,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday, 30 December 2015

Muhyiddin oh Muhyiddin, Apa lu sudah bikin?



Image result for muhyiddin yassin
PAU sudah berakhir, sorakkan keatas Najib lebih jauh riuhnya dari sorakkan keatas Mohyiddin Yassin. Tapi sorokan BOOOO kepada Wakil dari Perak menampakkan UMNO tidak mahu satu lagi PERPECAHAN akan berlaku dalam UMNO khususnya dan pada Melayu amnya. Sejak Biro Ugama UMNO keluar dari UMNO dan Menubuhkan PAS, Orang Melayu sentiasa saja BERPECAH.

Orang Melayu pada ketika ini ada 65 peratus, tetapi telah jadi minoriti kerana sudah berpecah kepada Melayu umno, Melayu Pas dan Melayu PKR,

Sejarah Perpecahan Melayu

Image result for najib dan tun m
Bersatulah
Kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. 
 
Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini. Penglibatan dan sumbangan PAS dalam politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya 1955.
 
Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Ksedaran yang awal ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika itu. 

Longgokan kesedaran ini kemudiannya menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Walau bagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948.

Para ulamak mengambil beberapa sikap selepas tragedi darurat ini. Ada yang ’tawakuf’ daripada politik kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi pendidikan atau media massa. Dalam fraksi yang lain, para ulamak telah mengambil sikap untuk menyertai parti nasionalis UMNO bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan. 

Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai UMNO pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran UMNO. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkankan persatuan. Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. 

Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap UMNO yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran UMNO.

Sheikh Abdullah Fahim
Antara pengasas Persatuan Ulamak

Dalam konflik pelbagai yang dihadapi oleh para ulamak dan situasi politik semasa yang masih tidak menuju kepada jalan Allah itu, maka para ulamak membuat pendirian untuk menubuhkan PAS. Haji Ahmad Badawi, seorang ulamak di Seberang Perai telah mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan ’Manifesto al-Badawi’ dengan tema ”Ulamak ke Jalan Allah” bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. 

Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Alah. Para ulamak menolak bentukbentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.

Semenjak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya. PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953. 

Di bawah kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS bercakap soal kemerdekaan yang boleh ditegakkan hukum Islam. PAS menolak kerakyatan jus soli yang merugikan peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka.

Dr. Burhanuddin Al Helmy
Pelopor Perubatan Homeopathy dan Bekas Pimpinan PAS

Apabila Dr Burhanuddin al-Helmy mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir 1956, PAS mula memperincikan sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang dianggap ’masih kosong’ dari matlamat sebenar kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam1. Hal ini tergambar daripada hasrat Dr Burhanuddin,

”Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terusmenerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci”2.


Penyertaan PAS dalam pilihan raya 1959 telah memberikan kejayaan besar apabila Terengganu dan Kelantan berjaya dikuasai. PAS membentuk kerajaan yang dipimpin oleh Mohd Daud Abdul Samad di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai Menteri Besar. PAS memulakan langkah sebagai kerajaan di dua negeri Pantai Timur untuk menterjemahkan ideologi perjuangannya yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. 

Namun begitu, kerajaan PAS di Terengganu telah dijatuhkan pada Oktober 1961 hasil permainan politik kotor Perikatan. Di Kelantan, PAS berjaya bertahan sehingga BN mendaruratkan Kelantan pada akhir 1977. Dalam konteks ini, PAS-lah satu-satunya pembangkang yang diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah kerajaan negeri di negara ini.

Selepas kejatuhan Terengganu pada hujung 1961, PAS mulai menerima tekanan-tekanan politik seperti penyalahgunaan ISA, penahanan Dr Burhanuddin al-Helmy diikuti oleh sekatan politik, keganasan Pemuda Tahan Lasak Umno dan beberapa siri pembunuhan politik. Perjuangan PAS untuk memartabatkan kebangsaan Melayu Raya berasaskan Islam telah dijadikan kambing hitam dalam Konfrantasi Indonesia pada 1963. 

PAS menolak pembentukan Malaysia kerana mahukan sebuah negara Melayu yang lebih besar meliputi seluruh alam Melayu dibentuk. Dalam masa yang sama Umno mencanangkan isu-isu perkauman yang akhirnya membawa kepada beberapa siri perbalahan kaum di Pulau Pinang, Perak dan Singapura antara 1964 hingga 1969, dan kemuncaknnya tercetus Tragedi 13 Mei 1969 yang mengubah landskap politik negara. Selepas tragedi ini, Datuk Mohd Asri Muda yang memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS semenjak 1965 telah dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 1971.

BERSATU

Datuk Asri Muda
Pemimpin Bertanggungjawab membawa PAS ke dalam BN
 
PAS memasuki era baru dalam politik negara apabila PAS mula meneroka kerjasama dengan Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. 

BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974 dan PAS sendiri telah berjaya menembusi ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam di sampaikan ke corong telinga rakyat dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh politiknya dengan melaga-lagakan pimpinan PAS sehingga terjadi krisis politik Kelantan pada 1977. 

Akibatnya, PAS telah menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang menyebabkan PAS bukan sahaja disingkirkan dari BN, tetapi turut kehilangan Kelantan.


BERPECAH SEMULA

Setelah melalui tempoh yang mencabar antara 1978 hingga 1982 di mana PAS terpaksa berhadapan dengan perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan, tekanan ISA dan krisis kepemimpinan, akhirnya PAS telah mengasaskan kepemimpinan ulamak pada Oktober 1982. Tuan Haji Yusof Rawa telah diangkat untuk memimpin PAS bagi menggantikan Datuk Mohd Asri yang meletakkan jawatan. 

Permulaan era kepemimpinan ulamak memperlihatkan PAS kembali kepada asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam dan memberikan penekanan terhadap kwajipan tersebut. Gerakan dakwah PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui pendekatan haraki dan dalam masa yang sama PAS terus membina jambatan dakwah dengan non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC). 

Di sudut yang lain, pendekatan PAS telah disambut oleh kerajaan dengan melaksanakan juzuk tertentu daripada Islam seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain.

