Thai (yang tengah berusaha menjaga sejarah fantasi mereka
dari terbongkar) ini akan mengarahkan agar mereka ini dipijak-pijak
oleh gajah diraja.Ketika ini barulah terkocoh-kocoh mahu bersyukur
kepada Ilahi dan terbayangkan saudara-saudara Melayu mereka yang asyik
mengalah dengan telatah mereka dan setia mendengar luahan hati mereka
diburu Raja Thai pada waktu silam.
Lihat rahsia ini.
Sang Sapurba
dan Raja Suran dikatakan datang dari luar dan ada kaitan dengan budaya
Vedic.Kedua-dua mereka menjalinkan perkahwinan dengan puteri-puteri
Nusantara.
Semak kembali kisah Kaundinya dan Soma!
Kedua-duanya,orang Malayo-Polynesian dan Mon-Khmer punya legenda orang suci dari luar yang mengahwini puteri tempatan.
Dan hikayat-hikayat Melayu menyebutkan kisah yang sama!Bentuk yang sama!’Pattern’ yang sama!
APA MAKSUD SEMUA INI??
Biar
kami beritahu rahsia ini.Semua kaum-kaum terawal di Nusantara punya
legenda atau kisah rakyat tentang perkahwinan orang luar dan puteri
tempatan,dan anehnya kesemua mereka punya plot cerita yang sama
seterusnya;mengaku hasil dari perkahwinan ini melahirkan keturunan
raja-raja mereka!!!
Jadi apakah sebenarnya yang ingin diberitahu oleh legenda ini??
SEBENARNYA MEREKA SEDANG BERCERITA TENTANG PERKAHWINAN IBRAHIM a.s DAN SITI KETURAH DALAM PELBAGAI VERSI CERITA RAKYAT!!
Jadi bukti seterusnya ada tersimpan di tangan Bani Israel,dirakam dan dikenang-kenang di dalam kitab-kitab purba mereka!
“Abraham
took another wife, whose name was Keturah.She bore him Zimran, Jokshan,
Medan, Midian, Ishbak and Shuah.Jokshan was the father of Sheba and
Dedan; the descendants of Dedan were the Asshurites, the Letushites and
the Leummites.The sons of Midian were Ephah, Epher, Hanoch, Abida and
Eldaah. All these were descendants of Keturah.”
(Genesis 25:1-4)
“Abraham
left everything he owned to Isaac.But while he was still living, he
gave gifts to the sons of his wife and sent them away from his son Isaac
to the land of the east”
(Genesis 25:5-6)
Pembukaan Kepada Rahsia ‘Darah Naga’
Cerita
tentang ‘Darah Naga’ memakan ruang yang besar jika dihuraikan
satu-persatu.Ini kerana ia berhubungkait dengan pelbagai mitos yang
dikongsi oleh Tamadun China,Firaun Mesir dan Kabbalah Yahudi.Sebagaimana
legenda Ibrahim (Brahmin) dan Keturah (Puteri Mayang Mengurai/Puteri
wangi-wangian) yang dikongsi oleh budaya Mon-Khmer dan Cham,kisah ‘Darah
Naga’ ini terdapat dalam kesusasteraan Mesir Purba,mitos masyarakat
China dan kultus-kultus mistik Kabbalah!
Dan rahsia ‘Darah Naga’ ini tidak boleh dibuka sewenang-wenangnya. IA ADALAH RAHSIA DALAM RAHSIA.
Shriners bertahap 33rd degree pun tidak mengetahui asal-usul ‘Darah Naga’ ini.
Sebelum
rahsia dibuka,kami ingin beritahu buat kesekian kalinya, BAHAWA MELAYU
ITU BUKAN YAHUDI ATAU DARI BANI ISRAEL.Tetapi jika ada golongan Bani
Israel yang datang ke sini,mereka telah terserap menjadi Melayu
sepertimana orang India (keturunan Pakistan,Benggali,Urdu,Hindi,Tamil
dll) yang berkahwin dengan orang Melayu cenderung menjadi Melayu di
Nusantara ini (menjadi satu lagi cabang Melayu iaitu golongan Mamak atau
Mamu dan Mami).Melayu (Jawi) dan Yahudi (Israel) adalah dari berlainan
keturunan tetapi ada hubungan jauh.
