,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 27 June 2016

KAKI TAK CECAH TANGAN TAK SAMPAI



Depa bukan lagi Ahli UMNO

Mereka Bukan Lagi Mewakili UMNO.
 

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipecat daripada UMNO semalam kini bukan lagi Ahli Parlimen yang mewakili Barisan Nasional (BN).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, berdasarkan amalan dan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyua­rat Dewan Rakyat, kedudukan Muhyiddin di Dewan Rakyat akan ditentukan selepas Ke­tua Whip BN memaklumkan perkara itu kepada Speaker Dewan Rakyat.

“Walau bagaimanapun, sebarang perubahan yang akan berlaku pada status Ahli Parlimen Pagoh ini nanti tidak akan menjejaskan kedudukan BN sebagai parti pemerintah kerana masih memperoleh majoriti di Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Muhyiddin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dipecat daripada UMNO berkuat kuasa serta-merta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan itu dibuat secara sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini.

Beliau yang juga Presiden UMNO menjelaskan, keputusan itu dibuat ekoran tindakan Muh­yiddin dan Mukhriz me­langgar disiplin parti.





Mahathir semasa sambutan Hari Merdeka pada 31 Ogos 2007.

Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 yang mana beliau mengambil bahagian dalam kempen menentang Malayan Union. Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946, beliau adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. 

Sebagai Pengerusi Parti Negeri Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengajanya menimbulkan perasaan marah di golongan yang mempunyai perkaitan dengan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman apabila beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum 1959

Berasa sakit hati atas penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan calon-calon yang rapat dengannya, Dr Mahathir enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut.

Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar selepas menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dengan cuma 989 undi sahaja, selepas beliau mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapai kerusinya.

Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26 September 1969, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.

Semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang buku "Dilema Melayu" (The Malay Dilemma). Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang Melayu telah diharamkan pada tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Tun Dr Mahathir menjadi PM.

Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir masuk semula ke dalam UMNO pada 7 Mac 1972 dan dilantik sebagai senator pada tahun 1973. Beliau bertanding di Kubang Pasu pada pilihan raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak. 

Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun 1975. Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir sebagai timbalannya, sambil masih mengekalkan portfolio pendidikan yang disandangnya. Tidak lama selepas itu Tun Dr Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada 10 Julai, 1981 Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan. 

Pada 31 Oktober, 2003, Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya.

Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008 dalam satu ceramah di Alor Setar, Kedah kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi . Bagaimanapun dalam Perhimpunan Agung UMNO 2008 pada Mac 2009, Dr Mahathir menghadiri hari terakhir perhimpunan itu sebagai jemputan. Dr Mahathir kembali menyertai UMNO .Nombor ahli 0000001 dikekalkan.

Dipecat dari PKR, Khalid Ibrahim Beri Keterangan Kepada ROS


February 17, 2015 - Khalid bertindak demikian bagi memperbetulkan sistem yang diamalkan PKR iaitu mempertahankan hak individu dan hak rakyat dalam mengurus pertubuhan

khalid ibrahim_ros_300Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam status Facebooknya menyatakan telah memberi keterangan bertulis kepada Pengarah Penguatkuasaan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) terhadap tindakan PKR yang memecatnya sebelum ini.


“Semalam 16 Februari 2015, jam 11 pagi, saya sempat memberi keterangan bertulis kepada Pengarah ROS kes Saman terhadap PKR yang memecat saya tanpa mengikut tatacara dan peraturan di dalam perlembagaan parti,” tulisnya di Facebook.

Menurut ADUN Pelabuhan Klang itu lagi, beliau bertindak sedemikian bagi memperbetulkan sistem yang diamalkan oleh PKR iaitu mempertahankan hak individu dan hak rakyat dalam mengurus pertubuhan.

“PKR hendaklah menunjukkan amalan reformasi seperti apa yang mereka laungkan,” ujarnya.

Sebelum ini, pada 9 Ogos 2014, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong telah memutuskan bahawa Khalid bukan lagi ahli PKR dan memecat Khalid dengan serta merta.

Pemecatan itu dibuat setelah Khalid didapati mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR yang sebulat suara memilih Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.
Bukan itu sahaja, keputusan itu juga dibuat setelah Khalid dikatakan gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden PR untuk menangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat 2 serta menangguhkan kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, Exco dan Adun negeri Selangor.

Bahkan, Khalid juga gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada Majlis Presiden PR mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.

Slain itu, Khalid turut berkeras meneruskan projek Lebuhraya Kidex walaupun parti sudah mengarahkan beliau untuk mengkaji semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto PR yang dibentangkan sebelum PRU13.-

Zaid Ibrahim dipecat dari Umno

Jimadie Shah Othman       
Datuk Zaid Ibrahim dipecat daripada Umno ekoran tindakan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menghadiri perhimpunan parti pembangkang.
Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang berlangsung malam ini. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pemecatan Zaid itu berkuatkuasa serta-merta. 

zaid ibrahim interview 140308 04 Menjawab soalan pemberita dalam sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut, Abdullah berkata, Zaid juga tidak boleh merayu terhadap pemecatannya itu. Sabtu lalu, Zaid menghadiri majlis perasmian kongres nasional PKR di Stadium Malawati, Shah Alam. 
 
Zaid juga dilaporkan berkata, beliau datang sebagai tetamu selepas menerima undangan daripada pucuk pimpinan PKR.
Jelas Zaid lagi, kehadirannya adalah untuk mendengar apa yang diperkatakan pucuk pimpinan dan perwakilan PKR mengenai keadaan semasa dalam negara. 


Awal bulan lalu, Zaid Ibrahim menerima surat tunjuk sebab dari Umno berkaitan dengan surat terbukanya kepada perdana menteri dan perjumpaannya dengan ahli-ahli Parlimen berhubung desakan memansuhkan ISA. 

Parti itu meminta penjelasannya kerana turut sama menyertai majlis anti-ISA anjuran Pakatan Rakyat di Parlimen. 

Zaid meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet kerana membantah tindakan kerajaan menggunakan ISA terhadap ahli Parlimen Teresa Kok, penulis blog Raja Petra Kamarudin dan wartawan Sin Chew Tan Hoon Cheng, September lalu. 

Beliau juga turut melepaskan jawatan senator. Pada 29 September lalu, Zaid menulis sepucuk surat terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menggesa beliau supaya memansuhkan ISA.
 
Berikutan itu, beberapa pemimpin Umno mendesak parti itu mengambil tindakan terhadap Zaid. 


'Tiada pilih kasih'
Abdullah berkata, tindakan dikenakan ke atas Zaid dibuat kerana Umno perlu konsisten dalam tindakannya dan memastikan tidak wujudnya pilih kasih dalam mengambil tindakan displin terhadap anggotanya yang didapati bersalah.
Ada tindakan-tindakan Zaid yang dilihat sebagai perkara yang menyalahi (peraturan) parti," katanya. 

Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan Kapten (B) Zahar Hashim Digantung Selama Tiga Tahun

Ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan Kapten (B) Zahar Hashim pula digantung keanggotaannya selama tiga tahun kerana membuat beberapa kenyataan mengkritik parti. 
 
Zahar sebelum ini telah membuat aduan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap Abdullah yang didakwa telah menyalahguna kedudukannya sebagai presiden Umno menjelang pemilihan parti dan pencalonan.
Beliau juga mendakwa berlaku penyelewengan dalam proses tender kerajaan untuk membeli helikopter baru bagi Angkatan Tentera Udara Malaysia (TUDM). 

Saifuddin Kecewa Dengan UMNO



Bekas Ahli Parlimen Temerloh itu menyertai PKR selepas tidak lagi serasi dengan UMNO serta BN walaupun telah lama berada dalam parti itu.

saifuddin
KUALA LUMPUR: October 15, 2015 Bekas Ahli Parlimen Temerloh yang juga bekas Timbalan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pengumuman rasminya dibuat oleh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ibrahim, di ibu pejabat parti itu,di Petaling Jaya.
 
Mengulas mengenainya, Saifuddin berkata, PKR menjadi pilihan kerana bersifat pelbagai kaum, sederhana dan terbuka.

“ Namun begitu saya telah sekian lama dalam UMNO dan Barisan Nasional, saya tidak dapat ia dilakukan secara konklusif dan subtensif menyebabkan saya tidak serasi dengan UMNO,” katanya.

Beliau juga berkata akan meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) sebaik sahaja pengerusinya, Tan Sri Razali Ismail kembali dari luar negara.

Saifuddin sebelum ini menerima surat tunjuk sebab oleh UMNO kerana menghadiri persidangan meja bulat pihak pembangkang pada 21 September lalu.


Banyak kedengaran suara-suara dari dalam UMNO yang menggesa agar Lembaga Disiplin UMNO memecat Saifuddin dengan kadar segera. kat mereka semua gunting dalam lipatan perlu disingkirkan. UMNO tidak perlu lagi mendukung biawak hidup. Ini masa untuk UMNO bergerak maju kehadapan bagi memastikan keamanan dan kemakmuran negara dapat dicapai dan dipertahankan.

Sebelum ini Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan mengatakan, mana-mana pihak tidak sepatutnya membuat kesimpulan sendiri sementara menunggu laporan penuh siasatan berkenaan Saifuddin Abdullah yang menghadiri program perasmian gabungan pembangkang baharu, Pakatan Harapan.

“Kami akan siasat hal itu sebelum ambil tindakan,” kata Tengku Adnan.
Saifuddin menggunakan alasan hadir ke program pelancaran Pakatan Harapan, atas kapasiti sebagai ketua pegawai eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM). Manakala Ku Nan, pula tidak menyatakan sama ada tindakan Saifuddin itu melanggar disiplin parti walaupun hadir bukan atas kapasiti sebagai seorang ahli Umno.

