,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday 29 May 2014

APABILA PAK HABIB BERBICARA - JANGAN JADI BODOH


Oleh : SH Alattas

Walaupun anda mungkin tidak akan bersetuju dengan semua yang saya kedepankan, saya fikir sesekali elok juga kalau kita membuka minda dan cuba menyelidiki sedikit tentang rahsia-rahsia "Hakikat Insan" di mana di dalamnya tersembunyi "ilmu kerohanian" untuk mengenal diri dan Tuhan. Ilmu ini penting kerana dengannya, baru kita boleh faham tujuan kita dijadikan, dari mana kita datang dan kemana kita akan pergi, kenapa kita perlu melalui roda - roda kehidupan dan ke mana kita akan kembali. Its not about you right, my right its about what is right. Mari kita utamakan kebenaran bukan saya yang benar atau anda yang benar. Kerana hanya Allah yang maha benar.

Pernahkah anda terfikir kenapa Adam yang dibuat dari tanah dipilih menjadi khalifah? Kenapa tidak pilih sahaja malaikat yang dibuat daripada cahaya atau jin dari api sedangkan mereka telah dijadikan berjuta-juta tahun sebelum adanya manusia? Selepas itu kenapa pula mereka diarah bersujud kepada Adam sedangkan kita tahu, cuma Allah sahaja yang layak disembah?

Cuba kita fikir. Azazil, penghulu malaikat ketika itu yang dikatakan bumi mana dan langit mana yang tidak ada kesan sujudnya pun tidak mendapat penghormatan sebegitu tinggi.

Kalau dahi dia boleh lebam macam sesetengah orang yang menganggap kesan hitam di dahi sebagai tanda orang bertakwa lantaran selalu bersujud kepada Allah, entah macam mana hitamlah agaknya dahi Azazil. Entah-entah lekuk terus. Kurang-kurang jendul luas.

Begitu juga malaikat Jibril yang menjadi perantara wahyu kepada para Rasul atau lain-lain malaikat tinggi seperti Mikail dan sebagainya. Mereka telah berjuta-juta tahun beribadat memuji Allah tanpa berhenti untuk makan dan minum. Tidak pernah derhaka langsung, sentiasa menurut perintah Allah. Begitu punya banyak mahkluk Allah yang mulia telah wujud ketika itu tetapi Adam yang baru sahaja dicipta pula yang diangkat dan disuruh mahkluk lain sujud. Kenapa Tuhan pun boleh pilih kasih? Tentu ada rahsia di sebalik kejadian ini bukan? Tapi bolehkah rahsia ini senang-senang dihuraikan, dicerita sedangkan masyarakat umum lebih sibuk membicarakan Islam siapa yang lebih betul, siapa lebih banyak mengikut sunnah Nabi, siapa punya jubah lagi cun, janggut siapa lebih mengancam. Silap cakap nanti orang kata kafir, tak pun kena cekup dengan JAKIM.

Bagi mereka yang menyimpan rahsia itu berilah peluang supaya ianya dapat dikongsi bersama mereka yang mahu mencarinya. Saya percaya ramai juga orang yang dahagakan jawapan. Sembunyi lama-lama pun buat apa? Dunia pun sudah hampir hendak kiamat. Kalau dunia tidak kiamat, kalau dunia tidak berakhir, hidup kita tetap akan berakhir. Kita semua pasti akan mati. Dalam kehidupan, itu sahaja yang pasti.

Profesor Syed Mohd Naquib Alattas
Hari ini semua orang patut mencari sesuatu dulu pun yang ghaib, tapi bukannya hantu. Pak Lah mencari Imam Shafie dan Ghazali, kerusi Al Ghazali sudah diduduki oleh Profesor Syed Mohd Naquib Alattas. Bukan mudah mahu mencari ilmu keghaiban yang tersembunyi selama ini. Orang Melayu dahulu dengan orang Melayu sekarang, cuba baca buku Prof. Naquib Prolegomena to the Metaphysics of Islam : An Exposition of the Fundamental Elements of the World View of Islam 



Orang Melayu hari ini tidak sama dengan orang Melayu pada tahun 1950-an. Bahkan tidak sama dengan orang Melayu di zaman dua puluhan dan tiga puluhan. Melayu hari ini sudah menjadi "materialistik". Islamnya sekadar ritual tanpa spiritual. Tokoh seperti Tok Ku Paloh, Tok Ku Tuan Besar, Tok Ku Tuan Hitam di Terengganu apa lagi mahu mencari tokoh sufi seperti Hamzah Fansuri atau Nuruddin Raniri mereka asyik dengan kebendaan. Percayalah, dunia yang dikejar tidak akan membawa bahagia sama ada di dunia mahupun akhirat. Kita kejar akhirat dunia akan ikut kita.

Kita sudah 57 tahun merdeka. Benarkah sudah agak lama keluar dari kepompong pemikiran penjajah yang membentuk kita berjiwa sekular memisahkan politik dan agama? Kalau nak tahu minda kita sudah bebas merdeka atau masih terjajah, cuba tanya adakah Malaysia sebuah negara yang timbul semulajadinya 57 tahun dahulu, atau adakah ia terusan Tamadun Melayu-Islam yang umurnya ratusan tahun? Ramai di antara orang Melayu yang pemikiran dan jiwa mereka belum merdeka, biarpun cara mereka berfikir sudah berubah lebih-lebih lagi dengan kedatangan era langit terbuka dan dunia tanpa sempadan, tapi masih belum mendalami mengenai ilmu metafisik.

Dahulu cuma ada Radio Malaya. Lepas itu TV hitam putih, TV warna, telefon bimbit dan hari ini sudah ada Internet. Orang Melayu sudah didedahkan dengan semua ini dan kita kini berada di era langit terbuka. Apakah kita mahu terus hidup seperti katak di bawah tempurung? Bagaimana baru kita dapat memulihkan kerangka pemikiran kita supaya segaknya ditinjak menerusi World View Of Islam?