Dan ada dua ‘jenis Melayu’.Satu
adalah Melayu hasil perkahwinan Abrahama (Ibrahim a.s) dan Keturah
(Orang Yahudi menggelarkan beliau sebagai Wangi-wangian,Khmer
menggelarnya sebagai puteri naga,tradisi Melayu Cham menggelarnya MAYANG
MENGURAI),dan satu lagi adalah Melayu Kuno Nusantara,yang dahulunya
bergelar ‘Darah Naga’.Ia adalah dari keturunan sebelah ibu Melayu
Moden,Siti Keturah (Melati/Damar Wangi/Ye Ye/Mayang Mengurai).
Tradisi
Yahudi Kuno menyebutnya sebagai Leviathan ( L’V’Th’N),Ular Besar yang
berenang di Laut Merah (Giant Serpent).Ia adalah raksasa laut atau
digelar sebagai Draken.Kod Warna untuk menggambarkan legenda ini adalah
hitam dan merah.Ini adalah warna di atas Aziluth dalam mistik Kabbalah
Tree of Life “Pohon Kehidupan”.Ia adalah Sacred of Binah.Bermula dari
warisan The Giant Serpent ini muncullah pelbagai kepercayaan karut
Kabbalah,sehingga sampai penyembahan kepada Pentagram dan Sabbatical
Goat;Baphomet.
Terdapat satu ritual yang dinamakan Rite of
Vampire.Semuanya berkaitan Dragon Blood sebagai ‘The Royal Blood of
Kings’.Namun tradisi Kabbalah Yahudi membuatkannya menjadi ramuan kepada
mistik sesat yang menyeramkan.
Menariknya Kabbalah Yahudi
menggunakan mantera-mantera dalam bahasa Mesir Kuno untuk menjalankan
ritual paling gelap dan terahsia mereka.Contohnya,mantera untuk
membangkitkan ‘MIND’S EYE’ dalam tubuh menggunakan mantera:
“Ti Ah Maat!”
Mantera
ini dizikirkan (chanting) sehingga kuasa itu bangkit menyelubungi
diri.Ketika para rahib Kabbalah sedang bertafakur di hadapan berhala
Ular Besar mereka,mari kita perhatikan rahsia dalam mantera ini.
‘Ti
Ah Maat’ di mana ‘Maat’ bermaksud ‘Mata’ (ingat petunjuk dalam The
Egyptian Book of The Dead).Mantera ini adalah untuk membangkitkan
‘penglihatan minda’.Ini dinamakan nama sfera:Kether.
Terdapat nama sfera
lain yang aneh,iaitu Daath.Daath adalah bererti ‘royal edict’ iaitu
‘gelar diraja’ dalam bahasa Ibrani Kuno (ingat Darth Vader?Setiap
gelaran Darth dalam filem Starwars merujuk kepada gelaran elit golongan
Darkside Force,Darth di dalam filem ini diambil dari kata Daath/Dath
dalam bahasa Ibrani/Hebrew).Perhatikan persamaan kata ‘Datu/Dato’ dalam
budaya Melayu dengan ‘Daath (disebut ‘Dat’) dalam budaya Ibrani
Kuno.Perhatikan kata ‘Maat’ (disebut ‘Mat’) dalam bahasa Mesir Purba
dengan ‘Mata’ dalam bahasa Melayu.Dalam tatabahasa Ibrani huruf ‘u’
dihujung ‘Datu’ hilang dan mereka menyebutkan sebagai ‘Dat’ sahaja.Mesir
Purba pula menghilangkan huruf ‘a’ dihujung kata ‘Mata’ dan menjadi
‘Maat’ (sebutan ‘Mat’).Cuba anda sebut ‘MatHeru’ berulangkali.Rasakan
persamaannya dengan kata ‘Matahari’ (Heru adalah nama asal dalam bahasa
Mesir Purba manakala orang Barat menyebutnya sebagai Horus).
Maat Heru=Mata Heru=Mata Horus=Mata Hari.
Mengapa
Kabbalah Yahudi menyebutkan mantera agama sihir mereka di dalam bahasa
Mesir Purba?? INI KERANA BAHASA MESIR PURBA ADALAH BAHASA SUCI AGAMA
SIHIR KABBALAH!
Dan bahasa suci ini dipengaruhi ‘BAHASA NENEK MOYANG DI THE LAND OF GODS,PUNT!
