,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday, 8 December 2016

SIFU Telah Kalah


  "Tun M, sedang memetik dari apa yang beliau tanam selama 22 tahun menjadi pm"

 

TUN M BUAT 'SUPRISE' UNTUK NAJIB

Kehadiran Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Konvensyen DAP tanpa jemputan adalah untuk memberi kejutan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, kehadiran Mahathir ke majlis itu juga sengaja dirancang untuk memberi elemen kejutan kepada semua yang hadir pada konvensyen tersebut. 

"Ia sebagai elemen kejutanlah. Kehadiran Mahathir ke sini pun saya rasa kamu semua terkejut. Najib juga terkejut," kata beliau. 

Sementara itu, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke mengesahkan DAP membuat 'jemputan khas' kepada Tun Mahathir untuk menghadiri konvensyen tersebut. Namun, beliau enggan mengulas lanjut berkenaan tarikh jemputan tersebut dihantar ketika ditanya sama ada jemputan tersebut dibuat saat akhir. 

"Dia(Mahathir) jemputan khas. Sebelum ini memang tidak dijemput, tapi kita buat juga jemputan khas," katanya.Mahathir yang juga bekas Presiden UMNO dilihat hadir ke Persidangan DAP bagi tahun ini, meskipun sebelum ini dilaporkan tidak mendapat jemputan rasmi daripada parti tersebut.
 Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, kehadiran Mahathir ke majlis itu juga sengaja dirancang untuk memberi elemen kejutan kepada semua yang hadir pada konvensyen tersebut.

Tun M telah kalah kepada Najib?

 | June 26, 2015
Isu seperti 1MDB bukan lagi senjata yang tajam kepada bekas Perdana Menteri itu menyingkirkan Najib.


PETALING JAYA : Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sudah mengaku kalah apabila menyedari keadaan tidak lagi memihak kepada dirinya untuk terus menekan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.

Mengulas mengenai dakwaan berkenaan, bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin berpandangan isu seperti 1MDB bukan lagi senjata yang tajam kepada bekas Perdana Menteri itu menyingkirkan Najib.
Sebaliknya menyerahkan kepada rakyat untuk menghukumnya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

“Baginya, oleh kerana Najib terlalu ingin bergayut pada kerusi Perdana Menteri itu dan hasil siasatan PAC nanti barangkali turut memihak kepada kerajaan, maka biarlah hukuman sebenarnya diterima dalam pengadilan rakyat dalam pilihanraya nanti,”tulisnya di entri shahbudindotcom.blogspot.com
Jelasnya lagi, Mahathir merasakan keputusan yang bakal dibuat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB juga tidak akan memihak kepada dakwaannya.

Berdasarkan faktor-faktor tertentu, beliau dikatakan telah hilang keyakinan dan tidak lagi menaruh harapan tinggi terhadap kemampuan badan itu menyelongkar kesalahan dalam syarikat pelaburan yang bermasalah itu.

Selain mendakwa PAC hanya bersandarkan akaun yang boleh dimanipulasi, Tun Mahathir juga menyifatkan ia sebagai berat sebelah kerana salah seorang anggotanya Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua cenderung kepada pembangkang manakala ramai yang lain memihak kepada UMNO.

“”Lebih baik tidak perlu diadakan audit atau pendengaran PAC dan UMNO serta Perdana Menteri boleh terus kekal berkuasa sehingga pilihan raya akan datang,” petik Shahbudin daripada kenyataan Dr Mahathir.

Oleh itu, beliau dikatakan menyerahkan kepada faktor masa untuk menghukum Najib. Peluang itu seakan ada selepas kemunculan Pakatan 2.0 yang disokong oleh sebuah parti Islam baru dan NGO-NGO.
 
“Lagi lama Najib mahu bertahan, bukan saja rakyat makin menolaknya, bahkan semakin ramai pengundi BN sendiri makin meluat kerana hari demi hari hampir tiada lagi yang selamat dibawah pimpinannya,” tulis Shahbudin mengakhiri blognya.

