,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday, 30 January 2016

KU NANAN TELAH MEROSAKAN STRUKTUR PENGURUSAN UMNO




KU NANAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN



Oleh J Aslan

Ketika pembukaan mesyuarat Umno Lembah Pantai 2 Ogos lalu, setiausaha agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan berkata yang Umno menjadi lemah akibat ahli-ahlinya yang suka membuat fitnah.


“Umno lemah hari ini, kenapa? Kerana ahli sendiri. Kita ada kira-kira 30 peratus ahli yang suka adu domba, buat finah dan terpengaruh dengan cerita pembangkang. Inilah masalah Umno,” katanya seperti dipetik.

Tetapi Tengku Adnan, kenyataan anda terlalu jauh dengan kebenaran. Tolong jangan salahkan akar umbi Umno. Mereka sudah cukup menderita. Umno lemah bukan kerana ahli yang suka memfitnah pemimpin. Umno lemah kerana ramai dalam parti itu yang korup dan sudah tiada integriti dan kebertanggungjawaban.

Dengan menyalahkan ahli akar umbi ke atas krisis kepimpinan parti, Tengku Adnan seolah-olah cuba mengelak perkara yang jelas kepada semua. Sama seperti pemimpin Umno lain seperti Abdul Rahman Dahlan, Nazri Aziz dan menteri yang baru dilantik Azalina Othman Said, Tengku Adnan memilih untuk buat tak nampak gajah di depan mata.

Memang perlu banyak keberanian untuk menghadapi dengan krisis secara berdepan dan menanganinya. Kebenaran akan ditegakkan jua. Inilah apa yang dilakukan bekas timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin. Sebagai ‘habuannya’, Muhyiddin disingkirkan daripada Kabinet dengan cara yang bacul. Naib presiden Umno Shafie Apdal juga tersingkir atas sebab yang sama.

Kedua-duanya mahu mengetahui kebenaran di sebalik wang RM2.6 bilion, yang kini sudah sah disalurkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

Pemimpin Umno patut meninggalkan retorik dan menegakkan kebenaran dan keadilan. Dengan cara ini, mereka pasti akan lebih dihormati dan Umno akan lebih kuat. Jadi Ku Nan, tolonglah berhenti menyalahkan akar umbi Umno di atas krisis kepimpinan yang dihadapi.

Percubaan untuk menyatakan yang wang itu disimpan bagi pihak Umno juga tidak memadai. Wang yang disimpan atas amanah perlu mematuhi Akta Pemegang Amanah 1949. Adakah ia dilakukan dengan persetujuan Majlis Tertinggi? Jika ya, mengapa Muhyiddin yang masih merupakan timbalan presiden Umno tidak tahu? Mengapa Shafie Apdal tidak tahu?

Pemimpin Umno juga sering berubah nada dalam skandal RM2.6 bilion ini. Kini dikatakan pula bahawa wang tersebut adalah “derma” politik, daripada penyokong Umno. Tetapi mengapa tidak beritahu begitu dari awal?

Tolonglah Ku Nan. Bijak pandai ada berkata, apabila anda tidak dapat pertahankan apa yang memang tidak dapat dipertahankan, berkatalah benar walaupun sukar. Jadi Ku Nan, tidak perlulah beri syarahan bodoh anda kepada akar umbi Umno. 

Akhir sekali, tolong juga ingat bahawa Umno ini dilihat sebagai benteng kepada sistem politik negara. Barisan Nasional juga diselubungi ketidaktentuan akibat krisis kepimpinan Umno.

Inilah masanya untuk pemimpin Umno dan BN mula bercakap secara rasional dan mengambil jalan sederhana. Walaupun seakan sudah lambat. Inilah masa terbaik bagi Umno untuk membetulkan kesalahan, seterusnya menjadi lebih baik dan kuat.

Berbanding menafikan apa yang benar, mengakulah kesalahan anda. Angkat pemimpin baru yang bertanggungjawab dan jujur. Satukan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, dan pulihkan semula ekonomi negara.- See more at: http://bm.theantdaily.comf 

CUBA JELEN LIDAH HANG AKU NAK TENGOK



Dalam puak Najib ini ada dua kumpulan haramjadah...
.

satu puak haramjadah kata mesyuarat MT tidak bincang isu Mukhriz ..

Satu puak haramjadah lagi kata, dibincangkan dan Muhyiddin sendiri tidak bantah petanda kembali menyokong Najib.

Mana satu puak haramjadah ni yang betul...

Jawapan admin..

Pertama...beristighfar
Itu yang mereka tempah ..padan kot

Kedua..
Dua dua puak tu sama betul..
spin dan putar..tak ada bezanya

Ketiga .
Terdesak nak heret nama Muhyiddin sokong Najib tu apasal pulak... Muhyiddin sendiri pun dah tahu "game"nya..takkan nak buang masa.
Sebelum ni pun Muhyuddin dah buat press statement supaya Mukhriz dikekalkan hinggu PRU ..

Nampaknya mereka masih kemaruk untuk Muhyiddin sokong



Ku Nan BERI AMARAN kepada MUHYIDDIN 

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran kepada Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tidak melampaui batasan ketika berucap pada perhimpunan di Kampung Baru, Kuala Lumpur malam ini atau bakal berdepan tindakan disiplin.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Nan berkata, parti itu tiada halangan dan menyerahkan keputusan kepada Muhyiddin jika beliau ingin membuat ucapan sebelum Perhimpunan Agung Umno 2015 yang akan bermula esok malam.
“Saya tak tahu tentang ini cerita, nak bagi ‘speech’ (ucapan), terpulang pada dia.

FITNAH - Ketua UMNO cawangan nafi tuduhan Ku Nan


 | November 25, 2015 

Walaupun tidak puas hati dengan Presiden parti, ketua-ketua UMNO cawangan tidak sanggup membuat kecoh pada PAU.

Rushdan-Mohamed_Tengku-Adnan_umno_600
Add caption
KUALA LUMPUR: Dakwaan ketua-ketua UMNO cawangan akan membuat rusuhan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang dijadualkan pada 8 hingga 12 Disember adalah fitnah dan pembohongan besar.

Ketua Cawangan Rista Villa Perdana, Rushdan Mohamed berkata demikian bagi mengulas kenyataan Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mendakwa terdapat 100 ketua cawangan diupah untuk mengganggu PAU nanti.


