,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday, 31 October 2014

KU MENCARI JEBAT TIKA TUAH SEDANG TERLENA


 

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Segala Puja dan Puji hanya untukMU Ya ALLAH, Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW serta seluruh Ahlil Baitnya, juga buat para Sahabatnya dan seluruh pewarisnya. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah KurniaNYA dapat kita bertemu lagi di alam maya ini setelah lebih 2 minggu saya tidak menulis apa-apa disini.

Pertama-tamanya mohon maaf kerana tiada apa yang saya tuliskan selama 2 minggu kebelakangan ini oleh kerana masalah gangguan internet yang saya hadapi. Sudah 3 minggu lebih internet P1wimax ni buat hal. Yuran bulanan dah dibayar, tapi masih perlahan tak seperti sediakala. Apapun, saya gagahkan juga diri ini hendak menulis disini walaupun terpaksa menunggu agak lama hanya untuk membuka lampiran baru bagi menulis artikel ini.


Tujuan saya menulis artikel kali ini sebenarnya adalah hendak berkongsikan dengan para pembaca budiman sekalian berkenaan satu surat wasiat dan warkah terakhir dari seorang Tetua (Atok) yang sempat saya baca hari ini. Wasiat ini khususiahnya ditujukan kepada sekalian cucu yang berketurunan Melayu-Islam, termasuklah diri saya ini.

Kalau para pembaca hendak tahu, saya merupakan seorang peminat filem-filem kung fu Cina. Saya kenal betul dengan nama-nama hebat pahlawan mereka seperti Huang Fei Hung, Fong Sai Yuk, Huo Yuan Jia, 13 Harimau Guangdong dan banyak lagi! Saya suka mereka mungkin kerana kehebatan mereka yang boleh terbang-terbang dan jalan di atas air. Tapi, sejak akhir-akhir ini saya sering terfikir, kenapa saya lebih kenal nama-nama hero mereka sedangkan hero-hero berbangsa saya sendiri tak banyak yang saya ketahui. Tak wujudkah nama-nama hebat seperti Hang Tuah 5 bersaudara, Aduka Taruna 7 bersaudara, Panglima Bentara Setia, Sangtawal Sakranta dan lain-lain?

Jadi dek kerana fikiran ini sering mengganggu, saya terasa terpanggil hendak mencatatkan pesanan Atok disini. Tanpa melengahkan masa, ayuh sama-sama kita hayati warkah terakhir wasiat dari Atok ini...

Assalamualaikum cucu-cucu atok sekalian...

Begitu ramai sekali cucu-cucu atok yang berkelana sehingga ke sini, Alhamdulillah moga diberkati akan segala usaha cucu itu.. Orang muda seperti cucu jangan gentar dalam mencari ilmu, tuntutlah ia hatta sehingga liang lahad sekalipun...

Panjang pula atok berceloteh....aaahh, mungkin kerna sudah sekian lama atok bersembunyi.. Mungkin jua kerna kerinduan untuk atok menyampaikan warkah ini kepada cucu sekalian.. Siapa atok? aaahhh...cuma seorang tua yang merindukan cucunya, mahu menyampaikan sesuatu sebagai peringatan... Maklumlah, orang lama itu umpama kelapa tua, makin tua makin banyak santannya.. =)

Cucu....

Mahukah cucu mendengar atok berceloteh..

Mungkin saja orang seperti atok ini digelar gila, nyanyuk, kolot dan macam-macam lagi gerangannya..

Kalau cucu mahu teruskan mendengar, silakan cu..duduklah bersila di atas tikar mengkuang itu..pasangkan pelita hatimu, seterang pelita di tiang pondok usang atok ini..

Pasang telinga betul-betul cu..tok mahu ceritakan sesuatu kepada cucu...

Cucu...

Sebelum itu...

Setelah cucu mendengar cerita atok ini, cu perlu berjanji kepada atok..

Cu perlu berjanji yang cucu mesti MERAHSIAKAN SIAPAKAH DIRI ATOK...

Mampukah cu BERJANJI..?

Mampu....?

Bagus cu..pegang janji itu seeratnya, atok mahu mulakan cerita...

Tolong ambil tepak sireh di tepi talam itu, sambil bercerita kan enak sambil mengunyah sireh... =)

Cucu...

Atok mahu menceritakan kembali sejarah yang telah berlaku...

Ya cu... MELAKA...! TUAH...! Nama yang cukup menyentuh benak hati atok sekian lamanya...

Biarlah.. hari ini biarlah atok bercerita lembaran yang sebenar kepada cucu..

Supaya kelak cucu mampu jadikan ia sebagai tauladan, dan jangan cucu ulang ia sebagai satu kealpaan..

Cucu ku sekalian...

Melaka sejak dahulu kala cukup terkenal sebagai sebuah kuasa besar perdagangan di Selat Melaka. Betapa ketika itu banyaknya bahtera-bahtera yang datang berdagang, sejauh mata yang memandang..

Yang bermata sepet, yang berkulit putih, yang berkulit hitam hatta apa warna sekalipun pantas saja datang ke Melaka untuk melihat keagungan sebuah kerajaan Melayu.. Sebut saja nama Melaka, di serata pelusuk utara selatan timur dan barat pasti mengenalinya.. Ada yang datang berdagang rempah, ada yang datang berdagang permata dan ada pula yang datang berdagang nasib menyabung hidup menumpang keagungan sebuah kerajaan..

Aaahh...kalau atok mahu bercerita keagungan Melaka, pasti 1001 lembaran kertas pun belum habis atuk mengarang.. pasti 1001 malam pun belum tentu atok habis bercerita... =)

Tuangkan kopi pekat itu cu... Atok mahu menyambung warkah ini..

Maka syahadan tersebut ketika itulah masyhurnya Melaka dengan seorang LAKSAMANA bernama HANG TUAH..

TUAH..

JEBAT..KASTURI..LEKIR..LEKIU..

Itulah nama yang masyhur ke serata alam, menjadi sebutan segala isi alam yang bertandang ke Melaka..

Dipendekkan cerita dan dengan takdir yang Maha Esa, tiadalah kekal lama Empayar Melaka..

Setelah feringgi (Portugis) datang dengan bala tenteranya, maka punahlah empayar yang teragung itu..

Yang tinggal hanyalah sisa-sisa dari keagungannya, yang tinggal hanyalah secebis sejarah untuk atok kalamkan kepada cucu sekalian...

Satu persoalan yang seringkali generasi cucu lontarkan..dan kadangkala menjadi bahan ketawa generasi terkemudian..

Kata mereka..

"PORTUGIS DATANG DENGAN MERIAM DAN SENAPANG, ORANG MELAKA BERJUANG DENGAN KERIS DAN PEDANG..

BODOH BETUL, MACAM MANA MAU MENANG KALAU BERPERANG..?"

Cucu...