Pemimpin-pemimpin hari ini harus ingat, dahulu orang Melayu cuma baca muqadam dan Quran tanpa mengetahui maknanya. Hari ini ada puluhan madrasah sekolah tahfiz. Namun apakah tahu ilmu Hakikat, Tarikat dan Makrifat? Cukupkah Islam kalau setakat nak menunaikan 5 rukun saja? Boleh baca surah ketika sembahyang, tidaklah malu orang nak buat menantu. Ada juga yang mengkaji dan mengkaji lebih sedikit tapi tidak banyak. Itupun cuma orang tua sahaja yang sanggup membaca kitab selain daripada kitab-kitab asas ilmu tauhid, ibadat, tajwid dan lain-lain.

Tapi hari ini ramai anak-anak muda yang memahami buku-buku Ihya Ulumiddin karya Al-Ghazali, Mukadimah Ibnu Khaldun, di samping mengenal pemikiran Tasauf Hamzah Fansuri dan Nuruddin Raniri melalui usaha ilmiah Prof Naquib Alattas, Jalaludin Rumi, Dr. Ali Shariati, Ayatollah Murtada Muttaharani. Mereka terdedah dengan begitu banyak ilmu yang selama ini membuatkan mereka buta ilmu biarpun ijazah berjela-jela. Apa lagi mereka yang berkesempatan berinteraksi dengan berbagai golongan dari berbagai jenis agama atau mazhab dan tidak fanatik dan buyers dan ego berlebihan. Tentu sahaja pemikiran mereka lebih kritis, tidak senang menerima bulat-bulat apa yang disuapkan seperti anak-anak muda zaman dahulu. Bagi mereka yang boleh mengaji, berbagai jenis kitab agama termasuk yang berkaitan dengan kesufian boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai buku dan dibaca oleh semua peringkat orang Melayu. Pergi saja ke KLCC, atau di kedai-kedai buku MPH, semua jenis buku merangkumi semua subjek boleh didapati atau cari di internet semua yang diharamkan jadi halal.

Cuba kita Tanya dengan anak muda yang baru balik dari Amerika dan Eropah, apakah agama itu syariat saja? Apakah Islam itu cukup dengan mengerjakan rukun yang lima saja? Bolehkah syariat berdiri tanpa hakikat?

Syariat, hakikat, tarikat dan makrifat, roh dan jasad, manusia dan Tuhan memang tidak dapat dipisahkan. Ia ibarat ombak dan pantai, aur dan tebing, irama dan lagu, bunga dan kelopaknya. Kita perlu melihat dan menghayati agama dari kesemua aspek ini. Kita mesti lihat dengan pandangan dari dalam ke luar dan dari luar ke dalam. Dengan cara ini barulah kita boleh menjadikan diri kita seorang ulama.

Manusia kena pandang pada yang satu ingat kepada yang ramai dan pandang yang ramai ingat kepada yang satu. Kalau kita cuma tengok dari satu sudut pandangan sahaja, maka jadilah kita macam ulat dalam kepompong yang cuma lihat dunia dalam batasan kepompongnya sahaja atau katak yang berada di dalam telaga yang hanya nampak dunia ini mengikut pandangan matanya saja, sehingga datang hujan lebat membawa air memenuhi perigi dan dia dapat keluar. Soalnya, sampai bila kita nak hidup dalam kepompong atau jadi katak dalam perigi buta. Cuba fikir, apakah semua benda yang berlaku di dunia ini berlaku secara kebetulan?

Tentu ada sebab kenapa Dr. Mahathir buat Menara Berkembar Petronas (Petronas Twin Tower). Ada dua menara. Dua kalau dipasangkan lagi jadi nombor 22. Mahathir mula kata dia akan bersara pada 31 Oktober 2003 setelah memerintah selama 22 tahun dan penduduk Malaysia bertambah menjadi 22 juta orang. Pengumuman persaraannya pula dibuat pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO tahun 2002 setelah begitu lama mempromosi Wawasan 2020. Adakah ini semua kebetulan?

Kenapa dia suka sangat dengan nombor 22? Mungkinkah ini semua berlaku melalui ilham, yang terjadi di bawah jadual Allah? Mungkin juga Mahathir ada belajar hakikat insan. Bukankah segala-galanya di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan? Ada langit ada bumi ada lelaki dan ada perempuan! Adam yang hidup dalam syurga yang penuh dengan segala macam nikmat itu pun perlukan Hawa, sebagai pasangannya. Hidup pula pasangannya mati.
Kalau ada luar mesti ada dalam, ada dahulu ada sekarang, ada zahir dan ada batin. Kayu pun kalau kita bakar dia keluar asap. Ada asap yang keluar harum-haruman, ada asap yang keluar busuk. Takkan dalam tubuh manusia tidak ada apa-apa? Masakan di dalam hati manusia itu kosong sahaja. Mesti ada benda. Kalau tidak ada yang hitam, mungkin ada yang putih..!

Sekurang-kurangnya kita mesti faham jika ada yang zahir, mesti ada yang batin. Menurut Ghazali, tubuh ini sangkaran bagi burung, ataupun kandang bagi khinzir, jika burung isinya, maka hatinya menyayap ke ufuk malakut yang tertinggi, jika khinzir isinya, maka diheretlah ia ke panggang. Kata mereka Sheikh Hamzah Fansuri, roh manusia kalau diuryankan di telanjangkan, maka terbang ia bertengger di Hadhrat Ar-Rahman. Jika di zaman Mahathir, sangkar saja yang dijaga baik-baik, sedangkan burung di dalamnya dibiarkan kelaparan dan kurus kering maka mudah-mudahan Pak Lah akan memerhati dan menjaga burung di dalam sangkar dengan baik. Barulah pembangunan itu seimbang. Kalau tidak, kita akan terus dibelenggu berbagai masalah, dari yang bersifat sosial mahupun yang berbentuk politik. Begitulah masalah UMNO! UMNO ada segala-galanya tapi di dalamnya kosong..!