Tanah
Punt digelar sebagai ‘Sun God Land’.Ini kerana kedudukannya yang
menerima cahaya matahari sepanjang tahun.Ini adalah ciri-ciri iklim
Khatulistiwa!Dalam bahasa Mesir Purba ia disebut sebagai ‘Ta
netjer’.Heru (tradisi Greek menyebutnya sebagai Horus) adalah seorang
raja di ‘Sun God Land’ ini.Tradisi Mu (nama lama Nusantara mengikut
mistik Barat) menghormati raja ini yang memerintah dengan saksama
seperti cahaya mentari,memberikan cahaya kesejahteraan kepada
rakyat.Dari sini muncul simbolisme ‘Mata Heru’ atau ‘Matahari’;kesan
raja ini yang masih tertinggal ada bahasa Mu/Punt yang masih bertahan
sehingga ke hari ini!
(Ingat,kebiasaan kaum pagan menganggap
raja-raja yang berkarisma sebagai dewa/tuhan dan ini bertentangan dengan
fikiran sihat yang dianjurkan oleh Islam)
Punt pada mulanya dianggap
terletak di Afrika tetapi penemuan bentuk badak sumbu di relief pada
kuil di Luxor yang mempunyai hanya satu sumbu adalah menunjukkan
ciri-ciri badak Asia,bukan badak Afrika!Ketika ekspedisi Hatshepsut pada
kurun 15 Sebelum Masehi,dicatatkan pada relief pada tembok kuil bahawa
Nehesi telah mengetuai ekspedisi ke Punt mewakili Ratu Hatshepsut.Ketika
itu Punt diperintah oleh Raja Perehu (King Parahu) dan Permaisuri Hati
(Queen Ati).
Rahsia Gelaran Pharaoh (Firaun) dan Kunci Sulit Amun-Ra di Kamar Raja-Raja
Para
penyelidik telah mengkaji sejak bilakah gelaran ‘Pharaoh’
digunakan.Perkataan ‘Pharaoh’ sebenarnya berasal dari sebutan Mesir
Purba ‘Prao’ atau ‘Prau’.Kemudian dicedok oleh Greek Purba (Yunani) dan
Latin menjadi ‘Pharao’.Kemudian orang Inggeris menuliskannya sebagai
‘Pharaoh’ sehingga ke hari ini.Pada awalnya,maksud ‘Prau’ ini bukanlah
menunjukkan gelaran diraja tetapi tempat atau istana raja.
SOALANNYA SEKARANG,APAKAH SEBENARNYA ‘PRAU’ INI??
Nanti dulu,kita lihat dahulu sejak bilakah perkataan ‘Prau/Prao’ ini dipakai dalam budaya Mesir Purba.
Catatan
terawal di mana kata ‘Prao’ ini digunakan ialah merujuk kepada
pemerintah di dalam surat kepada Amenhotep IV (Akhenaten) ketika
pertengahan era Dinasti ke-18 (1550-1292 Sebelum Masehi) di mana
disebutkan dengan kata-kata:
“Prao,seluruh kehidupan,kekayaan dan hidup sihat!”
Gelaran
‘Prao’ ini digunakan selepas era Ratu Hatshepsut iaitu pemerintah
sebelum Amenhotep IV ini!Dinasti ke-19 dan seterusnya menjadikan gelaran
‘Prao’ ini digunakan secara rasmi yang membawa maksud ‘Tuanku’.
Dari sini kita dapat menghidu,dari mana orang Mesir ini mencedok kata ‘Prao’ ini.
PEMBUKAAN RAHSIANYA IALAH,KATA ‘PRAO’ INI BERASAL DARI NAMA RAJA PUNT,RAJA PEREHU.
Perahu,juga
disebut sebagai ‘prau’ atau ‘prao’ dalam literasi Sumeria-Mesir-Barat
adalah nama sejenis pengangkutan laut orang Melayu.Nama lain bagi perahu
adalah sampan.Raja Punt bergelar Raja Perahu menunjukkan penguasaannya
ke atas laut dan perdagangan maritim,profesion utama orang Melayu pada
zaman purba.Ingat,bilakah ekspedisi Mesir Purba bertemu Raja ‘Prao’ ini
di Punt?
Iaitu KETIKA ERA RATU HATSHEPSUT!!
Patutlah inskripsi
terawal yang mencatatkan gelaran ‘Pharaoh’ ini hanya dikesan selepas era
Hatshepsut.Sebab ketika era Hatshepsutlah Raja Kuno Melayu ‘King
Parahu’ memerintah seluruh Nusantara!
Raja Prao dan Permaisuri
Ati.Misteri yang tidak tertanggungkan.Sebab itu para Firaun menyebutkan
tanah ini sebagai ‘Tanah Nenek Moyang’.