“Dakwaan Ku Nan (Tengku Adnan) bahawa ketua-ketua cawangan akan buat kecoh di PAU itu fitnah yang amat jahat dari Ku Nan.

“Apa motif dan faedahnya kita nak buat kacau, tak perlu.. sebab yang hadir itu semua kawan-kawan kami semua.

“Kenapa kita nak buat sesuatu, yang boleh memudaratkan.. Tidak ada faedah kami nak buat kecoh kat sana,” katanya kepada FMT.

Memetik laporan Sinar Harian, Ku Nan berkata 100 ketua cawangan diupah untuk mengganggu PAU untuk mendesak Presiden berundur.


Ku Nan berkata mereka dibayar dengan duit dan diupah untu membuat kecoh di PAU.

Mengulas lanjut, Rushdan berkata ketua-ketua cawangan tentunya tidak akan melakukan perkara yang boleh memburukkan parti mereka sendiri.

Katanya, mereka hanya ingin mendesak supaya Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berundur.


“Kami ketua-ketua cawangan tidak akan melakukan perbuatan seperti itu (buat rusuhan di PAU)… tak wajar.

“Cukuplah, kami melakukan sidang media dan menyatakan secara terbuka bahawa kami tak sokong lagi kepimpinan Najib..Itu sudah cukup,” katanya.

Rushdan turut berkata sekiranya ada pihak yang membuat rusuhan di PAU nanti, mungkin daripada pihak yang telah diupah.


“Kami difahamkan mungkin ada pihak lain yang diupah sebenarnya.. sebab ada kemungkinan ada kumpulan lain yang selama ini telah buat kecoh dalam beberapa perhimpunan.

“Kami tak perlu layan (dakwaan Ku Nan), kalau ada kami harap pihak polis akan ambil tindakan tegas kepada pihak yang membuat kekacauan itu…Tangkap dan dakwa (mereka) yang melakukan perbuatan sebegitu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Cawangan SUA Betong Bahagian Teluk Kemang, Ramli Awang turut menafikan dakwaan Ku Nan itu.


Katanya, dia hanya meminta supaya Najib berundur dan ingin pemilihan UMNO yang dijadual berlangsung pada Perhimpunan Agung parti tahun depan diteruskan dan bukan ditangguhkan.

“Kita bukan nak gaduh dengan UMNO..kami nak Najib letak jawatan (sebagai Presiden), itu saja.

“Kita juga mahu pemilihan UMNO pada 2016 diteruskan…tak nak tangguh.

“PRU14 makin lama makin dekat, buat apa nak tangguh.. Bagi ahli sendiri pilih sapa yang layak jadi Presiden, Timbalan Presiden dan dalam jawatan lain,” katanya.
FMT 

Tujuh Pemimpin UMNO Dipantau, Mungkin Dikenakan Tindakan Disiplin - Ku Nan

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
KUALA LUMPUR - Umno sedang memantau tujuh pemimpinnya yang mungkin berdepan tindakan disiplin, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Bagaimanapun, beliau tidak menamakan ketujuh-tujuh pemimpin yang sedang dipantau itu.

"Kami sedang memantau tujuh pemimpin. Jika perlu, tindakan disiplin akan diambil terhadap mereka," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Umno akan mengambil tindakan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletak jawatan.

"Itu pendapat beliau sendiri.

"Baru-baru ini, saya lihat di pelbagai laman web bahawa beliau (Dr Mahathir) mula menyerang saya. Saya hanya mahu melakukan tanggungjawab saya sebagai Setiausaha Agung Umno," kata Tengku Adnan.

Tengku Adnan juga meminta media supaya berhenti melaga-lagakan pemimpin lama dan pemimpin baharu.

"Cukup-cukuplah. Jangan laga-lagakan pemimpin lama dan pemimpin baharu," katanya.

Beliau berkata masalah yang dihadapi pada pentadbiran kerajaan pada hari ini harus ditangani oleh pemimpin sedia ada.

"Kami tidak memerlukan campur tangan pemimpin lama untuk selesaikan masalah kami, kami tahu bagaimana untuk menyelesaikannya.

"Sama seperti Tun (Dr Mahathir), penggalnya sudah berakhir, cukup-cukuplah," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata peguam Umno akan menghantar surat balas kepada Pengerusi Akademi Belia Datuk Saifuddin Abdullah yang juga anggota Umno dalam masa terdekat bagi menjawab persoalan bekas Anggota Majlis Tertinggi Umno itu mengenai surat tunjuk sebab yang dihantar kepadanya pada 28 September lalu.

Surat tunjuk sebab itu dihantar oleh Tengku Adnan berkenaan kehadiran Saifuddin di majlis pelancaran gabungan baharu parti pembangkang, Pakatan Harapan, pada 22 September lalu.

Terdahulu, Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, diiringi timbalannya, Datuk Dr Loga Bala Mohan, dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin, menghadiri majlis pelancaran dan sesi pengundian Projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan di Residensi Kepongmas di sini.

Projek fasa pertama yang dibangunkan oleh Syarikat Sinerjuta Sdn Bhd di Kepong itu menawarkan 1,514 unit rumah mampu milik berharga RM188,000 hingga RM198,000 dengan keluasan 800 kaki persegi, dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air dan satu tempat letak kereta.
 

Ku Nan, SHUT THAT GAP !