Pembangunan yang dibawa oleh kerajaan BN di bawah pimpinan Dr. Mahathir kita tidak boleh sangkal. Tapi isi yang dicari oleh hati yang kosong membuatkan orang Melayu lebih mirip pada PAS yang lebih banyak bercakap tentang akhirat meskipun jalannya di batasi syariat. Tapi syariat kata nabi, kenapa perlu dipisahkan dari tariqat iaitu tingkah lakunya, hakikat iaitu umurnya dan makrifat, iaitu rahsianya? Pemimpin UMNO tidak boleh salahkan orang Melayu hari ini, bila mereka mula kritikal. Orang ramai mahukan isi, beri kulit saja nak buat apa?

Yang merosakkan bangsa Melayu hari ini adalah kulit! Mahathir berikan rakyat Malaysia kemewahan material. Kekayaan material adalah perlu bagi membina ummah. Tapi dua "E" tak seimbang, (education and economy). Pendidikan berbentuk duniawi diberi keutamaan sedangkan pendidikan di bidang kerohanian terlalu berkurangan.

Dari satu segi, pembangunan ekonomi memang penting. Disebabkan orang kita telah banyak yang berharta dan berpendapatan tinggi, umat Islam tak perlu memungut derma di tempat-tempat awam untuk mendirikan masjid, surau dan sekolah agama. Kerja ini satu penghinaan bagi Islam. Islam memang menyuruh kita supaya mencari jalan untuk hidup makmur dan sejahtera di dunia ini tapi kita mesti ingat ini cuma sementara. Dunia cuma tempat persinggahan sebelum kita berpindah kealam akhirat yang kekal abadi. Bila cakap pasal akhirat, kita mesti bercakap pasal roh dan jasad kerana ia meliputi rahsia ketuhanan yang Maha Esa. Tuhan yang kita tak nampak dan tak dengar suaranya tapi kita sembah!

Cuba tanya mereka yang sembahyang di rumah mahupun di masjid, apakah mereka yakin adanya Tuhan? Cakap saja percaya tapi kebanyakan mereka langsung tak rasa takut kat Tuhan. Kita diingatkan, kepadaNya kita sentiasa memohon pertolongan, tapi kita kenal ke Tuhan kita? Tahu ke macamana Tuhan mentadbir alam, macam-mana dia mencipta sesuatu kejadian? Tuhan tak wujudkan Petronas Twin Tower dan kilang kereta secara tiba-tiba. Itu bukan kerja Tuhan! Manusia yang membuatnya. Allah lah sebaik-baik pencipta, namun manusia pencipta yang menjazi yang meniru akan Tuhannya, tapi Allah dalam segala penciptaannya, tiada terpisah ilmunya, dari rahmatnya, manusia jua yang mencipta dan membawa kerosakan. Kenapa tak serahkan saja pada takdir untuk membuat ini semua?

Memanglah Tuhan boleh buat apa sahaja Dia nak tapi semuanya ada tertib. Tuhan boleh tukar basikal jadi kereta kalau Dia nak, Kancil jadi Mercedes Benz. Cukup dengan kata "Kun jadilah, diikuti Fayakun maka jadilah". Tapi Qudratnya dibawah ilmunya, sebab itulah badak tak bertukar jadi rimau, tikus tak jadi kucing. Akhirnya akal dan tangan manusia juga yang menjadikannya,manusia itu siapa?

Orang Melayu hari ini tidak mahu lagi menelan apa saja dan ikut secara membuta tuli. Ilmu agama kita mesti cari dan dalami, baru datang hidayah. Tapi nak cari macam mana kalau itu tak boleh, ini tak boleh, semuanya sesat belaka! Dalam hal ini, pemimpin patutnya menjadi contoh. Ilmunya mesti mantap dan terserlah melalui cara kehidupannya. Pemimpin tak boleh kata ikut apa yang aku cakap, jangan ikut apa yang aku buat. Cakap mesti serupa bikin! Pemimpin yang cakapnya tak serupa bikin tidak layak menjadi pemimpin. Sebaliknya dialah yang harus dipimpin. Sekarang ini berapa banyak orang mengaku layak jadi ulama lepas itu nak jadi pemimpin tapi cakap tak serupa bikin. Disebabkan didewa-dewakan, diberi imuniti, cakapnya tidak boleh dipersoalkan, ulama dah jadi macam Tuhan!

Imam Al-Ghazali penulis kitab Ihya Ulumuddin yang dianggap oleh kebanyakan orang Wahabi sebagai sesat, telah menulis kitab yang bertajuk "Misykat Al-Anwar" (pelita cahaya-cahaya) untuk mengupas beberapa hal ketuhanan. Kitab Ihya Ulumuddin, karyanya yang terbesar pula ditulis untuk mereka yang baru ingin menjinakkan diri dengan hakikat-hakikat di sebalik arahan syariat.

Al-Ghazali ialah seorang genius, mahir dalam berbagai aspek agama "fekah, usuluddin selain falsafah dan kalam" ketika masih muda lagi dan terkenal sebagai seorang scholar di percayai meneraju Maddrasah Nizamuyyah. Walaupun beliau telah mendalami berbagai cabang ilmu lain terutama ilmu mantik, nahu, saraf dan falsafah yang menjadi kebanggaan dunia Barat namun beliau merasakan semua itu tidak mencukupi sehingga beliau menemui jalan Islam adalah penyatuan. Beliau mendalami falsafah bagi menyelamatkan ummah dari tersesat oleh cabaran falsafah Yunani, seperti mana Al-Attas hari ini menggagaskan dewesternisasi dan Islamisasi, ilmu pengetahuan semasa dan menyerang wabak penselenlara. Konsep utamanya adalah pengEsaan, bukannya perpecahan. Ia bukan boleh hidup dengan cara menimbulkan permusuhan sesama umat. Astaghfirullah..! punyalah bidaah yang kita lakukan tapi kerana kita bergelar ulama kita tak salah!