Dr Mahathir minta maaf hilangkan kuasa Agong

 | August 25, 2016
Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu berkata Akta MKN bukan merupakan undang-undang yang tidak memerlukan perkenan istana.
mahathir-raja
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meminta maaf di atas tindakannya pada 1993 meminda Perlembagaan Malaysia supaya perkenan raja-raja tidak lagi diperlukan dalam mewartakan sesebuah undang-undang yang diluluskan Parlimen.
Ia susulan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diwartakan dan menjadi undang-undang mulai 1 Ogos lalu walaupun tanpa mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong.
“Saya dengan penuh ikhlas memohon maaf kerana membuat pindaan tersebut yang terbuka kepada tafsiran yang berbeza,” kata bekas perdana menteri itu dalam tulisan terbaru blognya.
Bagaimanapun, beliau berkata Akta MKN yang dilihat memberikan kuasa seakan-akan darurat kepada perdana menteri itu bukan termasuk undang-undang yang tidak memerlukan perkenan Agong.
“Pindaan tersebut [pada 1993] tidak melucutkan lebih 30 perkara lain di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong,” katanya.
Menurut Dr Mahathir, terdapat lebih 30 perkara tersenarai dalam perlembagaan yang memerlukan kelulusan Agong tanpa perlu mendapatkan nasihat perdana menteri seperti dalam penggubalan undang-undang lain.
Katanya, kuasa berupa darurat di bawah Akta MKN sudah pun termaktub di bawah perlembagaan yang memberikan kuasa itu sepenuhnya kepada Agong seperti diperincikan di bawah Artikel 150 Perlembagaan Malaysia.
“Untuk Akta ini diluluskan sebagai undang-undang persetujuan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong masih diperlukan,” tulis Dr Mahathir.
Dr Mahathir berkata Agong boleh menggunakan peruntukan di bawah Perkara 130 Perlembagaan Malaysia dengan mencabar kesahihan Akta MKN.
“Peruntukan ini memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong untuk merujuk ke Mahkamah Persekutuan jika terdapat kesangsian terhadap kesahihan ataupun ketidaksahihan Akta Majlis Keselamatan Negara yang tidak pun mendapat persetujuan serta tandatangan Yang di-Pertuan Agong,” katanya.
Akta MKN diluluskan Disember tahun lalu apabila 107 ahli Parlimen bersetuju, manakala 77 lagi menolak.
Ketika dibentangkan tahun lalu, Majlis Raja-raja berpendapat beberapa peruntukan dalam rang undang-undang MKN perlu diperhalusi. Bagaimanapun, ia diwartakan tanpa mendapat perkenan Agong, berdasarkan pindaan 1993 yang diusahakan Dr Mahathir.
Akta yang berkuat kuasa pada 1 Ogos itu membolehkan perdana menteri menetapkan sesuatu kawasan sebagai “kawasan keselamatan” dengan membenarkan pasukan keselamatan memeriksa mana-mana individu, kenderaan atau bangunan tanpa memerlukan waran.
Ia juga membenarkan penyiasat mengabaikan sebarang penyiasatan formal berhubung pembunuhan dilakukan polis atau tentera di dalam sesuatu “kawasan keselamatan”.
Pindaan perlembagaan 1993 berlaku susulan krisis berpanjangan dengan istana selepas insiden seorang jurulatih hoki, Douglas Gomez, dikasari Sultan Johor ketika itu, Sultan Iskandar Sultan Ismail dan puteranya Tunku Abdul Majid Idris.
Ia terus mencetuskan isu mengenai kekebalan raja-raja di bawah undang-undang sedia ada, dan disusuli media melaporkan pelbagai penyelewengan di pihak istana.

Apa berlaku antara Dr M dan Raja Melayu pada 1993?

