KATA NAJIB
Sudah beberapa kali Presiden Umno @ PM Najib
mengulangi "Akta Hasutan akan dimansuhkan" .... dan ini
menjadi pencetus polemik Akta Hasutan yang berpanjangan hingga kini -
Kaitkan ketiga artikel di atas dan anda akan tertanya soalan ini -
Apakah Najib benar2 mewakili suara
akarumbi Umno ? Siapakah 'kerajaan' yang mahu memansuhkan Akta Hasutan
kalau orang nombor dua dalam kerajaan pun boleh tidak setuju ?
Apakata bawa berbincang sekali isu Sekolah Vernakular .... sama juga persoalannya .... apakah Najib membawa suara Umno ?
Dan dalam konteks yang lebih luas - Apakah Najib seorang pemimpin Melayu yang membawa suara orang Melayu ?
KATA SEPUPU NAJIB
Hishammuddin hari ini berkata Akta
Hasutan akan dibincangkan oleh perwakilan masa Perhimpunan Agung Umno
hujung bulan ini. Katanya lagi kerajaan perlu dengar suara akarumbi
sebelum buat sebarang keputusan memansuhkan Akta Hasutan.
KATA TIMBALAN NAJIB
MELAKA 27 Okt. – Akta Hasutan 1948 wajar dikekalkan bagi membolehkan
pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang
membuat sebarang kenyataan yang menggores perasaan masyarakat pelbagai
kaum dan agama di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat,
adalah penting undang-undang yang mencegah perbuatan menghasut seperti
Akta Hasutan dikekalkan dan sedikit pindaan perlu dibuat berikutan
beberapa perkembangan mutakhir yang berlaku wajar ditangani segera.
Menurutnya, sejak akhir-akhir ini ada pihak cuba menghasut rakyat
sehingga menimbulkan suasana tegang dalam hubungan kaum di negara ini
termasuk yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan menyentuh
sensitiviti kaum dan agama.
“Kita tidak boleh membiarkan sikap melampau segelintir pihak boleh
menjejaskan keharmonian dan keamanan yang kita kecapi selama ini, apatah
lagi jika mereka semakin berani mempersoalkan perkara-perkara yang
termaktub di dalam Perlembagaan.
“Antara yang disentuh adalah hak keistimewaan Melayu dan anak negeri
Sabah dan Sarawak, hak-hak sah bagi kaum bukan Melayu, kedudukan agama
Islam dan kedudukan Raja-Raja Melayu.
“Bagi kerajaan tindakan sebegini tidak boleh kita kompromi walau
sedikit pun dan pada hemat saya adalah penting Akta Hasutan dikekalkan
sebagai satu bentuk kawalan yang membolehkan pihak berkuasa mengambil
tindakan terhadap mereka,” katanya....
Putrajaya tidak pernah janji mansuh Akta Hasutan, kata Shahidan
OLEH MD IZWAN
Published: 5 September 2014
Putrajaya
berjanji untuk mengkaji Akta Hasutan, bukan memansuhkan, kata Menteri
di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim. Gambar fail The
Malaysian Insider.Datuk Seri Shahidan Kassim berkata
Putrajaya tidak berjanji memansuhkan Akta Hasutan tetapi hanya untuk
mengkajinya, 2 tahun selepas Datuk Seri Najib Razak mengatakan secara
terbuka akan memansuhkan akta ciptaan penjajah British itu.
Pendedahan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dilakukan ketika
tindakan besar-besaran terhadap ahli politik pembangkang, ahli akademik,
portal berita dan wartawan mengikut Akta Hasutan 1948.
Shahidan berkata, kenyataan Najib sebelum ini akta baharu akan
menggantikan Akta Hasutan tidak bermakna akta penjajah itu akan
dimansuhkan.
"Perdana menteri tidak pernah janji hendak hapuskan, beliau janji untuk
melihat semula. Bermakna mungkin Akta Hasutan diganti dengan Akta
Keharmonian Nasional dan bukannya hapuskan," katanya kepada The
Malaysian Insider.
Kenyataan Shahidan bercanggah dengan janji Najib yang dilaporkan pada
11 Julai, 2012 apabila beliau berkata Akta Hasutan 1948 akan dimansuh
dan akan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional sebahagian daripada
program transformasi kerajaan.