Ulama kita lebih banyak menyuruh masyarakat membenci pihak-pihak tertentu yang tidak sependapat dengan mereka. Ulama bersikap riak, takbur. Mereka mengatakan bahawa puak dia saja yang terbaik. Nabi pun tak kata macam itu. Nabi kita tidak membezakan antara orang Arab dan Ajam. Dia cuma kata yang membezakan seorang Muslim itu adalah takwa.

Anak-anak kita dilahirkan bersih seperti kain putih tapi siapakah yang menjadikan mereka Nasrani, Yahudi dan Majusi? Bukankah ibubapa mereka sendiri? Sepatutnya mereka memberikan pendidikan agama yang sempurna dengan memberi teladan yang elok. Ini tak, mak bapak dek berbalah sesama sendiri, antara orang politik dengan orang politik, parti dengan parti tapi masing-masing mengaku Islam. Macam mana anak nak jadi elok?

Kenapa kita tak fikir dan cari kesalahan kita sendiri? Kenapa nak hukum anak-anak? Kenapa nak gari dan tangkap mereka? Penyakit ini datangnya dari mana? Kalau bukan ciptaan orang tua mereka sendiri! Air yang keruh di hulu masakan boleh jernih di hilir? Agama bukan makanan macam roti canai, boleh kasi anak-anak kita telan, mereka kenyang. Agama kena belajar, kena fikir, kena amal, kena rasa, sudah rasa sedapnya baru tak lupa. Baru sayang agama. Baru hidup tak celaru. Ianya bukan satu harta pusaka yang boleh diwarisi. Seperti nyanyian Raihan, yang bertajuk "Iman Mutiara". Kita hantar anak belajar ilmu keduniaan sampai peringkat universiti, tapi "ilmu fardhu ain" dibiarkan pada tahap sekolah menengah! Kenapa? Lufikirlah bro.

Iman.. tak dapat diwarisi..
Dari seorang ayah yang bertakwa?


Setiap orang yang berdakwah, samada pemimpin politik, ulama atau penceramah, mahupun ibubapa yang mendidik anak di rumah mestilah menampilkan sifat-sifat yang layak dicontohi dan diteladani. Mereka yang bercakap di depan khalayak ramai pula mesti mampu memberi penerangan yang jelas. Kenyataan yang dibuat mesti rasional dan sanggup dipertanggungjawabkan termasuklah kenyataan dan penerangan yang dibuat di TV.

Apa yang Pak Habib nampak penceramah di TV seperti tak berani menjawab soalan penonton secara berterus terang terutama hal-hal yang berkaitan dengan ilmu hakikat, tarikat dan makrifat. Lain orang tanya, lain pula yang dijawab dan jawapan yang diberikan pula berbelit-belit! Apakah takut salah cakap atau lantang sikit besok muka tak keluar TV?

Islam itu mudah, yang menjadikannya susah buat apa? Kita nak ajar hal-hal mengenai Islam, ajarlah cara yang mudah! Akibat tak faham apa itu Islam, apa itu manusia, siapa itu manusia, apa hubungan manusia dengan Tuhan, untuk apa tujuan Tuhan jadikan manusia, menyebabkan anak-anak muda hari ini jadi celaru. Mereka tak diberikan misi dan visi untuk akhirat untuk mengimbangi visi 2020.

TUHAN yang patut disembah tapi bila perkataan itu diterbalikkan, sebab yang haram dihalalkan, yang halal diharamkan, jadilah HANTU. Sembah hantulah gamaknya. Habis syahadat pun tak faham. Tak tahu macam mana syahadat rasul dan macam mana syahadat hamba. Syahadat bererti menyembah Allah saja, tidak selain dari Allah. Sekarang ini orang lebih takut pada hantu dari takutkan Tuhan. Tengok Misteri Nusantara nak, suruh mengaji tak mahu. Agaknya pasal itu ramai orang jadi hantu?

Kenapa manusia hari ini sembah duit, sembah pangkat, sembah kuasa, sembah betina! Untuk benda-benda yang disembah ini mereka sanggup habiskan wang berjuta. Tuhan letak dekat mana? Bila syahadah sudah tak betul, tanyalah para ulama, bolehkah yang lain-lainnya betul? Maka terperanjat bila ada manusia mengaku beragama tapi agama mereka sekadar ritual.

Nabi Muhammad saw selalu ditentang hebat, dikutuk, dihina, dituduh sebagai gila oleh masyarakat Arab Jahiliyah tapi baginda tak pernah melatah apalagi senang-senang mengkafirkan orang. Tentu ada sebab kenapa dia boleh melalui ini semua dengan reda dan tenang. Rahsia 13 tahun disembunyikan di mana? Macam mana Muhammad boleh tak terpengaruh ikut budaya Arab Jahiliyah yang sanggup menanam anak perempuan mereka hidup-hidup? Menyembah berhala, minum arak, berjudi, melakukan kekejaman dan kezaliman berleluasa. Macam manapun mereka tetap boleh menerima Muhammad saw sebagai nabi dan rasul Tuhan kerana baginda orang yang terbaik, yang sentiasa bercakap benar. Juga kerana keadilannya meletakkan kemanusiaan dan kasih sayang di atas segala-galanya...!

Pada mulanya, sinar kebenaran Nur Islam dari Allah menerusi Al-Quran yang disampaikan melalui Malaikat Jibrail kepada Muhammad membuat mereka cuba membunuhnya. Tetapi akhirnya Yahudi dan Nasrani serta Arab Jahiliyah dan pembesar kaum bangsawan Quraisy terpaksa menerima Islam lebih-lebih lagi bila Islam difahami oleh orang kafir sebagai agama yang memperjuangkan kepentingan manusia tanpa mengira kelas atau kasta.