INILAH HUBUNGAN TERAHSIA RAJA
PEREHU DENGAN PARA FIRAUN .Gelarannya dipakai oleh kerabat diraja
Firaun.Tanyalah Tutankhamun dan Nefertiti,siapakah sebenarnya ‘Prao’
ini?
Mari kita siasat lagi siapakah Raja Prao/Perehu ini.
Di dalam
era Dinasti ke-12,perhubungan dengan Punt direkodkan di dalam ‘Kisah
Pelaut Kapal Karam’ yang terkenal dalam kesusasteraan Mesir Purba.Kisah
ini menyebutkan:
“…Seorang pelaut telah tiba di satu kawasan
kepulauan di mana kapalnya telah karam.Dia cuba berenang untuk mendekati
pantai.Sampai di pantai,pelaut itu pun berjalan-jalan di sekitar pulau
itu.Tiba-tiba seekor Ular Besar telah menghampirinya.Pelaut itu berasa
amat takut.Alangkah terkejutnya pelaut itu apabila Ular Besar tadi
berkata-kata dengannya:
Akulah Raja Punt.
Aku memerintah pulau-pulau.Aku berkuasa ke atas pulau-pulau ini.
Pelaut itu dilayan dengan baik oleh Raja Ular Besar itu.Dia diberi makanan,minuman dan layanan mesra…”
Cerita
ini mengandungi separuh mitos,dan separuh kebenaran.Mungkin penulisnya
mahu menggunakan teknik perlambangan kepada imej Raja Punt
itu.Kemungkinan raja itu memakai topi yang bermotifkan kepala ular atau
kostum yang bercorakkan kulit ular.
Namun kata Ular Besar (Giant Serpent)
itu mengandungi rahsia terdalam orang Melayu.Dan rahsia ini tidak boleh
dibuka sewenang-wenangnya SECARA LANGSUNG di dalam blog percuma seperti
ini.Ia adalah ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU.
Ini akan membuka rahsia
‘Darah Naga’ (The Dragon Court of Royal Bloodline).JIka anda masih setia
dengan kami,kami akan cuba bukakan sedikit demi sedikit.Selagi potoh
NAGA masih tersimpan di dalam simpanan Kesultanan Perak,selagi itu
rahsia ini masih ada.Di dalam hikayat Naga Kepala Tujuh,cerita rakyat
negeri Perak,disebutkan mahkota anak raja yang dicuri oleh Naga ini dan
ini kononnya menjadi sebab Sultan Perak hari ini tiada
bermahkota.Tanyalah peristiwa Beting Beras Basah,dan kaji mengapa setiap
pertabalan Sultan Perak,mereka mesti membasahkan kaki di Beting Beras
Basah ini.
Jadi siapakah warisan Raja Naga ini?Ingat lagi Soma atau
Puteri Mayang Mengurai yang jatuh cinta dengan ORANG SUCI?Soma adalah
keturunan Raja Naga dalam cerita rakyat Khmer.Dalam versi Khmer
ini,Brahmin (Preah Thaong) telah sampai ke satu pulau dan menjumpai
‘RUMAH PARA NAGA’ seterusnya bertemu dengan Neang Neak (Ye Ye atau
Mayang Mengurai),anak perempuan kepada Raja Naga (seolah-olah sama
dengan kisah pelaut yang bertemu dengan Ular Besar dalam sastera Mesir
Purba tadi).Mereka pun berkahwin atas restu Raja Naga,ayah kepada Neang
Neak.Raja Naga itu kemudiannya menyedut air di sekitar pulau itu dan
menamakan ia sebagai Kampuchea Thipdei atau Raja Kemboja.
Jika mengikutkan hikayat dari mulut orang Mon-Khmer ini,Raja Prao/Perehu itu kemungkinan besar dari keturunan raja Soma (Naga).
Di
dalam hikayat Pahang atau hikayat Tasik Chini,ada kisah dua ekor
naga,SERI GUMUM DAN SERI KEMBOJA!Dan kononnya di dasar Tasik Chini
terdapat puing-puing kota purba Khmer (tepatnya ialah kota orang
Mon).Jika dikatakan kota Gelanggi itu di dasar tasik ini,IA MUNGKIN
BENAR.