Tuesday, December 8, 2015


Antara pemimpin Umno yang paling banyak bercakap akhir2 ini adalah Setiausaha Agung Umno, iaitu Yang Mulia Tengku Adnan Tengku Mansor.
Yang mula kata tidak akan ada media masa PAU hari tu , dia lah....
Semalam yang sound Timbalan Presiden supaya Don't Cross The Line , dia lah ....
Hari ini orang yang sama sound lagi - Mungkin ( Timbalan Presiden ) gila kuasa. - Mkini.
Rupanya ramai juga ahli Umno yang berbulu dengan Yang Mulia Tengku Adnan ni dek keceluparan mulutnya. Hari ini Datuk Seri Shafie Apdal sudah sound dia balik -
"Beliau (Muhyiddin) timbalan presiden, anda (Tengku Adnan) setiausaha agung.
"Beliau diundi, anda dilantik... jangan hanya minta dihormati, kenalah (juga) hormati orang lain," - Mkini.
Adeeeh .......
Ni ada satu lagi komen dari seorang pemimpin Umno yang amat disegani di Johor, iaitu Yang Mulia Tengku Putra Jumat ADUN Kempas.
Status FB beliau yang bertarikh 3 Disember lalu memang pedas dan tajam ! Saya terjemahkan lebihkurang -
Boleh tak Setiausaha Agong tolong diam sehingga satu keputusan resmi dibuat oleh Majlis Tertinggi Umno ? Pandangan anda yang tidak bernilai ( insignificant )  itu tidak penting dan mungkin saja disalah tafsir sebagai mewakili parti.
Tugas anda hanya merekod minit mesyuarat dan sampaikan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Tertinggi. Contohnya kenyataan yang Media DiHalang ( Untuk Pau ), ia hanya memberi gambaran Umno itu sering berubah2 pendirian ( flip flop ) sedangkan keputusan Majlis adalah sebaliknya.

KU NAN GAGAL


Khamis, 15 Mei 2014


Tadi Sangkakala ada menulis tentang Tok Ali atau YB Datuk Seri Ali Rustam yang dikatakan akan menggantikan tempat Setiausaha Agung UMNO.


Disini Sangkakala nak buat sambungan apabila ada dikalangan rakan rakan yang bertanya, kenapa perlu di tukar Setiausaha Agung UMNO yang sedia ada sekarang.

Dalam beberapa artikel yang lepas, Sangkakala juga ada menulis tentang Setiausaha Agung UMNO yang ada sekatang ni tentang beberapa kemelut yang melanda.

Tapi apa yang pasti, Tengku Adnan sebenarnya gagal menjalankan tugas sebagai Setiausaha Agung UMNO dalam menyelesaikan badai yang melanda di Terengganu.



Memang benar, sekarang ni YB Datuk Seri Ahmad Said yang merupakan bekas Menteri Besar telah bertindak untuk menyertai semula UMNO dan melupakan hasrat untuk menjadi calon bebas.

Jika diikuti rentetan kejadian, Mat Said dikatakan telah memberitahu bahawa beliau akan melangsungkan majlis perkahwinan anaknya di Kemaman dan beliau juga mengatakan bahawa pwrkara ini telah dimaklumkan kepada YAB Perdana Menteri.

Tapi dalam masa yang sama, Perdana Menteri mengatakan bahawa beliau tidak tahu akan majlis yang diadakan pada 17 Mei nanti dan Perdana Menteri mengandaikan bahawa majlis yang diadakan pada 10 Mei lalu telah selesai.

Dan dengan kekeliruan itu juga, maka kekeliruan dan salah faham telah berlaku hingga membuatkan Mat Said bertindak keluar dari UMNO dan menjadi ADUN bebas.

Tetapi setelah Perdana Menteri mendapat tahu kedudukan yang sebenar, maka kemelut yang melanda di negeri Penyu ini dapat diatasi dengan begitu baik dan pwnih sifat kekeluargaan.

Tapi persoalannya disini, kenapa perkara ini tidak diselesaikan oleh orang yang diwakilkan oleh Perdana Menteri untuk menyelesaikan perkara tersebut?

Siapa yang diarahkan oleh Perdana Menteri bagi menyelesaikan kemelut Tetengganu?

Setahu Sangkakala, Setiausaha Agung dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia telah dikerahkan untuk pergi mencari jalan penyelesaian, tapi apa yang berlaku, Mat Said bertindak keluar parti sejurus Menteri Besar Terengganu yang baru mengangkat sumpah jawatan beliau dihadapan Sultan.

Satu lagi persoalan yang bermain di kepala Sangkalala ialah, apakah benar bahawa Perdana Menteri yang mengeluarkan kenyataan bahawa majlis perkahwinan anak Mat Said adalah masalah peribadi beliau?

Pada jangkaan Sangkakala, takkan sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib akan mengeluarkan kenyataan sedemikian terhadap seorang pemimpin sebuah negeri.

Jadi disini Sangkakala merasakan bahawa Ku Nan GAGAL melaksanakan apa yang diarahkan oleh Perdana Menteri iaitu menyelesaikan permasalahan.

Jadi adalah lebih baik jika Ku Nan melepaskan jawatan tersebut dan ada juga bagusnya jika Tok Ali pula mengambil alih jawatan Setiausaha Agung UMNO yang baru.

Tok Ali pun bukan orang baru dalam politik dan Sangkakala yakin Tok Ali mampu untuk membawa pembaharuan dalam pentadbiran UMNO Malaysia

GAMBAR:- Bangalo Tengku Adnan Terbakar. Setiausaha Agong UMNO. Rumah Nyaris Nyaris Hancur



Oleh : HHalem 
 



Allhamdulillah Semua Selamat !! 

Setiausaha Agung UMNO nyaris kecelakaan dalam kebakaran di rumah. 



Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor merasa cukup bernasib baik.Jika tidak kerana anak lelakinya tersedar ada kebakaran di rumah mereka jam 5.30 pagi Ahad beliau dan keluarganya pasti ditimpa musibah. 

Kebakaran yang berlaku dengan cepat itu telah memusnahkan sebahagian besar rumahnya yang terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur khususnya di bahagian atas. 

Tengku Adnan yang ditemui Agendadaily jam 8.30 pagi ketika menantikan pihak bomba sedang memeriksa kesan kebakaran yang teruk itu memberitahu semasa kejadian beliau tertidur di biliknya selepas mengikuti keputusan pilihanraya Singapura di televisyen. 

Katanya tiba-tiba anak lelakinya mengetuk pintu memberitahu ada kebakaran. Mereka sekeluarga segera lari keluar dari rumah. 

Tiak lama kemudian beberapa kereta bomba telah berkejar ke rumahnya untuk berusaha memadam kebakaran. 

“Saya rasa sungguh nasib baik. Kalau anak saya tidak sedar entahlah,” katanya. 

Tengku Adnan kata sepatutnya pagi ini beliau dijadual hadir di satu majlis di Putrajaya.- 
Sumber Agendadaily... 8/5/2011
AMUKANMelayu - Banyak lagi KEROSAKAN yang telah di lakukan oleh Ku Nanan, di sebabkan banyak KEJADIAN ANEH yang berlaku maka tiada FOKOS kepada PRESTASI Ku Nanan yang terlepas pandang oleh Presiden UMNO.
 