Maka matilah Jahiliah oleh kekuatan kebenaran yang dibawa Muhammad. Nabi Muhammad saw menyampaikan ayat-ayat Tuhan dengan mudah melalui akhlaknya yang mulia. Baginda seorang yang jujur, ikhlas. Walaupun menerima ancaman godaan seperti wanita, harta dan kuasa, dihadiahkan matahari di tangan kanan dan bulan di tangan kiri, baginda tidak berganjak dari misinya untuk menyempurnakan akhlak dan kehidupan manusia. Inilah politik Islam. Bukan berpolitik untuk mencari Islam demi kepentingan puak dan diri sendiri. Nabi Muhammad mampu melakukan ini semua kerana baginda faham hakikat insan. Malah dialah yang mengajar hakikat insan kepada umatnya. Sebab itulah semangat orang Islam dulu begitu cekal walaupun mereka fakir miskin dan teruk ditekan oleh puak Jahiliyah. Bilal bin Rabah yang dipaksa supaya meninggalkan Islam untuk kembali kepada agama jahiliyah sanggup menerima seksaan yang begitu berat. Beliau cuma menjeritkan "Ahad, Ahad" setiap kali disebat. Hasil kejayaan pendidikan Baginda. Rasulullah SAW sehinggakan keempat-empat sahabat baginda masing-masing mencapai setinggi-tinggi darjat insan. Kata Saidina Abu Bakar "Aku tak melihat sesuatu kecuali Allah SWT ku lihat sesudahnya", kata Saidina Omar "Aku tak melihat sesuatu kecuali Allah kulihat sebelumnya", dan Saidina Ali "Didalamnya inilah martabat insan Al kamil, yang menyempurnakan, berselawatlah diatas Baginda SAW" yang zuriatnya tumbuh kokoh zaman demi zaman, sang anak mengambil dari ayah, sehingga tersebarlah Islam ke segenap pelosok dunia dan alam Melayu ini khususnya hari ini timbul golongan yang cuba menafikan peranan zuriat Rasulullah SAW dalam memelihara syariat, tariqat dan hakikat, pusaka Baginda SAW, bahkan ada yang bertindak menghina dan mengeji para Habib, mempersoalkan pertalian mereka dengan Nabi kita Muhammad SAW.

Dalam bidang sejarah, para orientalis barat cuba timbulkan rekaan khayalan mereka, mengatakan Islam di alam Melayu disebabkan oleh orang-orang India atau Cina. Tetapi seperti dibuktikan oleh Prof. Naquib Al Attas dalam karyanta "Historical Fact and Fiction", sebenarnya para zuriat Nabi lah yang mengIslamkan alam Melayu, dan hari ini ada lebih sejuta dan ada dikalangan mereka yang masih tetap dengan jalan datuk dan nenek mereka, mereka inilah yang patut dihargai dan dihormati.

Maka untuk kembalikan Islam di zaman Muhammad kita mesti memahami hakikat Islam yang sebenarnya. Sanggupkah kita menolak kuasa, harta dan wanita? 
Beranikah kita berkata benar, walaupun kebenaran itu pahit? Sanggupkah mereka meninggalkan perbuatan rasuah yang sudah menjadi wabak? Kalau wabak rasuah, gila kuasa, gila kekayaan, gila betina, gila judi ini boleh dihapuskan dan ikut seperti sunnah rasul, maka penyakit masyarakat mudah diubati. Ada ke ulama yang sanggup jadi "role model" seperti ini? Adakah ulama yang dah master hakikat insan lalu layak dipanggil guru mursyid untuk membimbing masyarakat kita ini?
AMUKANMELAYU - Kemana arah tujuan kita jika semua ini tidak di ambil kira.....

RAJA NAZRIN DILANTIK SEBAGAI SULTAN PERAK YANG KE 35



دولت توانکو
دولت توانکو
دولت توانکو

 

DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU!

Olak Lempit - 01 Saaban 1435, Khamis. Hari ini dalam titah pertamanya selepas di lantik menjadi Sultan Perak, Baginda bertitah dan bersumpah "akan memerintah negeri itu menurut Perlembagaan Perak dengan adil mengikut hukum Allah".....

Ampun Tuanku.....dalam maknanya TITAH TUANKU ini.....kalau begitu bagai di kata.... hamba menjunjung Perintah Duli Tuanku....lagi cepat, maka banyaklah baiknya...kerja yang baik ini jangan di tangguh-tangguhkan. Ampun Tuanku.

RAJA Dr. Nazrin Shah, 58, hari ini dilantik sebagai Sultan Perak yang baharu. Perisytiharan dibuat di Istana Iskandariah. Raja Dr Nazrin Shah diisytiharkan sebagai Sultan Perak ke-35, menggantikan Almarhum Sultan Azlan Shah yang mangkat semalam. Istiadat Pelantikan Raja Pemerintah Perak yang baharu itu diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, di sini, pada jam 3.14petang tadi.

Pengumuman pelantikan itu dibuat oleh Orang Kaya-Kaya Seri Maharaja, Tan Sri Jen B Mohd Zahidi Zainuddin. Raja Datuk Seri Jaafar Raja Muda Musa dilantik Raja Muda Perak yang baharu. Apabila Sultan mangkat, pemilihan Raja pemerintah baharu ditentukan menerusi mesyuarat khas Dewan Negara Perak. 

Istiadat itu berlangsung sejurus sebelum jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah dibawa keluar untuk istiadat pemakaman.



Sultan Nazrin Shah, Sultan Perak yg baharu, bersumpah akan memerintah negeri itu menurut Perlembagaan Perak dengan adil mengikut hukum Allah-Bernama

 دولت توانکو
دولت توانکو
دولت توانکو













Senyuman Terakhir Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah sebelum pergi menemui Ilahi


Di hari hari terakhir sebelum kemangkatan Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, cucu dan cicit datang berduyun menziarahi Baginda tuanku.