Dan tanyalah kepada Nehesi,wakil angkatan laut
Hatshepsut,tentang potoh yang dipakai oleh Raja Prao itu.Jika potoh itu
adalah POTOH NAGA
Sama seperti yang diwarisi oleh Kesultanan
Perak,maka tidak hairanlah motif ular dipakai pada mahkota para
Firaun.Renunglah topeng emas Tutankhamun yang penuh misteri
itu.Perhatikan ukiran ULAR yang melingkar atas mahkota.Jika gelaran Raja
Punt diambil oleh para Firaun ini,maka tidak hairanlah kostum dan motif
Raja Punt ini,pasti dicontohi oleh mereka.Sebab itu mereka menggelar
Punt sebagai,THE LAND OF GODS…Tanah Para Dewa.
Holy Land.
Dan ini
Tuan-tuan dan Puan-puan…adalah bukti bahawa rahsia kita masih tersimpan
di merata dunia.Mencari jejak sejarah kita memerlukan kita belayar
mengelilingi dunia;sepertimana moyang kita dahulu.Sejarah kita
direbutkan orang lain,terpecah-pecah,bercaing-caing diambil oleh
pelbagai kaum.Kaum yang tidak punya sejarah,terpaksa mencedok sejarah
kita dan mengaku ia warisan mereka.Sejarah,budaya dan warisan kita di
Indochina dipecah-pecah,direbut dan dikoyak-koyakkan secebis demi
secebis kemudian diambil cebis-cebis itu setiap kaum yang dahagakan
warisan sejarah agung kita.Srivijaya itu adalah Melayu,Melayu itu adalah
Srivijaya maka tanyalah para leluhur bangsa Thai siapakah dia Srivichai
itu?Tanya pada nenek moyang Thai apakah dia dinasti Teratai Srivichai
itu?Lambang Garuda itu warisan siapa?
Perhatikan siapa yang terlampau
megah menggunakan lambang Garuda ini,yang kini dikongsi oleh Indonesia
dan Thailand.Mengapa orang Khmer mengenal Srivijaya sebagai ‘Malayu’
sahaja?Kaji tarian Srivichai dan sejarahnya…wahai anak-anak
Melayu…kaji…kaji dan kaji sebelum kamu semua menjadi pencacai sejarah
orang lain.Sebelum kamu menjadi lembu dicucuk hidung kepada budaya Barat
yang juga mencedok budaya Semitik.Sebelum kamu terpaksa menyapu lumpur
kekotoran sejarah yang dipaksakan ke muka-muka kamu.
Dan ini
Tuan-tuan dan Puan-puan…adalah seroja pelangi dan aurora lazuardi yang
disapu oleh mendung pembohongan dan buta sejarah oleh kita
sendiri.Sampai bila kita mahu merendah diri tak bertempat dan mengiyakan
pembohongan orang lain terhadap permata dan emas sejarah agung
kita.Cukup-cukuplah Inggeris menipu kita,mengapa kita sanggup menjilat
pula pembohongan warisan kemelayuan oleh pihak-pihak yang juga berharap
merampas warisan kita (rujuk Teori Memelayukan Siam oleh Siam
Ayutthaya).Sudahlah Raja Thai berusaha mencipta pelbagai fantasi mahu
menThaikan semua warisan Melayu kita,inikan pula ‘satu rumpun mereka’
yang lain mahu menSiamkan sisa-sisa sejarah yang ditinggalkan pada
kita.
Mengapa mereka kurang selesa dengan nama ‘Melayu’?Sebab mereka
tahu, SEBENARNYA MEREKALAH PENCACAI SEJARAH DAN WARIsAN AGUNG KITA,jadi
apa yang perlu dibuat ialah menukarkan semua sisa-sisa sejarah yang ada
menjadi warisan Siam yang sebenarnya hanyalah dongeng di zaman
moden.Tiada lagi warisan Melayu selepas itu…tiada lagi ayahanda Ibrahim
dan bonda Mayang Mengurai.Yang ada selepas itu adalah Siam Ayutthaya
Traikolanat Watpapat Sikulipat Siapa Cepat Dia Dapat!Akhirnya yang
kecewa adalah kita sendiri yang tergadai semua sejarah agung dan warisan
zaman-berzaman.Ingat!Tiada bukti pun orang Siam pernah membina kota
purba di sini.Gelanggi bukan kota Siam Ayutthaya atau Thai.
Sungguh!Cubalah
wahai pakar psikik dan channeling Malaysia ‘tengok-tengok’kan kota
purba ini jika semua ahli sejarah dan pakar arkeologi Malaysia sudah
mengalah sebelum berjuang…sesungguhnya kota ini adalah kota bersama
orang Melayu Kuno dan orang Mon.Tanyalah orang Temiar dan
Jahai,bagaimana mereka boleh sesat ke hutan-hutan Malaysia.Bahasa mereka
adalah bahasa MON PURBA!!Wahai anak-anak Melayu…kaji…kaji dan kaji
sebelum kamu termuntah berkahak-kahak kerana mual dengan daki kekotoran
sejarah fantasi orang lain.