Us. Fadzil Noor memimpin perubahan besar dalam PAS
Beliau membawa PAS ketengah-tengah masyarakat.
 
Paling mencabar pada era kepemimpinan ulamak ialah beberapa siri penyalahgunaan ISA yang berlaku pada 1984, 1987 dan 1989, ketimbang dengan desakan PAS untuk diadakan Debat Terbuka PAS-UMNO pada 1984. Dalam kemelut ini, tercetus pula tragedi Memali pada November 1985 yang mengorbankan 14 orang ahli PAS. Tetapi, pada 1987, UMNO pula menghadapi krisis kepemimpinan sehingga parti tersebut diharamkan. 
 
Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor memanfaatkan kesempatan ini dengan mewujudkan kerjasama politik dengan serpihan Umno, Semangat 46 yang membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan. Ketua Dewan Ulamak PAS (kemudian Mursyidul Am PAS), Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Kelantan semenjak 1990. Dengan dasar ’Membangun Bersama Islam’, PAS berjaya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan hukum Allah yang berada dalam bidang kuasana.

Ku Li keluar daripada UMNO lalu menubuhkan Semangat 46 dan bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya.


Pada 1996, PAS mula berkrisis dengan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang menyebabkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dibentuk pada 1989 berpecah. Dua tahun kemudian, Umno sekali lagi menghadapi perpecahan ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan wujudnya gerakan Reformasi. 
 
PAS telah memimpin Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) bagi menuntut keadilan kepada rakyat, kemudian menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada 1999. Melalui BA, PAS berjaya merampas semula Terengganu. Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diamanahkan untuk mengetuai kerajaan Terengganu sehingga 2004. 
 
Selepas pencapaian lemah PAS pada 2004 kerana momentum Perdana Menteri baru, PAS bangkit semula pada 2008 dengan mengetuai tiga kerajaan negeri dan turut serta dalam kerajaan di Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai pencabar utama Umno dalam menguasai politik orang Melayu Islam.

Tuan Guru Hj. Nik Aziz
Ulama' dan Pemimpin yang disegani

Sepanjang tempoh 1951-2008 ini, PAS telah dipimpin oleh tujuh orang Yang Dipertua Agung/Presiden iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), Dr Haji Abbas Alias (1953-1956), Profesor Dr Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), Datuk Mohd Asri Muda (1969-1982), Tuan Haji Yusof Rawa (1982-1988), Dato’ Fadzil Mohd Noor (1988-2002) dan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2002 hingga sekarang).


Tuan Guru Hj Abdul Hadi
Presidan PAS

Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang)3. 

Dalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap perkembangan iaitu tahap kemunculan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1973), tahap kemuncak (1973-1977), tahap kejatuhan (1977-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-sekarang)4. 

Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan fasa pengukuhan idelogi (1982-1995).

‘Umno kembali berpecah kepada Team TUN M, Team NAJIB’

Image result for najib dan tun m
Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang baharu sahaja melabuhkan tirainya telah memberikan gambaran jelas bahawa walaupun sokongan untuk Perdana Menteri, Najib Tun Razak kelihatan baik namun parti itu pada garis bawahnya telah berpecah kepada dua kumpulan, Team TUN M dan Team NAJIB.

Mengulas mengenai, perpecahan dalam UMNO kini telah menghampiri krisis politik 1987 dahulu, apabila pasukan Naib Presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) mencabar kepimpinan PM Dr Mahathir.

Cuma, keadaan kali ini sedikit berbeza apabila Dr Mahathir bergabung dengan Ku Li dan Timbalan Presiden Muhyiddin Yassin menentang Najib.

Nampak jelas Umno sudah ada Team TUN M dan Team NAJIB. Ramai ahli parti itu cenderung menyokong Team NAJIB dan yang kurang berani menyokong Team TUN M.

Pada bacaan penulis, situasi ini akan berterusan sehingga ke Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 ini. Oleh itu, rakyat harus bijak menilai sebelum mengundi. Bukan saja UMNO dan BN, hampir kesemua Parti yang bergerak secara bersendirian atau yang bergerak secara kumpulan atau perikatan, hampir kesemuanya tidak stabil menjelang PRU depan,”. Tak usahlah DAP, UMNO, PAS, PKR nak perasan BERASA BAGUS sangat.

Walaupun media arus perdana tidak melaporkan tentang wujudnya dua puak dalam Umno, namun hakikatnya ia wujud. Rakyat mestilah melihat kewujudan dua puak ini. Umno telah berpecah-belah tetapi rakyat sedar dengan dipropaganda tentang kelemahan yang cuba di bawa kepada Masyarakat oleh Media Perdana atau Media Pakatan Pembangkang.

PAU yang biasanya akan mengetengahkan MASALAH Rakyat, kini hanya tertumpu pada PIDATO-PIDATO yang "menjilat" buntut pemimpin. Tiada seperti lazimnya akan ada HERO yang di tunggu-tunggu mengkritik dasar Kerajaan sebagai tidak prihatin kepada penderitaan hidup rakyat. Perwakilan yang "KONONNYA" telah di sogok hanya memberi tertumpu "MEMPERTAHAN" President Parti dengan memberi penjelasan mengenai dana RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Presiden dan krisis dalaman parti sahaja.

Tiada lagi keputusan dibuat oleh PERWAKILAN untuk menurunkan harga barang atau kos sara hidup. Ini jelas membuktikan betapa PERWAKILAN kini sudah tidak prihatin lagi terhadap nasib rakyat yang sedang bergelut dengan kenaikan kos. Hanya KJ sahaja yang BERANI menyuarakan dan mengubat luka di hati Rakyat dengan meminta Kerajaan supaya jangan lagi menaikkan apa-apa juga kos perkhidmatan.

Kuasa mutlak yang kini beradadalam tangan BN yang diperolehi melalui PRU lalu di gunakan sepenuhnya oleh Najib dengan mengenakan perbagai cukai yang menyebabkan kehidupan rakyat semakin susah. BN menaikkan caj dan harga dari kadar tol sehinggalah ke barangan dapur.