Tersentak sanubari dan jiwa atok mendengarnya..

Betapa dengan mudah generasi-generasi terkemudian mengatakan BODOH kepada hulubalang-hulubalang Melaka yang berjuang bermati-matian mempertahankan Empayar Melaka ketika itu...

Cucu....

Biar saja atok ceritakan perkara yang sebenar kepada cucu..

Dengar dengan sebaiknya cu kalam atok ini...

"MELAKA TIDAK TEWAS KERANA SENJATA, MELAKA TEWAS KERANA PENGKHIANATAN BANGSA SENDIRI YANG KHIANAT DAN BERSENGKETA"
Kalau cucu mahu tahu, angkatan perang Melaka tiada tolok bandingnya andai mahu dibandingtara dengan angkatan Portugis itu. Kapal-kapal perang Alfonso itu hanya sekecil anak kalau mahu dibandingkan dengan bahtera-bahtera perang milik Angkatan Laut Melaka... Meriam-meriam Portugis itu hanya sebesar kelingking andai mahu dibandingkan dengan Meriam-meriam yang mengelilingi kubu di Kota Melaka.. Itu belum lagi andai mahu diceritakan betapa hebatnya pahlawan-pahlawan Melaka yang sering saja didendangkan dengan Hikayat Amir Hamzah sebelum turun berperang, apalah sangat mahu dibandingkan dengan soldadu-soldadu Portugis itu....

Namun akibat pengkhianatan beberapa orang Melaka sendiri...

Maka akhirnya Melaka jatuh ke tangan Portugis..

Siapa yang naik ke kapal Alfonso, dan kemudian menceritakan segala strategi dan kekuatan Melaka...?

Siapa yang naik ke kapal Alfonso, dan kemudian menyerahkan peta kedudukan meriam-meriam strategik Melaka..?

Siapa yang naik ke kapal Alfonso, dan kemudian membuka rahsia kelemahan kota Melaka..?

Siapa yang naik ke kapal Alfonso, dan kemudian menyerahkan kunci pintu khazanah perpustakaan diraja Melaka..?

Ya cucu sekalian.. Ia angkara pengkhianatan bangsa sendiri...

Ya cucu sekalian.. orang Melayu Melaka sendiri yang menjadi pengkhianat dan menceritakan segala kekuatan dan kelemahan Melaka kepada penjajah..

Pengkhianatan...!!!

Pengkhianatan...!!!

Pengkhianatan...!!!

Itulah yang menyebabkan Melaka akhirnya jatuh ke tangan Portugis..

Bergilir ganti ke tangan Belanda...

Berpasung pula ke tangan Inggeris..

500 tahun lamanya cu.. Melaka dijajah dan musnah akibat pengkhianatan dari bangsa sendiri..!!!

Tuangkan kopi cu..tekak atok sudah dahaga..

Cu...itulah akibatnya apabila sesama bangsa kita bersengketa, empayar yang kuat pun hancur dan binasa..

Apa yang tinggal hanyalah debu-debu sebuah cerita, sekadar menjadi peneman hikayat tidur malam anak-anak bangsa..

Atok bukan sekadar mahu berceloteh sahaja, mahu atok sampaikan kepada cucu sekalian bahawa usahlah kita bersengketa.. Kerna sesungguhnya Melayu itu hidupnya bersatu dan bersaudara, andai bersengketa maka rosak dan binasa.. Belajarlah dari Melaka cu, usahlah cu ulangi kesilapan itu lagi... Janganlah jadi petualang kepada bangsa dan agama sendiri, Tanah Melayu ini warisan nenek moyang kita, di tangan cucu lah ia kan kela terpelihara..

Aaahh...satu lagi yang menjadi persoalan cucu semua sekian lama...

" Ke mana hilangnya TUAH ketika itu...? "

Tuah tidak ke mana-mana cu... Tuah bukanlah pengecut dan dayus untuk lari meninggalkan Melaka dalam keadaan rosak dan binasa. Pantang sekali pendekar berundur sebelum bertempur, inikan pula Laksamana Tuah yang termasyhur..

Namun Tuah bersedih melihat pengkhianatan bangsanya sendiri... Tuah membawa diri dan hilang entah ke mana setelah jiwanya tersiksa akibat membunuh saudara sendiri... Demi taat dan setia kepada Sultan Melaka, adinda Jebat menjadi taruhannya.. Derhaka kepada Sultan bukan langkahannya, kerna pantang anak Melayu untuk derhaka pada sultannya.. Itulah prinsip dan pegangan Tuah, lantas Tuah pergi membawa diri.. Meninggalkan segala kekalutan dan kehancuran duniawi, meneruskan hidupnya secara tersendiri.. Mengenal diri dan mencari rabbi..
Cucu sekalian...

Sejak kebelakangan purnama ini, ada seorang ilmuan yang kononnya masyhur serata alam dengan ijazah dan gelarannya mahu mempertikaikan wujudnya Tuah..

Aaahh... Setelah beratus tahun lamanya, tiba-tiba sahaja muncul seorang manusia sepertinya..

Atok tidak pandai dalam berbahas fakta, namun sebenarnya ia hanyalah mahu meracun jiwa dan kekuatan

anak-anak Melayu seperti cucu...

Apakah cucu sudah lupa, "kalau mahu memusnahkan sebuah ketamadunan bangsa, tidak perlu bunuh orangnya namun bunuhlah sejarahnya sehingga mereka tidak kenal asal usulnya"

Cucu sudah nampak apa yang ingin atok sampaikan..? Mereka gentar dengan kewujudan Tuah, kerna mereka sedar bahawa anak-anak Melayu begitu bangga akan Hang Tuah hingga terbawa-bawa semangat Tuah di dalam diri..

Taat Setia kepada Sultan laksana HANG TUAH..

Berpencak dan bersilat laksana HANG TUAH..

Gagah dan berani laksana HANG TUAH..

Bijaksana dalam bermadah laksana HANG TUAH..

Ini anak Melayu keturunan HANG TUAH..

Tidak gentar dan gusar walau apa yang mendatang..

SEMANGAT TUAH kekal dalam diri anak-anak Melayu..

Nah...kalau-kalau Tuah tidak wujud bak kata ilmuan bermata sepet itu, pastinya madah dan kalam di atas jadinya...

Taat Setia kepada Sultan laksana ____________ ?

Berpencak dan bersilat laksana _____________ ?

Gagah dan berani laksana ____________ ?

Bijaksana dalam bermadah laksana ____________ ?

Ini anak Melayu keturunan _____________ ?

Tidak gentar dan gusar walau apa yang mendatang

SEMANGAT ____________ kekal dalam diri anak-anak Melayu..


Kosong...kosong....dan kosong...!

Tiada apa lagi yang mahu dibanggakan..Tiada apa lagi yang mahu dimadahkan..

Melayu hilang alter dan tokoh kebanggaan mereka..