 | August 26, 2016
Peristiwa ‘Krisis Perlembagaan 1993’ berpunca daripada tindakan kerajaan ketika itu yang ingin memansuhkan kekebalan Raja-raja Melayu.
mahathir_raja-raja_600
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad semalam membuat kenyataan mengejutkan – bekas perdana menteri paling lama negara itu memohon maaf atas tindakannya memansuhkan perkenan Raja-raja Melayu dalam pewartaan undang-undang, 23 tahun lalu.
Peristiwa yang kini dikenang sebagai ‘Krisis Perlembagaan 1993’ berpunca daripada tindakan kerajaan ketika itu yang ingin memansuhkan kekebalan Raja-raja Melayu, seperti disebut dalam Perkara 181(2): “Tiada apa-apa pembicaraan boleh dibawa dalam mana-mana mahkamah terhadap Raja bagi sesuatu negeri atas sifatnya sendiri”.
Pada 6 Disember 1992, jurulatih pasukan hoki Maktab Sultan Abu Bakar Johor, Douglas Gomez membuat laporan polis atas dakwaan dipukul Sultan Johor ketika itu, almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail.
Douglas sebelumnya mengkritik Jabatan Pendidikan Johor ekoran tunduk dengan titah Sultan agar menarik diri daripada kejohanan kebangsaan.
Susulan itu, Dewan Rakyat memanggil sidang khas pada 10 Disember 1992 dan timbalan perdana menteri pada ketika itu, Tun Ghafar Baba yang membawa usul agar langkah diambil bagi menyekat kekebalan golongan diraja mendapat sokongan sebulat suara 96 wakil rakyat.
Pada masa sama, kempen media terhadap Raja-raja Melayu bermula. Pelbagai dakwaan salah laku dan gaya hidup mewah golongan diraja dipaparkan bagi meraih sokongan rakyat dalam ‘perang kerajaan dengan Raja-raja Melayu’.
Laporan tersebut tidak hanya menyasarkan kerabat diraja Johor kerana kerabat diraja Pahang misalnya turut dikritik atas dakwaan mendapat konsesi balak di negeri itu secara tidak adil.
Usul Ghafar turut disokong 2 parti pembangkang ketika itu iaitu PAS dan DAP, namun Semangat 46 membantahnya atas sebab ia akan melemahkan kedaulatan Raja dan ketuanan Melayu.
Namun, PAS mengambil sikap berkecuali ketika undian untuk pindaan dibuat pada 19 Januari 1993, bagi menjaga hubungannya dengan Sultan Kelantan dan Semangat 46.
Pindaan tidaklah semudah mendapat sokongan majoriti Dewan kerana perkenan Raja-raja Melayu masih diperlukan agar ia dapat diwartakan.
Maka kerajaan ketika itu meminda Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan yang menyebabkan setiap rang undang-undang tetap diwartakan sebagai undang-undang selepas 30 hari dibentangkan kepada Yang di-Pertuan Agong, walaupun tanpa perkenan baginda.
Ada pendapat yang mengatakan pindaan tersebut tidak sah, tetapi ia berjalan sehingga hari ini dan menyaksikan pelbagai akta diluluskan, termasuk Akta Majlis Keselamatan Negara yang kontroversi itu.

Image may contain: 1 person , people smiling
Marina Mahathir Menghina Majlis Raja-Raja Dengan Kenyataan Ini.

Apabila Istana Negara, melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menarik balik jemputan ke atas Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali untuk hadir ke Majlis Pertabalan YDP Agong yang baru, selepas peristiwa Mantan Perdana Menteri 22 tahun hadir di Perhimpunan Agung DAP tempoh hari, maka semua pihak kenalah faham isyarat DYMM Tuanku Sultan Kelantan ini. Apa pun hak beliau sebagai bakal DYMM YDP Agong tidak perlu dipertikaikan oleh sesiapa.
Marina Mahathir mungkin tidak faham bahawa Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bertindak atas titah Istana bukan atas arahan kerajaan Persekutuan. Adalah di maklumkan bahawa segala jemputan adalah dari pihak Istana Negara, iaitu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dan bukan dari pihak Eksekutif Kerajaan. Salah Najib jugak? Mungkin pada zaman bapa beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, pihak Istana hanya mengikut telunjuk, kita tidak pasti.
Surat-surat ini juga semestinya dihantar secara sulit oleh Majlis Raja Raja kepada kedua-dua Tun kerana menghormati status kedua-dua mereka. Jadi apabila anaknya sendiri mendedahkan kedua-dua surat yang diterima oleh mereka natijahnya kedua dua ibu bapanya akhirnya tetap menerima kesipuan (embarrassed) bila satu Malaysia tahu yang tidak menjemput mereka bukanlah Kerajaan tapi Majlis Raja Raja sendiri
Apa hak Marina Mahathir hendak menghina pihak Istana? Apakah kerana bapa beliau tidak dijemput maka status Istana jadi 'low class'? Lupakah Marina Mahathir bahawa bapa beliaulah yang menarik balik kekebalan dan mengurangkan kuasa Raja-Raja suatu waktu dulu. Pepatah English ada menyebut, 'what goes around comes around'. Saya tanya balik soalan, siapa akan tersipu-sipu nanti?