Image result for muhyiddin yassin
Saya tidsak menyediakan "TUKANG SORAK"

Harapan Rakyat supaya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin menggunakan pentas PAU sebagai SERANGAN BERANI MATI, akhirnya mengecewakan Rakyat dan Tan Sri My sendiri sebenarnya telah terlepas peluang untuk mengambil alih tempat Datuk Seri Najib Tun Razak disebabkan sikap terlalu berhati-hati dan tidak cukup berani.

Momentum sebenar bagi Muhyiddin untuk menyingkirkan Najib adalah sebaik tersebarnya video ucapannya di Janda Baik beberapa bulan yang lalu,
Muhyiddin sepatutnya mengambil peluang untuk menyerang Najib bersama-sama serangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketika itu, selain UMNO agak berbelah bagi berkenaan penyelesaian kerajaan terhadap 1MDB, rakyat juga amat mengharapkan ada sesuatu yang drastik dapat dilakukan oleh Muhyiddin.
 
Tetapi oleh kerana peluang untuk bertindak dan melangkah lebih berani itu telah dilepaskan begitu saja, momentum untuk Muhyiddin sebenarnya telah pun berakhir sekarang ini.

Menurut UCAPAN PENGGULUNGAN President Parti "NEVER SERENDER" dan terus memimpin Parti sehingga selepas Pilihan Raya Umum (PRU) membuatkan Muhyiddin and Geng yang selama ini kritikal terhadap 1MDB tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa akur kepada apa sahaja langkah Najib

Perdana Menteri pasti akan menggunakan PRU nanti bagi memilih penyokong dan mereka yang setia sebagai calon pilihan raya bagi memudahkan menghadapi pemilihan UMNO selepas itu.

Sudah semestinya Muhyiddin untuk sementara waktu ini tidurnya tidak berapa nyenyak ketika ini, harapannya hanya akan bersinar semula jika keputusan PRU14 jauh lebih buruk daripada kemenangan 133 dalam pilihanraya 2013 lalu.

Mungkin beliau perlu banyak berdoa agar kemenangan tipis dengan perbezaan satu atau dua kerusi saja yang mampu dicapai BN dalam PRU14 akan datang, tapi apakah kerana MARAHKAN nyamuk, kelambu pula hendak dibakar atau "PIJAT” yang menggigit belikat tidur tak lena, maka rumah pula yang hendak di bakar?.



AMUKANMelayu - Najib hanya mengambil kredit yang di tinggalkan oleh Tan Sri My keatas Jalan yang telah dirintis untuk UMNO kembali bertaut dengan PAS......

Tuesday, 29 December 2015

AISYAH - SEINDAH NAMA


Aisyah.................
Antara Iman dan Insyirah ada Aisyah
Antara Opah dan Aki ada Aisyah
Antara Al-Mattin dan Syikin ada Aisyah
Antara rindu dan sedih ada Aisyah

Aisyah.................
Seindah nama Kekasih Rasullullah
Seindah senyuman tanda sedekah
Seindah nyanyian, semerdu qasidah
Seindah  malam di pagar bintang nan indah

Aisyah.................
Menunggu Opah bukan menanti 
Menunggu Umi di senja merintih
Menunggu Walid disebalik nisan berdiri
Menunggu Pakcak tercari-cari di susur hari
Menunggu Makcak menyusur angin
Menunggu Cik Nad di balik awan 
Menunggu Aki pungguk yang merindu

Aisyah.................
Cantiknya Aisyah bak bulan purnama
Cantiknya Aisyah bak kelopak dan kembang
Cantiknya Aisyah bak cincin dan batu
Cantiknya Aisyah bak Puteri Balkhis
Cantiknya Aisyah bak Mardhiah
Cantiknya Aisyah bak bintang kejora

Aisyah................
Ku dambakan pelukannya
Ku dambakan tangisannya
Ku dambakan senyumannya
Ku dambakan jelingannya
Ku dambakan rindu yang ku simpan
Ku dambakan Aisyah Ivan Firnas
Kerana Aku Akinya dan dia cucunya.


Sabtu
18/12/15
Felda Hot Sring Sungkai,






Friday, 25 December 2015

MALAM YANG HILANG


Tadi aku lihat senja beratur panjang
Senja tidak menunggu malam
Malam yang datang bertandang
Siang telah lama menghilang
Yang tinggal hanyalah sisa-sisa kenangan semalam

Tadi aku lihat senja meminta aku yang datang
Tika malam menunggu di belakang
Senja pula yang menghilang
Siang sudah lama menghilang......
Yang tinggal hanyalah gurauan dan kenakalan

Tadi aku lihat senja menunggu aku di persimpangan
Antara rindu dan kesepian
Berbicara dalam diam
Mengumpul sendu di sebalik kasih sayang
Setelah lama aku tinggalkan

Tadi aku lihat senja menggamit aku datang
Sementara menunggu malam menjelang
Dia seperti bayang-bayang
Tika datang tidak kelihatan
Dia bersembunyi di gelap malam.....

Tika aku lihat senja yang hilang
Bayang-bayang bersembunyi di sebalik malam
Jika bercanda tiada siapa yang datang
Kami hilang di sebalik kenangan
Membilang hari yang telah pergi
Malam tidak boleh di ganti
Seperti siang kehilangan mentari......


Tok Aki 
Olak Lempit
Didikasi untuk G
Jumaat 25/12/2015






Monday, 21 December 2015

Ingin Aku Kembali Kesana


Ingin Aku Kembali Kesana


Ingin Aku diasingkan dari kebisingan kota ini 
Bersila tenang dalam deras air mengalir di hujung kampung
Menyusuri persimpangan riak dari parit yang mengalir
Memanjat pohon bidara bergantung di dahan
Menyentap persembahan "TERJUN" bebas dalam lubuk yang biru
Terkejut PEKAKA di tunggul mati menunggu udang....... 


