,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday 30 March 2014

MH370: Kerajaan Harap Penumpang Pesawat Selamat


Waypoint SADRI adalah titik akhir kehilangan MH 370 dari RADAR
KETAHANAN MINYAK 8 jam + extra 1/2 jam = 8 jam 30 minit
                            
          1 -  Titik pertama (KLIA) ke titik ke Dua kehilangan 1 jam 05 minit
          2 - Titik kedua ke Titik ke Tiga kehilangan 1 jam 45 minit
          3 - Titik ke Tiga ke titik ke Empat kehilangan 15 minit
          4 - Titik ke Empat ke titi Kelima kehilangan 1 jam 15 minit
          5 - Titik ke Lima ke titik ke enam (Waypoint SADRI) kehilangan 1 jam 05 min.

         Jumlah 5 jam 25 minit, minyak telah di gunakan dan berbaki lagi 3 jam 05 min.

Pada pendapat penulis, MH 370 dengan minyak yang berbaki 3 jam 05 minit ia tidak mapu untuk ke hujung Lautan Hindi. Seperti gambaran di bawah...ianya adalah bertepatan dimana MH 370 meninggalkan ke semua Penumpang dan anak kapal MH 370 di Diego Garcia dan mengisi minyak sebelum ianya di terbangkan semula secara alat Kawalan Jauh ke Lautan Hindi untuk menyembunyikankan KOTAK HITAM di 12 ribu kaki di dasar Lautan Hindi.

Berdoalah semua, semoga Allah selamatkan kesemua Penumpang dan Anak Kapal. InsyaAllah. Konspirator US sedang mereka-reka scrip baru untuk Menjadikan US atau sesiapa sahaja sebagai Hero. Percayalah....pemimpin-pemimpin Malaysia tidak tahu kesemua ini. Negara kita menjadi Kambing Hitam di atas "Perang Dingin" antara US dan Negara China. Bacalah apa yang tersirat dari Kenyataan Hisshamuddin dan Kenyataan Najib. Dalam Konspirator ini....kedudukan Pemimpin kita sangat bijak mengatur langkah untuk MENARIK BENANG DALAM TEPUNG. berilah moral suppot kepada mereka. Kita hanyalah ada telunjuk sedangkan mereka sedang menjalankan Tanggung Jawab mereka kepada Negara untuk kita tidur dengan lena..........