Melayu hilang pendekar dan laksamana teragung mereka..

Melayu hilang identitinya...

Ya... SEJARAH MELAYU DIBUNUH... JIWA MELAYU DIBUNUH.. TIADA APA LAGI MAHU DIAGUNGKAN..!

Mungkin selepas ini, tidur malam anak Melayu tidak lagi didodoi dengan hikayat keagungan bangsanya..

Mungkin selepas ini, anak Melayu lebih kenal FONG SAI YUK..

anak Melayu lebih kenal IP MAN..

anak Melayu lebih kenal FIVE SHAOLIN ELDERS..

anak Melayu lebih kenal WONG FEI HONG..

anak Melayu hanya kenal sejarah dan kegemilangan bangsa lain..

Tiada apa nak dibanggakan dengan bangsanya..

anak Melayu malu jadi Melayu..

anak Melayu hanya tinggal nama...

Melayu terus layu...

Cucu ku sekalian..

Warkah ini tok sampaikan kepada cucu...

Ingatkah cucu yang TUAH telah menyampaikan satu KALIMAT KERAMAT untuk tatapan dan pegangan cucu...?

Mungkin cu sudah terlupa, tidak mengapa cu.. akhirul kalam nanti atok nukilkan padamu cu..!

Cucu ku sekalian...

Tanah Melayu ini pusaka tinggalan warisan nenek moyang kita..

Usahlah lagi bersengketa..

Dari runtuhan kota Melaka, cucu dirikanlah kebangkitan anak bangsa..

Ini tanah yang menyimpan seribu satu rahsia kebangkitan..

Ini tanah yang menyimpan seribu satu khazanah akhirul zaman..

Jagalah ia sebaik mungkin cu..

Nenek Moyang kita bergolok gadai mempertahankannya..

Maka kini cucu lah pewaris nya...

Kalau umur atok tidak lagi panjang, sekurangnya atok tahu bahawa cucu-cucu atok telah belajar sesuatu hari ini..

Jadikanlah warkah atok ini sebagai satu pesanan sepanjang kehidupan cucu..

Andai atok pergi sebentar lagi, anggaplah ini wasiat terakhir atok kepada cucu sekalian..

TANAH MELAYU INI KITA YANG PUNYA, PERTAHANKAN IA HATTA DENGAN DARAH DAN NYAWA..

USAH LAGI BERSENGKETA, BANGKITLAH DEMI KEBANGKITAN YANG TERAKHIR KALINYA..

MELAYU DAN ISLAM BERPISAH TIADA..

KEPADA ALLAH KITA BERSERAH, SEMOGA MELAYU DAN ISLAM KEKAL HINGGA KE AKHIRNYA..

Aaaahhhh... Atok sudah berbicara panjang.. Tuangkan kopi itu cu, tok mahu habiskan cerita..

Atok sudah sekian lama memendam rasa, melihat kejatuhan dan kemusnahan bangsa dan agama Atok sendiri..

Atok sudah lama bersembunyi dan membawa diri, entahlah berapa lamanya Atok menyepikan diri dan kini Atok kembali demi amanat terakhir Atok kepada cucu sekalian kalinya ini.. Kepada cucu yang Atok sayangi, kepada cucu yang menjadi pewaris terakhir tanah Atok ini...


Cucu ku sekalian...

Dulu pernah atok berpesan kepada cucu..

500 tahun lamanya dahulu..

Masihkah cu ingat...?

" TA'KAN MELAYU HILANG DI DUNIA "

Ya..itulah pesan dan kalimat keramat dari atok kepada cucu sekalian..

Hayatilah cu, apa yang tersirat di sebaliknya...

Aaahh..cucu bertanya siapa sebenarnya Atok yang menulis kalam dan bercerita ini..?

Sekian lama Atok bersembunyi, mungkinkah kini Atok terlalu rindu untuk bertemu cucu sendiri..?

Siapa lagi mampu melakar kisah sebegini, bercerita mengenai Melaka dan Tuah kalau bukan Tuah itu sendiri..?

Siapa sebenarnya Atok ini...?
 
SSSssSsHHhhhhhh.......! CUCU TELAH BERJANJI BUKAN...? 
Alhamdulillah, selesai sudah warkah terakhir atok yang dapat saya paparkan disini. Adapun warkah diatas ini saya salin bulat-bulat dari warkah asal tanpa melakukan apa-apa perubahan padanya. Semoga kita sekalian warga Melayu dapat menghayati warkah yang tak seberapa ini sebagai sebuah wasiat yang amat berguna untuk kehidupan kita, masa depan kita juga demi agama, bangsa dan tanah air kita.

InsyaALLAH, Islam kan kembali gemilang di bumi berTUAH ini! Takkan Melayu Hilang di Donia!

Setakat itu sahaja dahulu catatan saya kali ini, sekian terima kasih. Salam Hormat!


(Kehidupan ini sebenarnya terlalu suram jika hendak dibayang-bayangkan)

 

DENGARLAH WASIAT BANG JEBAT

Wasiat Hang Jebat Untuk Sekalian Orang Yang Berani



Bismillahirrahmanirrahim. Segala Puji Bagi ALLAH SWT Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW, para Ahli Bait keturunannya, para Sahabatnya dan seluruh pewarisnya. Salam buat sekalian Ulamak dan Pahlawan-pahlawan silam yang telah banyak berjasa ke atas agama ini. Semoga keberkatan mereka bersama kita hendaknya. Amiin....

Dalam kesempatan ini, saya ingin memaparkan sebuah wasiat dari Panglima Hang Jebat yang sangat terkenal dalam Sejarah Melayu. Hang Jebat seorang yang kepahlawanannya tidak perlu diperkatakan lagi. Sudah maklum di serata dunia hari ini. Siapa diantara kita yang tidak kenal Jebat? Boleh dikatakan bukan Melayu orang itu jika tidak kenal mereka 5 bersaudara...

Maka marilah sama-samalah kita mengambil ibrah pengajaran dari wasiat ini. Sesungguhnya wasiat tertua kita dahulu kala sarat dengan panduan dan pedoman untuk kita hidup di akhir zaman ini. Tak rugi membacanya, tak sia-sia mengamalkannya, tak luak mengeluarkannya.... Ayuh membacanya...

Wasiat Hang Jebat

“Wahai orang-orang Melaka, apabila kamu merasa tidak puas hati atau tidak berkenan akan sesuatu maka hendaklah kamu memberitahu kepada anak isteri kamu, kaum keluarga kamu, sahabat taulan kamu, jiran tetanga kamu, orang-orang kampung kamu. Janganlah hendaknya tidak ada orang yang tidak kamu beritahu akan rasa geram hati kamu dan amarah kamu itu.