Undangan Tun M, Isteri Ke Istana Negara Dibatal, Tiada Kerusi Disediakan

Oleh: NORFATIMAH AHMAD

Kedua-dua surat yang membatalkan jemputan untuk Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah dimuatnaik ke laman web Marina pada Rabu.


PETALING JAYA: Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah membatalkan undangan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali untuk menghadiri istiadat lafaz sumpah jawatan Yang Dipertuan Agong ke-15 dan Timbalan Yang Dipertuan Agong pada 13 Disember ini.
Surat yang ditandatangani Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad itu bertarikh 5 Disember dan dialamatkan ke Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.
Menurut surat itu, pembatalan undangan berkenaan bagi mengelak kesipuan (embarrassment) jika Dr Mahathir dan isteri hadir kerana pihak berkenaan tidak menyediakan kerusi untuk mereka.
Salinan kedua-dua surat itu telah dimuat naik dalam laman web Marina Mahathir pada petang Rabu.

Menerusi surat itu juga, pihak berkenaan mendoakan Dr Mahathir berada dalam keadaan baik dan sihat serta memohon maaf kepada bekas perdana menteri itu.
Sehingga petang Rabu, kedua-dua surat sama turut diedarkan di media sosial dan kumpulan WhatsApp.
Bagaimanapun, kesahihan surat berkenaan tidak dapat dipastikan kerana belum mendapat maklumbalas pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Sementara itu, Marina ketika memuat naik surat kepada ibu dan bapanya bagi membatalkan jemputan untuk majlis Isnin depan itu telah meletakkan komen dalam bentuk hashtag “howlowcanugo”.
Tempoh jawatan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah selaku Yang Dipertuan Agong akan berakhir 12 Disember ini.
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V akan angkat sumpah jawatan sebagai yang Dipertuan Agong, manakala Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh lima tahun.

KENYATAAN RASMI Tun mengenai Pembatalan Jemputan (dari Blog CheDet)
PEMBATALAN
Pada 10 haribulan 11, 2016, saya menerima jemputan dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menjunjung titah perintah Majlis Raja-Raja untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-244 (Khas) di Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari Selasa 13hb Disember 2016 bersamaan 13 Rabiulawal 1438H jam 11.00 pagi sempena Istiadat Melafaz dan menandatangani Sumpah Jawatan oleh Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V, Yang di-Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Saya jawab bahawa saya akan hadir kerana saya anggap acara ini sebagai acara nasional yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik.
Pada 6hb Disember, 2016 saya terima surat dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menyebut:
“Dengan hormat saya menyusuli undangan yang dihantar kepada YABhg Tun dan memaklumkan bahawa undangan tersebut adalah dibatalkan.
Surat ini bermaksud untuk mengelak sebarang kesipuan (embarrassment) jika YABhg Tun hadir pada hari dan ketika tersebut kerana Pejabat ini tiada menyediakan kerusi kepada YABhg Tun.”
Rupa-rupanya acara negara adalah sebahagian dari politik parti.
Saya minta maaf kerana membuat anggapan yang salah. Saya akan ambil ingatan bahawa Istana Negara adalah milik Najib dan Parti Barisan Nasional.
Sekian.
Terima Kasih.

MEREKA YANG SENASIB DENGAN TUN M

Tun Dr Mahathir Dan Mereka Yang Lain Yang Dibatalkan Jemputan Ke Majlis Pertabalan

Polemik Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali dibatalkan jemputan mereka untuk hadir ke majlis pertabalan YDP Agong yang baru masih lagi hangat dibincangkan di media-media sosial.
Bukan saja Tun Dr Mahathir saja yang dibatalkan jemputan. Difahamkan Ahli Parlimen Ketereh, TS Annuar Musa juga dibatalkan jemputannya. Begitu juga dengan beberapa individu korporat dan mantan ahli politik seperti TS Syed Mokhtar Al Bukhary, TS Rodzali Ismail, TS Mahmood Adam dan juga TS Sanusi Junid.
Image may contain: text
Sebab musabab mengapa jemputan dibatalkan tidak diketahui, jika kerusi tidak cukup, itu bukanlah alasannya dan kita tak perlulah mempertikaikannya dan juga tak perlulah MENGHINA mereka ini dengan menyuruh sewa kerusi pulak. 