SEJAK KES MAK DYANA, KU NANAN TELAH BANYAK MEROSAKAN REPUTASI UMNO




Tambar ini adalah untuk kesesuaian dengan PEPATAH MELAYU

 Anjing Kurap.
   Makna: Orang yang sering dihina.

   Contoh ayat: Walau pun Kapal hampir karam, Jurumudi tetap juga berebut nak menjadi JURAGAN akibat sering percaya dengan NAKHODA JANJI, sehingga Jurumudi sanggup memperlakukan JURAGAN seperti Anjing Kurap. Ia juga berkaitan dengan penyakit kurap tulang berair yag dimiliki dan dibangga-banggakan oleh Nakhoda Janji.


Penafian: Artikel adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan kami

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Penafian: Artikel adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan kami

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
 Penafian: Semua Artikel adalah copypage dan ianya pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan kami dan sama juga dengan PEPATAH dia atas.....
 

mukhriz


MESYUARAT MT UMNO PWTC MUKHRIZ MAHATHIR DIHALAU KELUAR KE TIDAK DIJEMPUT HADIR?



Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir meninggalkan Menara Dato Onn selepas tidak dibenarkan menyertai mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO sebentar tadi.

Ketika ditemui di lobi bangunan itu, beliau memaklumkan arahan tersebut dibuat Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sesiapa yang tidak dijemput diminta beredar, tetapi semua itu ditujukan kepada saya seorang. “Ada arahan daripada Setiausaha Agung,” katanya. - UTUSAN ONLINE

BUKTI SURAT - Halau Mukhriz Untuk Memalukan Beliau Sebaliknya Rakyat Bersimpati

Surat By Hand di beri pada hari Mesyuarat di Bilik Mesyuarat

Surat yang bertarikh hari ini 29 Januari 2016 yang dialamatkan ke Pejabat Menteri Besar Kedah, Wisma Darulaman, Alor Setar hanya diserahkan kepada DS Mukhriz sewaktu beliau hadir di PWTC untuk mesyuarat MT hari ini. 

Setiausaha Agung UMNO sepatutnya menyerahkan surat ini lebih awal jika benar mereka benar-benar jujur dan tidak bertujuan untuk memalukan Dato' Seri Mukhriz.

Tindakan ini tidak profesional malah seolah-olah cuba mempermainkan Dato' Seri Mukhriz.


Namun demikian, perkara sebaliknya berlaku apabila rakyat dan penyokong UMNO melahirkan rasa simpati terhadap Dato' Seri Mukhriz yang diperlakukan sedemikian rupa.

Lalu blog upahan dedak mula menyalahkan Dato' Seri Mukhriz yang dikatakan tidak dijemput tetapi datang untuk meraih simpati.

Berikut adalah surat jemputan terdahulu berkenaan pindaan tarikh mesyuarat. Surat tersebut tidak pula menerangkan bahawa Ahli Majlis Tertinggi yang turut hadir tidak dijemput.


Mukhriz Mahathir FC
Adakah ini surat jemputan Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir ke Mesyuarat Majlis Tertinggi?.
KES TERDAHULU
 
Surat Tunjuk Sebab Yammy Dihantar Kali Kedua
Tengku Adnan
SUA Paling teruk dalam Sejarah UMNO
KUALA LUMPUR - Umno menghantar semula surat tunjuk sebab kepada Yammy Samat, ibu calon DAP pada PRK Teluk Intan, Dyana Sofia Mohd Daud, selepas surat pertama dipulangkan oleh Pos Malaysia Berhad kerana salah alamat.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berikutan itu, tempoh 14 hari bagi Yammy menjawab surat berkenaan yang tamat pada Isnin lepas, akan disambung selama dua minggu lagi.

"Saya difahamkan surat yang kita hantar dipulangkan kerana alamat yang diberi adalah salah.

"Jadi, kita dapat alamat yang baharu...kita hantar balik kepada dia. Kita beri 14 hari lagi (kepada Yammy)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan pusat beli-belah Avenue K di sini, hari ini.  

Turut hadir Pengerusi Avenue K, Tan Sri Yap Yong Seong. Pada 3 Jun lepas, Umno telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Yammy kerana didakwa berkempen untuk anaknya dalam PRK Parlimen Teluk Intan 31 Mei itu.

Pada PRK itu, Dyana Sofia, 27, tewas kepada calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong, 53, dengan majoriti 238 undi.
- Bernama

PEMBACA PERLU MEMAHAMI PERKARA INI

Friday, January 29, 2016

Sebab Sebenar MB Kedah diminta keluar dari Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri bukanlah secara otomatik ahli Majlis Tertinggi UMNO. Mereka yang kalah atau tidak dilantik sebagai ahli MT hanya dijemput hadir mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO apabila diperlukan.


Sekiranya tiada jemputan, maka tiada sebab untuk beliau turut hadir dalam mesyuarat terbabit.  Malah kehadiran Pengerusi Negeri hanya sebagai "turut hadir" dan tidak boleh memberi pandangan kecuali diminta.


Maka atas sebab itu Datuk Paduka Mukhriz Mahathir boleh hadir dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO hari ini dengan surat jemputan UMUM yang di keluarkan kecuali SUA UMNO megeluarkan surat "DI MINTA TAK PERLU HADHIR" dan bukannya seperti apa yang telah berlaku (Surat by Hand) dan bukannya beliau mahu menjadikan ini sebagai propaganda politik dan menagih simpati.