Muhyiddin, Mukhriz mungkin sertai parti lain

KUALA LUMPUR 26 Jun 2016 – Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dipecat daripada UMNO Jumaat lepas, hari ini mengesahkan mereka ada menerima tawaran menyertai parti-parti politik tertentu.

“Kami ada menerima banyak tawaran secara tidak rasmi dari parti-parti politik yang mempelawa sertai mereka tetapi semua ini perlu difikirkan secara mendalam.

“Saya dan Mukhriz akan membuat keputusan yang amat besar dalam sejarah hidup kami,” katanya dalam sidang media yang turut dihadiri Mukhriz, di sini.

Muhyiddin berkata, mereka berhasrat meneruskan perjuangan politik mereka menerusi platform politik baharu.

Bagaimanapun kedua-dua mereka tidak menyatakan secara terperinci mengenai platfom baharu itu, sama ada menyertai parti politik lain atau menubuhkan parti baharu.

Muhyiddin yang juga bekas Timbalan Presiden UMNO berkata pada masa ini beliau dan Mukhriz masih mengadakan perbincangan dan sedang mendapat pandangan pelbagai pihak untuk menentukan hala tuju mereka dalam politik.

Jumaat lepas, Majlis Ter­tinggi UMNO memutuskan memecat Muhyiddin dan Mukhriz daripada parti itu, dan menggantung keahlian Naib Presiden Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Ditanya tempoh masa untuk menentukan platform baharu itu, Muhyiddin bagaimana pun tidak dapat menyatakannya kerana perlu memikirkan secara mendalam dalam konteks negara pada hari ini.

“Kalau setakat tubuh parti baharu, hari ini pun boleh tubuh, tapi ia bukan hanya soal tubuh parti, ini bukan sebab saya atau Mukhriz, ini soal negara, apa nak difikirkan adalah hala tuju negara,” katanya. – BERNAMA

APAKAH PERKASA PERLU MENJADI PARTI POLITIK

Perkasa di ujudkan oleh Ahli Politik dan perjalanannya juga adalah seiring dengan politik terkini Negara. Apakah ianya menjadi kesalahan jika PERKASA menjadi Parti Politik?

Jawabnya tidak. Malaysia adalah sebuah Negara Demokrasi dan siapa-siapa pun boleh menubuhkan Parti Politik. Jika ianya menjadi satu kenyataan, maka amatlah sedihnya bangsa Melayu yang berantakan dan berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil berteraskan Perjuangan Parti. Disaat-saat Cina bersatu dengan menghapuskan etnik cina dan menjadikan satu Cina kita pula perpecah dengan Parti. 

Dan ketika Cina sedang Berkumpul dan menjadikan DAP sebagai wadah perjuangan Cina, kita pula berpecah dengan perbagai fahaman baru dalam Ugama.

Apakah kita mampu melarang mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) diminta tidak bercita-cita untuk menjadi sebuah parti politik selain perlu memahami fungsi kewujudan organisasi masing-masing?. 

Jawabnya, siapa yang pedulikan semua itu....tiada siapa lagi mempedulikan apa kesudahan hayat Orang Melayu di Tanah Airnya. Motif penubuhan Parti juga harus jelas dan bukannya menjaga kepentingan individu yang mencari survival politik.

"Musuh kita adalah yang mahu hancurkan negara dan perpaduan dalam negara kita yang dibina oleh UMNO. Oleh generasi lalu daripada sebelum merdeka sehinggalah hari ini. Tidak dapat di nafikan Perpaduan adalah yang paling utama dalam institusi UMNO. Sebagai generasi muda dalam UMNO sudah pasti kita mahukan melihat contoh yang baik oleh kepimpinan lalu dalam isu perpaduan institusi hari ini".

Sokongan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selain mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dilihat tidak cukup kuat. Jika Najib di katakan gagal menjalankan tugas sebagai pemimpin nombor satu negara selain menyalahkan Perdana Menteri yang tidak menjawab tohmahan Dr Mahathir, siapa selepas ini jika Najib melepaskan jawatannya?.

Krisis kepimpinan yang besar dah pernah terjadi pada zaman Dr Mahathir tetapi barisan kepimpinan eranya berdiri teguh memberi sokongan kerana itulah sebenarnya setiakawan serta cara berinstitusi berpolitik.

Masalah yang sama juga bila Dr Mahathir mendesak Najib meletakkan jawatan maka dia harus menerima kenyataan kepimpinan terkini harus berdiri serta bersama menyatakan sokongan kepada Najib selaku Presiden UMNO kerana ini juga dilaksanakan pada era pemerintah Dr Mahathir dahulu.

UMNO perlu menghormati Dr Mahathir selaku negarawan negara yang berikan pandang beliau demi kepentingan negara dan UMNO, tapi dia juga harus menghormati pilihan rakyat serta institusi UMNO melalui sistem demokrasi yang diguna pakai sepertimana di era zamannya dahulu.

"Bezanya, zaman Najib mengemudi negara adalah era yang paling mencabar dalam pentadbiran berbanding dengan Perdana Menteri sebelum ini,".

Najib dan Dr Mahathir mempunyai kekuatan masing-masing dalam cara dan landskap politik yang berbeza.

"Namun harus diakui hala tuju mereka sama iaitu menjaga kepentingan rakyat dan negara tanpa meninggalkan asas penubuhan negara. Kerana itu setiap teguran Dr Mahathir harus dilihat sebagai teguran yang dibuat kerana sayang kepada UMNO, Ugama dan Negara. Tapi siapakah yang pedulikan semua ini? 

Jika benar PERKASA akan menjadi sebuah Parti Politik, maka mereka yang penulis senaraikan di atas adalah tidak mampu menolak untuk BERHIMPUN dalam wadah PERJUANGAN baru ini....perjuangan yang hendak menumbangkan Najib. Apakah Najib akan tumbang atau UMNO akan hancur atau Melayu yang kehilangan KUASA......



AMUKANMelayu - Ayandaku Negarawan yang cemerlang, gemilang, terbilang, kehilangan dan kesepian.


Muhyiddin, Mukhriz mungkin sertai parti lain

 0  0 Google +0
KUALA LUMPUR 26 Jun – Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dipecat daripada UMNO Jumaat lepas, hari ini mengesahkan mereka ada menerima tawaran menyertai parti-parti politik tertentu.
“Kami ada menerima banyak tawaran secara tidak rasmi dari parti-parti politik yang mempelawa sertai mereka tetapi semua ini perlu difikirkan secara mendalam.
“Saya dan Mukhriz akan membuat keputusan yang amat besar dalam sejarah hidup kami,” katanya dalam sidang media yang turut dihadiri Mukhriz, di sini.
Muhyiddin berkata, mereka berhasrat meneruskan perjuangan politik mereka menerusi platform politik baharu.
Bagaimanapun kedua-dua mereka tidak menyatakan secara terperinci mengenai platfom baharu itu, sama ada menyertai parti politik lain atau menubuhkan parti baharu.
Muhyiddin yang juga bekas Timbalan Presiden UMNO berkata pada masa ini beliau dan Mukhriz masih mengadakan perbincangan dan sedang mendapat pandangan pelbagai pihak untuk menentukan hala tuju mereka dalam politik.
Jumaat lepas, Majlis Ter­tinggi UMNO memutuskan memecat Muhyiddin dan Mukhriz daripada parti itu, dan menggantung keahlian Naib Presiden Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.
Ditanya tempoh masa untuk menentukan platform baharu itu, Muhyiddin bagaimana pun tidak dapat menyatakannya kerana perlu memikirkan secara mendalam dalam konteks negara pada hari ini.
“Kalau setakat tubuh parti baharu, hari ini pun boleh tubuh, tapi ia bukan hanya soal tubuh parti, ini bukan sebab saya atau Mukhriz, ini soal negara, apa nak difikirkan adalah hala tuju negara,” katanya. – BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/muhyiddin-mukhriz-mungkin-sertai-parti-lain-1.347528#sthash.oCb72gjC.dpuf

Thursday 16 June 2016

IPIC Saman 1MDB, Kerajaan Malaysia Di London


Sekadar JOKE

Najib - Saya Tidak Curi Duit Rakyat

"Tuan-tuan dah kenal saya. Saya ini bukanlah (seperti) apa yang dikatakan oleh orang belah sana (yang ingin menjatuhkannya). Saya bukanlah macam itu. Saya telah jaga Pahang (dan negara) dengan sebaik-baiknya.

"Kalau saya nak rompak dah lama saya rompak hutan (balak) sini (Pahang). Saya tidak ambil seinci pun, sebatang pokok pun saya tidak ambil, saya tidak ambil lombong bauksit, saya tidak ambil apa-apa.

"Bila saya jadi perdana menteri saya tidak ubah pendirian saya, saya tidak akan ambil harta rakyat, jangan ingat saya penyangak, jangan ingat saya mencuri harta rakyat, saya perdana menteri untuk rakyat," - Najib


Point utama Najib adalah -  Saya tidak curi duit rakyat !

Cai2 Najib boleh relaks.... ramai yang dah siap sedia nak serang sesiapa saja yang berani ubahsuai atau persenda ayat Najib itu. Contoh-contoh silam Tun Mahathir kononnya nak tunjuk yang Tun dulu pun songlap duit rakyat, dah tersusun untuk di copypaste sebagai jawapan.

So ...... Penulis tak nak komen apapun ! Okeylah kalau itu yang Najib cakap, terimajelah.
........