Maka hendaklah kamu kumpulkan anak bini kamu, sanak-saudara kamu, sahabat taulan kamu, jiran tetangga kamu, orang kampung kamu, kumpulkan semua orang-orang Melaka dan bawalah berita itu hendaknya ke Lubuk China hingga ke Tanjung Tuan hingga ke Linggi hingga hendaknya sampai ke Rembau Labu dan Lukut dan hendaknya sampailah berita ini hingga ke Seri Menanti.

Bawalah berita ini kepada Jakun dan Biduanda, Semelai dan Sakai agar hendaknya mereka sama mendengar kematian Tun Hukum dibunuh Raja Melaka difitnah Sang Kitul Kerala difitnah Sang Linggam anak cucu Nina Manikam. Hendak-hendaknya mereka akan bersama kita menyumpit yang jahat membuluh yang zalim.

Wahai orang-orang Melaka pada malam ini di atas Bukit China maka berjanjilah kita semua dan ingat mengingatilah kita semua bahawasanya kematian Tun Hukum itu akan membawa bencana ke atas negeri Melaka.

Wahai-orang Melaka apabila kamu merasa tidak puas hati maka kamu beraraklah dan berjamonglah beramai-ramai menuju ke istana. Maka hendaklah kamu mengepung istana dan jika sekiranya di jalan kamu bertemu sesiapa sahaja maka ajaklah mereka datang bersama-sama untuk pergi mengepung istana. Jika sekiranya kamu bertemu Juak dan Sida istana maka hendaklah kamu duduk bicara menerangkan angkara yang amarah kamu yang amat sangat terhadap raja.

Hendaklah kamu membawa gendang dan palu agar raja yang sentiasa beradu akan bangun dan bertanya apakah angkara orang Melaka dimalam hari hingar dan bising. Apakah angkara hingar dan bising mengganggu beta yang sedang nyenyak beradu.

Wahai orang-orang Melaka berkumpul dan beraraklah kita pada malam ini ke istana. Amarah kamu itu adalah amarah aku juga. Amarah aku itu adalah amarah seluruh roh di Bukit China. Amarah kamu itu adalah amarah cucu-cicit Penghulu Tanjung Keling. Amarah kamu ini adalah amarah cucu-cicit Wan Empok Wan Melini anak cucu-cicit dari Bukit Seguntang Mahameru.

Wahai orang-orang Melaka pada malam ini panglima kita telah segak siaga anak cucu-cicit Penghulu Sidata Tanjung Keling, anak cucu-cicit Hang Li Po dan Panglima Besar Tun Bersih. Bersama-sama sebahulah kamu wahai orang-orang Melaka.
Inilah janji aku kepada kamu wahai orang-orang Melaka, bukan janji aku untuk menjadi raja bukan janji aku untuk menjadi tuan. Di atas Bukit China ini seperti Musa di atas Bukit Sinai seperti Isa di atas Bukit Zaiton inilah aku Jebat anak cucu-cicit Wan Empok Wan Melini dari Bukit Seguntang Mahameru asal
usul keturunan aku Raja Suran yang turun ke laut anak cucu kepada Iskandar Zulkarnian maka marilah kita bersama-sama mengepung istana raja Melaka.

Akulah Jebat yang akan diingat hendak-hendaknya oleh seru sekelian alam dengan kata-kata Raja Adil Raja Di Sembah Raja Zalim Raja di Sanggah. Marilah kita bersama-sama berarak pada malam ini dan ketika ini dengan obor jamong dan pelita mengepung Istana Raja.”

”INGATLAH WAHAI ORANG ORANG MELAKA
DUNIA INI HANYA UNTUK MEREKA YANG
BERANI!!!”

Begitulah adanya akan wasiat Hang Jebat keturunan Wan Empuk Malini itu. Adapun kata seorang sahabat....
Wan Empuk Wan Malini...
Dikatakan leluhurmu hilang entah ke mana..
Patutlah si penjajah itu mencuri rahsia-rahsia ini dan menyembunyikannya..
Patutlah dirancang komplot untuk membunuh Laksamana Hang Jebat...
Patutlah nama Hang Jebat dipetualangkan dalam sejarah...
Patutlah Hang Jeba difitnah sebagai penderhaka...
Laksamana Hang Jebat...
Sesungguhnya kini ku sedari kenapa semua itu terjadi..
Kerna sesungguhnya engkaulah keturunan Wan Empuk Wan Malini..
Keturunan yang dicari-cari si penjajah Feringgi...
Keturunan Naga Besar Zulqarnain Qurani..
Seandainya Tok Jebat masih hidup..
Kepingin benar ku bertanya..
'Keturunan mu kini hilang ke mana..?'
Pasti mereka terus dicari di dalam gelita..
Musuh pastikan tidak tidur lena..
Kerna Tok Jebat ada pewaris darahnya..
Kerna itu juga Hang Jebat berani menongkah daulat Sultan Mahmud Melaka..
Kerna 'daulat' Hang Jebat bukan calang walang kecilnya..
Daulat Iskandar Zulkarnain dan Paduka Raja Suran..
Daulat Wan Empuk Wan Malini punya keturunan..
~Taatnya Tuah Taatkan Raja, Taatnya Jebat Taatkan Saudaranya~

Seandainya ada di sini yang mengenali siapakah gerangannya keturunan asal Hang Jebat, maka hendaklah kamu menjaga keturunan itu hatta dengan darah dan nyawa sekalipun. Kerna keturunan itulah yang dicari sejak zaman berzaman. BiIznillah... Dengan Qudrat dan IradatNYA, sembunyikanlah keturunan itu sehingga sampai akan masanya TERPANGGIL UNTUK MEMBUKA WADAH NAN SEGALA!

WAllahuA'lam.
Sekian.


AMUKANMELAYU - Sejarah tetap berulang.....jika Tanah Melayu ini HAK MELAYU....ianya akan PULANG KE TANGAN MELAYU.....

Tuesday, 28 October 2014

ANWAR - Bersaralah, Rakyat Sudah Letih'



  


Majlis Peguam mendakwa: “Anwar melakukannya atas dasar kerelaan mangsa.”



Baca dulu kemudian fikir.



Kata Majlis Peguam, “apa yang jelas merupakan hubungan seks suka sama suka antara dua orang dewasa”.

Selain itu Majlis Peguam mendakwa: “Anwar melakukannya atas dasar kerelaan mangsa.”
 
Ini adalah VIDEO yang menampakkan Wajah mirip Anwar yang membuatkan PAPA GOMO di denda.
Selain Majlis Peguam, Karpal Singh turut mengakui perbuatan terkutuk itu. Karpal Singh cuma mempertikaikan kenapa Saiful tidak lari…

Dengan bukti sebegini, apakah orang Islam, khususnya Para Mahasiswa  masih tetap mengatakan ‘liwat’ tidak berlaku?