Perkara yang mungkin para pembaca kurang faham dan perlu ketahui. 1. Memang ya Mukhriz Mahathir merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah tetapi jawatan tersebut bukanlah 'by default' atau secara automatik boleh terus jadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. 2. Walaupun berjawatan selaku Menteri Besar Kedah mewakili UMNO, beliau juga wajib menerima jemputan terlebih dahulu dari pejabat Setiausaha Agung UMNO sebelum hadir untuk memasuki bilik mesyuarat. 3. Taraf sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri atau Menteri Besar ataupun Ketua Menteri tidak memungkinkan seseorang itu memasuki bilik mesyuarat sesuka hati jika tiada jemputan walaupun bapanya bekas Presiden UMNO sekalipun. 4. Jika tiada jemputan, takda sebab untuk hadir. 5. Sekiranya dijemput untuk hadir ke mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, peranannya hanyalah sebagai pemerhati dan tidak boleh bersuara / memberi cadangan / pandangan / berceramah / membantah / berceloteh kecuali atas permintaan Pengerusi ataupun Presiden. 6. Ada 2 kemungkinan kebiasaannya yang boleh dihuraikan daripada kejadian petang ini. a) Mukhriz nak masuk mesyuarat untuk bela diri b) Mukhriz sengaja menagih simpati sebagai propaganda politik

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Perkara yang mungkin para pembaca kurang faham dan perlu ketahui. 
1. Memang ya Mukhriz Mahathir merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah tetapi jawatan tersebut bukanlah 'by default' atau secara automatik boleh terus jadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. 
2. Walaupun berjawatan selaku Menteri Besar Kedah mewakili UMNO, beliau juga wajib menerima jemputan terlebih dahulu dari pejabat Setiausaha Agung UMNO sebelum hadir untuk memasuki bilik mesyuarat. 
3. Taraf sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri atau Menteri Besar ataupun Ketua Menteri tidak memungkinkan seseorang itu memasuki bilik mesyuarat sesuka hati jika tiada jemputan walaupun bapanya bekas Presiden UMNO sekalipun. 
4. Jika tiada jemputan, takda sebab untuk hadir. 
5. Sekiranya dijemput untuk hadir ke mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, peranannya hanyalah sebagai pemerhati dan tidak boleh bersuara / memberi cadangan / pandangan / berceramah / membantah / berceloteh kecuali atas permintaan Pengerusi ataupun Presiden. 
6. Ada 2 kemungkinan kebiasaannya yang boleh dihuraikan daripada kejadian petang ini. 
a) Mukhriz nak masuk mesyuarat untuk bela diri 
b) Mukhriz sengaja menagih simpati sebagai propaganda politik
 


TENGKU ADNAN MINTA MUKHRIZ KELUAR DARI MESYUARAT MKT



 

KUALA LUMPUR: Spekulasi penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah semakin bertiup kencang apabila beliau diarahkan meninggalkan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang sedang berlangsung.




Mukhriz tiba di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kira-kira pukul 3.05 petang untuk menghadiri mesyuarat tersebut.

Namun beliau diarahkan untuk meninggalkan mesyuarat yang sedang berlangsung tidak lama kemudian.

"Mereka yang hadir tetapi tidak dijemput harus meninggalkan mesyuarat" antara arah yang dikeluarkan semasa mesyuarat tersebut.


Menurut beliau, arahan tersebut dikeluarkan Setiausaha Agung Parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
 

Mukhriz diarah tinggalkan mesyuarat MT Umno


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini diarahkan meninggalkan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Mulanya Mukhriz disambut, kemudian diarah keluar
Menurut Mukhriz, arahan tersebut adalah daripada Setiausaha Agung Umno.

Majlis Tertinggi Umno dipercayai sedang berbincang mengenai masa depan Mukhriz yang juga adalan pengerusi perhubungan Umno Kedah sebagai menteri besar

"Mereka kata, pada siapa yang hadir yang tak dijemput untuk beredar. Ia merujuk kepada saya," kata Mukhriz ketika ditemui pemberita di lobi PWTC.

Ketika ditanya ia adalah arahan siapa, Mukhriz sekadar berkata: "Setiausaha agung," katanya ringkas.

Beliau juga sempat melemparkan senyuman kepada wartawan yang ingin tahu mengapa dirinya beredar dari mesyuarat berkenaan sebelum memasuki keretanya.

Spekulasi bertiup kencang sejak pagi tadi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Darul Aman, di Kuala Lumpur, pagi tadi.

Tindakan terhadap Mukhriz itu dikatakan ada kaitan dengan kempen berterusan bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggulingkan Najib.
Guling MB Kedah: Ini Nasihat Tun M Buat Mukhriz

Kini di negeri Kedah, sedang berlaku sedikit isu panas apabila ada pihak yang cuba menggulingkan Menteri Besar iaitu Mukhriz anak kepada Tun Mahathir.

Ada wartawan yang bertanyakan kepada Tun M, apa nasihat yang diberikan kepada anaknya itu berkenaan krisis yang sedang melanda ini.

Ini nasihat Tun M kepada anaknya itu:

"Dalam politik, apa saja boleh berlaku. Tidak ada apa yang kekal kerana kawan boleh menjadi lawan dan lawan boleh bertukar menjadi kawan."

Tun M juga langsung tidak menghubungi PM Najib tentang hal ini.

Ini katanya beliau lagi:

"Saya berpendapat beliau perlu menangani perkara itu. Beliau pandai dan tak perlulah saya menasihati beliau,"  
 
AMUKANMelayu - Sejauh mana pun kita mengatakan kita adalah PROFOSIONAL, tp jika bersangkutan dengan keluarga kita.....pedihnya tetap terasa.......

Thursday, 28 January 2016

JENAKA NAJIB DAN !MDB


najib kaya taipeitimes
Ini Najib la......

Serba Salah
 
Memang nasib saya tidak baik
Dapat bini, bodoh campur cerdik
Saban hari dia suka bersolek
Sampai otak saya jadi naik pelik

Dicakap salah tak cakap salah
Jadi semua serba salah

Jikalau sudah dia kerja didapur
Nasi dimasak menjadi bubur
Ikan disiang semuanya hancur
Perencah dibubuh habis berterabur

Ditegur salah tak tegur salah
Jadi semua serba salah

Kerja dirumah cukupnya malas
Baik menyapu baik mengemas
Bangun Tidur pukul lima belas
Laki yang mana hati tidak panas

Dilarang salah tak larang salah
Jadi semua serba salah

Muka naik pucat badannya pun letih
Disuruh bikin kopi dibikinnya teh
Disuruh beli roti dibelinya kuih
laki yang mana tidak berleteh

Dibilang salah tak bilang salah
Jadi semua serba salah

Disuruh ambil gelas diambilnya cawan
Disuruh ambil piring diambilnya pinggan
Disuruh ambil mentega diambilnya belacan
Hati yang mana kita boleh tahan

Diajar salah tak ajar salah
Jadi semua serba salah

Disuruh ambil parang diambilnya pisau
Disuruh ambil beg diambilnya pau
Disuruh beli mee dibeli koeh teaw
Disuruh beli rokok dibelisentil tembakau

Diturut salah tak turut salah
Jadi semua serba salah.