Satu Sen Pun Najib Tak Guna Duit Rakyat Untuk Selesaikan Isu 1MDB.

akan mirip api karena komodo sering menjulurkan lidahnya seperti ular
Lidah Biawak - Gambar ini tiada kene-mengena dengan artikal ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa beliau tidak menggunakan atau langsung tidak menyentuh satu sen pun duit rakyat, semata-mata untuk menyelesaikan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tindakan tersebut jelas menunjukan bahawa PM berpegang teguh pada janjinya, untuk menyelesaikan isu berkenaan syarikat 1MDB dalam tempoh masa enam bulan, seperti yang diberitahunya sebelum ini. Isu berbangkit itu berjaya diselesaikan tanpa menggunakan dana rakyat, tindakan tersebut membuktikan selama ini Najib tidak cakap kosong.

“Saya berjanji kepada rakyat bahawa isu 1MDB akan diselesaikan dalam tempoh masa enam bulan, dan ianya sudah semakin nampak penyelesaiannya.

“Apa yang kita banggakan penyelesaiannya bukan di dalam bentuk MoU (Memorandum Persefahaman), tetapi di dalam bentuk `agreement’ (persetujuan) yang ditandatangani dan yang  lebih mustahak, ianya tidak menggunakan dana rakyat sama sekali. Ini perlu saya jelaskan,” katanya.

Jika sebelum ini, berita melaporkan bahawa syarikat 1MDB itu mempunyai hutang sebanyak RM42 bilion dan menjadi buah mulut rakyat Malaysia. Namun kini Najib telah menunjukkan sikap yang cukup membanggakan, dengan berjaya menyelesaikan hampir seratus peratus hutang syarikat terbabit.

Menjelang tahun baru 2016, Najib telah mengumumkan bahawa saki baki hutang 1MDB kini hampir selesai. Hutang  sebanyak RM40.4 bilion telah berjaya dilunaskan melalui termeterainya beberapa perjanjian diantara syarikat tersebut.

Antaranya pada 23 November tahun lalu anak syarikat 1MDB, Edra Global Energy Bhd telah berjaya menjual kesemua asetnya kepada China General Nuclear Power Corp dan anak syarikatnya (CGN Group) dengan jumlah RM9.83 bilion.

Bagi menyelesaikan lagi sejumlah hutang 1MDB, Edra dan anak syarikatnya telah membuat keputusan untuk mengikat perjanjian jual beli saham bersama CGN Group. Dengan jualan seratus peratus pemilikan, dalam kesemua hak aset tenaganya itu.

1MDB, Edra dan anak syarikatnya menyerahkan Edra Solar Sdn Bhd, Edra Energy Sdn Bhd, Powertek Energy Sdn Bhd, Jimah Teknik Sdn Bhd, Jimah O&M Sdn Bhd, Mastika Lagenda Sdn Bhd dan Tiara Tanah Sdn Bhd (syarikat operasi Edra) sepenuhnya menjadi hak milik kepada CGN Group.

Bagi proses penyerahan dan transaksi jual beli saham berkenan, ia dijangkakan bakal berakhir pada bulan Februari tahun ini.

Pada 31 Disember lalu, 1MDB sekali lagi temui jalan keluar untuk selesaikan hutangnya. Satu perjanjian jual beli saham telah ditanda tangani bersama konsortium IWH-CREC Sdn. Bhd. Pihak 1MDB telah menjual sebahagian 60 peratus pegangan sahamnya dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd, yang berjumlah RM7.41 bilion.

Konsortium itu adalah usaha sama 60:40 antara Iskandar Waterfront Holdings IWH dan China Railway Engineering Corp (M) Sdn. Bhd.

Selepas Najib berjaya membuktikan kehebatannya, dan menunjukkan bahawa beliau tidak cakap kosong. Maka pertikaian dan khabar angin mengenai kegagalan Najib menguruskan syarikat 1MDB lenyap begitu sahaja. Sudah tiada lagi suara sumbang yang berani mempertikaikan isu tersebut.
- TiraGomez/UtaraNews.com

" Ini ( 1MDB ) bukan duit rakyat "


Berita: Themalaysianinsider 8/03/2015



Apa perasaan anda bila baca ayat di atas? Ada tak macam ni, Ooo.. patutlah 1MDB diorang buat macam duit mak bapak diorang punya! Bila rakyat tanya, diorang marah balik. Sebab dalam fikiran diorang, rakyat takde hak nak ambil tahu, sebab itu BUKAN DUIT RAKYAT !

Ayat satu baris pendek itu saja sudah cukup untuk menjelaskan SEGALAnya tentang kemelut 1MDB, tentang kenapa Najib dan 1MDB tidak pernah merasakan keperluan untuk menjawab dengan jelas segala persoalan yang diajukan tentang pengurusan kewangan 1MDB.

Najib turut menyalahkan pengkritik yang menggagalkan penyenaraian IPO 1MDB seterusnya menyebabkan wujudnya ketidaksepadanan yang menyebabkan masalah aliran tunai.

Tak sia-sia juga Najib lantik Zahid gantikan tempat Muhyiddin sebagai TPM. Pantas Zahid pun back up sama!

Dari Malaymailonline -

1MDB didn't use the government's money or allocations. A lot of the deals are between lender and borrower, so in this case, here will definitely be repayments and a payment schedule must be made.

1MDB tidak pakai duit atau peruntukan kerajaan?

Bagi penulis senang je....
Apa saja yang berkaitan dengan kerajaan, maknanya ada kaitan dengan rakyat. 1MDB milik penuh kerajaan, bermakna ia milik penuh rakyat.

Jika 1MDB kantoi hutang, siapa yang kena bayar hutang? Adakah Najib nak kata yang pemberi hutang terpaksa lupakan hutang itu begitu saja? Bukankah kerajaan juga yang akan tanggung?

Kerajaan dapat duit nak gantikan hutang itu dari mana? Kalaupun kerajaan banyak duit, hak siapa duit itu? Kerajaan sekadar pegang amanah dari rakyat untuk uruskan duit itu.

Banyak lagi yang boleh digunakan duit kerajaan itu demi rakyat daripada dibelanja hanguskan atas nama 1MDB!

Itu hujah berkait, bagaimana pula hujah yang direct - RM950 juta standby kredit yang diberikan kepada 1MDB itu apa?

Ini satu lagi lagi artikel yang boleh buat anda geleng kepala dengan Najib dan 1MDB.


Dari Malaysiakini -


IPIC Tamatkan Pelan Menyelamat 1MDB


International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi berkata pelan menyelamat 1MDB yang dimeterai syarikat itu dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) tahun lalu ditamatkan. 

Dalam satu pengumuman kepada Bursa Saham London hari ini, IPIC berkata ia dan anak syarikatnya, Aabar Investment PJS tidak lagi bertanggungjawab kerana 1MDB dan MOF telah gagal untuk membayarnya lebih AS$1 bilion seperti yang dijanjikan. 

"IPIC telah melaksanakan semua obligasinya setakat ini mengikut perjanjiannya.
"1MDB dan MOF telah gagal untuk melaksanakan pembayaran tertentu dan kewajipan lain yang perlu dilaksanakan kepada kumpulan IPIC menurut perjanjian berkenaan, termasuk kewajipan untuk membayar kepada IPIC AS$1,102,725,000 ditambah dengan faedah. 

"Hasilnya, 1MDB dan MOF ingkar menurut terma perjanjian itu dan obligasi IPIC dan Aabar di bawah perjanjian itu telah ditamatkan," katanya. 

Pengumuman itu dibuat ketika laporan tersebar bahawa IPIC enggan membayar faedah AS$50 juta bagi pihak 1MDB yang matang esok bagi terbitan bon AS$3.5 bilion. Ini menyaksikan 1MDB menghadapi risiko gagal bayar. 

Menjelang berlakunya kegagalan bayaran itu, IPIC berkata, 1MDB dan MOF perlu bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan yang dibuat ke atas firma milik Abu Dhabi itu.

IPIC heret 1MDB, k'jaan ke Timbang Tara London tuntut AS$6.5b

  
Berbelas tahun sudah, penulis bersama keluarga(dimasa itu ayah dan bonda masih ada) kami berkelah di Pulau Bunting, Yan Kedah. Ayah memang handal dalam ilmu perlautan ini. Ikan, ketam, sotong dan siput pantai banyak sangat. 

Adek penulis Fauziah namanya, merebus ketam. Maklumlah ketam segar, masih hidup.... baru di jaring ayah tadi. Tiba-tiba terdengar dia menangis. Katanya kesian kat ketam tu masa di rebus masih bergerak dan "MERAGAS" tepi periuk untuk mencari jalan keluar. Kata ibuku...lain kali rebus air sampai mendidih baru taruhkan ketam kedalamnya. Ini seperti menyiksa ketam tersebut dengan air yang perlahan-lahan panas dan ketam juga perlahan-lahan mati kerana keperluan manusia.

Pada pendapat penulis, kini kita seperti ketam yang direbus dalam api yang perlahan dan dalam sedar tapi kita buat tak kesah. Disebabkan salah tadbir urus 1MDB, rakyatnya nampaknya sekali lagi tertekan dari segi ekonomi sebab kali ini, berita dari London, Pak Arab dah mengamuk!


International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS (Aabar) telah mengemukakan permintaan timbang tara (RFA) kepada Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London berhubung tuntutannya melibatkan lebih AS$6.5 bilion daripada 1MDB dan kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF).

"RFA prihatin terhadap kegagalan 1MDB dan MOF untuk menjalankan obligasi kontrak di bawah Lembaran Terma Terikat (BTS) seperti yang dinyatakan dalam pengumuman IPIC GMTN Limited pada 10 Jun 015 (RNS Nombor 7064P)," kata IPIC dalam kenyataan yang dihantar kepada Bursa Saham London, hari ini.