Sudah menjadi hak Tuan Rumah iaitu Majlis Raja-Raja melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk menjemput sesiapa yang mereka kehendaki dan begitu juga sebaliknya. Tidak perlulah rasa kesipuan kerana tiada apa-apa yang rugi pun dan rasanya tiada pun yang sampai buat gila dengan menceroboh majlis Raja-Raja tu dan yang dapat undangan pula tak usahlah TERPERASAN sampai TELIFON jem kerana penuh dengan gambaq dalam Istana.

Rafidah ‘tak percaya’ Dr Mahathir dilarang hadir upacara Agong

 | December 8, 2016
Bekas menteri era Dr Mahathir itu berkata ketua pembangkang sekalipun dijemput ke acara rasmi kerajaan.
rafidah-mahathir
PETALING JAYA: Tan Sri Rafidah Aziz menyatakan rasa terkejut dengan keputusan menarik balik jemputan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menghadiri majlis lafaz sumpah Yang di-Pertuan Agong yang baharu minggu depan.
“Saya membaca dengan rasa tidak percaya, tetapi malangnya ia berita yang betul,” tulisnya dalam kiriman Facebook.
Rafidah yang pernah berkhidmat di bawah kabinet Dr Mahathir itu berkata bekas perdana menteri itu dianugerahkan darjah tertinggi negara oleh Yang di-Pertuan Agong.
“Adakah kehadiran mereka dianggap oleh pihak-pihak tertentu akan mencemarkan majlis?” soalnya.
Semalam, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengesahkan menghantar surat kepada Dr Mahahir dan isteri memaklumkan keputusan menarik balik jemputan ke majlis pada 13 Disember di Istana Negara bagi melantik Agong baharu, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Surat yang ditandatangani Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad antara lain menjelaskan pembatalan itu kerana pihaknya tidak dapat menyediakan kerusi dan oleh itu tidak mahu membawa “kesipuan” kepada Dr Mahathir sekiranya hadir.
Rafidah berkata yang sebenarnya membawa kepada “kesipuan” dalam sesebuah majlis adalah kehadiran mereka yang “berpalit dan bersalut skandal, rasuah, salah urus tadbir”.
Menurutnya, Dr Mahathir banyak berjasa ketika menerajui kerajaan dan “mengharumkan nama Malaysia dan rakyatnya”.
“Bahkan saya lihat di masa-masa lepas Ketua Pembangkang pun ada tempat dalam acara-acara rasmi kerajaan,” tegasnya.
Dr Mahathir yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam respon ringkas di blognya hari ini berkata beliau sebelum ini bersetuju memenuhi jemputan itu kerana menganggap ia tidak ada kena mengena dengan politik kepartian.
“Rupa-rupanya acara negara adalah sebahagian dari politik parti,” kata Dr Mahathir menyindir.

Jemputan Dr M dan isteri ke majlis lafaz sumpah Agong dibatalkan

 | December 7, 2016
Dua surat berasingan dihantar memaklumkan kerusi tidak disediakan untuk bekas perdana menteri itu dan isterinya Selasa depan.
mahathir-istana
KUALA LUMPUR: Jemputan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menghadiri majlis melafaz dan menandatangani surat sumpah Yang di-Pertuan Agong ke-15 minggu depan dibatalkan, menurut surat yang tersebar luas di media sosial.
Ketika dihubungi, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengesahkan surat bertarikh 5 Disember, 2016 itu dihantar kepada bekas perdana menteri dan isterinya.
Surat ditandatangani Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad antara lain menjelaskan pembatalan itu kerana pihaknya tidak dapat menyediakan tempat duduk.
surat“Surat ini bermaksud untuk mengelak sebarang kesipuan (embarrassment) jika YABhg. Tun hadir pada hari dan ketika tersebut kerana Pejabat ini tiada menyediakan kerusi kepada YABhg Tun,” menurut surat itu.
Surat itu turut dikongsi daam Twitter milik anak sulung Dr Mahathir, Datin Paduka Marina Mahathir.
Istiadat melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V dari Kelantan, dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazri Shah dari Perak, pada 13 Disember ini.



AMUKANMelayu - Takdir.............