Arab Saudi sahkan derma 2.6 Billion kepada Najib untuk kempen pilihanraya


Semalam Peguam Negara dah mengesahkan yang wang derma yang pernah dimasukkan dalam akaun PM menjelang musim pilihanraya umum yang lepas memang datangnya dari kerabat diraja Arab Saudi . Hari ni pulak, seperti yang dilaporkan portal BBC sumber dari kerabat diraja Arab Saudi turut mengesahkan perkara yang serupa. Oleh itu isu derma RM2.6 billion tu sepatutnya dah tak timbul lagi.  Peliknya perangai segelintir orang Malaysia ni ialah diorang mempersoalkan pulak kenapa Najib pulangkan duit baki yang masih tinggal lebih kurang RM2 billion kepada penderma .


Dari laporan BBC semalam, dari USD 681 juta , jumlah wang yang digunakan untuk pilihanraya hanya lebih kurang USD 61 juta sahaja . Walhal bila duit dah ada dalam tangan , Najib boleh ja tabur duit yang berbaki USD 620 juta tu untuk mantapkan lagi BN dan kedudukan beliau . Tapi sebaliknya Najib pulangkan balik dan hanya guna USD 61 juta ja . Banyak mana USD 61 juta tu untuk peruntukan 222 kerusi parlimen dan 500 lebih kerusi DUN ??

Kalau ikut kadar tukaran mata wang asing masa tahun 2013 , kita anggarkan 1 dollar us lebih kurang 3.3 ringgit . Jadi 61 juta usd tu lebih kurang 211.2 juta ringgit .  Jadi dari jumlah duit tu bahagikan lah dengan 222 kerusi parliment dan 500 lebih kerusi DUN . Kalau bajet untuk kerusi parlimen je lebih kurang 1 kerusi parlimen dapat 1 juta ringgit . Kat dalam parlimen pulak ada beberapa DUN , kena bahagi pulak dengan jumlah DUN . Jadi boleh nampak duit derma tu kira pakai cukup2 ja untuk tujuan pilihanraya . Tanya la mana2 parlimen ... cukup ka RM1 juta untuk persediaan pilihanraya.

Jadi rasanya derma 2.6 billion tu bukan lah isu sangat .. sebab dari 2.6 billion yang diderma tu , Najib pakai 211.2 juta ja untuk diagih-agih pada komponen BN di 222 kerusi parlimen dan 500 lebih kerusi DUN . Balance pun dah dipulangkan semula sebaik saja selesai pilihanraya . Malah Sarawak Report pun ada tulis pasal balance yang dipulangkan tu . Cuma sesetengah ummah di Malaysia ni tak pakai otak nak faham isu. Ada yang tanya macam-macam walhal tembolok dia pun dah cukup kenyang dapat duit derma masa pilihanraya yang lepas

"SAYA TERTEKAN " - DATUK SERI NAJIB RAZAK



Ketegangan ekonomi negara semakin meruncing apabila ringgit malaysia semakin mencatatkan kejatuhan seakan sejarah1998 berlaku semula . Rakyat Malaysia terjejas dengan kehadiran pelbagai perlaksaan yang menekan kos sara hidup seharian.

Terbaru ,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengakui bahawa beliau juga tertekan dengan laporan media yang menghakis sokongan kepada BN.

Beliau membangkitkan laporan media mementingkan kecepatan dan bukan ketepatan, yang menurutnya boleh membentuk tanggapan negatif kepada kerajaan.

“Saya pun depress (tertekan). Orang politik pun depress sebab kita mudah jadi sasaran.

“Orang media rugi pengedaran (akhbar). Kita rugi daripada segi undi. Sama juga depress,” kata Najib.




Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini berkata Datuk Seri Najib Razak mengembalikan semula sebahagian wang RM2.6 bilion yang diterimanya kepada keluarga diraja Arab Saudi.

Menurut Apandi, pada Ogos 2013, sejumlah wang AS$620 (RM2.03 bilion) telah dikembalikan kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

"Wang sejumlah RM2.03 bilion telah dikembalikan semula oleh perdana menteri kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.
"Berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, saya berpuas hari bahawa tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung dana RM2.08 bilion tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pejabat Peguam Negara di Putrajaya hari ini. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini mengemukakan dua kertas siasatan – berkaitan kes bekas anak syarikat 1MDB, SRC International dan kes RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadi Najib – kepada Apandi Disember tahun lalu.

Bagaimanapun hari ini, Apandi berkata, wang dana yang diberikan oleh keluarga diraja Arab Saudi itu merupakan sumbangan peribadi kepada Najib.
Oleh yang demikian, tiada kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Najib berhubung wang sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya itu serta pihak Peguam Negara akan mengendalikan kertas siasatan kepada SPRM dan mengarahkan supaya kertas siasatan tersebut ditutup.

Kes Najib RM2.6 Bil dan RM42 Juta DI TUTUP


Tuesday, January 26, 2016



 

Kenyataan Arab Saudi Bukti Najib

Terkejut dengan laporan Najib menerima derma dari raja Arab Saudi, kerajaan Arab Saudi telah memulakan siasatan mengenai dakwaan Najib itu.

DERMA

Kerajaan Arab Saudi amat terkejut kerana mereka tidak tahu menahu tentang derma tersebut.

Kementerian Luar Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan kenyataan bahawa jika mengikut amalan, kerajaan Arab Saudi tidak pernah memberi sumbangan atau derma ke akaun peribadi mana-mana pemimpin luar.

Kini isu derma 2.6 billion memasuki fasa baru dengan Kerajaan Arab Saudi telah di heret ke isu yang menjadi tumpuan seluruh dunia.

Jika derma tersebut datang dari sebuah kerajaan ke sebuah kerajaan lain, ia 100% tidak di anggap sebagai rasuah tetapi jika derma tersebut datang dari individu ke akaun peribadi seorang pemimpin, ia 100% di anggap sebagai rasuah.

Adalah sesuatu yang tidak boleh di terima akal jika seseoarang itu memberi sejumlah wang yang begitu banyak tanpa mahukan sebarang balasan.