Pulau
DIEGO GARCIA
USTAZ DARUL MANZIL (Petikan dari Facebook Darul Manzil)
Untuk lebih lanjut anda boleh baca petikan catatan beliau dibawah:
Assalamualaikum.. Semalam (malam Jumaat), saya tersedar sekitar jam 3:15 pagi. Mungkin sebab rasa panas kerana penghawa dingin sengaja tidak dipasang. Anak saya seramai 5 orang semuanya diserang demam dan batuk selsema. Atas nasihat doktor petang kelmarin, penghawa dingin jangan dibuka selagi mereka belum sembuh untuk mengelak serangan penyakit berulang dan mudah merebak.
Oleh kerana mata tidak pula mahu lelap, saya membuka FB di laptop saya. Macam biasa, selepas viral MIMPI MH370, ada saja ‘friend request’. Saya hanya memerhati post dan komen yang ada. Kira-kira setengah jam selepas itu, saya menutup laptop saya dan mandi. Walaupun kata orang tak elok mandi lewat malam, tapi kerana keadaan badan yang panas berpeluh, maka saya teruskan juga niat tersebut.
Selesai mandi dan berpakaian, saya baring di katil. Puas dicuba, saya tetap tidak rasa mengantuk. Tiba-tiba saya rasa berdebar. Saya tertanya-tanya dan cuba mencari punca. Nampaknya masih tiada jawapan yang saya dapat. Debaran semakin kuat….. Maka, saya ambil bauan ros merah dan saya bacakan surah Az-Zumar:23 beberapa kali. Alhamdulillah, saya rasa tenang dan mata mula mengantuk.
Saya dikejutkan dengan bunyi beberapa buah kenderaan. Bila saya membuka mata, saya berada di belakang sebuah jip yang terbuka. Ada beberapa lagi kenderaan yang sama di depan dan di belakang saya. Kesemua jip ini menuju ke arah sebuah kapal terbang yang masih belum dimatikan enjinnya. Walaupun saya berada di dalam jip tersebut, pemandu dan penumpang semuanya seakan-akan tidak dapat melihat saya. Mereka semuanya berceloreng warna biru lengkap dengan senjata.
Bila dekat dengan kapal terbang tersebut, hati saya melonjak gembira.. “MH370..!!!!!!! Tapi sekarang ni di mana?” Hati saya bertanya sendiri.
Setelah diletakkan tangga besi, pintu kapal terbang terbuka. Mula-mula saya lihat hanya seorang yang keluar sambil mengangkat kedua-dua tangan kanannya. Orang yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah Kapt. Zaharie. Perlahan-lahan dia menuruni tangga dan berjumpa dengan orang yang paling dekat dengan tangga tersebut. Saya kira orang itu pegawai atasan kerana melihat banyak lambang di sisi kanan serta kiri bahunya.
Setelah bercakap yang saya kira lebih kurang 10 minit (perbualan nampak tegas, Kapten jelas ketakutan di wajahnya). Di mengisyaratkan agar ke semua penumpang turun. Dimulai dengan Co-Pilot, krew dan seluruh penumpang. Kesemua mereka nampak terkejut dan ketakutan.
Kesemua mereka saya lihat dipaksa berjalan kaki dengan pengiring bersenjata ke sebuah dewan. Bila dilihat macam hangar tempat simpanan kapal terbang. Apa yang saya hairan, ada lagi 3 buah kapal yang sama jenis, warna dan bertulis MALAYSIA di situ…. Mereka kemudiannya dipisahkan antara jantina dan tangan mereka diikat dengan Cable-Tight di belakang. Seluruh tubuh mereka diperiksa dan barang yang ada termasuk duit syiling dirampas. Tiada seorang pun yang berani bersuara.
Kemudian, mereka dipisahkan lagi kepada kumpulan yang lebih kecil. Kepala mereka diselubung dengan kain dan dibawa dengan jip secara berperingkat. Kumpulan terakhir yang dibawa adalah kumpulan Kapten Zaharie. Saya turut sama naik di belakang jip untuk mengetahui kemana kumpulan ini di bawa.
Mereka dibawa ke sebuah bilik berdinding zink. Di dalamnya tiada sebarang lampu dan suhunya amat membahang. Mereka diberi amaran untuk tidak bercakap sesama sendiri semasa mereka masih di situ. Ada seorang lelaki dalam kumpulan itu cuba minta izin untuk ke tandas, tapi bukan izin yang dapat, di dimarahi dan di acu senapang ke dahinya. Lelaki itu angkat tangan sambil menangis. Mujurlah tiada apa yang berlaku.
Dari dalam bilik tersebut, sesekali saya mendengar bunyi kicauan burung-burung. Ada juga kedengaran bunyi helicopter yang terbang rendah di udara. Saya menjenguk ke luar bilik dan lihat banyak sekali burung-burung berwarna putih terbang berkicauan..
Selama 2 hari saya berada di situ, saya lihat kumpulan Kapten Zaharie tidak di apa-apakan. Mereka diberi makan pada waktu pagi, tengah hari dan petang. Mereka juga dibekalkan 1 gelen air basuhan. Untuk keluar dari bilik adalah dilarang sama sekali. Kumpulan lain saya tidak tahu dimana mereka berada.
Tepat tekaan saya bila saya mengambil keputusan untuk melilau di tempat itu. Ia adalah sebuah pulau kecil yang diubah suai. Di situ adalah tempat pendaratan kapal terbang dan MH370 masih di situ sebagaimana hari ia tiba. Saya ke sana bila melihat ada 2 buah jip terletak berdekatan tayar belakang. Saya masuk melalui ruang tayar tersebut dan nampak beberapa orang lelaki sedang membuat penyambungan litar. Mereka sambungkan dengan 1 kotak berlampu yang juga mempunyai wayar.
Saya keluar dari pesawat bila mendengar ketibaan jip dari luar. Dari situ, saya lihat mereka memunggah beberapa kotak kayu masuk ke dalam jip dan beredar. Saya kembali ke kumpulan Kapten Zaharie. Sedih saya tengok suasana mereka. Walaupun tiada seksaan fizikal, saya percaya mental mereka menderita. Mereka nampak lesu dan murung.
Sekitar waktu hampir Subuh, kesemua mereka dikumpulkan bersama di dewan (tempat sama di hari pertama). Mereka dipaksa beratur dan masuk dalam bilik sementara (bilik yang hanya ditutup dengan tabir papan plywood). Bila saya intai apa yang berlaku dalam bilik tersebut, rupanya mereka di cucuk dengan sejenis cecair ke lengan mereka. Apa yang saya dengar dari perbualan ‘tukang’ cucuk dengan kawan-kawannya, mereka guna ubat nama TOLUENA… Saya pun tidak tahu apa tujuan mereka.
Kesemua penumpang MH370 di kerah untuk naik semula ke kapal terbang mereka. Maka sekali lagi mereka terpaksa berjalan dan menaiki MH370. Sebelumnya, ada suara mengatakan seorang penumpang (katanya duduk di kerusi depan) tidak ada. Pihak baju biru yang memeriksa buat macam tidak dengar aduan mereka.
Kapal terbang itu berlepas pergi dan disusuli sebuah pesawat yang lebih kecil mengekori mereka. Selepas itu terjadi peristiwa sebagaimana MIMPI MH370 yang pertama…… (USTAZ MIMPI BAGAIMANA PUNCA MH370 TERHEMPAS DI LAUTAN?)

Saya dibawa semula ke tempat awal. Di sini, saya termasuk sebuah bilik yang dalamnya ada banyak komputer dan radio. Ada sebuah peta dunia yang besar di dinding. Tertarik pula untuk saya amati lebih dekat pada peta tersebut. Terkejut saya bila ada tanda ‘X’ berwarna merah di beberapa negara yang saya kenal…
Saya tersedar…
Memang tak pernah saya rasa begitu takut dalam hidup…. Tapi misteri sepenuhnya belum terjawab.. Adakah saya masih diberi peluang oleh-Nya..? Wallahu’alam..
———————
PERINGATAN…!!
Ini hanya MIMPI… Benar atau Tidak, jawapannya bukan pada saya. Pandanglah dengan mata hati sahabatku… Sekian..
- USTAZ DARUL MANZIL (Petikan dari Facebook Darul Manzil)
MH370: Kerajaan Harap Penumpang Pesawat Selamat
PUTRAJAYA 29 Mac - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya masih menaruh harapan ada dalam kalangan penumpang pesawat MH370 yang kali terakhir dikesan di selatan Lautan Hindi selamat ditemui. - UTUSAN ONLINE ARKIB : 29/03/2014.

Najib - MH370 BERAKHIR di Lautan Hindi

"Ini merupakan lokasi terpencil, jauh dari mana-mana kawasan landasan'.

"Dengan penuh rasa sedih dan kesal, saya ingin memaklumkan kepada anda, bahawa berdasarkan data baru ini, penerbangan MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Berikut adalah petikan dari sidang media Najib melalui Twitter..

"This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB)." #MH370 "Inmarsat, that provided the satellite data which indicated the northern & southern corridors,has performed further calculations" "Based on their new analysis, Inmarsat & the AAIB concluded that the last position of #MH370 was in the middle of the Indian Ocean."