Orang Mon dan Melayu Gelanggi inilah Siam
Asli yang sebenar…tiada orang Siam Anai-anai yang berbahasa Siam Kedah
atau Tai Ramkhamhaeng yang tertinggal di hutan-hutan Malaysia MENJADI
ABORIGINE SEBAGAI BUKTI KEWUJUDAN MEREKA TERHADAP HAK KOTA GELANGGI YANG
DIREBUT SETENGAH MATI OLEH TAI RAMKHAMHAENG ADULYADEH DAN SIAM
AYUTTHAYA ANAI-ANAI.Tiada…memang tiada.
YANG ADA ADALAH ABORIGINE MALAY SEPERTI JAKUN DAN TEMUAN SERTA ASLIAN MON PURBA SEPERTI MAH MERI DAN JAHUT.
Jika
dikatakan istilah ‘Siam’ itu hak orang Mon,YA INI MUNGKIN BENAR kerana
merekalah etnik selatan China yang terawal berhubung dengan kaum-kaum
Malayo-Polynesian.Ketika Tai Ramkhamhaeng terpisat-pisat ‘membina’
kerajaan gerila di utara Indochina…orang Mon telah ada pagoda-pagoda
emas dan negara-negarakota mewah.Ketika Siam celup versi Ayutthaya baru
membuka negeri di Sungai Chao Phraya,sejarah manis orang Mon ini telah
menjadi muzium sejarah sebagaimana sejarah orang Melayu Funan dan Cham
yang ‘established’ menjadi legenda yang dikenang-kenang oleh orang Khmer
sama ada diukir di kuil-kuil atau istana mereka.
Tuan-tuan dan Puan-puan!
Sejarah
itu amat penting jika tidak,mengapa bangsa-bangsa lain bermati-matian
menulis,mengedit malah sanggup mencuri sejarah warisan orang lain untuk
membangkitkan estim diri (self-esteem)?Raja-raja mereka tidak sampai
hati membiarkan anak cucu mereka berasa rendah diri di kemudian hari di
hadapan bangsa-bangsa lain maka INILAH CARANYA UNTUK MEMBANGKITKAN
‘PRIDE’ DAN ‘NATIONALISM’ pada semangat anak bangsa mereka pada masa
hadapan.Hasilnya orang luar pun menghormati mereka kerana punya warisan
sejarah (padahal dicedok dari warisan kuno kita),dan ini membuatkan
mereka lebih memiliki ‘self-confident’.
Tetapi sesetengah anak Melayu
lain cara berfikir mereka,mereka menganggap semua ini sia-sia dan hanya
menyuburkan rasa angkuh dan meninggi diri jadi cukuplah aku MENJADI
PENCACAI KEPADA SEJARAH FANTASI YANG KHAS DICIPTAKAN UNTUK AKU SUPAYA
AKU DAPAT MENJILAT AIR LUDAH DAN KAHAK PERASAAN RENDAH DIRI YANG TIADA
BERTEMPAT,MENJADI PENGEMIS BUDAYA DAN WARISAN BANGSA LAIN.Jadi
buta,pekak,tuli dan bisu.
Lihat dengan mata hati Tuan-tuan dan
Puan-puan…!Betapa orang Khmer mengukirkan kostum orang Melayu yang
memakai jaket dan helmet perang siap berperisai,betapa segaknya pahlawan
Melayu Cham!Orang Khmer juga mengukir tentera-tentera Cham menaiki
kapal-kapal perang dengan ukiran aneh di muncung kapal yang sama dengan
ukiran di muncung perahu-perahu Kelantan dan Terengganu….Mesir Purba
mengukirkan Raja Perehu yang tegap dan kacak siap berkeris (malangnya
mereka tidak mengukirkan gelang potoh dilengan Perehu padahal tulisan
hiroglif menyatakan Nehesi melihat Raja Melayu Purba itu memakai gelang
potoh)…rekod-rekod China Purba merakamkan kehebatan orang Melayu
Nusantara yang digelar mereka sebagai Kunlun belayar dan
mengembara,menguasai laut dan angin.Rishi-rishi Hindu mengarang syair
memuji-muji Malayadvipa (Kepulauan Melayu) sebagai bumi emas yang
menakjubkan dan tempat tinggal dewa-dewi;sama seperti gelaran para
Firaun terhadap Nusantara.