Arab Saudi sahkan dana RM2.6 bilion daripada Raja Abdullah

 166  7 Google +0
LONDON 27 Jan. - Arab Saudi mengesahkan dana berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan bantuan kewangan untuk membantu beliau memenangi Pilihan Raya Umum 2013.
Sumber terdekat keluarga diraja Arab Saudi yang enggan dikenali mendedahkan kepada rangkaian BBC, pemberian bantuan kewangan itu sebenarnya daripada Almarhum Raja Abdullah menggunakan wang peribadi dan negara.
Menurut sumber itu, sumbangan tersebut selepas wujud kebimbangan Arab Saudi berhubung penularan pengaruh Pergerakan Ikhwanul Muslimin.
“Tujuan pemberian dana ini sangat mudah, untuk membantu Najib menang besar pada Pilihan Raya 2013 dengan memberi fokus kepada kerja-kerja kempen, memberi tumpuan kepada Sarawak selain pembiayaan program-program lain ketika pilihan raya,” katanya kepada BBC.
Menurutnya, pemberian dana oleh Arab Saudi kepada Najib merupakan perkara biasa dan turut diberikan kepada negara-negara lain.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/arab-saudi-sahkan-dana-rm2-6-bilion-daripada-raja-abdullah-1.183995#sthash.iybbC1Ep.dpuf

Arab Saudi sahkan dana RM2.6 bilion daripada Raja Abdullah 
27 Januari 2016
LONDON 27 Jan. - Arab Saudi mengesahkan dana berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan bantuan kewangan untuk membantu beliau memenangi Pilihan Raya Umum 2013.

Sumber terdekat keluarga diraja Arab Saudi yang enggan dikenali mendedahkan kepada rangkaian BBC, pemberian bantuan kewangan itu sebenarnya daripada Almarhum Raja Abdullah menggunakan wang peribadi dan negara.

Menurut sumber itu, sumbangan tersebut selepas wujud kebimbangan Arab Saudi berhubung penularan pengaruh Pergerakan Ikhwanul Muslimin.

“Tujuan pemberian dana ini sangat mudah, untuk membantu Najib menang besar pada Pilihan Raya 2013 dengan memberi fokus kepada kerja-kerja kempen, memberi tumpuan kepada Sarawak selain pembiayaan program-program lain ketika pilihan raya,” katanya kepada BBC.

Menurutnya, pemberian dana oleh Arab Saudi kepada Najib merupakan perkara biasa dan turut diberikan kepada negara-negara lain. - http://www.utusan.com.my




Raja Arab Saudi Abdullah Meninggal Dunia

Raja Arab Saudi Abdullah telah meninggal dunia hari Jumat dini hari (23/1) dalam usia 90 tahun di Riyadh, Saudi Arabia.
Raja Arab Saudi Abdullah meninggal dunia hari Jumat 23/1 dalam usia 90 tahun (foto: dok).
Raja Arab Saudi Abdullah meninggal dunia hari Jumat 23/1 dalam usia 90 tahun (foto: dok).

Raja Arab Saudi Abdullah meninggal dunia Jumat dini hari (23/1) dalam usia 90 tahun, demikian laporan kantor berita Associated Press mengutip stasiun-stasiun televisi Arab Saudi.

Wafatnya Raja Abdullah diumumkan di stasiun televisi pemerintah Arab Saudi hari Jum'at (23/1), yang mengatakan Raja Abdullah tutup usia Jumat dini hari. Menurut kantor berita Arab Saudi “Saudi Press Agency” SAP, penggantinya adalah Pangeran Salman – adik tirinya yang berusia 79 tahun – yang baru-baru ini mengambilalih tanggungjawab Raja Abdullah.

Abdullah yang dilahirkan di Riyadh tahun 1924 adalah salah satu dari 12 putra pendiri Arab Saudi – Raja Abdul Aziz Al Saud. Seperti seluruh putra Abdul Aziz, Abdullah hanya menyelesaikan pendidikan dasar. Ia terpilih menjadi putra mahkota tahun 1982 setelah abang tirinya – Fahd – naik tahta. 

Keputusan tersebut ditentang oleh abang Fahd – Pangeran Sultan – yang menginginkan gelar itu untuk dirinya. Tetapi keluarga lebih mendukung Abdullah, untuk mencegah terjadinya perpecahan.


"Gua Tolong Lu... Lu Tolong Gua.."


Laporan WSJ

Malaysia’s top prosecutor, attempting to extinguish a monthslong scandal, said a nearly $700 million transfer to Prime Minister Najib Razak’s private bank account was an entirely legal “personal donation” from Saudi Arabia’s royal family.

Attorney General Mohamed Apandi Ali’s announcement was greeted with skepticism.

A Saudi government official, while declining to comment specifically on the prosecutor’s statement, said the Saudi ministries of foreign affairs and finance had no information about such a gift and that a royal donation to the personal bank account of a foreign leader would be unprecedented.

Representatives of the royal family couldn’t be reached for comment. Critics of the Malaysian prime minister said it was implausible the money had come as a personal donation.

Mr. Apandi said Tuesday all but $61 million of $681 million transferred in March 2013 was returned to the Saudis five months later. He said the Saudis asked for nothing in return for the gift.

The U.S. Federal Bureau of Investigation and other government agencies from outside Malaysia continue to investigate the transfer. Some international investigators don’t believe the nearly $700 million came from Saudi Arabia, according to a person familiar with the inquiries
.

BACA BERITA PENUH, WSJ
SPRM dikatakan mencadangkan tiga pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di bawah Seksyen 403, Kanun Keseksaan


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan mencadangkan tiga pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di bawah Seksyen 403, Kanun Keseksaan, menurut sumber yang mengetahui siasatan itu.

Difahamkan pendakwaan itu melibatkan pemindahan dana berasal dari SRC International ke akaun-akaun bank.

Seksyen 403 adalah berkaitan “menyalah guna harta dengan curang”.
Cadangan itu, dakwa sumber-sumber, dibuat kepada Pejabat Peguam Negara tetapi Malaysiakini masih belum mendapat pengesahan rasmi.