"With deep sadness and regret I must inform you that, according to this new data, flight #MH370 ended in the southern Indian Ocean." "We will be holding a press conference tomorrow with further details."  "We share this information out of a commitment to openness & respect for the families, two principles guiding this investigation."

"@MAS have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development." "I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time." #MH370 - END -

Masej Philip Wood Penumpang MH370 Membuat Posting Minta Tolong Dari Diego Garcia??

Jumaat, 28 Mac 2014

Saya terbaca satu artikel berkenaan dengan masej oleh Philip Wood seorang warga US yang dalam perjalanan ke Beijing menggunakan MH370. Saya tak pasti kesahihan maklumat dan artikel ini, tetapi rasa dalam keadaan kita misteri dengan kehilangan MH370 dengan pelbagai teori ada baiknya artikel ini dikongsikan bersama.

Antaranya masej berbunyi

"I have been held hostage by unknown military personal after my flight was hijacked (blindfolded). I work for IBM and I have managed to hide my cellphone in my ass during the hijack. I have been separated from the rest of the passengers and I am in a cell. My name is Philip Wood. I think I have been drugged as well and cannot think clearly."



Link forum: http://archive.4plebs.org/pol/thread...4494/#27834944
Profil Philip Wood: http://www.nydailynews.com/news/worl...icle-1.1723968


Di forum berkenaan Philip sempat memuat naik gambar hitam sebagai picture profilenya : http://img.4plebs.org/boards/pol/ima...5192158752.jpg


Dengan menggunakan software online Jeffrey's Exif Viewer untuk menganalisis data exit dari gambar hitam tersebut, maka data lengkap akan terlihat :
http://regex.info/exif.cgi?dummy=on&...5192158752.jpg

Camera: Apple iPhone 5
Date: March 18, 2014 8:49:41PM
Location: Latitude/longitude: 7° 18' 58.3" South, 72° 25' 35.6" East
( -7.316197, 72.426544 )

Spoiler for Hangar Diego Garcia




Sesuai dengan rentetan saksi mata yang melihat MH370
Spoiler for saksi mata



Di akhir posting forum tersebut ada hal menarik :
"OP photo is interesting because it's not actually just a pure black picture, you can see noise if you zoom in. He is in a dark room. "

Menurut seorang forumer daripada forum Kaskus Indonasia TehGanteng   dan kimbo555 telah membuat analisis maklumat ini adalah seperti di bawah:-

Saya jadi iseng2 kutak katik "gambar hitam" tersebut dengan photoshop memang benar ada samar-samar bayangan, tapi belum jelas benar, sedang saya analisa lebih lanjut.

Sampai saat ini saya tetap optimis penumpangnya selamat semua & dilepaskan oleh para pembajak


Quote:Original Posted By kimbo555
terjemahan postingan philip wood :


postingan : http://archive.4plebs.org/pol/thread...4494/#27834944
(tanggal : Wed Mar 19 2014 08:22:38)

photo profile (avatar) : http://img.4plebs.org/boards/pol/ima...5192158752.jpg



(tanggal dibuatnya photo profile : 18 Maret 2014)


kamera yg digunakan :

GPS :




DAFTAR MANIFEST MH-370 :

http://www.malaysiaairlines.com/cont...20Manifest.pdf


NOTE : PHOTO PROFILE MASIH ORIGINAL KELIATANNYA

low batt mungkin gan, batrenya gak ngangkat kalo buat flash..

GPS di hp udah kebaca tuh..

yg jd pertanyaan tinggal kenapa gak sms, padahal utk internetan bisa.

ya kalo gak ada sinyal selular disana, ngapain mesti bikin pangkalan udara disana ???
ente tau, christmast island, kepulauan fiji ???
di google maps hampir gak keliatan.
tp fasilitas disana kalo ama kampung lu sih kayanya jauh banget..


Walahualam hanya Allah mengetahui kebenarannya. Saya tak berhasrat untuk bahas logik atau tak masej berkenaan. MH370 makin menjadi tanda tanya selagi serpihan tidak dijumpai, selagi mayat tak timbul dan selagi kotak hitam masih tercari-cari....selagi itulah seluruh dunia mengharapkan keajaiban berlaku dan MH 370, KEMBALILAH, jangan di bawa rajuk yang panjang.!!



AMUKANMELAYU - Deago Garsia....mereka ada di sana.


Friday 28 March 2014

SYAIR MELAYU NESTAPA



اينله شعير ملايو نستاڤ

INILAH SYAIR MELAYU NESTAPA

SYAIR MELAYU NESTAPA

Segala pujian bagi bagi ALLAH yang menjadikan sekalian alam serta shalawat pada junjungan Nabi yang akhirul zaman serta keluarganya dan sahabatnya sekalian adanya. Amma ba’du daripada itu maka tatkala sampailah 7 Safar 1434 bersamaan dengan Khamis 20 hb. Disember 1213 telah di ilhamkan oleh Allahtaala kepada Aki Aji mengarang satu SYAIR cara Melayu mungkin  boleh juga jadi diambil faedah sedikit-sedikit daripada rangkap dan bair-bait pada pantunnya itu untuk orang yang berakal memikirkannya, nasib Ugamabangsa dan Negara, ada pun syair ini terbahagi kepada 13 perkara didalam kesemuanya

Dengan izin,
Ada pun beza antara gurindam dengan syair itu Aki Aji nyatakan, bermula puisi Melayu itu perkataan yang bersaja, di susun ayat di hujung kalam dengan perkataan yang di matikan dengan nya atau ti  atau apa jua susunan perkataan yang senada sebutannya.

Bermula inilah rupanya bagaikan pantun enam kerat.
Antara satu dengan yang adalah rapat.
Juga di panggil pantun berkait.