Bayu bertingkah menderu dihujung julai bambo yang tinggi
Degup dada terurai rasa kesunyian kembali menjadi milikku
Dalam sepi kumerintih dingin tanpa rasa
Terpaku Aku meringkuk di sudut ruang kamar memori
Disorot sisa cahaya dari lubang kecil kenangan silam




Jambatan Batang Kelapa masih disana
Aku melihat wajahku di dada sungai yang mengalir
Anak seluang itu tersenyum melihatku
Rambut liar tak terurus entah menandakan apa
Kain lusuh separas dada, baju Melayu puteh terkoyak poket kirinya
Tak kupedulikan songkok "MERENG" yang sudah hilang baldunya
Fikiranku menebar gelisah tanpa arah 
Hanya waktu yang tau bila gelisah ini akan berujung.......


Di pinggir dusun di bawah rimbunan bamboo tidak terbela
Telah hadir ke dunia atas kuasanya dan atas namaku
Ya,,,......inilah aku…LUKHMAN BIN MAHMUD
Tuhan telah memilihku,
"HIDUP NEKAD MATI MUDA"
Menjadi JANTAN dari ayah dan ibu yang paling kumuliakan




Kata orang, rumah itu adalah Pondok Buruk Ayah
Tapi bagiku..itulah istana kemegahan kami
Itulah Sekolah yang tegas mendidikku..
Menjadi manusia yang gagah bertahan
Di atas semua kepayahan orang yang merendahkan Ayah
Aku gagah menjadi BENTENG dari hina nestapa manusia




Telah banyak yang ku hadamkan dari apa yang kuingat
Nasihatnya telah mengalir dalam urat nadi darah ini
Memberiku  PENGERTIAN HIDUP tanpa di ucap
Hanya naluriku yang jelas mengerti semua itu




Harmoni alam ini mengajarku tanpa aku sedari
Angin kencang berhembus akan segera perlahan bertiup
Di saat yang tepat dan itu akan segera ku hirup lega
Saat aku bisa bersahabat erat dengan alam
Kembali ke tempat aku berasal
Kembali bersaudara dengan asal mu dan asal aku 
CHEPOR Kampongku yang ku rindu dan ku dambakan….


Ahhh……tak mungkin lagi aku harus kesana…...
Waktu itu jauh tidak lagi terhela nafas menariknya
Banyak yang tercicir di mamah usia masa
Tidak berganjak hanya siang dan malam
Silih berganti berjuta tahun lagi
Setelah semua berada pada PAKSInya
Kerana itu.......................


"Aku ingin Kembali ke asal tempat lahir ku dan berakhir disana" 
Biarlah AKHIR KALAMKU Assadualla-ila-haillallah, Muhammada Rasullullah


klia2
Isnin 21/12/15

Saturday, 19 December 2015

Ibn Taimiyyah menunjukkan "ULAR DALAM SEMAK"



Ibn Taimiyyah (661-728H) atau dikenali dengan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah merupakan cahaya indah yang menghiasi sejarah para ulama gemilang. Beliau ilmuwan terbilang yang tiada tolok bandingnya, lagi pejuang yang berperang menentang menaklukan Tatar ke atas wilayah Islam. Berjihad dengan pena, suara dan pedang.
Satu ketika Ibn Taimiyyah bersama dengan sejumlah ulama Damsyik pergi berjumpa dengan Raja Tatar yang bernama Qazan. Raja Tatar tersebut mendakwa telah menganut Islam, tetapi melakukan penyelewengan dan kezaliman terhadap umat Islam. Ibnu Taimiyyah masuk untuk menasihatinya. Dengan nada tegas dan mesej yang jelas Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menasihati Raja Qazan berkenaan.

Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah kepada penterjemah Raja Qazan: “Beritahu Qazan, engkau mendakwa engkau seorang muslim, aku dengar bersama engkau ramai ulama. Habis mengapa engkau memerangi negeri kami? Bapa dan datuk engkau Hulako dahulu adalah kafir, tetapi mereka tidak menyerang negeri kami, sebaliknya membuat perjanjian. Adapun engkau berjanji tetapi mungkir, berkata tetapi tidak tunaikan.”

Kemudian berlangsunglah dialog antara Ibn Taimiyyah dan Raja Qazan. Selepas itu Raja Qazan berkenaan menjamu sekelian yang hadir ke majlis tersebut dengan hidangan. Kesemua yang hadir makan dengan lazatnya. Namun Ibn Taimiyyah tidak mahu makan. Lalu Raja Tatar itu bertanya: 

“Mengapa engkau tidak mahu makan?”.
Jawab Ibn Taimiyyah: “Bagaimana aku hendak makan, kesemua ini adalah hasil rampasanmu ke atas harta orang ramai? Kamu pula memasaknya dengan menggunakan kayu yang kamu potong daripada pokok-pokok milik orangramai!”.

Kata Raja Qazan: “Berdoalah untukku”.

Kata Ibn Taimiyyah: “Ya Allah, jika hambaMu ini seorang yang mulia, berperang untuk meninggikan kalimahMu, maka bantulah dia, kuatkan kerajaannya. Namun jika dia berperang kerana menunjuk-nunjuk, untuk mengangkat dirinya dan menghina Islam, maka ambillah tindakan terhadapnya”.

Ulama-ulama yang sedang makan dengan asyik hidangan Raja Tatar itu, masing-masing mengangkat jubah mereka. Lalu Ibn Taimiyyah bertanya mereka: “Mengapa kamu semua mengangkat jubah?”.

Jawab mereka: “Kami bimbang jika Raja memancung kepala engkau, nanti darah engkau akan terkena jubah kami”. 

Apabila keluar dari majlis berkenaan mereka berkata kepada Ibn Taimiyyah: “Engkau telah telah membahayakan kami, kami tidak mahu bersama dengan engkau lagi”

Jawab Ibn Taimiyyah : “Aku pun tidak mahu bersama kamu semua lagi” (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 14/92, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Image result for kitab karangan imam Ibnu Taimiyyah

Saya memetik cerita ini bagi menggambarkan kadang-kala betapa ramai mereka yang memakai gelaran agama seperti ulama, syeikh, mufti dan seumpamanya yang mementingkan jubahnya agar tidak kotor atau tercemar lebih daripada mementingkan tanggungjawab mereka sebagai ilmuwan Islam untuk menegakkan kebenaran kerana Allah.