Enggan dikenali, sumber-sumber mendakwa Najib dicadangkan didakwa menyalah guna kuasa susulan kemasukan wang ke akaun peribadinya.
Bagi menghindarkan perkara itu, kata sumber-sumber, perdana menteri harus menafikan bahawa beliau tahu mengenai perkara itu.

Menurut undang-undang, untuk membuktikan salah guna kuasa, pihak berkuasa perlu menunjukkan seseorang itu tahu berkaitan dana dimaksudkan itu.

Malaysiakini sudah beberapa kali menghubungi Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan masih menunggu jawapannya. – Read more source Malaysiakini

Kita diberitahu baki derma tersebut dibekukan Singapura – Tun Dr Mahathir

by Ana GhoiI
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menuduh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memainkan peranan sebagai hakim dan pendakwa untuk membersihkan Datuk Seri Najib Razak daripada kesalahan derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

“Keputusan itu adalah satu penghakiman. Peguam negara adalah hakim dan pendakwa,” kata bekas perdana menteri itu dalam tulisan terbarunya di blog chedet.cc hari ini.

“Ini adalah ketidakadilan.”

Menurut Dr Mahathir, beliau tidak terkejut dengan pengumuman dilakukan peguam negara semalam, mengatakan Najib tidak melakukan sebarang salah laku jenayah berhubung wang derma RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya atau sejumlah wang tambahan RM42 juta yang juga didepositkan ke dalam akaun sama.

“Saya sudah katakan yang ini akan menjadi keputusannya,” katanya.
Beliau menambah, walaupun Najib disahkan tidak melakukan sebarang salah laku, tetapi memperoleh sejumlah wang sedemikian sudah merupakan satu kesalahan.

Tetapi peguam negara mengesahkan wang itu merupakan hadiah daripada penderma Arab Saudi, namun, Dr Mahathir mempersoalkan individu tersebut.
“Terdapat surat daripada penderma Arab Saudi itu menyatakan sejumlah AS$681 juta atau RM2.08 bilion sebagai derma kepada perdana menteri untuk mengekang pengganas Islam.

“Siapa penderma Arab ini? Bagaimana beliau mempunyai sejumlah wang sebesar itu? Apakah perniagaan beliau? Bagaimanakah wang tersebut dipindahkan? Dokumen apa yang membuktikannya? Hanya dengan surat daripada orang yang mati atau seseorang yang tidak berkepentingan sudah cukup untuk peguam negara?”

Dr Mahathir turut mempersoalkan bagaimana baki wang AS$620 juta atau RM2.03 bilion dipulangkan kepada penderma Arab Saudi itu.

“Bagaimana dan bila ia dilakukan? Kita diberitahu baki tersebut dibekukan Singapura. [klik baca tulisan penuh Tun M mengenai isu tersebut di SINI]

“Bolehkah Singapura menjelaskan ketidakbekuan baki berkenaan dan pulangan semula kepada Arab Saudi? Atau Singapura juga percaya dengan cerita pemberian ‘hadiah’ tersebut, surat dan pengakuan Arab Saudi?

“Singapura merupakan pusat kewangan. Bolehkah ia terlalu mudah tertipu?”

Pada sidang media semalam, Apandi menjelaskan tidak ada bukti menunjukkan Najib menyalahgunakan kuasa dalam Kabinet untuk meluluskan jaminan kerajaan untuk pinjaman RM4 bilion kepada SRC International.
Apandi berkata, ini adalah sebab mengapa nama Najib dibersihkan daripada sebarang kesalahan jenayah yang melibatkan SRC International.

“Saya berpuas hati tiada kesalahan jenayah dilakukan.
“Di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, tiada bukti yang menunjukkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyalahgunakan kedudukannya dalam mesyuarat Kabinet yang meluluskan jaminan kerajaan ke atas pinjaman RM4 bilion kepada SRC International daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan atau KWAP,” kata Apandi pada sidang media di pejabatnya di Putrajaya semalam.

Beliau juga mengumumkan Najib dibersihkan daripada sebarang salah laku jenayah ke atas sumbangan RM2.6 bilion yang diterima ke dalam akaun bank peribadinya.

SRC awalnya di bawah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebelum dipindahkan kepada kementerian kewangan pada 2012, selepas pinjaman RM4 bilion daripada dana pencen dikeluarkan sepenuhnya. – Read more source The Malaysian Insider



*Penafian: Artikel adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan kami

najib arab saudi derma
Arab Saudi akan menyiasat dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memulangkan kepada keluarga Diraja Saudi sebanyak AS$620 juta daripada AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya pada 2013. – Gambar FMT

Arab Saudi berkata akan menyiasat dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memulangkan kepada keluarga Diraja Saudi sebanyak AS$620 juta daripada AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya pada 2013, lapor The Sydney Morning Herald. Akhbar harian itu bagaimanapun melaporkan, jurucakap Kementerian Luar Saudi enggan memberi komen lanjut berhubung perkara itu.

Semalam, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata tiada bukti mencukupi untuk mengaitkan Najib atas sebarang salah laku dalam menerima wang berkenaan, di mana perdana menteri berkata ia daripada Arab Saudi untuk membantu kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) pada 2013.
Riyadh berdiam diri dalam isu itu, yang kali pertama didedahkan The Wall Street Journal (WSJ) pada Julai tahun lalu.

“Bukti diperoleh daripada siasatan itu tidak menunjukkan derma diberi sebagai dorongan atau habuan kerana melakukan sesuatu berkait kapasitinya sebagai perdana menteri,” kata Apandi pada sidang media, semalam.

“Lebih pun, perdana menteri memulangkan AS$620 juta (RM2.03 bilion) kepada keluarga diraja Arab Saudi pada Ogos 2013 kerana wang itu tidak digunakan.”

BBC hari ini memetik sumber Arab Saudi yang enggan dinamakan mengesahkan kerajaan itu mendermakan RM2.6 bilion kepada Najib, mengatakan ia disebabkan kebimbangan Riyadh berhubung pengaruh Ikhwan Muslimin di Malaysia, dalam usaha memastikan parti Islam PAS tidak memenangi pilihan raya umum pada 2013.

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkata ia akan memohon semakan terhadap keputusan Apandi, dan akan membentangkan kertas siasatan kes Najib kepada panel penilai yang memantau agensi anti rasuah itu. – TMI


AMUKANMelayu - Untuk bacaan UMUM.......