"Dengan adanya akta baharu ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara.
“Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara
serta memupuk keharmonian agama," kata Najib dalam ucapannya pada majlis
makan malam Jabatan Peguam Negara bersama perdana menteri dan
dilaporkan secara meluas media arus perdana dan portal atas talian.
Sejak itu, badan bukan kerajaan dan ahli politik pembangkang seringkali
memberi tekanan kepada kerajaan agar mengotakan janji mereka.
Setahun selepas berjanji, Najib memberitahu BBC World News pada 2
Julai, 2013 kerajaan akan “pinda akta berkenaan tetapi mahu memastikan
Malaysia aman dan harmoni”.
Jumaat lalu sebagai respon kepada kritikan terhadap dakwaan hasutan
secara meluas Putrajaya berkata akta baharu sedang didraf tetapi
mempertahankan dakwaan hasutan terhadap pemimpin pembangkang dan
menambah mahkamah adil kepada semua.
"Sehingga satu undang-undang baharu siap, sebarang kes yang timbul
perlu ditangani mengguna pakai undang-undang sedia ada,” kata satu
kenyataan Pejabat Perdana Menteri.
Kenyataan itu juga mengulangi Akta Hasutan akan dimansuhkan dan digantikan dengan undang-undang baharu.
Bagaimanapun, Shahidan sebagai menteri yang menguruskan Parlimen
berkata Kabinet belum pernah berbincang mengenai pemansuhan akta
tersebut.
"Akta Keharmonian Nasional belum ada draf lagi, tidak ada, cuma yang
draf itu adalah Majlis Peguam, di pihak kerajaan belum ada apa-apa draf
lagi,” katanya.
Ketika ini Putrajaya sedang mendraf akta Jenayah Kebencian Agama dan
Kaum dan Rekonsiliasi dan Keharmonian Nasional untuk menguruskan kes
berkenaan diskriminasi.
Usaha mendraf akta ini dan mengadakan perbincangan dengan pihak
berkepentingan diketuai Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN).
Draf tersebut ditentang sesetangah kumpulan Islam kerana dikatakan menggugat kedudukan Melayu dan Islam.
Shahidan mempertahankan Akta Hasutan dengan berkata pemansuhan hanya akan mendatangkan kesan buruk.
"Kita kena ingat semasa kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA), kita harap manusia jadi makin baik, tetapi nampaknya
manusia menjadi makin teruk dan biadab, malah banyak saya terima keluhan
daripada orang ramai yang mahukan ISA dikembalikan semula.
"Ini yang rakyat minta, tetapi kerajaan sudah buat keputusan untuk mansuhkannya," katanya.
ISA dimansuh dan digantikan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) Sosma 2012.
Shahidan juga mempertahankan Akta Hasutan terus digunakan kerana
Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk serta berlandaskan kepada
peruntukan Perlembagaan negara.
"Kalau masyarakat majmuk tidak ada Akta Hasutan, orang ramai boleh maki
satu sama lain, jadi susah nanti. Jadi, Akta Hasutan tidak akan ditarik
balik atau dipinda, ia selari dengan Perlembagaan,” katanya.
Beliau juga menuduh pembangkang sentiasa berusaha mewujudkan perasaan
benci supaya rakyat tidak menyukai kerajaan, walaupun banyak perkara
baik yang dilakukan kerajaan.
"Pembangkang ini sekarang apa yang mereka buat mesti wujudkan
kebencian, hanya dengan ini mereka mampu menukar pemikiran rakyat.
"Kalau rakyat yang rasional tidak ada sebab untuk mempertikaikan
kerajaan, tidak ada sebab. Jadi yang mampu mereka tarik perhatian rakyat
adalah dengan mewujudkan benci kepada kerajaan, saya tidak faham di
sini mengapa kita berbuat baik kepada orang tetapi disuruh benci,"
katanya.
Dalam masa dua minggu lepas, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat didakwa
mengikut Akta Hasutan termasuk Rafizi Ramli dan N Surendran daripada
PKR, Khalid Samad (PAS) dan RSN Rayer (DAP).