Inilah senyuman terakhir kenang kenangan dari Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, seorang Sultan contoh yang terbaik dari segi penampilan, kecerdikan, kepintaran, pendidikan, perundangan dan hebat di bidang sukan terutamanya Hoki
dan di bawah ini pula upacara permakaman  Di Raja telah berjalan dengan suasana kesedihan yang tidak terhingga di hati rakyat jelata. Suasana pilu yang tidak dapat  digambarkan  susulan  kemangkatan Sultan Perak yang ke 34 semalam. 



  10291278_10152226980883687_2899296093272772222_n 

  10297776_10152227030488687_4238689096904090786_n 

  10301191_10152226953878687_861855630519144012_n 

  10308880_10152227074288687_1730535413882473163_n 

  10322451_10152226981193687_1409756834380119009_n 

  10347624_10152227075108687_482277836629737323_n 

  10351172_10152393481515600_4961778480112738498_n 

  10371477_10152226980663687_1655630914578194681_n 

  10376734_10152227075408687_6988422920758818071_n 

  10403659_10152226954368687_8469364607724705561_n 

  10410403_10152227033748687_7412047561671828174_n 

  10417510_10152227046658687_6186954898546033237_n 


  10426759_10152227074573687_9066425293583668933_n



AMUKANMELAYU - I'm follow....

MELAYU BARU - MENCACI JENAZAH ITU KERJA MULIA



کيني! د معلومکن اوليه مب ڤراق سچارا راسمي هلامن ماي چيڤور کامڤوڠ کو ممنجڠکن کڤد رعيت کبوه دولي يڠ مهامليا توانکو سلطان ازله شه، سلطان نݢري ڤراق دارول ريدذوان تله مڠکت دان کيني نݢري ڤراق نݢري بردولت سرتا ججاهنڽ د ڤڠکو اوليه انقندا توانکو راج نازرين شه.   
   

KINI! DI MAKLUMKAN OLEH MB PERAK SECARA RASMI HALAMAN MAYA CHEPOR KAMPUNG KU MEMANJANGKAN KEPADA RAKYAT KEBAWAH DULI YANG MAHAMULIA TUANKU SULTAN AZLAH SHAH, SULTAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN TELAH MANGKAT DAN KINI NEGERI PERAK NEGERI BERDAULAT SERTA JAJAHANNYA DI PANGKU OLEH ANAKANDA TUANKU RAJA NAZRIN SYAH.





لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُاَ
للّبسم الله الرحمن الرحيمهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيّدنامُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سيّ
دنا مُحَم
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ


AL FATIHAH
Dengan dukcitanya adalah dimaklumkan bahawa Al marhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al marhum Sultan Yussuf Izuddin Shah telah mangkat sebentar tadi.
Sekian.


28hb Mei,2014
1.38pm

Rasulullah SAW - Mencaci sesama Islam itu adalah kerja orang yang fasik

Yang dimaksudkan dengan mengutuk ialah mendoakan orang lain agar mendapat kecelakaan. Mengutuk ini adalah satu perbuatan yang terlarang kita lakukan sesama muslim. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud maksudnya: “ Mencaci orang Islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir.”

Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Mengutuk seorang mukmin itu seperti membunuhnya.” (Hadis Riwayat Jamaah selain Ibnu Majah, hadis riwayat Tsabit bin Adl-Dlahak)

Nabi SAW  bersabda maksudnya : ” Sesungguhnya seorang hamba bila melaknat seseorang nescaya laknat itu akan naik ke langit kemudian menutup pintu pintu langit di bawahnya, lalu turun ke bumi menutup pintu pintu yang lain, kemudian mengambil tangan kanan di tangan kirinya, apabila tidak memenuhi sasarannya, ia kembali kepada orang yang dilaknat dan jika tidak boleh ia akan kembali kepada orang yang melaknatnya.”
(Hadis Riwayat  Abu Daud)

Rasulullah SAW  bersabda maksudnya  ” Tidaklah para pelaknat itu dapat jadi penolong dan saksi di hari kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Rasulullah SAW  bersabda maksudnya: ” Tidak patut seorang teman baik, mengutuk (temannya)”
(Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW  bersabda maksudnya: ” Seorang mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukan yang suka menjolok jolok, bukan yang suka berbuat keji, dan bukan juga orang yang suka bercakap keji.”

Dari hadis hadis tersebut di atas telah diterangkan bahawa mengutuk sesama muslim itu termasuk perbuatan yang berdosa, kerana kutukan dan laknat itu menjadi hak  ALLAH SWT sahaja, dalam menghukum setiap hambanya. Sehingga kita dilarang mengutuk kerana kegunaan kutukan itu mengharapkan supaya ALLAH SWT mencabut semua nikmat yang telah diberikan kepada hamba tersebut baik nikmat zahir maupun nikmat batin, supaya dia (orang yang dilaknat) tidak memperoleh nikmat dan anugerahNya. Oleh kerana itu Rasulullah SAW  melarang perbuatan itu, bahkan menganjurkan sebaliknya iaitu supaya saling mendoakan sesama muslim agar mendapat nikmat dan kurnia dari ALLAH SWT.

(Sumber: Al-Kabair karya Syamsuddin Adz-Dzahabi, terjemahan M. Ladzi Safrony, BA ke dalam buku 75 Dosa Besar terbitan Media Idaman, Surabaya)

Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu Di Khianati

Tujuh wasiat Raja Raja Melayu sudah mula dihakis kerana kerajaan yang memerintah tidak menjalankan amanat ini.

irwan fahmiPETALING JAYA: Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris (gambar)  mendakwa kerajaan yang ada amat lemah lalu mengalihkan kesalahan kepada orang lain.
Menurutnya, sudah menjadi fitrah manusia yang tidak suka mengaku kesalahan sendiri.
“Siapa yang memerintah negara sekarang? Dan siapa yang mengkhianati siapa sehingga terhakis tujuh wasiat Raja-Raja Melayu?” soal beliau dalam twitternya kepada FMT.
Katanya lagi, ternyata tujuh wasiat Raja Raja Melayu sudah mula dihakis kerana kerajaan yang memerintah tidak menjalankan amanat ini.
Ketujuh-tujuh wasiat itu adalah seperti berikut:-
1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.
2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.
5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan
6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.
7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.