Banyak pihak menunjukkan simpati kepada Anwar seolah-olah boleh melupakan perbuatan terkutuk itu demi politik, menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) serta menjayakan hasrat untuk merebut Putrajaya. Sedangkan ini bukan masalah Negara,sebaliknya ini adalah masalah PERIBADI....kenapa kita perlu mempertahankannya.....biarlah Mahkamah yang menetukannya

Pengarah Komunikasi Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA), Syukri Razak berkata Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali pernah meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak mengheret rakyat turun ke jalanan semata-mata untuk membela isu peribadinya.

“YB Azmin Ali mungkin dia lupa pada PRU 13 tahun lepas, selepas kekalahan Pakatan Rakyat, dia sendiri pernah mengingatkan kepada rakyat atau memberi satu teguran sinis kepada Datuk Seri Anwar supaya jangan lagi susahkan rakyat, jangan lagi heret rakyat ke jalan raya..”katanya kepada KiniTV.

Apakah orang sebegini layak untuk menjadi Perdana Menteri? Tun Dr Mahathir Mohamad sampai sekarang istiqamah dengan kenyataannya bahawa ‘orang sebegini tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri’.

Ada bekas pemimpin UMNO mengatakan cara menghukum Anwar akan memberikan kesan kepada politik dan pentadbiran negara yang akan menjadikan Barisan Nasional (BN) ditolak oleh rakyat.

Persoalannya, apakah sistem perundangan di negara kita ‘teruk sangat’ sehingga menjatuhkan hukuman sesuka hati?

Apakah pemimpin berkenaan merasakan mahkamah di Malaysia berpihak kepada UMNO dan BN, sedangkan banyak kes membabitkan saman oleh pembangkang dimenangi oleh mereka. Apa yang tidak kena dengan kita semua yang masih berkeras mencampuri URUSAN MAHKAMAH?

Anwar Bersaralah, Rakyat Sudah Letih'

CEROBOH - Pagar UM di PECAHKAN hanya untuk mendengar PEMBOHONGAN Anwar
Kumpulan belia yang cenderung pada Pakatan Rakyat, Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) menimbulkan gesaan agar ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara dari politik.

Gesaan itu bagi menghadapi perhimpunan untuk menyokong Anwar, yang dipromosi dengan nama himpunan 'Rakyat Hakim Negara' yang akan diadakan pada akhir bulan ini.

Jurucakap LENSA, Ekhsan Bukharee berkata, rakyat tidak perlu diheret ke jalan raya setiap kali Anwar menghadapi kes di mahkamah.

Beliau juga mendakwa, semakin ramai yang menunjukkan sikap negatif ke atas bekas timbalan perdana menteri Umno itu.

"Apa yang amat kami harapkan ialah, demi rakyat, Datuk Seri bersaralah, berhijrahlah.

"Nyata semakin ramai yang tidak menggemari Datuk Seri. Jelas sekali modus operandinya sama dan berulang seperti tahun tahun terdahulu.

"Setiap kali Datuk Seri akan disumbat ke dalam penjara, maka setiap kali itulah rakyat akan diheret ke jalan raya.

"Datuk Seri, sampai bila rakyat akan terus terheret dalam semua ini?," soalnya dalam surat yang diperolehi Malaysiakini.

Menurutnya, Anwar perlu bersimpati dengan golongan penyokong yang sejak sekian lama menunjukkan solidariti bersama Anwar.

"Berhimpun, berkumpul, bersorak melaung-laungkan nama Datuk Seri.

"Sampai bila Datuk Seri ingin melihat rakyat berpanas, berkeringat di bawah panas matahari, hanya kerana bersolidariti bersama Datuk Seri," kata Ekhsan lagi.

Himpunan 'Rakyat Hakim Negara' anjuran sayap pemuda PKR, AMK itu diadakan pada tarikh keputusan rayuan terakhir Anwar di Mahkamah Persekutuan dalam kes Liwat II.

BIARLAH MAHKAMAH YANG MEMUTUSKANNYA

Pada Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, ketika kejadian berumur 23 tahun, di Kondominium Desa Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar selepas mendapati beliau bersalah.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan dan memerintahkan Anwar membayar ikat jamin RM10,000. Hakim Balia memutuskan hakim perbicaraan TERKHILAF dalam penghakimannya bahawa integriti sampel DNA telah tercemar.

Walau Anwar mungkin melakukan ‘liwat’ secara sukarela (seperti didakwa Majlis Peguam dan Karpal) atau secara paksa seperti diputuskan oleh mahkamah yang didakwa oleh Saiful, liwat sudah dilakukan oleh Anwar.

Penulis menyebut ini berdasarkan fakta yang disebut oleh Majlis Peguam dan Karpal. Menurut Karpal, “Saiful tidak lari ke unit kondominium bertentangan dengan tempat untuk menyelamatkan diri.” Karpal menyifatkan Saiful seperti seekor kambing yang menurut sahaja semua arahan daripada Anwar dan merelakan dirinya diliwat."

Ulasan menarik mengenai isu Saiful tidak lari ini bukan baru malah sudah disebut Karpal berkali-kali. Analisis menarik mengenai perkara ini dibuat melalui blog anwaraidc yang saya petik sebahagian daripadanya:

Isu ini diperkatakan oleh AIDC pada 07 Januari 2012 yang memetik dua penulis pro Pakatan Rakyat menyalahkan Karpal Singh kerana menggunakan hujah ‘suka sama suka’ sebagai perisai utama untuk mempertahankan Anwar.

Menurut AIDC:

"...shalehudin.blogspot.com, blog pro PAS keliru kenapakah Karpal akhirnya menumpukan terhadap hujah-hujah yang mengesahkan kepada kejadian liwat itu benar-benar berlaku dengan menekankan aspek elemen suka sama suka. 

“Sebagai seorang peguam kanan yang berpengalaman, penulis tidak rasa YB Karpal Singh mempunyai masalah untuk menggulung kes fitnah yang membabitkan Datuk Seri Anwar tanpa dalam masa yang sama, menimbulkan persoalan-persoalan yang boleh merosakkan dan menghancurkan karier politik Anwar di masa hadapan. “Justeru, penulis tidak faham kenapa dalam penggulungan kesnya semalam (sebelum Timbalan Pendakwaraya mengambil tempat), Karpal lebih banyak menimbulkan hujah-hujah yang menjurus kepada kejadian liwat itu benar-benar berlaku tapi atas kapasiti suka sama suka, bukan secara paksa seperti yang didakwa Saiful. 

Sementara itu, Azman Ariffin dari laman suarapakatanrakyat.com mengakui penggulungan kes liwat II tidak begitu baik. “Komen-komen Karpal kepada media bila ditanya mengenai kes ini juga menunjukkan yang dia sudah putus asa. Sikap ini dapat dilihat dari tindakan Karpal menyerahkan penggulungan kepada dua peguam junior iaitu Sankara Nair dan Ram Karpal secara bergilir dan tidak melakukannya sendiri sehingga akhir sepertimana sepatutnya.