Wakil rakyat lain yang dituduh mengikut Akta Hasutan ialah Teresa Kok
(DAP) dan Chua Tian Chang (PKR), sementara Datuk Seri Mohamad Nizar
Jamaluddin (PAS) didakwa atas tuduhan membuat fitnah 2 tahun lepas.
Semua wakil rakyat ini berdepan kemungkinan hilang jawatan jika
mahkamah menjatuhkan denda RM2,000 atau lebih atau hukuman penjara
sekurang-kurangnya setahun.
Terbaru, pensyarah undang-undang Universiti Malaya Prof Madya Dr Azmi
Sharom didakwa mengikut Akta Hasutan kerana dituduh mengeluarkan
kenyataan berbentuk hasutan mengenai krisis perlembagaan di Perak pada
2009.
Wartawan Malaysiakini Susan Loone ditahan di Pulau Pinang semalam
berhubung artikelnya yang menuramah exco negeri Phee Boon Poh dan
penahanan besar-besaran anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS). – 5
September, 2014. - See more at:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/putrajaya-tidak-pernah-janji-mansuh-akta-hasutan-kata-shahidan#sthash.uMBp3k9p.dpuf

KATA Ketua Kaum Ibu
KUALA LUMPUR 9 Nov. - Kerajaan diminta mendengar kebimbangan dan
suara hati rakyat terutamanya kaum wanita dalam membantah cadangan
penghapusan Akta Hasutan 1948.
Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, suara
majoriti rakyat negara ini perlu diutamakan berbanding beberapa
personaliti yang membawa agenda politik semata-mata.
Menurutnya, kerajaan tidak perlu takut untuk ke hadapan dalam
mendengar suara majoriti tersebut demi menjaga kestabilan dan
keselamatan negara.
“Sehubungan itu, Wanita UMNO hari ini sebulat suara menetapkan bahawa
segala usaha untuk memansuhkan akta berkenaan perlu ditangguhkan.
“Ini kerana Akta Keharmonian Nasional tidak mencukupi untuk mengekang
ancaman yang dapat mengganggu-gugat keselamatan rakyat di negara ini,”
katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri program Pemahaman Akta
Hasutan 1948 di Hotel Seri Pacific di sini hari ini.
Program yang dijalankan secara tertutup anjuran Biro Perundangan dan
Advokasi Pergerakan Wanita UMNO itu turut dihadiri bekas Ketua Polis
Negara, Tan Sri Musa Hassan; peguambela dan peguamcara, Datuk Salehuddin
Saidin dan Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia, Datuk
Khairul Anwar Rahmat.
Tambah Shahrizat, Wanita UMNO juga akan menghantar satu memorandum
kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantah
pemansuhan tersebut dalam masa terdekat.
Jelas beliau, pihaknya juga akan membuat pungutan suara dalam satu referendum sejuta tandatangan untuk diserahkan kepada Najib.
“Wanita UMNO akan mengumpul tandatangan bermula dengan kira-kira 19,000 cawangan UMNO di seluruh negara,’’ ujarnya.-Selanjutnya
Ganti Najib sekiranya Akta Hasutan 1948 dimansuh
Kali ini penulis tidak mahu menulis panjang lebar.
Cukuplah jika penulis katakan bahawa jika sekiranya Akta Hasutan 1948
itu dimansuh maka sokongan orang Melayu yang sekian kalinya
menyelamatkan UMNO dalam setiap PRU akan beralih arah.
Senang cakap, UMNO bukan sudah tidak lagi RELEVEN atau tidak mendapat sokongan orang Melayu, tapi PEMIMPINnya sudah tidak lagi BEKENAN di HATI MELAYU. Kuasa yang ada pada UMNO sekarang ini adalah kerana ihsan undi Melayu. UMNO tidak BERSALAH, tetapi kerosakan yang berlaku sekarang ini adalah PEMIMPINYA.
Apa tanda burung perepat,
Memakan gambir sarang berangin,
Apa tanda kiamat dah dekat,
Orang pandir diangkat pemimpin.
* Pandir = Pak Pandir
Dato' Najib perlu ingat bahawasanya beliau berkuasa bukan hasil dari
undi orang Cina yang ternyata menyokong Pakatan Rakyat dengan peratusan
undi setinggi 95%.