Dengarkan tuan satu puisi
Mengarang di dalam hati yang sepi
Barangkali gurindam kurang di teliti
Tuan betulkan dengan berhati-hati
Inilah syair, gurindam di hati  
Di persembahkan dari naluri
Muga menjadi amanat pada pertiwi
Aki Aji hendak berpesan
Syair dan pantun menjadi gurindam
Selagi belum bercerai nyawa dari badan
Islam dan Melayu di jaga zaman - berzaman

اڤ د هارڤ دالمڽ ڤايا.
ڤوهون يڠ تومبوه تيدق برتونجڠ.
دسماءي بنيه تيدق برچمبه.
اڤ د هارڤ ڤدڽ ساي.
بهاس تيدق بودي ڤون کورڠ.
هاڽ ڤد الله دعا د سمبه.

عادة موريد ممبوک کتاب،
بيلا بلاجر بيار برادب،
ماس برݢورو تيدق برکلام،
تق داڤت د رينوڠ دالم معرفة،
جک د ڤيسه طاريکهت دري شريعة،
باݢايکت روح تيدق بربادن.   
   


INI SYAIR PASAL YANG PERTAMA -  Niat

Bermula kerja dengan niat,
Hanya bagi mereka yang taat,
Jika hidup yang bermanafaat,
Berpeganglah dengan syariat,
Biar hendaknya semua selamat,
Dari dunia hingga akhirat

Berpeganglah dengan syariat,
Biar hendaknya semua selamat,
Dari dunia hingga akhirat
Jangan di ikut perkara yang jahat,
Kelak diri menjadi alat,
Dari mereka berperangai hasad.


Jangan di ikut perkara yang jahat,
Kelak diri menjadi alat,
Dari mereka berperangai hasad.
Jangan di biar hidup tak beradab,
Takut fakir selepas di hisab,
Kerana ibadat menjadi adat.

 
INI SYAIR PASAL YANG KE DUA -  Berdiri Betul 

Jika betul dengan niatnya,
Berdiri tegak di awalnya,
Mengadap kiblat syaratnya,
Betul dengan nawaitunya,
Bagai telunjuk awal di angkatnya,
Syuhadah di ucap tauhid di ikat padaNya

Tegak berdiri bagaikan ALIF
Kanan ke kiri nampak sebaris,
Rapatkan kaki tak boleh di hiris,
Di jaga Sunnah sebaik yang boleh,
Di jauhkan nafsu dan juga IBLIS,
Semoga menjadi anak yang soleh.

Di jaga Sunnah sebaik yang boleh,
Di jauhkan nafsu dan juga IBLIS,
Semoga menjadi anak yang soleh,
 Boleh di tampung tempat yang nipis,
Jangan di tinggal Quran dan Hadis,
Itu panduan peninggalan yang soheh.

INI SYAIR PASAL YANG KE TIGA - Takbiratul Ihram  

Ahllahhuakbar takbir di angkat,
Pada yang satu mohon di berkat,
Moga di terima semua ibadat,
Rugilah mereka yang suka di sesat,
Kerana janji tidak di ikat,
Mohon di buka pintunya taubat 

Rugilah mereka yang suka di sesat,
Kerana janji tidak di ikat,
Mohon di buka pintunya taubat 
 Do'a abtitah hanyalah sunat,
Menyembah yang kuasa pada yang taat,
 Setiap waktu janjinya umat ,


INI SYAIR PASAL YANG KE EMPAT -  Membaca Al-Fatihah

Surah Al-Fatihah Rukun Ke empat,
Dibaca di doa setiap rakaat,
Lima waktu syaratnya solat,
Kasihnya Rasulullah padanya umat,
Sanggup merintih memberi safaat,
Berpesan solat hingga dihujung hayat. 

Kasihnya Rasulullah padanya umat,
Sanggup merintih memberi safaat,
Berpesan solat hingga dihujung hayat. 
 Jika hidup hendakkan berkat,
Jangan di tinggal sebarang solat,
Keneraka yang jahat selepas di hisab.
 
INI SYAIR PASAL YANG KE LIMA - Rukuk 

Merendah diri pada yang kuasa,
Rukuk rukun yang kelima,
Sekejab saja tidaklah lama,
Supaya insaf dengan dugaannya,
Bencana datang tidak di duga,
Berimanlah kita pada yang Esa,

Supaya insaf dengan dugaannya,
Bencana datang tidak di duga,
Berimanlah kita pada yang Esa,
Hidup ini tidaklah lama
Jangan asyik kita bersengketa

Nanti di azab di dalam neraka


INI SYAIR PASAL YANG KE ENAM - I'tidal  

Jika keadaan asalnya duduk menegak, 
Kembalilah duduk menegak,
Tama'ninah seiring bergerak,
I'tidal kembalikan pada yang hak,
Semoga kita tidaklah tamak,
Selagi berpegang kepada SYARAK

I'tidal kembalikan pada yang hak,
Semoga kita tidaklah tamak,
Selagi berpegang kepada SYARAK
Pada yang mengerti tidaknya memihak
Jika selalu tinggalkan ulamak
Nanti rugi di akhirak kelak
 

INI SYAIR PASAL YANG KE TUJUH - Sujud 

Menghamba diri merendah bersujud,
Bukannya mudah mencari zuhud,
Tidak semudah di Jabal Uhud,
Mencari yang tiada tetapi ujud,
Ditengah malam bangun bertahjud,
 Mohon di jauhkan Yahjud dan Madjud


Mencari yang tiada tetapi ujud,
Ditengah malam bangun bertahjud,
 Mohon di jauhkan Yahjud dan Madjud
Semoga Allah memberi petunjuk
Israq dan Mikraj telah di sebut
Balasan dosa telah di tunjuk
 

INI SYAIR PASAL YANG KE LAPAN - Duduk Antara Dua Sujud 

Antara siang dan juga malam,
Senja dan dinihari batas perenggan,
Pada yang berilmu tidak keruan,
Sujud dahulu kemudian tahyat awalan,
Sujud kemudian tiadanya salam,
Antara dua sujud bertimpuh sopan


Sujud dahulu kemudian tahyat awalan,
Sujud kemudian tiadanya salam,
Antara dua sujud bertimpuh sopan
Jauhilah nafsu kawannya syaitan
Sifat munafik sukar di kesan
Jika sudah jadi amalan

INI SYAIR PASAL YANG KE SEMBILAN - Duduk Tahiyat Akhir

Bertimpuh sopan sebelum do'anya,
Papan punggung ke lantai juga,
Kaki kiri lepas kedalam,
Kaki kanan nampak tapaknya,
Tahiyat akhir bertimpuhlah jua,
Doa di baca itu amalan.