IPIC menyatakan bahawa kegagalan 1MDB dan MOF dalam menjalankan tanggungjawab mereka, melangsaikan tunggakan atau mengemukakan cadangan yang boleh diterima telah menyebabkan IPIC tiada pilihan alternatif selain meneruskan tuntutan berjumlah AS$6.5 bilion menerusi timbang tara.

"Tuntutan itu akan ditentukan oleh tribunal timbang tara yang akan terdiri daripada tiga orang penimbangtara menurut Lembaran Terma Terikat dan peraturan-peraturan LCIA ," kata IPIC dalam kenyataan itu.

IPIC takes 1MDB, MOF to international arbitration over US$6.5b claim

Published


 The International Petroleum Investment Company (IPIC) and its subsidiary Aabar Investments PJS (Aabar) have submitted a Request for Arbitration (RFA) to the London Court of International Arbitration over its US$6.5 billion claim against 1MDB and the Ministry of Finance Incorporated (MoF).

"The RFA concerns the failure by 1MDB and MoF to perform their contractual obligations under the binding term sheet (BTS) as described in IPIC GMTN Limited's announcement of June 10, 2015 (RNS Number 7064P)," read the disclosure sent by IPIC to the London Stock Exchange today.

The BTS referred to was the agreement signed between IPIC and 1MDB, whereby the Abu Dhabi-based firm will take over liabilities of the government investment arm for two of its bond issues in return for cash payments and asset transfers.

IPIC, however, has claimed that 1MDB and the MOF have failed to live up to their end of the bargain after the assets never materialised and monies meant for Aabar was somehow diverted to another company with nearly the same name but based in the British Virgin Islands instead of Dubai.

This has led to IPIC backing out of the white knight deal to assume 1MDB's debts, specifically to pay off several recently due interest payments which 1MDB had then defaulted on. As it is also guarantor of the bonds, IPIC paid the interests but is claiming the amount from both 1MDB and MoF.

1MDB, however, claims that allegations of missing funds notwithstanding, it has lived up to its end of the deal and transferred monies to firms it believed were IPIC-linked and expected the Abu-Dhabi firm to abide by its obligations under the BTS.

IPIC stated that the failure of 1MDB and MoF to perform their obligations, cure their defaults or put forward acceptable proposals has left IPIC in the position where it must pursue its claims in arbitration which it says amounts to US$6.5 billion.

"The claim will be determined by an arbitral tribunal that will comprise three arbitrators in accordance with the BTS and the LCIA Rules," said IPIC in the disclosure.
 In an immediate response, 1MDB said that it took note of the RFA to the London Court of International Arbitration.

"1MDB and its legal counsel will review the request for arbitration once it has been served with a copy," the sovereign fund said in a statement.
1MDB also reiterates its stand that notwithstanding the dispute with IPIC, it has a strong liquidity position and is able to honour its current debt obligations.

MoF Tak Campur Tangan Pertikaian 1MDB-IPIC

Selasa, 10 Mei 2016 @ 9:46 PM
Oleh Ahmad Fiesal Othman dan Mahanum Abdul Aziz bhbiz@bh.com.my

TIMBALAN Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berucap pada Forum Kewangan Islam Global (GIFF) 2016 di Kuala Lumpur, hari ini. -Foto Asyraf Hamzah

Macamana Timbalan Menteri Kewangan ni kata depa tak campoq tangan, sedangkan apa yang penulis faham yang kena saman tu Menteri kewangan dengan 1MDB? Haruuu.....pening penulis dengan kenyataan-kenyataan yang tak bertanggung jawab ni.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MoF) buat masa ini tidak akan campur tangan dalam pertikaian antara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) mengenai keingkaran terhadap bon bernilai AS$1.75 billion. 

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani, berkata pertikaian mengenai keingkaran terhadap bon 1MDB Energy (Langat) Ltd (Nota Langat) perlu diselesaikan oleh kedua-dua pihak terlebih dulu sebelum MOF campur tangan. 

Beliau berkata, disebabkan 1MDB dimiliki oleh MOF, pastinya pihak kerajaan dan MOF ingin mengambil tahu mengenai kenapa perkara itu berlaku dan jika terdapat apa-apa tindakan perlu diambil, ia akan diambil. "Ini adalah isu antara IPIC dan 1MDB, maka biarkan mereka menyelesaikannya terlebih dulu dan kita tidak mahu campur tangan pada peringkat ini kerana ini adalah pertikaian antara dua entiti korporat," katanya pada Forum Kewangan Islam Global (GIFF) 2016 di Kuala Lumpur, hari ini. 

1MDB semalam mengumumkan bahawa ia sudah memulakan proses rundingan dengan pemegang bonnya yang menggunakan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) susulan keingkaran terhadap Nota Langat bernilai AS$1.75 billion dengan kadar tetap 5.75 peratus yang matang pada 2022. Ia telah melantik Alvarez & Marsal Asia Ltd untuk memulakan proses pembabitan dengan pemegang bon berkenaan berikutan keingkaran Nota Langat itu, selain turut melantik DF King Ltd, untuk terus melaksanakan proses pendaftaran dan pengenalan pemegang bon. 

Johari berkata, pembabitan dengan pemegang bon terbabit perlu kerana situasi yang berlaku itu memerlukan penjelasan. Beliau berkata, dalam kes 1MDB, semua perkara terbabit perlu dilakukan kerana 1MDB perlu mewujudkan siapa pemegang bon berkenaan. "Mereka juga perlu tahu risiko yang membabitkan pemegang bon, dan mereka perlu menjelaskan mengapa terdapat pertikaian. "1MDB harus berkomunikasi dengan pemegang bon kerana jika tidak, mereka (pemegang bon) tidak faham dan mereka tidak semena-mena akan panik," katanya. - Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my


AMUKANMelayu - Anak kelahiran Pekan, Pahang yang dilahirkan pada 23 Julai 1953 amat TABAH, walaupun berdepan dengan pelbagai isu politik, Najib masih lagi tabah dan tenang mentadbir negara. Demi memelihara Kedaulatan Negara dengan ini di do'akan semoga Allah sentiasa memberi Kesihatan dan Kebijaksanaan kepada PM dalam menjaga Ugama, Bangsa dan Tanah Air tercinta ini....


Selasa, 10 Mei 2016 @ 9:46 PM MoF tak campur tangan pertikaian 1MDB-IPIC Oleh Ahmad Fiesal Othman dan Mahanum Abdul Aziz bhbiz@bh.com.my TIMBALAN Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berucap pada Forum Kewangan Islam Global (GIFF) 2016 di Kuala Lumpur, hari ini. -Foto Asyraf Hamzah KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MoF) buat masa ini tidak akan campur tangan dalam pertikaian antara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) mengenai keingkaran terhadap bon bernilai AS$1.75 billion. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani, berkata pertikaian mengenai keingkaran terhadap bon 1MDB Energy (Langat) Ltd (Nota Langat) perlu diselesaikan oleh kedua-dua pihak terlebih dulu sebelum MOF campur tangan. Beliau berkata, disebabkan 1MDB dimiliki oleh MOF, pastinya pihak kerajaan dan MOF ingin mengambil tahu mengenai kenapa perkara itu berlaku dan jika terdapat apa-apa tindakan perlu diambil, ia akan diambil. "Ini adalah isu antara IPIC dan 1MDB, maka biarkan mereka menyelesaikannya terlebih dulu dan kita tidak mahu campur tangan pada peringkat ini kerana ini adalah pertikaian antara dua entiti korporat," katanya pada Forum Kewangan Islam Global (GIFF) 2016 di Kuala Lumpur, hari ini. 1MDB semalam mengumumkan bahawa ia sudah memulakan proses rundingan dengan pemegang bonnya yang menggunakan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) susulan keingkaran terhadap Nota Langat bernilai AS$1.75 billion dengan kadar tetap 5.75 peratus yang matang pada 2022. Ia telah melantik Alvarez & Marsal Asia Ltd untuk memulakan proses pembabitan dengan pemegang bon berkenaan berikutan keingkaran Nota Langat itu, selain turut melantik DF King Ltd, untuk terus melaksanakan proses pendaftaran dan pengenalan pemegang bon. Johari berkata, pembabitan dengan pemegang bon terbabit perlu kerana situasi yang berlaku itu memerlukan penjelasan. Beliau berkata, dalam kes 1MDB, semua perkara terbabit perlu dilakukan kerana 1MDB perlu mewujudkan siapa pemegang bon berkenaan. "Mereka juga perlu tahu risiko yang membabitkan pemegang bon, dan mereka perlu menjelaskan mengapa terdapat pertikaian. "1MDB harus berkomunikasi dengan pemegang bon kerana jika tidak, mereka (pemegang bon) tidak faham dan mereka tidak semena-mena akan panik," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/152310

Tuesday 7 June 2016

TRAGEDI MEMALI IBU KEPADA ISLAM BERANTAKAN SESAMA SENDIRI


Kaedah membunuh anai-anai digunakan untuk "MENGHAPUSKAN ISLAM"

MEMBUNUH ANAI-ANAI DENGAN NON-REPELLENT CHEMICAL

Teknik yang terbaru membunuh anai-anai adalah dengan menggunakan Bahan Kimia yang tidak menghalau. Sebaliknya Bahan Kimia ini di sembur dikawasan anai-anai yang aktif dan apabila anai-anai yang terkena Bahan Kimia ini ia akan balek kesarang induk dan ia akan mati disana.  Bahan tosik yang terdapat dalam bahan kimia itu bertindak secara perlahan membunuh anai-anai. Anai-anai yang lain yang terkena bahan kimia itu atau bersentuhan dengan anai-anai yang telah di sepaluti bahan kimia itu juga akan mati.