Tidak ada sebab untuk Dato' Najib reward kaum Cina dengan pemansuhan
Akta Hasutan ini. Akta Hasutan adalah benteng terakhir mengekalkan
ketenteraman rakyat yang berbilang agama dan bangsa.
Jika Dato' Najib masih lagi berkeras mahukan pemansuhan dilaksanakan, wajarlah Presiden UMNO itu digantikan.
Itu adalah untuk mengelak bencana yang lebih besar terhadap agama, bangsa dan tanahair.
1. Ada orang yang
memberitahu kepada Datuk Seri Najib Razak yang saya memburukkan
pemerintahannya.
2. Saya tidak akan menyangkal kerana saya berkali-kali menegur
dasar-dasar kerajaan sekarang.
3. Saya menegur kerana saya berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan
percaya segala-gala yang dilakukan mereka baik-baik belaka. Hanya
apabila ditegur sahaja barulah pemimpin akan sedar kesalahan dan mungkin
akan memperbetulkannya.
4. Izinkan saya mencerita cerita dongeng berkenaan seorang raja
Inggeris. Dia dikelilingi dengan ramai dattuk-datuk yang mendakwa dia
adalah seorang raja yang amat berkuasa ke atas segala-galanya. Demikian
pasang-surut air di laut pun akan patuh kepada perintahnya.
5. Alkesah, maka pada satu hari raja menitah untuk meletakkan takhtanya
di pantai menghadap laut.
6. Air sedang pasang dan raja bertanya kepada datuk-datuknya apakah
baginda boleh hentikan air pasang supaya tidak basahkan kakinya.
7. Jawab mereka, “Ya, tuanku. Air tidak akan sampai ke kaki tuanku.”
8. Maka raja pun menitah supaya air laut itu tidak naik lagi.
9. Tetapi air laut itu terus pasang dan kena pada kaki baginda. Maka
baginda pun murka kepada datuk-datuknya. Demikianlah sikap datuk-datuk
kerana ingin menyenangkan hati raja mereka.
10. Satu lagi cerita dongeng juga ialah berkenaan datuk-datuk istana
yang tidak pernah menegur raja. Mereka sepanjang masa mengiyakan saja
apa juga yang dilakukan raja.
11. Satu hari raja masuk dewan dalam keadaan bogel. Baginda bertanya
cantikkah pakaiannya. Semua angguk kepala dan berkata "Ya tuanku".
12. Hanya seorang budak yang berkata, "Tuanku bogel."
13. Maka raja pun murka akan datuk-datuknya yang tidak berkata benar
apabila dia bogel.
14. Kita boleh dapat sedikit pelajaran dari cerita-cerita dongeng ini.
15. Orang Melayu mempunyai banyak pepatah yang boleh jadi panduan dalam
kehidupan mereka. Antaranya ingin saya sebut di sini:
"Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan".
Dengan izin, saya ingin menambah sedikit kepada pepatah ini. "sayangkan
pemimpin tegur-tegurkan".
16. Saya lihat bagaimana orang Melayu tidak mudah menegur pemimpin.
Walaupun pemimpin jelas bersalah, tidak ada siapa yang sanggup menegur
secara terbuka. Tetapi di belakang pemimpin mereka akan keluarkan
kata-kata yang kesat terhadapnya.
17. Mungkin saya berbeza sedikit dari Melayu lain. Apabila Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj membuat beberapa dasar dan tindakan yang tidak
disenangi oleh ramai orang Melayu, saya menulis surat menegur Tunku.
18. Walaupun kerananya saya dipecat, tetapi Tunku meletak jawatan
sebagai perdana menteri. Mungkin bukan kerana teguran saya, tetapi
hakikatnya Tunku mengundur diri.
19. Demikian juga dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin kerana
teguran, mungkin kerana prestasi buruk PRU12. Tetapi hakikatnya Abdullah
juga letak jawatan.
20. Saya sendiri pun letak jawatan. Sebahagian dari sebabnya ialah
kerana saya dengar bisik-bisik yang menyoal "bila lagi orang tua ini
akan pergi." Saya percaya jika saya tidak letak jawatan, bisik akan jadi
jeritan.