Kaki kanan nampak tapaknya,
Tahiyat akhir bertimpuhlah jua,
Doa di baca itu amalan
Dalam pusara tempat rehatnya
Menanti sangkakala tiupan kedua
Di Neraca Allah tempat akhiran.

INI SYAIR PASAL YANG KE SEPULUH - Bacaan Tahiyat Akhir 

Bacaan tahiyat sebelum salam,
Sungguh syahdu sembahyang malam,
Tidak semua membuat amalan,
Pada mereka yang sungguh faham,
Semua yang ada tidak berkekalan,
Kerana dunia hanyalah pinjaman.

Pada mereka yang sungguh faham,
Semua yang ada tidak berkekalan,
Kerana dunia hanyalah pinjaman
Dunia dan akhirat tidak berjauhan
Bagaikan jari di sebelah tangan
Hidup baik banyak beriman.



INI SYAIR PASAL YANG KE SEBELAS - Selawat Ke Atas Nabi Dalam Tahiyat Akhir 

Selawat dan salam keatas Rasul,
Hendaklah di ingat jangan tersasul,
Tiada yang silap semuanya betul,
 Indahnya iman jika di pikul,
Tiadalah berat seperti syaratnya tahyul,
Banyaknya ganjaran jika di kumpul.

Indahnya iman jika di pikul,
Tiadalah berat seperti syaratnya tahyul,
Banyaknya ganjaran jika di kumpul
Amal hidup seperti Rasul
Buang yang salah ambil yang betul
Sanat dan Quran jangan tersasul.



INI SYAIR PASAL YANG KE DUA BELAS - Salam  

Tamatnya solat jika di salam,
Mengaminkan do'a jadikan amalan,
Sungguh sombong yang mengingkari arahan,
Yang malas ada habuan,
Yang jahat ada rintangan,
Hanya yang baik penunjuk jalan. 


Yang malas ada habuan,
Yang jahat ada rintangan,
Hanya yang baik penunjuk jalan
Yang di balas di neraca timbangan
Yang hasad pahalanya kurang
Hanya yang tertib safaat di berikan . 

INI SYAIR PASAL YANG KE TIGA BELAS - Tertib 

Tertib sungguh 13 rukun,
Menjadi amalan kurun berkurun,
Banyak yang bahagia dari yang murung,
Jika tidak di baja pohon yang rimbun,
 Tidak berbuah hanya berdaun,
Tertip tidak dapat di lindung. 

Jika tidak di baja pohon yang rimbun,
 Tidak berbuah hanya berdaun,
Tertip tidak dapat di lindung
Jika sengaja selalu selindung
Akan berciciran apa yang di gendung
TAUHID lenyap tergadailah kampung. 




Nukilan 
Tok Aki Aji
Mula di karang pada 20hb. May 2012
Teratak Anjungan Chepor
Olak Lempit
Banting

PANTUN ANAK DAGANG DI PERANTAUAN


Gambar Di Copy dari FB Pateh Alam


Assalamualaikum and salam perantauan kat semua member-member Aki same ade yang stay kat Kampung halaman(Kg. Chepor) atau yang tengah mood perantauan..maksud Aki yang duduk di perantauan. Aki harap korang sihat sajer di samping family tersayang......

Photo
Kebun sayo Kak Mek Baeng
Kali ni Aki nak berkongsi citer or mood perantauan kat semua member2 walaupun Aki ketika ini dah stay dan menjadi Perantau sepenuh masa, kate orang nak imbas kembali kenangan sebagai anak perantau suatu ketika dulu. Aki tau pade ketika ini ape yang di fikirkan oleh kebanyakan anak-anak perantau, mesti akan teringat ngan kampung halaman setiap detik and ketika. Kekadang bile kite keseorangan, kat situlaaa wajah-wajah Ibu Bapa dan Kg halaman bermain di benak fikiran kite.Tapi oleh kerana desakan kerja and ingin mencapai cita-cita dalam hidup ini, kite terpaksa ketepikan semua kerinduan itu.
Photo
Dari jambatan Tay Kok
Hidup sebagai anak perantau memang banyak cabarannya,time Aki dulu memang agak mencabar teruatama soal kewangan. Aki dulu merantau kerana nak menuntut ilmu,tinggalkan Kg Chepor, dan kebetulan Ayah Aki buat keputusan demi untuk kebaikan family tersayang kami berpindah ke Kedah. Maka Aki tinggalkan sanak saudara dan kawan-kawan sepermainan dalam air mata bercucuran. Tiada indahnya membawa diri sebagai perantau. Hujan emas di negeri orang dan hujan batu di negeri sendiri. Tekpaksa menyembunyikan penderitaan dan kekadang terpaksa menahan lapar dan dahaga kerana kewangan problem....masa ini menyambung pengajian di Sek. Men Dato Syed Omar di Alor Setar.
Photo: RINDU TAK SUDAH - Ayah....Mak...rumah di Sg. Limau dah nak roboh...maafkan anakanda kerana GAGAL menjaga amanah Ayahanda dan Bonda..maafkan anakanda........Al-Fathihah.
SEPERTI ANDA - Walau pun kini kita ada segala-galanya, tp Aki sudah tiada mereka lagi....
Disaat keseorangan, terutamanya di waktu senja ....adoyai...ketika ini kite akan terase sunyi dan ini akan menimbulkan rase kerinduan kat Kg halaman. Bagi Aki ,jika dikenang kembali kenangan dulu sebagai anak rantau......memang cukup perit dan pedih dan mengalir air mata berjurai di pipi tidak terasa....tapi ada juga yang menyeronokan dan banyak mengajar Aki menjadi seorang insan yang pasrah, berdikari dan redho dengan perjalan yang Allah telah tentukan dalam hidup ini. Di waktu inilah menjadi penulis tidak di dendang.......tapi pantun "Pantun Anak Dagang Di Perantauan" adalah hasil pencaian Aki dalam internet.....Aki sangat suka dengan pantun-pantun klasik.