“Akibatnya, hujah penggulungan dilihat tidak konsisten dalam menyatakan pembelaan. Malah, kita juga amat terkejut apabila Karpal seolah-olah cuba menggambarkan yang kejadian liwat itu berlaku secara suka sama suka“, katanya. Selain itu, kenyataan Karpal sendiri turut mengukuhkan kejadian liwat itu berlaku apabila tidak mempertikaikan tentang kewujudan bahan pelincir KY Jelly dan mengesahkan keterangan ‘makan karipap’ dan ‘minum kopi’. 

Antara hujah yang digunakan ialah Saiful punya banyak peluang untuk keluar dari bilik tidur itu sebelum dakwaan liwat itu dilakukan dan beliau memilih untuk tidak berbuat demikian. Karpal langsung tidak mempertikaikan tarikh, masa dan tempat kejadian iaitu di unit 1151 walaupun cuba menimbulkan keraguan terhadap unit tersebut sebelumnya. Karpal juga tidak mempertikaikan dakwaan mengenai kewujudan KY Jelly dan bahawa Saiful makan karipap serta minum kopi selepas kejadian. 

Hujah-hujah yang disediakan Karpal juga, tidak terdapat satu pun yang menerangkan bagaimana konspirasi dilakukan sehingga membolehkan DNA Anwar dijumpai di dalam dubur Saiful. Malah, nasihat Karpal untuk membiarkan bela diri dilakukan dari kandang tertuduh yang tidak boleh disoal-balas juga jelas adalah satu nasihat yang salah.

AIDCNews 5 Januari (2012) mendedahkan ‘strategi mengunakan hujah suka sama suka’ telah dimulakan Anwar sejak 7 Ogos 2008, ketika kes ini mula-mula disebut di mahkamah seksyen, Jalan Duta Kuala Lumpur. Strategi Anwar itu turut disokong oleh orang kanannya, Azmin Ali.

Ketika Anwar membangkitkan ‘hujah suka sama suka’ itu, Karpal Singh masih belum menjadi peguam Anwar, sebaliknya Ketua Peguam Bela Anwar diketuai oleh Sulaiman Abdullah. Apabila Sulaiman Abdullah meletak jawatan sebagai Ketua Peguam Bela Anwar pada 14 Julai 2009, Karpal Singh dilantik Anwar untuk menjadi Ketua Peguam Belanya yang baru.”

Dengan pendedahan oleh Majlis Peguam dan Karpal sendiri, kita memang sukar untuk menolak bahawa Anwar tidak melakukan perbuatan terkutuk itu.

Selebihnya terserah kepada Allah yang mengetahui segala-galanya untuk menghukum atau membebaskan Anwar. Yang pasti Saiful sudah mengaku dan memohon keampunan Allah di depan Kaabah.

Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, jalan terbaik untuk Anwar bukan ‘menegakkan benang yang basah’ di mahkamah.

Namun Anwar tetap dengan caranya.

Kali ini tanpa berlengah, bukan seperti perbuatannya sebelum ini 'melengah-lengahkan perbiaraan', semalam Anwar dilaporkan membayar wang jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Ketua pembangkang itu menandatangani dokumen ikat jamin di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Darmafikri Abu Adam.

Anwar, bersama-sama penjaminnya, ketua staf di ibu pejabat PKR Ibrahim Yaacob menemui Darmafikri di biliknya dan urusan itu selesai pada 12.45 tengah hari semalam. Turut hadir abang Anwar, Rosli Ibrahim.

Sementara itu, peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Anwar berkata pihak pembelaan mempunyai 10 hari untuk memfailkan petisyen rayuan sebaik menerima alasan penghakiman daripada Mahkamah Rayuan.

Walau apa jua keputusan terhadap rayuannya, Anwar yang sudah terpalit dengan ‘dosa liwat’ ini tidak boleh mengubah kesilapan dan kekhilafannya.

Jika menang pun di mahkamah pada rayuannya, dia sudah dibuktikan oleh Majlis Peguam dan Karpal bahawa memang berlaku liwat antara Anwar dan Saiful.

Soal paksa atau sukarela hanyalah akademik, selebihnya perbuatan terkutuk itu sudah berlaku dan Anwar sewajarnya mengakui dan memohon keampunan secara yang diredhai Allah.

Sewajarnya pemimpin PAS terutamanya Presiden Haji Abdul Hadi Awang tidak mengambil keputusan mahkamah untuk memberikan sokongan kepada Anwar secara berterusan.

Kenyataan Majlis Peguam dan Karpal (kalaupun bukan Islam) sewajarnya dijadikan panduan untuk merenung dan menilai di mana dan siapa Anwar sebenarnya.

Dengan menyatakan kesal dan kecewa dengan keputusan bolehkan dijadikan ‘simpati politik’, namun yang perlu dan sewajarnya dilakukan ialah merujuk kembali kepada Dewan Ulamak PAS serta ‘Tok Guru’ yang ada dalam PAS mengenai tingkah laku Anwar ini.

Jika berterusan menyokong membuta tuli terhadap Anwar yang 'disahkan melakukan liwat' oleh Majlis Peguam dan Karpal, pemimpin PAS tidak akan dihormati.

Kelak PAS akan dilihat sebagai parti yang turut menyokong liberalisme dan perbuatan ‘liwat’ oleh pemimpin parti  sekutunya.

Sudah pasti dengan sikap dan pendirian sedemikian, PAS akan menerima bala kekalahan demi kekalahan kerana bersekutu dengan pihak-pihak yang ‘memboleh dan menghalalkan’ seks bebas serta liwat tanpa batas!

Majlis Peguam mendakwa: “Anwar melakukannya atas dasar kerelaan mangsa.”
 

Monday, 20 October 2014

N AK IKUT RASULLULLAH ATAU PENAJA PESTA GILA NI?


DI PERMAINKAN - Selepas Tonggang Arak Octoberfest Di Selangor Bikin Pesta Najis MUGHALLAZAH

 

 

Soalan :

Dalam mazhab Shafi'ie, apa hukum sentuh anjing?


Kalau pihak polis guna anjing untuk menyiasat kes, apakah bermakna  setiap hari mereka kena samak..? Apakah sebenarnya hukum menyentuh anjing?


Adakah menyentuh anjing tiu haram? Jika tersentuh dengan sengaja, perlukah samak..?

Jawapan:

Tiada nas yang menyatakan menyentuh babi dan anjing itu haram sebaliknya yang menyatakan haram itu adalah memakannya.Kita perlu jelas pandangan Islam terhadap dua makhluk yang Allah cipta ini.Kedua-duanya adalah ciptaan daripada Allah dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia sebaliknya setiap sesuatu itu ada hikmahnya.