MCMC buat la kerja..! jangan makan gaji buta ajer..! 

Kebiadapan dan kekurangajaran ini berlaku kerana sikap kamu di MCMC/SKMM dan pihak berwajib yang bacul mengambil tindakan tegas..! Keberanian dan ketegasan perlu..! Ianya juga asas kepada pemerintahan yang bijaksana..!



Jangan sampai rakyat mengambil tindakan sendiri!!! Apakah itu yang pihak diatas tu mahu? -


LAGI PENGHINAAN KE ATAS SULTAN!!!



Rosak dah budak ni..
Dap tak rasuah?? Cina kalau meniaga tak rasuah tak huluq bukan depa la..
Dap terima hudud selepas dipujuk? Lawak antarabangsa apakah ini.?
Baru je semalam kakak angkat Ali iaitu Teresa kok bantah Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Tu pun cacai Pr sekor pun tak bunyi..
Tapi bila mahu Umno dihapuskan ini sudah melampau ! Cukup kurang ajar.
tapi aku faham kerana si Ali dah hilang arah tuju hidup dan pertimbangan rasional dek kerana termakan doktrin pakatan yang songsang.
Tapi bila mahu sultan dan raja sebagai payung negara dan negeri dihapuskan, ini tidak boleh dimaafkan lagi. Sesuatu tindakan keras harus dikenakan terhadap budak hingusan biadap ini!
Sudah keterlaluan!


 
Lagi…


Lagi…




Maknanya…

translation: damn it..why he died all the tv pray for him.if najib and rosmah died all malaysia tv channel will pray for 3 days is it? if yes,i hope that day come as soon as possible, and i will join to pray too.

Lagi




Lu Fikir La Sendiri!!! - SUMBER

AMUKANMELAYU - Kejatuhan sesuatu Bangsa itu bermula dengan PENGHINAAN KE ATAS BANGSANYA SENDIRI 

Tuesday 27 May 2014

SAMPAI BILA KITA NAK MAKAN LEMAK BABI?


SENARAI PRODUK SEL BABI DALAM KEGUNAAN SEHARIAN KITA DI MALAYSIA


Isu “Rokok Ada Sel Babi” bangkit semula selepas isu coklat Cadbury iaitu coklat susu dengan kacang hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan coklat susu dengan buah badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine).

Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.

Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.



Walau isu ini sudah lama sejak 2006 lagi dimainkan kini bangkit semula dengan rancaknya terutama di negara Indonesia.Mungkin mereka mahu perangi rokok habis habisan kerana faktor cukai.


Senarai Nama Barang yang Ada Babi Halal

Senarai barang yang mengandungi lemak babi
Minyak masak LAM SOON (Cap Helang dan Buruh)
Ubat Pearl Cream Arche (Thailand)
Ajinomoto (Thailand)
Ais krim berharga RM1.00 ke atas
Semua tauhu buatan orang cina
Sabun LUX dan Lotion Badan Buatan Malaysia, USA dan Thailand
Sabun Fab berbuku
Lobak Jeruk
Mee dan Kueteow basah (buatan cina)
Krim Muka Hazeline Snow

Senarai nama barang yang mengandungi kulit babi, uri dan binatang yang tidak halal

Semua jenis serbuk mee segera terutama Maggi
Pucuk, kulit popia, fish cake dan bebola ikan buatan orang cina
Daging burger import
Sardin, kari ayam dalam tin dan yon taufu buatan orang cina
Kasut bola jenis ‘Gold Cup’
Berus gigi jenis ‘Reach’
Mee kering (sanggol)
Semua sabun mandi yang diimport
Ajinomoto kecuali keluaran kilang lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
Semua jenis shampoo kecuali keluaran orang islam
Have Pearl Cream
Ramuan Kentucky Fried Chicken dan Mc Donald
Ubat kurap buatan orang cina
Beehon segera siam
Mee rebus tulang dan kiub perasa ayam
Sabun mandi yang berminyak

Senarai nama yang mengandungi gelatin (Lemak babi dan binatang tidak halal)

Bosset wine gum
Dairy milk coklat
Coklat cadbury/Chewing gum
Sugus strawberry
Passer Doily Mixture
Trebo Mint Chewing gum/ Peppermint
Scothes vikmin
Share extra atrenght
Black current jelly
Royal gulaman dan Decart oranges
Valvis gelatin
Sarung kapsul ubat
Ais krim dalam bekas plastik
Gula-gula fruities
Cake mets vilber punch
Coklat cake
Tepung kastard lady’s choice
Semua jenis jelly
semua jenis gincu
Semua jenis Sheisedo
Lady’s choise jelly
Pringgles Patoto Chip’s

Senarai nama yang mengandungi alkohol dan unsur-unsurnya

Barangan AVON keseluruhannya
Pewangi ketiak terutama jenama Vitalis dan Concord
Minyak rambut Brylcream (hijau)
Racun serangga jenis spray seperti Shelltox, Baygon dan Mortin
Seluruh ubat batuk jenis sirup
Keseluruhan ball pen dakwat kering
Tonik bayi grape water, Tonik waterberry compound

Pilihan ditangan kita sama ada mahu memilih barangan yang halal atau tak.Jadi Pilihlah barangan yang dibuat oleh usahawan muslim yang sudah pasti menjaga segala halal haram dan halal.Mahal sedikit tak mengapa kita tahu bagaimana usahawan muslim bersaing dengan usahawan yang lain tidak pernah memikirkan sensetiviti kita sebagai orang Islam




Slow sangat......