Tetapi mengapa ada anak Melayu hari ini yang
tergamak sanggup menelan air longkang dan najis sejarah ciptaan penjajah
dan sisa-sisa warisan yang dicuri oleh pelbagai kaum mendatang termasuk
Siam Ayutthaya yang berasal dari etnik Cina Xian di China.Siam
Ayutthaya sememangnya dari Xian (ini diakui sendiri oleh salah seorang
keturunan mereka,jadi salahkan dia…jangan salahkan Srikandi ek) dan Tai
itu dari Shan dan Yunnan,TETAPI BUKAN ANAK CUCU MAYANG MENGURAI
INI!Bukan…bukan…dan bukan…!
Sekejap mengaku Melayu,sekejap mengaku
Siam,sekejap mengaku Cina Xian,sekejap mengaku Cina dinasti Tang,sekejap
bangsa Harimau,sekejap puak Naga…akhirnya mengaku Melayu keturunan
Siam.Tanah Melayu pula sekejap dikatakan kepunyaan Maharaja Siam,sekejap
kepunyaan Raja India Monggol,sekejap milik Ayutthaya…sekejap ini
sekejap itu sekejap begini sekejap begitu seperti sesumpah…inilah contoh
orang yang tidak punya sejarah cuba untuk merompak sejarah orang
lain.
Mengapa begitu payah menetapkan nama keturunan sendiri?Kenapa
tersasul-sasul dan merapu meraban sebegitu teruk?Tanah Melayu milik
Monggol India? BUKAN…BUKAN…BUKAN…DAN BUKAN….!!
Bagaimana kaum dan
bangsa lain apabila ingin membicarakan WARISAN MELAYU DARI SEGI FAKTA
SEJARAH,mereka mengukir dan melukiskannya dengan indah,agung dan
mengasyikkan pada tembok-tembok kuil,istana serta manuskrip dan
prasasti.
Namun mengapa penjajah bila ingin membicarakan tentang Melayu
yang dijajah dan dijarah hasil buminya MENULISKAN BAHAWA INI ADALAH
BANGSA PEMALAS DAN MUNDUR?Fikirkan perbezaan ini.Orang Tai,Mon,Dai-Viet
dan Khmer berkali-kali meyakinkan kita bahawa kita punya peradaban agung
dahulu tetapi mengapa kita amat percaya dengan mulut penjajah yang
mengangkut 1001 prasasti dan manuskrip sejarah kita ke Eropah?Mereka
rampas semua kecerdikan kita masa silam dan kata:
“Ya…lihat,kamu
tidak punya apa-apa!Nothing!Dari dahulu kamu memang bodoh dan tidak
punya apa-apa dan kini kamu mewarisi kebodohan itu!”
Malangnya ada
orang Melayu hari ini teramat percaya kepada kata-kata ini dan berasa
malu menjadi Melayu dan sanggup ‘menukar’ bangsa asal mereka kepada
bangsa khayalan Siam Xian yang berasal dari etnik Cina yang lemah dan
kalah berperang dengan dinasti-dinasti China yang lebih gagah,dihalau
beramai-ramai ke Indochina dan Tanah Melayu,memeluk Islam dan berkahwin
dengan orang Melayu sehingga menjadi Melayu Siam pada hari ini.Bahasa
Siam Kedah itu sendiri diakui oleh mereka sendiri punya persamaan dengan
bahasa Hokkien!
Hanya orang yang tidak berpuashati dengan sejarah
kaumnya yang menyedihkan itu sanggup mendakwa orang Melayu itu tidak
punya apa-apa dan fantasi sahaja kerana perasaan dengki padahal sejarah
kaum dia lah yang superkhayalan laksana Superheroes dari komik
Marvel.Semua warisan Melayu yang ada seperti kitab (UUK sebagai
contoh),artifak,candi,istana sehingga sejarah Kedah TUa yang gemilang
itu didakwa mereka sebagai hak Siam Xian ini sehingga Cyrus The Great
yang berketurunan Parsi Kuno itu dikatakan keturunan Siam Xian
ini!Semua..semua dan semua…warisan Melayu diambil oleh pelbagai kaum
yang mendatang…sehingga akhirnya tiada apa yang tinggal,dan kita
menumpang pada sejarah orang lain yang dahulunya milik
kita.
Pelikkan?Orang lain dijajah negara mereka sehingga terpaksa
menumpang di tanah orang lain yang dahulunya milik dia,tetapi lain pula
dengan kita.Kita terpaksa menumpang sejarah orang lain yang dahulunya
milik kita.