Keadaan yang membolehkan kita sentuh anjing tanpa samak ialah ketika mana dua-dua dalam keadaan kering tapi jika mana salah satu nya basah wajib samak tapi kalau boleh elakkan la sentuh walaupun dalam keadaan kering ini kerana dikhuatiri timbul was-was betulkah ianya betul-betul kering.tapi ini khas utk anjing sahaja kalau khinzir samada basah atau kering wajib samak.


Tidak ada persoalan tentang khinzir samada ianya kering atau basah hukum menyatakan wajib samak.Imam Syafie mengqiaskan basah di badan anjing itu sama dengan air liurnya.jadi air liur anjing adalah najis dan wajib di samak bukan sebab bulu melekat pada diri kita atau lain-lain.


Hukum memelihara anjing tanpa ada sebab adalah HARAM sepertimana Hadith Rasulullah SAW : 
“Barangsiapa yang memlihara anjing bukan untuk menjaga gembalaan atau berburu, maka amalannya akan dikurangkan setiap hari satu qirath (4/6 dinar).” (HR. Bukhari)

"Apabila bekas seseorang kamu dijilat oleh anjing (seperti meminum air didalamnya) maka sucikanlah dengan membasuhnya tujuh kali basuhan pertama hendaklah dengan air tanah (air yang dicampurkan dengan tanah)." (muslim(279)).

menurut riwayat Al-Daruqatni 1/65  salah satu daripada air itu ialah dengan air tanah.


Najis Mughallazah (BERAT) Anjing dan Babi

Dalil menunjukkan bahawa anjing dan babi adalah najis berat ialah kerana tidak memadai membasuhnya sebanyak sekali air seperti mana najis-najis yang lain. Bahkan mestilah dibasuh dengan tujuh kali. salah satu basuhannya ialah dengan air tanah.


Sebagaimana dalam hadis yang lalu iaitu hadis berkenaan dengan anjing yang menjilat bekas air. Babi diqiaskan kepada anjing (dari segi najisnya) kerana babi lebih buruk keadaannya daripada anjing.
Ini Orang Tua dan mereka bukan Najis Berat, Takde ke yang nak buat HARI CARE ORANG TUA?





KEKASIHKU - AKU TETAP MERINDUI MU


Rumah Nabi SAW

Berkata Abu Hurairah r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda:
Allah telah berfirman:

"Siapa yang mengingatiKu didalam dirinya, nescaya Aku mengingatinya
di dalam DiriKu. Dan siapa yang mengingatiKu di hadapan orang ramai,
maka Aku akan mengingatinya pula di hadapan ramai yang lebih banyak
dan lebih baik." - Riwayat Ibnu Syahin


Sisa runtuhan Bilik Rasulullah Saw dan Sayyidah Khadijah as.

Bersyukurlah dengan teknologi internet kita dapat melihat sesuatu yang menarik. Gambar sisa runtuhan rumah Rasulullah SAW adalah diambil dari web Islamik luar negara.Blog gnbest hanya sebagai medium untuk saya berkongsi dengan anda. Wallahualam

Gambar rumah Rasulullah SAW

Gambar rumah Rasulullah SAW
Gambar rumah Rasulullah SAW
Gambar runtuhan dilihat lebih dekat.
Gambar tapak rumah Rasulullah SAW bersama Saiditina Siti Khadijah AS, tempat mereka tinggal selama 28 tahun. Di sinilah tempat lahirnya putera dan puteri Baginda,antaranya ialah yang sulung bernama Qasim dan yang bongsu, puteri kesayangan baginda yang banyak juga mencipta sejarah dalam Islam iaitu Fatimah Az-Zahrah.


Pintu masuk ke bilik Rasulullah SAW dan Saidatina Khadijah AS
Gambar rumah Rasulullah SAW
Sisa runtuhan Bilik Rasulullah Saw dan Sayyidah Khadijah as.
 
Gambar rumah Rasulullah SAW
Gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.

Gambar rumah Rasulullah SAW
Gambar kedudukan rumah Nabi Muhammad SAW dari google earth  Sumber

HATI MELAYU - Aku hanya ada kamu........

RAKYAT HAKIM NEGARA - RAKYAT TELAH MENGHAKIMI, ANWAR TIDAK DI PERLUKAN LAGI


  

Bukti Anwar sudah kalah, jika rakyat hakim negara

Posted by MELANAU BLOGGER
Jika dirujuk prinsip "Rakyat Hakim Negara' yang sering dilaungkan oleh pencacai Anwar serta penganut fahaman luar tabie, ternyata Anwar sudah kalah ditangan rakyat. Anwar sudah kalah teruk sebenarnya.
Mereka yang dulu rela jadi pencacai Anwar, sekarang sudah muak serta meluat dengan agenda Anwar yang sentiasa menjadikan rakyat sebagai 'perisai' untuk mempertahankan masalah peribadinya.
Paparan dibawah ini sebahagian dari bukti betapa Anwar sudah tidak lagi mampu meyakinkan anak muda yang sebelum ini sanggup ke hulu ke hilir mengusung perjuangan peribadi Anwar dan keluarga.
Ini belum termasuk komen di Facebook milik Anwar, yang rata-rata mengecam dan menyampah dengan sikap Anwar.
- See more at: http://www.melanaublogger.com/2014/10/bukti-anwar-sudah-kalah-jika-rakyat.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MelanauBlogger+%28MELANAU+BLOGGER%E2%84%A2%29#sthash.UPr7wDMh.dpuf

MALAYSIAKINI Zahirkan Kebencian Kepada Anwar Ibrahim... KETUM Disuruh Bersara Dari Politik

OLAK LEMPIT - Jumaat 24 Zulhijjah 1435, rakyat telah benar-benar menjadi hakim. Jelas di sini rakyat tak perlukan satu undia tapi rakyat menzahirkan pada "SIDANG RAKYAT".....jelas dalam FB, rakyat telah memutuskan KETUM tidak di perlukan lagi. Rakyat tidak pedulu kemana KETUN nak pergi, tapi yang penting, rakyat sudah menjelaskan yang sudara ANWAR IBRAHIM tidak di perlukan lagi.

Adakah Anwar akan pakai keputusan ini? Jawapannya tidak. Seperti selalunya, keputusan yang memehak kepadanya adalah kebijaksanaan rakyat. Tapi bila rakyat menolak Anwar?
Apa yang penulis nak katakan....percayalah, duit akan mencurah-curah datang kepada rakyat melalui PKR.
Kumpulan belia yang cenderung pada Pakatan Rakyat, Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) menimbulkan gesaan agar ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara dari politik.

Gesaan itu bagi menghadapi perhimpunan untuk menyokong Anwar, yang dipromosi dengan nama himpunan 'Rakyat Hakim Negara' yang akan diadakan pada akhir bulan ini.

Jurucakap LENSA, Ekhsan Bukharee berkata, rakyat tidak perlu diheret ke jalan raya setiap kali Anwar menghadapi kes di mahkamah.