Bahan kimia yang tidak menghalau bertindak membunuh anai-anai yang tersentuh secara perlahan-lahan. Di antara bahan kimia aktif jenis tidak menghalau yang terdapat di pasaran adalah seperti Fipronil atau Imidacloprid, juga di jual dengan berbagai jenama.

Cara mengumpan adalah satu lagi teknik membunuh anai-anai. Cara mudah ini  Anai-anai amat menyukainya.  Umpan yang di pasang akan bawa balik ke sarang, anai-anai akan makan dan berkongsi racun umpan ini kepada semua anai-anai dalam sarangnya. Setelah 21 hari, Anda akan melihat  tidak ada lagi anai-anai merayap di kawasan rumah anda. Anda sudah berjaya menghapuskan anai-anai dan sarang anai-anai.

Kaedah umpanan amat berkesan tanpa "PEMBUNUH" anai-anai ini bekerja keras. Hanya satu suntikan atau semburan atau taburan Bahan Kimia ianya mampu membunuh satu KLONI anai-anai tanpa "PEMBUNUH MENGOTORKAN TANGANNYA"  

Apa yang penulis sampaikan disini adalah bagaimana KUASA BESAR yang dominannya berugama Kristian atau Yahudi. Sejak era perang salib, mereka menggunakan Teknik Menyerang dan Menawan Negara Islam. Mereka membunuh dan mengubah sistem Pemerintahan Islam. Akibat dari itu banyak negara yang Islam yang Merdeka selepas Zaman Penjajah adalah "Pemerintah Islam" yang condong ke Barat atau berfahaman Liberal.

Ini menjadikan kebanyakan Pemerintah Negara Islam yang di kawal oleh Kuasa Barat. Mereka memerintah mengikut acuan barat. Sedangkan kebanyakan rakyat masih lagi dengan sistem Islam yang di tinggalkan. Begitu juga dengan sistem pengajian. 

Pengajian Kebangsaan di diangkat dan Pengajian Pondok terus juga hidup dengan kemampuan sendiri. Dikala anak-anak yang berpendidikan Kebangsaan berjaya dengan Kerjaya selepas zaman Universiti, anak-anak Pondok meyelusuri kampung dan desa malah mengabdikan diri di surau-surau dan masjid hingga ke ibu kota. Bila generasi ketiga di lahirkan, mereka amat jauh dari "Hidup Beragama". Jiwa mereka kosong, ibubapa hanya mementingkan masa hadapan. Sedangkan masa hadapan yang sebenar adalah di akhirat.

Mungkin apa yang penulis cuba jelaskan disini sukar untuk di fahami, tapi jika anda melihat dari perspektif yang lain, perkara ini jelas kita telah di rosakan cara berfikir dan kita menjadi bahan kepada sistem barat yang menghancurkan Islam dari dalam.

Anda megah dengan kereta yang berharga jutaan ringgit, sedangkan yang menikmati pemanduannya adalah Pemandu anda. Anda membina rumah jutaan ringgit, sedangkan amah yang tinggal lebih lama dari anda......sedangkan anda banyak menghabiskan masa di hotel-hotel luar negara. Anda berbangga dengan duit jutaan ringgit yg di simpan di dalam bank, sedangkan yang menikmatinya adalah tuan punya bank yang menggunakan duit anda untuk menambah kekayaan.

Anda telah membayar dengan harga yang mahal untuk keneraka, sedangkan jalan kesyurga tidak berbayar. Mungkin anda keliru dengan apa yang penulis katakan ini. Tapi cubalah memahaminya.

Setelah jatuhnya sistem Khalifah di Turki, semua sistem pemerintahan Islam juga turut berkubur. Dan ketika semuanya tersentak dari lena yang panjang, kuasa-kuasa besar telah "MENYUNTIK" semangat Islam yang kabur dengan menggunakan kaedah pembunuhan anai-anai. Tanpa kita sedari, berpuluh malah beratus Fahaman Baru yang berselindung di sebalik Hadis dan AlQuran mengatakan mereka tidak lagi berpegang kepada Ulamak Mazhab. Sebaliknya mereka berpegang kepada Hadis dan Al-Quran......tapi soalnya disini siapa Guru dan Ulamak rujukannya?

Inilah sebenarnya apa yang cuba diujudkan oleh barat telah berjaya meresap kedalam Urat Nadi orang Islam. Inilah yang dikatakan SERUPA TAPI TAK SAMA. Dalam suasana Orang Islam yang mahu kepada Islam TOTAL.....maka lahirlah mereka yang redikal yang kunonnya mereka Penganut Islam sejati. Mereka dengan menggendung senjata-senjata moden dan tidak rasa bersalah membunuh sesama saudara sendiri. Mereka menjadi terlalu kejam dan mereka sebenarnya adalah Askar Upahan yang di UJUDKAN tanpa mereka sedari. Inilah hasilnya sekarang ini. 

KITA BERBUNUH SESAMA SENDIRI.   

Makam suhadah Memali sentiasa di kunjungi

“Janganlah kamu mengira bahawa orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki.”

27 hb November, 1985 14 hb Rabi-ul-awal 1406.
Suara Islam Malaysia. “

SAJAK TERAKHIR USTAZ IBRAHIM LIBYA

PESANAN TERAKHIR

Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku,
Dan kau siram pusaraku dengan airmatamu
Maka Diatas tulang-tulangku
Yang hancur luluh,

Nyalakanlah obor buat ummat ini
dan……………….


Teruskanlah perjalanan ke Gerbang Jaya.
 

Saudara!!!!!!!
Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan Kekasih yang sedang merindu
Taman-taman syurga Tuhanku bangga menerimaku
Burung-burungNYA berkicak riang menyambutku
Bahagialah hidupku di Alam Abadi.

 
Saudara!!!!!!!!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya.
Janganlah gentar berkelana di alam abadi

Nun!!!!! disana fajar sedang memancar………………….


Perbatasan: Chin Peng Pernah Membunuh, Ibrahim Libya Pula Di Bunuh  

Adakah Beliau Juga Petualang Atau Apa? 
Almarhum Ustaz Ibrahim Libya telah dibunuh  berserta pengikut-pengikutnya di Kampung Memali oleh Pasukan Keselamatan. Semua orang tahu pembunuhan ini adalah kerana politik dan pengaruh. Jadi adakah Almarhum dan orang-orangnya yang dibunuh itu penderhaka atau petualang negara? 

Jadi adakah Pasukan Keselamatan yang membunuh Almarhum dan orang-orangnya itu adalah 'Hero'? Semua orang berhak membuat penilaian sendiri tetapi hakikatnya bagaimana?

ISLAM BERBUNUH SESAMA SENDIRI

Asap putih menyusur di celah dedaun pokok nan rimbun itu. Kepulan yang naik menjulang langit, menutupi sebahagian hadapan rumah papan. Kiri kanan tingkap terbuka lebar, memuntahkan haba panas yang mencengkam rasa. Pedih mata, tak terkata hingga nafas tercungap-cungap dada. Asakan gas bertubi-tubi terus dilemparkan dan dihalakan ke arah susuk-susuk tubuh yang sudah tidak keruan. Asalnya, mereka sekadar terpacak di balik pagar buluh, di ruang laman. 

Sebuah kereta perisai, gah berada sejengkal dari mereka sambil menghalakan muncungnya tepat kepada mangsa. Dimana Menteri Dalam Negeri semasa pembunuhan itu berlaku?. Adakah berbaloi Pasukan Keselamatan menyerang rumah kayu yang berpagar buluh dengan Kereta Perisai beserta dengan ribuan anggota yang bersiap siaga bagaikan hendak BERPERANG dengan satu ketumbukan Askar Asing atau Kubu Komunis.

Pagi itu pada 19 November 1985, disaksikan fajar yang baru terbit di alis awan dan embun yang masih membasahi dedaun kopi di sekeliling rumah, sementara parit yang mengalir air yang jernih dengan anak-anak ikan berkejaran di belakang rumah dengan sawah yang menghijau, kicauan burung tidak kedengaran di kala itu. Yang terdengar adalah bunyi hentakan kaki dari boots-boots yang di pakai oleh Pasukan Keselamatan, ketumbukan yang di anggarkan melebihi 3,000 yang sedang mengepung rumah usang Ustaz Ibrahim Libya.

Siapakah Perdana Menteri ketika itu, siapakah KPN ketika itu, siapakah Menteri KDN waktu itu dan siapa pula yang mengeluarkan ARAHAN dan mengetuai OPERASI ini? 

Ribuan Orang kampung yang berkumpul untuk melihat satu peristiwa yang akan berlaku. Satu ketumbukan Anggota Keselamatan mengepung sebuah rumah kayu yang berpagar buluh yang mereka tahu ianya adalah sebuah Pondok Pengajian. Mereka hanya mampu mengetap bibir sambil melihat dengan pandangan yang berkaca. 

Tidak lama kemudian, tragedi menghayat hati pun memulakan kisah lukanya. Saat itu, sebiji kelongsong peluru gas pemedih mata menghentak buju dahi gadis comel Naziah Hassan, 12 yang berada di situ. Memercik darah merah menyala dan dia akhirnya rebah serta-merta. 

Shafie, seorang guru yang melihat kelibat Naziah yang jatuh ke tanah, sudah tidak dapat menahan pilu, lalu membungkam rasa geram yang sudah membuak-buak akibat kecelakaan itu. Dia langsung melompat pagar lalu meluru ke arah pasukan yang sudah siap siaga. Dia berhenti lalu melaungkan takbir, sambil menghunus pedang. 