21. Pilihan saya bagi mengganti Abdullah ialah Najib. Setelah beberapa
lama dilihat dasar dan tindakan Najib tidak lebih berkesan dari
Abdullah.
22. Saya tidak sangka yang pencapaiannya dalam PRU13 lebih buruk dari
Abdullah.
23. Harapan saya Najib akan mengambil ikhtibar dari prestasinya yang
buruk dalam PRU13. Malangnya sehingga kini tidak nampak apa-apa
perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba
menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang
bertemu saya) secara langsung kepada Dato Seri Najib.
24. Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya. Ini
pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur.
25. Apakah dianya yang saya fikir salah. Ia bermula dengan pendirian
melayani semua tuntutan musuh. ISA dan undang-undang buang daerah
dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan parti
lawan. Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyak kerana pembebasan
ketua-ketua geng.
26. Demikian juga dengan sikap merendah diri kepada negara jiran
sehingga urusan dalam negeri pun tertakluk kepada pendapat kerajaan
negara jiran.
27. Tetapi pendapat kaum dan parti yang kuat menyokong untuk
menyelamatkan kedudukan kerajaan tidak diberi layanan yang saksama.
28. Wang kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila
sahaja pilihanraya umum diadakan. Ini menjadikan rakyat terlalu
bergantung kepada kerajaan untuk segala-galanya. Bagi yang betul-betul
miskin, bantuan seperti ini memanglah wajar. Tetapi beribu rakyat yang
ditawar menolak bantuan wang seperti ini. Semangat rakyat untuk bekerja
menjadi luntur apabila mereka diberi ganjaran tanpa usaha mereka.
Semangat ini tidak akan menolong pembangunan negara.
29. Dasar ekonomi mengutamakan tuntutan pengguna. Impot barangan
digalakkan dan industri tempatan diabaikan, bahkan dihalang dasar
kerajaan.
30. Cuti ditambah sehingga adakalanya pekerja bercuti lebih seminggu.
Sebaliknya gaji minimum dinaikkan tanpa mengambilkira kenaikan kos yang
boleh menjadi perniagaan dan perusahaan tidak bedayasaing dengan
barangan impot.
31. Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan
pimpinan Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi
dan kewangan negara.
32. Semua ini disebabkan penyokong kerajaan tidak pernah menegur
pemimpin.
33. Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya
pernah dipecat Tunku, dipulau Abdullah dan difitnah ramai. Jika kerana
menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.
34. Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa
dan negara saya. – chedet.cc, 18 Ogos, 2014.
Make Money at :
http://bit.ly/best_tips

Mahathir - Najib Perdana Menteri Paling Teruk Pencapaiannya...
"Pencapaian perdana menteri ke-6 lebih buruk lagi dalam PRU13 setelah
memberi wang kerajaan kepada berjuta rakyat, membelakangkan DEB, melayan
orang yang tidak hargai layanan, meningkatkan hutang kerajaan,
mendengar nasihat konsultan luar dan lain-lain lagi," katanya.
Menurut Dr Mahathir, selepas pencapaian yang buruk
dalam PRU13, Najib sepatutnya mengkaji semula dasar dan amalan yang
perlu diperbaiki, tetapi malangnya, perkara itu tidak dilakukan, malah
Najib tidak membuat apa-apa perubahan.
Kalau dah ditegurpun tak diendahkan lebih baik Tun jalankan gerakan
untuk menyingkirkan Najib tu.. makin lama dia memerintah makin teruk
negara kita ni..
Tapi.. dalam UMNO tu berapa kerat sangat yang berani nak menentang Najib tu.. kalau ditentang hilanglah punca pendapatan..
Jadi dari mereka sendiri hilang punca pendapatan lebih baik dibiarkan Najib mentadbir ikut suka dia...
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi amaran kepada Datuk Seri Najib
Razak yang masa depannya mungkin akan lebih kelam sekiranya masih
meneruskan pendekatan yang sama dalam pentadbirannya, sekalipun sudah
ditegur.
Memulakan tulisan di dalam blognya dengan melahirkan rasa gembira kerana
kerajaan menerima teguran beliau dengan terbuka, bekas perdana menteri
itu berkata walaupun teguran beliau diterima, tiada perubahan yang
dilakukan pentadbiran Najib.