Permatang rimba bersuluh terang,
Ranting bersilang taut pegaga,
Dagang hamba jauh di seberang,
Membanting tulang buat keluarga.

Ke Kuala Sedili mencari kerang
Kerang di bawa di dalam perahu
Sungguh jauh di rantau orang
Menangis di hati siapa yang tahu

Masam manis buah kuini
Jangan pula makan melampau
Walau berkurun aku disini
Tapi masih dipandang perantau

Air diangkut di dalam timba,
Menyiram bunga tanam merata;
Usah diikut rasanya hiba,
Rindu tak terubat dek airmata.

Bayang redup si pohon kelapa
Tempat berteduh si anak rusa
Dagang tidak membawa apa
Mengapa pergi menanggung dosa

Naik sampan nak ke seberang
Pergi bersama dengan di dara
Hamba dagang di negeri orang
Jauh dari sanak saudara

Puas saya menanam ubi
Nenas juga ditanam orang
Puas sudah kutanam budi
Emas juga dipandang orang

Lebat pinang di pinggir Kampung
Masak setangkai letak di peti
Sedih hati mengenang untung
Jauh merantau mencari rezeki

Anak puyuh patah lah kaki
Memagut selasih dipinggir kali
Susah payah dagang mencari rezeki
Rahmat kasih Allah luas sekali

Girangnya hati sang teruna
Bertemu dara di hujung bendang
Apalah ada pada hamba
Rupa tiada harta pun kurang

Burung ketitir membuat sarang
Sarang dibuat dirumah tamu
Hamba ini seorang pedagang
Dagang untuk mencari ilmu

Baik-baik meniti bendang
Tanah yang lecak licin sekali
Rupa tiada harta pun kurang
Hanya ilmu penyuluh diri

Burung terbang diatas perigi
Sampan kolek penuh kelapa
Mencari ilmu di tempat tinggi
Namun asal ku tidak ku lupa

Buah delima tingalnya satu
Tempat bersarang semut dan kerengga
Sunguhpun jauh beribu batu
Namun yang tercinta dikenang juga

Daun gelenggang pengubat santau
Pohonnya condong tumbuh berjejeran
Anak dagang asing di rantau
Jangan lupakan desa kelahiran.

Silau persada berjejal bintang,
Indah purnama di Kuala Rusa,
Kalau tiada aral melintang,
Pulanglah jua hamba ke desa.

Halia ini tanam tanaman
Uratnya tumbuh di hujung halaman
Dunia ini pinjam pinjaman
Akherat sungguh tuju pedoman

Anak ikan dimakan ikan
Tulang di mana hendak longgokkan
Pandai makan pandai bersimpan
Rahsia jangan awak tunjukkan.

Puyu puyu konon namanya
Di dalam kolam konon tempatnya
cantik manis barang lakunya
serta dengan budi bahasanya

Penggaga di dalam timba
Mari di goreng di dakam kuali
Seekor naga di Lautan Cina
Digonggong kumbang dibawanya lari

Patah ranting di tengah rimba
Patah di titi Malim Sidi
Sungguhpun gajah binatang besar
Sudahlah rezeki si ular lidi
(Hikayat Abdullah)

Pulau tinggi terendak cina
Nampak dari Pasir Sibu
Tuan pergi janganlah lama
tidak kuasa menanggung rindu

Pinjam saya pisau raut
Hendak meraut bingkai tudung
Gila apakah ikan di laut
Melihat umpan di kaki gunung

Terang bulan di pintu kurung
Cahayanya sampai ke daun kayu
Kalau Allah hendak menolong
Air pasang kapal pun lalu.

Alang di sebelah alang
Anak ikan kena lukah
Jangan tuan alang kepalang
Jangan diduga Laut Mekah

Buah jering di atas para
Diambil budak sambil berlari
Keringlah laut tanah Melaka
Barulah saya mungkirkan janji

Orang menembak di Pulau Hantu
Asapnya ada timbun menimbun
Seumpama bunga di naung batu
Taruknya kaca, tangkainya embun

Orang mengail di Lubuk Bulang
Apa umpannya? Kulit duku
Orang bermain kekasih orang
Nyawa bergantung di hujung kuku
(Pelayaran Abdullah)


Buah embacang masak serangkai
burung dekut meniti batang
Saya dagang tidak terpakai
Macam melukut di tepi gantang

Tikar pucuk, tikar mengkuang
Alas nikah raja melayu
Ikan busuk jangan dibuang
Buat perencah si daun kayu

Tebang gelam tebang kenanga
Batangnya tumbang menimpa gedung
Kumbang mengidam nak seri bunga
Bunga kembang di puncak gunung

Pokok terap tumbuh di bukit
Belat berbanjar panjang ke hulu
Jangan diharap guruh di langit
Kilat memancar hujan tak lalu

Tumbuk lada di atas para
Ada kasut simpan di peti
Tepuk dada tanya selera
Apa maksud di dalam hati ?