Belum sempat, nafas dihela, dua das tembakan tepat mengena tubuhnya, yang kemudiannya longlai menyembah bumi Memali. Tubuhnya, syahid pertama dipanggil Illahi. Kemudian, di ruang tingkat atas rumah yang masih bermain dengan asap dan bau busuk gas pemedih mata, Abdullah Che Soh sedang bertahan, cuba mengangkat tangan untuk meleraikan keadaan dan minta tidak diapa-apakan. Beliau mengepung dua anggota keselamatan supaya menghentikan tembakan. Tersalah atur, Abdullah yang dikenali sebagai Pak Tam dihujani peluru tak bermata. Bukan satu tetapi tujuh das tembakan memamah tubuh yang tidak berdosa itu. 

Dua tembakan di dada, dua di lengan dan dua di telapak tangan. Yang terakhir tertusuk di kiri pinggangnya, yang membuatkan Pak Teh mula berpinar-pinar dan tersungkur. Darahnya basah di seluruh badan. 

Menteri Propaganda ketika itu - Almarhum Ustaz Ibrahim Libya menggugat keselamatan negara dan mempunyai pengikut yang taksub........

Pak Tam tak mampu lagi membuka kelopak matanya yang sudah mula direnjis renyai hujan seperti mengerti kesedihan yang sedang berlaku, awan berkabung mendung, angin bertiup lembut dengan hujan yang menetis. Darah Pak Tam mengalir merah membasahi halaman rumah Ustaz Ibrahim Libya. Orang Kampung yang melihat peristiwa itu turut menangis hiba dan terdengar ungkapan

"sampai hati mereka datang menyerang dan membunuh orang kampung dengan senjata-senjata moden yang sepatutnya digunakan untuk mempertahankan Ibu Pertiwi"

Dalam padsa itu Abdul Rahim Waboh yang berada di belakang rumah terpaksa meniarap, lantaran tembakan bersimpang-siur mencari nyawa. 

Dia asalnya mahu ke kebun menoreh sejurus mendengar kuliah subuh Ustaz Ibrahim Libya, terpinga-pinga dia sambil menyelamatkan diri. Lain pula dengan Azmi Haji Salim dan Mat Ramli Che Mit, masing-masing menyedari mereka di kepung dan di serang. Dengan hati yang kental mereka berhadapan dengan pasukan keselamatan di batas sawah di belakang rumah. Azmi dengan hanya berbekalkan buah-buah guli sekarung yang tersisip di pinggangnya tidak teragak-agak melastik anggota yang melepaskan tembakan. 

Buluh runcing hanya perisai diri
Kena ataupun tidak, dia tidak peduli sehinggalah muncung senapang rapat ke mukanya, tanda perlu menyerah diri serta-merta. Manakala Mat Ramli yang pada mulanya cuba menghalang anggota keselamatan daripada mara ke hujung jalan rumah Ustaz Ibrahim, terpaksa meredah hutan berundur diri. Kemudian anak Azmi dikenali Mohd Zahir,13 yang menyusup dengan guni basah bergerak seiring dengan anggota keselamatan, akhirnya ditangkap sambil dihayun penumbuk ke mukanya sehingga berdarah. Kemudian ceritanya, dia dihumban ke dalam trak. Di celah semak dan timbunan kayu, seorang anak muda Muhammad Ahoiri memerhati dari jauh. Dia sudah tidak dapat menahan sebak, mengalir air mata semahunya. 

Di pandanganya terlihat ayah dan adiknya diseret ke penjuru jalan. Kemudian dia melihat beberapa sahabatnya seorang demi seorang sujud tak bernyawa lagi. Antara yang jelas ialah Razki dan Ghazali yang sebentar tadi baru sahaja mengunyah sarapan pagi dengannya di perdu pisang berhampiran rumah Ibrahim. Masing-masing menjamah nasi goreng, sambil menitip nasihat akidah dan tauhid kepada Ahoiri. 

"Niat dan buatlah bersungguh-sungguh kerana Allah, dan jika mati kita tidak sia-sia...insya-allah syahid hendaknya." Kata-kata mereka berdua, terakam kemas diingatan dan kini, mereka mendahuluinya menemui tuhan. Ahoiri, tidak mampu lagi mengesat air matanya yang sudah menumpah. 

Di anjung rumah, mula kedengaran esakan tangisan yang memilukan. Anak-anak kecil sedang meratapi dan memeluk tubuh ayah mereka nan kaku. Si-ibu sudah tak terkata apa-apa, lantas mengucup dahi insan yang dicintai, merelakan pergi dengan air mata basah di pipi. Babak sayu itu tidak terhenti di situ. Selagi batang tubuh Ustaz Ibrahim Libya tidak menyerahkan diri, selagi itulah muntahan senjata dan rempuhan demi rempuhan terus berlaku. Ibrahim yang ketika itu berada di sebalik tiang berhampiran dinding rumah, tidak berganjak dengan nawaitu pendiriannya yang kejap, tegas dengan pegangan Tauhid kepada Allah dan segala yang berlaku adalah ketentuan Allah belaka.

"Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik bergalang tanah," kata-kata hikmat yang dingati sebilangan besar anak muridnya. 

Ibrahim makin tidak dapat menerima alasan, beliau dianggap penjenayah, pengganas dan guru ajaran sesat. Selama ini, kerjanya dan amalnya semata-mata mentauhidkan Allah. Dan subuh tadi sebelum tragedi ini, selesai solat beliau menyampaikan kuliah akidah. 

Serangan seterusnya menyasarkan Ibrahim tanpa amaran. Dua peluru daripada anggota keselamatan pantas meluru memamah dada dan perut Ibrahim. Percikan darah mula menyimbah. Di tengah ruang itu, anak bongsu Ibrahim, Norsyuhada sudah lama rebah dek kerana pengsan terhidu gas pemedih mata. Kemudian tubuh Ibrahim diusung ke penjuru dapur rumah. Di pangkuan isterinya Solehah, beliau tidak henti-henti menyebut kalimah Allah dan akhirnya doanya diserap langit nan tinggi, gugur syahid mengadap Illahi. 

Beliau kembali menemui Allah yang menjadikannya bersama 13 sahabatnya yang lain, yang turut syahid menemui Ilahi. Dan hari itu, tanggal 19 November 1985, maka sejarah hitam penuh nanah terpahat dalam lipatan sejarah Negara penuh kelam. Awan dingin memayungi kampung Memali dengan rembesan air yang senada tangisan makhluk di bawahnya. Kemudian kisah seharian itu melabuhkan tirainya pada petang itu. Keluarga Almarhum Ustaz Ibrahim Libya yang ditinggalkan Gelimpangan jenazah kemudiannya diangkat. Ramai digari dan disusun rapi berarak ke atas trak. Kemudian disumbat ke penjara di serata tempat. 

Yang cedera dan darah masih merah pekat, diikat dan dibawa ke hospital untuk dirawat. Kampung itu masih dikepung dan di bawah perintah darurat. Dua hari kemudian, Almarhum Ustaz Fadzil Noor Presiden PAS ketika itu bersama pendokong perjuangan Islam yang lain sudah bersiap sedia menguruskan jenazah yang berada di rumah mayat sejak peristiwa pedih itu. Tatkala mengangkat satu persatu jenazah itu,daripada bilik simpanan beku, terasa hangatnya lagi darah yang mengalir. Dengan van buruk, mereka membawa jenazah syuhada itu ke Masjid Parit Panjang, yang jauhnya 15 kilometer daripada tempat kejadian yang sudah disekat masuk dan dihalang untuk sebarang pengebumian dilakukan. 

Dan 13 syuhada itu kemudiannya dilayan selayaknya seorang syuhada, disimpan dan dikebumikan dalam keadaan darah masih merah mengalir di tubuh, menjadi saksi kepada Pencipta Langit dan Bumi. Salah seorang syuhada pula dikebumikan di kaki gunung di Alor Melintang. Tanah kubur Pasir Panjang kemudian memeluk erat pejuang Memali itu yang antaranya terdiri daripada seorang guru, ustaz, enam penoreh getah, pegawai agensi kerajaan, pemandu teksi, penjual buah, pekebun dan bekerja sendiri. 

Lalu, hari-hari kemudiannya menjadi sepi dan menyiat hati sanubari Maka lengkaplah misi, kukuhlah kuasa bertunjangkan demokrasi dan lancarlah sistem yang di tinggalkan penjajah untuk diwarisi. Maka tiada lagi warisan Nabi setelah di telan sistem demokrasi.

Biar apapun alasan, yang penting operasi mereka yang berkuasa selesai. Sebenarnya kisah tragis mengorbankan banyak nyawa tak berdosa, lantaran arahan dalam Operasi Hapus yang berkhiblatkan sistem pemerintahan Barat. Kata pihak atasan, menggempur Kubu Pengganas Komunis. Tapi sebaliknya, yang di kepung adalah rumah orang kampung juga sebuah madrasah tempat pengajian dimana kita pernah bersama-sama berada di tempat yang hampir sama di seluruh negara. Dari sinilah kita mengenal Allah dan Rasulnya. 

Apabila tidak sehaluan, cerita dilakarkan mengikut skrip. Kata mereka menangkap penjenayah berbahaya, pengganas dan guru ajaran sesat bernama Ibrahim Libya. Hasil daripada kecelaruan, kebuasan dan tamak haloba pemerintah ketika itu akhirnya yang dibunuh adalah saudara seugama dan sebangsa, ustaz Ibrahim terbunuh bersama 13 lagi pejuang Memali. 