Beliau juga mendakwa, semakin ramai yang menunjukkan sikap negatif ke atas bekas timbalan perdana menteri Umno itu.

"Apa yang amat kami harapkan ialah, demi rakyat, Datuk Seri bersaralah, berhijrahlah.

"Nyata semakin ramai yang tidak menggemari Datuk Seri. Jelas sekali modus operandinya sama dan berulang seperti tahun tahun terdahulu.

"Setiap kali Datuk Seri akan disumbat ke dalam penjara, maka setiap kali itulah rakyat akan diheret ke jalan raya.

"Datuk Seri, sampai bila rakyat akan terus terheret dalam semua ini?," soalnya dalam surat yang diperolehi Malaysiakini.

Menurutnya, Anwar perlu bersimpati dengan golongan penyokong yang sejak sekian lama menunjukkan solidariti bersama Anwar.

"Berhimpun, berkumpul, bersorak melaung-laungkan nama Datuk Seri.

"Sampai bila Datuk Seri ingin melihat rakyat berpanas, berkeringat di bawah panas matahari, hanya kerana bersolidariti bersama Datuk Seri," kata Ekhsan lagi.





Azmin Ali telah lama mengingatkan perkara ini.....dan ketentuan Allah itu benar belaka. Lihatlah FB Azmin ini:



Himpunan 'Rakyat Hakim Negara' anjuran sayap pemuda PKR, AMK itu diadakan pada tarikh keputusan rayuan terakhir Anwar di Mahkamah Persekutuan dalam kes Liwat II.

Anwar Ibrahim Terkejut Besar Dengan Reaksi Negatif Follower Apabila Diajak Berdemonstrasi Untuk Dirinya.Ini Tandanya Majority Rakyat Sudah Bencikannya. Dengan lebih 1000 lebih komen yang tersiar dengan 99% menghentam Anwar Ibrahim atau admin yang menjaga Facebooknya,ternyata ajakan Anwar Ibrahim agar rakyat menyertainya untuk berdemonstrasi dan menggulingkan kerajaan sepertimana cubaan yang dilakukan pada 1998,bagaikan mempalitkan tahi ke muka sendiri.Ini adalah hampir kesemua pembuat komen menyatakan bahawa demonstrasi yang mahu dianjurkan oleh Anwar Ibrahim itu adalah kerja orang gila,mementingkan diri dan terlalu mengagungkan diri sendiri.

Ramai yang mengambil contoh tindakan kejam yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim ke atas Khalid Ibrahim.Menurut mereka,ketika tindakan tersebut dilakukan,Anwar Ibrahim langsung tidak mempedulikan suara rakyat dan berpura-pura seperti tiada apa-apa yang berlaku tetapi apabila tiba gilirannya, Anwar Ibrahim meminta rakyat bersama-samanya.Kebanyakan pecacai Anwar Ibrahim yang ramai di Facebook juga nampaknya tidak berani untuk memberikan sokongan dalam posting terbabit,sebaliknya mereka menjadi pemerhati dan membuat posting di laman sendiri untuk memberikan sokongan kepada Anwar. Berbeza dengan keadaan sebelumnya.


Bertambah menarik,penyokong penyokong beliau sendiri dengan lantang menyuarakan pandangan mereka yang mahukan isu ini diselesaikan oleh beliau sendiri tanpa perlu mengheret rakyat.Membuang masa dan tenaga semata-mata mempertahankan masalah peribadi beliau.Sendiri buat sendiri tanggung.


AMUKANMELAYU - Jika menduduki Tahta PM Negara dari JALANAN.....maka turunnya juga di jalanan........
ika dirujuk prinsip "Rakyat Hakim Negara' yang sering dilaungkan oleh pencacai Anwar serta penganut fahaman luar tabie, ternyata Anwar sudah kalah ditangan rakyat. Anwar sudah kalah teruk sebenarnya.
Mereka yang dulu rela jadi pencacai Anwar, sekarang sudah muak serta meluat dengan agenda Anwar yang sentiasa menjadikan rakyat sebagai 'perisai' untuk mempertahankan masalah peribadinya.
- See more at: http://www.melanaublogger.com/2014/10/bukti-anwar-sudah-kalah-jika-rakyat.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MelanauBlogger+%28MELANAU+BLOGGER%E2%84%A2%29#sthash.UPr7wDMh.dpuf
Nuffnang Ads

Bukti Anwar sudah kalah, jika rakyat hakim negara

Posted by MELANAU BLOGGER
Jika dirujuk prinsip "Rakyat Hakim Negara' yang sering dilaungkan oleh pencacai Anwar serta penganut fahaman luar tabie, ternyata Anwar sudah kalah ditangan rakyat. Anwar sudah kalah teruk sebenarnya.
Mereka yang dulu rela jadi pencacai Anwar, sekarang sudah muak serta meluat dengan agenda Anwar yang sentiasa menjadikan rakyat sebagai 'perisai' untuk mempertahankan masalah peribadinya.
Paparan dibawah ini sebahagian dari bukti betapa Anwar sudah tidak lagi mampu meyakinkan anak muda yang sebelum ini sanggup ke hulu ke hilir mengusung perjuangan peribadi Anwar dan keluarga.
Ini belum termasuk komen di Facebook milik Anwar, yang rata-rata mengecam dan menyampah dengan sikap Anwar.

- See more at: http://www.melanaublogger.com/2014/10/bukti-anwar-sudah-kalah-jika-rakyat.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MelanauBlogger+%28MELANAU+BLOGGER%E2%84%A2%29#sthash.UPr7wDMh.dpuf
Nuffnang Ads

Bukti Anwar sudah kalah, jika rakyat hakim negara

Posted by MELANAU BLOGGER
Jika dirujuk prinsip "Rakyat Hakim Negara' yang sering dilaungkan oleh pencacai Anwar serta penganut fahaman luar tabie, ternyata Anwar sudah kalah ditangan rakyat. Anwar sudah kalah teruk sebenarnya.
Mereka yang dulu rela jadi pencacai Anwar, sekarang sudah muak serta meluat dengan agenda Anwar yang sentiasa menjadikan rakyat sebagai 'perisai' untuk mempertahankan masalah peribadinya.
Paparan dibawah ini sebahagian dari bukti betapa Anwar sudah tidak lagi mampu meyakinkan anak muda yang sebelum ini sanggup ke hulu ke hilir mengusung perjuangan peribadi Anwar dan keluarga.
Ini belum termasuk komen di Facebook milik Anwar, yang rata-rata mengecam dan menyampah dengan sikap Anwar.

- See more at: http://www.melanaublogger.com/2014/10/bukti-anwar-sudah-kalah-jika-rakyat.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MelanauBlogger+%28MELANAU+BLOGGER%E2%84%A2%29#sthash.UPr7wDMh.dpuf