Jika Ibn Taimiyyah tidak makan kerana mengenangkan nilai makanan yang dijamu, sementara ramai ulama lain yang ‘sebat semacam’ dalam kegawatan pertarungan yang seperti itu, apakah ulama di zaman keresahan rakyat miskin kini disebabkan kenaikan harga barang, akan mencontohi sikap Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, atau akan tiru macam ulama-ulama dalam majlis Qazan itu lalu mereka juga akan ‘sebat semacam’ jamuan mewah yang melampaui batas yang patut menggunakan harta rakyat.

Saya menulis tajuk ini bertujuan untuk mengingatkan diri sendiri, bukan untuk orang lain. Ia boleh dibaca sebagai iktibar.

Hari ini mungkin sesetengah ulama sudah tidak bimbang jubah putih mereka tercemar lagi, kerana mereka memiliki koleksi pakaian yang cukup banyak hasil dari kemewahan memakai gelaran rasmi agama. Sehingga ada yang jumlah gajinya mengejutkan parlimen dan rakyat.

Namun di zaman moden ini, mereka mungkin bimbang habuan yang dijanji tidak diberi, kontrak mereka tidak disambung, atau pangkat mereka tidak dinaikkan, atau bisnes yang mereka menjadi ‘duta produk’ atau juru larisnya terjejas, atau perlantikan mereka di institusi-institusi yang menghasilkan elaun bulanan itu terganggu.

Atau ada pula yang menjaga kepentingan parti mereka melebihi daripada membela kebenaran dan fakta. Sehingga ada yang sanggup mengubah-ubah fatwa, hanya kerana partinya sudah berubah. Lalu mereka akan menjauhkan diri dari sesiapa yang cuba mengikuti semangat Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah.

Kalau pada zaman Ibn Taimiyyah, untuk mengelakkan mereka terpaksa berjuang bersama Ibn Taimiyyah dan rakyat menentang penjajahan Tatar, para ulama berkepentingan tersebut menulis atau menyebarkan fitnah untuk memburukkan Ibn Taimiyyah. Tujuannya, untuk menutup kelemahan diri dan menjaga kepentingan sendiri. Sebelum dan selepas zaman Ibn Taimiyyah pun, gelagat ulama jenis ini tetap sama.

Apabila ulama mengutamakan kepentingan sendiri, maka umat akan kehilangan garis panduan terutama pada waktu gawat dan getir. Pandangan dan pendapat yang benar disembunyikan sedangkan umat kehausan bimbingan. Jika diberikan pandangan pun hanya tajuk-tajuk yang dipersetujui oleh panaja.

Kadang-kala kita rasa tidak padan tajuk yang dicakapkan dengan jawatan yang dipegang. Maka amatlah buruk golongan yang menamakan diri mereka ulama jika hanya kelihatan ketika majlis-majlis rasmi untuk hadir hanya sebagai pembaca doa semata. Lebih menyedihkan lagi, dalam doa itu ‘ada udang di sebalik mee’, untuk dimakan sendiri. Sehingga kita yang mendengar pun terasa seram sejuk dengan pujian kepada pihak tertentu yang ‘lebih daripada yang patut’.

Atau golongan ini hanya kelihatan dalam majlis jamuan rasmi untuk memenuhi kerusi VIP yang dikhaskan untuk mereka. Hanya mampu makan jamuan yang diambil daripada peruntukan rakyat, namun tidak mampu bersuara jujur membela rakyat. Ada pula ulama-ulama rasmi yang minatnya adalah lawatan atas nama jawatannya ke sana-sini. Kononnya, untuk mengiringi orang itu dan ini.
Mereka kelihatan sibuk, namun umat tidak pula tahu apakah hasil dan sumbangan mereka untuk kepentingan rakyat. Apa yang disibukkan itu? Apakah kesibukan itu bersesuaian dengan peranan mereka yang sepatutnya? Atau sekadar sibuk menjadi pengiring atau sebagai panel memenuhi kerusi jamuan?. Atau sibuk untuk harta dan pangkat sendiri.

Ulama jenis ini, tidak mereka berjuang dengan suara, tidak juga dengan pena. Tentu jauh sekali dengan darah dan airmata. Walaupun pena atau komputer mereka mungkin berjenama mahal, tetapi kita tidak tahu apa yang mereka tulis dan sumbangkan untuk umat. Suara mereka tentu lebih mahal. Bak kata perpatah ‘suara emas’, sebab itu ia amat sukar untuk dikeluarkan walaupun keadaan amat memerlukan.

Bicara mereka bicara ‘ranggi’. Cerita mereka tentang kereta baru, perabut baru, lawatan keluar negara, lantikan baru, anugerah gelaran tambahan dan yang sewaktu dengannya. Wajah mereka berseri-seri jika bergambar di samping orang besar atau ‘pak menteri’.

Malangnya, sebahagian wajah yang berseri-seri itu tidak mampu untuk hadir mengajar atau memberikan pandangan untuk kepentingan orang awam. Kalau pun diberi, pandangan yang amat tidak berkualiti, atau dalam perkara yang kurang diperlukan. 

Mereka mungkin berfatwa tentang ‘haram kanak-kanak bermain mercun’ pada musim hari raya. Kerana itu kata mereka ‘pembaziran’.
Tetapi tidaklah pula mereka berfatwa tentang bunga api yang dibakar di sambutan-sambutan rasmi yang memakan belanja puluhan bahkan mungkin ratusan ribu. Padahal pembazirannya lebih jelas dan wangnya adalah wang orangramai.

Maka tidak hairanlah jika ada yang berjawatan tinggi dalam agama, tetapi tidak dikenali oleh rakyatnya. Jika dikenali pun, tidak pula diketahui apakah peranannya dalam membela kemaslahatan umat yang menjadi tuntutan agama?