"Mereka yang tidak mengambil iktibar dari pengalaman dahulu dan
meneruskan juga pendekatan lama akan didera dengan pencapaian yang sama
atau lebih buruk di masa hadapan," katanya.
Sambil menegaskan yang beliau hanya menegur, bukan memberi arahan, Dr
Mahathir berkata beliau tidak mahu menjadi seperti Penasihat British
zaman dahulu yang membuat perjanjian dengan Raja-Raja Melayu.
"Disebut dalam perjanjian itu British akan menugaskan seorang pegawai
mereka sebagai Penasihat (Adviser) dalam bahasa mereka, kepada kerajaan
negeri.
"Tetapi dalam perjanjian itu disebut juga bahawa apabila Penasihat
British memberi nasihat, Raja dan kerajaan mesti terima. Penerimaan ini
mengikut fahaman British bermakna mengikuti dan melaksanakan nasihat
yang diberi," katanya.
Apabila nasihat mesti diterima dan dilaksanakan, ia bukan lagi satu
nasihat, kata Dr Mahathir, kerana ia sudah menjadi satu arahan.
"Apabila Residen British mendapati seorang Raja Muda tidak sesuai untuk
naik takhta apabila Raja mangkat, nasihat diberi supaya beliau tidak
diberi hak untuk mengganti Raja.
"Dan Raja pun terpaksa terima kerana nasihat Residen mesti diterima dan
dikuatkuasakan," beliau memberi contoh memetik kisah zaman British.
Katanya, tegurannya juga bukan satu nasihat seperti yang diberi Majlis Penasihat sekarang kepada Raja-Raja Melayu.
"Raja tidak perlu menerima nasihat mereka, jauh sekali daripada melaksana nasihat yang diberi.
"Teguran saya bukanlah nasihat. Hendak terima atau tidak adalah hak
orang yang ditegur. Hendak laksana atau tidak juga hak pihak yang
ditegur."
Dr Mahathir dipercayai merujuk teguran yang dibuatnya sebelum ini,
apabila beliau mengisytiharkan menarik balik sokongan terhadap Najib dan
mengkritik kerajaan di bawah pimpinan perdana menteri ke-6 itu kerana
membuat dasar dan tindakan yang tidak berkesan.
Berikutan itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata
kerajaan menerima dengan terbuka semua teguran dan isu yang
dibangkitkan Dr Mahathir terhadap kepimpinan negara.
Dr Mahathir berkata di dalam blognya, ujian yang terbaik dalam negara
demokrasi ialah apabila pilihan raya diadakan.
Katanya, Najib menghabiskan wang yang banyak untuk rakyat, tetapi masih
gagal memperoleh kemenangan besar semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13)
tahun lalu.
"Perdana menteri ke-5 setelah menang besar dalam PRU 2004, kehilangan
lima buah negeri, satu wilayah dan kemerosotan yang besar di Dewan
Rakyat dalam PRU12 2008.
"Sepatutnya, pengganti memperoleh kemenangan yang lebih baik. Tetapi tidak.
"Pencapaian perdana menteri ke-6 lebih buruk lagi dalam PRU13 setelah
memberi wang kerajaan kepada berjuta rakyat, membelakangkan DEB, melayan
orang yang tidak hargai layanan, meningkatkan hutang kerajaan,
mendengar nasihat konsultan luar dan lain-lain lagi," katanya.
Menurut Dr Mahathir, selepas pencapaian yang buruk dalam PRU13, Najib
sepatutnya mengkaji semula dasar dan amalan yang perlu diperbaiki,
tetapi malangnya, perkara itu tidak dilakukan, malah Najib tidak membuat
apa-apa perubahan.
"Dengan pencapaian yang buruk ini sepatutnya dikaji semula dasar dan
amalan yang jelas tidak baik. Tetapi tidak. Pendekatan diteruskan.
Teguran diterima tetapi tidak menukar apa-apa," katanya lapor The Malaysian Insider
AMUKANMELAYU - Tanah Melayu sedang di JAJAHsemula tanpa PEPERANGAN dan Najib sedang mengulangi kesilapan yang telah di buat oleh Tengku Abd. Rahman......