Limau Bentan di tepi tingkap
Budak budak melempar burung
Harimau di hutan lagi ku tangkap
Kononlah pulak cicak mengkarung

Air surut, memungut bayam
Sayur di isi ke dalam kantung
Jangan diikut resmi ayam
Bertelur sebiji riuh sekampung.

Anak punai, anak merebah
Hinggap di tonggak mencari sarang
Anak sungai lagikan berubah
Inikan pula hatinya orang

Rotan siput rotan berlengkar
Anak itik patah kakinya
Hujan ribut gunung terbakar
Embun setitik padam apinya

Dari Arab turun ke Aceh
Naik Jawa berkebun serai
Apa diharap hati yang kasih
Badan dan nyawa lagi bercerai


AMUKANMELAYU - Rindu aku hendak kesana

PERKAHWINAN NADIA - PANTUN KLASIK KHAZANAH MELAYU


Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara 




Tetak buluh panjang suluh
Mari jolok sarang penyengat
Angkat doa jari sepuluh
Doa minta biar selamat


Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan


Hendak dulang diberi dulang
Dulang berisi sagu mentah
Hendak pulang ku beri pulang
Tinggalkan pantun barang sepatah


Lancang kuning lancang pusaka
Nampak dari Tanjung Puan
Kalau kering laut Melaka
Barulah saya lupakan tuan


Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya


Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Adik bukan saudara bukan
Hati tersangkut kerana budi


Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga


Bila memandang ke muka laut
Nampak sampan mudik ke hulu
Bila terkenang mulut menyebut
Budi yang baik ingat selalu


Burung Serindit terbang melayang
Mari hinggap di ranting mati
Bukan ringgit dipandang orang
Budi bahasa rangkaian hati


Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di pohon kayu
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah adat pusaka Melayu


Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di rumpun buluh
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah menyusun jari sepuluh


Laksamana berempat di atas pentas
Cukup berlima dengan gurunya
Bagaikan dakwat dengan kertas
Sudah berjumpa dengan jodohnya


Membeli papan di tengah pekan
Papan kecil dibuat tangkal
Mengapa umpan ikan tak makan
Adakah kail panjang sejengkal


Rumah limas anjung Selatan
Bunga kemuning tumbuh di laman
Tangkainya emas bunganya intan
Bolehkah ranting hamba patahkan


Tumbuh betik di tepi laman
Pokok berangan pokok teruntum
Sungguh cantik bunga di taman
Bolehkah gerangan petik sekuntum


Asam kandis asam gelugur
Ketiga asam si riang-riang
Menangis mayat di pintu kubur
Teringat badan tidak sembahyang


Baik-baik menanam selasih
Jangan menimpa sipohon sena
Baik-baik memilih kekasih
Jangan sampai badan merana


Baik-baik mengail tenggiri
Takut terkena siikan parang
Baik-baik merendah diri
Jangan menjadi hamba orang


Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak dicari
Mana yang dapat janganlah lupa


Buah mangga melendur tinggi
Buah kuini berangkai tiga
Hidup kita tidur dan mati
Sudah mati baru terjaga


Buat bangsal di Pulau Daik
Menahan taut sambil mengilau
Kalau asal benih yang baik
Jatuh ke laut menjadi pulau


Budak-budak bermain tombak
Tombak diikat dengan rantai
Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai


Halia ini tanam-tanaman
Ke barat juga akan condongnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Akhirat juga akan sungguhnya


Hari panas mencucuk benang
Benang menjahit baju kebaya
Air jernih lubuknya tenang
Jangan disangka tiada buaya


Kalau tahu peria tu pahit
Tidak ku gulai dengan petola
Kalau tahu bercinta tu sakit
Tidak ku mulai dari semula


Kalau tuan pergi ke Kelang
Belikan saya semangkuk rojak
Jangan diturut resmi kiambang
Sungguhpun hijau akar tak jejak


Pisang kelat digonggong helang
Jatuh ke lubuk di Indragiri
Jika berdagang di rantau orang
Baik-baik menjaga diri


Asap api embun berderai
Patah galah haluan perahu
Niat hati tak mahu bercerai
Kehendak Allah siapa yang tahu


Air dalam bertambah dalam
Hujan di hulu belumlah teduh
Hati dendam bertambah dendam
Dendam dahulu belumlah sembuh
**********
Anak punai anak merbah
Hinggap ditonggak mencari sarang
Anak sungai lagikan berubah
Inikan pula hati orang


Apa guna pasang pelita
Jika tidak dengan sumbunya
Apa guna bermain kata
Kalau tidak dengan sungguhnya


Buah kuini jatuh tercampak
Jatuh menimpa bunga selasih
Biar bertahun dilambung ombak
Tidak ku lupa pada yang kasih


Kajang tuan kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Dagang tuan dagang bertempat
Dagang hamba terbuang lalu


Buah jambu disangka kandis
Kandis ada di dalam cawan
Gula madu disangka manis
manis lagi senyuman tuan


Dari Arab turun ke Aceh
Naik ke Jawa berkebun serai
Apa diharap pada yang kasih
Badan dan nyawa lagi bercerai


Bunga Melati terapung-apung
Bunga rampai di dalam puan
Rindu hati tidak tertanggung
Bilakah dapat berjumpa tuan


Burung Merak terbang ke laut
Sampai ke laut mengangkut sarang
Sedangkan bah kapal tak hanyut
Inikan pula kemarau panjang


Bunga Melur kembang sekaki
Mari dibungkus dengan kertas
Di dalam telur lagi dinanti
Inikan pula sudah menetas


Dalam perlak ada kebun
Dalam kebun ada tanaman
Dalam gelak ada pantun
Dalam pantun ada mainan


Dari Jawa ke Bengkahulu
Membeli keris di Inderagiri
Kawan ketawa ramai selalu
Kawan menangis seorang diri