Ulama yang seperti inilah yang menjual fatwa untuk kepentingan kedudukan, pangkat dan harta. Umat akan keliru, bahkan mungkin akan tersesat. Justeru, janganlah hairan jika al-Quran tidak pernah mensifatkan mana-mana golongan seperti anjing melainkan golongan ulama yang menjual agamanya untuk mendapatkan habuan dunia.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami. kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti anjing, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”. (Surah al-A’raf: ayat 175-176).

Ayat ini menceritakan perihal kisah seorang ilmuwan agama yang meninggalkan ajaran Allah semata-mata kerana keinginannya kepada dunia. Riwayat-riwayat Israiliyyat yang tidak sahih menyebut nama orang tersebut ialah Bal’am. Kita tidak menerima periwayatan tanpa sokongan yang seperti itu.

Apa yang penting, ayat ini telah menyamakan ulama yang menjual nilai ajaran Allah hanya untuk kepentingan dunianya sama seperti anjing. Padahal jika dia berpegang atas prinsip ilmu dia tetap akan mendapat kemuliaan. Namun, dia gopoh dengan silauan tawaran dunia. Samalah dia seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah. 

Anjing menjelirkan lidah disebabkan kepanasan badannya, atau oksigen yang tidak cukup bagi tubuhnya. Demikian ilmuwan yang sentiasa kepanasan kerana gilakan dunia, atau sentiasa merasa tidak memadai dengan kedudukan mulianya sebagai ilmuwan, lalu dia menjelirkan lidahnya yang hodoh mencari yang lain habuan yang lain.

Maka Allah menjanjikan bagi ulama yang menyembunyikan kebenaran balasan yang dahsyat. 

Allah berfirman: (maksudnya) “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa keterangan Kitab suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya harga yang sedikit, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain daripada api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab yang perit”. (Surah al-Baqarah: ayat 174).

Bagi ulama yang telah menyembunyikan kebenaran dan menyelewengkan fakta yang sebenar tiada jalan untuknya mendapat keampunan melainkan taubat dan menerangkan semula kebenaran yang disembunyikan atau fakta yang diselewengkan.

Firman Allah (maksudnya): “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (penyelewengan mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Baqarah: ayat 159-160).

Ya! ulama itu bukan malaikat atau nabi yang maksum. Mereka seperti insan lain yang terdedah kepada salah dan dosa. Namun walau apapun keadaannya, mereka tidak boleh menyelewengkan fakta, atau menyembunyikan kebenaran sehingga mengelirukan manusia tentang hakikat ajaran Allah S.W.T.

Mereka juga boleh menjaga kaya dan berharta, tetapi tanpa menggadaikan kebenaran. Ini kerana yang menyebabkan mereka itu dianggap ulama kerana ilmu yang dimiliki oleh mereka. Peranan mereka adalah menjaga ilmu dan memastikan ilmu itu berfungsi untuk kemaslahatan manusia. Jika seseorang memakai pakaian ulama, atau menduduki jawatan ulama, atau memakai gelaran ulama tetapi dia kontang ilmu, dia sebenarnya bukan ulama walaupun diletakkan berbagai gelaran dan bintang.

Perkataan ulama itu berkait dengan ilmu dan peranan mereka menyampai dan menyatakan kebenaran. Bukan kerja ulama menjadi pembela setia sesebuah kerajaan ataupun parti atau individu. Ulama membela kebenaran ajaran Allah dan RasulNya. Tiada kompromi dalam soal kebenaran, keadilan dan fakta sekalipun terpaksa menghadapi teman yang rapat, atau pihak berjasa lagi dikasihi.

Sebab itu, seseorang apabila ingin menjadi penuntut ilmu-ilmu Islam, wajib baginya membetulkan niatnya. Jangan dia, atau ibubapa yang menghantarnya berfikir tujuan mempelajari ilmu-ilmu Islam untuk mendapatkan jawatan, atau menjadi penceramah yang lumayan, atau kerana ruang pekerjaan dalam bidang agama luas, atau melariskan bisnes.

Jika itu berlaku dari awal, maka lahirlah ulama-ulama ‘kakak tua’ yang akan memperkatakan apa yang digemari oleh orangramai, atau apa yang diminati di pasaran, atau apa yang dibayar dengan harga yang tinggi oleh pihak tertentu. 

Maka Nabi s.a.w mengingatkan: “Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang dicari keredhaan Allah Azza wa Jalla dengannya, tetapi dia tidak mempelarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat. (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah. Al-Nawawi mensahihkannya dalam Riyadh al-Salihin).

Menjadi mat rempit, atau perompak, atau pemimpin yang tidak jujur tidak lebih buruk daripada ulama yang menyembunyikan kebenaran atau menyelewengkan fakta sehingga manusia tersesat. Kita memerlukan ilmuwan seperti Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.a., bukan ulama yang menjaga jubah dari percikan darah pengorbanan dan kebenaran.


AMUKANMelayu - Siapakah "ULAMAK" yang berselindung di sebalik jubah?

NAJIB TAK NYENYAK TIDUR SELEPAS TIDUR YANG PANJANG

MANTAN PM - Ayahanda Tun Dr Mahathir Muhammad


You Are Not Alone

ENGKAU tidak keseorangan
Suaramu tidak hilang dalam kebisingan
Amanatmu tidak boleh disekat dihalang
Atau dilenyapkan oleh genderang perang.

Biarkan mereka meniupkan nafiri
Mendabik dada menunjuk berani
Biarkan mereka julang sang dewata
Biarkan mereka bersumpah setia
Menyanyikan lagu-lagu cinta
Sambil berkata:
“Kami cintakanmu sang dewata.”

Biarkan dia dijulang sejuta manusia
Biarkan dia disanjung demi kuasa
Biarkan dia dipuja kerana wang berjuta
Kerana engkau lebih besar daripada itu
Engkau tidak perlu puji dan puja palsu.