 UNTUK MENYELESAIKAN SEMUA PERKARA DI ATAS:

  1. Semua Produk Islamelayu yang berserakan di pasaran Belakang di himpunkan oleh MARDI atau PELADANG atau Agency yang di lantik atau yang berani berurusan sendiri.
  2. Setiap Daerah ada satu Gudang/Where House sebagai pengedar
  3. Ragkaian PERUNCIT HALAL di setiap Pekan Kecil
  4. Setiap satu kampung dan Tmn Perumahan ada satu KEDAI HALAL 
  5. Sentiasa CURIGA dengan produk yang di buat atau di keluarkan oleh Kafirun.

Jika Penulis mengatakan inilah STRATEGI yang di gunakan oleh RAUSLLULLAH di THAIF.....tentu ramai yang marah dengan penulis......

AMUKANMELAYU - Inilah POLITIK namanya......

JANGAN TERLALU KEJAM TERHADAP PEMIMPIN MELAYU


 
Olak Lempit - Mulanya disini.....RSN Rayer Celaka telah memaki hamun UMNO di dalam dewan. Perkara ini menjadi heboh bila Kenyataan Rayer Celaka telah keluar dalam U Tube. Kalau nak menyelesaikan perkara ini adalah dengan MENCANTAS PUNCANYA. Kalau nak selesaikan kes dadah, tankap pengedarnya...bukan yang menghisapnya. Nak selesaikan kes ini adalah dengan NYAHKAN Rayer ni dari dalam dewan. Ini bukan wakil rakyat...tapi ini samseng Jalanan yang di beri kuasa Dewan.

Pihak PDRM telah menahan Ketua Pemuda Wilayah Saudara Razlan Rafii tengahari tadi. Sejak berita penangkapan beliau kecoh dilaman media sosial serta medium lain mengatakan ini tindakan tidak adil oleh Pihak PDRM. 
Kenapa Saudara Razlan harus ditangkap sedangkan PENCETUS kemarahan Ahli UMNO masih bebas dan masih mencaci UMNO CELAKA. Adakah tindakan yang diambil ini perlu dibuat oleh PDRM. Nampak sangat tindakan oleh pihak PDRM berat sebelah.
MKP menyokong penuh apa yang diutarakan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Saudara AzwanBro dilaman mikro twitter. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Tangkap dan ambil tindakan yang serupa kepada RSN Rayer yang biadap terhadap cacian beliau terhadap UMNO.
Polis menahan enam Pemuda UMNO termasuk Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii petang Isnin. 
Difahamkan, kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. 
Turut ditahan Ketua UMNO Bandar Tun Razak datuk Rizalman Mokhtar.
Penahanan Razlan dipercayai ada kaitan dengan demonstrasi di depan Ibu Pejabat DAP Jalan Pudu pada Khamis. 
Dalam demonstrasi itu, Razlan bersama-sama lebih 200 Pemuda UMNO telah menghantar memorendum bantahan terhadap ADUN DAP Pulau Pinang RNS Rayer yang menghina UMNO. 
DAP pada Jumaat membuat laporan polis terhadap demontsrasi tersebut. 
Laporan polis tersebut dibuat oleh Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming. AgendaDaily
Pemimpin DAP makin lama makin kurang ajar. Berikut adalah ucapan Harami DAP mengatakan ahli UMNO Lembu.... Kalau Ahli UMNO marah dan terjadi kejadian tidak diingini takkan nak salahkan UMNO lagi. KLIK

Pada Menteri Dalam Negeri Datuk Sri Zahid Hamidi tegaslah sikit pada Pemimpin DAP nie. Janganlah suka bermain api kelak membakar diri. Politik "Kebencian" oleh DAP harus dibendung. Kalaulah terjadi kembali Tragedi 13 May. Ramai rakyat bakal menderita. MKP meminta Menteri Dalam Negeri mengambil pendekatan  "CEGAH SEBELUM PARAH".....

Adun DAP Seri Delima, RSN Rayer diingatkan untuk tidak menyalah gunakan imuniti yang ada sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri untuk menyelar mana-mana pihak sama ada dengan niat atau tidak.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Noh Omar ketika dihubungi bnbbc.my menegaskan walaupun setiap Adun dan Ahli Parlimen mempunyai kelebihan imuniti untuk bercakap di dalam dewan, itu tidak memberikan lesen kepada mana-mana wakil rakyat untuk bebas mengatakan apa sahaja.

Datuk Seri Nalla Kasi Warning Sama Rayer Tambi... "Harimau Tidur Lu Jangan Kasi Cucuk..."

 Tidak adil jika Speaker tidak ambil tindakan
 
Menurut beliau, walaupun imuniti itu membolehkan wakil rakyat untuk tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang, tetapi masih ada peraturan dewan yang perlu dipatuhi termasuk menjaga perututuran bagi menjaga kehormatan Dewan Rakyat mahupun Dewan Negeri.
“Secara moralnya dia sepatutnya jangan menyalah gunakan hak dia sebagai ADUN lah, sebab dia cakap dalam dewan DUN memanglah tidak memberi kesan kepada undang-undang sebab ada imuniti,”
“Walau ada imuniti pun, kita ada peraturan di dalam dewan dan dalam peraturan dewan ini ada perkara yang dilaranglah, macam perkataan atau apa juga lah. Dalam dewan kita ada peraturan, dan ada kata-kata yang dilarang untuk disebutlah, istilah dia unparliamentary,”
“Bila ada peraturan, kena hormatlah. Dan bila jadi dalam dewan, speakerlah kena main peranan, macam kami di dalam parlimen pun speaker akan tegur ahli-ahli parlimen ini kalau ada cakap perkataan yang dilarang ini,” katanya ketika diminta untuk memberikan pandangan berhubung tindakan biadap RS Rayer itu.
Rayer sebelum ini mencetuskan kemarahan sekumpulan penyokong-penyokong UMNO sehingga mendorong mereka merempuh masuk pagar dan menceroboh sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi meluahkan kekesalan kepada wakil rakyat DAP itu.


AMUKANMELAYU - Sama dengan zaman British dulu, dia ambil Tanah kita dan di pagar, kita menentangnya...... akhirnya kita yang bersalah kerana menceroboh ......