Dari teluk pergi pangkalan
Bermain di bawah pohon kepayang
Saya umpama habuk di papan
Ditiup angin terbang melayang


Daun selalsih di Teluk Dalam
Batang kapas Lubuk Tempurung
Saya umpama si burung balam
Mata terlepas badan terkurung


Orang Melayu naik perahu
Sedang berdayung hujan gerimis
Hancur hatiku abang tak tahu
Mulut tertawa hati menangis


Orang tani mengambil nipah
Hendak dibawa ke Indragiri
Seluruh alam ku cari sudah
Belum bersua pilihan hati


Pasir putih di pinggir kali
Pekan menyabung ayam berlaga
Kasih tak boleh dijual beli
Bukannya benda buat berniaga


Ribu-ribu pokok mengkudu
Cincin permata jatuh ke ruang
Kalau rindu sebut namaku
Airmata mu jangan dibuang


Kalau roboh kota Melaka
Sayang selasih di dalam puan
Kalau sungguh bagai dikata
Rasa nak mati di pangkuan tuan


Limau purut lebat di pangkal
Batang mengkudu condong uratnya
Hujan ribut dapat ditangkal
Hati yang rindu apa ubatnya


Kalau menyanyi perlahan-lahan
Dibawa angin terdengar jauh
Rindu di hati tidak tertahan
Di dalam air badan berpeluh


Ku sangka nanas atas permatang
Rupanya durian tajam berduri
Ku sangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengahari


Kayuh perahu sampai seberang
Singgah bermalam di kampung hulu
Bukan tak tahu dunia sekarang
Gaharu dibakar kemenyan berbau


lembing atas tangga
perisai atas busut
kening atas mata
misai atas mulut


anak ikan dipanggang sahaja
hendak dipindang tidak berkunyit
anak orang dipandang sahaja
hendak dipinang tiada berduit


saya tak hendak berlesung pauh
lesung pauh membuang padi
saya tak hendak bersahabat jauh
sahabat jauh merisau hati


burung serindit terbang melayang
singgah dihinggap di ranting mati
duit ringgit dipandang orang
jarang dipandang bahasa budi


batu sangkar batu berpahat
terpahat nama raja bestari
makanan arif, kias ibarat
pantun seloka, ulam jauhari


daun durian jatuh tercampak
lopak-lopak isi selasih
tujuh tahun dilambung ombak
tiada kulupa hati yang kasih


Anak Cik Siti mencari tuba
Tuba dicari di Tanjung Jati
Di dalam hati tidakkan lupa
Bagai rambut tersimpul mati


Limau purut di luar pagar
Rimbun putik dengan bunganya
Hujan ribut padang terbakar
Embun setitik padam apinya


Puas saya bertanam ubi
Nanas jugak dipandang orang
Puas saya menabur budi
Emas juga dipandang orang


Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
rindu kini tiada penghujung


Tinggi-tinggi pohon jati
Tempat bermain simanja sayang
Sungguh tinggi harga budi
Budi dibalas kasih dan sayang

Bunga Tanjung kembang semalam
Pohon tinggi tidak berduri
Gelombang besar di laut dalam
Kerana Tuan saya kemari

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Hari mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi

Padi ini semumba-mumba
Daun kurma daun cempedak
Macam mana hati tak hiba
Entah bertemu entah tidak

Permata jatuh ke rumput
Jatuh ke rumput berbilang-bilang
Dari mata tidakkan luput
Dalam hati tidakkan hilang

Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi jujungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman

Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga

Anak beruk di tepi pantai
Pandai melompat pandai berlari
Biar buruk kain dipakai
Asal hidup pandai berbudi

  Kiri jalan kanan pun jalan
Tengah-tengah pohon mengkudu
Kirim jangan pesan pun jangan
Sama-sama menanggung rindu

Mendung si mega mendung
Mendung datang dari utara
Jangan selalu duduk termenung
Kalau termenung badan merana

Pohon mengkudu tumbuhnya rapat
Rapat lagi pohon jati
Kawan beribu mudah didapat
Sahabat setia payah dicari

Pokok terap tumbuh di bukit
Belat berbanjar panjang ke hulu
Jangan diharap guruh di langit
Kilat memancar hujan tak lalu

Sampan kotak hilir mudik
Dayung patah galah sebatang
Ikhtiar tidak datang menggolek
Akal tidak datang melayang

Siti Wan Kembang perintah Kelantan
Nama termasyhur zaman dahulu
Baik-baik memilih intan
Takut terkena kaca dan batu

Buah langsat kuning mencelah
Senduduk tidak berbunga lagi
Sudah dapat gading bertuah
Tanduk tidak berguna lagi

Dua paya satu perigi
Seekor bujuk anak haruan
Tuan di sana saya di sini
Bagai pungguk rindukan bulan

Gesek rebab petik kecapi
Burung tempua membuat sarang
Apa sebab jadi begini
Karam berdua basah seorang ?

Hendak gugur gugurlah nangka
Jangan menimpa putik pauh
Hendak tidur tidurlah mata
Jangan mengenang si dia yang jauh

Kain batik negeri seberang
Dipakai anak Tanah Melayu
Apa ertinya kasih dan sayang
Kalaulah abang berjanji palsu

Pantai Cendering pasirnya putih
Anak dagang berulang mandi
Apa disesal orang tak kasih
Sudah suratan diri sendiri

Disana pauh di sini pun pauh
Daun mengkudu ditandungkan
Adinda jauh kekanda jauh
Kalau rindu sama tanggungkan

Pulau Tinggi terendak Cina
Nampak dari Pulau Sibu
Abang pergi janganlah lama
Tidak kuasa menanggung rindu

Putik pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Tuan jauh di negri satu
Hilang di mata di hati jangan 


AMUKANMELAYU - Indahnya menjadi Islamelayu.....(semua gambar di masukkan pada 11/3/2015 Tarikh Perkahwinan 21/2.2015)