Engkau tidak keseorangan
Suaramu tidak hilang dalam keriuhan
Amanatmu tidak pudar kerana cemuhan
Atau dilenyapkan oleh sejuta tuduhan.

Biarkan mereka mengutuk mencacimu
Biarkan mereka menyumpah seranah namamu
Memanggilmu orang tua gila
Kerana azammu membela bangsa dan negara
Kerana pedulimu kepada rakyat jelata.


Biarkan mereka mendabik dada
Biarkan mereka tunjuk perkasa
Kerana kekuatanmu bukan pada senjata
Bukan pada penyokong palsu berjuta
Bukan pada kedudukan dan kuasa
Tetapi pada azam sekeras waja
Pada minda yang tiada taranya.

Engkau keseorangan ..bersendirian?
Jauh sekali, umpama air dengan api
Engkau punya ramai kawan dan teman
Engkau punya anak-anak yang cintanya sejati
Generasi yang engkau didik dan besarkan
Dengan idealisme dan perjuangan
Merekalah bala tenteramu
Merekalah pengarak panji-panjimu
Merekalah peniup nafirimu
Merekalah pemalu genderang perangmu.

Perjuangan-mu belum selesai
Bahtera kita dilanda ombak badai
Bahtera merdeka pusaka ibunda
Yang kita bina dengan keringat dan air mata
Berdosalah kita seandainya ia terkandas
Dirampas dirampok tangan-tangan ganas.

Anak-anakmu masih ingat luahan hatimu
“....Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan.”


Perjuanganmu belum selesai
Jangan biarkan hati anak-anakmu terlerai
Jangan biarkan negara kita hancur berkecai
Insya-Allah hasrat murni kita akan tercapai



 A Kadir Jasin



NAJIB DAH BOLEH TIDUR LENA
PM yang HEBAT dan SARAT dengan KRISIS
Published Prime Minister Najib Abdul Razak said he can sleep well knowing that he has the support of top leaders in Perlis amid calls by former prime minister Dr Mahathir Mohamad for him to step down.

Najib said this after the state's top two political leaders - Perlis Menteri Besar Azlan Man and Minister in the Prime Minister's Department Shahidan Kassim - endorsed him.

Najib described the duo as the "two tigers" in the northern state with Shahidan being the "political strongman" while Azlan is the "government strongman", according to Bernama.

Menteri yang HEBAT akhirnya termasuk dalam senarai

Shahidan (right) has already pledged his undivided support to me and just a moment ago, Azlan has openly stated that even if lightning strikes, he will still be solidly behind me.
 "With this, I can sleep easy and not feel I am alone. This support is important because we need a government that is strong," he told more than 5,000 people in Kangar, Perlis today.

 

Earlier, Azlan in his speech had announced his undivided support to the prime minister and government. Shahidan, who is a former menteri besar of Perlis, is the MP for Arau. According to Najib, BN needed the solid support of all to ensure it was respected and not seen to be weak.

'BN cannot afford to look weak'

 

"Not only will the people disrespect our party, they will also think it will lose power in the next general election (if we are weak).

 

"In the context of Perlis and based on history, the state has proven it is always BN 'soil'," said Najib.

He gave his assurance to cooperate with the political leadership and state government of Perlis to ensure the state would continue to be a strong BN state. Other than political matters, Najib also said all the aspirations of the people would be met by the BN government which would ensure fair development for all levels of society.
 

In terms of development, Najib said Perlis' financial resources was limited and needed the continuous support and aid from the federal government in order to continue to develop.

 

"I am very concerned in terms of major projects. I know Perlis is constrained financially to pay for major projects planned for the state," he said.

 

In this regard, he said the federal government in principle had agreed to approve the Chuping Valley development project and the Padang Besar logistics hub under the 11th Malaysia Plan.

 

Najib also approved the construction of the Padang Besar Hospital despite an earlier announcement to postpone the hospital due to budget constraints.

 

"My commitment is to see Perlis continue to progress," he added.

 

Earlier, the prime minister, who is also BN chairman, held a closed door meeting with state BN leaders and also attended a briefing on development in the state


Najib kemukakan surat tuntutan kepada Liong Sik

 79  0 Google +0
najib - ling liong sik KENYATAAN Najib Tun Razak di Facebooknya mengenai tindakan beliau menghantar surat tuntutan kepada bekas menteri, Tun Ling Liong Sik hari ini.
KUALA LUMPUR 6 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengemukakan surat tuntutan terhadap bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik berhubung penerbitan artikel yang mendakwa beliau menyalahgunakan dana kerajaan.
Surat tuntutan itu dikemukakan melalui firma guaman Tetuan Hafarizam, Wan, Aisha & Mubarak dialamatkan ke kediaman Liong Sik di Bukit Damansara di sini.
Najib dalam surat tuntutan itu antaranya mengarahkan peguamnya mengambil tindakan dan menuntut penarikan balik artikel tersebut, membuat permohonan maaf tanpa syarat dan ganti rugi yang munasabah berhubung perkataan yang didakwa berbaur fitnah dalam artikel disiarkan akhbar dalam talian Malay Mail Online bertajuk: MCA’s Liong Sik Joins Call for Najib’s Ouster for allegedly putting people’s money in his own pocket.
Artikel itu disiarkan pada 3 Oktober lalu.
Surat tuntutan tersebut yang bertarikh semalam ditandatangani oleh peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun memberikan masa tujuh hari supaya Liong Sik tidak lagi mengeluarkan fitnah terhadap beliau selain membuat permohonan maaf bertulis tanpa bersyarat disiarkan dalam dua akhbar dan memberikan akujanji tidak mengeluarkan perkataan yang sama.
Jika Liong Sik gagal berbuat demikian, surat itu menyatakan Najib akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/najib-kemukakan-surat-tuntutan-kepada-liong-sik-1.143488#sthash.T0ZhLSJ3.dpuf
najib - ling liong sik

Najib Kemukakan Surat Tuntutan Kepada Ling Liong Sik
06 Oktober 2015
 

KENYATAAN Najib Tun Razak di Facebooknya mengenai tindakan beliau menghantar surat tuntutan kepada bekas menteri, Tun Ling Liong Sik hari ini.