Manakala empat anggota keselamatan juga turut terkorban. Beberapa orang terkena tusukan guli dan libasan pedang. Empat pejuang cedera parah. Lebih 100 disumbat kedalam penjara. 36 lagi disimpan di Kem Tahanan Kamunting, Taiping. Tidak cukup dengan itu, seoarang saksi kejadian Idris Husin sudah tidak boleh menjalani kehidupannya seperti biasa. Dia hilang ingatan dan trauma tragedi masih terbayang. Idris tidak boleh mendengar riuh rendah orang ramai, bunyi siren kereta peronda dan apa jua letupan mahupun bunyian bising. 

Dia akan menggigil. Dia semakin menyendiri dan beberapa tahun lalu, Idris pula menemui Illahi dalam keadaan menderita sepi. Lebih pilu dan sayu sepanjang hayat, peristiwa sedih itu meninggalkan puluhan anak-anak yatim beserta balu-balu yang tidak sempat meraih kasih mesra insan tersayang dan tercinta. Setiap hari bersulam duka dan mendodoi anak-anak kecil, dengan zikir dan doa bertemu ayah di syurga. 

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim telah sudi mencemar duli, menyumbang 13 batu nisan secara peribadi dan menyirami kubur yang penghuninya adalah rakyat jelatanya sendiri. Di kaca TV, satu rakaman ditayangkan di seluruh negara tentang kejadian itu. 

Seorang bekas Menteri sedang menceritakan sesuatu yang tidak difahami oleh seoarang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ketika itu. Dia sedang menonton bersama ayah, ibu dan adiknya yang sedang merengek manja. Babak anggota keselamatan menembak seorang lelaki yang berdiri tegak sambil menjulang senjata parang, terus mengejutkan budak itu lantas bersuara. "Ayah, kenapa pakcik tu kena tembak?" Lantas ayahnya bingkas bangun masuk ke bilik tanpa sebarang kata. 

Dia melihat ibunya pula, yang juga tidak bernada kecuali air mata yang berjurai banyaknya. Saya ketika itu tertanya-tanya dan 25 tahun kemudian saya sudah berada di bumi Memali, mencari satu jawapan yang pasti. Bersama rakan, Muhammad Zaki, kami berdua menjejaki pejuang Memali di suatu pagi yang bening. Sebenarnya, setelah diperkenalkan orang kampung, kami menemui ramai pejuang Memali namun enggan ditemubual. 

Ada yang cukup malu dan ada yang tidak mahu membuka luka lama. Sukar asalnya hajat kami berdua untuk menyingkap kisah sejarah perjuangan orang terdahulu. Bermula pagi, sehinggalah tengahari, barulah kami berdua berjaya memujuk seorang pejuang Memali. Beliau ialah Abdullah Che Soh, yang terkena 7 das tembakan peluru hidup namun dizin Allah masih bernyawa. Kini, Abdullah yang dikenali Pak Tam, 60 tunduk merenung lantai, sambil mengamati semula satu persatu kisah sayu itu. 

"Allah telah mentakdirkan saya hidup untuk menceritakan semula kisah sedih ini Setelah cedera , saya di bawa ke hospital untuk dibedah". 

Tangan saya masih bergari walaupun parah. Setelah dibedah, saya disumbat ke dalam penjara selama lima bulan. Kemudian, sambil tersenyum memandang saya, sambil berkata tenang:

"Saya tidak menyesal apa yang berlaku malah bersyukur terpilih untuk terlibat dalam perjuangan ini,"katanya sambil menunjukkan parut-parut di badan kesan tujuh tembakan peluru. 

Itu kisah Pak Tam. Dan banyak lagi cerita yang tak terungkap. Kajang kertas ini tidak cukup menampungnya. Dari kisah semangat api yang tinggi, sehinggalah cerita pedih di hati. 

Ada yang boleh dicebis tetapi banyak yang terpaksa disisip rapat, agar fitnah yang sedang tidur tidak terus bangkit. Namun bagi yang ingin menyusuri, datanglah ke bumi ini, Pastinya tidak menghampakan. Kami kemudian bersua dengan Timbalan Mudir Madrasah Islahiah Diniah Ustaz Yusof Che Mit, antara yang begitu dikehendaki bersama Ustaz Ibrahim dan dia sebenarnya pada hari kejadian, berada di Kelantan. Beliau agak hairan mengapa Ibrahim ingin ditahan. Katanya dia seoarang yang cukup dekat di hati masyarakat setempat. 

Sentiasa mengajar masyarakat agar tauhid dan bertakwa kepada Allah melalui kuliahnya. Boleh bermain guli dengan sicomel kanak-kanak kampung atau sepak takraw bersama para pemuda di Memali. Pengaruhnya yang besar telah melonjak namanya dan juga PAS yang perjuangannya berlandaskan Islam. Akibat itu, cemburu membungkam mata, menutup kebenaran kata dan gerak gaya lantas fitnah bermaharajalela menuduh As-syahid Ibrahim Libya pengganas, penjenayah dan guru ajaran sesat yang perlu ditangkap. 

Bermula dari pendidikan Islam asuhan ayahandanya Tuan Haji Mahmood seorang guru agama yang disegani dan kemudiannya ke Madrasah Khairiah Pokok Sena. Assyahid meneruskan pengajian di Pusat Pengajian Tinggi di Nilam Puri untuk beberapa tahun sebelum belayar ke Lucknow dan Durban, India mendalami hadis. Beliau sempat berguru dengan tokoh ulama Islam tersohor  iaitu Maulana Sayyid Abul Hassan Ali Nadwi. 

Assyahid berada selama lebih kurang empat tahun di India sebelum melanjutkan pengajian ke Azhar, Mesir kemudian menamatkan pengajiannya di Libya. As-syahid kembali ke tanahair awal tahun 1970an, beliau berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri sebagai Timbalan Pengarah di Institut Dakwah Islamiah Malaysia. Sebagaimana telah dijangka bahawa assyahid tidak sanggup berada lama di bawah ikatan pemerintah yang tidak berpaksi kepada tuntutan agama, lalu meninggalkan segala kedudukannya untuk balik ke kampung halaman mencurahkan bakti sebagai pendakwah, pendidik dan bergerak aktif dalam politik Islam. Dan selepas itu, sejarah hitam membaluti Kampung Memali. 

Dan terkenang dan meninggalkan kesan sehingga kini. Ibrahim syahid ketika mempertahan agama Allah. Setelah menemubual beberapa orang pejuang, saya dan Zaki melepaskan lelah di sebuah warung di hujung kampung. Rupanya pemilik warung minuman yang bersih itu, seorang wartawan sambilan Harakah era Memali dikenali sebagai Tarmizi. Beliau sempat bercerita tentang serban milik Azmi yang pernah membalut tubuh Ustaz Ibrahim yang berlumuran darah akibat tembakan peluru. Katanya lima bulan selepas kejadian, serban yang itu mencebiskan bau yang cukup harum selama dua minggu sehingga ramai yang datang melawat melihat kejadian aneh itu. 

"Pergilah balik ke rumah Azmi untuk lihat tinggalan sejarah....serban tu," katanya kepada kami berdua yang kemudiannya tanpa lengah menuju semula ke rumah pemilik serban itu. Dan kira-kira jam 1.00 pagi, barulah Azmi mengeluarkan serban yang sudah 25 tahun disimpan kemas tanpa dibasuh darahnya yang kini masih jelas kelihatan. Setelah menemuduga tujuh saksi sehingga jam 3.00 pagi, kami kemudian melabuhkan badan dan melelapkan mata di bilik Madrasah tersebut, sambil diselimut sejuk malam. 

Keesokan paginya kami bertemu dengan Abdul Rahim yang membawa kami melihat kesan-kesan lubang peluru yang menghujani sebuah pondok kecil yang terletak dalam laman rumah arwah Ibrahim Libya. Ketika itu balu almarhum Hajjah Solehah tiada hanya tinggal anak lelaki as-syahid yang membawa kami meninjau ke dalam rumah yang sudah diubah suai. 

Hanya bahagian atas rumah, masih kekal seperti sedia kala, dan bayangan huru-hara tembakan tak bermata dan laungan kalimah Allah, menerpa ke fikiran tatkala saya memandangnya. Pagi nan hening itu, kami menyedut sedalam-dalamnya udara bersih laman, tempat berlakunya bertempuran dan merenung sejenak, peristiwa tumpah darah yang tak berjiwa itu. Sebak, tragedi 25 tahun ini masih membekas. Sumber - pas-kubangpasu


Yemen wars
yemen wars
PENDUDUK Yaman mencari mangsa yang terselamat di bawah runtuhan rumah yang musnah selepas serangan udara oleh Arab Saudi di Sanaa pada 26 Mac lalu. – EPA /YAHYA ARHAB

ADEN 28 Mei - Tentera Arab Saudi melancarkan serangan udara terhadap Yemen walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) masih dalam perbincangan untuk menamatkan konflik di negara tersebut.

Memetik laporan Press TV, jet pejuang Arab Saudi hari ini menjalankan bedilan di daerah Masloob, utara wilayah Jawf, namun belum ada sebarang laporan rasmi berkenaan mangsa yang terkorban.

Sementara itu, serangan turut dilancarkan di wilayah Amran semalam, dilaporkan sebanyak 50 siri bedilan dilancarkan di kawasan kejiranan utara wilayah berkenaan. - AGENSI

Pertempuran IS, pemberontak Syria
BEIRUT 29 Mei - Pertempuran antara kumpulan militan Negara Islam (IS) dan kumpulan pemberontak Syria berhampiran sempadan Turki telah membunuh berpuluh orang dalam tempoh dua hari.
Badan Pemantau Hak Asasi Syria berkata, pejuang kumpulan militan memasuki bandar Marea yang dikuasai oleh kumpulan pemberontak awal hari ini, menggunakan sekurang-kurangnya dua kereta berisi bom dalam serangan berkenaan dan pertempuran tercetus selepas itu. - REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pertempuran-is-pemberontak-syria-1.335919#sthash.y8mnuDUM.dpuf
 militan generic

BEIRUT 29 Mei - Pertempuran antara kumpulan militan Negara Islam (IS) dan kumpulan pemberontak Syria berhampiran sempadan Turki telah membunuh berpuluh orang dalam tempoh dua hari.