KITA HARI INI TERPERANGKAP DALAM SEJARAH MELAYU ERA
PENJAJAHAN .Ini realitinya.Kita berfikir dengan pemikiran sejarah orang
Melayu bermula dengan kejatuhan Melaka,era penjajahan sehingga
merdeka.SEjarah orang Melayu pada hari ini di buku-buku teks sekolah
adalah SEJARAH ORANG MELAYU SEKECIL SEJARAH MALAYSIA YANG TERJAJAH
PADAHAL SEJARAH MELAYU ITU SELUAS SEJARAH NUSANTARA YANG MEMBINA EMPAYAR
PERDAGANGAN MARITIM TERAGUNG DUNIA!
Inilah gunanya memisahkan
Nusantara kepada beberapa negara.Orang Brunei memikirkan sejarah Melayu
sekecil sejarah Brunei,orang Malaysia memikirkan sejarah Melayu sekecil
sejarah Malaysia,rumpun Nusantara di Indonesia pula memikirkan perkara
lain…tentang krisis identiti apakah benar aku ini berbangsa Indonesia
ciptaan Belanda,atau aku ini adalah rumpun Nusantara?Masing-masing
pening memikirkan masalah ini sampai bergaduh dan mahu berperang;isu
Tarian Pendet dan batik dan lagi…dan lagi…fikirkan sekiranya Nusantara
ini disatukan seperti negara China.
Orang Manchu,orang
Han,Monggol,Hui,Zhuang (sekadar menyebut beberapa contoh) telah cair
menjadi BANGSA CINA,dengan sejarah dan budaya yang diseragamkan.Tiada
pula orang-orang di wilayah-wilayah berbeza bergaduh berebut tarian dan
baju di China.Tetapi orang Indonesia yang dirasuk oleh hantu Belanda
berebutkan tarian dan baju batik dengan orang Malaysia yang sah-sah sama
bahasa dan budaya dengan mereka.Memang membingungkan!
SEmentara
orang Indonesia dan Malaysia bergaduh,Cina Singapura mencuri air dari
Indonesia dan mencuri pasir di Malaysia buat menambak tanah sekangkang
kera mereka yang dihadiahkan sendiri oleh orang Melayu juga!SEmentara
orang Indonesia dan Malaysia bergaduh…keturunan Siam Xian yang telah
menjadi Melayu cuba untuk mencuri sejarah dan identiti orang Melayu
Nusantara dan cuba berusaha menubuhkan identiti dan nasionalis sendiri
sebagaimana orang Lao yang berjaya menubuhkan identiti sendiri dari
sejarah Tai dan orang Tai yang berjaya menubuhkan identiti dan
nasionalis sendiri hasil pinjaman dan cedokan dari budaya Khmer dan
‘Srivichai’.
Ini lebih membingungkan!
Jadi
setelah lama kita mengembara,mari kita berhenti sejenak dan
berfikir…siapakah diri aku sebenarnya sebagai Melayu di bumi Nusantara
ini.Adakah rahsia yang lain?
Mengapa nenek moyangku meninggalkan warisan mereka dan persoalan asal-usulku begitu kompleks dan merumitkan?
Kita
bagaikan berada di satu lorong yang gelap di mana hujungnya
bercahaya.Kita ikut cahaya itu,kalau-kalau di sana ada ayahanda dan
bonda kita menyambut tangan-tangan kita.
Dan kisah seterusnya
ialah kisah suka-duka Nefi dan Lemani di Promised Land,dinasti raja-raja
Darah Naga di Mu dan Lemuria,dinasti Teratai Melayu Srivijaya dalam
kenangan sastera Tai-Khmer kuno,bangsa misteri di The Land of The
East,rahsia Illuminatus berkaitan pengetahuan tamadun yang tenggelam dan
pembukaan TABUT RAHSIA BANI JAWI…
Apa yang BERLAKU ketika ritual tersulit para Masons?Aha…anda kena tunggu lagi…!
RENUNG - RENUNGKANLAH
AMUKANMELAYU -
Masih belum tersungkap "satu penjuru" di KAABAH yang tidak bernama. 1. Rukun Syami(mengadap Syaria/Sham), Rukun Iragi(mengadap kesebelah Iraq), Rukun Yamani(mengadap kesebelah Yaman) dan ........(penjuru dari sebelah Hajarul Aswad ia menghadap kesebelah Tanah Melayu) fikir-fikirkanlah....