KUALA LUMPUR 6 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengemukakan surat tuntutan terhadap bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik berhubung penerbitan artikel yang mendakwa beliau menyalahgunakan dana kerajaan.

Surat tuntutan itu dikemukakan melalui firma guaman Tetuan Hafarizam, Wan, Aisha & Mubarak dialamatkan ke kediaman Liong Sik di Bukit Damansara di sini.

Najib dalam surat tuntutan itu antaranya mengarahkan peguamnya mengambil tindakan dan menuntut penarikan balik artikel tersebut, membuat permohonan maaf tanpa syarat dan ganti rugi yang munasabah berhubung perkataan yang didakwa berbaur fitnah dalam artikel disiarkan akhbar dalam talian Malay Mail Online bertajuk: MCA’s Liong Sik Joins Call for Najib’s Ouster for allegedly putting people’s money in his own pocket.

Artikel itu disiarkan pada 3 Oktober lalu.

Surat tuntutan tersebut yang bertarikh semalam ditandatangani oleh peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun memberikan masa tujuh hari supaya Liong Sik tidak lagi mengeluarkan fitnah terhadap beliau selain membuat permohonan maaf bertulis tanpa bersyarat disiarkan dalam dua akhbar dan memberikan akujanji tidak mengeluarkan perkataan yang sama.

Jika Liong Sik gagal berbuat demikian, surat itu menyatakan Najib akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. - UTUSAN ONLINE

Liong Sik tak sabar jumpa Najib di mahkamah.....ada berani..!! Ling Liong Sik bertegas tidak akan membuat sebarang permohonan maaf terhadap Najib Tun Razak dan sanggup disaman. najib_ling-liong-sik_600_2 PETALING JAYA: Presiden MCA, Tan Sri Dr. Ling Liong Sik bertegas tidak akan memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur fitnah. Sebaliknya, bekas Menteri Pengangkutan itu menyatakan beliau tidak sabar untuk berjumpa dengan Najib di mahkamah. “Saya ingin memberitahu kepada Perdana Menteri, jika anda (Najib) memilih untuk menyaman saya, saya akan mempertahankan diri saya. “Saya menerima cabaran anda (Najib). Saya tidak sabar untuk berjumpa Perdana Menteri di mahkamah. “Saya ingin tegaskan saya teguh dengan pendirian saya untuk tidak membuat permohonan maaf,” katanya dalam kenyataan media. Sebelum ini, Najib menerusi firma Hafarizam Wan & Aisha Mubarak menghantr notis tuntutan kepada Liong Sik dan memberi tempoh tujuh hari untuk memintaa maaf dan menarik balik kenyataan itu. Najib menghantar notis itu susulan kenyataan Liong Sik yang mendakwa Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana mengambil duit rakyat untuk diri sendiri yang disiarkan portal Malaymail Online pada 3 Oktober lalu. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

 

I accept your challenge, Liong Sik tells Najib



 | October 7, 2015
The former MCA president says he's ready for a court battle for saying the PM stole money from the people.


najib_ling-liong-sik_600_2ling-liong-sik-letter 

KUALA LUMPUR: Former MCA President Ling Liong Sik has refused to apologise to Prime Minister Najib Razak for accusing him of having “taken the people’s money.”

In a press statement today, Ling said he had decided to accept Najib’s “challenge” to a court battle.

He said he was “extremely surprised” when he received a letter from Najib’s lawyers, which demanded a retraction, an unequivocal apology and reasonable compensation. The letter also threatened a defamation suit.
Ling said it also surprised him that the contents of the letter were “splashed all over the media.”

“Thus, I feel compelled to issue this press statement,” he said. “I say to the Prime Minister, if you choose to sue me, I will defend myself.
“In all humility, I accept your challenge.
“I look forward to seeing the Prime Minister take the witness stand, as no doubt he would do if he says his reputation is at stake.”

He said he would not apologise and would continue to stand by what he said.
Ling on Saturday publicly called for Najib’s removal from his position as Prime Minister. He claimed that Najib had “taken the people’s money and put it in his own personal accounts.”



AMUKANMelayu - Bantal kekabu juga yang enak untuk tidur yang panjang



 

Najib kemukakan surat tuntutan kepada Liong Sik


 79  0 Google +0
najib - ling liong sik KENYATAAN Najib Tun Razak di Facebooknya mengenai tindakan beliau menghantar surat tuntutan kepada bekas menteri, Tun Ling Liong Sik hari ini.
KUALA LUMPUR 6 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengemukakan surat tuntutan terhadap bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik berhubung penerbitan artikel yang mendakwa beliau menyalahgunakan dana kerajaan.
Surat tuntutan itu dikemukakan melalui firma guaman Tetuan Hafarizam, Wan, Aisha & Mubarak dialamatkan ke kediaman Liong Sik di Bukit Damansara di sini.
Najib dalam surat tuntutan itu antaranya mengarahkan peguamnya mengambil tindakan dan menuntut penarikan balik artikel tersebut, membuat permohonan maaf tanpa syarat dan ganti rugi yang munasabah berhubung perkataan yang didakwa berbaur fitnah dalam artikel disiarkan akhbar dalam talian Malay Mail Online bertajuk: MCA’s Liong Sik Joins Call for Najib’s Ouster for allegedly putting people’s money in his own pocket.
Artikel itu disiarkan pada 3 Oktober lalu.
Surat tuntutan tersebut yang bertarikh semalam ditandatangani oleh peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun memberikan masa tujuh hari supaya Liong Sik tidak lagi mengeluarkan fitnah terhadap beliau selain membuat permohonan maaf bertulis tanpa bersyarat disiarkan dalam dua akhbar dan memberikan akujanji tidak mengeluarkan perkataan yang sama.
Jika Liong Sik gagal berbuat demikian, surat itu menyatakan Najib akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/najib-kemukakan-surat-tuntutan-kepada-liong-sik-1.143488#sthash.T0ZhLSJ3.dpuf