Badan Pemantau Hak Asasi Syria berkata, pejuang kumpulan militan memasuki bandar Marea yang dikuasai oleh kumpulan pemberontak awal hari ini, menggunakan sekurang-kurangnya dua kereta berisi bom dalam serangan berkenaan dan pertempuran tercetus selepas itu. - REUTERS

140 maut, beribu melarikan diri pertempuran utara Aleppo

 11  5 Google +1
Pelarian Pelarian Syria membawa barangan peribadi mereka ke sempadan Hadalat sebelum memasuki Jordan bagi mendapatkan perlindungan dan bantuan perubatan. - AFP
BEIRUT 30 Mei - Pertempuran sengit antara kumpulan militan Daesh dan saingannya untuk menguasai dua bandar di utara Aleppo telah membunuh hampir 140 orang dan memaksa beribu-ribu orang awam melarikan diri meninggalkan kediaman mereka.
Badan Pemantau Hak Asasi Syria berkata, sekurang-kurangnya 29 orang awam terbunuh semalam sejak kumpulan militan Daesh melancarkan serangan terhadap bandar Marea dan Azaz di Aleppo pada awal Jumaat lalu. - AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/140-maut-beribu-melarikan-diri-pertempuran-utara-aleppo-1.336511#sthash.H9ZPF06A.dpuf
Pelarian
Pelarian Syria membawa barangan peribadi mereka ke sempadan Hadalat sebelum memasuki Jordan bagi mendapatkan perlindungan dan bantuan perubatan. - AFP

BEIRUT 30 Mei - Pertempuran sengit antara kumpulan militan Daesh dan saingannya untuk menguasai dua bandar di utara Aleppo telah membunuh hampir 140 orang dan memaksa beribu-ribu orang awam melarikan diri meninggalkan kediaman mereka.

Badan Pemantau Hak Asasi Syria berkata, sekurang-kurangnya 29 orang awam terbunuh semalam sejak kumpulan militan Daesh melancarkan serangan terhadap bandar Marea dan Azaz di Aleppo pada awal Jumaat lalu.
- AGENSI

Fallujah: Lebih 1,000 tentera cedera sejak operasi dilancarkan - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/fallujah-lebih-1-000-tentera-cedera-sejak-operasi-dilancarkan-1.338478#sthash.mA1x7IWv.dpuf
Fallujah: Lebih 1,000 tentera cedera sejak operasi dilancarkan

 Artileri Iraq

BAGHDAD 4 Jun - Lebih 1,000 anggota tentera Iraq dilaporkan tercedera semenjak operasi menawan semula bandar Fallujah daripada kumpulan militan Negara Islam (IS), menurut seorang pegawai kesihatan semalam.

“Kami menerima 1,119 orang yang tercedera sejak operasi itu dimulakan,” kata pegawai kesihatan itu yang enggan didedahkan identitinya.

“Askar yang tercedera dirawat di hospital di Kadhimiya, Abu Ghraib, Al Karama, Al Karkh dan Yarmuk,” katanya. - AFP

Pertempuran ISIS dan Fajar Libya Meningkat




Sabtu, 21 Februari 2015 − 17:47 WIB Serangan tiga bom ISIS di Libya ...
Serangan tiga bom ISIS di Libya ...

KIBLAT.NET, Sirte – Puluhan keluarga meninggalkan kota Sirte, Libya, Senin (16/03) setelah meningkatnya pertempuran antara ISIS Libya dan Fajar Libya yang merupakan koalisi kelompok gerilyawan di Libya, lapor sejumlah saksi mata.

Warga terlihat mengemasi barang mereka dan memindahkannya ke dalam mobil. Mereka kemudian bergerak ke arah barat. Rombongan pengungsi itu menelusuri sepanjang pantai Misrata.

Petugas medis yang berada di kota tersebut juga dievakuasi. Ada sekitar 20 mobil mengangkut staf dari rumah sakit yang ada di dalam kota.
Sementara itu, pasukan tambahan Fajar Libya dari Misrata  tiba di pinggiran Sirte, tempat kelahiran Muammar Kaddafi, pada Senin. Mereka mendukung rekannya untuk menghadapi pejuang ISIS.

Wilayah timur Sirte yang berdekatan dengan kota Benghazi (kota yang dikontrol Ansharus Syariah Libya) menjadi medan perang sejak Desember lalu. Fajar Libya mencoba merebut pelabuhan minyak terbesar Libya, Es Sider dan Ras Lanuf, yang dikuasai pasukan loyalis pemerintahan Perdana Menteri Abdullah al-Thinni di timur, yang diakui internasional.

Di tengah pertempuran itu, sejumlah kelompok gerilyawan Libya yang berhalauan jihadis mengumumkan berbaiat kepada Daulah Islamiyah atau ISIS. Mereka mengontrol pusat kota Sirte dan sekitarnya. Pejuang ISIS mengambil alih gedung-gedung pemerintah, rumah sakit dan universitas di Sirte.
Pertempuran antara Fajar Libya dan ISIS terjadi pekan lalu. Fajar Libya mencoba menyingkirkan ISIS dari Libya.

Fajar Libya merupakan gabungan kelompok gerilyawan di Libya. Kelompok ini juga berperang melawan milisi bersenjata loyalis mantan jenderal Libya, Khalifah Haftar. Terkait dengan sikap mereka pada Ansharu Syariah, Fajar Libya tidak mau menyebut gerakan yang diduga terkait Al-Qaidah itu sebagai gerakan teroris. Sumber: Worldbulletin Penulis: Qathrunnada.

Serbu Bandara, Taliban Bertempur dengan Tentara Afghanistan

, CNN Indonesia
Serbu Bandara, Taliban Bertempur dengan Tentara Afghanistan
Ilustrasi militan Taliban (hurricanehank/Thinkstock)
Jakarta, CNN Indonesia -- Gerilyawan Taliban menyerang bandara di kota Kandahar, Afghanistan selatan pada Selasa (8/12) dan terlibat dalam pertempuran dengan pasukan keamanan setempat.



"Beberapa pemberontak berada di dalam sebuah sekolah dan menembak ke arah bandara, " kata Sameem Khpalwak, juru bicara gubernur setempat, dikutip dari Reuters.

Khpalwak mengatakan hingga kini tidak ada laporan soal korban jiwa. Hingga berita ini ditulis, baku tembak antara gerilyawan Taliban dan pasukan pemerintah Afghanistan masih terjadi.

Qari Yousuf Ahmadi, juru bicara Taliban, menyatakan sejumlah penyerang yang dilengkapi rompi bunuh diri berhasil memasuki lapangan di bandara dan tengah bertempur dengan pasukan keamanan.

Serangan militan Taliban ini menyusul insiden yang diluncurkan oleh dua pengebom bunuh diri yang menyerang kantor polisi di Kandahar. Kota Kandahar merupakan kota terbesar kedua di Afghanistan setelah ibu kota Kabul. Kota ini juga merupakan salah satu markas tradisional Taliban.
(ama)

... ISIS mengeksekuis sandera mereka dengan cara diledakkan. | (Dailymail
Taliban Tak Suka Cara Kejam ISIS Eksekusi Musuh

Di Afghanistan utara para pejabat Afghanistan dan sumber-sumber dari pemberontak mengatakan pertempuran sengit berkobar dekat kota Kunduz,
Pernyataan Kementerian Dalam Negeri yang dikeluarkan hari Minggu mengatakan pasukan Afghanistan menewaskan paling sedikit 44 pemberontak Taliban dan melukai banyak lagi dalam pertempuran tadi malam di sekitar ibukota provinsi itu.

Pertempuran pecah hari Jumat setelah Taliban melancarkan serangan besar terhadap pos keamanan terpencil di  pinggir Kunduz dalam usahanya merebut kota itu. [gp]


AMUKANMelayu - Tiada kata secantik bahasa dan tiada gambar seindah lukisan dan tiada Agama seindah Islam.....tapi mengapa ini terjadi? Jangan menglakan telunjuk kepada MEREKA tapi berfikirlah sejenak keran ianya lebih baik dari solat sunat 1000 rokaat.


Arab Saudi lancar serangan terhadap Yemen


 29  2 Google +0
yemen wars PENDUDUK Yaman mencari mangsa yang terselamat di bawah runtuhan rumah yang musnah selepas serangan udara oleh Arab Saudi di Sanaa pada 26 Mac lalu. – EPA /YAHYA ARHAB
ADEN 28 Mei - Tentera Arab Saudi melancarkan serangan udara terhadap Yemen walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) masih dalam perbincangan untuk menamatkan konflik di negara tersebut.
Memetik laporan Press TV, jet pejuang Arab Saudi hari ini menjalankan bedilan di daerah Masloob, utara wilayah Jawf, namun belum ada sebarang laporan rasmi berkenaan mangsa yang terkorban.
Sementara itu, serangan turut dilancarkan di wilayah Amran semalam, dilaporkan sebanyak 50 siri bedilan dilancarkan di kawasan kejiranan utara wilayah berkenaan. - AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/arab-saudi-lancar-serangan-terhadap-yemen-1.335809#sthash.XkYiUbwj.dpuf